BAB 21
''IBU!!!,.'' Ariesya berlari dan mendapatkan Fida yang sedang enak mengunyah kek di sudut kanan kedai.Sejak sampai tadi satu kerja apa pun belum ditolong.Yang dia tahu melayan tekaknya yang sudah teruja melihat kek pelbagai jenis.Tanpa meminta izin, Fida main rembat saja kek yang dia berkenan.
''Sayang!,.takkan pagi-pagi dah makan kek kot?'' Syahrul menyoal Fida yang membelakanginya dan kebetulan pula Saisah keluar dari ruangan dapur.
''Ehemm!!!,.abang panggil siapa tu?'' Saisah berdehem kuat sambil menyoal.Syahrul terkebil-kebil.Fida langsung tak menoleh malahan terus berpura-pura seolah tiada apa yang berlaku.Laju Syahrul menuju kepada Saisah sambil menjeling sekilas kepada Fida.
''Kenapa kakak pakai baju ibu? Kakak tak ada baju sendiri ke?'' jujur Ariesya menyoal.Fida menoleh kepada Ariesya sekilas sebelum meneruskan suapannya.
''Kakak!,.ibu cakap,tak boleh makan kek banyak-banyak.Nanti kakak jadi bambam macam ni ha,.'' Ariesya mengelembungkan pipinya walau Fida langsung tak melayan.Ariesya duduk di kerusi yang berada di depan Fida sambil terus berceloteh.
Sementara itu Syahrul yang sudah berada di tepi Saisah masih menoleh memandang Fida tidak percaya.Saisah mendengus geram lantas perut Syahrul diketam.Terlompat Syahrul menerima habuan.
''Kenapa tu? Drastik sangat!'' Syahrul bertanya sambil tangannya mengusap perutnya yang pedih.Wajah Saisah direnung.Saisah mencebik.Syahrul tak puas hati kerana Saisah tak segera menjawab soalannya lalu tubuh Saisah dirangkul kemas.Fida memerhati dengan renungan tajam.
''Sayang!,.abang tanya ni,.'' Saisah menjeling Syahrul yang masih belum melepaskan tangan yang masih melingkar dipinggangnya.
''Kalau ya pun,jangan nak romantik sangat boleh tak? Kita dalam kedai bukan dalam bilik,.'' Saisah mengingatkan Syahrul.Syahrul tergelak lalu melepaskan tangannya.Saisah kembali ke ruangan dapur dan Syahrul mengikutnya.Ketiga orang pekerja Saisah langsung tidak mengendahkan kehadiran Syahrul.Masing-masing menumpukan perhatian pada kerja.
''Soalan abang sayang tak jawab lagi.Sayang buat apa kat Fida tu? Takkan dia sendiri yang nak pinjam baju sayang tu?'' Saisah mengeluh perlahan.Rasa macam nak karate saja Syahrul kerana asyik bertanya pasal Fida.
''Petang nanti abang teman kami pergi mall,beli baju Fida.Kalau abang buat-buat silap orang lagi.Siap!!'' Saisah memberi amaran sedangkan Syahrul sudah tergelak mendengar amaran Saisah.
''Ohh!!,.ini kes cemburu la ni? Patutlah awal-awal lagi dah bagi abang makan ketam batu masak lemak cili padi,.'' Syahrul masih terus menyakat Saisah.Suka dia bila melihat wajah Saisah yang akan bertukar merah bila marah.
PETANG itu selepas menutup kedai kek mereka keluar ke Mall.Saisah menuju ke butik pakaian muslimah yang selalu dia pergi.Saisah pelanggan tetap di butik ni,kalau beli dalam jumlah yang banyak mungkin akan dapat diskaun.Siapa tahu!
Fida hanya mengikut tanpa banyak kerenah.Dia mula senang dengan layanan Saisah dan keluarga Saisah.Dia tidak pernah tahu erti hidup dalam sebuah keluarga bahagia.Dia mula mengecapi apa erti kasih sayang bila Saisah mengambil berat tentang pakaiannya dan solatnya.Walau pun Saisah seharusnya menganggap dia sebagai seteru yang cuba merampas kebahagiaan rumahtangganya tapi Saisah sebaliknya.
''Saisah!!,.Saisah Mazeatikan??'' Saisah ditegur seseorang ketika sedang membelek baju-baju kurung yang banyak bergantung di dalam butik.Memandangkan Fida sedang mengandung Saisah mengesyorkan Fida membeli saiz yang besar sikit dari saiz yang selalu di pakai Fida.
Mereka sama-sama menoleh ke arah wanita yang menegur mereka. Saisah merenung wajah wanita yang menegurnya.Macam nak kenal.Detik hati kecilnya.Seketika kemudian bibirnya sudah mengukirkan senyuman.
''Lynakan? Apa khabar?'' Saisah bertanya ceria.Mereka bersalaman.Fida hanya menjadi pemerhati.Syahrul tiada pula bersama mereka ketika ini.Entah ke mana dibawanya Ariesya.
''Kau buat apa sekarang ni Saisah?'' Lyna menyoal ramah.Saisah tersenyum ceria.Tangan Lyna masih dipegangnya.Sekali sekala jumpa kawan lama ni terubat juga rindunya pada zaman sekolah.
''Aku tanya kau,.takdenyer kau nak jawab.Kau soal aku pulak!'' Saisah pura-pura marah.Lyna tergelak.Teruja sangat terjumpa Saisah langsung dia tak fokus dengan soalan Saisah.
''Padanlah,.kau tanya soalan bodoh.Dah jumpa aku di Mall ni,dah sahlah aku sihat.Nak tanya lagi!'' mendengar jawapan Lyna,Saisah dah ketawa kecil.Kalau zaman sekolah dulu dia yang selalu jawab begitu,sekarang dia dah terkena balik.
''Ibu!!,.'' Saisah belum sempat membalas kata-kata Lyna,Ariesya dah berlari masuk ke dalam butik lalu berlari ke arah Saisah dan memaut kakinya.
''Eh!,.anak kau ke Saisah? Bila kau kahwin?'' Lyna menyoal pantas demi mendengar Ariesya memanggil Saisah ibu.Saisah hanya tersenyum sambil matanya dihalakan pada Syahul yang sedang menuju ke arah mereka.Lyna turut menoleh ke belakang.Raut wajahnya berubah.
''Tu?'' jari telunjuk Lyna tudingkan ke arah Syahrul dan Lyna memandang ke arah Saisah semula.Saisah mengangguk berkali-kali.Lyna dah terkelu lidah bercampur malu.
''Kami bernikah sebelum Syahrul berpindah ke sekolah kita lagi.Panjang ceritanya.Tapi masa Syahrul Form six aku dah mengandungkan Ariesya,.'' Saisah terpaksa menjelaskannya pada Lyna.Tiada apa yang perlu disembunyikan lagi.
''Abang!,.kenal lagi dengan Lyna?'' Saisah yang tak tahu apa-apa pasal Lyna dan apa yang berlaku antara Lyna dan Syahrul di USM memperkenalkan Lyna pada Syahrul.Syahrul tayang wajah selamba memerhatikan Lyna yang sudah tidak keruan.
''Err,.maafkan aku.Aku,.aku terlupa.Sebenarnya aku,.aku nak jumpa orang ni,.'' Lyna jadi gugup.Saisah pula tayang wajah pelik.Syahrul pandang Saisah sambil jungkitkan keningnya bila Lyna buru-buru berlalu pergi.
''Kenapa dengan Lyna tu ea? Tadi,sebelum abang sampai,rancak ja berbual.Bila dia tengok abang macam tengok hantu pulak?'' Saisah bertanya ragu-ragu.Syahrul angkat bahu.Belum sampai masanya untuk dia bercerita pada Saisah tentang Lyna.Marah Saisah belum habis.Biarlah reda sikit.Itu yang Syahrul fikir.
''Ibu,.tak habis lagi ke? Iesya dah lapar ni.Jomlah makan!'' Ariesya dah merengek manja.Saisah tersenyum sambil mengelus kepala Ariesya.Syahrul hanya memerhati.Fida memerhati tiga beranak di depannya dengan wajah bersahaja tapi di hatinya sudah terdetik satu perasaan yang dia sendiri tidak mengerti.Rasa pedih,sebak dan terseksa.Apakah ini?
BAB 22
LYNA mundar mandir di dalam biliknya.Hatinya resah tak menentu.Pertemuannya dengan Saisah Mazeati dan Syahrul Nizar tadi yang menjadikan perasaannya begitu.Marah,geram,malu dan segala perasaan sudah bersatu dalam hatinya.Segala persoalan berligar dalam pemikirannya.
Lima tahun lamanya Lyna menyimpan perasaannya pada Syahrul.Sejak Syahrul berpindah ke sekolah mereka, dia hanya suka Syahrul biasa-biasa saja, kerana ketika itu Syahrul terlalu rapat dengan Saisah walau pun mereka sering kali bergaduh.Selepas SPM dia pernah memberi surat pada Syahrul melalui Saisah tapi Syahrul memulangkannya semula.Kalau Saisah dan Syahrul sudah bernikah sebelum Syahrul berpindah ke sekolah mereka,ini bermakna,.arghhhh!!,.Lyna dikuasai perasaan malu.Rupanya selama ini Saisah dan Syahrul hanya berpura-pura bergaduh di hadapan mereka semua untuk menutup perhubungan mereka yang sebenarnya.
Lyna mendengus marah.Diketap bibirnya kuat.Rasa tertipu sangat kerana Saisah adalah kawan baiknya ketika di tingkatan satu lagi cuma mereka taklah rapat sangat.Saisah tu nampak saja peramah dan ceria tapi perahsia.Mungkin inilah rahsia yang paling besar yang disimpannya.
Patutlah dalam bergaduh Saisah dan Syahrul saling mengambil berat diantara satu sama lain.Rupanya ada udang disebalik batu.Dalam berperang ada kasih sayang yang sudah disemai.Ada ikatan yang sudah tersimpul rapi.
Bila mengimbas kembali kenangan lalu Lyna benar-benar merasakan dirinya amat kerugian.Lima tahun dia membuang masa menyimpan perasaan pada suami kawan baiknya sendiri.
''Argghhhh,..'' Lyna menjerit seorang diri.Tubuhnya dihempas ke katil.Wajahnya disembamkan ke bantal.Kalaulah dia tahu penantiannya selama ini hanyalah sia-sia.
''Tergamaknya kau Saisah.Merahsiakan semua ini dari aku.Kau kawan baik aku Saisah.Kenapa kau nak rahsiakan perkara sebesar ini dari aku? Apa salah aku pada kau?,.'' Lyna bermonolog seorang diri.Air matanya sudah merembes laju.Dikesat kasar namun air mata itu terus mengalir tanpa dipinta.
''Patutlah Syahrul selalu mengelak dari aku.Kenapa dia tak berterus terang saja?'' Lyna masih menyoal diri sendiri.
''Kau memang sampai hati Saisah!,.aku tak pernah rahsiakan apa-apa pun dari kau,.'' Lyna menangis lagi.Menangis dan terus menangis.Kini baru dia tahu kenapa Saisah tak pernah lagi mengajak dia ke rumah mereka.Sebelum tu selalu saja dia mengadu sunyi dan sebagainya.Segala persoalannya mengenai Saisah dan Syahrul terungkai sudah.Walau pun begitu Saisah dan Syahrul perlu membayar hutang.Lima tahun penantiannya yang disia-siakan untuk menagih kasih Syahrul akan diambil kembali.Lyna nekad hutang tetap hutang!
MALAMNYA keluarga Saisah berkumpul di ruang tamu sambil menonton tv.Riuh rendah dengan suara Ariesya yang asyik berceloteh dan gelak tawa dari yang lain.Fida tidak turut serta.Dia hanya mengintai keriuhan yang lain disebalik pintu biliknya dengan deraian air mata.
Fida juga ingin keluarga bahagia seperti ini.Hatinya bagai disiat bila Syahrul menunjukkan aksi romantik terhadap Saisah di depan matanya sedangkan sebagai isteri kedua Syahrul langsung tidak memandang dirinya.Fida sedar dirinya kotor dan sudah ternoda.Entah berapa orang lelaki yang sudah menidurinya.Setiap kali membayangkan dia bersama lelaki lain dia juga berharap Syahrul akan melayan dia begitu tapi semua itu mustahil sangat.
Fida mengeluh.Bila dia menerima tawaran dari seorang lelaki yang dia sendiri tidak kenal siapa lelaki itu,dia cuma membayangkan duit yang bakal berada dalam tangannya.Dia cuma mahukan kemewahan dan keseronokan.Namun,.segalanya bertukar bila dia menjejakkan kaki ke rumah ini.Walau pun dia perampas,dia dilayan dengan baik.Diajar untuk menunaikan solat dan diajak berjemaah bersama.Setiap kali usai solat dia akan berpeluang bersalam dengan Syahrul dan mencium tangannya.Syahrul pula akan membalas dengan mengucup dahinya sebagaimana yang dilakukannya pada Saisah.
Yang paling shahdu setiap kali solat subuh.Semua penghuni akan berjemaah bersama kecuali Ariesya.Ibu mertuanya dan ibu Saisah akan turut memeluk dan mencium pipinya sebagaimana yang mereka lakukan pada Saisah.Tiada istilah pilih kasih di rumah ini.Fida tersenyum seketika.Sekarang Fida sudah rajin bangun awal pagi kerana tidak sabar untuk menunaikan solat subuh.Hanya ketika solat dia akan dapat menyentuh Syahrul dan Syahrul akan mengucupi dahinya.Ahh,.Islam memang agama yang sangat indah.Penuh dengan kasih dan sayang.
''Fida!!!!,.'' pintu diketuk dari luar diikuti dengan suara seseorang yang sedang memanggil namanya.Fida yang sedang menyandar dipintu bilik tersentak.Pantas diseka air matanya dan dilap hingga kering.
Pintu bilik Fida buka luas,ibu
mertuanya sudah tersenyum padanya di depan pintu biliknya.Fida membalas
senyuman ibu mertuanya,namun ternyata hambar.
''Kenapa tak keluar makan?
Sakit ke? Tak sihat?'' prihatinnya seorang ibu mertua.Fida terkelu
lagi.Perasaan sebak yang kembali mengasak dadanya ditahan sekuat mungkin.Kenapa
dia terlalu lemah dengan kasih sayang yang diterima di rumah ini? Sebelum ini
dia cukup kuat menghadapi hidup ini.Dia cukup sukar untuk menangis.
''Fida tak ada selera mama,lagi pun
petang tadi dah makan.Kenyang lagi ni,'' Fida memberi alasan.Dia bukan sudah
kenyang tapi dia memang tidak berselera untuk menjamah.
''Fida nak makan apa-apa ke? Biar
mama masakkan!'' Fida mengeleng.Perasaannya semakin walang.Dalam niatnya nak
mengenakan orang pada asalnya Allah telah kurniakannya keluarga yang tak pernah
kedekut dengan kasih sayang.Kenapa dia dilayan sebaik ini? Ikhlaskah mereka terhadapnya?
''Kalau Fida lapar,nanti Fida
keluar makan la ya!'' melihat kebisuan Fida Puan Mawar terus bersuara.Tak
kiralah apa yang Fida sudah lakukan.Dia tetap manusia biasa.Beri dia peluang
untuk berubah.Itu adalah sebaik-baik tindakan.
''Terima kasih mama! Nanti Fida
lapar,Fida cari sendiri.Mama janganlah risaukan Fida,'' Fida rasa tak percaya
dengan apa yang diungkapkannya sendiri.Akukah itu? Fida mula keliru.Kasih
sayang mereka mampu merubah dirinya dalam sekelip mata.Benarkah ini?
''Kalau macam tu,mama masuk bilik
dulu.Jangan biar perut tu kosong.Nanti sakit pulak.'' sebelum berlalu ke
biliknya Puan Mawar sempat lagi mengingatkan Fida. Fida menutup kembali pintu biliknya.Air
matanya gugur kembali walau tak selebat tadi.Dia merenung kembali
nasibnya.Apakah kesudahannya nanti?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.