My Channel in Youtube

My Channel in Youtube
Jom Langgan!

Sabtu, 11 Oktober 2014

LOVE 4EVER Bab 23

BAB 23

                 ''KAU buat kerja ke tak ni? Aku suruh kau porak perandakan rumah tangga mereka tapi aku tengok mereka bahagia semacam ja.Tak nampak tanda pun mereka tu akan bercerai.Hei perempuan!,.aku dah bayar kau,dah bayar abang kau untuk buat kerja! Kau faham arahan ke tak!!'' Ajmal Idham mengamuk sakan pada Fida.Dia gembira bila melihat Syahrul dipaksa kahwin dengan Fida tapi rancangannya untuk melihat rumah tangga Saisah musnah tetap tak kesampaian.
            ''Aku tak sampai hati,lagi pun mereka layan aku dengan baik.Aku tak ada sebab nak musnahkan mereka.Bila aku kahwin dengan Syahrul bermakna keluarga Syahrul dah jadi keluarga aku,.''
            ''Woi perempuan!,kau banyak cakap eh!,.kau tak kenal siapa aku! Lain yang aku suruh,lain pulak yang kau buat.'' belum sempat Fida menghabiskan kata-katanya Ajmal dah menyergahnya.Nasib baik mereka hanya bercakap di telefon.
                ''Bagi aku masa!'' Fida mencuba nasib.Dia tak tahu apa permusuhan Syahrul dengan orang yang mengupahnya.Mulanya dia hanya diupah supaya mengoda Syahrul tapi perangkapnya tak mengena.
               Mereka berpakat pula dengan abangnya Ardy.Fida berjaya dengan lakonannya dan ugutan Ardy ke atas Syahrul berjaya memaksa Syahrul menikahinya,namun rancangan mereka tetap gagal.
             '' Aku nak kau goda Syahrul dan buat mereka bergaduh besar!'' arahan dari Ajmal buat Fida menelan liur sendiri.Dia bukan tak mampu untuk menjadi pengoda,masalahnya Syahrul bukan macam lelaki lain yang mudah digoda.Lagi pun dia ngeri untuk bermusuh dengan Saisah,bukan dia tak perasan pipi Syahrul yang berbekas digigit Saisah dan apa yang baru saja dia dapat tahu Saisah ada tali pinggang hitam taekwondo.Huh!,tak pasal-pasal dia sendiri bakal tidur di wad I.C.U.
                  ''Nanti aku usahakan.Bukan senang nak goda Syahrul tu.Kenapa kau tak cakap dia dah kahwin? Tak pasal-pasal aku kena bermadu,'' Fida menyoal Ajmal tapi Ajmal ketawa kuat di hujung talian.
               ''Sebab dia dah kahwinlah aku suruh kau perangkap dia,bodoh!'' Fida membuntangkan matanya.Tak guna punya jantan! Kau mainkan aku rupanya,tapi,.
                 ''Walau apa pun aku nak ucap terima kasih pada kau kerana memberi aku dua orang ibu yang sangat penyayang dan seorang madu yang sangat baik hati.Syahrul pula seorang suami yang beriman.Aku baru mengenal sejadah sejak kenal keluarga ni.Semua ni berkat dari jasa kau,'' Fida meluahkan apa yang dia rasa tapi sebaliknya pada Ajmal.Pengakuan Fida tu membuatkan hatinya semakin membara.
                 ''Hey perempuan!,apa yang kau mengarut ni hah? Aku tak peduli,kau mesti buatkan mereka bercerai.Kau jangan lupa orang-orang aku sentiasa memerhatikan gerak geri kau.Kalau kau tak buat kerja kau,tahulah apa aku nak buat,'' sehabis mengungkapkan kata-kata itu talian terus terputus.Fida menghela nafasnya yang kian sesak.Dengan siapa aku sedang berurusan sekarang ni? Fida bertanya dirinya sendiri.

                Fida bermenung lama di dalam bilik sambil berfikir apa tindakan selanjutnya yang harus dilakukannya. Nak mengkhianati keluarga Syahrul dia tak sampai hati. Perlukah dia menghubungi Ardy untuk bertanyakan pendapat atau berterus terang saja kepada Saisah dan Syahrul akan rancangan Ajmal? Buntu fikirannya sekarang.
              
               ''Assalamualaikum abang Ardy!'' keputusan telah dibuat untuk berbincang dengan Ardy. Sebaik panggilannya diangkat Fida terus menyapa mesra abang kandungnya itu.

                ''Hang sapa? Berabang-abang pulak dengan aku?'' Fida menilik skrin handphonenya. Takkan dia tersalah nombor pula? Bila diteliti, memang nama Ardy yang tertera. Ditekapkan kembali handphone ke telinganya.

               ''Abang! Fida ni! Adik sendiri pun dah tak kenal ka?''

              ''Hahaha,.adik aku rupanya. Sejak bila hang dah reti bagi salam ni?''

               ''Abang Ardy! Sejak bila mula cakap Penang ni? Bukan abang cakap cakap Penang ni tak ada class ka?'' Fida ketawa ceria.

               '' Tu bukan loghat Penang la ngok. Abang ada di Kedah ni. Mai rumah kawan. Ha,.awat yang dok telefon abang ni pasai pa?'' Fida terus ketawa mendengar soalan abangnya. Macam tak percaya bila abangnya cakap loghat macam tu. Hilang segala sikap ganasnya.

                 ''Abang! Fida nak minta tolong sikit, boleh?''

                  ''Tolong apa?''

                 ''Tolong Fida, siasat siapa yang upah kita tu? Fida rasa tak sedap hati la abang. Dia asyik call Fida dan ugut-ugut Fida ja. Lagi pun Fida tak sampai hati nak buat ikut kehendak dia!''

                  ''Kenapa pulak tak sampai hati? Bukan dulu boleh ka? Lagi pun, bukan itu ka perjanjian kita. Dia bayar, kita buat apa yang dia suruh!''

               ''Masalahnya abang. Mereka ni baik sangat! Mereka layan Fida macam keluarga sendiri. Mereka ajar Fida solat. Mereka ajak Fida solat berjemaah. Makan berjemaah dan satu lagi Syahrul tu suami yang baik abang. Kesian mereka abang. Lagi pun abang orang yang upah kita tu dah tipu Fida hidup-hidup. Abang tau tak Syahrul tu dah ada isteri dan seorang anak. Fida kena bermadu abang tau tak?'' panjang lebar Fida menerangkan segalanya kepada Ardy.

            ''Abang tak nampak pun masalahnya. Fida jalankan saja rancangan Fida tu. Kucar -kacirkan keluarga Syahrul tu!''

             ''Abang tak faham perasaan Fida! Abang! Tolonglah,. Fida,.Fida dah mula sayangkan Syahrul tu dan Fida bahagia sangat tinggal di sini abang. Mereka tak pernah anggap Fida sebagai musuh pun. Fida dapat kasih sayang dua orang ibu. Fida juga dapat kasih sayang seorang kakak walau dia tu madu Fida. Takkan Fida tergamak nak buat keluarga mereka berantakkan kot?'' Fida mengeluh keras selepas selesai melepaskan semua bebanan jiwanya.

            ''Ni yang payahnya jadi orang perempuan. Pi mana sikap brutal Fida tu? Lempar buang pi tang mana dah?''

            ''Fida ni manusia biasa bang. Abang kena ingat. Orang perempuan ni macam kerak nasi. Rendam dalam air lembutlah dia. Fida nak minta tolong abang siasat siapa sebenarnya orang yang upah kita tu! Abang tolong ya?''

         ''Abang dah tau dah! Tak payah nak siasat. Dia tu anak seorang Dato yang terkenal di Malaysia ni. Dia tu banyak konco. Dia nak balas dendam pada Syahrul sebab Syahrul ambil kekasih dia sejak zaman sekolah. Salah seorang konco dia tu kawan abang. Tak apalah,.Fida jangan bimbang, nanti abang pi berbincang dengan dia,.'' mendengar penjelasan Ardy membuatkan Fida menarik nafas lega. Kalau abangnya kenal orang tu, senanglah sikit kerjanya.

          ''Orang tu ugut Fida bang! Macam mana ni?''

          ''Dia ugut apa?''

          ''Dia kata,.konco-konco dia selalu perhatikan Fida.''

           ''Itu ja?''

          ''Ada lagi! Dia kata kalau Syahrul tak bercerai dengan isterinya tahulah dia, apa dia nak buat dengan Fida,.''

         ''Lahh,.baguslah, kalau Syahrul bercerai siapa yang untung? Fida jugakkan?''

         ''Ni bukan masalah untung atau rugi abang. Abang tak faham! Masalahnya Fida tak sampai hati nak pisahlan mereka. Mereka ni baik bang! Baik sangat!''

         ''Habis tu Fida nak suruh abang buat apa?''

          ''Abang tak payah buat apalah! Fida cuma nak bagitau abang, kalau sesuatu jadi dengan Fida, tentu orang tu yang lakukan. Abang balas dendam untuk Fida ya! Report polis biar dia terima balasan setimpal. Fida nak ambil peluang ni nak jadi sebaik-baik wanita!'' air mata Fida terus bergenang sebaik berkata-kata begitu. Sebak menguasai jiwanya tiba-tiba. Layakkah aku? Fida berbisik di dalam hati.

         ''Abang,.abang tak tau nak cakap apa. Nampaknya, mungkin Allah dah buka pintu hati Fida. Tolong doakan abang sama ya dik! Abang pun nak jadi orang baik jugak!'' terdengar sendu di hujung talian. Fida semakin sebak. Alhamdulillah!,.mudahan Allah akan buka pintu hati abang Ardy dan abang Ardy akan jumpa seseorang yang dapat membimbingnya menuju jalan benar.

        ''Insya-Allah abang! Kita sama-sama doakan yang terbaik untuk diri kita ya!'' air mata Fida sudah berjuraian laju. Terdengar esakan halusnya. Suara di hujung talian sudah hilang. Mungkin Ardy juga punya perasaan sepertinya.

         ''Abang! Abang masih ada lagi?''

         ''Ya Fida! Abang ada kerja sikit. Apa-apa hal telefon abang ya!'' suara yang semakin serak kedengaran jelas. Fida meraup wajahnya. Ardy dah lama tak menangis. Ardy selalu baran dan suka marah-marah. Sekarang Ardy sudah pandai menangis? Ya Allah! Bukakanlah pintu hati kami untuk menuju ke Jalan Lurus!

         ''Baiklah abang!,.Assalamualaikum!''

         ''Waalaikumussalam!'' talian diputuskan. Fida mengesat air matanya sambil bibirnya mengukirkan senyuman.