HARI ke tiga Ejan tak pergi kerja. Dia nekad untuk berhenti kerja. Bila difikirkan balik benar juga kata Afina. Ejan perlu juga fikirkan perasaan Irfan. Walau pun Ejan tak mendengar cakap Irfan tapi Irfan tak pernah malu untuk sentiasa berdampingan dengannya walau pun Ejan memakai uniform yang sama dipakai oleh cleaner lain. Hari ini Ejan bawa Afina meronda di Pekan Alor Setar. Emak dan ayah mertuanya dah balik ke Kuala Lumpur. Hanya Afina ditinggalkan. Puas mereka meronda, mereka singgah di pejabat Irfan. Atas permintaan Afina yang nak tengok sangat wajah Misha.
Bila mereka sampai di pejabat Irfan, mereka tak segera menuju ke bilik Irfan, tapi Ejan membawa Afina bertemu dulu dengan kawan-kawan cleanernya. Pada mulanya Kak Mah macam tak nak layan Ejan. Mungkin terasa dirinya ditipu. Puas Ejan memujuk dan menerangkan keadaan yang sebenarnya. Afina pun ramah dengan semua orang. Mereka berbual mesra hinggalah Irfan menghubungi Ejan.
"Ada apa bang?" selepas salam berbalas Ejan terus bertanya.
"Tadi kata nak bawa Fina ke pejabat? Abang dah lama tunggu ni. Lagi pun sekejap lagi abang ada meeting ni."
"Ejan dah sampai pejabat ni. Kami ada dekat bilik cleaner ni, Ejan jumpa kawan-kawan sat."
"Okeylah kalau macam tu. Nanti ajak Fina masuk tunggu abang kat bilik abang tau. Tunggu sampai abang balik. Jangan pi mana-mana." Irfan dah keluarkan arahan. Ejan hanya mengangguk, bila teringat Irfan tak nampak baru dia bersuara semula.
"Okey bang, roger and faham!"
Talian dimatikan. Afina pandang Ejan. Kak mah dan yang lain juga sama seolah sedang menanya soalan. Ejan tersenyum sambil terus menjawab persoalan yang sedang bersarang di minda mereka.
"Abang Irfan ada meeting. Dia suruh tunggu dia di bilik dia." semuanya terangguk-angguk. Faham barangkali.
"Jom la! Aku pun tak sabar nak tengok minah tu." Afina sudah bangun untuk melangkah tapi segera ditahan oleh kak Mah.
"Ejan dengan Cik Afina hati-hati sikit dengan Cik Misha tu. Dia tu bukan betoi sangat!" kak Mah memberi amaran untuk mereka. Ejan duduk kembali. Dia tiba-tiba teringin untuk tahu apa yang terjadi pada budak yang ditampar oleh Misha.
"Ejan nak tanya sikit boleh dak kak Mah? Apa yang jadi pada budak yang Cik Misha tampar tu? Dia masih bekerja di sini lagi dak?" kak mah mengeleng. Wajahnya berubah muram.
"Zana dak tak dak. Lepaih Cik Misha maqhah dan tampaq dia, Cik Misha suqhuh dia beghenti gheja tapi dia tak beghenti.Lepaih tu Zana sakit teghuk. Dia selalu meghacau macam oghang gila. Puas keluarga dia bawa beghubat, hinggalah suatu hari Zana mati. Ada sorang ustaz ni cakap Zana dah terkena ilmu hitam." selepas kak Mah bercerita Afina yang sudah berdiri terus duduk semula.
"Misha ke yang buat Zana tu?" Laju Afina bertanya. Kak Mah hanya mengeleng.
"Kak Mah tak taulah sapa yang buat, cuma Cik Afina dan Ejan kenalah hati-hati." Afina dan Ejan mengangguk. Mereka saling berpandangan di antara satu sama lain.
Selepas bersalaman dengan kak Mah dan Hani mereka pun minta diri dan naik ke tingkat atas untuk ke bilik Irfan. Bila sampai di pejabat Irfan, ternyata pejabat itu sunyi. Langsung tiada orang. Memikirkan yang semua orang sedang meeting mereka terus mencari bilik Irfan, dan bila ditemui bilik yang terpampang nama Irfan Iskandar mereka terus memulas tombol pintu dan masuk.
Bilik ini sederhana besar. Cermin di tepinya dapat melihat jalan-jalan yang sibuk di Alor Setar ini. Ada disediakan sofa di sudut kanan bilik. Afina dan Ejan melangkah ke sudut itu dan mula berbual-bual kosong.
Dua puluh minit berlalu pintu bilik Irfan di kuak dari luar. Afina dan Ejan sama-sama menumpukan pandangan ke arah pintu. Sangka mereka Irfan yang masuk tapi ternyata, dugaan mereka meleset bila Misha yang menerjah masuk dan membawa beberapa fail dan diletakkan di atas meja kerja Irfan. Seperti mana mereka terperanjat begitu juga Misha yang terperanjat dengan keberadaan mereka dalam bilik itu.
"Hampa sapa ni? Buat apa dalam bilik ni? Ehh,.sat,sat,..aku macam kenai hang ni, hang bukan budak cleaner yang dok cuci toilet tu ka? Hang buat apa tang ni? Ohh,..hang nak mencuri ka?
Aku tau la banyak mana sangat gaji hang gheja cuci jamban tu, kan hang baru gheja. Tapi,..ni baju sapa hang pinjam??" seperti peluru berpandu Misha menuturkannya.
Afina sudah bangun untuk membidas kata-kata Misha, tapi Ejan memegang tangannya dan menyuruh dia duduk kembali. Tak guna melayan Misha. Kalau dah tahu Misha tu tak betul, nanti sekali dengan mereka pun turut jadi tak betul.
"Wey perempuan!! hang dah bisu ka?" bila melihat mereka tidak membalas Misha menjadi semakin berang. Ejan dituju dan dengan pantas kepala Ejan ditunjal. Tak sempat Ejan nak mengelak. Kuat juga tolakannya menyebabkan Ejan terdorong dan terjatuh dari sofa. Afina mula bangun dan menyerang balas.
"Woii perempuan! Hang tu pekerja ja. Buat la cara pekerja. Encik Irfan hang tu yang suruh kami tunggu kat sini. Yang hang sibuk sangat ni pasai apa?" tu dia bertemu dah buku dengan ruas. Bukan Ejan yang jawab tapi Afina, mungkin sebab nak menyindir Misha jadi Afina turut mengunakan loghat Kedah. Ejan menahan senyum mendengar Afina bercakap. Dia malas mencari pasal jadi dia hanya diam tak berkutik.
"Hang ni sapa? Aku tak kata kat hang pun, yang hang berasa sangat pasai pa?" mereka terus bertikam lidah. Misha yang perasan akan senyuman Ejan menerpa ke arah Ejan sekali lagi.
"Oii,.perempuan tak sedaq diri! Hang keluar la ni jugak!! Hang langsung tak layak tau nak duduk dalam bilik ni walau sesaat pun!" Sekali lagi Misha ingin menunjal kepala Ejan tapi Ejan sempat mengelak dan terus bangun manakala Misha semakin menganas. Misha terus menolak Ejan dengan kuat.
Bila Ejan tak dapat menseimbangkan badannya, lalu jatuh dan pinggang Ejan terhentak pada bucu meja sofa. Ejan mengerang kesakitan. Afina yang terkejut terus mendapatkan Ejan dan cuba membangunkan Ejan. Misha yang tak dapat mengawal diri sekali lagi cuba menyerang Ejan bila pintu sekali lagi dikuak dari luar.
Irfan masuk ke bilik dan terkejut bila melihat Ejan yang terduduk di atas permaidani bilik itu, sedangkan Afina membantu mengosok pinggang Ejan. Seolah tahu apa yang berlaku Irfan menerpa ke arah Ejan dan Afina dengan wajah cemas.
"Kenapa ni Fina? Ejan? Sakit ke?" Ejan mengangguk. Afina menjeling geram ke arah Misha. Irfan duduk di sisi Ejan dan turut sama mengosok pinggang Ejan. Misha semakin menyingga memandangnya.
"Kenapa ni Misha? Apa awak dah buat dengan isteri saya ni? Awak tak puas hati kat mana? Dahh,..awak keluar sekarang? Saya tak mau tengok muka awak dalam ni, dan lagi satu, siapkan surat perletakan jawatan awak. Esok pagi saya nak surat tu ada atas meja saya." Misha terus keluar dengan wajah yang marah. Kuat pintu bilik Irfan dihempasnya.
"Apa sebenarnya yang berlaku ni?" Irfan memandang Ejan dan Afina silih berganti pohon jawapan.
"Secretary abang tu la,..gila meroyan kot! Masuk saja terus dia serbu kami. Bukannya kami buat apa pun. Dia halau kami keluar. Bila kami cakap abang yang suruh kami tunggu, dia lagi marah.
Ejan bukannya jawab apa pun. Ejan diam saja tapi tak tau la, apa yang dia marah sangat dekat Ejan ni. Fina yang dok lawan dia pun dia tak buat apa-apa pulak."
Afina menjawab soalan Irfan. Ejan hanya diam langsung tak berkata apa. Pinggangnya yang terasa amat sakit digosok lagi, dan sakit itu terus menyerang hingga ke ari-ari. Ejan menekan perutnya yang terasa semakin berbisa.
"Sayang!,..sakit sangat ke?" Irfan bertanya bila melihat wajah Ejan yang sudah pucat dan kerutan di wajah Ejan.
"Jom! Abang bawa pergi klinik. Boleh jalan tak?" Ejan masih tetap membisu menimbulkan kerisauan di hati Irfan dan Afina. Ejan dipapah keluar dari bilik itu. Bila tiba di dalam lift Ejan terkulai dan tak sedarkan diri.
Semakin bertambah cemas Irfan melihat keadaan Ejan. Sebaik lift sampai ke tingkat bawah dan pintu lift terbuka Irfan terus mengangkat Ejan. Ejan dibawa hingga ke sofa di tingkat bawah ruang menunggu. Ejan diletakkan di atas sofa dan ambulance di hubungi. Sambil menunggu ambulance datang mereka masih mengejutkan Ejan.
"Abang!,..darah apa ni? Ya Allah!,. Ejan bleeding ni bang. Takkan Ejan mengandung kot?" soalan Afina membuat Irfan bertambah resah. Wajah Ejan diusap sayang. Dia tak peduli lagi dengan pandangan pekerja lain yang lalu lalang. Ada yang berhenti untuk menghulurkan bantuan.
Bila terasa masa lambat benar berlalu, dan ambulance yang ditunggu tak juga tiba Irfan meminta salah seorang pekerjanya mengambil keretanya yang kebetulan di parkir agak jauh dari pejabat. Lima minit kemudian pekerja itu datang semula dan menyerahkan kunci kereta pada Irfan.
Kunci diberikan pada Afina tapi Afina pula tak tahu jalan ke hospital. Nasib baik ketika itu Mazlan melalui tempat itu dan menawarkan bantuan. Mazlan membawa kereta Irfan dan mula memandu menuju ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.
Dalam keadaan darurat macam tu masing-masing sudah hilang punca untuk mencari tempat rawatan. Irfan sendiri pun tak tahu ke mana harus dibawa Ejan selepas ditanya. Mazlan yang sudah terbiasa dengan Hospital kerajaan hanya itu yang mampu dia fikirkan.
Ejan dibawa ke bilik kecemasan. Puan Salima dan Encik Mustafa dihubungi. Irfan dan Afina sabar menunggu di luar bilik kecemasan. Selepas Puan Salima, Encik Mustafa, Azmi, Azman dan Azam tiba bersama dengan anak-anak dan isteri masing-masing, Ejan masih belum ditolak keluar dari bilik kecemasan. Mazlan yang menghantar mereka tadi sudah lama meminta diri untuk kembali menyambung kerjanya. Tiga jam berlalu baru nama Ejan diumumkan dan waris di kehendaki. Irfan bangun dan tampil.
"Saya suaminya. Isteri saya macam mana doktor?" Irfan terus bertanya pada doktor di hadapannya.
"Isteri encik dah sedar cuma dia perlu di masukkan dalam wad memandangkan dia dah bleeding. Lagi pun kandungan dia masih baru lagi. Mungkin dalam dua atau tiga minggu macam tu, jadi kami kena pastikan kandungan isteri encik stabil dulu. Kita tunggu tengok bila bleeding dia sudah berhenti nanti. Kita tengoklah macam mana." doktor menepuk bahu Irfan perlahan. Irfan hanya mengangguk.
"Kami nak sorong Puan Norizan ni masuk wad sakit puan. Encik boleh ikut sekali la." Irfan mengangguk lagi tapi sebelum tu dia keluar terlebih dahulu dari bilik kecemasan dan memaklumkan pada keluarga yang lain.
Bila urusan pendaftaran semua selesai Ejan terus dibawa ke wad sakit puan kelas satu atas permintaan Irfan sendiri. Bilik persendirian yang agak luas untuk seorang pesakit. Keluarga Ejan juga turut serta melawat Ejan. Emaknya yang paling risau bila melihat keadaan Ejan.
"Aku tak tahu nak cakap apa dah Ejan. Nak ucap tahniah tapi aku rasa geram sangat-sangat ni." Afina terus bersuara sebaik menghampiri Ejan.
"Abang kena ambik tindakan. Orang macam tu bukannya boleh biar. Abang tau tak apa kakak cleaner tu cakap. Misha tu tak betoi,." kata-kata Afina di tujukan pula untuk Irfan. Yang lain masih tidak faham situasi sebenar. Bila Irfan menelefon tadi Irfan hanya beritahu Ejan terjatuh dan pengsan.
"Apa yang jadi sebenaqnya ni Irfan?" Azman menyoal Irfan pula. Irfan masih lagi kusut. Wajah Ejan ditenung. Mereka saling berbalas pandang. Rasa simpati Irfan pada Ejan terus menghimpit diri dan memberi seribu kesalan di hati.
"Kami singgah pejabat abang Irfan tadi, ada perempuan gila tu dah tolak Ejan sampai jatuh. Meroyan kot!" Afina yang menjawab bagi pihak Irfan.
"Astafirullahalazim,..perempuan mana tu?" Puan Salima beristighfar.
"Macam mana Ejan sakit lagi ke?" Kak Lijah pula menyoal. Ejan hanya senyum sambil mengeleng. Terkejut juga dia tadi bila doktor bagi tahu dia mengandung dan alami pendarahan. Maknanya dia bunting pelamin. Malu pula Ejan bila memikirkannya. Kenduri di sebelah Irfan baru nak dirancang dia sudah berisi.
"Syukurlah,..nasib baik kandungan Ejan tak apa-apa." Encik Mustafa turut menyampuk perbualan mereka. Azam, Azman dan Azmi dah tersengeh. Pada Ejan di tunjukkan thumb up. Irfan pula yang garu kepala. Termalu dengan gelagat tiga orang abang iparnya. Faham dengan maksud yang ingin disampaikan. Ejan juga turut tersipu-sipu. Afina hanya menahan tawa. Terherot-herot bibirnya memandang Ejan dan Irfan bersilih ganti.
Riuh rendah juga suasana bilik kelas satu hari itu dengan gelagat keluarga Ejan dengan usik mengusik, paling kuat mengusik mereka, tentulah abang Azman dan abang Azam yang sudah berumah tangga. Azmi dan Afina pula lebih selesa berlagak memekakkan telinga. Puan Salima, Encik Mustafa dan kedua orang kakak Ipar Ejan hanya mencelah sekali sekala.
Petang itu pula kak Mah dan geng cleaner Ejan datang melawat. Sempat juga mereka menyaksikan gelagat bos mereka yang begitu romantik melayan Ejan. Selama ini mereka hanya mengenali Irfan Iskandar sebagai seorang bos yang serius dan tegas.
Tiga hari selepas dimasukkan ke dalam wad Ejan dibenarkan pulang. Ejan dibawa ke rumah ibu bapanya kerana Ejan masih lemah dan masih trauma dengan insiden yang berlaku. Tak sangka pula Misha akan bertindak seganas itu, walau Ejan langsung tak bertindak atau menyakitkan hatinya.
Bila seorang manusia itu mempunyai masalah hati dan kekurangan Iman dan Taqwa manusia selalu bertindak tanpa mengunakan akal, lebih-lebih lagi bila hati sudah sepenuhnya dikuasai oleh syaitan. Misha pula tak mengunakan akal tapi lebih berpandukan hatinya yang kelam dilindungi oleh perasaan cinta. Entah cinta yang sebenarnya atau pun hanyalah perasaan tamak untuk memiliki. Kejadian ini takkan berakhir di sini bila Irfan mengambil tindakan undang-undang ke atas Misha dengan tuduhan cuba mencederakan Ejan dengan sengaja.
BAB 22
MAJLIS Ejan dan Irfan yang dijangka akan diadakan dalam masa terdekat ditunda lagi. Dengan kesibukan Irfan di syarikat, kesihatan Ejan dan sebagainya. Segalanya datang silih berganti. Seharian di rumah Ejan hanya menonton tv dan melayan internet. Nak menolong emaknya mengemas rumah dan memasak emaknya pula melarang.
Ejan dilayan bagaikan tuan puteri di sini. Nak balik ke rumahnya sendiri pula Irfan tak kasi, takut sesuatu yang buruk bakal terjadi. Misha memang dikenakan tindakan undang-undang, tapi Misha tetap bebas kerana selepas dipecat Misha telah menghilangkan diri.
"Mak!,..Ejan dah cemuih la mak. Takkan Ejan langsung tak boleh buat apa kot?" Ejan mula memprotes bila dia ke dapur dan mahu membantu emaknya memasak tapi emaknya melarang dan menyuruh dia berehat saja.
"Untuk kebaikkan Ejan jugak. Ejan tau dak Ejan ni bernasib baik tau, turun darah sikit saja dan anak Ejan masih selamat. Orang lain tu bukan main payah lagi nak mengandung ni. Tu, macam anak cik Limah hujung kampung tu,asai mengandung ja guguq. Puas berubat tak mau nak lekat-lekat. Ada yang kawen bertahun pun tak dapat anak lagi. Ejan baru berapa minggu tup-tup dah berisi. Bukannya nak suruh Ejan buat apa pun. Nak suruh Ejan pi tidoq ja, yang nak merungut tu pasai pa?" haa, tu dia,..sekali puan Salima beletiaq non stop. Ejan hanya sengeh.
"Mak!,.mak mengandung kat Ejan dulu teruq dak?" Ejan bertanya emaknya sekadar untuk menghabiskan masa dan menghilangkan kebosanannya. Sambil memasak puan Salima tetap melayan pertanyaan Ejan.
"Bukannya semua sama Ejan, tapi selalunya seminggu lewat mai bulan mak dah mabuk. Badan letih, kadang-kadang tu tengah-tengah malam pun teringin nak makan macam-macam, tapi kita janganlah ikut sangat hawa nafsu ni. Belajar-belajar la kontrol sendiri." Ejan hanya mengangguk mendengar penerangan ibunya.
Kandungannya baru nak masuk usia tiga minggu. Buat masa sekarang dia langsung tak rasa apa-apa lagi. Letih tu ada sikit-sikit, tapi dia lagi letih kalau asyik nak tidur memanjang, cuma emosinya saja yang kurang stabil. Selalu sangat nak moody tak bertempat.
"Dalam ramai-ramai anak-anak mak, sapa yang paling teruq mak bawak?" tak habis lagi Ejan ni. Puan Salima memperlahankan api dapur. Rempah kari yang baru ditumis semerbak baunya. Ejan hanya memerhatikan emaknya membuat kerja.
"Along Ejan la paling teqhuk. Sampai bau wap nasik mendidih pun tak boleh, teqhuk mak muntah. Ha,..satu lagi bau gulai tumis ni pun dari pintu masuk tu pun mak tak boleh bau. Tapi bila mak mengandung kat angah lain pulak. Sampai bau ayah hang pun tak boleh. Dengar motor ayah hang pun mak dalam rumah dah siap meloya. Tiga bulan jugak la ayah hang kena tidoq luar." Puan Salima terus bercerita sambil tergelak kecil.
"Adoii mak!,..macam tu sekali ka? Ishh,.Ejan kalau setakat mabuk benda makan tu boleh tahan lagi kot, tapi kalau sampai bau badan abang Irfan pun tak boleh, yang tu memang Ejan tak boleh terima. Huii,..boleh siksa jiwa raga mak!,.." Ejan lepaskan tawa. Kuat betul ketawanya.
"Amboihh,..miang jugak noh!" Puan Salima kenakan Ejan. Ejan hanya sengeh. Dia cuba bayangkan hidupnya tanpa Irfan di sisi, tanpa sedar Ejan mengelengkan kepalanya.
"Dok berangan sampai mana dah tu? Dok tak dok tergeleng-geleng?" Ejan tersentak. Sekali lagi Ejan hanya pamerkan gigi untuk emaknya.
"Ada gheta mai la mak, Ejan pi tengok sat na, kot-kot abang Irfan yang balik." Ejan terus bangun dan membawa diri ke ruang tamu. Dijengahkan kepalanya di muka pintu. Memang betul pun kereta Irfan sudah siap landing di halaman depan rumah.
Ejan menunggu Irfan keluar dari kereta. Sebaik wajah Irfan kelihatan Ejan sudah melebarkan senyumannya. Begitu juga Irfan, nampak saja Ejan di muka pintu langkahnya terus diayun laju.
Bila di hati sudah ada irama cinta, maka jiwa masing-masing pun menyanyikan lagu rindu. Sesaat pun rasakan bagai berkurun lamanya tidak bertemu. Ejan menyambut tangan Irfan dan menciumnya penuh hormat. Irfan pula menarik Ejan dan mengucup dahi Ejan. Sama-sama saling melepaskan rindu. Seketika mereka sama-sama pula melepaskan tawa. Entah apa yang lucunya?
"Ejan okey?" pertanyaan pertama Irfan. Ejan angguk saja.
Puan Salima yang sibuk memasak di dapur datang ke ruang tamu untuk menegur menantu bongsunya itu. Irfan yang baru ingin merangkul Ejan jadi tersipu-sipu. Terkejut dengan kedatangan emak mertuanya. Ejan hanya menahan tawa.
"Irfan balik nak makan ka? Mak baru nak tumis gulai. Mak tak tau pulak Irfan nak balik makan di ghumah. Kalau tau tadi awai lagi mak dah masak." Puan Salima jadi serba salah. Tentu Irfan kesuntukan masa kalau nak menunggu dia selesai masak.
"Eh,.taklah! Irfan memang ambik cuti setengah hari, hari ni!" sejak pagi Irfan tak dapat tumpukan perhatiannya pada kerja. Mindanya asyik memikirkan Ejan dan kandungan Ejan. Jadi dia buat keputusan untuk pulang saja ke rumah untuk mencari ketenangan.
"Takpa la kalau macam tu. Irfan tolong nasehat sikit bini Irfan tu. Dah oghang suqhuh rehat bukan dia nak mau, merata dia dok jalan, Pi mai,pi mai,.." sempat lagi puan Salima nak memberi pesan. Ejan dah tepuk dahi. Irfan geleng kepala. Puan Salima kembali ke dapur untuk selesaikan tugasnya memasak untuk makan tengahari itu.
"Keghap sangat abang gheja sekeqhat hari? Tak pa ka? Kata kalut sangat, banyak sangat gheja di pejabat?" bertalu-talu soalan Ejan. Irfan tak segera menjawab. Dipimpinnya tangan Ejan menuju ke bilik.
"Memang banyak sangat kerja tapi otak abang tak boleh nak fokus. Abang dok ingat Ejan ja. Ejan okey ke tak? Ejan sihat ke tak? Abang rindu sangat kat Ejan tau!" mereka masuk bilik bersama. Selepas pintu ditutup Irfan tarik Ejan ke katil.
"Abang nak Ejan berehat saja. Dengar cakap abang!" tegas bunyinya dan dalam tak sedar Ejan sudah berada dalam pelukan Irfan.
"Ejan boringlah bang, tidur sangat pun letih jugak tau!" sekali lagi Ejan memprotes, tadi dengan emaknya. Sekarang dengan Irfan pula.
"Untuk kebaikan sayang jugak,.." Irfan masih memujuk. Ejan lentokkan kepalanya di bahu Irfan. Teringin pula nak bermanja.Sekali lagi dahi Ejan, Irfan kucup.
"Abang,..majlis kita di rumah abang tu macam mana? Dah tetap tarikh ka?" Ejan terfikirkan majlis tu tiba-tiba. Ejan cuma takut bila kandungannya semakin membesar banyak pula halangannya nanti. Kena pula Ejan mabuk dan sebagainya nanti lagi menyukarkan keadaan.
"Abang pun tak pasti sangat, kalau tak ada apa-apa aral mungkin hujung bulan ni. InSya-Allah!"
"Ejan bukannya apa, tadi Ejan sempat jugak la interview mak pasai pengalaman mak dolo-dolo. Macam mana mak mengandungkan kami semua." Ejan bercerita segalanya yang dia bualkan bersama maknya tadi kepada Irfan sambil tersenyum dan sesekali disertai ketawa kecil.
"Uihh,..janganlah Ejan jadi macam tu. Tak sangguplah abang tidur tanpa bantal peluk buchuk ni." Irfan berseloroh sambil ketawa. Ejan dah masamkan muka. Saja ja tu, bukannya terasa mana pun.
"Yalah tu,..Ejan ni busuk, abang yang wangi." Ejan bersuara rajuk. Mahu dipujuk la tu!
Irfan ketawa senang hati. Ejan kebam bibir. Sengaja dia pusingkan tubuhnya dan mengadap ke arah lain. Nak tunjuk proteslah kononnya tu. Irfan pula sengaja menduga hati si isteri. Dibiarkan Ejan dengan rajuknya. Irfan bangun dari katil dan menyalin pakaiannya. Selepas selesai mengenakan T shirt dan kain pelekat Irfan kembali duduk di sebelah Ejan.
"Tak habis lagi rajuk?"
"Huh!"
"Hahaha, Ejan,.nanti jangan sampai anak abang tu terikut perangai mak dia sudahlah. Kuat merajuk!" Irfan ketawa lagi. Ejan pantas berpusing mengadap Irfan dan merenung Irfan tanpa mengejipkan matanya. Irfan turut membuat perkara yang sama. Berlaku pula aksi bermain mata.
"Mata Ejan cantikkan!" Irfan bersuara. Ejan yang ingin menyakat Irfan terus mengerdipkan matanya berkali-kali.
"Haa,..kan Ejan dah kalah! Yess!" Irfan bersorak riang.
"Ehh,..mana aci, abang main tipu!"
"Tak! mana ada abang main tipu! Serius abang cakap, mata Ejan memang cantik!" Irfan kembali berwajah serius seolah nak memberitahu Ejan dia ikhlas menuturkannya.
"Abang ni suka sangatkan tukar topik? Ejan tak kira, hari ni Ejan tak izinkan abang tukar topik lagi. Abang bagi tau Ejan, sejujur-jujurnya kenapa dulu abang suka sangat kenakan Ejan? Suka sangat tunggulkan Ejan?" Ejan ingatkan lagi tentang persoalannya yang Irfan selalu hindarkan. Irfan tarik nafas perlahan. Ingatkan Ejan dah lupa semuanya tapi Ejan masih lagi menyoal dirinya.
"Okey,..abang akan berterus terang tapi jom kita keluar dulu. Siang-siang hari berkurung dalam bilik ni, apa pulak kata mak nanti." Irfan masih cuba beralasan.
"Tengok tu! Abang nak ubah topik lagi la tu? Mak takkan cakap apa la, tadi abang sendiri dengarkan, mak nak Ejan berehat, jadi abang temankanlah Ejan berehat, sambil-sambil tu abang ceritalah,.."
Irfan serba salah nak cerita tentang perasaannya pada Ejan.Kata orang, orang yang mengandung macam Ejan ni mudah sensitif. Lagi pun, Irfan tak tahu dari mana harus dimulakan segalanya.
"Abang!,..Ejan tunggu ni!"
"Abang,..abang bukan tak nak ceghita, tapi,.." Irfan benar-benar serba salah.
"Ejan janji dulu dengan abang, Ejan takkan marah dengan abang!" Ejan angguk. Irfan tarik nafas sekali lagi. Direnung wajah Ejan lama. Dia terus naik di birai katil dan memeluk bahu Ejan. Dia perlu bersedia menerima segalanya yang akan Ejan putuskan selepas ini. Semuanya adalah masa lalunya yang sukar nak dilupakan.
"Sebenarnya hal yang utama abang cemburukan Amri. Ejan ingat tak masa abang menghilang selama seminggu tu. Memang abang balik KL tapi bukan sebab ada meeting tergempar.
Abang cuba lupakan Ejan, tapi hari pertama abang balik, abang jumpa Tina. Dia rayu abang untuk kembali pada abang. Dia tak bahagia dengan suami dia,.." Irfan berhenti seketika, dia tundukkan wajahnya untuk melihat reaksi Ejan. Bila melihat Ejan beriak biasa Irfan meneruskan ceritanya.
"Tina tu cinta pertama abang,.."
"Ejan tau!" Irfan belum habis bercakap Ejan sudah mencelah. Sekali lagi Irfan terhenti dan memandang wajah Ejan.
"Mana Ejan tau?" Irfan bertanya Ejan. Baru Ejan tersedar dia dah terlepas cakap. Lantas ditutup mulutnya.
"Opppsss, tak tau, tak tau,..okey abang boleh teruskan. Ejan tak sabar nak dengar lagi ni."Ejan sengeh, Irfan geleng.
"Abang takkan sambung kalau Ejan tak bagi tau abang, macam mana Ejan tau." Irfan sudah mula mengugut.
"Alahh,..hari tu Fina terlepas cakap kat Ejan, jadi Ejan paksalah dia ceghita. Tapi tak banyak sangatlah yang Ejan tahu pun. Sikit sangat." Ejan cuba berdalih.
"Hmm,..ada la tu, rasanya bukan sikit yang Fina ceritakan? Tapi memandangkan Ejan dah tahu abang nak ceghita perkara yang sebenarnya. Hari pertama kita jumpa di City Plaza tu abang baru seminggu ditukarkan ke sini. Abang kecewa sangat bila Tina tak setia dengan abang.
Abang marah, abang benggang dan anggap semua perempuan tu sama. Lepas tu abang pula mainkan perasaan perempuan, tapi tak lama kerana abang semakin sakit hati dengan cara tu. Dulu abang senang sangat nak tackle perempuan tapi semua perempuan yang rapat dengan abang semuanya plastik. Asal keluar date saja mesti nak keluar shopping sekali. Abang bosan!
Bila abang ditukarkan ke sini, kali pertama tengok Ejan abang ikut Ejan. Bila ada orang cuba tackle Ejan, dan Ejan bo layan abang jadi berminat untuk mencuba. Abang memang sengaja langgar Ejan hari tu, nak tengok apa reaksi Ejan. Bila Ejan tenung abang tak berkelip, abang ingat Ejan sama macam dengan perempuan lain jugak. Pantang tengok lelaki handsome,.." Irfan berhenti bercerita dan lepaskan tawanya. Ejan mencebik. Tubuh Irfan ditolak sedikit untuk menjauhinya, Irfan tarik kembali bahu Ejan.
"Sempat lagi nak perasan. Masa tu Ejan bukan terpegun sebab rupa abang pun, tapi Ejan terkejut sebab Ejan ingat, abang dah tak dak tang tu, tapi tau-tau ja Ejan dah kena sergah dengan abang, tentulah Ejan terkejut, ermm,..teruja jugak sebenarnya, ingatkan artis Korea sesat mai Malaysia." giliran Ejan pula berterus terang dan lepaskan tawanya. Seketika kemudian ditekup mulutnya bila Irfan meletakkan jari telunjuk di bibirnya.
"Ada jugakan? Jadi abang bukan perasanlah?" Irfan jungkitkan kening dua tiga kali, untuk mengiat Ejan. Ejan senyum dan dekatkan wajahnya dengan wajah Irfan dan menghadiahkan ciuman di pipi kiri dan kanan Irfan.
"Yalahh,..abang handsome, sambung cegheta abang balik. Apa jadi lepas tu?'' Irfan membetulkan kedudukannya. Ejan ditarik semakin rapat dengannya. Sekali lagi Ejan lentokkan kepalanya di bahu Irfan.
"Selepas jumpa Tina abang cuba lupakan Ejan, tapi semakin abang cuba semakin abang ingat dekat Ejan. Dengan sikap brutal Ejan. Dengan sikap jual mahal Ejan, dan yang paling abang tak boleh lupa bila setiap kali abang ingatkan renungan mata Ejan masa pertama kali kita jumpa tu.
Masa tu abang rasa abang dah jatuh cinta dengan Ejan. Abang rindu sangat dengan Ejan. Selama seminggu tu abang cuba mengawal diri abang dari menghubungi Ejan. Abang berhubung dengan Tina dan keluar dengan Tina, tapi dengan Tina abang langsung tak rasa bahagia. Setiap kali abang cuba terima dia kembali, setiap kali tu juga abang rasa hati abang ni macam dihiris-hiris."
Irfan lepaskan nafasnya lagi. Menceritakan kisah lama, hatinya kembali rasa terluka. Menyebut nama Tina pun membuat Irfan rasa sangat terseksa tapi demi Ejan dia teruskan juga ceritanya.
"Abang nak minta maaf sangat dekat Ejan. Memang selama seminggu tu abang keluar dengan Tina hinggalah akhirnya abang terjumpa Tina dengan lelaki lain. Abang bersemuka dengan Tina.
Rupanya Tina hanya nak mempermainkan abang semata-mata. Mereka bertaruh dengan wang yang banyak. Pertaruhanya ialah abang masih sukakan Tina, dan bila abang sudi keluar dengan Tina bermakna Tina dah menang pertaruhan tu." Irfan berhenti sekali lagi. Betapa bodohnya dirinya ketika itu. Berkali-kali ditipu oleh perempuan yang sama.
"Mana abang tahu mereka bertaruh?" Ejan tak puas hati dengan cerita Irfan. Macam baca novel tergantung pulak.
"Abang tak terus pergi pada mereka. Abang bersembunyi dulu. Abang duduk di meja yang membelakangkan mereka dan abang dengar semuanya. Lepas tu baru abang munculkan diri dan Tina mengaku semua rancangannya."
"Masa abang jumpa Ejan di kedai kak Jun tu macam mana pulak? Macam mana abang boleh kenai dengan dj-dj Kedahfm pulak?"
"Ohh,..abang cuma teman kawan abang ja, dia pi promote barang dia kat radio Kedahfm. Masa nak balik tu dj-dj tu ajak kami pi makan dan bawa kami pi sana. Abang terkejut jugak tengok Ejan dekat kedai tu." Ejan panggungkan kepalanya. Irfan pula rapatkan wajahnya dan bibirnya melekap di pipi Ejan.
"Ejan tahu tak?"
"Tak tahu!" Irfan tarik hidung Ejan. Ejan gosok perlahan hidungnya dan muncungkan bibir.
"Hiess,..tunggulah abang habis bercakap dulu." Ejan tergelak. Tak jadi pula nak marah pada Irfan.
"Okey teruskan,.abang jangan buat cerita tergantung. Ejan tak suka dengar tau."
"Jangan la menyampuk!"
"Okey-okey, Ejan zip mulut!" Ejan buat gaya orang tarik zip di mulutnya. Irfan tergelak kecil.
"Bila abang jumpa Ejan kat kedai tu abang happy sangat. Abang tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan abang masa tu. Sebelum tu abang dah nekad kalau Allah pertemukan Ejan sekali lagi dengan abang, abang akan pegang Ejan sampai bila-bila.
Kalau boleh abang nak Ejan ada di sisi abang sampai akhir hayat abang, dan hari itu bila abang nampak Ejan, abang rasa bagaikan abang ni mati hidup semula. Abang rasa semangat abang untuk hidup bahagia akan kembali bersinar." sekali lagi pipi Ejan dicium. Ejan dah menjeling Irfan. Irfan hanya ketawa.
"Tapi lepas tu abang buat perangai lagi! Abang uji Ejan lagi, masa sebelum kita pi mengail tu. Abang ingat tak? Abang tak balas mesej Ejan. Abang tak angkat call Ejan. Abang tau dak tiap-tiap malam Ejan gheyau rindu kat abang. Ejan takut sangat abang bencikan Ejan dan akan tinggalkan Ejan."
Air mata Ejan bergenang tiba-tiba. Teringat lagi saat itu betapa dia rasa sengsara dengan perasaannya. Irfan pegang dagu Ejan dan doggakkan wajah Ejan ke arahnya. Air mata yang Ejan tahan terus gugur bila matanya bertembung dengan mata Irfan. Irfan rasa bersalah lantas kepala Ejan ditarik ke dadanya.
"Sorry sayang, bukan abang sengaja pun. Macam yang abang cakap tadi abang cemburu pada Amri. Lagi pun Ejan tak pernah pun bagi tahu abang, Ejan sukakan abang. Ejan pula masa tu berkeras sangat nak ikut pi memancing tu walau pun abang dah minta Ejan jangan pi.
Abang rasa tercabar sangat,tapi nak dijadikan ceghita abang pi jumpa Amri di Simpang Empat, tempat Amri berniaga. Abang tanya Amri apa hubungan Ejan dengan dia, dan abang sendiri mengaku pada Amri yang abang sukakan Ejan. Ejan nak tahu apa Amri cakap kat abang?" Ejan dongakkan wajahnya lagi. Wajah Irfan ditenungnya.
"Ejan nak tahu tak apa Amri cakap?"
"Nak la!" Irfan tergelak kemudian menyambung lagi.
"Hang bertuah kalau boleh dapat Ejan. Ejan tu brutal di luaq ja, tapi hati dia tak. Dia baik dan suka tolong oghang. Lagi satu Ejan ni ada sifat pengesian dekat oghang,..dan aku sure kalau Ejan jatuh cinta kat hang dia akan setia sampai mati kecuali kalau takdir dah tentukan sebaliknya.
Good luck bro!,..kalau hang serius nakkan Ejan, aku akan sokong hang, cuma satu ja aku nak ingatkan hang, kalau hang kecewakan Ejan aku akan angkat geng cari hang sampai lubang cacing sekali pun." Irfan tergelak diakhir katanya. Tak sangka sampai begitu sekali Amri akan mengugutnya.
"Tak sangkakan sayang?" Irfan bertanya Ejan semula. Ejan hanya mengangguk. Memang dia langsung tak sangka Irfan akan buat pengakuan dekat Amri. Bukan tak sangka apa yang Amri dah ucapkan.
"Yupp!,..memang tak sangka, tak sangka yang abang akan pergi cari Amri dan buat pengakuan macam tu. Ejan tak hairan kalau Amri akan support Ejan sebab Amri dan Ejan dah lama kenai.
Lagi pun Amri tu dua pupu dengan Ejan, dan Amri ni sebenaqnya dan ada buah hati pun, tapi buah hati dia tu sambung belajar ke USM. Macam mana abang boleh terfikir nak pi buat pengakuan tu? Buat malu Ejan ja tau!" Irfan terpempan seketika. Kenapa pula nak malu? Irfan cuma nak jadi seorang lelaki yang gentleman, kalau boleh Irfan tak mahu rampas Ejan dari Amri. Mana tahu Amri dan Ejan sebenarnya sedang bercinta.
"Abang tak habis lagi ceghita sebenarnya." Irfan sengeh pada Ejan. Kalau tadi Ejan cakap dia malu Irfan nak dengar apa pula kata Ejan selepas ini.
"Ada lagi?" Ejan inginkan kepastian. Irfan angguk.
"Siang abang jumpa Amri, malam tu pulak abang call abang Hadi bagi tau, abang nak masuk minang Ejan. Abang Hadi suruh pula abang bagi tau ayah dan mak. Keesokannya abang datang rumah Ejan.
Abang bagi tau hasrat yang sama kat ayah dan mak. Ayah dan mak tak menghalang kalau Ejan setuju. Along dan angah pun ada sekali. Mereka suruh kita berkawan dahulu. Mereka tak mahu paksa Ejan.
Mereka suruh abang cakap sendiri pada Ejan. Sebab tulah abang ikut sekali pi memancing hari tu. Abang cuba pujuk Ejan, tapi Ejan tu degil sangat. Huh,..!" Irfan sengaja berpura-pura macam orang marah. Ejan pula terus mencubit Irfan. Irfan ketawa sambil mengosokkan bekas cubitan Ejan.
"Ejannn!,..ajak Irfan keluar, mai makan nasik dulu, satgi dah nak masuk zohor kita boleh sembahyang jemaah sama-sama. Ayah pun dah balik ni,.." terdengar laungan puan Salima dari luar bilik. Ejan dan Irfan saling berpandangan. Sesaat mereka saling pula berbalas senyuman. Mereka terus turun dari katil dan jalan beriringan keluar dari bilik.
BAB 23
SEMINGGU Ejan di Kuala Lumpur sebelum majlis mereka diadakan di rumah ibu mertuanya. Untuk menyiapkan majlis di sini bukan semudah di kampung. Kalau di kampung semuanya gotong royong, tapi di Kuala Lumpur semuanya adalah tempahan. Sungguh pun di kampung sekarang pun sudah banyak yang moden kerana mengikut peredaran zaman, tapi tetap tak sama dengan persiapan di bandar, lebih-lebih lagi keluarga mertuanya adalah dari golongan orang kenamaan.
Ejan memang rasa kekok kali pertama datang ke sini. Ejan cuma bernasib baik kerana Afina sentiasa ada untuk menemaninya, dan Irfan juga mengambil cuti selama dua minggu sempena majlis mereka itu, jadi Ejan taklah seperti rusa masuk kampung.
"Sayang okey tak?" bila melihat Ejan yang nampak seperti tidak ceria Irfan terus menghampiri isterinya. Mungkin Ejan penat kerana dibawa ke sana ke mari untuk mencuba baju pengantin, menempah pelamin dan sebagainya. Mereka tak mahu mengenepikan Ejan. Citarasa Ejan juga diambil kira, walau Ejan sudah berpesan dia tidak kisah walau apa konsep yang dipilih sekali pun. Bagi Ejan sekadar nak meraikan mereka berdua dengan majlis sederhana saja pun sudah mencukupi.
"Ejan!,..abang tanya ni." Ejan tersenyum.
"Ejan pening sikit ja ni, tak tau la kenapa rasa letih sangat. Rasa macam nak tidoq ja dua puluh empat jam ni." Ejan berterus terang dengan apa yang dia rasa. Selain rasa kekok untuk berbual dengan sanak saudara Irfan yang rata-ratanya orang kenamaan, Ejan juga merasa sangat letih. Mungkin pembawaan budak.
"Kalau letih, Ejan pergilah tidur." tersentak Ejan.
"Huishh,..abang biaq betoi, malu la Ejan nak tidoq siang-siang hari ni, maunya bertahun Ejan kena kutuk nanti." Irfan duduk di sisi Ejan. Tadi dia sedang berbincang dengan pekerja -pekerja yang sedang menyiapkan pelamin mereka, bila disedari Ejan yang duduk berseorangan di laman rumahnya dia menghampiri Ejan.
Sejak seminggu di sini, di tempat inilah Ejan selalu menyendiri bila dia tak berteman. Irfan pun risau melihat gelagat Ejan yang seolah tertekan di sini.
"Siapa yang nak kutuk Ejan tu?" sengaja Irfan menyoal begitu, ingin mendengar suara hati Ejan, mana tahu Ejan pernah diherdik atau dihina oleh saudara maranya tanpa pengetahuan dia.
"Tak adalah! Ejan cuma segan ja."
"Dah!,..jangan duduk sini lagi. Jom,..abang teman Ejan." Irfan bangun dan mengapai tangan Ejan dan dipegang tangan Ejan supaya mengikutnya masuk ke rumah.
"Hai pengantin baru,nak ke mana tu? Berpimpin tangan lagi." suara-suara nakal sanak saudara Irfan sudah kedengaran. Ejan tertunduk malu, merah wajahnya menahan rasa. Ejan cuba menarik tangannya yang berada dalam gengaman Irfan tapi Irfan tidak mahu melepaskannya.
"Bukan pengantin baru lagi dah tu, dah basi pun,.." terdengar gelak tawa seisi rumah. Irfan hanya pamerkan senyuman. Ejan juga mencuba untuk tersenyum walau dirasakan senyumannya itu ternyata hambar. Malulah kalau diusik begitu. Kalau mereka tahu Ejan sudah berisi pasti lagi teruk Ejan dan Irfan digiat mereka.
"Ejan!,..kenapa pucat saja ni. Ejan tak sihat ke?" ibu mertua Ejan menyoal sebaik mereka bertembung di tepi tangga.
"Ejan pening mama. Irfan nak bawa Ejan naik berehat." Irfan pula yang menjawab bagi pihak Ejan.
"Dah la, pergi naik berehat. Kalau letih Ejan jangan malu-malu buatlah macam rumah sendiri ya!" Ejan hanya tersenyum. Dia masih belum biasa beramah mesra dengan ibu mertuanya.
"Alah mama,..Ejan tu pening sebab abang jugak, tak sabar-sabar. Belum lagi buat kenduri besar dah bawa pergi honeymoon, kan dah terkantoi,." Afina yang entah datang dari mana tiba-tiba datang menyampuk. Ejan pamer wajah tak puas hati. Irfan ketawa senang hati.
"Power tak abang?" Irfan jongket kening berkali-kali pada Afina sambil terus menarik Ejan naik ke tingkat atas.
"Kenapa tu Rose? Dah ada isi ke menantunya tu?" tu dia!,. telinga lintah betul, ada yang sempat lagi pasang telinga. Datin Roslina tersenyum. Afina menutup mulut menahan tawa. Semakin merah wajah Ejan menahan malu.
"Allhamdulillah kak long. Dah rezeki nak dapat cucu sulung cepat." Datin Roslina menjawab juga pertanyaan kakaknya itu. Berita baik untuk apa nak dirahsiakan.
"Afina tu bila lagi nak kahwinnya tu? Kalau belum ada calon, mak long ada calonnya. Bolehlah kenal-kenal nanti." Ejan dan Irfan yang sempat menangkap ayat dari mak long Rosmina tadi kembali tertoleh ke belakang dan memandang Afina. Ejan tunjukkan thumb down untuk Afina. Afina mencebik geram.
"Ishh mak long ni, Fina tak maulah jodoh-jodoh yang di atur ni. Fina bukan tak ada cuma belum sampai seru lagi jer." Afina cuba membela diri. Ejan dan Irfan sudah hilang ke dalam bilik.
"Fina jumpa la dulu. Nanti kenduri, mak long jemput keluarga mereka datang sekali. Mak long bukan nak paksa pun. Fina jumpa dulu sekali, kalau tak berkenan pun tak apalah. Mana tahu, kot-kot nanti bakal jatuh cinta pandang pertama ke, siapa tahu." Afina tarik muka dan berlalu dari situ. Langkahnya diatur ke tingkat atas, tentu arahnya ke bilik abangnya untuk berkongsi perasaan tak puas hatinya dengan Ejan. Pintu bilik terus dikuak laju. Terkejut Irfan dan Ejan yang sedang berbual di dalam bilik.
"Hiesyy,..Fina ni tak gheti-gheti nak ketuk pintu dulu ke sebelum masuk. Nasib baik tak ada berlaku adegan tak sepatutnya." pantas saja Ejan menampar bahu Irfan. Dalam marah Irfan lepaskan tawa.
"Fina tak peduli! Mak long tu suka sangat nak kenenkan Fina. Mama dan papa pun tak sibuk nak suruh Fina kahwin." Afina menghentakkan kakinya dan menghala ke katil. Dipanjatnya katil dan turut landing di sebelah Ejan. Irfan dan Ejan saling berpandangan.
"Ala-ala cayang buchuk akak ni, Fina tak nak kawen ya? Tak pa nanti akak tolong pujuk mak long tu jangan kenenkan adik akak ni dengan orang tu. Apa nama lelaki tu?" dalam nak bergurau dengan Afina sempat lagi Ejan nak cungkil rahsia. Siap tanya nama lagi, walhal Afina tu pun tak tahu apa-apa.
"Akak,..akak tolong adik ya, adik sayang sangat-sangat kat akak tau. Kalau akak tolong adik nanti, kalau abang dera akak, nanti adik tolonglah akak balik. Nanti adik tolong akak sekeh kepala abang." Afina sengaja buat suara manja, ala kanak-kanak tadika sambil merangkul tubuh Ejan. Ejan dah ketawa terbahak-bahak. Irfan buntangkan matanya melihat Ejan yang berada di dalam pelukan Afina.
"Yang Afina peluk ni isteri abang tau. Dah, dah,..pi main jauh-jauh. Kacau daun je la. Orang nak manja-manja dengan isteri orang pun tak boleh. Dia pun sibuk-sibuk juga nak manja." Irfan pula buat suara manja. Ejan tak mampu terus menahan rasa gelihatinya.
"Baby tolong ibu! Tengoklah abah dengan mak ngah ni, dah jadi budak-budak kecik." Ejan usap perutnya yang masih kempis tu sambil mengadu. Irfan rasa teruja pula bila melihat kelakuan Ejan,lantas turut sama mengusap perut Ejan. Afina yang sedang memandang membuntangkan matanya.
"Ishh,.kalau nak bermanja dengan isteri pun janganlah depan-depan Fina ni. Tak malu betul la abang ni!" Afina memprotes gelagat Irfan. Dia pula yang termalu melihat gelagat abangnya itu.
"Dah tahu malu tu, tunggu lagi, blahlah! Sibuk ja nak kacau orang ni kenapa?" Irfan tak mahu mengalah. Ejan hanya mengeleng. Abang dengan adik sama ja perangainya.
"Abang la pi tuqhun bawah sana. Tolong apa yang patut." Afina masih berkeras. Ejan yang tidur di sisinya masih dipeluk erat. Sengaja nak mengiat abangnya itu.
"Lepas, lepas, kesian tau kat isteri abang ni, peluk dia kuat-kuat macam ni nanti dia sesak nafas pulak." Irfan cuba merungkaikan tangan Afina yang masih di pinggang Ejan.
"Abang tahu tak, sebelum abang peluk Ejan, Fina dulu yang peluk Ejan ni. Sebelum ni bahu Fina ni yang selalu lencun kerana abang so sebenarnya abang yang rampas Ejan dari Fina tau." Afina tetap tak mahu mengalah. Ejan yang mendengar perbalahan keduanya dah angkat kedua belah tangannya.
"Okeylah! biar Ejan yang jadi pengadil. Sekarang ni keputusannya seri, dua-dua pun menang. Dengar pula keputusan Ejan. Biar Fina yang tinggal dalam bilik lagi selamat dari abang yang berdua dengan Ejan, jangan-jangan orang ramai di bawah tu dok tunggu ja bila abang nak keluar bilik, so,. la ni Ejan nak berbual dari hati ke hati dengan Fina. Malam ni kita jumpa lagi ya abang sayanggg,.."
Afina bersorak kemenangan. Pada Irfan dijelirkan lidahnya. Irfan sengaja tayang muka tak puas hati. Baginya daripada melihat Ejan bermenung sepanjang hari seorang diri lebih baik Ejan menghabiskan masa bersama Afina.
"Yalah,..abang keluar! Sayang jangan nakal-nakal tau. Fina, jangan ajar yang bukan-bukan pulak pada isteri abang ni!" sebelum bangun sempat pula Irfan memberi pesan pada isteri dan adiknya itu, keduanya hanya mencebik. Irfan pun berlalu dari bilik itu.
"Aku nak tanya kau sikit boleh?" Ejan memulakan perbualan mereka sebaik pintu bilik ditutup Irfan dan Irfan hilang dari pandangan mereka.
"Berapa soalan? Kena tengok jugak la soalannya jenis yang macam mana." Ejan dan Afina sama-sama menselesakan diri di atas katil. Katil pengantin yang belum dihias indah.
"Soalan aku sempoi saja kot, kau nak jawab secara subjektif or objektif?" Ejan masih bermain teka teki.
"Objektif!" sepatah Afina membalas.
"Okey,..
A.Kau dah ada pak we ka?
B.Sapa buah hati kau?
C.Namanya apa?
D.Dia dok di mana?,.."
"Cop, cop, apa punya soalan daa?" Ejan dah tergelak. Dia sendiri pun tak tahu apa yang dia nak tanya. Yang pasti setiap kali bila dia bertanya pada Afina tentang teman lelaki, mesti Afina akan berdolak dalih.
"Aku, aku nak buat pengakuan dengan kau.S ebenarnyakan, masa sekolah dulu aku ada tersuka dekat sorang ni, tapi aku malu nak luahkan, sampai sekarang aku tak boleh nak lupakan dia.
Tak tahu kenapa aku tak boleh buka pintu hati aku ni untuk orang lain. Kau tau tak Mas dalam hati aku ni dah FULL dengan nama dia ja. Tak ada nama orang lain lagi dah." Ejan menoleh ke arah Afina. Memang dah parah adik ipar merangkap kawan baik dia ni, itu yang Ejan fikirkan dalam hati.
"Name?" sepatah Ejan tanya.
"Mohd Haiqal Hafizi." sebaris ayat dengan tiga nama.
"Kau cakap sorang ja, yang sebenarnya yang mana satu ni? Mohammad ka? Haiqal ka? Or Hafizi?" Ejan loyar buruk.
"Ishh,..aku cepuk jugak minah ni kang!" Ejan tergelak kuat. Tapi sekejap saja bila menyedari keterlanjurannya, dia menekup mulutnya sendiri dan menahan tawa dari terus berlanjutan.
"Okey!,.next question. Age?"
"Dia senior aku. Tua dua tahun ja dari kita."
"Habis tu, la ni dia tinggai di mana?" Ejan pandang Afina lagi. Wajah Afina muram, dia tak menjawab soalan Ejan. Tadi Ejan sempat melihat Afina mengeleng.
"InSyaa-Allah, kalau ada jodoh kau dengan dia, takkan ke mana larinya. Biar berpisah tujuh lautan sekali pun, korang pasti akan jumpa jugak kalau memang itu sudah suratannya Ilahi.
Percayakan pada ketentuan takdir. Kadang-kadang Allah sengaja nak menguji hati kita, tengoklah macam aku dengan abang Irfan. Kami bertemu, bercinta,berpisah dan bersatu kembali dalam ikatan suami dan isteri.
Semua tu kami tak pernah merancang dan aku sendiri pun tak pernah berharap kami bakal bersatu memandangkan aku sedar aku bukannya sesuai pun dengan abang kau tu, tapi jodoh kami kuat." Ejan cuba memujuk Afina. Kalau dulu Afina yang selalu memujuk dirinya, kini tiba giliran dia pula untuk mengambil alih tugas Afina.
"Kau lain ,aku lain. Aku dengan Haiqal langsung tak pernah bertegur sapa. Kau dengan abang Irfan sekurang-kurangnya pernah juga keluar date." Afina mengeluh.
"Aku rindu sangat kat Haiqal, aku teringin nak tengok wajah dia sekarang. Teringin nak bertentang mata dengan dia. Teringin nak bersua muka dengan dia, dan paling aku teringin sekali nak luahkan perasaan aku pada dia.
Aku dah tak sanggup nak terus menahan perasaan aku ni. Aku cinta dia. Aku sayang dia dan aku teramat rindukan dia."
Afina bersuara sayu. Air matanya yang sudah gugur diseka perlahan. Ejan mengalih kedudukannya dan mengadap Afina. Bahu Afina diusap lembut.
"Aku tak tahu kau begitu menderita menahan perasaan seorang diri. Selama ni aku tengok kau happy saja sepanjang masa. Macam mana kau buat?"
"Sebab tulah aku faham macam mana perasaan kau bila kau menangis rindukan abang dulu. Aku pun macam kau, terlalu rindukan Haiqal. Aku bayangkan perasaan rindu aku pada Haiqal setiap kali kau luahkan perasaan kau." Ejan pula yang mengeluh mendengar luahan hati Afina.
"Cinta itu rindu dan air mata, cinta itu indah tapi penuh dengan ujian dan dugaan. Cinta juga penawar dan racun." Ejan terus bermadah. Afina di sebelah terus mengukirkan senyuman. Jiwang pula kakak ipar dia ni.
"Sejak bila pula aku dapat kakak ipar jiwang ni?" Afina lepaskan tawa.
Begitulah persahabatan mereka, selalu disulami tawa dan air mata. Ejan hanya senyum pada Afina. Dia ingin bantu Afina tapi dia sendiri tak tahu bagaimana caranya.
Dalam diam Ejan memohon pada Allah dalam hati agar Afina akan bertemu semula dengan Mohd Haiqal Hafizi dan moga jodoh sudah tercipta antara mereka. Ejan mengaminkan doanya dan meraup mukanya. Afina pandang Ejan pelik. Ejan juga pandang Afina sambil mempamerkan sebuah senyuman ikhlas.
"Apa yang kau doa?"
"Macam mana kau tau aku berdoa?" soalan berbalas soalan.
"Habis kau sebut nama siapa tadi?"
"Bila?"
"Amin?"
Ejan tergelak. Ingatkan dia sebut dalam hati.
"Aku teringat kat anak abang Azam, Amin nama dia." selamba Ejan menjawab.
"Yalah tu! Pandailah nak kelentong aku!." Afina tak puas hati. Ejan senyum lagi. Mudahan doanya termakbul. Afinalah sahabat yang paling baik sekali buat Ejan dan sekarang Afina sudah menjadi adik iparnya. Sudah tentu perasaan sayangnya pada Afina semakin bertambah.
BAB 24
Afina tergesa-gesa mendapatkan Ejan. Darahnya bergemuruh tiba-tiba. Pandangan matanya yang beradu dengan sepasang mata lain sebentar tadi seolah menghentikan denyutan jantungnya.
Ejan yang sedang rancak berbual dengan kaum keluarganya yang datang dari Kedah dihampiri. Afina memegang tangan Ejan sebaik saja dia berada di sebelah Ejan lalu tanpa permisi Ejan dibawa pergi dari sisi kaum keluarganya. Semua yang menyaksikan kekalutan Afina itu hanya memandang tanpa kata. Sebaik mereka tiba di laman belakang rumah yang tiada orang Ejan terus bersuara.
"Kau ni kenapa Fina? Macam nampak hantu ja. Aku pun naik risau tau.Kau sedar tak kau dah kidnap pengantin perempuan ni? Kalau pengantin lelaki cari macam mana?" dalam keadaan macam ni pun Ejan sempat lagi nak bergurau. Afina melepaskan nafasnya beberapa kali.
"Kau kena tolong aku kali ni, kau dengar tak?" Afina pegang dadanya. Nafasnya ditarik sekali lagi.
"Dengar apa?" Ejan cuba memahami apa yang Afina maksudkan.
"Jantung aku ni, dup dap dup dap. Dah macam nak terloncat keluar ja." Ejan semakin keliru.
"Awat?" wajah Afina dipandang penuh persoalan. Afina yang Ejan kenal bukan yang jenis mudah melatah tanpa sebab.
"Aku nampak dia! Aku nampak dia! Aku nampak Mohd Haiqal Hafizi tadi. Aku nampak dia kat depan, dan dia pun tengok aku. Dia macam nak cakap dengan aku tapi, aku, aku,.." Afina tak habis bercerita. Ditarik nafasnya lagi. Dalam keadaan yang macam tu Ejan diserang perasaan lucu. Ejan cuma menahan tawanya dari terlepas. Dia tak tahu pula Afina akan jadi segabra itu.
"Okey, okey, bawa bertendang, sebenaqnya kau nampak sapa? Nampak Mohamad ka? Nampak Haiqal ka atau nampak Hafizi?" sebaik Ejan habis berkata-kata Afina terus membuntangkan matanya. Dia punya gemuruh tahap gaban boleh lagi minah ni nak loyar buruk, pantas lengan Ejan ditampar.
"Hiesyy,." Afina marah. Ejan dah tergelak.
"Ya Allah! Apa hal pengantin perempuan ada di belakang ni? Jom!,..abang nak kenalkan Ejan dengan kawan-kawan abang." perbualan mereka terhenti bila disergah oleh Irfan. Afina memegang tangan Ejan seolah tak membenarkan Ejan dibawa pergi.
"Abang nak kenalkan Ejan dengan kak Tina ke? Abang jangan buat pasal. Abang ingat Fina tak nampak kak Tina ke? Abang jemput dia ke?" melulu saja tuduhan Afina kepada Irfan. Ejan pandang keduanya silih berganti.
"Apa yang Fina mengarut ni? Bila masa pulak abang jemput dia? Tak kuasa abang nak jemput orang macam tu." Irfan bersuara tegas. Terasa dengan kenyataan Afina.
"Habis tu kenapa tadi Fina nampak kak Tina pun ada sekali?" Afina masih dengan hujahnya.
"Manalah abang tahu!" Irfan pun sama tak mahu mengaku kalah. Dia memang langsung tak tahu apa-apa. Yang lebih dirisaukan kalau Ejan terasa dengan kehadiran Tina yang langsung tak diundang itu.
"Sat, sat, bawa bertenang, bawa bertenang, calm down okey! Ejan dah pening sangat ni. Jangan bergaduh boleh tak?" Ejan cuba meleraikan pertengkaran kedua orang yang sangat dia sayang itu.
"Kau hati-hati dengan Tina tu, jangan-jangan dia lagi ganas dari Misha. Abang pun tak boleh ke suruh saja kak Tina tu balik? Fina pun naik meluat tengok dia." Afina buat pengakuan jujur. Tadi bila dia terpandang Tina, dia ikut saja Tina tu hinggalah dia terpandang Haiqal dan tumpuannya terhadap Tina terus hilang. Dia risau sebenarnya kalau Tina cuba mendekati Ejan dan cuba memprovokkan hubungannya dengan Irfan. Dia baru dapat tahu Tina dah kembali menetap di Malaysia bila dia bercerai dengan suaminya.
"Fina,..takkan abang nak halau dia pulak? Dia datang pun tanpa undangan. Pandai dia datang pandailah dia balik sendiri." Irfan semakin bengang dengan saranan Afina seolah dia langsung tak memahami Ejan isterinya sendiri.
"Sayang!,..jom!" Irfan hulurkan tangan pada Ejan. Ejan pandang Afina.
"Nanti kita sambung, atau pun kau tak nak ka kenalkan dia pada aku?" Ejan pula hulurkan tangan pada Afina. Sebelah kiri tangannya memegang tangan Irfan dan sebelah kanan pula dihulurkan pada Afina. Afina memyambutnya dan tersenyum. Mereka bertiga beriringan ke ruang depan.
"Afina nak kenalkan siapa pada sayang?" sambil melangkah Irfan sempat lagi menyoal.
"Mr.Perfect!" hanya sepatah dan dibalas dengan cuitan di pinggang Ejan oleh Afina.
"Oitt,..janganlah!.Aku cegheta semua kang!" Ejan mengugut.
"Nak cerita apa ni sayang?" Irfan hentikan langkahnya. Wajah Ejan dipandangnya.
"Err,.." Ejan pandang wajah Afina .Afina gelengkan kepalanya.
"Tak ada apalah.Saja ja kot!" Ejan cuba berdalih dan menarik tangan Irfan untuk meneruskan langkah mereka. Irfan tak berganjak, sengaja dikeraskan badannya dan memandang Ejan dan Afina silih berganti.
"Lebih baik Ejan cakap! Afina!" Irfan keluarkan suara amaran. Entah apa rancangan mereka berdua. Irfan cuak.
"Alah abang ni, abang lupa ka, kan mak long nak kenalkan bakal suami dekat Afina ni, tu la Ejan nak minta Fina kenalkan pada Ejan. Ejan pun nak tengok jugak handsome ka tak, mana lagi handsome dengan abang ni,.." tu dia Ejan punya penangan, nak sangat tahukan? Pandai saja Ejan ni ada-adakan cerita. Afina pula sudah tersengeh sampai telinga. Ejan sudah berbudi pada dia. Nasib baik Ejan pandai alihkan cerita sebenar.
"Ohh itu,.tentulah abang lagi handsome!" Afina sudah mula buat isyarat nak muntah.
"Uwekk,.." Afina pura-pura, lantas kepalanya diluku Irfan. Ejan tergelak.
"Dah! Jomlah! Abang ni,..sempat lagi tu!" Ejan gelengkan kepala. Gelagat Afina dan Irfan kadang-kadang buat dia ceria dan kadang-kadang buat dia pening kepala.
Mereka terus bergerak ke laman depan. Irfan yang berhajat membawa Ejan untuk diperkenalkan pada kawan-kawannya terbantut hasratnya,bila mereka dipanggil oleh Dato Razif dan Datin Roslina. Afina juga dipanggil sekali.
Mereka terus menuju pada keduanya yang turut berada di bawah khemah bersama beberapa orang tetamu termasuklah mak long Rosmina dan juga suaminya pak long Sulaiman. Turut ada bersama di khemah itu ialah lima orang lagi yang tidak dikenali. Afina memegang tangan Ejan kuat dan mula berbisik pada Ejan.
"Yang pakai baju kemeja biru tu la Haiqal." Ejan memandang ke arah kumpulan di bawah khemah itu. Ejan memerhati seorang demi seorang tetamu yang ada bersama ibu dan ayah mertuanya.
Setibanya mereka di bawah khemah tersebut mereka terus bersalaman dengan lima orang tetamu tersebut. Ejan dan Afina bersalaman dengan tetamu perempuan manakala Irfan bersalaman dengan tetamu lelaki. Mereka kemudian mengambil tempat duduk yang masih kosong. Ejan berada di tengah-tengah di antara Irfan dan Afina.
Sekali sekala Ejan akan memandang lelaki yang berbaju kemeja biru Itu. Smart orangnya. Berkulit putih, tinggi dan berambut ikal. Memang patut pun Afina tertangkap cintan. Ejan perasan pandangan lelaki itu yang asyik memerhatikan Afina manakala Afina sedari tadi hanya menundukkan kepalanya dan asyik bermain dengan jarinya saja. Ejan mengulum senyum melihat kelakuan Afina. Dalam diam Ejan buat thumb up dan diletakkan tangannya di atas riba Afina. Afina menjeling Ejan.
"Handsome gilosss,.." Ejan berbisik pada Afina. Bila menyedari gelagat mereka diperhatikan Ejan kembali beriak selamba.
"Fina,.." terdengar suara mak long Rosmina. Afina mendonggakkan wajahnya. Semua mata kini menumpukan perhatian pada Afina dan mak long Rosmina silih berganti.
"Ni mak long nak kenalkan dengan Fina. Ni kawan mak long Puan Sri Azmah dan suaminya Tan Sri Saif. Ni pulak anak sulung mereka Haiqal, yang lagi sorang ni menantu Puan Sri, Syaidatul Husna, yang last ni anak Puan Sri yang nombor dua, adik pada Haiqal, Hakim namanya,.." mak long Rosmina memperkenalkan seorang demi seorang tetamu mereka itu. Afina hanya menganggukkan kepala pada semuanya tanda hormat. Dia jadi keliru tentang status Haiqal. Adakah Saidatul Husna itu isteri Haiqal?
"Jadi mak long yang mana satu calonnya?" Irfan dengan selambanya bertanya sambil tersenyum. Semua yang ada turut tersenyum.
"Yang ada antara lima orang ni cuma Haiqal sorang ja yang masih solo." mak long Rosmina menjelaskan.
"Err,..bukan tadi mak long cakap Haiqal yang sulung ke?" Irfan masih menyoal. Ejan turut melontarkan pandangannya terhadap Haiqal, menunggu untuk melihat reaksi lelaki itu. Haiqal hanya mempamerkan senyumannya. Ejan pandang pula pada Afina di sebelah. Afina masih seperti tadi, masih bermain dengan jari-jarinya. Ejan pula pamerkan senyuman, lucu melihat gelagat Afina lantas tangan Afina dipegang. Sejuk.
"Hakim dah nak langkah bendul, nak buat macam mana." Puan Sri Azmah menyampuk dan disambut dengan tawa Hakim, Saidatul Husna hanya tersenyum kemudian mereka saling bermain mata.
"Ohh,..jadi calonnya Haiqallah!" Irfan mengangguk faham. Mak long Rosmina dan Puan Sri Azmah juga mengangguk. Semua mata kini tertumpu pula pada Afina. Ejan mencuit Afina. Afina mendonggak, seketika cuma bila kepalanya kembali ditundukkan.
"Intan Afina macam mana? Semua orang sedang menanti ni?" suara Dato Razif bertanya satu-satunya anak perempuan tunggalnya itu. Afina tetap membisu. Jiwanya semakin resah.
"Diam tu tandanya setuju." mak long Rosmina menambah.
"Kau bisik kat aku,kau suka ka tak?" Ejan berbisik kepada Afina, pantas saja Afina mengetip pahanya. Laju saja Ejan mengosok pahanya yang sakit, dalam masa yang sama dia tetap menahan tawanya.
"Fina cakap dia setuju mak long." Ejan mencelah. Membalas dendam pada Afina yang mencubitnya sebentar tadi. Laju saja Afina memandang Ejan dan membuntangkan matanya.
"Awat? Kau tak setuju erkk?" Ejan tahan perangkap. Afina mengeleng.
"Kau setuju ke tak?" Ejan tanya lagi. Afina mengangguk pula kali ini.
"Kau dah bisu erkk, sebab tengok pujaan hati depan mata?" Ejan terlepas cakap. Sekali lagi Afina buntangkan matanya.
"Kak Mas!,.." kuat panggilan Afina.
"Ya sayangku Afina!, Kau setujukan??" Ejan memerangkap. Sepantas kilat Afina mengangguk. Ejan tersengeh sambil menjungkitkan keningnya beberapa kali. Mak long Rosmina dan yang lain dah menadah tangan mengucap syukur. Afina terpempam, pandangannya dikalihkan pada Haiqal. Haiqal seperti tadi masih tidak lepas dengan senyumnya dan masih merenung Afina.
"Alhamdulillah,..selepas ini buat kenduri lagi la kita." Dato Razif pula bersuara.
"Lagi cepat lagi baikkan Dato?" Tan Sri Saif pula menambah.
"Haa,..tukan Fina mak long dah cakap, berjumpa dulu. Mana tahu jatuh cinta pandang pertama." mak long Rosmina mengingatkan Afina. Afina sudah memerah wajahnya.
"Haiqal memang satu sekolah dengan Intan Afina dulu. Kami dah lama kenal." pengakuan ikhlas dari Haiqal membuatkan semua wajah memandangnya. Haiqal mengangguk mengiakan kata-katanya tadi.
"Kami dah lama kawan sebenarnya cuma,selepas habis sekolah kami terputus hubungan. Tak sangka akan jumpa kembali." Haiqal menyambung ceritanya. Afina memandang Haiqal. Afina terkejut kerana Haiqal masih mengingati dirinya.
"Kalau macam tu lagi mudahlah kerja kami, kenapa tak cakap awal-awal tadi?" Puan Sri Azmah menyoal. Semua mata kini hanya tertumpu pada wajah Afina dan Haiqal.
"Mana berani cakap! Takut kena reject,.." Haiqal lepaskan tawa sebaik habis berkata-kata. Afina menjeling Haiqal. Yang lain hanya jadi pemerhati. Dato Razif dan Datin Roslina meminta diri untuk melayan tetamu selepas itu.
Bila Afina sudah bersetuju bermakna perbincangan mereka pun selesai. Irfan juga meminta diri untuk bertemu dengan kawan-kawannya. Tangan Ejan dipegang untuk ikutnya bersama. Afina juga ingin beredar tapi sempat dihalang oleh Haiqal. Kini tinggal mereka berdua di khemah itu, bila yang lain turut bersurai dan memberi mereka peluang untuk berkenal mesra.
Pertemuan dan perpisahan adalah ketentuan-NYA, kadang-kadang kita resah dengan perpisahan tanpa memikirkan hikmahnya. Kadang-kadang kita menyalahkan pada pertemuan bila kita terpisah tanpa memikirkan sesuatu yang positif disebalik pertemuan itu. Kita marah, sakit hati dan kecewa bila dipertemukan dengan orang yang salah.
Sebenarnya Allah hanya mahu menguji kita untuk menghargai orang di sisi kita. Sebagai manusia kita selalu tak menghargai apa yang kita ada. Kita hanya menghargai seseorang bila kita sudah kehilangannya.
BAB 25
"HEY PEREMPUAN! Kau ni memang bodohkan?" Ejan yang melangkah mahu masuk ke rumah selepas diperkenalkan dengan kawan-kawan Irfan tadi terkejut bila dirinya ditarik ke satu sudut yang tiada orang dan disergah sebegitu.
"Bodoh? Kenapa pulak?" Ejan menyoal balas. Dia langsung tak kenal perempuan ini.
"Kau tak kenal siapa Irfan Iskandar? Kau memang bodoh sebab kahwin dengan dia!" dengan yakin perempuan itu berkata.
"Kalau macam tu kau lagi bodoh dari aku! Jodoh, ajal dan mautkan di tangan Allah. Kau tak tahu ke, semua ni adalah perancangan Allah? Allah yang aturkan jodoh aku dengan abang Irfan." Ejan tetap membalas. Langsung tiada gentar di hatinya. Perempuan tadi menyinga marah. Niat dia nak sakitkan hati Ejan tapi hatinya yang sakit.
"Oii perempuan! Kau dah ambil bekas aku tahu! Aku dah pernah mengandung bila bersama Irfan. Dah banyak kali kami terlanjur!" Ejan terkejut tapi cuba dikawal perasaannya. Ejan masih beriak tenang.
"Kan betul aku cakap! Kau lagi bodoh dari aku. Senang-senang kau gadai maruah kau pada dia tapi dia tetap tak pilih kau jugakkan? Apa yang kau dapat? Bayang-bayang dia aja. Sekurang-kurangnya aku kahwin dengan dia dalam keadaan aku masih dara." sengaja Ejan berkata begitu. Perempuan yang macam ni memang perlu diajar tentang apa itu bodoh yang sebenarnya.
"Kau, kau, hee,.." perempuan itu mengangkat tangannya. Ejan bersedia apa adanya. Dia pasti temperature perempuan itu sedang mengelegak.
"Apa kau nak buat tu Tina, hah? Apa dah kau hasut isteri aku?" Tina yang terkejut dengan sergahan Irfan terus menghentikan niatnya.
"Sayang okey? Apa yang dia dah cerita kat Ejan?" Irfan bertanya ragu. Tadi Ejan meminta izin untuk masuk ke rumah. Dia juga masuk selepas itu tapi Ejan yang dicari tak dijumpai. Bila dia dengar ada suara sedang berbual di satu sudut bilik dia terus menjengah ke situ.
"Apa dah kau cerita kat isteri aku?" Irfan menyoal Tina sekali lagi. Tina terus diam. Niatnya nak mengapikan Ejan dan Irfan tak kesampaian.
"Dia bagi tau Ejan abang dan dia pernah terlanjur dan dia pernah mengandung anak abang. Betul ka?" selamba Ejan bertanya Irfan. Irfan dah memandang Tina tak berkedip.
Panggg! Satu tamparan hinggap di pipi Tina. Kuat dan berbekas. Ejan yang terkejut. Tina sudah berbahang wajahnya menahan geram.
"Apa alasan kau untuk fitnah aku macam tu? Kau sendiri tahukan. sejahat-jahat aku, tangan kau pun aku tak pernah pegang tau. Kalau terpegang pun secara tak sengaja. Aku tak kacau hidup kau.
Selepas kau kahwin dengan mat saleh tu aku redha ja walaupun aku sakit hati, tapi kenapa kau nak sakit hati bila aku nak mengecap bahagia aku sendiri. Kau nampak pintu tu? Sekarang kau boleh berambus dari sini! Berambus!!!." keras sekali suara Irfan.
Kali pertama Ejan mendengar Irfan mengamuk begitu. Ejan urut perlahan bahu Irfan untuk menenangkannya.
"Aku sumpah Irfan Iskandar, kau takkan bahagia dengan perempuan ni, Kau takkan bahagia!!" Tina memberi amaran sebelum berlari keluar.
"Siapa kau untuk tentukan kebahagiaan aku???" Irfan masih bersuara lantang. Selepas Tina menghilang di balik pintu. Irfan memeluk Ejan. Silap dia kerana tidak mendengar amaran dari Afina supaya berhati-hati dengan Tina tadi.
"Maafkan abang Ejan! Abang tak tahu semua ini akan terjadi. Ejan percaya dengan abang! Sungguh!,..abang tak pernah buat perkara terkutuk tu. Abang masih tahu dosa dan pahala lagi. Abang mengaku abang nakal. Abang playboy, tapi abang tak buat benda macam tu." Irfan cuba menerangkan pada Ejan yang masih dalam pelukannya. Ejan rungkaikan pelukan dan menatap wajah Irfan.
"Ejan tak mahu tahu siapa abang pada masa lalu abang. Tak kisahlah apa yang Tina cakap tadi tu betul atau tidak. Ejan tak mahu menghukum abang. Siapalah Ejan ni bang.
Tak ada manusia yang benar-benar sempurna. Bagi Ejan sekarang abang dah jadi suami Ejan dan Ejan cuma berharap abang yang akan membimbing Ejan menuju jalan kebenaran.
Menjadi pemimpin dalam rumah tangga kita, yang akan memimpin Ejan dan anak-anak kita nanti untuk menuju syurga." tulus Ejan menuturkannya. Sekali lagi Irfan merangkul tubuh Ejan. Dahi Ejan dikucup berkali-kali.
"Ehemm, ehem, amboi,amboi,amboi,..pengantin baru ni, sampai tak menyempat-nyempat nak tunggu malam. Tepi bilik stor pun jadi erkk?" Afina dah tergelak sakan. Ejan tersipu malu digiat oleh Afina begitu. Irfan hanya berwajah selamba dan dengan selambanya dia terus mencium pula pipi Ejan di depan Afina.
"Abanggg!" Ejan tampar bahu Irfan. Sekali lagi Afina mengekek ketawa.
"Ni Finalah punya pasal. Dah tahu Tina tu ada kenapa Fina tak jaga Tina tu supaya tak kacau isteri kesayangan abang ni, nasib baik dia tak sempat buat apa-apa kat Ejan." Irfan memarahi Afina. Giliran Afina pula terlopong.
"Hah!,..betul ke ni? Apa Tina dah buat pada kau Ejan?Kau okey tak ni?" Afina menghampiri Ejan. Tubuh Ejan dibeleknya.
"Aku okey tapi rasanya Tina tu yang berbirat kot. Abang tak patut tau tampar dia tadi!" Ejan pandang Irfan. Ejan risau bila mendengar ugutan Tina tadi. Risau kalau Tina membalas dendam.
"Jadi apa yang Tina buat tu patutlah? Tina fitnah abang macam tu patut sangatlahkan??" Irfan terasa.S uaranya lantang kerana sakit hati bila Ejan mempertahankan Tina, padahal sepatutnya Ejan memihak pada dirinya.
"Bukan macam tu maksud Ejan!." Ejan cuba membela diri.
"Dahlah! Abang nak keluar!" Irfan terus berlalu. Ejan pula yang terasa. Bergenang air matanya. Hari berbahagia ini tak sepatutnya jadi begini. Ejan bukan nak membela Tina cuma tindakan Irfan itu mungkin akan membuatkan Tina semakin marah dengan mereka.
"Kenapa abang Irfan marah sangat? Apa sebenarnya yang Tina dah bagitau kau?" Afina terkejut melihat abang dan kakak iparnya itu berubah laku tiba-tiba. Beribu persoalan terus bersarang dibenak fikirannya. Ejan mengeleng. Bukan masa yang sesuai untuk bercerita. Itu fikirnya.
"Tak ada apalah. Aku nak masuk bilik. Pening kepala." Ejan terus menapak menuju tingkat atas. Entah apa kesudahannya. Afina pula dalam persimpangan dilema. Tapi dia pasti semua ini Tinalah penyebabnya.
MALAM itu Irfan tak masuk tidur dalam bilik seperti biasa. Irfan bawa diri. Entah ke mana? Irfan keluar menghilangkan diri, sehingga pukul dua belas malam Irfan belum pulang. Semua tertanya-tanya ke mana Irfan pergi. Nasib baik keluarga Ejan sudah berangkat pulang petang tadi, kalau tidak tentu keadaan semakin kecoh bila pengantin lelaki membuat perangai begini. Ejan yang menanti kepulangan Irfan semakin resah dengan kehilangan Irfan.
"Maafkan Ejan bang! Awat abang buat macam ni kat Ejan? Mana abang pergi ni? Awat abang nak seksa perasaan Ejan?" Ejan terus meratap seorang diri di bilik. Kepalanya terasa amat sakit dengan tak semena-mena seolah ditikam dengan benda tajam. Ya Allah! Apa pulak ni? Kenapa sakit sangat ni? Ejan pegang kepalanya dengan kedua tangan. Sakit! sakit sangat-sangat! Ejan merintih dalam hati.
Ejan capai telefon bimbitnya di atas almari solek, Ejan call nombor Irfan. Tak diangkat. Dalam keadaan macam ni, Ejan sudah tidak tahu dengan siapa yang harus Ejan mohon pertolongan. Afina mungkin sudah nyenyak tidur kerana seharian menguruskan majlis mereka. Kenapa kepala Ejan harus sakit di aat Irfan tiada di sisinya. Ejan hanya mampu menangis seorang diri.
"Makkk!,..tolong Ejan. Sakitnya Ya Allah! Ejan tak tahan!" Ejan terus-terusan merintih. Badannya pula dirasakan panas berbahang. Rasa bagaikan dipanggang di atas bara api. Berdenyut-denyut kepala Ejan. Bagaimana Ejan nak menghadapi semuanya ini seorang diri? Dalam Ejan mengelupur kesakitan seorang diri, biliknya dikuak dari luar. Ejan terus-terusan memegang kepalanya sambil duduk mencangkung dan kepalanya dirapatkan ke lutut. Ejan menangis kerana sudah tidak mampu menahan kesakitan yang ditanggungnya itu.
"Ya Allah! Ejan,..kenapa ni sayang?" Irfan menghampiri Ejan yang tengah mengerang kesakitan. Sebaik Ejan panggungkan kepalanya, Ejan terus menjerit ketakutan. Kuat jeritannya sehingga kan seluruh isi rumah menerpa ke bilik mereka. Irfan yang cuba merangkul Ejan ditepis bertalu-talu. Ejan bukan nampak Irfan tapi makhluk besar yang hitam dan berbulu. Ejan terus histeria, meraung tanpa henti.
"Kak Mas,..kenapa dengan kau ni?" Afina yang baru masuk ke bilik mereka juga terus menerpa pada Ejan dan bertanya hal yang sama. Ejan meronta-ronta, tenaganya mengalahkan sepuluh orang lelaki.
"Pergi!!! pergi!!,.." entah siapa yang Ejan halau. Dirinya bukan dirinya lagi. Tubuh Ejan telah dikuasai.
"Ya Allah! Apa yang dah jadi ni? Irfan, Afina kenapa dengan Ejan ni? Ejan mengucap nak, bawa istighfar banyak-banyak." Datin Roslina dan juga Dato Razif juga meluru ke bilik Ejan bila mendengar riuh rendah. Keletihan siang tadi dilupakan begitu saja.
"Abang la ni, abang pergi mana tadi? Baru teringat nak balik? Mungkin kak Mas terlalu runsing dengan abang la ni, sampai boleh jadi macam ni. Abang tahukan kak Mas tertekan sebab kak Tina tadi. Lepas tu abang pula buat perangai, tinggalkan kak Mas sorang-sorang. Tentulah kak Mas stress!" Afina hamburkan segala kemarahannya pada Irfan. Dalam masa yang sama Ejan masih cuba ditenangkan.
"Sudahhh! Jangan bergaduh lagi. Fina, pergi ambil air segelas untuk papa." Afina mengikut arahan papanya lantas berlari keluar dari bilik. Dapur dituju. Jeritan Ejan masih nyaring dan menyeramkan.
"Kenapa dengan Ejan ni Irfan?" Datin Roslina pula menyoal Irfan. Irfan mengeleng. Dia juga tidak tahu apa yang terjadi.
"Irfan tak tahu ma, tadi bila Irfan masuk bilik Ejan dah lain, bila dia tengok saja Irfan dia terus saja menjerit." Irfan cuba menenangkan Ejan yang dah semakin menjadi-jadi jeritannya. Semakin lama jeritan Ejan semakin berubah.
"Irfan, pergi panggil ustaz Syukri, minta tolong dia, mana tahu dia boleh pulihkan Ejan. Ejan macam dah kena rasuk ja ni." Dato Razif pula memberi arahan pada Irfan. Irfan terus bangun dan keluar dari bilik. Kebetulan rumah ustaz Syukri hanya bersebelahan dengan rumah mereka saja. Afina muncul di muka pintu bilik bersama segelas air dan mendapatkan Dato Razif papanya.
"Papa, ni airnya,." Afina menghulurkan segelas air putih pada Dato Razif. Dato Razif menyambutnya dan membaca beberapa surah Al-Quran yang dia tahu dapat memulihkan keadaan Ejan, selepas itu Dato Razif terus menyapu wajah Ejan dengan air tersebut dan Ejan terus terkulai tak sedarkan diri. Afina naik di atas katil dan duduk di sisi Ejan. Kepala Ejan diusap sayang. Wajah Ejan pucat lesi dan nampak sangat lemah.
"Alhamdulillah,.." Datin Roslina menadah tangan, bersyukur melihat keadaan Ejan, tapi di hatinya masih terselit rasa bimbang. Entah apa yang sudah menganggu ketenangan menantunya itu. Lima belas minit kemudian Irfan kembali ke biliknya bersama ustaz Syukri dan isterinya Puan Habsah.
"Ejan macam mana papa?,.." Irfan menerpa ke katil dan duduk di birai katil. Datin Roslina memberi laluan pada Irfan untuk duduk di tepi Ejan. Beberapa minit kemudian Ejan kembali tersedar dan mula mengerang. Ejan memegang kepalanya dan mula meracau.
"Sakit, sakitnya, Ejan sakit. Makk,..Ejan sakit, Ejan nak makk,sakit,.." erangan Ejan menarik perhatian semua. Semua saling berpandangan.
"Ejan, Ejan sakit apa sayang?" Irfan cuba menenangkan Ejan. Sayu hatinya bila melihat keadaan Ejan yang sebegitu.
"Mas, aku ada ni Mas. Abang Irfan pun dah balik, mama dan papa pun ada, kau banyak-banyak bersabar Mas,.." Afina cuba membantu Ejan walau dia sendiri tidak tahu apa yang harus dia lakukan.
"Kepala Ejan sakit sangat,macam nak pecah. Panas, panas, Ejan panas macam kena bakar,tolong Ejan Fina, Ejan tak tahan ni,Ejan sakit sangat ni." Ejan bangun dan duduk berteleku, kepalanya terus dipegang. Wajah Ejan bertukar merah. Ustaz Syukri menghampiri Ejan. Semua memberi laluan. Ustaz Syukri mula terkumat kamit membaca beberapa surah.
Dengan tangan yang berlapik kepala Ejan dipegang. Ejan semakin meronta. Kejap Afina memegang Ejan yang semakin kuat rontaannya. Bila melihat Afina yang sudah tak berdaya mengawal rontaan Ejan, Datin Roslina dan Irfan turut membantu Afina memegang Ejan.
"Dato, rasanya menantu Dato dah terkena ilmu sihir ni." perlahan ustaz Syukri berkata-kata. Pengalamannya menguruskan pusat khidmat rukyah untuk pesakit-pesakit misteri seperti Ejan ni membuat dia berkata begitu.
"Ini mesti kerja Misha!,.." laju saja Afina mencelah. Teringat dia tentang apa yang diceritakan oleh kakak cleaner di pejabat abangnya. Semua orang memandang Afina.
"Jangan menuduh Intan Afina, tanpa bukti itu sudah jadi fitnah." Datin Roslina mengingatkannya dan Afina terus terdiam.
"Macam mana ni ustaz? Takkan nak biarkan Ejan terus macam ni?" Irfan resah. Melihat keadaan Ejan dia pula yang rasa sangat terseksa, juga rasa bersalah kerana mengikut kata hati meninggalkan Ejan tadi.
"Dalam hal ni Ejan perlu kuat untuk melawan. Ejan juga perlukan sokongan semua orang untuk kembali pulih. Perbanyakkan membaca Al-Quran terutamanya Surah Al-Baqarah. Selepas solat subuh boleh amalkan membaca selawat, berzikir, baca empat Qul dan surah Al-fatihah juga amalkan banyak membaca Ayatul Qursi.InSya-Allah, kita hanya berusaha tapi Allah yang akan menentukannya."
Panjang lebar ustaz Syukri menerangkan apa yang harus dilakukan Ejan. Mengikut pengalaman ustaz Syukri, Ejan seorang yang kuat agamanya kerana Ejan tak sempat dirasuk. Ejan mungkin sedang dikenakan orang dari jarak jauh untuk membuatkan Ejan terseksa.
"Boleh minta segelas air tak, mungkin boleh kurangkan kesakitannya untuk masa ni." ustaz Syukri membuat permintaan. Melihat keadaan Ejan yang sekejap tenang dan sekejap gelisah sambil memegang kepalanya itu membuatkan ustaz Syukri rasa belas dan ingin terus membantu.
Selepas ustaz Syukri diberi segelas air ustaz Syukri terus membaca beberapa surah dan memberi kepada Irfan untuk diberikan kepada Ejan untuk diminum. Irfan menurut saja apa yang diarahkan.
"Minum ni sayang." air disuakan kepada Ejan.
"Habiskan!" ustaz Syukri mencelah.
Selepas Ejan diberi minum, Ejan kembali tenang. Perlahan Ejan rebahkan tubuhnya dan memejamkan mata. Letih badannya melawan kesakitan yang dialami menyebabkan badannya teramat lemah. Ejan tak bimbangkan dirinya tapi Ejan lebih bimbangkan kandungannya.
Dalam matanya yang masih pejam Ejan usap perutnya perlahan. Dalam hati Ejan berdoa agar kandungannya yang baru nak mencecah usia dua bulan itu tidak akan terjejas akibat kesakitan yang dialaminya. Ejan mungkin tak akan dapat menerima kenyataan kalau kehilangan anak di dalam kandungannya itu.
Selepas melihat Ejan yang sudah melelapkan mata, Datin Roslina, Dato Razif, Ustaz Syukri dan isterinya mula melangkah keluar dari bilik. Tinggal Afina dan Irfan yang menemani Ejan di dalam bilik. Afina masih setia di sisi Ejan, tidur di sebelahnya dan menemani Ejan hingga pagi. Irfan pula masih berteleku di tepi katil dan sesekali dahi Ejan dikucup sayang.
Rasa bersalah terus menyerang perasaannya. Afina tidak peduli dengan keresahan Irfan. Afina cuba memejamkan matanya tanpa mempedulikan Irfan yang terlebih sudah, mencium dahi dan pipi Ejan yang sedang lena di hadapannya. Walau apa pun Afina takkan berganjak dari katil dan akan terus menemani Ejan. Itu nekadnya.
BAB 26
BERBULAN Ejan menderita sakit dalam kepala. Ejan mencuba untuk menghadapi semua dugaan ini. Ejan hanya tak mampu bila perasaan rindunya pada Irfan tak dapat diluahkan. Irfan langsung tak boleh bertemu dengan Ejan. Bila setiap kali Irfan berdekatan Ejan, kesakitan Ejan semakin menyeksakan. Apa yang pasti Ejan dan Irfan seolah sering diperhatikan. Ejan juga sering rasa tak sedap hati setiap kali berseorangan atau lalai dalam setiap tindak tanduknya.
Bila Ejan tidur Ejan sering diganggu dengan mimpi-mimpi yang menyeramkan. Apa yang lebih menyeramkan bila Ejan rasa seolah ada makhluk lain yang sering menemaninya. Ayat-ayat Al-Quran sering menemani Ejan, kalau bukan Ejan yang membacanya, Ejan akan membuka kaset-kaset Al-Quran atau MP3 yang telah dimuat turun ke dalam telefon bimbitnya.
Seminggu sekali keluarga Ejan akan mengadakan bacaan Yassin di rumah mereka. Bacaan Yassin dibacakan beramai-ramai oleh penduduk kampung dan ahli jemaah masjid. Rumah mereka juga sentiasa penuh dengan saudara mara yang bertandang terutama abang-abang dan kakak-kakak ipar Ejan yang sentiasa memberikan dorongan untuk Ejan agar Ejan sentiasa bersabar menghadapi kesakitannya itu. Tapi kesakitan Ejan hanya akan dirasai bila Irfan ada bersama. Itu yang menghairankan, seakan ada kuasa yang cuba menghalang agar mereka tidak bertemu.
Akhirnya Irfan mengambil keputusan untuk menyepikan diri buat sementara waktu setelah berbincang dengan semua saudara mara Ejan. Mereka hanya berhubung melalui telefon dan alam maya untuk melepaskan rindu. Hanya itu saja caranya yang mampu mereka luahkan.
~abang rindu sayang,rindu sangat2~
Mesej dari Irfan Ejan tatap berulang kali. Setiap kali juga air mata Ejan akan mengalir di pipinya. Ejan juga rindukan Irfan. Rindu sepenuh hatinya. Rindu untuk bermanja dengan Irfan dan rindu untuk mendengar usikan Irfan.
Selepas Ejan jatuh sakit Ejan telah pulang ke kampung dan menetap di rumah keluarganya. Irfan hanya datang menjenguk sekali sekala tapi bila setiap kali Irfan datang dan Ejan mengelupur menahan sakit Irfan terus mengambil keputusan untuk tidak datang lagi.
Dia terpaksa beralah demi kasihankan Ejan. Walau bagaimana pun mereka masih bersyukur, kesakitan Ejan itu masih menyelamatkan kandungan Ejan. Dengan kuasa Allah kandungan Ejan membesar dengan sihat.
"Anak ibu mesti sihat tau, ibu tak kisah kalau ibu sakit tapi ibu tak akan boleh terima kenyataan kalau ibu kehilangan anak ibu ini. Sayanglah lambang kasih sayang ibu dan abah." Ejan mengelus perutnya yang sudah sarat itu sambil mengomel seorang diri. Seolah memahami percakapannya Ejan terasa gerakan-gerakan kecil di dalam perutnya. Ejan tersenyum walau pun masih ada air mata yang menemani.
"Ya Allah,aku terima ujianmu ini dengan lapang hati. Aku tahu mungkin ada hikmahnya yang tidak aku sedar. Biar pun aku terpisah sementara waktu dengan suami yang sangat aku sayangi, aku mohon Ya Allah janganlah kau rampas anakku ini. Izinkanlah dia lahir dengan sihat dan sempurna."
Ejan berdoa di dalam hati. Hanya pada Allah diserahkan segalanya. Hanya Allah yang menentukan suratan hidupnya. Ejan tahu walau perpisahan dia dengan Irfan begitu menyiksakan jiwanya, tapi Ejan tetap mahu terus tabah.
Teringat Ejan pada awal kehamilannya bagaimana dia dan Irfan meluahkan perasaan masing-masing, andai Ejan akan mabuk dan terpaksa berjauhan di antara satu sama lain, tapi sebaliknya yang berlaku .Ejan langsung tak mabuk disepanjang kehamilannya tapi mereka diuji dengan sesuatu yang lebih hebat lagi.
"Ejan, dah,.jom makan, nasik mak dah hidang. Termenung saja!" Puan Salima menegur Ejan yang diperhatikannya sejak tadi. Wajah murung Ejan yang pucat dipandang sayang. Sejak Ejan jatuh sakit itulah kerja Ejan. Kalau dibiarkan berseorangan Ejan akan bermenung sepanjang masa.
"Ejan tak lalu nak makan la mak!" Ejan buat pengakuan jujur. Wajah Irfan yang sentiasa hadir di mindanya membuatkan seleranya mati.
"Jangan macam tu Ejan, Ejan kena makan. Ingat! Ejan bukan sorang, Ejan kena jaga sama anak dalam perut Ejan tu. Ejan dok menung macam ni, anak Ejan dalam perut tu pun sedih jugak tau." Puan Salima melabuhkan punggungnya di sisi Ejan. Ejan rebahkan tubuhnya di bahu emaknya.
"Ejan rindu abang Irfan mak!" sayu bunyi suaranya. Air mata pun laju mengalir di pipi.
"Nak buat macam mana. Irfan tu bukannya tak mau mai sini, tapi tengoklah asai ada Irfan ja mesti Ejan sakit lagi teruk. Ejan sabarlah. Kami pun tengah berikhtiar ni. Semua ini ujian dari Allah Ejan." Puan Salima cuba memujuk. Bukan tak kesian dengan apa yang Ejan lalui, tapi dia kena kuat melebihi Ejan. Emak mana yang sanggup tengok anak kandung sendiri yang menderita sebegini rupa.
"Ejan tau mak. Bukan salah abang Irfan pun. Mungkin abang Irfan pun macam Ejan jugak, rindukan Ejan la ni. Sapa la agaknya yang tergamak nak aniaya Ejan sampai macam ni? Setahu Ejan, sejahat Ejan pun tak penah lagi Ejan nak bermusuh dengan oghang,." perlahan Ejan berkata. Ejan tarik nafas perlahan dan menegakkan badannya. Sesekali tangannya mengusap perut dan pinggangnya yang kadang kala terasa sedikit nyilu.
"Semua ni kehendak Allah Ejan. Kalau orang nak aniaya Ejan macam mana sekali pun, tapi kalau Allah tak izinkan semua ni takkan berlaku. Allah sayang sangat dekat Ejan ni, sebab tu la Allah turunkan ujian ni untuk Ejan. Ada hikmah semua ni Ejan. Kalau Ejan bersabar nanti ganjarannya lagi nikmat."
Pengalaman orang tua-tua. Kata-kata Puan Salima menyedarkan Ejan tentang hakikat kehidupan. Ejan menganggukkan kepalanya perlahan. Ejan kemudiannya merangkul tubuh emaknya dan menghadiahkan kucupan di pipi emaknya itu.
Puan Salima mengukirkan senyuman walau senyuman itu penuh dengan rasa resah dan bimbang. Ejan anak perempuan tunggal, siapa yang tak risau kalau satu-satunya anak perempuan kemanjaan keluarga sudah sakit macam tu.
"Jom makan mak! Kesian anak Ejan tentu dia dah lapar ni." Ejan pura-pura ceria. Dia tahu dia sudah banyak menyusahkan hati keluarganya. Mereka bangun untuk menuju ke dapur, tapi langkah keduanya terhenti bila terdengar ada orang memberi salam. Keduanya menuju ke pintu sambil menjawab salam.
"Ya Allah! Hang ka Amri! Ingatkan sapa tadi. Masuklah! Ada gheja ka ni?" Puan Salima menyoal Amri yang tersengeh di muka pintu. Di tangannya ada bungkusan plastik yang entah apa isinya.
"Tak pa la Mak Long. Ni Am cuma mai nak tolong bagI ni ja kat Ejan." Amri hulurkan bungkusan plastik pada Ejan.
"Apa ni Amri?" Ejan menyambut bungkusan plastik tersebut sambil menyoal.
"Irfan kighim. Tuu, dia ada depan tu tapi tak berani mai dekat. Hang sihat dak ni? Pucat semacam ja aku tengok."
"Abang Irfan mai ka? Aku nak jumpa dia, sat pun jadilah. Tolong pangge dia!" air mata Ejan berguguran lagi. Bila dengar saja nama Irfan air matanya jadi amat murah. Terus gugur tanpa dapat dihalang lagi.
"Hang okey ka? Aku takut satgi hang sakit pulak. Aku pun kesian tengok Irfan tu satgi hang sakit dia pun sampai tak boleh nak buat gheja apa." Amri serba salah. Dia tak mahu Ejan sakit lagi. Bukan dia tak pernah tengok Ejan yang mengelupur sakit bila setiap kali Irfan menghampirinya. Sampai kadang-kadang Ejan jatuh pengsan, tapi yang anehnya bila Irfan keluar saja dari rumah Ejan jadi elok balik.
"Takpa, suqhuh dia tunjuk diri ja. Aku nak tengok ja dari jauh. Suruh dia kol aku tau!" Ejan tak mahu berputus asa. Dia benar-benar rindukan Irfan. Bukan sedikit rindunya, kalau nak dihitung rindunya seluas lautan. Puan Salima sudah sebak dengan permintaan Ejan.
"Okeylah!" Amri terus mendapatkan Irfan yang memarkirkan keretanya di tepi jalan besar. Bila sampai ke kereta Irfan hajat Ejan terus disampaikan. Irfan keluar dari kereta dan bersandar di kereta dan memandang ke arah rumah mertuanya. Dari jauh Irfan nampak Ejan yang keluar dan duduk di kerusi di depan rumah. Irfan keluarkan telefon bimbitnya dan mula mendail nombor Ejan.
"Ejan sihat?" selepas salam berbalas itulah ayat pertama yang ditanya Irfan. Nadanya yang jelas sebak cuba ditahan agar tak kedengaran jelas. Amri di sebelah yang terkesan dengan suara Irfan sudah menoleh ke arah lain, tadi dia terkesan dengan Ejan yang menangis, kini Irfan pula yang membuatkan dirinya benar-benar turut merasa tempiasnya.
"Ejan rindu!" berguguran lagi air mata Ejan. Matanya tak lepas dari memandang Irfan di seberang jalan.
"Abang pun! Sayang sabar ya! Polis dah jumpa Misha dan Misha dah mengaku dia yang buat semua ni, cuma kami belum lagi jumpa bomoh tu. Misha tak mahu bekerjasama dengan polis untuk bagi tahu kedudukan bomoh yang di upahnya tu." Irfan mengawal sendu bila mendengar bicara Ejan. Terubat sikit rindunya walau hanya dapat memandang Ejan dari jauh.
"Betoi ka bang?" Ejan mengeluh perlahan. Kesal dengan tindakan Misha. Beristighfar dia tanpa sedar.
"Abang! Tadikan, Ejan pergi klinik, doktor cakap kita bakal dapat baby boy tau. Mak yang teman Ejan pi tadi. Masa Ejan tengok dalam skrin, masa doktor scan perut, Ejan rasa macam tak sabar pula nak bersalin." Ejan bersuara ceria. Bila berbicara mengenai anak dalam kandungannya, mood Ejan akan berubah serta merta.
"Iya?" Irfan bertanya sepatah tanpa sedar ada air mata yang mengalir di pipi. Irfan sedaya upaya mengawal perasaannya agar tidak terus hanyut dengan perasaan hiba yang sudah menyerang jiwanya. Sepatutnya dia yang berada di sisi Ejan. Menemani Ejan setiap kali Ejan membuat pemeriksaan.
"Ya abang, baby dah tujuh bulan tau dalam perut Ejan ni, dah pandai menendang pun." Ejan bercerita lagi sambil matanya terus memandang ke hadapan.Telefonnya terus ditekapkan di telinga.
"Ejan dah tak takut lagi pergi klinik?" Irfan sengaja menukar rentak perbualan mereka. Dia tertawa perlahan bila soalan itu diajukan.
"Abangg! Saja la tu, Ejan dah nak jadi emak orang la, pehal pulak nak takut-takut bagai. Lagi pun demi baby, tak ada apa yang akan buat Ejan gentar. Bagi la jarum suntikan gajah pun, Ejan tak heran dah." Ejan pula tertawa perlahan. Sudah lama tak diusik Irfan, rasa bahagia seketika.
"Ejan, abang nak kena balik ke pejabat semula ni. Ejan jaga diri tau. Tadi abang dah beli nasi ayam yang Ejan pesan tu, nanti Ejan makan tau. Abang sayang Ejan." Irfan memutuskan untuk menghentikan perbualan mereka.
"Baiklah bang. Abang pun jaga diri tau! Ejan sayang abang jugak. Assalamualaikum." salam berbalas dan kali terakhir Irfan memandang Ejan dari jauh. Ejan juga tak melepaskan peluang itu memandang Irfan yang sudah masuk ke kereta, dan bila kereta Irfan sudah hilang pun Ejan masih di situ, memerhatikan jalan raya yang sentiasa sibuk di depannya.
Amri yang menjadi saksi kedua suami isteri itu berbual dan melepaskan rindu dari jarak jauh itu memandang Ejan dengan mata yang berkaca. Menahan sebak di dada sejak tadi. Simpatinya melimpah ruah untuk Ejan dan Irfan tapi dia sendiri tidak tahu bagaimana harus ditolong. Hanya doa yang mampu dipanjatkan pada Allah agar segalanya bakal berakhir dan Ejan akan bersatu kembali dengan Irfan.
BAB 29
"MAKK,.tolong Ejan mak. Ya Allah! sakitnya.Makk!! Kaki Ejan mak!!!"
Ejan terus memanggil emaknya dari dalam bilik. Bangun saja dari tidur Ejan rasa lenguh satu badan, mimpinya memang amat mengerikan. Ejan bermimpi dirinya dikejar dengan makhluk hitam berbulu lebat. Bila tersedar Ejan terus mengeliat untuk melegakan badannya yang rasa sakit dan lenguh-lenguh. Entah di mana silapnya kaki Ejan terus krem hingga tertarik segala uratnya sampai ke pangkal paha.
"Makk!!! Tolong Ejan," kali ini Ejan kuatkan suaranya. Tak tertahan rasanya menanggung kesakitan itu. Ejan terus menyeringai bila terasa kesakitan itu semakin menjadi-jadi dan perut Ejan pula mula cekang dan membulat. Saat ini Ejan hanya mampu berzikir dengan nama Allah dan memohon pertolongan Allah.
"Ya Allah! Ejan,. Ejan dah nak beranak ka ni?" Puan Salima dan Encik Mustafa cemas melihat keadaan Ejan.
"Kaki Ejan mak! Kaki Ejan krem," Ejan memegang kakinya sambil mengadu pada emak dan ayahnya. Puan Salima segera mengurut tapak kaki Ejan dengan minyak angin untuk mengurangkan rasa sakit yang Ejan tanggung. Lepas lima minit Ejan kembali menarik nafas lega, tapi tak lama kemudian Ejan menjerit lagi.
"Mak!!! Awat dengan Ejan ni mak? Ayaq apa ni mak? Basah habih kain Ejan ni!" Puan Salima dan Encik Mustafa saling berpandangan.
"Ayaq ketuban Ejan dah pecah ni. Kena cepat pi hospital ni Ejan nanti lemas pulak anak dalam perut ni," sekali lagi Puan Salima dan Encik Mustafa berwajah kalut.
"Abang telepon sat sapa-sapa pun, Azman ka Azam ka suruh depa mai sat, ni pi hantaq Ejan ni." kalut Puan Salima mengarah suaminya itu.
"Makkan bekas nurse,mak la yang sambut anak Ejan ni,tak payah pi hospitallah mak!" dalam detik yang mencemaskan macam ni sempat lagi Ejan nak buat cadangan macam tu. Berubah wajah Puan Salima bila mendengar permintaan Ejan tu.
"Hang jangan nak buat lawak la Ejan. Tu zaman tok nadoq tu. Dah lama mana dah mak beghenti gheja.Lagi pun mak bukannya gheja bahagian sambut orang beranak ni.
Dahh! Hang jangan nak merapu sangat. Ni barang nak masuk wad hang dah sedia ka? Baju anak ka? Hang jangan habaq hang tak boh dalam beg lagi? Mak dah peringat banyak kali dah kat hang!"
Dalam keadaan macam ni pun Puan Salima sempat lagi nak membebel. Seorang ibu yang sedang risau apa lagi yang dia boleh buat selain melahirkan perasaan bimbang dia tu.
"Dah siap la mak, tu dalam beg tepi almari tu. Kad meghah pun ada dalam beg tangan Ejan. Adoii mak! Pinggang Ejan sakit sangatlah mak, macam nak patah dah ni." Ejan menahan sakit yang mula dirasainya di bahagian pinggang dan bawah ari-ari.
Dalam keadaan sakit macam ni Ejan hanya terbayangkan wajah Irfan. Semalam mereka berbual lama dalam telefon. Ejan sempat melahirkan hasratnya agar Irfan dapat menemaninya di bilik bersalin.
Menurut Irfan rumah bomoh yang mengenakan Ejan tu sudah dapat dikesan dan polis sedang berusaha untuk menahan bomoh tersebut yang merupakan seorang warga Thai.
"Mana ayah hang ni? Pi telepon abang hang ka, dia pi buat telepon? Mangkit Ejan! Jom kita pi tunggu di luar." Puan Salima menolong Ejan untuk bangun. Payah benar nampaknya Ejan untuk bangun dengan perut yang sudah membulat itu. Mereka keluar dan duduk di sofa di ruang tamu. Encik Mustafa datang mendapatkan mereka.
"Satgi abang Man hang mai, dia dah keluar dah tu. Irfan pun ayah dah telepon, dia kata satgi dia pi tunggu di hospital," belum sempat Puan Salima menyoal Encik Mustafa terlebih dahulu bersuara. Bukan dia tak dengar tadi suara isterinya membebel. Dah lama kenal kot dengan isteri sendiri, mulut saja bising lebih, tapi macam Ejan jugak dalam hati ada taman.
"Baguihlah tu ayah, Ejan pun dah tak sabaq nak jumpa abang Irfan ni, semalam abang cakap bomoh gila tu dah jumpa. Mudahan nanti Ejan jumpa abang. Ejan tak sakit kepala lagi. Ejan dah tak larat dah nak tanggung rindu Ejan ni,"
Dalam menahan sakit, Ejan luahkan jugak suara hatinya itu. Puan Salima mengusap kepala Ejan. Itulah jugak doanya siang dan malam. Moga anak dan menantunya dapat bersatu kembali. Tak sanggup lagi melihat Ejan terus menangis setiap kali teringatkan Irfan.
Mereka diuji disaat Ejan sedang membawa cahayamata pertama mereka. Sepatutnya Ejan diberi perhatian oleh suami ketika berbadan dua ini tapi ujian yang Allah datangkan pada mereka tiada siapa yang mampu menduga.
"Dengaq bunyi gheta dah tu, abang hang mai dah kot." Encik Mustafa terus menuju ke pintu. Sebaik pintu di buka Azman pun terus menerpa ke arah mereka.
"Ejan macam mana ayah? Dah sampai masa nak beranak ka?" soalan pertama yang ditanya Azman. Bila melihat kerutan di wajah Ejan, Azman terus jadi belas.
Pengalaman dia menyambut tiga orang anak dan menemani isteri sendiri di bilik bersalin menjadikan hatinya meruntun hiba melihat keadaan adik bongsu kesayangannya itu. Ejan yang terkial-kial untuk bangun terus dicempung dan didukung hingga ke dalam kereta.Faham benar dia dengan keadaan Ejan yang tak berdaya itu.
Perjalanan mereka ke hospital hanya diriuhkan dengan erangan kecil Ejan. Puan Salima hanya mampu membantu Ejan mengusap lembut pinggang Ejan. Disamping itu Ejan diminta untuk terus berzikir dengan nama Allah, berselawat dan membaca surah-surah yang sepatutnya, terutama sekali surah Al-Fatihah, empat Qul dan Ayatul Qursi.
BILA mereka tiba di hospital kereta terus dipandu hingga ke wad kecemasan. Irfan sudah sedia menunggu di depan pintu masuk wad kecemasan itu. Cemas wajahnya apabila melihat keadaan Ejan.
Sebaik Ejan diturunkan dari kereta, Irfan terus mengambil kerusi roda dan dibawa ke kereta. Melihat saja wajah Irfan Ejan sudah mengalirkan air mata gembira walau kesakitan yang dirasa semakin kerap dan semakin merimaskannya.
"Sayang janganlah menangis, nanti anak kita jadi budak cengeng. Manja macam ibu dia jugak," Irfan memujuk Ejan sambil ketawa kecil. Sekadar menghilangkan rasa cemas yang mula bersarang di hatinya sejak menerima panggilan dari ayah mertuanya tadi.
"Abang teman Ejan ya?" Ejan tak membalas usikkan suaminya tapi terus menuntut janji mereka semalam. Ejan gentar juga untuk dibawa ke bilik bersalin, macam-macam cerita yang sudah dia dengar dari orang yang sudah mengalaminya.
"Ya sayang, kalau doktor izinkan nanti abang teman Ejan." Ejan terus diserahkan pada petugas bilik kecemasan itu, sementara Irfan menguruskan pendaftaran Ejan.
Ejan menyerahkan nasibnya pada takdir, sebaik disorong masuk ke bilik kecemasan Ejan terus dikejarkan pula ke bilik bersalin setelah Ejan disahkan telah bersedia untuk melahirkan.
Di bilik bersalin berlaku lagi kesulitan yang lain pula bila anak yang bakal di lahirkan kedudukannya pula melintang, jadi Ejan tidak mampu untuk bersalin secara normal. Hanya doa yang Ejan mampu panjatkan pada Allah tanpa jemu di dalam hati dan hatinya turut berlagukan zikir memuji Allah tanpa henti. Memang berat benar ujian yang Ejan alami.
"Puan! kita nak buat pembedahan caesarean ni sebab baby puan melintang. Puan tahukan?" Ejan hanya menganggukkan kepala. Buatlah apa pun doktor asalkan Ejan dan baby Ejan selamat. Ejan hanya mampu mengucapkannya di dalam hati.
"Puan, tolong turunkan tandatangan ya, kami nak bius puan ni. Kami akan bius puan dari pinggang hingga ke bawah saja, jadi maksudnya puan akan separuh sedar. Kalau puan setuju turunkan tandatangan puan di sini," fail dan pen bertukar tangan. Ejan menurunkan tandatangan seperti yang diarahkan.
Selepas beberapa minit Ejan diangkat oleh pekerja-pekerja bilik operation yang terdiri dari lelaki-lelaki yang masih muda belia. Walau pun Ejan malu kerana berdepan dengan situasi ini ditambah pula baju yang dikenakan di tubuhnya ini yang langsung tak melindungi tubuh badannya Ejan terpaksa juga tebalkan muka.
Bila berdepan dengan kesakitan semua perasaan yang hadir ditolak ke tepi. Dalam keadaan sekarang apa yang penting adalah nyawa Ejan dan bayi. Ejan didudukkan dan belakang pinggang Ejan telah disembur dengan sesuatu dan Ejan dapat rasakan pinggangnya telah disuntik selepas itu. Di badan Ejan usah ditanya lagi, penuh berselirat dengan wayar yang entah apa-apa. Ejan sendiri pun malas nak ambil tahu.
Beberapa detik kemudian Ejan sudah dikuasai dengan ubat bius, walau matanya semakin layu dan lemah seluruh badan namun Ejan tidak pula terasa untuk pejamkan mata. Ejan masih mampu melihat dan mendengar perbualan orang di sekelilingnya, cuma dia langsung tiada kudrat untuk berbuat apa-apa.
Ejan menghabiskan masa sepanjang dikerjakan oleh para doktor itu dengan berzikir dan bertahmid di dalam hati. Doa juga tidak putus Ejan pohonkan agar anaknya lahir dalam keadaan sihat.
Selepas beberapa detik, terdengar tangisan bayi. Ejan terus mengucap syukur di dalam hati. Bayi Ejan telah dibawa untuk ditunjukkan pada Ejan dalam keadaannya yang masih kotor dengan darah.
"Puan! tengok sini baby puan dah selamat. Anak apa ni puan?" Ejan disoal tentang jantina bayinya.
"Lelaki," sepatah Ejan menjawab sambil bibir menguntumkan senyuman bahagia. Bayi Ejan dibawa pergi, kini proses untuk menjahit kembali perut Ejan yang telah dibedah tadi. Ejan hanya memejamkan mata tanpa mahu memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh doktor terhadapnya.
Pengalaman Ejan melalui semua cobaan ini tidak akan mematahkan semangat Ejan untuk terus melangkah dan mengejar bahagia miliknya. Dalam keadaan Ejan yang lemah, Ejan masih bersyukur dengan apa yang Ejan ada. Andai Ejan dipanjangkan usia, Ejan pasti masih ada ujian lain yang menanti.
BAB 28
RIUH RENDAH rumah Ejan bila semua adik beradik, kawan-kawan baik Ejan dan saudara mara berkumpul di rumah mereka termasuk kedua ibubapa mertuanya dan Afina. Hari ini genap seminggu Ejan keluar wad dan genap dua minggu umur Irfan Aizan. Nama bayi mereka yang diambil dari gabungan nama Irfan dan Ejan semestinya.
"Woii Irfan! Dari tadi lagi aku tengok hang dok berkepit saja dengan Ejan tu, takkan dah seminggu balik rumah pun tak lepas rindu lagi kot?" mendengar saja suara Amri semua pakat sengeh memandang Irfan dan Ejan.
"Yang namanya rindu seribu tahun pun takkan habis, kalau hati dah sayang ni," selamba Irfan menjawab sambil menatap wajah Ejan di sisinya. Mereka berbalas senyuman, sekali sekala pipi Irfan junior dicuitnya geram.
"Hang bila lagi Amri takkan nak tengok bini dengan anak orang saja kot, takkan tak teringin nak ada bini dan anak sendiri," Encik Mustafa menyoal Amri. Kini Amri pula menjadi tumpuan semua.
"Hiesy,. Pak long ni Am pulak yang jadi topik pasai pa? Am ni bukan tak mau kawen Pak long tapi orang kata belum sampai seru lagi, nanti bila ada rezeki tak pi mana la Pak long," Amri membalas teguran Encik Mustafa tadi.
"Dia bukan tak mau kawen ayah, tu dok tunggu si jantung hati habis belajar dulu la tu," Ejan mencelah perbualan ayahnya dan Amri. Irfan hanya menjadi pendengar.
"Aku bukan apa Ejan, kadang-kadang aku takut jugak nak kawen ni, tengok hampa yang dok lawan rindu pun aku dah naik seram dah, tak boleh jumpa, aci dok tengok dari jauh pun tak apa dah. Wehh,.tu yang aku tak tahan, hang nasib baiklah dapat Irfan ni. Setia kat hang. Kalau aku, tak tau la macam mana,." Amri buka cerita lama. Mentang-mentang la dia yang jadi saksi, habis dia ungkit balik cerita tu, tapi Ejan dan Irfan langsung tak marah malahan mereka sama-sama ketawa termasuk yang lain.
"Bukan senangkan sayang! Baru kahwin dah kena berpisah macam tu, orang yang dah lama kahwin pun tak mampu nak tanggung rindu," Irfan tak mahu mengalah, kata-kata Amri dibalas juga. Ejan tak berani nak cakap banyak takut terperangkap di tengah khalayak yang ramai ni, masing-masing sibuk memasang telinga.
"Rindu-rindu jugak Fan, pantang seratus hari kena ikut juga, jangan baru 44 hari nanti Irfan junior dah dapat adik pulak, ingat sama Ejan tu baru lepas operate, tak kena gaya tiga tahun pula baru boleh mengandung," sehabis Hadi berkata-kata rumah jadi riuh rendah dengan gelak tawa. Irfan tersipu-sipu. Ejan pun merah mukanya.
"Tak apalah,.abang Hadi pun nak pi ke mana. Tu kak Intan pun tengah boyot, lagi berapa bulan abang Hadi pulaklah nak kena pantang," dalam diam Ejan tetap nak membalas. Sejak tadi lagi mereka menjadi usikan saudara mara.
"Aikkk,.backup nampak?" Hadi bersuara lagi. Gembira betul dia hari ini bila dapat menyakat Ejan dan Irfan. Sebelum ni masing-masing dirundung duka. Kalau dia pulang ke kampung dan berhadapan dengan Irfan, kerap juga Irfan meluahkan perasaan rindunya itu. Cuma Ejan saja yang berubah jadi pendiam bila jatuh sakit sebelum ni dan berubah jadi murung walau diajak berbicara atau bergurau.
Keriuhan dan usik mengusik berterusan. Sudah lama rumah Encik Mustafa ini sunyi sepi dari gelak tawa. Beginilah kehidupan di muka bumi ini. Macam cuaca yang silih berganti. Hari ini kita gembira tapi kita tak harus lupa diri kerana esok pasti ada lagi kisah lain yang akan mendatangi diri. Bila kita ditimpa musibah, kita hanya perlu bersabar dan terima segala ketentuan-NYA kerana akan ada rahmatnya disebalik setiap musibah.
"ABANG cuti lagi esok?" Ejan tanya Irfan bila mereka berkesempatan berduaan dalam bilik malam itu.
Selama pulang ke rumah ni Ejan dikerumuni siang dan malam. Walau pun mereka tetap dapat berbual tapi mesti ada pengiring lain di sisi memandangkan Ejan yang seringkali memerlukan bantuan orang lain dengan keadaannnya yang tidak dapat bergerak aktif akibat perutnya yang baru lepas dibedah itu.
Seminggu ketika pulang dari hospital Ejan lebih banyak tidur memandangkan Ejan sentiasa perlu mengambil ubat tahan sakit dan akan mengantuk dan letih selepas itu.
"Tak! Abang ambil cuti dua minggu. Dah lama kot abang tak cuti. Buat kerja ja otak abang pun naik biul jugak," Irfan bersuara tenang. Wajah Ejan dipandang tak berkelip, ingin dihampiri Ejan lebih dekat takut pulak terkantoi dengan sesiapa saja nanti.
"Sepanjang kita tak berjumpa ni, abang ada simpan rahsia apa-apa tak dengan Ejan?" soalan Ejan buat Irfan tersentak.
"Sayang ada dengar apa-apa yang tak elok ke pasal abang?" Irfan bertanya balas.
"Ada jugak, Ejan tunggu abang cerita sendiri tapi abang tak pernah cerita apa-apa pun pada Ejan. Ejan kalau boleh nak dengar dari mulut abang sendiri. Ejan akan terima apa saja yang terjadi tapi Ejan takkan terima kalau abang cuba nak rahsiakan terus dari Ejan."
Ejan berterus terang. Ketika kali pertama ibu mertuanya datang ke rumah mereka selepas Ejan sakit, Ejan terdengar ibu dan emaknya berbisik-bisik di dapur tapi bila tak ada siapa pun yang membuka cerita Ejan terus melupakan perkara itu begitu saja.
"Err,..kalau abang cakap tak ada apa yang berlaku, Ejan percaya tak?" Irfan cuba menguji Ejan.
"Ejan sentiasa percaya pada abang, tapi abang kena ingat satu ja. Sekali abang tipu Ejan, Ejan takkan percaya abang lagi sampai bila-bila pun," itu pendirian Ejan. Ejan memang pantang kalau kena tipu.
"Abang kalau tak cerita kat Ejan pun bukan sebab nak tipu Ejan, tapi abang kalau boleh tak mau bagi Ejan rungsing ja. Kalau ada benda yang berlaku pun sepanjang kita tak jumpa memang patut pun abang tak cerita kat Ejan, kan Ejan sakit takkan abang nak biarkan Ejan rungsing dengan masalah abang pulak."
"Ohh,..jadinya memang ada la benda yang berlaku? Patut la Ejan pernah terserempak dengan mama dan mak di dapur tengah bisik-bisik lepas tu mereka reyau berdua ,apa yang berlaku abang? Kenapa semua orang nak rahsiakan dari Ejan? Ejan ni sapa bagi abang sampai semua perkara abang nak rahsiakan dari Ejan?" Irfan hampiri jugak Ejan, bahu Ejan dirangkul lembut, serba salah untuk Irfan bercerita perihal dirinya, dia sendiri tidak mahu mengingati semua tu lagi.
"Ejan tak qira Ejan nak dengar jugak,"
"Ejan jangan degil boleh tak? Abang janji lepas Ejan habis pantang nanti abang akan cerita semuanya pada Ejan,."
"Hai,.. serius sangat ka sampai kena tunggu lepas pantang pulak? Plezz abang, Ejan nak tahu jugak! Abang kena apa?" Ejan dah merengek manja.
"Abang takut Ejan tak boleh terima,"
"Abang please," Ejan pegang tangan Irfan untuk meraih simpati, mana tahu Irfan bakal terpujuk dan akan menceritakan semuanya pada dia. Irfan mengeluh perlahan. Haruskan dia membuka kembali peristiwa hitam itu?
FLASHBACK ,...
Selepas terasa hati dengan Ejan, Irfan terus menanam nekad untuk berjumpa dengan Tina dan meminta Tina untuk tidak menganggu mereka lagi. Selepas majlis selesai Irfan langsung tak bertemu dengan Ejan.
Malamnya pula selepas solat maghrib Irfan terus ke rumah Tina untuk menguraikan masalah antara mereka. Irfan tak suka apa yang Tina lakukan pada Ejan. Lagi pun tindakan Tina yang cuba memburukkan dirinya di hadapan Ejan membuat dia hilang kewarasan dan ingin mengugut Tina supaya jangan menganggu Ejan lagi, tapi ternyata dia salah perhitungan.
Irfan tersilap hari mencari pasal, sebaik Tina membuka pintu Irfan terus ditarik masuk ke rumah. Belum sempat mereka berbincang dan menyelesaikan masalah mereka pintu rumah diketuk dari luar, Irfan tergaman bila pintu dibuka beberapa orang dari pejabat agama sudah ada di depan rumah Tina. Seolah satu perangkap yang dirancang.
"Abang kena tangkap basah dengan Tina? Ya Allah bang, malam tu kan,..Ejan tak dapat nak bayangkan. Macam mana abang boleh terfikir nak pi rumah Tina malam tu? Sampai hati abang tinggalkan Ejan dan cari Tina," Ejan dah mula sebak. Irfan serba salah, ceritanya belum habis Ejan dah mencelah. Baru saja nak bermula.
"Sayanggg! Ni yang abang malas nak cerita ni. Ejan suka mencelah cakap abang, bagi la abang cerita dulu,"
"Habis,..kalau dah berdua-duaan dalam rumah, bertemu pula dengan orang pejabat agama, tentulah kena tangkap basahkan?"
"Sebenarnya dalam rumah tu bukan kami berdua saja, orang pejabat agama tu memang sedang buat operasi malam tu. Bila mereka dapati kami bukan berdua mereka terus pergi, tapi sebaik mereka pergi rumah telah dikepung dan abang terperangkap sekali.
Tina sebenarnya telah terbabit dengan geng pengedar dadah. Memandangkan abang ada bersama jadi malam tu abang diheret bersama ke balai polis,"
Irfan mengeluh, terbayang lagi kekecohan malam itu. Puas dia merayu dan berusaha menerangkan keadaan sebenar bahawa dia tidak terbabit. Namun semuanya sia-sia belaka. Nasib baik setelah disiasat akhirnya terbukti namanya bersih dari jenayah dan dia dibebaskan, itu pun hari sudah larut malam.
"Rumit kisah abang ni. Abang tak kena tangkap basah dengan Tina tapi abang kena tangkap dengan polis, tapi malam tu bukan abang ada sekali ka masa Ejan kena histeria tu?
Mungkin malam tu Ejan tak perasan abang, tapi pagi tu bila Ejan bangun abang ada ja tepi katil Ejan. Ejan tak pahamlah abang, kalau betul abang kena tangkap dengan polis kerana kes dadah, takkan senang-senang saja mereka nak lepaskan abang?" Ejan dah mula keliru dengan cerita Irfan. Yang mana satu ni? Banyak sangat benda yang terjadi.
"Ejan mungkin tak perasan, tapi abang memang ada masa Ejan histeria tu. Mungkin sebab muka abang ni ada pakej muka orang baik kot, jadi polis bebaskan abang dengan mudah," Irfan sengaja menyakat Ejan untuk menghilangkan kekeliruan Ejan. Dia sendiri pun masih tak boleh menerima cerita itu terjadi dalam hidupnya.
"Adoii,..sejak bila perangai mat perasan abang ni mai balik ni? Okey! La ni abang ceta A to Z kat Ejan. Ejan janji Ejan takkan menyampuk hingga abang selesai, kecuali kalau ada yang Ejan tak paham, Ejan akan tanya. Abang dah buat Ejan pening tau," Irfan pandang Ejan sambil senyum.
Seketika kemudian Irfan menuju ke pintu bilik dan menutup pintu bilik untuk mencari privasi mereka berdua. Mungkin malam ini semua orang sengaja membiarkan mereka berdua. Irfan mengambil tempat di sebelah Ejan dan menyuruh Ejan tidur untuk lebih santai bercerita, manakala dia sendiri pun merebahkan diri di sebelah Ejan dan mula merangkul Ejan dalam pelukannya, sambil melepaskan rindu yang terpendam sekian lama dengan mencium kedua pipi Ejan.Ejan hanya membiarkan gelagat Irfan itu.
Sementara Irfan junior masih nyenyak tidur di sebelah sana. Irfan junior pun sporting pula malam ni. Tak banyak pulak ragamnya.
"Bila ada kes dadah memang payah nak terlepas sebenarnya. Malam tu abang orang last yang disoal siasat. Abang merayu pegawai polis yang menyoal abang malam tu untuk telefon peguam.
Mulanya memang rayuan abang tak dipedulikan. Lepas tu abang minta mereka chek nama abang. Abang cakap abang ni bersih, tapi polis tu marah abang balik .Dia cakap semua penjenayah pun tak mengaku mereka buat salah.
Masa tu abang hanya mampu berdoa dalam hati agar abang dibebaskan segera. Mungkin nasib abang baik bila malam tu ada seorang polis ni yang kenal papa. Jadi, abang diikat jamin malam tu, tapi bila abang sampai ke rumah dan masuk ke bilik tak semena-mena Ejan dah menjerit bila tengok abang. Apa yang Ejan nampak sebenarnya?" Irfan renung wajah Ejan mohon jawapan. Kalau tadi dia yang bercerita kini tiba giliran Ejan pula yang bercerita.
"Bila abang menghilangkan diri malam tu Ejan risau sangat, sebab Ejan ingat abang marah Ejan. Afina pula macam tak peduli kat Ejan. Bila Ejan tak mau cerita kat dia apa yang Tina bagi tau Ejan.
Takkan Ejan nak cerita kat Fina pula tanpa minta izin abang dulu. Kalau Fina percaya tentu Fina akan marah abang. Jadi Ejan pendamkan saja. Masa Ejan tiba-tiba sakit kepala tu. Ejan panggung ja kepala Ejan nampak satu lembaga warna hitam nak terpa pada Ejan, tu sebab Ejan menjerit.
Lepas tu Ejan dah tak tau apa dah. Ejan sedar balik bila Fina pujuk Ejan dan tanya Ejan. Masa tu fikiran Ejan memang dah tak mampu nak berfikir lagi. Ejan tak tahu la macam mana nak cerita. Memang ngeri sangat apa yang Ejan rasa masa tu,"
Irfan kejapkan rangkulannya, dahi Ejan pula dikucup penuh kasih. Malam tu Allah telah menguji mereka. Malam yang penuh dengan tragedi buat mereka berdua. Menguji kasih sayang dan kesetiaan mereka. Bermula lagi episod kisah mereka malam tu.
Tujuh bulan mereka terpaksa berjauhan. Ejan yang sakit dan Irfan pula menghabiskan masanya dikandang mahkamah atas kesalahan yang langsung dia tak pernah lakukan. Hanya kerana tersilap berada di tempat yang salah pada masa yang salah.
BAB 29
AFINA mencuit-cuit pipi si kecil. Geram benar dia melihat wajah si kecil Irfan Aizan yang nampak sedikit berisi. Anak saudara dia yang pertama, memandangkan mereka hanya dua beradik.
"Tak lambat lagi dah, tunggu tahun depan giliran kau pula la Fina nak kendong baby. Aku pun dah tak sabar nak jadi mak long ni. Mak su dah lama dah jadi. Nak tunggu anak menakan pange mak long la pulak," Ejan yang baru masuk ke bilik selepas selesai mandi menegur Afina yang asyik menganggu Irfan junior.
"Uitt,.. belum tentu.Aku ingat nak honeymoon puas-puas dulu la. Baru nak pegang status ibu ni," Afina bersuara perlahan.
"Amboih,.tu dia! Awai merancang?" Ejan gelak.
"Mestilah!!! Hidup mesti ada perancangan. Bukan macam korang. Belum buat kenduri besar perut dah berisi. Uwekk!!!" Afina tak puas hati dikenakan Ejan.
"Alahh! Aku kesian kat kau saja. Tengok! Kan kau dah naik pangkat. Baik tak aku?" Ejan juga tak mahu mengalah.
"Yalah tu kak Mas. Apa-apa aje la! Meluat aku dengan kau. Sekali sekala bagilah peluang untuk aku menang pulak. Ni asyik-asyik kau saja yang nak menang," Afina mendongkol geram.
"Eh,. itu sudah semestinya! Aku kan kakak. Kau tu adik. Diam-diam sudahlah! Kenalah mengalah," Ejan tergelak lagi. Dia dengan Afina kalau sekali sekala jumpa mesti ada jugak sesi bertekak dan bertegang urat leher berbalah. Cuma berbalah sambil bergurau saja. Taklah sampai mencetuskan pergaduhan lagi.
"Kau dengan Haiqal macam mana? Ni kau dah banyak hari kat sini tak nampak pun dia contact kau," Ejan mula tukar topik. Dengan Afina ni, kalau bab cintan ni memang payah sikit dia nak kongsi. Kalau tak dikorek memang payahlah, kalau nak harap dia cerita sendiri.
"Hai kak Mas, tu kad jemputan kawen tu dah berapa kali baca masih nak tanya lagi. Ada la tu yang tak puas hati tu!" Afina berkata selamba, sambil tu tangannya masih gatal menganggu Irfan Aizan yang sedang nyenyak tidur.
"Kad, kad jugak, tapi takkan tak ada cerita sensasi untuk dikongsi kot? Ceghita la sikit, aku pun teringin jugak nak dengar kisah cinta orang KL ni. Alah janganlah malu-malu. Macam tak biasa la pulakk!!!" Ejan sengaja mengorek rahsia Afina.
"Banyak ar kau cerita sensasi. Ingat artis ke, nak ada ceta-ceta sensasi ni," Afina mencebik.
"Adik abang dengan sayang abang ni kalau berjumpa mesti nak berkelaikan? Ejan nak tau apa mai sini abang nak ceqita," entah dari mana Irfan ni muncul. Tiba-tiba saja mencelah perbualan mereka.
Afina dan Ejan saling berpandangan. Terkesan sesuatu dari suara Irfan dan mereka berdua ketawa serentak. Irfan pula yang terkebil-kebil memandang mereka dan ketawa mereka mengundang orang yang berada di luar bilik turut menjengok ke bilik.
"Awat yang syok sangat ni? Gelak sampai dengaq luar," Ijam muncul di muka pintu bilik. Irfan dan Ejan dipandang silih berganti. Afina diam, tapi bibirnya masih ada senyuman yang terukir.
"Entahlah Fina dengan Ejan ni!" Irfan pandang keduanya tapi tiada juga suara yang keluar.
"Awat hampa dua orang ni, dah bisu ka apa?" tu dia keluar lagi loghat kedah dia. Sekali lagi Ejan dan Afina hamburkan tawa. Irfan dah garu kepala. Ijam dan Hadi dah tersenyum lucu. Mungkin sudah mula faham kenapa Ejan dan Afina ketawa.
Ejan hampiri Irfan, telapak tangannya diletakkan di dahi Irfan sambil terus tersenyum.
"Abang tak demamkan?" Ejan tanya Irfan dengan nada yang sedikit serius. Namun bibirnya masih mengulum senyum. Giliran Hadi dan Ijam pula ketawa kuat dan suara mereka mendapat perhatian dari yang lain. Sekarang bilik Ejan jadi tumpuan. Semuanya ingin tahu apa yang membuatkan bilik ini riuh rendah dengan gelak tawa.
Irfan pegang tangan Ejan. Dia tak puas hati bila dia langsung tak faham kenapa dia diketawakan.
"Ejan tau la abang nak tinggai di kedah teghuih pun. Tapi sogha abang macam kartun la bila cakap kedah. Oppsss,.." Ejan terus tutup mulut dan mengekek ketawa. Irfan tepuk dahi. Baru faham situasi. Memang dia sengaja berlatih tadi dengan Ijam dan Hadi di luar untuk cakap loghat kedah. Tak tahu pula isu itu akan jadi sumber untuk buat orang lain jadi lucu.
"Ooooo,. macam kartun ya! Okey tak apa. Abang majuk kang!"
"Hahaha, abang tolonglah jangan merajuk! Nanti jenuhlah Ejan. Dengan nak layan baby lagi. Nak layan rajuk abang lagi .Ni Ejan nak tanya awat yang angin tak dak, ribut tak dak yang bantai cakap kedah ni pasai pa?"
"Alah, biaq pi la Ejan oii, menantu mak ni baghuih pa. Tengok,. dia mau jugak belajaq loghat kedah ni. Sedap pa mak dengaq," Puan Salima yang mendengar saja anak menantunya berbual tadi sudah mula mencelah.
"Amboih mak! Sejak bila mak pandai puji menantu ni? Macam ada udang di sebalik mee kuah saja ni," Ejan kenakan Puan Salima. Sebelum ni mana pernah mereka berkumpul begini.
Selepas kahwin dulu masing-masing sibuk. Dah tu macam-macam yang menimpa keluarga mereka. Kalau berkumpul pun tak sempat nak bergurau senda begini. Abang Azminya lagi la. Sejak balik Malaysia dan jadi ustaz di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, sifat pendiamnya tu semakin ketara. Kalau bercakap pun hanya perkara penting saja, tapi kalau dia ada di rumah dialah yang jadi Iman setiap kali solat. Itu pun kalau dia tak solat di masjid. Kebetulan masjid dengan rumah mereka bukannya jauh mana pun. Jalan kaki saja.
"Mak nak puji menantu mak pun dah tak boleh ka? Dah baghuih mak cakap la baghuih,"
"Ya la mak baghuih pun laki sapa? Laki Ejan jugakkan!" Ejan gelak dengan ayatnya sendiri. Irfan turut tersenyum sambil menjungkitkan keningnya pada Ejan. Ejan mencebik.
"Dah bertungku belum ni? Lepas bertungku satgi pakai barut tu. Jangan biaq perut masuk angin. Nasik mak dah masak. Ikan ruan bakar dengan sup ikan ruan. Bagi perut tu cepat lega sikit. Satgi makan nasi tau! Mak dah hidang dah tu, ka nak makan dalam bilik ?" Puan Salima menyoal Ejan. Orang dalam pantang ni bukan boleh dibuat main. Lebih-lebih lagi Ejan yang baru lepas operation ni. Macam-macam nak kena jaga. Dari segi pemakanan lagilah nak kena ambil berat.
"Sampai bila nak kena makan ikan ruan mak? Masuk hari ni dah dekat tiga minggu dah Ejan dok makan ikan ruan ja,"
"Sampai lepaih pantang," tu dia! Ejan dah ternganga.
"Makkk,.. biaq betoi???"
Ijam, Hadi, Afina, Azmi, Irfan, Intan dan semua yang ada dalam bilik tu dah sengeh pada Ejan. Ejan pandang kakak iparnya yang sedang tersenyum itu dan bersuara.
"Ha, mak,.nanti kak Intan beranak mak tahan dia di sini, jangan bagi balik Johor. Syok pulak dok sengeh kat Ejan,"
"Eh,. apa kena mengena dengan akak pulak. Abang kena kerja la," Intan Diana membela diri. Hadi lepaskan tawa sambil mengosok lembut bahu isterinya.
"Apa? Nanti abang pun sama kena makan ikan haruan hari-hari. Teman Intan," hah!! Sudah!!,. kini tumpuan dialih pada Intan dan Hadi pula. Demi terdengar saja Intan berkata begitu Hadi dah garu kepala. Semua orang dah gelakkan Hadi.
"Adoii,. tak boleh jadi ni. Mak masak banyak dak mak, sup ikan ruan dengan ruan bakar tu. Mai Di nak rasa, sedap dak. Jenuhlah Di kalau macam ni. Hang Fan tak mau rasa ka? Kot-kot Ejan pun nak dera hang suruh makan jugak satgi,"
"Ohoo,. ikan haruan sori mori. Tak boleh masuk. Ejan tolonglah! Jangan suruh abang makan ikan bendang ni. Abang rela berlutut dengan Ejan," sekali lagi bilik Ejan gamat dengan gelak tawa.
"Hiesyy,. abang ni macam la Ejan ni teqhuk sangat sampai nak paksa abang macam tu sekali. Kak Intan tu mesti baca novel Siti Rosmizah tu Tujuh Hari Mencintaiku, sampai suruh abang Hadi pantang sekali," Ejan sengeh. Dia pun dah habis baca novel tu. Molek sangatlah kalau isteri-isteri buat macam tu. Selalunya isteri-isteri yang teruk berpantang. Suami sedap ja makan apa saja.
"Oh,.ada cikgu dok mengajaq ghupanya.Patut la dua tiga hari ni abang tengok dok belek sakan sangat buku tu. Selalunya tak pernah pula abang tengok baca buku tebal macam tu,"
"Sebut pasal membaca ni kan. Cuba kau tengok ni kak Mas. Abang!,. ni bukan secretary abang tu ke?" Afina yang sedang membaca surat khabar Sinar Harian yang telah dibeli Irfan pagi tadi yang memang ada dalam bilik itu, menghulurkan surat khabar tersebut pada Ejan dan Irfan.
Irfan mengambil surat khabar tersebut dari tangan Afina. Gambar wanita yang meninggal di tempat kejadian itu dibelek. Dia mula membaca berita yang disiarkan. Seketika kemudian dia mula beristighfar dan mengungkapkan kalimah 'Innalillahiwainnahilahirajiun'.
"Awat? Sapa yang mati?" Puan Salima menyoal.
"Orang yang kenakan Ejan ni mak.Ya Allah tragisnya kematian dia mak. Seorang wanita yang melarikan diri dari hospital bahagia Hamisha Nasuha Ahmad Rejab ditemui mati dalam satu kemalangan awal pagi tadi.
Menurut saksi kejadian, wanita terbabit, terjerit terlolong ke arah jalan raya seolah dikejar sesuatu dan telah dilanggar sebuah lori yang membawa muatan pasir dan lori terbabit telah terbalik dan pasir menimpa mangsa yang masih bernafas ketika itu. Mangsa disahkan mati lemas selepas bedah siasat dijalankan. Huh! Hukum karma." Ejan terlepas cakap.
"Ejann!!! Jangan cakap macam tu. Siapa kita nak menjatuhkan hukuman? Yang penting sekarang Ejan maafkan segala kesalahan dia. Ingat Ejan! Kemaafan itu dendam yang terindah. Lagi pun setiap apa yang berlaku tu ada hikmahnya." Azmi yang hanya menjadi pendengar mula bersuara. Ejan terdiam.Suasana riuh tadi turut terhenti.
"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. "(Aali Imraan (3) : 133-134)
"…dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. "(al-Nuur (24) : 22)
"Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). "(al-Syuura (42) : 43)
"Bukan ukuran kekuatan seseorang itu dengan bergulat (bergusti), tetapi orang yang kuat itu adalah orang yang mampu mengawal hawa nafsu ketika marah. "(Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 6114)
"Siapa yang menahan perasaan marah sedangkan dia mampu untuk melaksanakannya (melepaskan kemarahannya), maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di hadapan sekalian makhluk, kemudian disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya. "(Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 2417)
"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. "(Aali Imraan (3) : 159)
Maka keluarlah segala Hadis dan Firman dari bibir ustaz Azmi. Suasana terus diam seketika dan menghayati surah yang diperdengarkan. Selepas Azmi selesai dengan bacaan Hadis dan terjemahannya barulah Afina pula yang bersuara.
"Abang! Apa jadi pada bomoh siam tu?" Afina ajukan pula soalan pada Irfan. Irfan berjeda lama sebelum menjawab. Semua mata tertumpu pada Irfan sekarang ni.
"Hari yang sama Ejan bersalin tu, pagi tu abang terima panggilan dari balai polis. Menurut mereka rumah bomoh tu hangus terbakar malam tu. Bomoh tu tak dapat diselamatkan. Turut rentung," apa yang diceritakan Irfan buat semua orang beristighfar sekali lagi. Terkejut sangat dengan berita itu.
Pembalasan tu pasti akan datang juga, sama ada cepat atau lambat. Mungkin bukan di dunia ini. Boleh jadi di akhirat yang kekal abadi.
BAB 30
HARI BERSEJARAH buat Afina tiba juga. Hari ini Intan Afina bakal disatukan dengan pujaan hati. Cinta pertama yang telah berjaya bertahta di hatinya. Bukan mudah tanpa lafaz cinta untuk terus setia. Intan Afina dan Mohd Haiqal Hafizi sama-sama memendam perasaan sejak zaman persekolahan. Ejan yang baru habis berpantang hanya menemani Afina di dalam bilik sambil sesekali menahan tawa melihat telatah Afina yang sudah nampak mengelabah itu.
"Fina! aku tengok kau ni macam nak terkucil ja. Kalau dah tak tahan sangat lebih baik kau pi bilik ayaq cepat sebelum rombongan kita bertolak ke masjid ni,"
"Hiesy,." Afina menjeling Ejan. Ejan ketawa.
"Nanti kau ikut aku ya! Pergi sekali. Aku takutlah!" Afina buat permintaan tu kat Ejan.
"Mana boleh!,. kau lupa ya, abang Irfan tak bagi aku buat apa-apa pun. Dia cakap macam ni tadi. Sayang! Sayang jangan buat apa langsung hari ni. Duduk aja rumah dan jaga saja baby. Ha,..kau nak abang Irfan kau tu mengamuk ka? Nak ajak aku teman bagai," Ejan bersuara sambil tersenyum nakal.
"Bila masa pulak abang Irfan cakap kat kau? Aku tak nampak kau berbual dengan abang Irfan pun! Kau saja ea nak kenakan aku? Lagi pun Irfan juniorkan baru tidur, bibik pun ada nak jaga dia. Mak kau pun ada. Kakak -kakak ipar kau yang tiga orang tu pun ada.
Takkan tak boleh tinggalkan kejap baby tu ? Ala, please la kak Mas!! Aku tahu kau sayang aku! Kau akan temankan aku kan? Alah bukan nak pergi buat apa pun, just duduk aja tepi aku dan berbual dengan aku. Kau kan kawan aku dunia akhirat, merangkap kakak ipar aku yang terbaik dalam dunia," sehabis saja ayat Afina, Ejan dah mengekek ketawa.
"Menceceh macam mak nenek la kau ni! Panjang berjela kau buat ayat ya! Sampai aku pun tak sempat nak mencelah. Bila kau karang ni or tak pun kau dah praktik nak pujuk aku sejak semalam lagi?" tawa Ejan masih berterusan. Afina dah beliakkan matanya bila mendengar Ejan berkata begitu.
"Kau kenakan aku ke?" pantas saja tangan Afina mengapai lengan Ejan. Lantas dicubitnya. Seketika pintu bilik diketuk orang dan wajah mak long Rosmina dah menjengok di muka pintu bilik.
"Fina, kita nak bertolak dah! Rombongan lelaki dah dalam perjalanan. Kan lambat pulak kita. Moh la kita pergi!" Ejan memaut lengan Afina dan memimpin Afina perlahan. Dalam hati ada juga terselit rasa lucu bila melihat Afina yang sudah berubah wajahnya.
"Afina kau nak dengar cerita tak ? Ni kisah benar tau! Bukan rekaan," Ejan cuba meredakan gemuruh Afina dengan ceritanya. Kalau dibiarkan Afina terus gemuruh begini bimbang juga nanti tak pasal-pasal pengsan pulak minah ni kang.
"Cerita apa? Time ni jugak kau nak buat ceritakan," dalam mereka beriringan turun ke bawah mereka tetap berbual.
"Kau senyum dulu baru aku cerita," sekali lagi tangan Ejan dicubit Afina.
"Kau nak ceta. Ceta aja. Jangan banyak songeh pulak!!" Afina bengang.
"Pengantin memang wajib senyum pa! Ni aku tengok wajah kau nampak cantik dengan make up ja, tapi di luar ni langsung tak ada seri. Cer senyum sikit! Alaaa, cak !!" Ejan berseloroh. Afina senyum jugak akhirnya.
Mereka sampai di tingkat bawah. Semua yang lain sudah sedia menanti. Ejan mendapatkan emaknya sebelum keluar.
"Mak!,. Ejan nak pi teman Fina. Mak tolong tengokkan cucu mak sat na,"
''Tak pa la, pi la sat ja kot."
Ejan terus melangkah ke pintu untuk menyusul Afina yang keluar terlebih dahulu. Setelah sampai di muka pintu Ejan bertembung dengan Irfan dan mereka berbalas senyuman. Irfan yang akan ikut bersama memegang tangan Ejan dan dipimpinnya hingga ke kereta. Afina sudah ada di dalam kereta menunggu mereka. Abang Hadi pun akan ikut bersama.
Bila Hadi membuka pintu di sebelah pemandu Ejan pula membuka pintu belakang dan duduk bersama Afina di belakang. Bila kereta mula bergerak Afina mula mengajukan soalan pada Ejan.
"Tadi kau ada janji something dengan aku kan?"
"Err,.." Ejan berjeda. Wajah Afina dipandang.
"Ada ka?"
"Cepatlah aku dah tak sabar nak dengar cerita kau tu. Tadi nak cerita sangat"
"Ohh, cerita tu,alkisahnya macam ni, ada sorang budak tu kan, hari-hari kalau dia lalu tepi masjid asal sampai saja tepi tabung masjid mesti dia tersenyum dan gelagat budak tu selalu di lihat oleh Imam masjid tersebut.
Satu hari tu Imam pun hampiri budak tu dan bertanya''anak! Dah lama pak cik perhatikan anak ni. Setiap kali tiba kat tabung masjid ni mesti anak ni tersenyum.K enapa ya?'' kau nak tau apa budak tu jawab?"
Afina pun mengangguk. Serius pula wajahnya tapi Ejan dah tersenyum nakal. Adalah tu sesuatu yang menjengah mindanya.
"Nantilah!!! Sampai masjid nantilah, aku cerita," Ejan jawab selamba. Mencerlung mata Afina memandang Ejan.
"Kau ni kan, aku cepuk jugak ni," Afina berpura-pura marah.
"Kau berani,cepuklah! Tu abang kau kat depan tu,"
"Eleh,.ingat aku takut ke?"
"Memang kau tak takut dengan dia. Tapiiii,..." Ejan tak teruskan ayatnya dibiarkan tergantung.
"Tapi apa?"
"Tu masjid dah sampai pun. Nantilah aku bagi tahu," Ejan gelak lagi. Afina kebam bibir. Bila Ejan mula buka pintu kereta, Afina tarik tangannya.
"Kau cakap nak habiskan cerita tu bila sampai masjid,"
"Jom!! kita masuk dulu. Lepas akad nikah nanti aku bagi tahu apa budak tu jawab. Sementara tu kau pun fikirlah jugak, apa jawapan dia. Kaukan genius!" Ejan kenyit mata pada Afina. Afina tak puas hati dengan jawapan Ejan.
Mereka meneruskan langkah dan menapak memasuki masjid. Afina dipimpin pula oleh mak long Rosmina. Manakala Ejan mengikut mereka dari belakang. Seketika kemudian pihak pengantin lelaki pun tiba.
Majlis akad nikah pun dimulakan, dan dengan sekali lafaz sahlah Afina sebagai isteri Haiqal. Berlangsung pula acara membatalkan air sembahyang dengan memakaikan rantai tangan emas di tangan Afina.
Selepas itu bila pengantin lelaki mengucup dahi Afina. Afina tertunduk dan ada sedikit juraian air mata di pipinya. Ejan yang berada di sebelah Afina mencuit Afina dan menghulurkan tisu pada Afina. Kalau tadi Ejan rasa lucu dengan kegabraan Afina, kini Ejan tumpang sebak bila melihat air mata Afina. Yang nyata itu bukan air mata kesedihan, kerana Ejan yakin dan pasti itu adalah air mata gembira. Bukan senang bersatu kembali dengan cinta yang telah hilang sekian lama. Hanya kuasa ALLAH yang mampu menguatkan perhubungan itu dalam ikatan yang sah.
MALAM tu Ejan berehat di dalam bilik bersama bayinya. Letih juga menguruskan majlis perkahwinan ni. Walau pun Ejan hanya membantu kerja-kerja yang ringan saja tapi memandangkan kondisi badannya yang baru hendak pulih ditambah dengan ragam si kecil kepenatan itu tetap Ejan rasai.
"Sayang! belum tidur lagi? Sayang tunggu abang ke?" Ejan menoleh ke arah pintu bilik bila mendengar namanya disapa oleh Irfan. Leka memerhati si kecil tidur Ejan tidak perasan pintu bilik dikuak.
"Belum ngantuk lagi, abang dari mana ni?"
"Dari bawahlah! Abang baru lepas berbual dengan Haiqal. Irfan junior dah tidur?'
"Baru ja tidoq. Penat jugak melayan kerenah dia tadi."
Irfan melabuhkan punggungnya di sisi Ejan. Ejan bangun dan bersandar di kepala katil. Kepalanya dilentokkan di bahu Irfan. Manja.
"Afina dengan Haiqal first night malam ni. Kita bila pulak?" Ejan donggakkan kepalanya dan memandang wajah Irfan. Ada senyuman terukir di bibirnya.
"Sayang! Abang tanya ni?" Irfan tanya lagi.
"Mana Ejan tahu! Ada pulak tanya Ejan macam tu!" wajah Ejan sudah memerah. Kalau nak difikirkan balik mereka hanya sempat bersama selama sebulan setengah. Kemudian mereka diuji dengan perpisahan yang panjang. Ejan di operate pula dan berpantang.
Baru saja lepas pantang Afina pula berkahwin. Dengan kesibukan mengurus majlis Afina, mereka langsung tak dapat meluangkan masa bersama. Baru saja Irfan ingin merangkul Ejan pintu bilik mereka dikuak dengan kasar dari luar. Muncul Afina di pintu bilik dan terus menerpa dengan kalut ke arah mereka. Ejan dengan Irfan kehairanan.
"Apa ni Fina? Dah tak pandai nak ketuk pintu?" Irfan bersuara tegas. Nasib baik belum sempat berbuat apa-apa. Kalau tak, tentu malu terkantoi dengan Afina, walau pun salah dia juga kerana tidak mengunci pintu terlebih dahulu.
"Kau hutang aku kak Mas! Sejak tadi lagi aku memikir ni. Kau asyik larikan diri saja. Sekarang ni kau bagi tau aku jawapannya!" laju Afina berkata. Ejan kerutkan wajah sambil minda ligat berfikir. Hutang apa pula yang dituntut Afina ni??
"Sejak bila pula sayang berhutang dengan Fina ni? Kalau nak pakai duit sayang minta saja dengan abang!" Irfan mencelah.
"Abang boleh diam tak!!! Ni antara Fina dengan isteri kesayangan abang ni saja. Abang jangan masuk campur." Afina bersuara tegas. Macam amaran saja bunyinya. Irfan dan Ejan saling berpandangan.
"Err, kau boleh tolong cakap slow-slow tak? Aku tak pahamlah! Setahu aku, tak penah pulak aku hutang apa-apa dengan kau!" Ejan blurr. Memang dia langsung tak ingat hutang apa yang diminta oleh Afina itu.
"Ishh,..bukan hutang duitlah! Kau hutang jawapan dengan aku, cuba kau ingat balik tadi kau ada cerita satu cerita ni kat aku lepas tu cerita kau tu tak habis, tergantung saja. Aku dah puas berfikir jawapan budak tu," selesai saja Afina habis berkata-kata Ejan dah gelak kuat. Bergegar badannya. Irfan dah cengang memandang Ejan. Afina mengetap bibir menahan geram melihat Ejan yang sudah gelak tak ingat dunia.
"Okey! aku dah ingat dah!" Ejan bersuara setelah ketawanya reda.
"Aku sebenarnyakan, saja ja cerita macam tu untuk bagi hilang gelabah kau tu. Aku kesian tengok kau mengelisah mengalahkan kucing nak beranak saja, jadi aku terfikir untuk hilangkan gelabah kau tu, aku ceritalah cerita tu tapi betul ka kau nak tahu jawapan budak tu?" Ejan masih bermain tarik tali dengan Afina. Irfan di sebelah yang masih tidak berganjak dari sisi Ejan memandang Afina dan Ejan silih berganti.
"Kau jangan buat aku bertambah bengang kak Mas kang betul-betul aku cepuk kau kang!" Afina dah hilang sabar. Irfan membuntangkan matanya mendengar kata-kata Afina. Sekali lagi Ejan tergelak mendengar amaran dari Afina.
"Apa hal ni sampai nak cepuk-cepuk? Sayang! cerita apa ni?" Irfan yang langsung tak tahu apa-apa dah mula menyoal.
"Hmm,..nampaknya aku kena cerita dari mula la ni." Ejan memandang Afina dan Irfan sambil tersenyum. Kakinya yang terlunjur tadi diperkemaskan dengan duduk bersila pula. Irfan yang masih setia di sisinya mengambil kesempatan dengan memaut bahu Ejan manakala Afina pula mula memanjat katil dan duduk berhadapan dengan Ejan dan Irfan di atas katil.
"Alkisahhh, tersebutlah kisahh,.." Ejan ingin berseloroh dengan melagukan syair sambil tergelak perlahan, pantas pahanya ditampar Afina.
"Kau boleh serius tak?" Afina bersuara geram. Ejan tergelak lagi. Irfan pula menarik hidung Ejan sambil tergelak sama. Ejan jeling Irfan memberi amaran bila hidungnya menjadi mangsa Irfan.
''Cepat! sambung ceta! jangan nak main drama pulak depan aku ni!" amaran dikeluarkan lagi oleh Afina bila melihat gelagat abang dan kakak iparnya itu. Sementara tu perhatian mereka tiba-tiba terkalih ke muka pintu bilik, bila bilik yang terbuka pintunya itu diketuk orang. Pandangan masing-masing menghala ke arah pintu bilik. Muncul wajah Haiqal di situ.
"Err,..ada meeting apa ni? Boleh join?" Haiqal bertanya selamba sambil tersenyum.
"Masuklah Haiqal!" Irfan mempelawa Haiqal sambil bangun dari katil dan menuju ke sofa di sudut bilik. Afina dan Ejan ikut bangun dan menuju ke sofa yang sama. Kini empat pasang mata bertemu. Afina memandang Ejan dan memberi isyarat mata pada Ejan supaya meneruskan ceritanya yang belum disambung lagi. Ejan hanya tersenyum sambil mengangkat kedua belah tangannya.
"Okey,okey,..aku sambung ceta tadi," Ejan pun mula membuka cerita.
''Ada seorang budak ni hari-hari bila lalu saja di tepi tabung masjid dia akan tersenyum dan gelagat budak ni diperhatikan oleh Iman masjid tersebut dan suatu hari Iman masjid itu menghampiri budak itu dan bertanya pada budak itu.
"Anak,..dah lama pak cik perhatikan anak ni. Asal sampai saja kat tabung ni mesti anak tersenyum. Kenapa ya?" lalu budak itu pun menjawab.
"Ustaz di sekolah saya selalu cakap, senyum itu sedekah. Saya tak ada duit nak sedekah, jadi saya senyum sajalah," Ejan menghabiskan ceritanya sambil tersenyum. Irfan, Haiqal dan Afina sudah tergelak.
"Hahaha, bertuah punya budak! Anak siapa la tu?" Haikal bersuara.
Afina angkat tangan dan mengawangkan tangannya di hadapan Ejan.
"Aku ada lagi satu soalan, kau cakap aku tak takut kat abang Irfan. Tadi kau ada cakap tapi,..lepas tu kau gantungkan jugak ayat kau tu, so apa yang tapinya tu??" Afina menyoal lagi. Ejan dah lebarkan senyuman nakalnya sambil memandang Afina dan Haiqal silih berganti.
"Tuu, kau takut kat Haiqalkan???" Ejan menyoal balas sambil menudingkan jarinya ke arah Haiqal dan tergelak kecil. Wajah Afina berubah warna bila ketawa Haiqal dan Irfan bergabung.
"Pandailah kau!!!" Afina geram.
"Ehemm,..maknanya kau tak takutlah ni? Kalau tak takut tunggu apa lagi? Pergilah jalankan tanggungjawab kau tu!!" Ejan bersuara nakal sambil mengekek ketawa dan ketawanya disambut oleh Haiqal dan Irfan, cuma Afina saja yang mencebik geram dengan gelagat mereka bertiga.
"Dahlah sayang! Orang dah menghalau tu! Kita nak tunggu apa lagi? Jomlah!!" Haiqal memegang tangan Afina dan bangun dari sofa. Afina mengikut tanpa bantahan, namun matanya masih menjeling Ejan dan Irfan yang masih ketawa melihat wajahnya yang sudah berubah menjadi merah.
"Finaa!!! Good luck dear!" Ejan melaung kepada Afina yang sudah mula menapak keluar dari bilik. Afina menoleh dengan wajah blurnya.
"Good luck? For what?" Afina menyoal.
''Bagi kami jadi mak long dan pak long secepat mungkin!" nakal saja bunyinya.
"Kak Mas Ejannnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!!!!!!!!" Afina ingin berpatah balik tapi tangannya kejap dipegang oleh Haiqal yang juga turut tergelak mendengar permintaan nakal Ejan. Marah punya pasal nama Ejan pun sudah ditunggang terbalikkannya.
"Jangan bimbang la pak long dan mak long. InSya-Allah, tahun depan kami bagi anak saudara yang comel," sebelum keluar dari bilik, Haikal sempat bersuara sambil tergelak, diikuti oleh Irfan dan Ejan juga. Afina berdecit geram. Kalau dah tiga orang lawan satu dah sah-sah dia yang kalah.
BAB 31
EJAN bertafakur seketika di atas sejadah selepas menunaikan solat maghrib sambil membaca beberapa surah dari Al-Quran terjemahan dalam bahasa malaysia yang dibelinya beberapa tahun yang lepas.Khusyuk sekali Ejan menghayatinya. Dugaan hidup yang dialaminya membawa dia mencari surah-surah yang menepati keinginannya.
Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” – Surah AlBaqarah : Ayat 214
Mengapa kita diuji? Firman Allah S.w.t, “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,” – Surah AlMulk : Ayat 2
“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” – Surah AsSyuura : Ayat 30
Walaubagaimana pun, Allah amat menyintai orang-orang yang sabar menghadapi ujianNya. FirmanNya, “Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar" – Surah Aali Imran : Ayat 146
Dan Allah Maha Adil dan Maha Penyayang, ujian-ujian yang diberiNya adalah mengikut kemampuan masing-masing InsyaAllah. “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” – Surah AlBaqarah : Ayat 286
Selesai membaca beberapa surah Ejan bangun dan menyimpan kembali Al-Quran itu dan menanggalkan telekungnya lalu disidai di ampaian biliknya itu. Ejan menapak keluar dari bilik dan terus menuju ruang tamu rumah. Ejan bersama Irfan kebetulan berada di rumah ayah dan emaknya.
Kebetulan Irfan bercuti dan mereka sudah berpakat bersama abang Hadi untuk bercuti di kampung. Intan Diana kakak ipar Ejan yang baru selamat melahirkan bayi perempuan juga ada bersama di rumah ini. Hadi pula sudah berpindah dan kini sudah bekerja di Alor setar.
Keluarga Ejan bersatu dalam rumah keluarga mereka di tepi sawah ini dalam suasana yang harmoni. Azman dan Azam juga sekali sekala akan turut bertandang memeriahkan suasana bersama keluarga masing-masing. Azmi yang sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang ustazah di sekolah yang sama juga kini sudah pandai beramah mesra dengan ahli keluarga.
"Malam ini ada bacaan Yasinkan mak di masjid?'' Ejan menyoal emaknya sebaik melabuhkan punggung di sisi emaknya yang sedang memegang Irfan Aizan yang kini sudah berusia enam bulan.
''Ha la, kan malam ni malam jumaat!'' Puan Salima menjawab pertanyaan Ejan sambil mengacah cucu lelakinya.
"Patutlah sunyi ja rumah ni, hero-hero malaya tak balik lagi rupanya," Ejan berkata sambil tergelak kecil. Sekali sekala diagahnya Irfan Aizan yang berada di pangkuan emaknya. Hero malaya yang mewakili ayahnya, Irfan, Hadi, Azmi dan Ijam yang pergi bersolat jemaah di masjid yang berdekatan dengan rumah mereka.
''Lepas Isyak satgi balik la tu, kalau tak ada ustaz bagi ceramah," Puan Salima pula bersuara. Ejan hulurkan tangan untuk mengambil Irfan Aizan dari emaknya. Laju Irfan Aizan menerpa ke arahnya. Diagahnya anaknya itu, mengekek Irfan Aizan ketawa bila sudah berada di pangkuan ibunya.
"Abang Hadi tak balik lagi mak??'' muncul Intan Diana dari dalam bilik bersama bayinya Intan Adrina.
"Hai kak Intan! takkan dah rindu kot?? Sat lagi abang Hadi baliklah," sengaja Ejan menyakat kakak iparnya itu sambil tersenyum nakal.
"Ya la Ejan, tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat bermanja," Intan Diana menjawab selamba usikan Ejan.
''Aikk!! semacam ja bunyi! taulah malam ni malam jumaat pun!!!" Ejan dah mengekek ketawa. Puan Salima hanya mengelengkan kepala mendengar perbualan anak dan menantunya.
"Hiesy, otak! berselirat dengan wayar kuning," Intan Diana tetap membalas. Ejan semakin galak ketawa mendengar ayat yang dituturkan kakak iparnya itu.
"Haha,..banyaklah kak Intan punya wayar kuning,"
Sedang asyik mereka bergurau senda kedengaran azan Isyak berkumandang di masjid berdekatan. Puan Salima bangun meninggalkan anak dan menantunya yang sedang bergurau itu. Langsung tak ada sivik bergurau di depan emak dan emak mertua begitu. Mentang-mentanglah Puan Salima tu ibu yang paling sporting pun.
''Ejan pergilah solat dulu, biar kak Intan tengokkan Aizan ni!" Intan Diana menawarkan diri untuk menjaga Irfan Aizan sedangkan dia sendiri pun memegang bayinya sendiri. Ejan hanya tersenyum sambil meletakkan Irfan Aizan di riba Intan Diana. Sekadar mengacah saja memandangkan kakak iparnya itu sangat bermurah hati menawarkan diri. Baru saja Irfan Aizan diletakkan di atas riba Intan Diana dia sudah mula melonjakkan badannya.
"Woitt!! Tak mampu kot! Ambil balik hero Ejan ni," Ejan ketawa dengan permintaan kakak iparnya.
"Hah! tulah kak Intan nak tunjuk terror sangat! Hero Ejan ni dah besarlah kak. Dah pandai nak lasak-lasak." Ejan meriba kembali Irfan Aizan. Anak kecil Ejan sekarang dah semakin bijak. Sudah mula mengecam abah dan ibunya.
Bila emaknya selesai bersolat Ejan menyerahkan anaknya pada emaknya pula untuk mengambil gilirannya menunaikan suruhan Allah yang satu itu. Usai solat Ejan kembali ke ruang tamu dan bersantai di depan tv bersama emaknya dan kakak iparnya bersama bayi masing-masing.
Riuh rendah dengan gelagat si kecil berdua dengan suara tangisan mereka. Kadang-kadang kedua si kecil beradu tenaga mengeluarkan suara merengek minta dibelai. Ternyata bila malam pun semakin larut dan mata si kecil pun semakin layu hanya tangisan yang mampu mereka persembahkan untuk si ibu.
EJAN membawa Irfan Aizan ke biliknya. Sampai ke bilik anaknya itu ditidurkan sementara Ejan sendiri merebahkan badannya di sisi anaknya itu lalu disusukan. Sambil memberi Irfan Aizan susu Ejan mengimbas kembali kehidupannya yang lalu. Ternyata bila semua musibah itu berlalu hidup ini amat indah dan membahagiakan.
Hidup disamping Irfan Iskandar yang romantik dan bersifat gentleman adalah anugerah yang terindah yang terlalu payah untuk diungkapkan. Kawan-kawan baiknya juga semuanya sudah berjaya.
Amri yang telah berjaya membuka restoran menjual burger bersama Nazri dan Shahril di Kuala Lumpur hasil pertolongan Haiqal. Burger saiz xxl yang mendapat sambutan ramai.
Afina juga yang kononnya sudah merancang keluarga namun terkantoi juga bila disahkan turut bunting pelamin dan kini sedang mengandung anak pertama. Ayah dan emak Ejan juga kini sedang menyiapkan diri berkursus untuk mengerjakan haji.
Abang Ijam masih ada setahun untuk menamatkan pelajarannya di USM. Segalanya nampak macam sempurna namun kita sebagai manusia tidak tahu apa perancangan seterusnya dari Allah untuk kita.
"Ejan Mas sayang!! Isteri abang dah tidur ke?" Ejan yang sedang melayan perasaan menoleh ke belakang, bila terasa ada sentuhan lembut di bahunya dan suara orang menyeru namanya. Romantik dan begitu mendamaikankan jiwa. Ejan ukirkan senyuman manis bila melihat wajah yang empunya suara.
"Ejan tidurkan baby dulu. Abang baru balik?" Ejan terus bangun dan duduk di birai katil. Irfan turut sama mencelah di sisi isterinya itu.
"Abang nak makan?" soalan pertama belum dijawab menyusul pula soalan kedua.
"Abang dah makan sayang, ada kenduri di masjid tadi," Irfan menjawab sambil memaut bahu Ejan. Wajah Ejan dipandang sayang. Ejan lentokkan kepalanya di bahu Irfan.
"Sayang sangat-sangat kat isteri abang ni!" dahi Ejan dikucup lembut. Tangan Ejan digapai dan dielus mesra. Rangkulannya pada Ejan dikejapkan.
"Bukan abang saja yang sayang Ejan tau!"
"Abang tahu Ejan pun sayang abang, cuma Ejan tu ja yang tak nak mengaku,"
"Ehh,.mana abang tahu?" Ejan pura-pura dungu.
"Ejan, sayang itu tak perlu diungkap, cukup dengan bahasa tubuh Ejan abang dah tahu Ejan sayangkan abang," Irfan tersenyum nakal.
"Hmm,.baguslah kalau abang dah tahu,tapi,.." Ejan tak habiskan ayatnya, rangkulan Irfan dileraikan dan Ejan terus bangun menuju almari solek di tepi katil. Laci almari dibuka dan Ejan mengeluarkan sebuah buku kecil dan dihulurkan pada Irfan.
"Bukalah ada sesuatu untuk abang di dalam tu,ikhlas dari lubuk hati Ejan yang paling dalam. Hanya untuk abang sorang ja," perlahan Irfan membuka buku tersebut. Walau dia begitu teruja untuk tahu apa yang ingin Ejan berikan tapi Irfan cuba berlagak tenang dengan mempamerkan wajah selambanya.
Helaian demi helaian dibuka dan tangan Irfan berhenti menyelak muka surat seterusnya kerana terpegun dengan sebuah puisi yang pendek tapi mendalam maksudnya. Irfan terus membaca puisi ringkas yang bertulisan tangan itu.
TANPAMU
Sayangku tanpamu siapalah aku,..
Terkulai layu dan membeku,..
Di amuk resah dan gelisah saban waktu,..
Tanpamu,..aku jadi jemu,..
Hidupku tiada serinya lagi,..
Terpaksa menghitung hari demi hari,..
Dalam ratapan kasih yg suci,..
Sayangku,..sesungguhnya aku begitu sayang padamu,..
Hingga aku tak sanggup kehilanganmu,..
Mendambakan kasihmu yg jitu,..
Biarlah hanya untukku dan anak2mu,..
I LOVE YOU FOREVER
Ikhlas dari dasar hatiku
Ejan Mas
khas buat suami tercinta Irfan Iskandar
Irfan tarik Ejan duduk semula di birai katil bersamanya. Dibawanya Ejan dalam pelukannya. Kalau nak diungkapkan rasa sayang itu rasanya memang takkan dapat diungkapkan. Hanya Allah saja yang tahu betapa dalamnya sayang Irfan terhadap Ejan. Moga Allah akan terus memelihara perasaan yang mereka miliki hari ini hingga ke Jannah.
TAMAT
sekadar untuk pengetahuan bersama
Mai Belajaq Loghat Kedah dan Perlis
Kighim:Kirim
Gheta:Kereta
Cegheta:Cerita
Awat:Kenapa
Dan-dan:Segera
Taksat:Tadi
Satgi:Nanti,
Sat: Sekejap
ghonot
[gho.not]
tundukkan badan ketika melalui dibawah sesuatu
Hang kena hati-hati sikit ghonot bawah pokok tu, banyak dahan gheput.
ghupin
[ghu.pin]
kulit kering dari luka
Ghupin hang hari tu dah lega dah noo..
kecek
[ke.chek]
pujuk
Nak duit ? Nu, pi kecek pak hang...
seluloi
[se.lu.loi]
kerap kali
Seluloi sangat dah, aku bagi pinjam duit kat Non tuu...
meghelop
[me.ghe.lop]
hampir malam
Hampa ni main sampai tak tau nak beghenti, dah meghelop dah nih.. pi balik kaihh..
ghona-ghoni
[gho.na]
warna-warni
Ambooii, cantiknya ghona-ghoni baju dia
ghayup
[gha.yup]
lesap sekelip mata/ terlalu laju
Ish, puak ni bawak mutu meghayup nak mampuih.. kot!
ghosek
[gho.sek]
selongkar
Apa hang ni, dok ghosek laci meja aku ni..
nyuloq
[nyu.loq]
jatuh tersembam/ dibelasah teruk
Haa, ,baru dia ada akai, kena taboh sampai menyuloq.. kahaq sangat!
kahaq-kasar
buloq
[bu.loq]
lapar sangat
Tak kebuloq aku nak makan masakan dia tu..
taboh
[ta.boh]
pukul/ belasah
Dengaq kata hang kena taboh dek Mat Rosni semalam?
ghelah
[ghe.lah]
terkoyak
Alamak! Ghelah baju aku kalau Mat Habib pakai!?
ghunaih
[ghu.naih]
cungkil/ kupil
Woi Jat! Hang dok ghunaih apa, tengok jaa dah laa..
geghek
[ge.ghek]
basikal
Setiap pagi Zainol kayuh geghek ke tempat gheja!
mod
[mot]
bawak pembonceng/ penumpang
Jat dok mod Nuri pi mana tuu...!? Sakan depa noo...
sakan
[sa.kan]
hebat/ tak sangka
Sakan jugak Jat ni.. dapat jugak dia si Nuri tu..!
sekeh/luku/cepuk-adik beradik kot sama saja maknanya
[se.keh]
luku secara sipi
Ish! Aku sekeh budak Sepol ni.. pat kali ajag tak gheti-gheti lagi.?!
seneghih
[se.ne.ghih]
selisih
Lah! Hang seneghih ngan aku kat K.L hari tu buat tak tau aja!
Meghenin - tegang/cekang- perut Chaq nampak meqhenin selepas dia makan nasik tambah yang dihidangkan kat rumah kenduri tadi
Cemuih - bosan- cik putih ngan vics dah cemuih nak dengaq pak chaq dok perayat(mencurah rasa) depa hari-hari
Menyeghok - sarapan pagi- pagi tadi misai ngan mat bed dok usha nasik lemak bekalan aku tu sebab depa tak menyeghok lagi
Menghenyeh - gatai menqhela- tak habih-habih chaq dok menghenyeh kat cik putih tu
Ndoi - buaian- isteri chaq selalu marah kat dia pasai dia penyegan nak hayun ndoi anak dia
cheme - pree- ada team yang mendapat mata cheme pada satu pertandingan kelmarin
seneghih - berlaga sipi-sipi – pintu gheta pakmid calaq sbb seneghih ngan lori aih
beghetoh - berlaga, tersentuh – habih kulit dia jd gatai sbb beghetoh ngan pokok keladi blakang ghumah..
pengkaq - jalan mengengkang sikit, "korie tu, tak padan ngan kaki pengkaq, ada hati nak main bola 7 sebelah"
mandom - lembab/slow, " awat yang mandom sangat ni... tak cukup tidoq kot semalam?"
pangkin - benda yang ada 4 kaki rendah sikit drp meja, selalunya diletakkan dibawah pokok sebagai tempat berehat atau megheloh"
cunggit - "misai, mai dok tengah sikit, satgi cunggit, hang tu dahlah badan macam gasi"
ayam piru - ayam belanda/turkey
pak/mak/anak menakan - pak/mak/anak saudara
ketoq - bekas isi bahan buangan yang selalunya diperbuat dari tin
Heliaq - sapu atau lap
ayat dia : lepas makan jangan dok heliaq kat baju.
Kelepiaq - elakkan diri dari buat kerja.
ayat dia : hang jangan dok kelepiaq kalau aku suruh pi kedai.
Melingkaq - maksud dia aku tak pasti tapi ayat dia lebih kurang macam ni : tuu dia tengok misai tidok melingkaq macam ulaq sawa.
Baloq liat - malas
ayat dia : heee tengok budak misai tu,dah la tidoq melingkaq,baloq liat lak tu.
Ceghin – tegak –selalu dikaitkan ngan bebulu.. bulu ghoma, rambut..
Kughuih Kiang - teramat kurus.
ayat dia : korie tu dah la kughuih kiang,rambut pulak ceghin macam bulu landak.
kawaq - pencuri
melewaq- merayau/melilau
teqhebe - lastik cth : kepala pengadil habih berdarah kerana diteghebe oleh penyokong kedah yang tak puas hati...
cemerkap - tak cermat
megheben - mengarut
zaman tok nadoq-zaman dulu-dulu
celuih - muat,padan
Hinggut - goyang "oleh kerana zickeys gayat kalau dok kat tempat tinggi.... maka dia pun hinggut pokok nyoq tersebut dengan harapan buah nyoq muda lughuh..."
meghenyut - (Korie tu tak padan ngan anak meghenyut dah, dok menghela lagi)
bincut - binjul "tu dia la... kan aku suruh tunduk, tak pasai-pasai kepala hang bincut dah teghantuk dengan alang tu"
pancat - pancit
klesen - mesin padi (first time aku dengaq bila wife aku sebut dulu, aku gelak sampai pecah peghut.... aku ingat laa... "klesen" ni orang Hutan Kampung saja yang sebut kot?... he he he jangan habaq kat bini aku, takut kena tidoq luaq)
segagan - sebaya
depa-mereka
beghemba - bersaing-saing... "Kalau kayuh geghek tu jangan dok beghemba, nanti gheta belah kot belakang" mak aku pesan kat aku sambil menghulurkan bekai nasik lauk teloq goreng mata khebau berkuah toyu sebelum aku kesekolah pada pagi kelmaghin....
met ngot - lembab selembab-lembabnya.... Awat la yang met ngot sangat ni..... depa dah tak sabaq dah nak ambik gambaq tuu....
Toyu - kicap
segan - malu
beghanda - serambi
mengoit - jangan dok mengoit.... satgi gambaq tak elok... kata ustad kat matbed...
kucai - kacau (orang dulu-dulu sebut kucai)
melugai - meloya
tambahan loghat perelih :
mengkait petei = jolok petai
surat abeik = surat khabar
hang nak mulih no = hang nak mampuih ka
akanduri akandara = kenduri kendara
atah = bapa saudara
puluit – pulut
kasuit – kasut
kelih - perasan
Loghat Kedah biasa :
raba = pemadam
tui motor = race motor
segan = malaih, tak mau (ini selalu mengkompiuskan orang KL)
gurmit = pengasah pensil, sharpenner
tepeqheluih - kaki mat bed tepeqheluih dalam lubang...
tegelinchaq - kaki bangku tegelinchaq kat bukit hijau...(bukan caarq no)
telepaih - i) tertinggal - atan telepaih bas nak balik aloq setaq...
pot - tin...
peqhak - peqhak buih laa hang niii... macam rusa masuk kampung
teqhandaih - terhantuk...
seqhoi - nasi yg whit3 masak seqhoi...
teghan - teran-push
seghoh = kuruih + gelap
kelam = gelap
tirih = bocoq
plantaq = tempat duduk kat belakang gerek
seghondoi = sondol/terpa
ayat:- hang jgn dok senghondoi tak tahwan hala.. satgi kot ada temingat ka.. ulaq ka…
tak dan-tak sempat
dan-dan=segera
lau ayam = reban ayam
cekendon = lembut lutut
ketayap = kepiah
ban = batas tepi sungai
aih ketoi = ais batu
ghelai = hancur
LORAT PENANG
punggah = macam musnah la kot / lingkop
chempegha = terhegeh hegeh
juah = belagak
merak buih = suka menunjuk
jogha = macam belagak gak la
sighu = penin
loghat - sibuk, penyibuk
cth: awat yang hang dok loghat sangat nih! buat la gheja hang sendiri..
punggai - baling,membaling
tongkoi – tongkol kayu
ayat:mat bed kena punggai dengan tongkoi kayu..padan muka dia.
keleboq - lumpur
ayat:ghebau pak chaq jatuh dalam keleboq kat bendang pagi tadi...
bendang-sawah padi
meghela - gatai,suka dok kacau orang
ayat:awat yang hang dok meghela sangat ni?
lengai - mat ngot,lembab
ayat:atoi ni lengai la.suruh buat gheja apa pun tak buleh...
belengaih - melekat bergetah-berpeluh
ayat:Ish..badan aku rasa belengaih la..nak kena pi mandi plak ni.
pengkaq - kaki kenkang
ayat:kaki mat din pengkaq sebab mak dia tak bedong masa kecik-kecik dulu.
bedengkoi -
ayat:urat perut pak leh "bedengkoi" sebab dia mengeliat.
heghot petot – susunan atau urutan tak sama / lintang pukang / senget
ayat: Mat Dengkoi maghah kat anak penakan dia sbb susun bata heghot petot
anak penakan-anak saudara
ghelin-menjeling
ayat:awek tu gheja dok ghelin kat aku je...minat kot?
Nghenyek – keadaan yg remuk / hancur
Nangoi – budak² mentah.
Koi-semakin
Sihir adalah kesepakatan atau perjanjian antara tukang sihir dengan syaitan dengan syarat si tukang sihir harus melakukan perbuatan2 haram dan syirik sebagai imbalan dari bantuan dan kepatuhan syaitan kepadanya.
Dalil wujudnya sihir
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
وَاتَّبَعُواْ مَا تَتْلُواْ الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَـكِنَّ الشَّيْاطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولاَ إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلاَ تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلاَّ بِإِذْنِ اللّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلاَ يَنفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُواْ لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْاْ بِهِ أَنفُسَهُمْ لَوْ كَانُواْ يَعْلَمُونَ
Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: “Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir”. Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui. Al-Baqaroh : 102.
Jin dan Syaitan
Kadang2 masalah juga bila orang cerdik terlebih cerdik, mereka beranggapan syaitan dan jin adalah perkara tahyul@kurafat. Mungkin sebab itu mereka menganggap syaitan, jin dan iblis itu adalah suatu imiginasi dari halusinasi disebabkan oleh keletihan dan stress. Hairan juga orang seperti ini mengucapkan dua kalimah syahadah, mendirikan solat, berpuasa, berzakat dan mengerjakan haji, tetapi memegang iktikad mazhab moden barat seperti ini? Terlalu banyak dalil mengenai kewujudan syaitan, jin dan iblis dalam Al-Quran dan Hadis. Antaranya.
Firman Allah SWT:
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِّنَ الْإِنسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِّنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا
Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan. Al-Jin:6.
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ وَمَن يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَا مِنكُم مِّنْ أَحَدٍ أَبَدًا وَلَكِنَّ اللَّهَ يُزَكِّي مَن يَشَاء وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah- langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidaklah karena kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, niscaya tidak seorangpun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. An-Nur:21.
Kesimpulan terhadap mazhab moden barat mengenai sihir, jin, syaitan dan iblis yang mengatakan ia adalah satu halusinasi, sebenarnya pengikut mazhab moden barat ini yang sedang berhalusinasi dengan egoistik dan tidak berpijak di dunia yang nyata.
Jadi mana pula datangnya terminologi hantu? Kerpercayaan karut orang Melayu? Seorang ustaz@lebai kat TV mengatakan bahawa hantu tak wujud kerana dalam Al-Quran dan hadis hanya menyebut tentang jin, syaitan dan iblis. Jadi hantu tak wujudlah? Kalau guna alasan seperti ini, nama aku, nama ustaz@lebai itu juga tak disebutkan dalam Al-Quran dan hadis, jadi adakah aku dan usataz@lebai juga tak wujud?
Sebenarnya “hantu” adalah satu terminologi, permainan bahasa yang merujuk kepada bangsa jin dan syaitan yang tinggal bersama dalam masyarakat manusia di negara kita. Dalam masyarakat melayu jin nakal@syaitan yang suka mengganggu manusia dinamakan sebagai “hantu”, dan dikelaskan mengikut rupa jelmaannya (toyol, bajang, langsuir, puaka dsb). Di negara barat mereka namakan sebagai “ghost”, dan dikelaskan seperti drakula, daemon, zombie dll. Bagaimana pula dengan “hantu bola”, ia bukan merujuk kepada jin sebalik orang yang terlalu taksub dengan bola sampai bola lah segala-galanya baginya, hidup dan matinya untuk bola. Jangan marah, . Oleh itu, masalah istilah “hantu” bukan perkara pokok untuk dibincangkan.
Saka juga merujuk kepada jin atau syaitan yang kononnya mengikat perjanjian seseorang manusia atau lebih tepat jika dikatakan orang itu yang sebenarnya membuat perjanjian dengan jin atau syaitan dengan menjadikan seluruh keturunannya korban kesesatannya. Misalnya seorang moyang telah mengikat perjanjian dengan jin atau syaitan untuk sesuatu tujuan, jin dan syaitan ini akan diturunkan ke anak, cucu serta keturunannya setelah ia mati. Contoh: saka dalam persilatan adalah satu rekrut pewarisan saka secara besar2an. Contoh lain, syaitan yang disakakan dalam masyarakat melayu antaranya hantu raya, bajang, toyol, pontianak dan sebagainya. Ada juga saka yang tidak aggresif, tidak memaksa anak-cucu serta keturunan itu menerimanya. Ia mungkin tinggal bersama mana2 keluarga yang lebih disenanginya atau sekadar memerhati dari jauh.
Apa yang ingin kita bincangkan di sini adalah masalah sihir dan juga gangguan jin dan syaitan, termasuk syaitan manusia. Jika mengikut teori atau falsafah moden barat itu, maka kepada mereka yang menderita akibat gangguan sihir serta jin yang dilakukan oleh tukang2 sihir, mereka akan kebuntuan dan terpaksa menanggung derita hingga ke akhir hayat.
Pesakit atau mangsa mungkin berputus harap kepada Allah SWT atau mungkin juga akan melemahkan akidah atau seterusnya dalam kes yang lebih teruk, ia akan merosakkan akidah pesakit atau mangsa. Seolah-olah syaitan si tukang sihir itu berkuasa dan bebas melakukan apa sahaja kejahatan atas muka bumi ini, atau dalam kata lain syaitan si tukang sihir ini amat berkuasa dan kejahatannya amat digeruni atas muka bumi. Mungkin sebab inilah yang menyebabkan ada sesetengah golongan dalam masyarakat yang takutkan hantu lebih daripada takutkan Allah SWT. ATAU mungkin juga berlaku, mangsa mendapatkan bantuan tukang sihir lain @ mempelajari dan melakukan sihir sendiri untuk serangan balas atau balas dendam. Dalam istilah “sihir lawan sihir”, kedua-duanya murtad dan rosak akidah dan syaitanlah yang menang.
Hukuman ke atas tukang sihir
Menurut pendapat Imam Malik, si pelaku sihir harus dibunuh dan jika ia bukan beragama Islam atau ahli kitab, yang membunuh dengan sihirnya itu juga hukuman bunuh.