My Channel in Youtube

My Channel in Youtube
Jom Langgan!

Selasa, 3 September 2019

Nur Jannatul Firdausi Bab 34


              KEPUTUSAN peperiksaan sudah keluar dan aku berjaya naik ke tingkatan empat. Tapi..sebaik aku balik dengan keputusan yang aku perolehi, jiwaku remuk redam mendengar kata-kata kak Rosnani.

             ‘’Hang berhenti sekolah noh Cik Janna..kami takdak duit dah. Abang Dan hang pi ke laut pun merosot, duit nak bayar yuran pun takdak..’’ lidah aku terus kelu, hati aku sakit dan air mata aku tak perlu keizinan aku untuk meluncur dengan lajunya.

                Aku menangis sungguh-sungguh, rasa gembira kerana lulus dalam peperiksaan SRP lenyap begitu saja. Aku mogok lapar lagi dan merajuk berhari-hari. Setiap hari aku termenung dan buat hal sendiri. Kalau sebelum ini aku pendiam tapi kali ini sifat pendiam aku semakin teruk. Aku alami kemurungan dan rasa kecewa yang teramat.

              Namun, bila tahun baru bertandang dan sekolah dibuka semula mereka terpaksa beralah denganku. Aku menyambung persekolahan lagi tapi tiada baju sekolah baru, tiada kasut baru dan tiada beg baru. Semuanya guna yang lama dan baju sekolah aku ehsan jiran sebelah rumah kerana kak chaq Gee sudah tidak bersekolah lagi selepas gagal peperiksaan SPM. Kak cik Aini juga sudah tidak bersekolah lagi dan mereka kini sudah bekerja kilang di Sungai Petani berulang alik menaiki van.

              Faiz pula semakin aktif dengan aktivitinya bermain sungai mencari ketam, melagakan ayam dan mencari ikan laga. Hanya aku dan Jamaliah yang masih bersekolah. Jamaliah di tingkatan lima dan kami lebih rapat sejak akhir-akhir ini. Kadang-kadang kami pulang sekolah bersama kerana Ameera sudah tidak bersekolah lagi walaupun dia juga lulus peperiksaan SRP. Ameera memilih untuk berhenti sekolah dan bekerja kilang saja. Yusni pula pergi ke sekolah menaiki motosikal hingga ke sekolah. Almaklumlah, antara kami Yusni yang paling berada.

              ‘’Hang balik satgi, hang tunggu aku naa..kita balik sekali.’’ Jamaliah berkata dan berlalu pergi. Hari ini semua pelajar datang ke sekolah untuk mencuci kelas masing-masing. Aku berada dalam tingkatan 4 Nilam sekarang dan ramai kawan baru dalam kelas baru ini. Kawan dari kelas lama pun ada juga tapi tak berapa rapat dengan aku sebelum ini.

                Ketika nama kami dipanggil seorang demi seorang ketika hari pertama, untuk diberitahu tentang kelas kami Fazilah datang dan memegang lenganku. Dulu Fazilah sekelas dengan Ameera, dia kenal dengan aku melalui Ameera kerana aku selalu juga lepak dengan kelas mereka sebelum ini.

               ‘’Kita dok sekali naa?’’ Fazilah bertanya sambil memandang wajahku. Aku mengangguk saja kerana aku juga sudah serasi dengannya.

                Aku mula rapat dengan Fazilah, di mana ada aku, di situ ada dia. Semua masalah aku cerita pada dia hingga masalah aku tak dapat naik ke tingkatan empat pun aku cerita padanya. Aku menangis di depan dia sambil bercerita. Dia mungkin penganti Rozaimah kini. Dengan orang lain aku tak berani rapat sangat. Dengan Yusni pun aku tak berani nak bercerita hal peribadi. Berbeza dengan Fazilah, aku lebih terbuka dengannya.

                 ‘’Hang cuci tingkap belah nu..aku cuci belah ni..’’ Fazilah memberi cadangan. Yang datang mencuci kelas hari ini ramai juga, tapi yang betul-betul buat kerja hanya beberapa orang saja. Kami datang membawa kain tuala sendiri untuk mencuci cermin tingkap nako yang berdebu. Pelajar lelaki menolong membuang sawang dan menyusun meja. Ada yang ambil bahagian menyapu sampah dan membuang sampah.

                ‘’Hang pi cuci tang belakang..aku cuci tang ni..’’ aku diberi arahan lagi, kali ini Humaira pula yang memberi arahan. Aku ikutkan saja arahan mereka tanpa membantah sedikit pun.

                    ‘’Tang ni kotor, mai cuci tang ni..’’ Nazim pula berkata dan menunjukkan tingkap yang berada di bahagian tengah, aku menjeling geram, apa taknya dia juga sedang memegang tuala di tangan dan ketika dia berkata matanya sedang memandang ke arahku.

                      ‘’Hang cuci la tang tu, buat la sorang sikit..cepat habih cepat boleh balik.’’ Aku berkata tegas, malas sudah untuk ikut arahan, kalau mereka boleh  mengarah, ingat aku tak boleh mengarah?

                    Kami terus melakukan tugas masing-masing dan bila kelas sudah bersih kami pun bersurai untuk pulang. Aku menuju ke kelas Jamaliah untuk menunggunya seperti yang dijanjikan. Aku hanya menunggu di tepi koridor menuju ke kelasnya sambil memandang ke arah kelasnya tanpa putus, sambil tu sempat juga aku melayan perasaan dan berangan. Banyak yang aku fikirkan dan sebetulnya aku ni memang suka sangat berangan sejak kecil. Aku tak pernah dapat apa yang aku nak, jadi hanya dengan angan-angan saja yang mampu membuatkan bibir aku tersenyum.

                  ‘’Adik hang ka Maliah? Nak berkenalan, boleh?’’ aku terkejut mendengar suara seorang pelajar lelaki. Angan-angan aku terus terbang entah ke mana. Mata aku menatap sosok tubuh seorang lelaki dengan wajah yang sangat kacak. Kulitnya putih dan lebih cerah berbanding aku. Dia ada kumis dan senyumannya sangat mengoda. Jamaliah ketawa tanpa menjawab soalan pelajar itu. Aku ni seteru Jamaliah, boleh pula dia kata adik, memang takkan jawab la Jamaliah tu.

               ‘’Tak kena langsung, anak tauke dengan anak tauge..’’ Jamaliah berkata perlahan setelah dia berada di sebelahku, dan aku pasti sangat kata-kata itu ditujukan untuk aku. Tahu sangat aku pelajar itu anak orang kaya, sedangkan aku hanya menumpang saja di Daerah Yan ini.

                 ‘’Hang nak ka berkenalan dengan Rosyam tu?’’ Jamaliah bertanya dalam nada mengejek. Aku diam saja, kerana aku rasa, aku pun tak layak untuk dia, lagi pun aku cam pelajar tu, tahun lepas aku pernah tengok dia bertumbuk dengan pelajar lain kerana berebutkan seorang pelajar.

                 ‘’Bagi free pun aku tak mau.’’ Aku menjawab selamba tanpa rasa bersalah.

                   ‘’Aku rasa dia pun tak mau kat hang..’’ Jamaliah sengaja membakar hati aku. Macam biasalah, dia dengan aku memang macam kucing dengan anjing, hanya sesekali saja kami macam belangkas cuma taklah rapat sangat.

                 Selepas itu kami terus berbual kosong hingga teksi sampai. Di dalam teksi Jamaliah menunjukkan padaku rumah teman lelakinya. Wow..besar dan mewah dan rumah itu di tepi jalan di sebuah Taman Perumahan. Tak hairanlah kalau Jamaliah ada teman lelaki dan aku pasti Jamaliah ramai peminat. Kulitnya cerah dan tinggi lampai. Wajah dan telinganya akan berubah merah bila dia malu atau marah. Cuma, dia seorang yang panas baran dan garang. Rakan-rakan sekelasnya memberinya gelaran singa betina.

           

Nur Jannatul Firdausi Bab 33


             
             HARI yang dinantikan tiba juga, perit jerih belajar akan terbukti hari ini. Siapa yang bersedia pasti mudah untuk menjawab soalan. Aku macam biasa dalam pelajaran, tak pulun sangat, tak leka sangat..belajar setakat yang termampu saja. Bila Faiz gagal dalam SRP dan sudah tidak bersekolah lagi, aku juga tidak mahu terlalu berharap. Segalanya mungkin terjadi, andai aku lulus mampukah mereka menanggung persekolahanku lagi?

               Setiap hari ada saja rungutan tentang duit yang aku dengar. Sepanjang bersekolah aku tak pernah dapat apa yang aku nak. Berbaju kusam dan lusuh ke sekolah. Beg sekolah hanya beg kain yang berharga rm5.00, kasut sekolah berjahit selalu. Alat tulis pun hanya ada apa yang diperlukan saja. Minta itu tak dapat, minta ini tak dapat. Basikal pun tak pernah ada, cuma sesekali aku akan mencuri basikal Faiz dan  membawanya hingga ke pekan Sungai Yan. Aku pun sudah letih berjalan kaki pergi dan pulang setiap hari. Sampai bila aku harus menahan  sabar berdepan dengan semua rintangan ini?   

                 ‘’Kalau dah herot tu herot jugak..’’ seseorang bersuara bila aku cuba membetulkan tudungku yang selalunya memang senget. Aku memang tak pernah ambil peduli dengan penampilanku. Seterika pun pinjam daripada jiran sebelah rumah. Bedak hanya pakai bedak nyonya atau bedak air. Kak Rosnani pula rajin buat bedak sejuk. Memang tak mampu nak beli bedak mahal. Pakai saja apa yang ada.

                 Sejak akhir-akhir ini ramai pula yang suka menyindir aku dan menyoal soalan pelik-pelik. Aku tak tahu sejak bila gosip mula tersebar. Aku selalu menjadi perhatian dan dikutuk, bukan saja di belakang..berdepan pun selalu sangat namun aku ni jenis malas nak bergaduh. Apa yang aku dengar langsung aku tak simpan dalam hati, semuanya aku buat tak peduli. Mereka punyalah prihatin sampaikan tudung aku yang senget pun dikutuknya. Apa yang sakit hati sangat? Apa salahku?

                  ‘’Petang ni Agamakan..hang balik dak Janna?’’ Aida menyoal setelah kami beriring keluar dari tandas.

                 ‘’Dak kot. Hang balik ka?’’ aku tanya Aida kembali, rumahnya di Kampung Pauh dan Aida datang menaiki basikal.

                  ‘’Hang tunggu tang mana?’’

                   ‘’Tang mana yang sempat, aku nak habaq pun tak tau.’’ Aku berkata jujur sebab aku memang tiada jawapannya. Kalau kami datang awal untuk latihan sukan, kami akan melepak di rumah kak Jun di belakang sekolah. Tapi hari ini aku terpaksa menunggu untuk menjawab kertas soalan Agama Islam, mungkin aku boleh ulangkaji di mana-mana tempat rehat di kawasan sekolah.

                 ‘’Hang balik dak Imah?’’ aku tanya Rozaimah pula. Sabrina tak perlu ditanya, rumah dia paling dekat, di Kampung Permatang Keramat, kampung belakang sekolah saja.

                ‘’Balik la..’’ Rozaimah menjawab laju. Untungnya mereka sebab rumah mereka dekat. Rumah Rozaimah depan jalan saja di Kampung Sungai Udang, keluar saja dari rumah sudah boleh tunggu teksi atau pun bas.

                ‘’Nampaknya aku kena cari kawan la satgi..’’ aku berkata dalam nada lemah, yang terbayang dalam fikiranku hanya Yusni dan Ameera, mereka mungkin tak balik tapi mereka di kelas lain, mungkin akan bersama kawan sekelas mereka. Aku ibarat ‘sebatang kara’ saja, kebanyakan kawan-kawan yang rapat denganku akan pulang dan datang semula sebelum peperiksaan bermula.

                SEPERTI yang aku bayangkan aku terpaksa bersendirian menunggu di tempat rehat khas di hujung bangunan perpustakaan kerana tiada kawan, sambil menunggu aku berniat untuk mengulangkaji. Biarlah tiada kawan, asalkan aku tak ganggu orang lain. Ameera dan Yusni juga tidak pulang tapi mereka berkumpul bersama rakan-rakan sekelas mereka, takkan aku nak pergi pada mereka pula? Jakun aku jadinya nanti.

              ‘’Jan..hang tak pi makan ka? Jom pi makan di kedai luar.’’ Aku baru nak buka buku terdengar suara bertanya. Aku mendongak, Yusni sudah tersenyum padaku. Aku mengangguk dan memasukkan buku ke dalam beg semula.

             ‘’Jomlah..ingatkan takdak kawan, aku malas nak pi makan.’’ Aku bangun dan mengalas beg, sambil berjalan keluar dari kawasan sekolah kami berbual hinggalah sampai di kedai makan di Pekan Yan Besar. Aku memilih untuk makan mee kuah kerana aku tidak berselera untuk makan nasi.

                 Selesai makan kami kembali semula ke tempat rehat tadi dan aku dengan Yusni mengulangkaji bersama. Di seberang sana meja ada geng tiga sekawan yang sedang rancak berbual. Aku dan Yusni membuat kerja masing-masing dan hanya berbual sesekali saja.

               ‘’Janna..tak jeles ka tu?’’ tak semena-mena aku disoal Yusni. Aku panggung kepala dan memerhatikan wajahnya. Dia memuncungkan bibir ke sebelah sana, pada tiga orang sekawan yang rancak berbual tadi, di depan mereka Mikail sedang duduk dan berbual dengan mereka. Fahamlah aku maksud Yusni sebentar tadi.

                ‘’Tak dak maknanya nak jeles, bukannya laki aku pun, lainlah kalau dah jadi laki aku.’’ Aku berkata selamba dan sedang menyoal diri sendiri sambil memandang ke hadapan. Cemburukah aku? Tidak! Tak ada sedikit pun perasaan cemburu, dan aku sangat pasti dengan kata hatiku sendiri.

                ‘’Kot la..’’ dia berkata dalam nada mengejek sambil tersengeh.

                 ‘’Ada orang kata Mikail tu couple dengan Amisya..ada yang kata dia couple dengan Natrah.’’ Selamba Yusni bercerita walaupun aku tidak menyoal. Dan di depan sana memang salah seorangnya adalah Amisya dan kawan-kawannya. Aku diam tanpa kata, bukan bermakna aku sedih atau sebaliknya. Aku sedang berfikir tentang apa yang Yusni katakan sebentar tadi. Siapa aku dengan Mikail? Kami bukannya sedang bercinta dan kami bukannya couple pun. Kami bukan pasangan kekasih atau apa saja yang sewaktu dengannya. Aku sekadar minat dalam diam dan suara hatiku hanya Rozaimah saja yang tahu. Aku tak tahu daripada mana gosip muncul hingga Yusni berkata begitu padaku. Hingga ada yang sakit hati denganku. Kenapa? Aku tak tahu!

                ‘’Biaq pi kat dia la nak couple dengan sapa pun. Bukannya ada kena mengena dengan aku pun.’’ Aku menjawab dengan tenang. Fokus untuk mengulangkaji hilang begitu saja bila topik yang satu ini kami bualkan.

               ‘’Hang tak rasa apa ka tengok depa sembang?’’ Yusni menyoal lagi, aku pandang ke hadapan lagi dan kepala aku mengeleng pantas. Apa yang harus aku katakan? Aku langsung tak rasa apa-apa, yang ada hanya debaran untuk menjawab soalan Agama Islam sekejap lagi. Itu saja.

              ‘’Bukan hang couple dengan dia ka?’’

                ‘’Gila hang! Dating pun tak penah. Hang dengar habaq angin daripada mana?’’ laju aku membalas sebaik saja Yusni habis berkata-kata. Dupp..rasa macam nak luruh jantung aku. Cepat-cepat aku nafikan.

                 ‘’Ramai yang kata..’’

                  ‘’Sapa?’’

                     ‘’Ada la..’’ Yusni bermain teka-teki. Aku mengerti maksudnya kerana tahun lepas pun ada beberapa orang rakan sekelas yang menyindir aku berdepan. Aku sengaja pekakkan telinga kerana hakikatnya aku dan Mikail memang tak pernah bertegur sapa. Aku tak berani untuk memulakan sebuah hubungan. Aku pernah tulis dalam buku biodata Yusni tahun lepas ‘Kejarlah cita-cita sebelum mengejar cinta’. Ayat yang paling popular dalam zaman persekolahan ini.

              ‘’Ikut suka hampalah..’’aku berkata malas kerana hatiku sudah mula terasa pedihnya. Minda mula memujuk diri, sedarlah wahai diri, engkau tiada rupa, engkau tiada harta, jauh lagi penampilan..semuanya hancur lebur, tak ada apa yang perlu dibangga, banyak kurang daripada lebihnya.

               AKHIRNYA peperiksaan berakhir juga. Hujung tahun cikgu sudah jarang masuk ke dalam kelas, masing-masing buat hal sendiri. Setiap kelas bagaikan pesta, bisingnya hanya kami yang tahu. Macam-macam gelagat yang boleh dilihat. Aku macam biasa mencari tempat duduk di belakang sekali di tepi dinding dan mula fokus membaca novel.  Biarkan orang lain buat hal mereka dan aku dengan hal aku.

              ‘’Hang pulun Janna, bukan nak periksa dah pun.’’ Nazim datang dan menganggu tumpuanku yang sedang membaca sambil berangan membayangkan setiap adegan.

             ‘’Bukannya nak masuk exam.’’ Aku menjawab malas dan kembali membaca.

               ‘’Syok sangat ka?’’ aku panggung kepala sejenak dan kembali membuka helaian muka surat. Aku kembali fokus dan malas melayan Nazim di depan mata. Nazim pun terus bangun dan berlalu. Lega..kerana tiada lagi ulat pengacau ‘daun’.

              ‘’Ada orang histeria..’’ tak tau siapa yang berkata, dia masuk ke dalam kelas dan bercerita dengan suara yang teruja. Aku menghentikan bacaan dan memandang ke hadapan.

              ‘’Sapa wei?’’ Surihani bertanya.

               ‘’Tak tau nama pa..depa kata budak tu memang selalu histeria..ayah dia mai ambik dah, cikgu takut berjangkit.’’

              Aku memasang telinga mendengar perbualan mereka dan cuba membayangkan situasi itu. Memang tak sanggup rasanya berada dalam keadaan itu. Menjadi seorang mangsa yang dirasuk dan lupa diri, pasti rasa malu setelah sedar.

               



Nur Jannatul Firdausi Bab 32


                KRIIIIINGGGGGGGG..loceng berbunyi nyaring. Hari ini hari Ahad dan perhimpunan akan diadakan di padang depan pejabat sekolah. Aku dan Rozaimah yang sedang berbual menghentikan perbualan dan bangun keluar dari kelas. Kami menuju ke tangga untuk turun, namun nasib aku tak baik hari ini.

               Sampai saja di tangga, mata aku bertembung dengan wajahnya yang sedang menuruni tangga dari tingkat atas. Dia berada di kelas atas tingkat tiga manakala kelas aku di tingkat dua. Aku tak dapat melarikan diri dan terperangkap dalam debaran yang sangat hebat. Aku dan Rozaimah menuruni tangga dan dia dan kawan-kawannya mengikut kami dari belakang.

              Kebetulan, mata aku mula rabun sejak darjah enam lagi tapi abang Mat Dan tak ada duit untuk membuat cermin mata untuk aku. Gelaran yang kawan-kawan sekampung aku beri adalah Mek Rabun sebab penglihatan aku tak berapa elok terutama dalam gelap.

            Waktu pagi yang masih awal dan keadaan tangga bangunan ini yang juga agak gelap membuatkan aku melangkah dua anak tangga tanpa sengaja. Akibatnya..aku nyaris tersungkur di depan dia dan kawan-kawannya. Suasana menjadi riuh dengan suara-suara sumbang mengata aku dan gelak ketawa kelucuan mereka.

           Aku hilang pertimbangan dan terus berlari-lari anak. Rozaimah yang juga turut ketawa dengan kejadian yang berlaku di depan matanya mengikut aku dari belakang. Aku tak peduli lagi dengan semua mata yang memandang, kalau boleh aku nak terus berlari dan ghaib dari dunia ini. Malu! Tersangat malu hingga aku tak mampu untuk mengawal keadaan lagi.

                ‘’Awat ni..la awat, pasai pa Jan?’’ bila aku berlari ada pula yang menegur namun aku tak sempat untuk menjawab dan terus berlari hinggalah aku sampai di padang perhimpunan.


               ‘’Hahahaha..’’ bila Rozaimah sampai dia ketawakan aku tanpa henti. Aku rasa macam nak bersembunyi saja sehari ni, biar tak ada siapa yang dapat mencari aku terutama semua pelajar yang menyaksikan kejadian pagi ni.

              ‘’Best dak? Dapat dak koqa?’’ dalam ketawa Rozaimah menyoal.

               ‘’Banyak hang punya koqa, aku rasa macam nak menyorok ja ni..’’ aku menjawab sambil turut ketawa bersama Rozaimah.

                 ‘’Awat Jan, hang lari pasai pa?’’ Shimah bertanya dan memandang aku dan Rozaimah silih berganti. Aku jungkit kening pada Rozaimah dan kami ketawa lagi. Dalam rasa malu, aku pasti kejadian ini akan membuatkan aku mengingatinya sepanjang hidup.

                ‘’Janna tangkap koqa tak dapat, menyuluq koqa tu laqi..hahahaha..’’ Rozaimah kenakan aku lagi, tapi aku tak marah dia sebaliknya aku turut ketawa bersamanya.

             ‘’Yang laqi tu koqa ka ulaq, sampai menyuluq?’’ aku bertanya Rozaimah kembali, soalan Shimah aku abaikan, cukuplah dengan mata-mata yang telah menjadi saksi tadi, jangan ditambah lagi saksi lisan pula, niaya aku diketawakan mereka. Boleh pecah perut semua orang nanti.

             ‘’Hampa ni, aku tanya betoi-betoi hampa main-main..’’ Shimah bersuara rajuk, aku dan Rozaimah terus ketawa hinggalah cikgu Mat Zain berdiri di atas pentas untuk membuat ucapan pagi.

                SELEPAS kejadian tu aku selalu mengelak daripada bertembung dengan dia dan kawan-kawannya. Kalau bertembung pun, aku buat-buat tak nampak dan berpaling ke arah lain. Lama juga aku tidak berani untuk bertentang mata dengannya lagi.


              Tahun ini sekolah kami mengadakan sukan Merentas Desa dan aku turut serta mengambil bahagian. Waktu petang kami akan datang untuk membuat latihan. Memandangkan rumah aku jauh, aku tak terus pulang.

               Laluan kami untuk merentas desa adalah melalui jalan Batu Hampar masuk ke Kampung Raga dan keluar ikut Jalan Ruat dan pintu belakang sekolah. Aku ni kalau bab sukan memang lembab sikit, tak pernah aktif pun. Aku kekurangan stamina walaupun ketika membuat latihan. Bila berlatih lumba lari, aku dapat tempat terakhir dan menjadi peserta pertama yang disingkirkan. Kalau lompat jauh, hanya mampu melompat di depan garisan. Bila buat latihan melontar peluru, nak angkat pun tak larat. Lompat tinggi? Tak pernah pun aku ambil bahagian walaupun hanya sekadar latihan. Awal-awal lagi aku tarik diri.

                 Bila acara merentas desa diadakan, aku terpaksa juga mengambil bahagian dan membuat latihan hinggalah hari sukan tiba dan aku salah seorang pesertanya. Aku tak bersungguh pun, sekadar ambil bahagian saja. Aku dan kawan-kawan hanya berjalan macam kami sedang meronda kampung. Sambil berjalan kami berbual, sesekali kami akan berlari-lari anak terutama bila hampir sampai ke garisan penamat.

               ‘’Mohd Mikail Bin Mat Deris!’’ nama seorang pelajar yang mendapat pingat dipanggil untuk naik ke atas pentas. Aku menjadi penonton di bawah pentas bersama kawan-kawan sekelasku. Dia yang bernama Mohd Mikail naik ke atas pentas dan menerima pingat yang dimenanginya.

                  Oh..Mikail rupanya..aku berkata di dalam hati. Hari ini kerana namanya dipanggil naik di atas pentas barulah aku tahu namanya dan hari ini juga aku tahu dia aktif di dalam sukan dan menjadi salah seorang ahli pasukan bola tampar sekolah kami.

                  ‘’Janna..abang Mikail hang dapat hadiah banyak tu..’’ Rozaimah berbisik ke telingaku. Aku berpaling dan membeliakkan mata.

                  ‘’Gila hang..bila masa dia jadi abang aku?’’ aku turut berbisik ke telinga Rozaimah sambil menjeling geram. Terasa berbahang wajah aku dengan kenyataannya. Rasa macam nak balas dendam saja. Macamlah aku tak tahu, dia pun ada juga mamat yang syok dengannya.

                   ‘’Abang sayang..’’ dia berkata lagi dan terus ketawa. Aku bengang sangat tapi nak marah aku tak kuasa. Salah aku juga kerana bocorkan rahsia hatiku ini.

                   ‘’Hang jangan caqi pasai Imah, aku pangge abang Mat hang mai tang ni satgi kot.’’ Aku memberi Rozaimah amaran, ketawanya terus terhenti. Aku tersenyum menang.

                 ‘’Pangge la kalau hang berani.’’ Rozaimah mencabar aku. Aku tersenyum dan menjungkit kening. Mata aku sudah meliar memerhatikan sekeliling kami.

                 ‘’Tuu..abang Mat hang dengan Din..aku pangge naa?’’ aku sengaja mengertak Rozaimah. Wajah dia berubah dan aku perasan Muhammad Suharto juga ketika ini sedang memandang ke arah kami. Giliran Rozaimah pula bersembunyi di belakang aku.

                   ‘’Awat? Ada rasa takut?’’ aku bertanya dan ketawa.

                    ‘’Janganlah wei..aku serenda..’’

                    ‘’Tau pun takut, kata kat aku tak ingat dosa..hahaha..’’ aku ketawa lagi.

                      SRP semakin menghampiri dan aku mendapat kelas tambahan percuma untuk semua mata pelajaran yang diadakan di dalam dewan sekolah. Setiap petang selepas habis waktu belajar aku terpaksa pula untuk mendaftarkan diri masuk ke kelas tambahan percuma ini. Aku mendapat kelas tambahan percuma kerana abang Mat Dan yang menjadi waris/penjaga aku bekerja sebagai nelayan.

                Mohd Mikail hanya mendapat kelas tambahan matematik saja dan setiap kali kelas tambahan matematik diadakan dia juga turut berada di dalam dewan yang sama. Aku malas untuk memikirkan tentang perasaan aku lagi ketika ini. Peperiksaan SRP ini juga penentu masa depanku, andai aku gagal, tahun depan pasti aku tak dapat melanjutkan pelajaran lagi. Abang Mat Dan dan kak Rosnani hanya menunggu masa saja supaya aku menamatkan zaman persekolahanku. Banyak duit yang diperlukan selagi aku masih bersekolah.

                  Faiz bukan macam aku. Dia suka ponteng sekolah. Minatnya hanya bermain sungai dan memancing ketam batu di sungai berdekatan, mencari ikan laga dan melagakan ayam. Kalau aku pemalas dan selalu didenda kerana tidak membuat kerja sekolah tapi Faiz lebih teruk daripada aku. Faiz bukan saja malas pergi ke sekolah, dia juga malas untuk belajar dan selalu gagal dalam peperiksaan.

                    Petang ini kelas tambahan matematik ramai sangat yang hadir. Guru yang mengajar adalah cikgu K.S Tan guru kelas kami. Cikgu ni ajaran dia payah nak faham dan formulanya pun tak macam cikgu Abd Rahman. Cikgu K.S Tan juga bercakap agak pelat dan tak fasih berbahasa melayu.

              Kami semua diminta tampil ke hadapan dan menulis jawapan di papan hitam. Aku bukannya pandai sangat dalam matematik ni terutama dalam suasana bercampur antara kelas ini. Ramai yang aku tak kenal dan Mikail dan kawan-kawannya juga turut ada di dalam dewan yang sama. Walaupun aku tidak peduli dengan kehadirannya, getaran dalam dada tu tetap ada.

             Bila tiba giliran aku untuk keluar ke hadapan dewan, perasaan aku tu usah ditanya, mengelabahnya usah dicakap tapi sebelum aku bangun sempat orang di hadapan aku memberi aku jawapannya. Aku mencuba nasib dan keluar ke depan untuk menulis jawapan di papan hitam. Mujur..jawapan yang aku tulis tu betul. Lega hatiku tapi nampak sangat menipunya, bukan aku yang selesaikan kiraan pun, hanya cilok jawapan yang diberikan oleh kawan di hadapanku saja.

              Giliran Mohd Mikail pun tiba..nasib dia tak berapa baik kerana jawapan pertama yang ditulis, salah. Aku hanya menjadi pemerhati di tempat duduk. Aku tak tahu pun dia pandai atau pun tidak. Aku tidak pernah ambil tahu tentang dirinya. Siapa dia? Berapa adik beradik? Tinggal di mana? Aku langsung tiada maklumat tentang dirinya.
                  
               Aku tak berminat nak ambil tahu. Bagi aku meminati seseorang tidak memerlukan syarat kacak atau pun kaya, bijak atau pun bodoh..asalkan aku tidak bertepuk sebelah tangan. Aku pasti dia yang memulakan dulu mengerakkan hatiku untuk meminatinya dalam diam. Hanya sekadar minat tapi tak pernah bertegur sapa pun. Cukuplah dengan hanya menyimpan perasaan padanya. Tak perlu mengikut apa yang pelajar lain buat. Bercinta dan berdating tu bukan caraku. Aku tak boleh buat seperti orang lain. Hidup aku cukup terbatas dalam pergaulan.

                Aku bukannya tak bercakap langsung dengan pelajar lelaki, ada juga yang pernah bertegur sapa terutama pada pelajar lelaki yang aku rasa selesa untuk berbual dengan mereka. Aku selesa berbual dengan Burhan walaupun dia juga ada bagi hint sukakan aku dan selalu menganggu aku ketika di dalam kelas. Aku juga selesa berbual dengan Nazim dan Abidin tapi sekadar berbual biasa atau berbual kosong saja.

               Aku tak ada perasaan pada mereka, sebab itulah aku boleh berbual dengan mereka tapi Mikail lain..aku takut untuk bertemu muka dengannya..boleh tengok dari jauh pun bersyukur dah. Pelikkan, perasaan ini?

               ‘’Kumbang Kasanova!’’ seseorang melaung dan aku menoleh untuk mencari pemilik suara dan dalam masa yang sama Mikail yang berada di hadapan kami turut menoleh dan mata kami bertembung. Dapat aku lihat riak wajahnya yang berubah seperti harimau yang bakal menerkam. Pelajar cina yang yang bernama Ah Peng melarikan diri di belakang sekolah dan Mikail mengekorinya dari belakang.

                 ‘’Relax, relax..’’ aku berkata perlahan bila mata kami bertembung sekali lagi. Wajahnya masih seperti tadi macam harimau baru lepas beranak yang sedang mencari mangsa untuk dilahap.

                   ‘’Maqah betoi tu..’’ aku berkata pada Masnita yang sedang berjalan di sebelahku. Kami baru habis kelas tambahan matematik dan berjalan keluar untuk pulang ke rumah. Aku tak tahu apa masalah Ah Peng dan Mikail tapi aku kenal sangat dengan Ah Peng. Dia cucu kepada peniaga cina yang berniaga di Pekan Sungai Yan dan rumah mereka di tepi jalan masuk jalan Kuala Sungai Yan.  

Bab 33

                 HARI yang dinantikan tiba juga, perit jerih belajar akan terbukti hari ini. Siapa yang bersedia pasti mudah untuk menjawab soalan. Aku macam biasa dalam pelajaran, tak pulun sangat, tak leka sangat..belajar setakat yang termampu saja. Bila Faiz gagal dalam SRP dan sudah tidak bersekolah lagi, aku juga tidak mahu terlalu berharap. Segalanya mungkin terjadi, andai aku lulus mampukah mereka menanggung persekolahanku lagi?

               Setiap hari ada saja rungutan tentang duit yang aku dengar. Sepanjang bersekolah aku tak pernah dapat apa yang aku nak. Berbaju kusam dan lusuh ke sekolah. Beg sekolah hanya beg kain yang berharga rm5.00, kasut sekolah berjahit selalu. Alat tulis pun hanya ada apa yang diperlukan saja. Minta itu tak dapat, minta ini tak dapat. Basikal pun tak pernah ada, cuma sesekali aku akan mencuri basikal Faiz dan  membawanya hingga ke pekan Sungai Yan. Aku pun sudah letih berjalan kaki pergi dan pulang setiap hari. Sampai bila aku harus menahan  sabar berdepan dengan semua rintangan ini?   

                 ‘’Kalau dah herot tu herot jugak..’’ seseorang bersuara bila aku cuba membetulkan tudungku yang selalunya memang senget. Aku memang tak pernah ambil peduli dengan penampilanku. Seterika pun pinjam daripada jiran sebelah rumah. Bedak hanya pakai bedak nyonya atau bedak air. Kak Rosnani pula rajin buat bedak sejuk. Memang tak mampu nak beli bedak mahal. Pakai saja apa yang ada.

                 Sejak akhir-akhir ini ramai pula yang suka menyindir aku dan menyoal soalan pelik-pelik. Aku tak tahu sejak bila gosip mula tersebar. Aku selalu menjadi perhatian dan dikutuk, bukan saja di belakang..berdepan pun selalu sangat namun aku ni jenis malas nak bergaduh. Apa yang aku dengar langsung aku tak simpan dalam hati, semuanya aku buat tak peduli. Mereka punyalah prihatin sampaikan tudung aku yang senget pun dikutuknya. Apa yang sakit hati sangat? Apa salahku?

                  ‘’Petang ni Agamakan..hang balik dak Janna?’’ Aida menyoal setelah kami beriring keluar dari tandas.

                 ‘’Dak kot. Hang balik ka?’’ aku tanya Aida kembali, rumahnya di Kampung Pauh dan Aida datang menaiki basikal.

                  ‘’Hang tunggu tang mana?’’

                   ‘’Tang mana yang sempat, aku nak habaq pun tak tau.’’ Aku berkata jujur sebab aku memang tiada jawapannya. Kalau kami datang awal untuk latihan sukan, kami akan melepak di rumah kak Jun di belakang sekolah. Tapi hari ini aku terpaksa menunggu untuk menjawab kertas soalan Agama Islam, mungkin aku boleh ulangkaji di mana-mana tempat rehat di kawasan sekolah.

                 ‘’Hang balik dak Imah?’’ aku tanya Rozaimah pula. Sabrina tak perlu ditanya, rumah dia paling dekat, di Kampung Permatang Keramat, kampung belakang sekolah saja.

                ‘’Balik la..’’ Rozaimah menjawab laju. Untungnya mereka sebab rumah mereka dekat. Rumah Rozaimah depan jalan saja di Kampung Sungai Udang, keluar saja dari rumah sudah boleh tunggu teksi atau pun bas.

                ‘’Nampaknya aku kena cari kawan la satgi..’’ aku berkata dalam nada lemah, yang terbayang dalam fikiranku hanya Yusni dan Ameera, mereka mungkin tak balik tapi mereka di kelas lain, mungkin akan bersama kawan sekelas mereka. Aku ibarat ‘sebatang kara’ saja, kebanyakan kawan-kawan yang rapat denganku akan pulang dan datang semula sebelum peperiksaan bermula.

                SEPERTI yang aku bayangkan aku terpaksa bersendirian menunggu di tempat rehat khas di hujung bangunan perpustakaan kerana tiada kawan, sambil menunggu aku berniat untuk mengulangkaji. Biarlah tiada kawan, asalkan aku tak ganggu orang lain. Ameera dan Yusni juga tidak pulang tapi mereka berkumpul bersama rakan-rakan sekelas mereka, takkan aku nak pergi pada mereka pula? Jakun aku jadinya nanti.

              ‘’Jan..hang tak pi makan ka? Jom pi makan di kedai luar.’’ Aku baru nak buka buku terdengar suara bertanya. Aku mendongak, Yusni sudah tersenyum padaku. Aku mengangguk dan memasukkan buku ke dalam beg semula.

             ‘’Jomlah..ingatkan takdak kawan, aku malas nak pi makan.’’ Aku bangun dan mengalas beg, sambil berjalan keluar dari kawasan sekolah kami berbual hinggalah sampai di kedai makan di Pekan Yan Besar. Aku memilih untuk makan mee kuah kerana aku tidak berselera untuk makan nasi.

                 Selesai makan kami kembali semula ke tempat rehat tadi dan aku dengan Yusni mengulangkaji bersama. Di seberang sana meja ada geng tiga sekawan yang sedang rancak berbual. Aku dan Yusni membuat kerja masing-masing dan hanya berbual sesekali saja.

               ‘’Janna..tak jeles ka tu?’’ tak semena-mena aku disoal Yusni. Aku panggung kepala dan memerhatikan wajahnya. Dia memuncungkan bibir ke sebelah sana, pada tiga orang sekawan yang rancak berbual tadi, di depan mereka Mikail sedang duduk dan berbual dengan mereka. Fahamlah aku maksud Yusni sebentar tadi.

                ‘’Tak dak maknanya nak jeles, bukannya laki aku pun, lainlah kalau dah jadi laki aku.’’ Aku berkata selamba dan sedang menyoal diri sendiri sambil memandang ke hadapan. Cemburukah aku? Tidak! Tak ada sedikit pun perasaan cemburu, dan aku sangat pasti dengan kata hatiku sendiri.

                ‘’Kot la..’’ dia berkata dalam nada mengejek sambil tersengeh.

                 ‘’Ada orang kata Mikail tu couple dengan Amisya..ada yang kata dia couple dengan Natrah.’’ Selamba Yusni bercerita walaupun aku tidak menyoal. Dan di depan sana memang salah seorangnya adalah Amisya dan kawan-kawannya. Aku diam tanpa kata, bukan bermakna aku sedih atau sebaliknya. Aku sedang berfikir tentang apa yang Yusni katakan sebentar tadi. Siapa aku dengan Mikail? Kami bukannya sedang bercinta dan kami bukannya couple pun. Kami bukan pasangan kekasih atau apa saja yang sewaktu dengannya. Aku sekadar minat dalam diam dan suara hatiku hanya Rozaimah saja yang tahu. Aku tak tahu daripada mana gosip muncul hingga Yusni berkata begitu padaku. Hingga ada yang sakit hati denganku. Kenapa? Aku tak tahu!

                ‘’Biaq pi kat dia la nak couple dengan sapa pun. Bukannya ada kena mengena dengan aku pun.’’ Aku menjawab dengan tenang. Fokus untuk mengulangkaji hilang begitu saja bila topik yang satu ini kami bualkan.

               ‘’Hang tak rasa apa ka tengok depa sembang?’’ Yusni menyoal lagi, aku pandang ke hadapan lagi dan kepala aku mengeleng pantas. Apa yang harus aku katakan? Aku langsung tak rasa apa-apa, yang ada hanya debaran untuk menjawab soalan Agama Islam sekejap lagi. Itu saja.

              ‘’Bukan hang couple dengan dia ka?’’

                ‘’Gila hang! Dating pun tak penah. Hang dengar habaq angin daripada mana?’’ laju aku membalas sebaik saja Yusni habis berkata-kata. Dupp..rasa macam nak luruh jantung aku. Cepat-cepat aku nafikan.

                 ‘’Ramai yang kata..’’

                  ‘’Sapa?’’

                     ‘’Ada la..’’ Yusni bermain teka-teki. Aku mengerti maksudnya kerana tahun lepas pun ada beberapa orang rakan sekelas yang menyindir aku berdepan. Aku sengaja pekakkan telinga kerana hakikatnya aku dan Mikail memang tak pernah bertegur sapa. Aku tak berani untuk memulakan sebuah hubungan. Aku pernah tulis dalam buku biodata Yusni tahun lepas ‘Kejarlah cita-cita sebelum mengejar cinta’. Ayat yang paling popular dalam zaman persekolahan ini.

              ‘’Ikut suka hampalah..’’aku berkata malas kerana hatiku sudah mula terasa pedihnya. Minda mula memujuk diri, sedarlah wahai diri, engkau tiada rupa, engkau tiada harta, jauh lagi penampilan..semuanya hancur lebur, tak ada apa yang perlu dibangga, banyak kurang daripada lebihnya.

               AKHIRNYA peperiksaan berakhir juga. Hujung tahun cikgu sudah jarang masuk ke dalam kelas, masing-masing buat hal sendiri. Setiap kelas bagaikan pesta, bisingnya hanya kami yang tahu. Macam-macam gelagat yang boleh dilihat. Aku macam biasa mencari tempat duduk di belakang sekali di tepi dinding dan mula fokus membaca novel.  Biarkan orang lain buat hal mereka dan aku dengan hal aku.

              ‘’Hang pulun Janna, bukan nak periksa dah pun.’’ Nazim datang dan menganggu tumpuanku yang sedang membaca sambil berangan membayangkan setiap adegan.

             ‘’Bukannya nak masuk exam.’’ Aku menjawab malas dan kembali membaca.

               ‘’Syok sangat ka?’’ aku panggung kepala sejenak dan kembali membuka helaian muka surat. Aku kembali fokus dan malas melayan Nazim di depan mata. Nazim pun terus bangun dan berlalu. Lega..kerana tiada lagi ulat pengacau ‘daun’.

              ‘’Ada orang histeria..’’ tak tau siapa yang berkata, dia masuk ke dalam kelas dan bercerita dengan suara yang teruja. Aku menghentikan bacaan dan memandang ke hadapan.

              ‘’Sapa wei?’’ Surihani bertanya.

               ‘’Tak tau nama pa..depa kata budak tu memang selalu histeria..ayah dia mai ambik dah, cikgu takut berjangkit.’’

              Aku memasang telinga mendengar perbualan mereka dan cuba membayangkan situasi itu. Memang tak sanggup rasanya berada dalam keadaan itu. Menjadi seorang mangsa yang dirasuk dan lupa diri, pasti rasa malu setelah sedar.

               

Nur Jannatul Firdausi Bab 31


                 AKU ibarat burung merpati, nampak jinak dari jauh tapi bila didekati aku terus terbang menjauh. Aku selalu bermain tarik tali, suka merenung dari jauh tapi bila dekat aku selalu jual mahal. Bukan senang untuk memiliki hatiku dan bukan senang juga untuk mendekatiku. Aku ada prinsip aku sendiri dan yang pastinya aku sudah mendapat amaran daripada kak Rosnani.

                ‘’Pi sekolah belajar betoi-betoi, kalau pi sekolah nak bercinta berenti sekolah.’’ Ganas sungguh amarannya hingga membuatkan bulu romaku meremang kerana aku masih ingin bersekolah. Kalau berhenti sekolah, macam mana nak usyar dia dari jauh lagi? Mesti aku bakal menjadi perindu sepi.

                    Sebenarnya aku ni pemalu terutamanya dengan lelaki, selebihnya aku trauma dengan insan bergelar lelaki. Ramai lelaki yang bermata keranjang dan tak boleh dipercayai. Aku paling takut kalau dicurangi dan aku belum bersedia untuk terluka. Aku menjaga hatiku dan mengawal diri agar jangan terlalu suka, cukuplah sekadar meminati dalam diam. Tak perlu nak bertemu muka dan nak berdating bagai. Itu bukan aku! Aku percaya dengan jodoh yang telah Allah aturkan cuma sekarang aku tidak mampu untuk mengawal perasaan ini.

                  Perasaan ini adalah anugerah Allah untukku. Bukan dia seorang pelajar lelaki sekolah kami tapi kenapa dia yang menjadi pilihan? Aku percaya, Allah yang beri aku rasa ini. Aku seorang yang sangat setia, sekali aku beri hatiku padanya, takkan ada lagi peluang lelaki lain untuk merebutnya tapi andai aku dan dia tiada jodoh, aku akan redha menerima ketentuanNya. Itu janjiku pada diri.

                AKU dan Rozaimah bertugas hari ini dan waktu rehat kami tak keluar makan. Selesai tugas kami menyusun meja dan menyapu sampah kami memilih meja guru untuk bersantai sambil melihat panorama luar kelas melalui cermin tingkap nako kelas kami.

                Pandangan mataku mengarah ke arah sekumpulan pelajar lelaki yang sedang bersantai di bawah pokok ketapang. Aku sempat menangkap kelibat dia di situ dan kesempatan ini tidak aku lepaskan untuk usyar dia dari jauh.

              ‘’Imah..hang nampak dak geng yang dok bawah pokok tu..aku suka salah seorang daripada depa.’’ Aku membuat pengakuan lisan pada Rozaimah kerana aku percaya hanya Rozaimah seorang saja yang boleh menyimpan rahsia hatiku ini.

             ‘’Tu diaa..diam-diam ubi hang ni. Hat mana satu woi..’’ Rozaimah terus mengusik aku dan memandang keluar tingkap.

                 ‘’Hat pakai baju warna lain daripada orang lain..’’ aku malas untuk berahsia dengan Rozaimah, kami memang sangat rapat dan dialah satu-satunya sahabat aku yang selalu berkongsi suka dan duka walaupun bukan semuanya aku cerita pada dia.

                 ‘’Oh hat tu..’’ Rozaimah berkata dan ketawa. Dia memandang aku dan kami ketawa bersama. Tak tahu kenapa mata aku tidak mahu kalah hari ini, memandangkan dia berada di bawah dan aku di atas jadi aku mengambil peluang ini untuk terus melihat dia tanpa rasa takut.

                    MASA terus berlalu dan hati aku masih berdegil untuk menyimpan wajahnya untuk berada di setiap sudut hatiku ini. Namanya aku tak tahu. Aku juga tak berani untuk bertanya. Biarkan saja wajahnya yang bersemadi dalam hatiku, ianya takkan tergugat walaupun digoda oleh lelaki yang paling kacak dalam dunia ini. Perasaan ini adalah anugerah Allah, bukan aku yang minta, ianya datang tanpa diundang, datang tanpa amaran dan aku pasrah.

                 ‘’Dia datang dengan lenggang lengoknya.’’ Rozaimah menyanyi ceria sambil tersenyum lebar dan mengerling ke arahku. Ini yang lecehnya bila rahsia hatiku sudah aku bongkar. Ada saja aksi yang Rozaimah gunakan untuk mengusik aku.

                Ketika kami sedang berehat menunggu loceng sekolah berbunyi untuk masuk ke dalam kelas kami nampak dia sedang berjalan seorang diri dari belakang pintu belakang sekolah. Aku tahu dia meletakkan basikalnya di rumah kawannya di belakang sekolah. Kami pernah terserempak dengannya sedang melepak di situ bersama kawan-kawannya yang lain.

                Aku mengambil peluang ini untuk usyar dia tapi tak lama, hanya sekejap saja dan aku kembali berbual dengan kawan-kawan yang lain. Ramai kawan-kawan sekelas yang rapat denganku berkumpul di sini, namun hanya Rozaimah yang tahu rahsiaku. Aku tak berani untuk bercerita dengan orang lain terutama pada Ameera atau Yusni. Kami memang baik tapi aku malu untuk bercerita pada mereka. Aku kurang yakin untuk meluahkan rahsia hatiku yang satu ini.

                 ‘’Satgi sainskan?’’ Aida yang berada di sebelah kiriku bertanya. Aku mengangguk dan membayangkan suasana di dalam makmal yang akan kami masuk sekejap nanti.

                ‘’Hang siap dak lagi nota?’’ aku memandang Aida dengan perasaan kaget. Riak wajah aku bertukar gerun. Habislah…

                ‘’Aku lupa..cikgu tak kutip kot noo..’’ aku berkata laju dan berharap agar nota sains yang cikgu Kamariah beri tidak dikutip hari ini. Aku kalau bab nota memang selalu lupa, lebih-lebih lagi nota kelas jahitan dan setiap kali juga bila cikgu menyuruh kami menyerahkan kerja yang diberi pasti aku akan didenda untuk jalan itik. Pemalas! Itulah aku, sebab itulah kalau aku lulus dalam peperiksaan memang payah orang nak percaya. Bab kena denda aku juga pemegang  tropinya.

                 TINGKATAN tiga aku di kelas 3 Kenanga. Guru kelas kami cikgu K.S Tan dan dia mengajar matapelajaran matematik. Salah seorang sepupu abang Mat Dan menjadi cikgu matapelajaran Bahasa Malaysia, namanya cikgu Salmiah bt Abd Hamid. Setiap kali cikgu Salmiah datang ke rumah mak abang Mat Dan aku akan bersembunyi kerana malu tapi aku pasti cikgu Salmiah kenal siapa aku.

              Cikgu Salmiah lambat masuk ke dalam kelas dan kelas sangat bising. Tadi kami mendapat arahan untuk membuat kerja masing-masing kerana semua guru yang mengajar sedang bermesyuarat di bilik guru. Aku macam biasa suka membaca dan novel menjadi pilihan aku. Aku mungkin pemenang tropi kalau bab malas menulis nota tapi bab bising aku tetap kalah kerana hobi aku lebih suka buat kerja dalam diam.

                Aku suka membaca sejak sekolah rendah dan bila tiada kawan waktu rehat aku akan menuju ke perpustakaan dan membaca buku kegemaran aku. Dulu, kalau masuk perpustakaan aku akan baca buku penyiasatan. Aku suka baca buku kisah misteri dan kisah kumpulan penyiasatan tiga sekawan atau tujuh sekawan. Aku membaca sambil berfantasi dan cuba membayangkan suasana dalam buku yang aku baca.

          Bila masuk sekolah menengah aku masih mengekalkan hobiku dengan membaca. Bila waktu terluang atau guru tidak masuk ke dalam kelas aku akan membaca novel yang aku pinjam dari perpustakaan sekolah. Kadang-kadang aku akan pergi ke perpustakaan. Aku memang lebih suka menyendiri kerana kawan-kawan aku bukannya selalu ada untukku. Kadang-kadang aku ditinggalkan juga. Aku selalu tak ada duit untuk pergi makan, jadi bila mereka ke kantin, aku akan melangkah ke perpustakaan seorang diri.

                ‘’Bangun! Assalamualaikum cikgu.’’ Ketua kelas tiba-tiba bersuara. Kelas yang riuh rendah tadi menjadi sunyi sepi. Aku yang asyik membaca sambil berangan terus panggung kepala. Cikgu Salmiah sudah berada di depan kelas dengan wajah yang menyingga.

                ‘’Assalamualaikum cikgu.’’ Seluruh kelas bergema setelah kami semua bangun untuk memberi salam.

                  ‘’Waalaikumusalam..duduk. Amboi sakan haih depa buat pesta, cikgu dok di kantin dengaq dah soqa hampa.’’ Cikgu Salmiah terus berleter selepas menjawab salam dan menyuruh kami duduk. Kelas terus menyepi.

                 ‘’Ketua kelas,  bagi nama sapa yang buat bising.’’

                  ‘’Semua cikgu.’’ Ahmad ketua kelas kami menjawab bersahaja. Aku membantah di dalam hati. Aku yang pendiam ini pun terjebak sama? Tak adil!


               ‘’Beratur mai sini..lelaki dulu..’’ cikgu Salmiah memberi arahan. Kami tiada pilihan, seorang demi seorang pergi mengadap cikgu Salmiah di meja guru. Kami semua dicubit perut oleh cikgu Salmiah. Tiba giliran aku yang ditarik hanya baju. Eh..biar betul, tak sakit pun. Ketika sekolah rendah dulu aku pernah ditarik telinga oleh cikgu Haji Ismail kerana tidak menyiapkan kerja sekolah hingga telinga aku menjadi kudis. Aku pernah disuruh berdiri di luar kelas, ketuk ketampi, berdiri di atas meja, berdiri di atas kerusi kerana tidak menyiapkan kerja sekolah. Kali ini kerana membuat bising seluruh kelas dicubit perut namun aku terkecuali.

              ‘’Esok kalau cikgu tak ada sapa buat bising ambil nama.’’ Cikgu Salmiah memberi arahan pada ketua kelas kami.

               ‘’Satgi ambil nama depa kata saya gila kuasa cikgu.’’ Ahmad menjawab dan suara-suara ketawa terus bergema.

                 ‘’Hat yang kata tu, ambil nama dia sekali.’’

                   ‘’Kalau hat buat bising tu yang kata cikgu?’’

                      ‘’Tulis nama dia banyak kali, yang tu pun saya nak kena ajar ka?’’ dalam menjawab cikgu Salmiah menyoal. Ahmad mengaru kepala dan tersengeh. Pelajar yang lain termasuk aku turut tersengeh sama.

                   ‘’Ambil buku nota ni balik buat latihan..buka buku teks muka surat dua puluh, selesaikan. Jangan jadi macam latihan lepas, tengok saya ada tulis dalam buku nota, sapa saya tak ingat. Ada ka buat ayat macam tu..’’

                    ‘’Sapa cikgu?’’ Kudin yang menyoal. Dia memang selalu menyibuk.

                     ‘’Tengok sendiri, saya ada tulis dalam buku nota kamu.’’


              Aku membuka buku latihan aku yang baru diberikan. Masing-masing sibuk menyemak buku latihan yang baru diterima. Terasa muka aku bagaikan ditampar membaca tulisan daripada dakwat merah dalam buku latihan aku.
          
               Gila ka! Buat pembetulan! Kalau aku memiliki wajah yang mudah berubah aku pasti wajah aku sudah merah sekarang ini. Malu dan rasa sangat tercabar tapi aku akui kesilapan diri. Latihan yang diberi oleh cikgu Salmiah adalah membuat ayat mengunakan perkataan TER dan ayat aku yang satu ini memang agak bodoh sikit. Tidak hairan kalau aku menerima reaksi begini.

                ‘Abu hendak membawa adiknya pergi berkelah tapi terbawa neneknya.’ Ayat mudah yang aku tulis dan menerima amarah daripada cikgu Salmiah. Ketika ini aku rasa macam nak koyak saja bahagian ni tapi aku tak berani nak koyak. Aku berpura-pura berwajah selamba. Tak berani cerita pada sesiapa pun. Malu sungguh kalau orang lain tahu, mesti aku akan diketawakan mereka.