My Channel in Youtube

My Channel in Youtube
Jom Langgan!

Selasa, 3 September 2019

Nur Jannatul Firdausi Bab 4


                    BANGUN pagi aku mengelilingi rumah. Semalaman aku mencari Comot. Di mana Comot? Hanya soalan itu yang berlegar-legar di dalam hatiku.

                "Comot! Comot! Mana hang pi Comot? Balik la Comot! Adik rindu Comot ni. Semalam Comot tak balik. Comot tidoq di mana? Comot.." sambil meninjau sekeliling rumah aku memanggil Comot.

                   "Comot..balik la Comot!" aku memanggil lagi.

                  "Putih, Putih..Putih nampak Comot dak?" aku bertanya Putih yang sedang makan di dalam kandang. Tangan aku mengusap-ngusap kepala Putih.

                 "Mooo.." Putih berbunyi dan sambung makan.

                "Apa? Putih tak nampak Comot? Putih tak tipu, kan?" aku masih berdialog dengan Putih.

                "Mooo.." ibu Putih pula berbunyi.

                 "Ibu Putih pun tak nampak Comot jugak, ka?" aku tanya ibu Putih pula.

                 "Adik Ti..buat apa tu. Mak suruh masuk, makan nyorok dulu." kak Salwa memanggil aku dari depan pintu dapur.

                "Adik tak mau makan. Adik nak cari Comot." aku menjawab balas.

                "Nur Baiti! Masuk makan dulu! Aku tibai satgi kot. Mangkit pagi, dok melilau keliling ghumah, pasai pa? Satgi Comot tu balik la. Pandai la dia nak caqi jalan balik ghumah." suara ayah yang kedengaran.

                  Ahh..aku tak peduli, biarlah ayah nak belasah aku pun. Emak ada, kalau ayah tibai, emak mesti tolong sapu minyak ubat macam selalu.

                "Tak mau! Adik nak caqi Comot. Adik tak bagi Comot nikah. Comot tak boleh nikah!" aku menjawab berani sambil mengelilingi pula kandang lembu. Mana tahu, kalau-kalau Comot nak ajak aku main sembunyi-sembunyi.

                    Dari jauh aku nampak kak Aziah berjalan menghampiriku. Aku buat tak peduli saja. Aku masih memanggil-manggil nama Comot.

                 "Adik, jom..kita makan dulu, satgi kak Aziah tolong adik caqi Comot naa. Kak Aziah janji.." kak Aziah berkata sebaik saja dia berada di sebelahku. Aku mengeleng.

                 "Adik..jom la masuk dulu, satgi ayah tibai, macam mana? Adik juga yang dapat sakit.." kak Aziah berbisik di telingaku.

                "Adik kata, adik tak mau makan, adik tak mau la. Tak tau ka, adik rindu kat Comot. Adik mana lalu nak makan. Adik nak makan dengan Comot!" aku menghentak kaki berkali-kali. Geram pula rasa hati. Tak faham bahasa ka? Orang tak mau makan, paksa jugak! Hati aku pula berdialog.

                  Aku masih berdegil dan terus berdegil. Berkali -kali dipujuk aku tetap tak mahu makan. Walaupun ayah mengeluarkan tali pinggang dan mengertak aku, tetap tidak berkesan. Belasahlah ayah, belasahlah sampai lembik. Aku takkan makan selagi Comot tak balik.

                  "Adik Ti, abang dah jumpa Comot..tapi.." abang Ari berhenti di situ. Aku yang mendengar kata-kata abang Ari sudah melonjak gembira. Yea..akhirnya.

                    "Comot dah mati. Tu la pagi kemaqin adik bagi Comot makan pulut, buat pa.."

                   Kegembiraan aku hilang sekelip mata. Aku tak percaya! Comot takkan mati! Abang Ari tipu!

                     "Bohong! Berdosa tau suka bohong orang. Semalam abang Ari kata, Comot lari dari ghumah. Lepas tu kata Comot balik ghumah mak mertua. Ni mesti abang Ari bohong adik lagi, kan? Comot tak mati la. Comot takkan mati! Comot sayang adik! Comot takkan mati!" aku bersuara garang. Abang Ari ni nak kena, asyik-asyik tipu, asyik-asyik tipu. Aku berdialog dalam hatiku lagi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.