SAISAH MAZEATI sibuk menyediakan juadah di dapur. Hari ini ibunya dan ibu mertuanya tidak membuka kedai. Saisah juga menutup kedai keknya hari ini. Tugas Saisah hari ini ‘bertarung ‘dengan bahan-bahan yang akan dimasak. Sementelah pula Syahrul yang sudah lama tidak merasa masakan Saisah yang membuat permintaan, agar Saisah memasak hari ini. Demi suami tercinta yang sudah lama dirindui, Saisah terpaksa korbankan masanya.
Alah,.bukannya payah pun nak masak! Kacang jer,.lagi pun Syahrul dan kedua ibu kesayangannya pun tak banyak kerenah. Mereka tak pernah merungut atau pun mengutuk masakan Saisah. Mana tumpahnya kuah, kalau bukan ke nasi? Puan Habsahkan pakar tukang masak, sudah pasti kepakarannya diwarisi Saisah!
‘’Wow! Nak buat kari kepala ikan ke? Mesti sedap! Dah lama abang tak makan.’’ Saisah tersenyum mendengar suara Syahrul yang datang menjenguknya di dapur. Mentang-mentanglah hari ini Saisah ada di rumah ,langsung tak boleh nak berengang.
‘’Zeati nak masak asam pedas la abang. Asam pedas Johor mari,..’’ sambil menyiang kepala ikan merah Zeati melayan Syahrul berbual. Sejak Syahrul pulang mereka langsung tak berkesempatan untuk meluangkan masa bersama. Selain terpaksa memberi peluang kepada anak kesayangan mereka bermanja dengan Syahrul, masalah juga datang bertalu-talu.
‘’Tadi Fida call abang, dia cakap ada hal penting nak bincang dengan kita,.’’ Syahrul bersuara tenang. Saisah menoleh sepintas lalu kepada Syahrul dan menyambung kerjanya semula.
‘’Hal apa?’’ Saisah bertanya penuh sangsi.
‘’Mana abang tahu!’’ Syahrul menjawab jujur.
PETANG ini Fida nekad untuk memohon perceraian dari Syahrul. Biarlah mereka sekeluarga hidup bahagia tanpa adanya dia sebagai perosak rumah tangga mereka. Tiada wanita yang sanggup hidup bermadu. Ijmal yang menjadi dalang dalam meruntuhkan rumah tangga mereka pun sudah mendapat habuannya dan kini terlantar sakit di hospital. Fida tak mahu alami nasib yang sama. Dia ingin bina hidup baru bersama abangnya Ardy dan anak yang sedang dikandungnya.
‘’Fida ingat,.nak suruh abang Syah lepaskan Fida,.’’ Selepas disoal Syahrul, Fida menjawab laju tanpa teragak-agak. Saisah Mazeati yang turut ada bersama sudah memandang Syahrul dan Fida silih berganti.
‘’Kenapa? Sebab abang Syah tak tidur dengan Fida ke? Kalau sebab tu,..Fida kena tahu,..Fida sedang mengandung dan akak yakin kandungan Fida tu bukan anak abang Syah jadi abang Syah memang tak boleh mengauli Fida selagi Fida tak melahirkan,..kecualilah kalau anak tu, anak kandung abang Syah!,.’’ Saisah menyoal Fida sambil mengerling Syahrul di sebelahnya.
‘’Uishhh,..kenapa tengok abang? Takkan Zeati tak percaya dengan kesetiaan abang? Percayalah sayang! Hati abang yang satu ni hanya untuk Zeati! Ambil kapak belahlah dada abang ni, kalau Zeati tak percaya,.’’ Fida belum sempat bersuara, Syahrul terlebih dahulu menyampuk sambil berpura-pura berwajah serius, padahal dalam hati dah tersenyum lebar. Sekadar menguji kepercayaan Saisah terhadapnya.
‘’Betul? Tunggu sini,..Zeati nak pergi cari kapak dalam stor, rasanya ibu baru beli kapak baru,.’’ Saisah terus bangun dengan mimik muka serius juga. Syahrul sudah penasaran. Fida kebingungan.
‘’Haih!,.janganlah serius sangat! Abang bergurau ja,..’’ Syahrul kendurkan suara sambil memaut lengan Saisah agar duduk kembali. Saisah tersenyum sinis. Tahu pun takut?!
‘’Hmm,..berbalik pada permintaan Fida tadi,..sebab apa nak minta cerai ni? Abang tak kisah,.anytime abang boleh lepaskan, tapi tak tahulah dengan madu Fida ni,macam tak kasi abang lepaskan ja!’’ Syahrul bersuara sambil tersenyum. Saisah sudah menjeling tajam. Ada yang nak makan ketam batu lagi letew?
‘’Orang yang suruh Fida perangkap abang tu dah dapat pengajarannya, jadi Fida ingat, tak ada gunanya Fida teruskan.’’ Fida menjawab sambil menundukkan wajahnya. Dia bermain dengan jari jemarinya sendiri.
‘’Maksud Fida, Ajmal ke? Jadi dialah dalang dalam setiap kejadian yang menimpa kami ni?’’ Syahrul bertanya Fida, suaranya ada nada terkejut. Saisah sudah tersenyum hambar, dia sudah mengagak ini semua kerja Ajmal tapi kenapa baru hari ini Fida memberitahu mereka? Selepas Ajmal ditimpa kemalangan mereka sekeluarga yang menjaga dia di hospital tu. Patutlah Fida pun meminta izin untuk menjaga Ajmal, rupanya dia pun kenal dengan Ajmal!
‘’Apa hubungan awak dengan Ajmal? Anak dalam kandungan awak tu, anak dia ke?’’ Saisah cuba serkap jarang. Fida mengeleng pantas.
‘’Fida tak kenal pun dia sebelum ni. Fida buat semua ni sebab duit saja. Dia baru bagi rm5,000 untuk kami, kalau akak dengan abang bercerai dia akan tambah lagi rm5,000 kepada kami. Fida pun tak tahu apa nama dia sebelum ni. Sejak dia kemalangan ni saja Fida tahu nama dia,..’’ Fida menjawab jujur. Saisah dan Syahrul saling berpandangan.
‘’Jadi,.Fida setuju nak rosakkan rumah tangga kami kerana duit? Kenapa tak teruskan? Sebab,..dah tak ada orang nak bagi duit ke?’’ Syahrul bersuara garang. Sakit hati dia mendengar pengakuan Fida, kerana duit manusia sanggup melakukan apa saja. Hailah manusia!
‘’Bukan sebab tu!,..sejak Fida tinggal dengan keluarga abang, baru Fida tahu apa itu bahagia. Fida tak pernah rasa apa yang Fida dapat di rumah ini. Dulu hidup Fida dan abang Fida berantakan. Kami anak yatim piatu. Mak su kami satu-satunya saudara yang kami ada halau kami dari rumah. Kami hidup terbiar sebelum ni. Halal dan haram kami tak kisah, asalkan kami ada duit untuk kami makan,..’’ Fida mula bercerita walau tidak diminta. Dia memang terasa dengan tuduhan Syahrul. Bukan sebab dah tak dapat duit, dia nak minta cerai. Tuduhan Syahrul tu sangat keterlaluan!
‘’Kalau bukan sebab duit,..sebab abang tak layan Fida,.seperti sepatutnya ke?’’ Syahrul masih menyoal. Saisah hanya menanti untuk mendengar. Kalau perlu, dia akan mencelah juga.
‘’Tak! Fida,.Fida rasa,.cukuplah setakat ini Fida menyusahkan keluarga abang. Fida tak sanggup teruskan lakonan ni lagi. Fida tahu,.akak dengan abang terseksa dengan kedatangan Fida di rumah ini,..’’ Fida menjelaskan setiap pertanyaan. Suaranya kian sebak. Dia sendiri tak tahu kenapa dia rasa sakit hati bila Syahrul berterusan meneka dalam kesamaran. Dia juga terasa hati kerana terpaksa memohon perceraian ini.
‘’Macam ni la,..akak rasa, tunggu Fida bersalin dulu. Sekarang ni Fida bersabar dulu dan tinggallah di rumah ini sehingga melahirkan, lagi pun haram hukumnya menceraikan isteri yang berbadan dua. Akak tak pasti apa hukumnya, Cuma akak dengar kalau bercerai sekarang pun talak hanya akan jatuh selepas Fida bersalin nanti. Wallahuálam! Akak pun tak pasti sebenarnya!’’ Saisah cuba menghalang Fida bertindak terburu-buru. Ini bukan bermaksud, dia suka bermadu. Ada rasa simpati dalam hatinya mendengar cerita Fida tadi. Kalau betul seperti apa yang diceritakan, siapa yang akan menjaga Fida ketika kandungannya sudah semakin membesar? Siapa yang akan menjaga dia ketika berpantang nanti?
‘’Anak dalam perut Fida tu tak berdosa, walau kejadiannya di luar nikah. Yang berdosa tu Fida dan ayah anak Fida tu. Perut Fida tu pun semakin membesar. Fida fikirkan tentang anak tu dulu. Setakat ni, kami sekeluarga okey lagi. Abang Syah ni, Fida jangan bimbang,.tahulah akak nak control dia nanti,..’’ air mata Fida sudah merembes laju. Disangkanya Saisah orang yang paling gembira kalau dia minta cerai, tapi sebaliknya yang terjadi. Syahrul juga sudah memandang penuh keraguan. Dia tak percaya Saisah akan cuba menghalang Fida dari memohon cerai. Dia keliru!
‘’Sayang ikhlas ke ni? Kalau macam tu,..tak payah cerai teruslah! Abang lagi suka!’’ Syahrul cuba mengambil kesempatan. Saisah sudah menjeling geram.
‘’Jangan macam tu abang Shah! Fida tak mahu terus menyakitkan hati akak yang sudah banyak menabur budi untuk Fida. Bukan senang untuk terima hakikat bermadu ni. Fida sendiri pun dapat merasakannya!’’ Fida terlepas cakap. Saisah dan Syahrul sudah memandang penuh tanda tanya ke arahnya. Apa maksud Fida? Itu yang mereka fikirkan.
‘’Akak tak faham! Maksudnya,..Fida pun sakit hati ke bermadu dengan akak?’’ Saisah terus menyoal. Keraguan di hatinya perlu diungkapkan.
‘’Errr,..bukan macam tu,.mungkin Fida cemburu tengok akak dengan abang bahagia! Fida tak pernah dapat apa yang Fida nak sejak kecil,.’’ Fida tak berani nak meneruskan kata-katanya. Dia tahu, siapa dirinya untuk disayangi. Dia sendiri pun, tak sampai hati nak meminta haknya sebagai seorang isteri.
‘’Hmmm,..’’ sepatah kata yang keluar dari bibir Syahrul membuatkan Saisah terus memandang ke arahnya. Dia sendiri pun serba salah. Kalau ikut kata hatinya, Syahrul hanya miliknya seorang! Not for share! Kata omputih,..
‘’Akak pun serba salah,.nak dikongsi,akak yang bakal makan hati. Nak dikawal abang Syah ni, takut akak yang berdosa, abang Syah lagilah berdosa,.tapi akak pernah dengar ceramah seorang ustaz ni,. Fida dengan abang memang tak boleh ‘bersama’ selagi Fida tak melahirkan. Hukumnya akak tak pasti,.macam orang cakap, abang ni ‘pak sanggup’saja.’’ Saisah menjelaskan sekali lagi apa yang dia tahu. Tak salah kongsi ilmu ni.Walau ada cemburu yang akan merebak dalam dada. Huhuhu,..
‘’Fida faham akak, abang. Apa yang Fida dapat ni pun, dah cukup baik dah! Akak tak tarik rambut Fida macam dalam tv tu pun, Fida dah bersyukur sangat!’’ Fida meluahkan kata sambil bibirnya mengukirkan senyuman. Saisah dan Syahrul pun turut melebarkan senyuman. Terbayang dalam minda masing-masing adegan tarik-tarik rambut dan saling memaki hamun madu-madu di tv. Ada juga drama yang madunya sentiasa berbaik sangka. Selalunya isteri pertama yang banyak mengalah.
‘’Tak teringin nak praktis ke? Abang boleh jadi pengadil!’’ Syahrul bersuara-tiba-tiba, memecah keheningan yang seketika tadi. Fida dan Saisah sudah memandang pelik ke arahnya.
‘’Daripada kami bertarik rambut sesama kami,..lebih baik kami tarik rambut abang!’’ Saisah menjawab tenang. Fida sudah mengulum senyum memandang wajah Syahrul yang sudah tidak keruan. Saisah jungkit kening dan memberi isyarat kepada Fida. Syahrul pula berwajah resah. Salah cakap, diri sendiri bakal jadi mangsa?!
‘’Ready! Go!!,.’’ Saisah bersuara dan bangun pantas, diikuti Fida dan menghala ke arah Syahrul. Syahrul yang panik terus bangun dan melarikan diri. Akhirnya Fida dan Saisah sudah ketawa berlambak melihat gelagat Syahrul. Tahu pun takut!