My Channel in Youtube

My Channel in Youtube
Jom Langgan!

Isnin, 29 Julai 2013

LOVE 4EVER BAB 17,18,19,20


BAB  17

                    SAISAH MAZEATI resah.Sepatutnya Syahrul sudah pulang ke rumah tapi sampai sekarang Syahrul belum sampai lagi.Marah benarkah Syahrul padanya atau Syahrul ditimpa sesuatu.Saisah cuba menghubungi Syahrul tapi berbelas kali nombor  Syahrul didail panggilannya tetap tak berjawab.

               ''Mama!,.abang Syah ada call mama tak?'' Saisah bertanya ibu mertuanya pula.Hari ini Saisah tutup kedai kek lagi dan menunggu Syahrul di rumah.Masing-masing teruja untuk menyambut kepulangan Syahrul tapi orang yang ditunggu bayangnya pun belum kelihatan walau pun malam bakal bertandang.

         ''Tak ada pulak! Sabarlah Zeati!,..nanti sampailah tu!'' Puan Mawar cuba menenangkan hati menantunya walau hati dan fikirannya sendiri pun sedang runsing.

        ''Kenapa dengan abang ni? Call tak angkat.Mesej tak berbalas,.'' Saisah merungut perlahan.Sekali sekala dia akan menuju ke tingkap dan mengintai keluar.Gelagatnya di perhatikan oleh Puan Habsah dan Puan Mawar.

          ''Ibu!,.ibu cakap abah nak balik.Tak balik pun ibu?'' Ariesya yang sedang bermain dengan permainannya bersuara.Saisah cuba juga tersenyum untuk anaknya itu.Ariesya dihampiri,wajah anak kecil itu dipandang sayu.Setiap kali wajah Ariesya dipandang kerinduannya pada Syahrul semakin membuak-buak.Walau apa pun tanggapan Syahrul terhadapnya Saisah tak mampu untuk membenci Syahrul.Kasih dan sayangnya pada Syahrul sudah tepu di hatinya.

        ''Ibu tak tahu sayang!,.mungkin abah tak jadi balik hari ni.Iesya belum mandi lagi ni.Jom ibu mandikan.Comotlah anak ibu ni,.'' Saisah tertawa kecil, cuba menghilangkan resah di hatinya.Tangan Ariesya dipegang dan dipimpin hingga ke bilik air.Puan Habsah dan Puan Mawar saling berpandangan.

        ''MAMA!,.tolong Rul mama!,.'' sebaik panggilan dijawab Puan Mawar sudah mendengar suara Syahrul.Kalut bunyinya.Puan Mawar cemas.Perubahan wajahnya dapat dikesan oleh Puan Habsah.

       ''Syahrul!,.cuba bawa bertenang.Kenapa ni? Zeati call Rul tak angkat.Ni dah dekat nak malam pun.Rul jadi balik ke tidak ni? Iesya pun dah banyak kali dah tanya,'' Puan Mawar terus menyoal Syahrul.Dalam risaunya ada juga perasaan geramnya pada Syahrul.

                 ''Rul ada kat luar ni mama tapi Rul tak berani nak masuk.Zeati dengan ibu ada mama?'' Puan Mawar terus membuka pintu dan keluar sebaik Syahrul habis berkata-kata.Laju langkahnya menarik perhatian Puan Habsah dan tanpa bersoal jawab Puan Habsah mengikut jejak langkah Puan Mawar hingga ke luar rumah.

        ''Syahrul!'' Puan Mawar memanggil Syahrul yang membelakanginya.Syahrul menoleh dan menerpa pada Puan Mawar.Kedua tangan Puan Mawar digapai dan dicium bertubi-tubi.Tubuh Puan Mawar pula dipeluk kemas.

      ''Maafkan Rul ma.Rul dah buat salah dengan semua orang.Dengan mama,ibu dan Zeati tapi Rul tak sengaja mama.Rul kena fitnah,'' sambil mengongoi menangis dibahu Puan Mawar Syahrul bersuara.Puan Habsah yang turut ada bersama mula hairan dengan gelagat Syahrul.

      ''Kenapa ni Syahrul? Apa yang Syahrul dah buat?'' Puan Habsah bertanya dengan wajah yang tenang.Syahrul yang turut menyedari ibu mertuanya itu terus meluru pula pada Puan Habsah.Seperti tadi digapai pula tangan Puan Habsah dan dicium bertubi-tubi.

          ''Maafkan Rul ibu kerana menduakan Zeati,.'' Syahrul meluahkan juga apa yang seharusnya.Dia menanti dengan berdebar apa reaksi mama dan ibu mertuanya.

        ''Apa maksud Rul ni hah?,.Rul jangan cakap Rul dah ada perempuan lain?'' Puan Mawar meradang tiba-tiba.

       ''Rul tak bersalah mama! Rul kena fitnah.Rul langsung tak kenal perempuan tu.Sungguh mama!!!,.Rul tak tipu.Tiba-tiba saja Rul dipaksa nikah dan siang tadi Rul dah nikah dengan perempuan tu,.'' Syahrul berterus terang.Puan Habsah dan Puan Mawar sudah menangis.

           ''Ya Allah! Bala apa yang kau bawa balik ni Syahrul.Lepas satu hal satu hal pulak yang sampai.Apa mama nak cakap dekat Zeati ni?'' Puan Habsah dan Puan Mawar pula saling berpelukan sambil menangis, tanpa sedar Saisah dan Ariesya sudah keluar dan sedang menyaksikan drama air mata mereka.

       ''Yea,.yea,.abah balik!,.abahhh!!!'' Ariesya yang tidak tahu apa-apa terus berlari mendapatkan Syahrul.Tiga pasang mata yang masih berdiri di pintu pagar tersentak mendengar suara Ariesya.Syahrul dengan pantas mengelap air mata yang masih bersisa dan mengukirkan senyuman.Ariesya yang berlari ke arahnya dipeluk dan dicium pipi kiri dan kanannya.Ariesya diangkat dan didukung.Pandangan Syahrul kini dihalakan pula ke arah Saisah yang masih tegak di depan pintu.Langsung tidak berganjak.

       ''Syah!'' suara seorang perempuan menarik perhatian semua orang untuk menoleh.Fida yang sedang menarik beg pakaian menuju ke arah Syahrul terus jadi tumpuan.Saisah yang memerhati di depan pintu terus berlari masuk ke dalam rumah dengan air mata yang bercucuran laju.

        Tanpa mempedulikan kehadiran Fida,Ariesya terus diserahkan pada Puan Mawar dan Syahrul terus berlari masuk ke rumah.Syahrul tak mahu Saisah salah faham dengannya.Situasi sebenar harus dijelaskan pada Saisah.

        Syahrul terus menuju ke bilik mereka.Saisah yang sedang menyembamkan wajahnya di atas katil dihampiri.Pintu bilik dikunci kerana risau Fida akan menerpa masuk ketika dia sedang cuba memahamkan Saisah.Syahrul faham mana ada wanita yang sanggup diduakan.

       ''Sayang!,.jangan macam ni.Abang perlukan Zeati saat ni.Jangan buat abang macam ni please!,.'' bahu Saisah diusap perlahan.Syahrul menghampiri Saisah lebih dekat dan cuba merangkul Saisah dari belakang.Saisah terus keraskan badan dalam esak tangis yang semakin menyesakkan nafas Syahrul.

         ''Semuanya bukan seperti yang Zeati sangka.Macam gambar Zeati,abang tahu semua tu fitnah.Mungkin ada orang yang cuba nak porak perandakan rumahtangga kita,'' Syahrul masih cuba memujuk Zeati.Perlahan Saisah bangun dan mengesat air matanya.Dia duduk dan mengadap Syahrul.Wajah Syahrul dipandang.

          ''Siapa perempuan tadi? Kenapa abang bawa dia balik sekali.Apa hubungan dia dengan abang??'' dengan suara yang serak dan esakan yang masih bersisa Saisah menyoal Syahrul.

          Syahrul bungkam,tadi dia menyangka Saisah sudah mendengar semua pengakuannya.Saisah cuba dirangkul sekali lagi agar Saisah kembali tenang sebelum dia menerangkan segala-galanya.Namun cubaannya tidak berjaya bila Saisah menepis tangannya.

       ''Abang bagitau Zeati dulu.Siapa perempuan tu?'' Saisah masih bersuara tegas.Syahrul sudah mula merangka ayat yang sesuai di mindanya.Bak kata orang situasi Syahrul sekarang ibarat 'menarik rambut di dalam tepung.Rambut jangan sampai putus dan tepung jangan sampai berselerak'.

       ''Zeati percaya abangkan?'' Syahrul mencari kepastian.

        ''Abang tak percayakan Zeati kenapa pula Zeati perlu percayakan abang?'' Saisah mengungkit balik mengenai keraguan Syahrul terhadap dirinya.Wajahnya dimasamkan.Dengan pantas Syahrul menarik Saisah ke dalam pelukannya.Kali ini tidak pula Saisah menolak.Perasaan marah,rindu dan sayang itu kini bersatu dijiwanya dan ternyata perasaan sayang dan rindunya pada Syahrul melebihi perasaan marahnya.

           ''Maafkan abang sayang! Maafkan abang!,.Allah dah bayar cash kat abang.Macam mana yang berlaku kat Zeati.Itu juga yang berlaku kat abang,.'' Syahrul mula menceritakan segala-galanya pada Saisah.Bermula dengan pertemuannya dengan Fida di Empangan Mengkuang hinggalah pernikahannya dengan Fida.

             ''Habis,.apa rancangan abang sekarang.Abang nak simpan dia di rumah ni ke? Zeati tak nak kongsi abang dengan dia!,.'' Saisah nekad dengan keputusannya.Dia tak nak kehilangan Syahrul dan dia juga takkan kongsi Syahrul dengan perempuan lain.

           ''Siapa cakap sayang akan kongsi abang dengan dia,.hmm??,.Abang ni tetap milik Saisah Mazeati selama-lamanya.Hati abang ni hanya satu ja tau.Tubuh abang ni pun satu saja tau.Takkan sayang tergamak nak potong abang pulak? Nak lapah-lapah abang pulak?'' Syahrul cuba menceriakan keadaan.Tubuh Saisah terus dirangkul erat dan kedua pipi Saisah dicium betubi-tubi melepaskan kerinduan yang sekian lama bersarang di dadanya.

            ''Lepaslah abang!!,..Zeati tak cakap pun Zeati dah maafkan abang.Abang jangan nak ambil kesempatan erk!,.'' Saisah cuba meloloskan diri dari rangkulan Syahrul.Hatinya belum lagi terpujuk sepenuhnya Syahrul sudah pandai mengambil kesempatan.

            ''Abang rindu tau!,.rindu sangat-sangat kat isteri abang ni.Sayang!,.tolong memihak pada abang.Jangan biarkan orang yang nak menghancurkan rumahtangga kita ni berjaya.Abang tak sanggup kehilangan sayang.Percayakan abang ya! Kita buang yang keruh.Kita ambil yang jernih.Abang berjanji,abang pun takkan meragui sayang lagi selepas ni,.''

                Syahrul merenung tepat ke wajah Saisah terus mata bertentang mata.Saisah membalas renungan Syahrul.Wajah yang dirinduinya itu Saisah tatap sepuasnya.

           ''Zeati rasa Zeati tahu siapa dalangnya yang cuba merosakkan rumahtangga kita!,.'' Saisah bersuara perlahan.Syahrul tersentak.

BAB  18

           AJMAL IDHAM ketawa berdekah-dekah di dalam biliknya Puas hatinya sekarang bila menyaksikan sendiri pernikahan Syahrul Nizar.Kini rasa sakit hatinya pada Saisah Mazeati terbalas.Tentu Saisah sedang menangis tak berlagu sekarang kerana telah diduakan.Padan muka kau Saisah!,.kalau bermain dengan api terbakarlah jawabnya.Kau belum kenal siapa sebenarnya Ajmal Idham!

          Ajmal berangan-angan dalam hati.Selepas ini tentu Saisah akan meminta cerai daripada Syahrul.Ketika itu dia akan mencelah dan akan masuk jarum biar hubungan mereka terus terputus.Ajmal ketawa lagi.

        SEMENTARA itu Saisah yang sudah terpujuk dengan pujukan Syahrul sudah keluar dari bilik dan menuju ke dapur untuk membantu ibu dan ibu mertuanya menyiapkan makan malam mereka.Syahrul Nizar pula menyegarkan diri di bilik mandi.Lapang rasa dadanya bila Saisah ternyata memahami situasi yang dialaminya.

      ''Mana perempuan tu?'' masuk saja ke dapur Saisah sudah menyoal ibunya.Puan Habsah menoleh kepada Saisah.Nampak tenang pula wajah Saisah.Entah ayat apa yang 'digoreng' Syahrul padanya.Itu yang Puan Saisah fikirkan.Dia juga wanita,dia tahu bukan mudah menerima kenyataan kalau diri sendiri dimadukan.

        ''Zeati okey???'' Puan Habsah menyoal Saisah pula.

        ''Okey!,.perempuan tu yang bakal tak okey sekejap lagi!'' Saisah bersuara serius.Puan Habsah memandang Puan Mawar yang sedang menyuap Ariesya makan.Puan Mawar mengerutkan dahinya.Risau juga mendengar penyataan menantunya itu.

        ''Zeati nak buat apa?'' Puan Habsah bertanya resah.

        ''Tak tahu lagi ibu.Mungkin nak ajak dia bergusti ke,bertinju ke,.tengoklah dulu!'' Saisah cuba sembunyi senyum bila melihat wajah ibu dan ibu mertuanya.Dalam mindanya memang ada agenda yang sedang dirancang.

        ''Mama kalau boleh memang tak mahu masuk campur tapi mama harap semarah mana pun Zeati,ingatlah! Allah sentiasa ada di sisi kita.Bertindaklah ikut akal bukan ikut perasaan,.'' Puan Mawar pula bersuara.Dia tak bertujuan untuk memihak pada siapa-siapa cuma kalau boleh perkara ini biarlah diselesaikan dengan aman.

      ''In Sya Allah mama!,.'' Saisah memberi jaminan sambil menghidangkan makanan di atas meja.

         ''Makanan dah terhidang tu.Pergi panggil Syahrul Zeati!,.panggil Fida sekali!'' Puan Habsah sudah memberi arahan.Saisah jungketkan keningnya pada ibunya.

         ''Perempuan tu nama Fida? Tak payahlah makan sekali ibu.Buat sakit jiwa ja tengok muka perempuan tu.Yang tengah lapar pun terus jadi kenyang,'' Saisah buat alasan.Puan Habsah mengelengkan kepalanya.

        ''Dia tetap tetamu kita Zeati.Lagi pun kami dah berbual dengan dia tadi.Dia perangkap Syahrul bersebab,'' Puan Habsah cuba memujuk Zeati walau perkara ini menyakitkan hatinya juga.Bila difikirkan dengan ujian dari Allah Puan Habsah tidak mahu terus melatah dengan menyalahkan Syahrul.

          Saisah tidak mempedulikan arahan dari ibunya.Kalau lapar pandailah perempuan tu keluar cari sendiri.Ditariknya kerusi dan mula duduk.Dicapainya pinggan dan menyendukkan nasi.Belum pun Saisah sempat menyuap Syahrul dah masuk ke dapur.

        ''Ha Syahrul!,.eloklah tu,Syahrul tolong panggilkan Fida makan nasi,.'' Puan Habsah bersuara pada Syahrul sambil menjeling Saisah dimeja makan.

          ''Hah!,.jangan nak mengatal! Abang berani jejak bilik perempuan tu.Siap!'' Saisah terus bangun sambil memberi amaran pada Syahrul walau pun Syahrul belum sempat bersuara.
            Syahrul tercengang,bila melihat ibu mertuanya sudah tersenyum simpul Syahrul turut sembunyi senyum.Saisah yang terperasan dengan wajah Syahrul pantas tangannya terus bertindak.

         ''Ouchh!!,.sakitlah sayang.Ni apasal ni.Ribut tak,angin tak, dapat makan ketam batu free?'' Syahrul mengosok laju perutnya yang teramat pedih dipulas Saisah.Memang betul-betul pulasan membawa maut!

           ''Tu baru sikit!,.yang selebihnya tunggu lepas ni Zeati bayar cash!'' Saisah terus berlalu selepas memberi amaran.Sebaliknya Syahrul sudah ketawa dengan amaran Saisah.Dah lama Syahrul kenal dengan Saisah.Nampak saja brutal tapi senang dipujuk.

          ''Abang tak sabar nak tunggu!'' Syahrul melaung kuat bertujuan untuk menyakat.Saisah mengetap bibir namun kakinya terus melangkah menuju ke bilik tamu yang dulunya adalah bilik Syahrul.

           Pintu bilik diketuk.Bila tiada respon Saisah terus memulas tombol pintu dan menjengukkan kepalanya ke dalam bilik. Fida yang sedang menelentang di atas katil dihampiri.Saisah memerhatikan wajah Fida yang sedang lena itu.Cantik!,.itu fikirnya.Sebentar kemudian Saisah mencebirkan bibirnya.Huh!,.harapkan muka ja cantik tapi perangai belum tentu.

          ''Oitt perempuan!,.bangunlah! Makan,.'' Saisah menepuk bahu Fida perlahan.Kalau ikutkan hatinya yang tengah marah memang nak ditepuk sehabis tenaganya.Biar perempuan tu terkejut dan terus k.o.

           ''Oii!,.bangunlah!!!,.'' Saisah kuatkan suaranya.Terpisat-pisat Fida mengenyeh mata.Wajah Saisah dipandang.
       
         ''Aku ngantoklah perempuan! Kau nak apa?'' kasar suara Fida bertanya.Saisah menahan sabar.Orang nak kejutkan dia untuk makan pun dah banyak rahmat.Lagi banyak songgeh.Saisah bermonolog di dalam hati.

          ''Kau tak mau makan ke? Kang mati kebulur pula dalam bilik ni!'' Saisah pun turut mengeraskan suaranya.Biar kena buku dengan ruas.Tu baru betul.

        ''Nantilah! aku nak mandi dulu.Nanti kau bawa masuk dalam bilik ni.Aku makan dalam bilik ja.Aku malas nak keluar!'' mendengar kata-kata Fida Saisah terus membuntangkan matanya.Laju jemari Saisah meluku kepala Fida tanpa sedar.

        ''Woii!,.sakitlahhh!!,.'' Fida bertempik.Saisah bercekak pinggang.

         ''Kau bernasib baik tau sebab aku tak bunuh kau kerana dah perangkap Syahrul dan nikah dengan dia.Dahlah!,.malas aku nak layan manusia bodoh macam kau ni.Kalau kau lapar kau keluar makan di dapur.Tak ada orang yang nak jadi kuli kau dalam rumah ni,.'' Saisah berlalu meninggalkan Fida yang masih terpinga-pinga.Perempuan ni lagi ganas.Ada hati nak bunuh aku.Fida menghantar Saisah dengan pandangan geram.Siapa perempuan ni? Adik Syahrulkah? Tapi,..ahh,peduli apa aku.Yang penting! Masyukkk!!,.Fida berdialog di dalam hati.

BAB  19

             ''SAYANG!,.terima kasih kerana sudi percayakan abang,.'' selepas Ariesya tidur Syahrul mula menghampiri Saisah yang masih membaca novel.Hai!,.tak habis-habis dengan novel dia.Tadi Syahrul terpaksa melayan kerenah Ariesya.Jadi Saisah memberi peluang Ariesya untuk melepaskan rindunya pada Syahrul.

        ''Huh!,.Zeati bukan macam orang tu!'' Saisah bersuara walau matanya masih setia pada ayat-ayat dalam novel yang dipegangnya.

         ''Sorry sayang!,.abang bukan tak percayakan sayang tapi abang cemburu tau tak? Siapa lelaki tu?'' Syahrul menyoal Saisah yang masih leka menatap muka surat demi muka surat Novel hasil karya Rehan Mahthar,Suami Tak Ku Hadap.Saisah meletakkan novel di atas ribaannya bila Syahrul sudah berada di sebelahnya.

        ''Takkan abang tak kenal? Anak Dato Huzaimi,budak 'perasan bagus' tu!'' Saisah menyoal Syahrul kembali.Dia bangun dan meletakkan novel di atas meja sofa di dalam biliknya dan kembali ke katil.

      ''Budak perasan bagus?'' Syahrul kerutkan dahi.Mindanya cuba mengingat kembali gambar yang dikirim padanya tempoh hari.

          ''Ajmal Idham Dato Huzaimi,.takkan abang tak ingat?'' Saisah mengingatkan Syahrul sambil merebahkan tubuhnya ke tilam.Syahrul turut berbaring di sebelahnya sambil mengiring mengadap Saisah.Tangan Saisah digapai dan diletakkan dipinggangnya.

          ''Buat apa dia jumpa sayang?'' ada sedikit nada keras di situ.Saisah yang sudah terasa lain dengan nada Syahrul terus menarik tangannya dan cuba membelakangkan Syahrul.Dengan pantas Syahrul bertindak menghalang Saisah dan meminta Saisah untuk berpusing dan mengadap dirinya semula.

          ''Sorry k!,.abang tak sengaja.Okey! kita bincang dari hati ke hati.Abang janji abang tak tinggikan suara lagi,.'' Saisah mencebik dan tangannya turut beraksi.Dendamnya belum berbalas lantas lengan Syahrul dipiat kuat.Menyeringai Syahrul menahan sakit.

       ''Zeati!!!,.habis la berbirat badan abang kalau macam ni!'' sambil bersuara Syahrul mengosok lengannya yang pedih.Ni bukan cubit sebarang cubit tapi cubitan yang maha beracun.

          ''Padam muka!,.tu hukuman untuk abang.Sebab pertama abang tak percayakan Zeati.Sebab kedua abang dah bawa balik madu untuk Zeati.Sebab ketiga sebab abang cemburu tak bertempat.Abang tahu tak,Ajmal tu sejak tingkatan 1 lagi dah cuba tackle Zeati.Kalau Zeati nak,dah lama Zeati couple dengan dia,.'' Saisah berterus terang.Selama ni Saisah tak pernah ceritakan perihal yang macam ni pada Syahrul.Padanya cukuplah hatinya hanya milik Syahrul.Hal yang lain langsung tak penting.

       ''Buat apa dia jumpa Zeati?''  suara Syahrul diperlahankan walau hatinya tengah berasap.Sambil tu rambut Saisah diusap dan Saisah ditarik semakin rapat ke arahnya.Saisah menarik nafas sebelum menjawab.Wajah Syahrul yang semakin rapat dengan wajahnya membuatkan nafas Saisah semakin semput.

        ''Dia cakap dia nak Zeati,.'' Saisah cakap direct.Syahrul dah mendengus kasar.

        ''Sayang tak cakap sayang dah kawen?'' Saisah terus menceritakan segalanya pada Syahrul termasuk mengenai Syarikat ayah mertuanya yang didakwa Ajmal telah dibeli oleh Dato Huzaimi.Syahrul mendengar dengan teliti.Dalam hatinya sudah bernekad untuk menyiasat siapa dalang yang membuatkan syarikat papanya muflis.

        ''Dahlah,.jom tidur!,.Zeati banyak hutang dengan abang tau.Abang nak sayang langsaikan malam ni jugak!'' Syahrul dah tersenyum nakal.Saisah mencebik.Hutanglah sangat!

       ''Sepatutnya malam ni abang first night dengan bini muda abang tu,.'' Saisah sekadar menguji.Syahrul tergelak.Timbul idea di mindanya untuk menyakat.

     ''Ha'ah,.abang pun tak ingat.Kalau nak ikut giliran esok baru giliran sayangkan?Terima kasih sayang kerana tolong ingatkan abang,'' Syahrul terus bangun dan pura-pura nak keluar dari bilik.Saisah sudah bergenang air mata menahan sebak.

        Baru beberapa langkah Syahrul dah berpatah balik.Melihat Saisah yang sudah berkelubung dalam selimut mengundang senyuman dibibirnya.

     ''Aloloo,.sayang abang merajuk lagi ea?,.Tulah!,.lain kali jangan ingatkan abang,'' kain selimut Syahrul tarik perlahan namun,.

     ''Auww,.sayanggg!!!,.'' Syahrul dah tergolek tepi katil.Kan dah kena tolak sampai jatuh katil.Main-mainlah juga dengan Puan Saisah Mazeati ni.
           Syahrul bangun dan mengosok-gosok pinggang dan punggungnya.Katil dipanjat lagi dengan penuh hati-hati.Serik!,.amekaw Syahrul.Lupa la tu Saisahkan ada tali pinggang hitam.

         ''Sayang!,.abang angkat bendera putih.Tak nak main-main lagi,.'' Syahrul baringkan diri ditepi Saisah.Air mata Saisah dilap dengan hujung jarinya.Dahi Saisah dikucup.Saisah rapatkan bibirnya ke pipi Syahrul.Syahrul biarkan dan memejamkan matanya.

       ''Sayanggggg!!,.againnn!!,.'' Saisah puas hati.Berbekas pipi Syahrul kena gigit.Berair juga mata Syahrul.Ganas sungguh! Isteri siapa la ni?

         ''Zeati tak ada mod nak layan abang malam ni.Tu semua free gift dari Zeati special untuk abang sorang ja.Kalau abang nak lebih lagi pun Zeati tak kisah.Berani-beranikanlah diri kacau Zeati lagi ya!,.'' Saisah terus pusingkan tubuh membelakangkan Syahrul.Bengkek hatinya bila Syahrul masih nak mainkan perasaannya lagi.

        ''Sayang!,.takkan macam ni ja kot.Abang rindu tau!!,.'' Syahrul masih mencuba nasib.Dalam hati masih ada niat untuk menyakat tapi tak berani pula untuk bersuara dan malam tu Syahrul terlena hanya dengan memeluk Saisah dari belakang.Heh! nasib kau la Syahrul Nizar oii!!,.
           
               ''SYAHRUL!,.Ya Allah! Kenapa dengan pipi tu?'' Puan Mawar terkejut besar pagi tu bila mendapati pipi anak lelaki tunggalnya dah berbekas.Puan Habsah turut sama menoleh ke arah Syahrul.Saisah Mazeati yang turut sama berada di ruangan dapur buat-buat bodoh seolah tiada apa yang berlaku.

          ''Tak ada apalah mama.Menantu mama tu.Terlalu rindu kat Rul la ni.Kalau boleh sekali dengan Rul ni dia nak telan,.'' Syahrul bersuara selamba sambil tergelak kecil.Saisah dah menjeling tajam.Kedua-dua orang ibu sudah mengelengkan kepala.

       ''Zeati!,.kenapa sampai macam tu sekali buat kat Syahrul? Berdosa tu sayang!'' Puan Habsah menasihati Saisah.Syahrul menjungketkan kening berkali-kali pada Saisah.Saisah mencebik dan menjulingkan matanya ke atas.

           ''Biarlah ibu!,.buat kenangan!!,.'' selamba juga Saisah menjawab sambil menuangkan air ke dalam cawannya,duduk dan terus minum tanpa melayan Syahrul macam kebiasaannya.Terpaksalah Syahrul melayan diri sendiri.Puan Mawar dan Puan Habsah saling berpandangan.

          ''Iesya belum bangun Zeati?'' Puan Habsah mengubah topik.Dia tahu hati Saisah masih sakit.Walau nampak wajahnya begitu tenang.Hati di dalam siapa yang tahu?

      ''Belum lagi ibu! Abang jaga Iesya ya hari ni!!,. Zeati dah lama tak buka kedai.Ibu!,.perempuan tu dah bangun ke belum?'' dalam mengarah Syahrul, Saisah menyoal ibunya.

       ''Sayang nak suruh abang jaga Fida sekali ke?'' Syahrul pamer senyum sambil menyoal,dirinya dijarakkan sedikit dari Saisah.Tahu pun takut!

      ''Nope!,.jangan harap abang boleh berdua-duaan dengan dia.Bila dia dah bersetuju jadi madu Zeati bermakna dia dah menempatkan dirinya untuk menjadi hamba abdi Zeati selamanya,.'' Puan Habsah,Puan Mawar dan Syahrul saling berpandangan.Akhir sekali pandangan mereka beralih pada Saisah yang selamba menyuap bihun goreng ke mulutnya.

         Dalam diam Syahrul memuji Saisah dalam hati.Saisah yang dikenalinya memang seorang yang tak mudah mengalah dengan begitu mudah.Semakin bertambah rasa kasih dan sayang Syahrul Nizar buat Saisah Mazeati.Kau isteriku dan akan tetap jadi milikku selamanya.Syahrul bermonolog di dalam hati.

BAB  20

                Selepas Puan Mawar dan Puan Habsah keluar Ariesya pun bangun dari tidur.Seperti biasa Saisah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu.Kali ini tugasnya dibantu oleh Syahrul.Selepas memandikan Ariesya Syahrul menyuap Ariesya makan sementara Saisah mengemas rumah.

             Selepas Ariesya habis makan Syahrul membawa Ariesya keluar.Tinggallah Saisah dan Fida di rumah.Saisah melebarkan senyuman kerana agendanya akan bermula sebentar lagi.Bila kelibat Syahrul dan Ariesya menghilang Saisah berlalu ke bilik Fida.Tombol pintu dipulas.Ahh!,.kuncilah pulak!.Saisah mengetuk kuat pintu bilik sambil melaung.

          ''Woii perempuan!,.aku pecahkan pintu ni kang!'' sambil melaung pintu tetap diketuk namun masih tiada respon dari dalam bilik.Saisah bengang lalu kunci pendua dicari di bilik ibunya.Semua laci almari diselongkar.Saisah tersenyum puas bila kunci yang dicari ditemui.Dia kembali semula ke bilik Fida dan membuka pintu bilik.

          Fida yang masih terbongkang di atas katil dihampiri.Ni mesti tak bangun solat subuh.Matahari dah terpacak atas kepala pun masih terbongkang lagi.Saisah mencari idea untuk mengejutkan Fida dengan cara yang lebih istimewa.Kot-kot boleh menjadi kenangan untuk seumur hidup.

         Fikir Saisah fikir!,.nak siram air tak best sangat kot!,.Saisah garu kepala sambil otak terus berjalan.Dan,.bila idea sudah datang Saisah terus lebarkan senyuman.

         "Api,.api,api,.rumah terbakar!,.api,.api,.!'' Saisah menjerit kuat sambil mengetuk buntut kuali dengan senduk.Berdentang denting bunyinya.Fida terlompat bangun sambil tercenggang.Terus dia menuju ke pintu bilik dan menerpa keluar dari rumah.

       ''Api!,.api!,.tolong ada api!,.'' dengan wajah dan rambut yang kusut masai Fida berlari ke pintu pagar.Saisah di dalam rumah sudah terbahak-bahak ketawa.Tu la! Pengajaran untuk orang yang bangun lewat.

          ''Oiii perempuan!!,.sudahlah tu mimpi sikit-sikit.Ni sampai mengigau ke pintu pagar,apa kes?'' Saisah melaung kuat Fida yang masih tercenggang di pintu pagar.Fida yang masih terpinga-pinga memandang sekeliling.Ramai jiran-jiran sebelah yang memerhatikan dirinya sambil tersenyum simpul.Fida pandang dirinya yang berbaju tidur jarang paras paha.Seksi ya amat! Fida terus berlari masuk ke rumah.Bibirnya diketap geram.

         ''Kau tak solat subuh ke pagi tadi??? Burung pun dah terbang pergi cari makan, yang kau masih terbongkang lagi dalam bilik tu apa hal? Pergi mandi dan siap! Selepas makan aku nak bawa kau pergi kedai buat kerja.Jangan ingat kau boleh goyang kaki,.'' Saisah bersuara tegas.Fida dah menjeling tajam padanya.

              ''Apa jeling-jeling? Aku cungkil biji mata tu baru tau!,.'' Saisah yang terperasan dengan jelingan Fida terus mengugut.Fida mendengus geram.Belum masanya lagi untuk membalas.Itu fikirnya.

          Bila Fida masuk ke bilik Saisah mengikutnya dari belakang.Fida yang menyedari Saisah ada di belakangnya terus menoleh.

           ''Kau nak apa ikut aku?'' Fida soal kasar.Saisah tayang wajah selamba.

            ''Rumah aku!,.ikut suka aku arr!,.cepatlah mandi!!,.aku bagi kau masa sepuluh minit ja.Lambat!,.kau akan didenda.Takkan ada sarapan untuk kau!,.'' Fida mencebik lagi.Tuala diambil sebelum masuk ke bilik mandi dan menghempaskan pintu bilik mandi dengan kuat.

         ''Woii!,.jahanam pintu bilik air tu,.. kau siap!!'' Saisah melaung kuat dan berdehem selepas itu.

     ''Boleh pecah anak tekak aku kalau macam ni,.'' Saisah berdialog seorang diri.


               SAISAH pandang Fida atas bawah,atas bawah.Pakaian yang di pakai Fida seolah pakaian yang dipinjam dari adiknya yang berumur sepuluh tahun.Saisah mengeleng perlahan.Beg baju Fida diselongkar.Fida membulatkan matanya bila melihat Saisah mengeluarkan semua pakaiannya.

          ''Woii perempuan!,.kau ni dah kenapa?'' Fida bengang dengan Saisah.Sejak semalam Saisah asyik mencari pasal dengan dirinya.

        ''Kau tak ada baju lain yang besar sikit ke? Baju budak kecik tu jugak yang kau nak pakai? Lebih baik kau telanjang ja! Boleh jugak jantan-jantan mata keranjang di luar sana tengok free show kau tu!'' Saisah bersuara tegas.Tak suka betul bila tengok Fida pakai baju yang macam sarung nangka tu.

       ''Kau siapa? Nak tentukan apa yang aku pakai? Badan aku! Aku punya suka la nak pakai apa pun!'' Fida tak puas hati.Selama ni kawan-kawannya tak pernah menegur apa yang dia pakai.

          ''Perempuan!,.kau dengar sini elok-elok.Kau sekarang ni isteri abang Syahrul! Suami ter'Chinta' aku tu.Kalau kau pakai seksi.Dedah sana,dedah sini.Abang Syahrul tu yang tanggung dosa kau.Kau tak solat? Abang Syahrul yang tanggung dosa kau.Faham!!,.aku tak nak kau heret abang Syahrul tu masuk neraka sekali dengan kau!!'' Fida membuntangkan matanya.Jadi,.perempuan di depannya adalah isteri Syahrul?

          ''Apa maksud kau, Syahrul tu suami kau? Syahrulkan baru habis belajar?'' Fida bertanya tidak percaya.Setahu dia Syahrul baru berumur 22 tahun.Takkan,.takkanlah yang berdiri depannya sekarang adalah madu,.. arghhh,..Fida stress.Takkan dia bermadu.Dia baru plan untuk mengoda Syahrul dengan menjadikan Syahrul tu miliknya seorang.Syahrul tu manusia biasa.Tentu akan mudah tergoda tapi,. Fida pandang Saisah atas dan bawah.Perempuan di depannya ini lebih cantik dari dirinya.Berkulit putih gebu dengan baju labuh.Nampak sangat sempurna dari segala segi.

          ''Apa? Kau jangan nak bagi alasan! Buang semua baju tak guna kau ni ke dalam tong sampah.Untuk hari ini pinjam baju aku dulu.Dan,.satu hal lagi mulai hari ini aku nak kau solat.Jangan tinggal walau satu waktu pun,.'' gulp!!!,.Fida telan air liur.Solat? Tak pernah dia solat sejak 18 tahun dia hidup.Dia dan abang dia anak terbiar.Sejak kecil mereka merempat selepas dihalau keluar oleh mak usunya selepas emak dan ayahnya meninggal.

        ''Kau menung apa lagi tu? Sementara aku baik hati ni lebih baik kau pergi makan.Aku nak masuk bilik ambil baju.Mau atau tak kau kena pakai jugak,'' Saisah berlalu keluar dari bilik Fida.

           FIDA pandang tubuhnya yang dibaluti sepasang jubah dengan tudung labuh melepasi dada.Langsung dia tak percaya itu adalah dirinya.Saisah yang berdiri di depannya sudah tersenyum lebar.Fida memasamkan wajah.Tak suka bila dipaksa oleh Saisah memakai jubah yang sedang dipakainya sekarang.

       ''Ha!,.tu barulah nampak macam wanita muslimah.Dah!,.jom pergi kedai.Aku dah lewat ni,.'' Saisah terus menarik tangan Fida hingga ke kereta.Dia tahu Syahrul kahwin dengan Fida sebab terpaksa jadi dia tak ada hak untuk membenci Fida.

         Kalau semua ini rancangan Ajmal untuk buat rumahtangga mereka hancur Ajmal silap.Bagi Saisah kalau musuh mereka seperti Ajmal tu nak bermain kasar,biarlah dia mengikut rentak Ajmal.Kalau Ajmal nak dia mengamuk dengan pernikahan Syahrul Ajmal silap besar.Saisah takkan tunjuk kelemahannya.

           ''Aku nak tanya kau sikit,.sebenarnya siapa yang upah kau perangkap Syahrul?'' Saisah mula menyoal Fida bila kereta mula bergerak meninggalkan taman perumahan mereka.
   
        ''Mana ada! Aku dan abang Syah memang saling mencintai.Ni dalam perut aku ni dah ada pun benih abang Syah,.'' Fida bersuara selamba.Saisah dah tergelak kecil walau dalam dadanya sudah berapi.      

         ''Hmm,..bagus sangatlah tu.Syahrul pun memang pernah cakap kat aku nak bagi Iesya kawan,.'' Saisah turut mengambil peranan membawa watak isteri cool,walhal dalam hati dah nak meletop.Kalau Fida nak ajak berlakon Saisah akan turut berlakon sama.
     
             ''Siapa Iesya?'' Fida menyoal.Saisah mencebik dalam diam.

            ''Dah berapa tahun kau kenal Syahrul?'' Saisah tak menjawab soalan Fida malahan soalan terus diajukan untuk Fida.Pesalah adalah Fida.Hanya pesalah yang akan disoal dan pesalah tak berhak untuk mendapatkan jawapan.

        ''Ehh,.dah lama,.lama la jugakk.Mungkin dah 2-3 tahun macam tu,.'' sambil menjawab Fida menoleh keluar kereta.

                ''Di mana kau kenal Syahrul?'' soalan seterusnya buat dahi Fida berpeluh.Otaknya ligat berfikir.
     
              ''Di mengkuang Dam,.ha betul.Masa tu Syahrul tengah joging,.'' Saisah geleng kepala.Apa yang Syahrul cerita kali pertama dia jumpa Fida memang di Mengkuang Dam.Ketika tu dia sedang termenung memikirkan gambar Saisah yang diterimanya.Selepas itu dia terus masuk perangkap.
         
        ''Kau percaya tak Allah itu ada? Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui segalanya.Sebijak mana pun kau menipu kau takkan terlepas dari hukuman Allah.Dekat dunia ni bolehlah kau nak kelentong macam-macam.Di Akhirat esok kaki dan tangan kau yang akan bercakap.Menipulah selagi kau boleh menipu.Berkawanlah dengan syaitan dan iblis tu.Di Akhirat esok boleh sama-sama jadi bahan bakar api neraka,.'' Saisah bersuara selamba.Wajahnya cukup tenang mengungkapkan ayat-ayat itu.Fida telan liur.


Sabtu, 6 Julai 2013

LOVE 4EVER BAB 16


BAB  16

         SELLEPAS menduduki kertas exam yang terakhir Syahrul membawa dirinya jauh dari kesibukan dan jauh dari kawan-kawannya.Empangan Mengkuang dituju.Syahrul pernah datang bersama kawan-kawannya untuk berjoging di sini.Suasananya tenang dan aman.Syahrul perhatikan permandangan di hadapannya dengan minda yang kosong.Sepatutnya sekarang dia sedang bersiap-siap untuk pulang menemui keluarganya.

       ''Hai!,.sorang ja ka?,.'' Syahrul menoleh memandang orang yang menyapanya.Tanpa dipelawa wanita yang menegur Syahrul terus duduk di sebelah Syahrul.

      ''Kau siapa?,.'' Syahrul bersuara kasar.Fikirannya masih berserabut dan dia sedang dalam kekeliruan.Kedatangan wanita ini membuatkan hatinya semakin tidak tenang.

       ''Saya Fida,.boleh kita berkawan? Dari tadi lagi saya perhatikan awak.Awak macam ada masalah ja,.'' Fida cuba mengajak Syahrul berbual.Dari jauh Fida melihat pengarah lakonannya sedang menunjukkan tanda bagus dengan ibu jarinya.

        ''Dah!,.pergi!!!,.jangan kacau aku.Aku nak bersendirian.Aku tak perlukan kawan,..'' Syahrul tegas dengan keputusannya.Dia tak mahu diganggu tapi sebaliknya Fida masih tegar di sisinya.Langsung tak berganjak.

      ''Alaaa,.janganlah sombong!,.kalau ada masalah awak kongsilah.Saya sudi dengar,.'' Fida sengaja melunakkan suaranya.Syahrul dah semakin rimas.Dia mendengus kasar seraya bangun dan ingin berlalu.Fida mengapai tangan Syahrul dan belum sempat Syahrul merentap tangannya kembali Fida dah lembik.Dengan perlahan Fida dah melurut jatuh.Syahrul yang panik terus menyambar tubuh Fida yang kian mencecah tanah.

      ''Ehh,.awak!,.bangunlah!,.'' Syahrul mula mengelabah.Pipi Fida di tepuk berkali-kali tapi masih tiada respon.Fida masih memejamkan mata.
Syahrul memerhatikan sekelilingnya namun tiada sesiapa pun yang tampil untuk membantu.Mahu atau tidak terpaksa juga Syahrul mencempung Fida ke keretanya.Fida di bawa ke Hospital Bukit Mertajam.Hanya itu yang mampu Syahrul fikirkan.

         Setelah Fida dimasukkan ke bilik kecemasan Syahrul ingin segera beredar tapi langkahnya dihalang oleh beberapa orang lelaki yang baru tiba.

    ''Kau Syahrul Nizarkan?'' Syahrul mengangguk.Dia sendiri tidak tahu dari mana lelaki yang bertanya itu tahu namanya.Yang lain sudah mula mengepung Syahrul.

     ''Aku dapat panggilan, kau dah buat adik aku mengandung.Sekarang aku nak kau bertanggungjawab.Nikah dengan adik aku!!!,.'' kata-kata lelaki itu buat Syahrul tercengang.

          ''Encik silap orang ni!!!,.'' Syahrul menafikannya.

          ''Kau jangan cuba nak berdalih.Ni bukan gambar kau ka?,.'' lelaki itu menunjukkan gambar di dalam HPnya kepada Syahrul.Syahrul meraup wajahnya.Tanpa sedar bibirnya melafazkan Istighfar.Gambar yang terpampang di depan matanya adalah gambar-gambar dia bersama Fida di Empangan Mengkuang tadi.
Gambar Syahrul sedang menyambut Fida dari jatuh seolah mereka sedang berpelukan mesra.

     ''Tapi saya tak kenal perempuan ni encik,..'' belum sempat Syahrul menghabiskan ayatnya namanya di seru dari belakang.

       ''Syah!,.tolong Syah,.jangan tinggalkan Fida.Fida merayu Syah.Anak dalam perut Fida ni perlukan ayah Syah,.'' dengan air mata yang bercucuran Fida terus berlutut di depan Syahrul.Syahrul bengang bila berhadapan dengan situasi yang langsung tak dijangka ini.

         ''Eh perempuan!,.aku tak kenal kaulah!!!,.'' Syahrul bersuara tegas dan ingin berlalu.Sebelum sempat Syahrul melangkah kolar bajunya sudah di pegang kasar,serentak dengan itu lelaki yang mengaku abang kepada Fida tadi melepaskan tumbukannya.Syahrul terdorong beberapa langkah ke belakang.Pipinya diusap perlahan.Ada darah yang sudah mengalir dibibirnya.

      ''Bawa dia pergi!!!,.'' lelaki tadi memberi arahan kepada beberapa lelaki lain.Semuanya mengikut arahan.Syahrul meronta tapi pegangan kedua orang lelaki yang mengheretnya terlalu kuat.

      ''Fida!!!,..ikut abang balik!.Kita selesaikan semua ini hari ini jugak!'' Fida mengikut langkah lelaki yang mengaku abangnya itu sambil mengesat air matanya sedangkan dalam hatinya sudah bersorak kemenangan.Dia memang tak kenal siapa Syahrul tapi duit yang dibayar dengan lakonannya cukup lumayan dan anak dalam kandungannya yang entah anak siapa itu bakal mendapat ayah.

             Syahrul mengelisah di depan orang-orang yang langsung dia tak kenal.Selepas diheret masuk ke kereta tadi Syahrul cuba meloloskan diri tapi ternyata mereka yang memerangkap dirinya sudah bersedia dengan segala jenis senjata.Andainya Syahrul tidak mahu menikahi Fida keluarganya akan ditimpa malang.Itulah ugutan yang Syahrul terima.Malang datang bertimpa-timpa dan Syahrul langsung tiada pilihan untuk memilih.

          Selepas Syahrul selesai melafazkan akad, sekali lagi Syahrul diuji.Fida atau pun Siti Rafidah yang baru menjadi isteri terpaksanya pula disuruh mengikut Syahrul ke mana saja Syahrul pergi.Dengan senang hatinya pula Fida menyetujuinya sedangkan Syahrul bagaikan 'cicak tertelan kapur',dalam persimpangan dilema ibarat sedang menanti hukuman gantung menanti nyawa tercabut dari jasadnya.

       ''HEY PEREMPUAN!,.apa niat kau sebenarnya hahh!!,.'' Syahrul bertanya kasar kepada Fida setelah mereka berdua sudah berada di dalam kereta Syahrul.

          Selepas majlis akad nikah mereka tadi Syahrul dihantar semula ke Hospital Bukit Mertajam untuk mengambil keretanya dan Fida dipaksa mengikut Syahrul pulang dan sekarang mereka dalam perjalanan ke rumah sewa Syahrul.

      ''Woii,.aku ada nama la.Lagi pun kau jangan lupa apa yang abang aku pesan tadi.Jaga aku baik-baik.Sekali aku call abang aku.Kau tunggulah,.meraung tak berlagu la bila seluruh keluarga kau ditimpa kemalangan,.'' Fida tersenyum sinis bila selesai berkata-kata.

          Syahrul mendengus kasar sambil menghentakkan stereng kereta dengan tangannya.Dalam minda Syahrul sedang ligat merangka strategi dan juga jawapan pada keluarganya.Saat ini barulah Syahrul sedar tentang perasaan Saisah bila dia meragui Saisah.Penyesalannya kerana membawa diri ke Empangan Mengkuang memang tak mampu diungkapkan dengan kata-kata.Hanya hatinya mampu berdialog mengutuk tindakan dirinya sendiri.

      Maafkan abang Zeati!,.andai masa dapat diundur abang takkan meragui Zeati.ALLAH dah bayar cash kat abang Zeati.Abang bersalah dengan Zeati.Abang yang telah menduakan Zeati.

       Tolong aku Ya Allah!,.rungkaikan kekusutan ini.Apa yang harus aku buat? Apa jawapan yang aku harus berikan pada keluargaku? Tentu Zeati,ibu dan mama akan kecewa dengan aku!

          Syahrul terus-terusan berdialog di dalam hati.Fida disebelah langsung tak dipedulikan.Tersalah cakap kang keluarga dia pula yang menjadi mangsa.Entah adik ketua samseng mana yang dah jadi isteri dia.


p/s; sy paling tak suka baca novel versi terkena fitnah mcm ni tp sy tetap cabar diri untuk buat jalan ceta yg mcm ni,..huarhhh,..tertekan bebb,..

Selasa, 2 Julai 2013

LOVE 4EVER BAB 11,12,13,14,15


BAB  11

           LYNA melangkah laju menuju ke arah Syahrul yang berada di depannya.Payah benar nak menghampiri dan menjadi rapat dengan Syahrul ni.Sejak sekolah lagi Lyna sudah memberi macam-macam petanda bahawa dia menyukai Syahrul tapi Syahrul langsung tak melayan.Dulu ketika mereka ingin mengambil SPM dia pernah memberi surat pada Syahrul melalui Saisah tapi Syahrul memulangkannya semula dengan alasan dia nak tumpu sepenuh perhatian pada pelajaran.Selepas keputusan SPM keluar dia lulus semua matapelajaran tapi bila Syahrul menyambung pelajarannya ke tingkatan enam Lyna turut berbuat perkara yang sama menyambung pelajarannya naik ke tingkatan enam.Bila Syahrul mengisi borang untuk masuk ke USM dia juga mengisi borang yang sama tapi bila sudah belajar di universiti yang sama dan dalam jurusan yang sama Syahrul masih begitu.Masih sukar untuk di milikinya lagi.

           ''Syah!,.Syahrull!!,.'' Lyna melaung Syahrul di hadapannya sambil cuba menyaingi Syahrul.Syahrul menoleh tapi langkahnya tetap laju seolah sedang mengejar sesuatu.Lyna berdecit geram.Penat dia mengejar dan melaung tapi Syahrul langsung tak berhenti.

            Mereka sampai ke dewan kuliah.Dengan wajah yang masam Lyna menghampiri Syahrul.Syahrul beriak biasa,dia tahu apa tujuan Lyna.Dia pun sudah bosan melayan kerenah Lyna yang terlebih mengada-ngada ni.

         ''Kau ni kenapa Syah?'' Lyna mula menyoal.

         ''Apa?'' Syahrul pura-pura dungu.

        ''Aku panggil kau,.kau buat dek ja kan!'' Lyna mendengus kasar sedangkan Syahrul masih berwajah selamba.Senyumnya cuba disembunyikan.Kalau nak di ikutkan hatinya memang dia nak gelak terbahak-bahak melihat wajah Lyna ketika ini.Wajah perempuan 'terdesak'.Syahrul hanya menganggap Lyna kawan biasa saja sejak sekolah lagi tapi Lyna pula mempunyai perasaan istimewa pada Syahrul.Bukan Syahrul tak mahu berterus terang akan perhubungannya dengan Saisah tapi belum masanya untuk kawan-kawan mereka tahu semua itu.

           ''Kau nak apa sebenarnya ni?'' Syahrul cuba berlembut walau dia  rimas dengan kerenah Lyna.Terdengar Lyna mendengus kecil.Wajah Syahrul dipandang geram.Syahrul menjungkitkan keningnya beberapa kali mohon jawapannya di jawab.

           ''Kenapa kau selalu larikan diri dari aku?'' soalan di ajukan.Syahrul ukirkan senyuman.

         ''Mana ada!!,..Lyna,.Lyna,.'' Syahrul gelengkan kepalanya beberapa kali sambil ketawa kecil.

        ''Aku tahulah kau tak suka aku pun tapi janganlah buat aku macam ni,'' Lyna sebak tiba-tiba.Dia memang sudah lama terasa hati dengan Syahrul.Walau pun dia selalu ikut ke mana saja Syahrul pergi tapi Syahrul buat dia macam tak wujud saja.Dengan perasaan sebal Lyna berlalu dari meja Syahrul dan melangkah ke mejanya sendiri.Tanpa Lyna sedari ada sepasang mata yang asyik memerhatikan setiap perilakunya selama ini.Sepasang mata kepunyaan seorang pemuda yang sudah lama menyimpan perasaan terhadap Lyna.

           SAISAH Mazeati resah.Ajmal Idham lelaki perasan bagus tu takkan pernah kenal erti putus asa.Hari ini Ajmal datang lagi ke kedai kek Saisah.Bagaikan mencurah air ke daun keladi,segala rayuan Saisah pada Ajmal supaya jangan menganggu mereka anak beranak langsung tidak diendahkan.Ajmal memang degil.

        ''Aku memang dah kawen la Ajmal.Untuk apa aku nak tipu kau!'' Saisah masih cuba membuat Ajmal faham.Tiga orang pekerjanya diminta untuk membawa Ariesya ke ruang dapur sementara Saisah dan Ajmal berada di ruang depan.Kedai kek terpaksa ditutup buat sementara waktu.Dengan adanya Ajmal di kedai itu Saisah terus hilang mod untuk melakukan sebarang kerja.Apatah lagi Saisah bimbang kalau Ajmal membuat perangai yang bukan-bukan.
     
         ''Kau dengan aku sebaya.Anak kau tu mungkin dah berusia tiga or empat tahun.Macam mana aku nak percaya cakap kau tu!'' Ajmal masih berkeras dengan pendapatnya itu.Erkk,..tak ada pulak ber'I' ber'you' macam sebelum ni.

           ''Kan aku dah cakap,aku dah kawen sebelum kita ambil SPM lagi,'' sekali lagi Saisah cuba berterus terang tentang hakikat yang sebenarnya.Ajmal mengukirkan senyuman sinis sambil itu tangan Saisah yang berada di hadapannya cuba dicapai.Dengan pantas Saisah menarik tangannya dan menyembunyikannya di bawah meja.

           ''Kau ingat aku akan percaya! Kalau betul kau dah kahwin bagi tau aku,siapa suami kau! Sejak kali pertama aku datang sini tak nampak pun suami kau!'' sehabis saja Ajmal berkata begitu Saisah mengeluh perlahan.

           ''Kau kenal dia.Dia bersekolah di sekolah yang sama dengan kita.Sekarang dia sedang belajar di USM.Tahun akhir,'' mendatar saja suara Saisah.

           ''What? Aku tak percaya!!!,.kau jangan cuba tipu aku Saisah!'' Saisah tersentak dengan jerkahan Ajmal.Sekali lagi Saisah melepaskan keluhan.Payah betul nak berinteraksi dengan orang yang tak faham bahasa ni.
     
          ''Untuk apa aku nak tipu kau Ajmal? Tak ada faedah pun untuk aku!'' Saisah mengigit bibirnya sendiri.Tangannya yang berada di bawah meja dikepal geram.Kenapa harus ada manusia macam Ajmal yang wujud dalam dunia ni?

        ''Siapa? Siapa dia? Siapa lelaki tu?'' Ajmal menyoal.Saisah gelisah.Dalam hatinya terdetik rasa bimbang kalau Syahrul diapa-apakan.

          ''Kau nak buat apa?'' Saisah menyoal cemas.

           ''Kenapa kau cemas? Kau tipu aku kan?'' lain pula yang difikirkan Ajmal.Saisah mengetap bibirnya.Balik-balik itu juga yang disoal Ajmal.Kalau nak diikutkan hatinya yang sedang mengelegak Ajmal sudah lama dihalau keluar tapi bila mengingatkan tentang adat, tetamu harus dilayan sebaik mungkin Saisah cuba bersabar.

         ''Ikut suka kau la Ajmal nak percaya atau tidak tapi tolonglah jangan ganggu hidup aku lagi'' Saisah putus ikhtiar untuk membuatkan Ajmal faham.Tak tahu lagi ayat apa yang harus diungkapkan.Dalam hatinya hanya berdoa agar Allah melindungi keluarganya dari diapa-apakan oleh Ajmal.Manalah tahu hati manusia ni bukannya boleh nak diduga.

BAB 12

             AJMAL mundar mandir di dalam biliknya.Perasaannya sakit sangat bila Saisah menolak dirinya mentah-mentah.Apa yang kurang dengan dirinya hingga direject oleh Saisah.Dia langsung tak boleh menerima penolakan yang Saisah berikan.Penat otaknya berfikir akan kebenaran yang dinyatakan oleh Saisah.Takkan Saisah sudah kahwin? Tidak!!!,.Saisah hanya akan menjadi milik Ajmal Idham.

          ''Hello,.'' HP yang sedang berbunyi dijawab kasar.

            ''Ha,.kau!,.dah dapat apa yang aku nak?'' masih bersuara kasar.Sesekali matanya dikecilkan.Tangannya dibawa ke kepala dan rambutnya diramas kasar.

               ''Kau pasti tak tersalah info?'' orang di hujung talian disoal lagi.

               ''Siapa lelaki tu?'' masih tak puas hati dengan apa yang didengar, orang di hujung talian terus disoal.Dalam masa yang sama wajah Ajmal semakin tegang.

              ''What? Syahrul Nizar? Kau pasti? Sejak bila?'' Ajmal menuju ke balkoni biliknya.Hatinya bagaikan terbakar mendengar berita yang disampaikan oleh penyiasat upahannya.Selepas talian diputuskan HPnya terus dicampakkan di atas katil.Hatinya sakit bagaikan disiat-siat.Rasa nak menjerit dan segalanya terus menyerang dirinya.Aku tak boleh kalah dengan Syahrul.Syahrul dan Saisah takkan bahagia.Tidak!!!,.. Aku akan buat rumahtangga mereka huru-hara.Ajmal nekad!


            ARIESYA melonjak kegirangan bila Syahrul menghubungi mereka.Saisah yang berada di sebelah Ariesya mengukirkan senyuman lebar bila melihat kepetahan Ariesya berbual dengan Syahrul.

           ''Iesya rindu kat abah tau.Mak tok,nenek dengan ibu pun rindu kat abah.Bila abah nak balik? Nanti Iesya nak jalan-jalan dengan abah.Nak makan ais krim dengan abah.Nak pergi main jongkang jungkit dengan abah,'' laju Ariesya menyusun kata.Tanpa sedar Saisah sudah menyeka air mata yang sudah membasahi pipinya.Rindunya pada Syahrul bukannya sedikit.Lebih-lebih lagi bila membesarkan permata hati mereka tanpa Syahrul di sisi.

         ''Abah pun rindu sangat-sangat kat Iesya tau.Iesya jangan nakal-nakal tau! Tolong abah jaga ibu.Jaga mak tok,jaga nenek.Okey?'' Syahrul bersuara sayu di hujung talian.Setiap kali dia nak menghubungi anak dan isterinya mesti dia akan memberi alasan untuk keluar berjogging.Jauh dari kawan-kawannya membuatkan dia bebas untuk berkata-kata.

         ''Alaa,.macam mana Iesya nak jaga ibu.Ibu la yang kena jaga Iesya.Iesyakan kecik lagi,'' Syahrul dah ketawa di hujung talian.Terhibur dia seketika.Sambil berbual cuba dibayangkan wajah comel anaknya itu.

         ''Kalau macam tu bagi abah cakap dengan ibu pulak.Abah nak pesan kat ibu suruh jaga Iesya,'' Syahrul mula bermain dengan psikologi.Anak rindu jugak tapi isteri lebih sikit rindunya.

     ''Alaa,.nanti Iesya bagitau la ibu,'' Ariesya tak mahu mengalah.Saisah yang berada di sebelah sudah menghulurkan tangan.Sudah faham dengan kerenah Ariesya.Kalau dia sudah merengek sebegitu bermakna Syahrul mahu berbual dengannya pula.

      ''Abah!,.tengoklah ibu ni!''

       ''Ibu buat apa kat Iesya?''

      ''Ibu jeles dengan Iesya,'' serentak Iesya habis berkata-kata Saisah terus mengeletek Ariesya.Apa lagi,.mengekek Ariesya ketawa.Akhirnya HP pun bertukar tangan.

     ''Abang!,.anak abang ni sebijik macam abang tau.Nakalnya Ya Rabbi!'' asal melekap saja HP di telinga terluahlah segala pengaduan manja tu.

      ''Abang saja ke yang nakal? Bukan isteri abang ni lagi nakal ke?'' Saisah kebam bibir.Sambil berbual kakinya melangkah menuju ke pintu belakang kedai sementara Ariesya di tinggalkan bersama pekerja-pekerjanya.

   ''Mula la tu!,.abang macam mana? Sihat? Exam okey? Boleh jawab?'' Saisah lari dari topik mereka.Nanti masak pula dia di usik Syahrul nanti.

     ''Ermm,.isteri abang memang macam ni kan! Suka sangat tukar topik.Abang rindu sayang tau.Rasa macam tak sabar pulak nak balik.Kadang-kadang abang kesian jugak kat Iesya tu,.'' Syahrul bersuara nakal.

     ''Kenapa pulak?'' Saisah blurr,.tak pasal-pasal nama Ariesya pula yang berkait sama.

 ''Yalah,.kalau abang tak sambung belajar tentu dah lama Iesya dapat kawankan!'' Saisah semakin blurr.Apa kena mengena pulak?

      ''Abang sihat tak ni? Cuba jangan putar belit!'' berkerut dahi Saisah memikirkan kata-kata Syahrul.Sungguh! dia langsung tak faham apa maksud Syahrul.

        ''Sayang!,.kalau Iesya ada adik tentu dia ada kawankan!'' merona wajah Saisah.Nasib baik Syahrul tak nampak kalau tak tentu lagi teruk dia di usik.

       ''Syahrul!,.hiesyy,.tak senonoh la dia ni!'' terdengar tawa Syahrul di hujung talian.

        ''Tengok tu! panggil nama pulak!,.abang cakap betullah sayang.Bila sembang pasal anak ni abang lagi tak sabar nak balik.Dah jemu sangat dah asyik peluk bantal ja.Tak bestlah sayang!'' Saisah dah tersenyum simpul.Haih,.suami siapalah ni!

       ''Yalah tu! Tak sabar nak balik.Jangan-jangan tak mau balik,'' sekali lagi Saisah cuba tukar topik.Syahrul ni bukannya boleh dilayan sangat nanti semakin melalut-lalutlah dia jadinya.

   ''Syahrul Nizar bin Mohd Nizam,.right?'' entah dari mana tiba-tiba Ajmal dah berada di hadapan Saisah.

      ''Siapa tu sayang?'' Syahrul bertanya cemas.Seperti terdengar suara seorang lelaki.Saisah kaget.

        ''Err,.Zeati ada pelanggan ni.Okey bye!'' belum sempat Syahrul menjawab balas talian sudah di putuskan.

         ''Apa kau nak lagi ni hah?'' Saisah bertanya kasar.Wajahnya dah berbahang marah.Ajmal hanya merenung Saisah tanpa kata.


BAB 13

         ''ZEATI,.hurmm,.sedap nama tu kan.Itu nama yang Syahrul panggil kau ke?'' Ajmal berjalan mengelilingi Saisah.Sejak tadi dia berdiri di belakang Saisah.Mendengar setiap butiran perbualan Saisah dan Syahrul.Hatinya panas dan membengkak.Pedih,sakit,perit dan sebagainya mengasak jiwanya.Tak pernah dia rasa kegagalan sebegini.Rasa tewas untuk memiliki buat jiwanya membentak sakan.Sejak dia tahu siapa suami Saisah dia sudah siasat asal usul Syahrul.

         ''Kau nak apa Ajmal?'' Saisah bersuara tegas.Dia mula mengelisah dengan kehadiran Ajmal di kedainya saban hari.Ariesya dah banyak kali bertanya siapa Ajmal.Tiga orang pekerjanya pun dah mula bergosip.Ajmalkan handsome.Kalau hari-hari datang ke kedainya tentu orang akan salah faham.
   
        ''Aku nak kau!'' Saisah mendengus.Balik-balik ayat itu juga yang nak diungkapkan.Muak sudah Saisah mendengarnya.

            ''Kau kan tahu,aku dah kawen.Dengan Syahrul!'' mendengar Saisah berkata begitu Ajmal dah gelak besar.Gelak yang di buat-buat cuba melindungkan rasa sakit hatinya.

              ''Kau ingat Saisah.Aku akan cuba dapatkan kau dengan apa cara sekali pun.Kalau tak dapat hati kau,.'' Ajmal tak menghabiskan ayatnya.Tubuh Saisah dipandang atas dan bawah.Wajah Saisah berubah.Kedua tangannya disilangkan ke dada.Kecut perut Saisah melihat renungan Ajmal.

         ''Kau tentu sunyikan? Syahrul di sana,kau di sini.Dah berapa lama kau tak dapat layanan tu?'' Ajmal mendekatkan wajahnya ke wajah Saisah.Saisah mengelak.Hatinya sudah terbakar mendengar kata-kata Ajmal.Bibirnya diketap kuat.

     ''Kalau kau nak aku pun boleh bagi lagi bagus dari Syahrul,..'' Ajmal ketawa berdekah-dekah.Saisah hilang sabar.Rasa begitu terhina dengan kata-kata Ajmal.

Pangg!!,.
Tangan Saisah dah mula bertindak.Berbekas pipi Ajmal.Terkedu Ajmal kerana tidak menyangka tindakan drastik dari Saisah.Nafas Saisah turun naik menahan amarah.Ajmal memang dah melampau!!!

   ''Kau ingat aku ni perempuan murahan? Yang tak ada maruah?Tak ada harga diri?,.Kau silap Ajmal kalau kau boleh mempersendakan maruah aku,'' keras suara Saisah.Tajam pandangannya untuk Ajmal.Pandangan yang dipenuhi dengan rasa meluat dan jijik.Ajmal hanya tersenyum sinis sebelum membakar terus kemarahan Saisah terhadap dirinya.

     ''Hei perempuan!,.kau ingat aku tak tahu ke? Selepas SPM kau masuk kolejkan.Aku tahulah Syahrul tu 'pak sanggup saja untuk anak luar nikah kau tu kan? Dengan orang lain bolehlah kau nak berlagak! Maruah dan harga dirilah konon! Jangan-jangan Syahrul kawen dengan kau pun sebab nak balas budi.Entah-entah di sana dia dah simpan spare tyre.

 Aku dah siasat la siapa Syahrul tu.Bapak dia dulu muflis sebab tak reti nak berniaga.Kau tahu tak papa aku yang beli syarikat mereka tu.Nak berniaga tapi langsung tak reti pasal selok belok perniagaan.Syahrul dengan mak dia tu menumpang di rumah kau kan selepas mereka dah tak ada apa-apa lagi?''

    Yakin benar Ajmal dengan semua kata-katanya.Saisah bertambah baran dengan tuduhan Ajmal.Siasat konon! siasat kepala hotak kau.Saisah berdialog dalam hati.

        SAISAH bermenung di biliknya malam itu.Kata-kata ugutan Ajmal siang tadi masih terngiang-ngiang di telinganya.Cerita Ajmal yang langsung tak benar itu pun sering bermain difikirannya.Entah dari mana Ajmal dapat info tu.Sejak dia mengandung memang banyak cerita tak elok mengenai dirinya yang Saisah dengar tapi dia lebih bersikap mendiamkan diri dengan semua gosip itu.Bagi dia cukuplah Allah saja yang tahu segalanya.Ariesya Iriana anak dia dan Syahrul.Kadang-kadang Saisah pelik dengan manusia ni suka sangat nak tunjuk terlebih pandai walhal langsung tak tahu apa-apa.

        Saisah ingat lagi dengan cerita seorang wanita di sebelah katilnya ketika dia melahirkan Ariesya.Kakak itu di masukkan ke dalam wad kerana keguguran.Menurut kakak itu dia sudah lima kali keguguran dan hanya mempunyai seorang anak perempuan tapi oleh kerana dia kerap sangat keguguran dia dituduh mandul oleh orang kampungnya.Saisah gelengkan kepalanya berkali-kali tanpa sedar.

      Mungkin orang yang menuduh kakak itu sendiri tidak tahu apa itu mandul dalam maksud yang sebenarnya.Apa yang Saisah faham mandul ini ialah orang yang langsung tak berpeluang untuk mengandung.Inilah adatnya manusia yang suka sangat menjaga tepi kain orang.

       Lamunan Saisah terhenti bila HPnya berbunyi.Saisah berjalan malas menuju almari solek.HP diambil dan  Saisah melihat nama di skrin.Syahrul call.Punat hijau ditekan.

  ''Assalammualaikum bang,.tak tidur lagi?''

   ''Waalaikummusalam,.abang tengah sibuk ni Zeati nak buat kertas pembentangan projek kami esok.Abang teringat kat Zeati pulak.Tiba-tiba abang tak sedap hati.Zeati okey?'' Saisah serba salah.Nak jawab okey,nampak sangat dia menipu.Nak cerita semuanya pada Syahrul takut Syahrul hilang fokus untuk final exam dia.
     
''Minggu ni last exam abangkan?'' akhirnya Saisah tukar topik.Memang kepakaran Saisah pun.

 ''Ya sayang!,.tak sabar nak tunggu abang balik ke?'' Syahrul bersuara nakal.Saisah dah menyeka air mata yang mula mengalir perlahan menuruni pipinya.

''Yupp!,.tak sabar nak peluk abang kejap-kejap,.'' Saisah cuba bersuara ceria walau sudah ada rasa sebak yang sudah bertamu didada.

''Hmm,.abang tak sabar nak bagi Iesya adik!,.'' Syahrul tertawa dengan ayatnya sendiri.Air mata Saisah semakin bercucuran laju.Entah perasaan apa yang merasuk dirinya.Rindu pada Syahrul yang semakin tidak tertanggung dan keresahan yang menganggu jiwanya buat dia dalam keadaan yang tidak terkawal.

''Hmm,.abang,..'' Saisah dah teresak tanpa sedar.

''Sayang!,.kenapa ni?'' Syahrul dah mengelabah dan risau jugak.

''Zeati rindu!'' dalam sendu Saisah tetap menjawab.Air matanya dibiarkan mengalir tanpa diseka.Gambar Syahrul yang berada di atas meja di tepi katil dicapai.Pandangannya jadi kabur dengan air mata.Abang,.Zeati takut bang!,.takut Ajmal apa-apakan abang tapi Zeati tak boleh nak bagi amaran kat abang sekarang.

''Sabar sayang!,.minggu depan kita jumpa k.Tunggu abang balik!!,..''

''Abang take care tau! Malang tak berbau!,.'' Saisah lepaskan juga perasaan risaunya.

''Baiklah,. sayang pun!,.jaga diri elok-elok.Abang sayang isteri abang ni.Abang nak sambung kerja ni.Nanti abang call lagi.Tolong peluk cium abang kat Iesya ya.Assalamualaikum,.'' Selepas berbalas salam panggilan pun putus.

          Gambar Syahrul di peluk erat.Video di dalam HP Saisah buka dan video Syahrul yang sedang  mengagah Ariesya di tonton berulang kali.Rindu itu amat sakit.Tiada kata-kata yang mampu di ungkapkan betapa sakitnya rindu itu.Kerisauan kala berjauhan pula begitu menyesakkan dada.Saisah termanggu dalam dilema antara rindu dan keresahan yang membelenggu jiwa.

BAB 14

         SYAHRUL  membelek gambar yang di terimanya berulang kali.Gambar Saisah bersama seorang lelaki.Entah siapa yang memasukkannya ke dalam peti surat rumah sewa mereka.Syahrul keliru,dia percaya Saisah takkan curang pada dia.Dia kenal Saisah macam mana.Akhirnya gambar-gambar itu di snap ke dalam HPnya dan di hantar kepada Saisah.Lima minit kemudian Syahrul menerima panggilan daripada Saisah.

        ''Gambar apa ni bang?,.'' Saisah bertanya cemas.Terkejut dia menerima MMS dari Syahrul yang memaparkan gambar-gambar dia bersama Ajmal.Dalam gambar, seolah dia sedang bermesraan dengan Ajmal.Nampak sangat gambar-gambar itu telah di edit.

          ''Itu juga yang abang nak tanya Zeati.Apa semua ni Zeati? Siapa lelaki tu? Zeati jangan sembunyikan apa-apa pun dari abang! Abang tak suka!!!,.'' kedengaran tegas suara Syahrul di hujung talian.Saisah sebak.Bukan niat dia nak sembunyikan dari Syahrul.

            ''Abang!,.gambar tu dah di edit bang!,.perkara sebenar bukan macam tu.Memang Ajmal ada datang jumpa Zeati.Tu gambar kami sedang bergaduh.Bukan sebaliknya,.'' Saisah cuba menerangkan perkara sebenar.Syahrul mendengus kasar.Terasa di khianati dan sebagainya.

          ''Siapa Ajmal tu? Kenapa pulak Zeati nak bergaduh dengan dia?'' Saisah tarik nafas.Sukar nak jelaskan perkara sebenar takut Syahrul semakin salah faham.

         ''Ajmal,.Ajmal tuduh Iesya anak luar nikah dan abang kawen dengan Zeati sebagai 'pak sanggup',.sebab tu Zeati tampar dia,.'' tergagap-gagap Zeati.Dadanya sudah sarat dengan segala beban yang sedang ditanggung.Saisah cuma berharap agar Syahrul memahami dia dan percayakan dia.

          ''Abang tanya Zeati siapa jantan tu?,.kenapa Zeati tak jawab? Dahlah!!,.abang ada kelas.Nanti kita sambung! Jangan off HP pulak!'' kedengaran kasar suara Syahrul.Talian terputus.

          Saisah terhenyak di sofa biliknya.Ariesya yang masih nyenyak tidur dipandang sayu.Nasib baik hari ni kedai kek di tutup.Dengan masalah yang datang bertubi-tubi semangat Saisah pun sudah lenyap untuk melakukan tugas-tugas harian seperti biasa.
Sedang Saisah melamun mengenangkan nasib diri, telinganya menangkap lirik lagu yang begitu menyentuh hatinya.

Terasa bagai di tusuk sembilu bisa
Pedihnya entah bila akan terhenti
Berkasih di rimba asmara berapi
Terbakar hanya ku sendiri
Oh mengapa,.

Ke mana hilang janji dan sumpah setia
Ke mana tumpah selaut harum kasturi
Apakah mungkin kan terulang kembali
Asyiknya cinta bagai dulu
Atau serah punya mimpi yang pulang pagi

Semakin ingin aku lupakan dan
 semakin bayang wajahmu kan menjelma
Di manakah puncanya derita
Ku sendiri tidak pasti
Sayang,.

Siapa merebut seri cinta
Waktu aku buka jendela
Di keheningan pagi indah

             Dan irama itu terus hilang begitu saja.Saisah menuju ke tingkap biliknya untuk melihat siapakah gerangan orangnya yang memasang lagu yang begitu menyentuh perasaannya.Namun,apa yang di cari tidak ditemui seolah hilang jejaknya.

           Siapakah manusia yang membuat khianat pada dirinya? Adakah Ajmal atau orang lain yang ingin memusnahkan hidupnya dalam diam? Tapi untuk apa?,.Persoalan demi persoalan memenuhi mindanya.

          Abang!,.tolong percayakan Zeati.Tolong jangan bencikan Zeati.Zeati tak pernah curang abang! Hanya abang dihati Zeati sampai bila-bila pun.Hati Zeati takkan berpaling bang! Zeati hanya untuk abang.Saisah Mazeati berdialog di dalam hati.Pedih hatinya takkan mampu di ungkapkan dengan kata-kata.Ucapan Syahrul tadi seolah-olah Syahrul meragui kejujurannya selama ini.Lidah itu lebih tajam dari pedang.Walau hanya sepatah perkataan ia tetap mampu menghiris hingga ke dasar hati yang paling dalam.Saisah akui cara Syahrul bercakap tadi memang membuat dia rasa terhiris yang amat.

             Ya Allah!,.ujian apakah ini? Atas dosa apakah ujian ini diturunkan? Jangan kau hilangkan kepercayaan Syahrul.Hanya kau yang tahu kebenarannya Ya Allah.Kenapa manusia begitu kejam sanggup menjadi penyebar fitnah? Apa dosa aku dengan mereka? Kuatkan hatiku Ya Allah untuk menerima ujianMU ini.

             Saisah meraup mukanya.Dia tersandar lemah di sofa.Fikirannya mengembara jauh.Pengorbanannya membesarkan Ariesya tanpa suami selama tiga tahun memang sesuatu yang menyakitkan.Nasib baik Saisah masih ada ibu dan emak mertua yang sentiasa membantunya.Demi Ariesya,Saisah hentikan pelajarannya kerana ingin melihat Syahrul berjaya.Syahrul yang bakal menjadi teraju keluarga mereka.

             Kebahagiaan untuk menyambut kepulangan Syahrul minggu depan lenyap begitu saja.Apa ertinya kepulangan Syahrul kalau Syahrul sendiri sudah meraguinya.Begitu kuatkah pengaruh gambar itu kepada Syahrul? Kalau di lihat pada salah sekeping gambar seolah Saisah sedang mengusap pipi Ajmal padahal kejadian adalah sebaliknya.Dunia siber yang kejam!!!,..Mengedit gambar orang sesuka hati dan mula menaburkan fitnah.

           Saisah tak sedih sangat kalau difitnah, tapi Saisah sedih kalau Syahrul meraguinya.Mengenangkan apa yang telah terjadi air mata Saisah meluncur laju tanpa dapat di halang lagi.Sakitnya usah di kata.Saisah terus berteleku di sofa biliknya.Sesekali Ariesya yang masih dibuai mimpi itu dipandang walau pun pandangannya sudah kabur dengan air mata.

Ku cari cahaya dalam kekalutan warna
Sewaktu malam resah menebarkan sayapnya
Ku temui dia bayang malam yang terluka
Pesona cintaku yang terbakar

           Irama sayu itu berlagu lagi.Kali ini Saisah malas untuk bangun meninjau siapakah yang telah memasang lagu itu.Apa yang pasti lagu itu memang sesuai dan serasi dengan jiwa Saisah sekarang.Saisah terus tengelam dalam lirik yang seterusnya.

Dan puisi cinta tertumpah tintanya berdarah
Tersingkir dari titian makna yang setia

             Sampai ke lirik ini Zeati sudah meraung di dalam hati ''Zeati setia abang!,.Zeati masih setia.Zeati tak pernah curang dengan abang.Tak pernah bang!,.tak pernah! Zeati sayang abang!!,.Zeati cinta abang!!,.hati Zeati hanya untuk abang!!!,..'' dan mutiara-mutiara jernih itu terus laju berguguran.Dalam esakan yang semakin mengasak jiwa lirik lagu 'patahnya sayap malam' terus dilayan.

Tercalar purnama turut sama menjadikan saksi
Luka cintaku yang tak berhenti
Malam yang ku dakap mengerikan mimpi
Malam yang ku dakap telah dinodai

Harumnya bunga cinta di basahi hujan
Sebaknya di hatiku
Tangisan,..

          Tangisan Saisah semakin rancak.Entah kenapa lagu itu seolah di tujukan Syahrul untuk dirinya.Walau bukan Syahrul yang memainkan lagu itu.Seolah Saisahlah seorang pencinta yang tidak setia itu.'Harumnya bunga cinta di basahi hujan'. Kegembiraan Saisah untuk menyambut kepulangan Syahrul yang sudah punah angkara gambar-gambar durjana itu.Kini kegembiraan itu digantikan dengan titisan air matanya yang bagaikan hujan.

Tersimpan kenangan bersama malam kecundang
Patah sayapnya
Kehampaan,..

           Ahh,.bukannya bersama malam yang kecundang tapi bersama pagi yang kecundang.Semalam Saisah juga mengalirkan air mata tapi air mata rindu pada Syahrul.Pagi ni air mata itu hadir lagi.Cuma,kehadiran mutiara jernih pagi ini berbeza dengan semalam.Pagi ini sakitnya melebihi semalam.Orang yang di rindui sepenuh hati meragui kejujuran dan kesetiaannya.

       Kenapa abang buat macam ni kat Zeati? Kenapa abang lebih percayakan gambar-gambar tu daripada Zeati? Abang bukan kenal Zeati sehari.Kita dah berkahwin hampir enam tahun.

         Saisah berdialog lagi dalam hati.Air mata yang diseka terus juga berguguran laju.Saisah pegang dadanya. Sakitnya rasa di dalam dadanya seolah sedang ditikam dengan belati tajam.

Tergamaknya dirimu,. menghiris hatiku
Tidakkah di hatimu,. punya perasaan

           Mendengarkan saja lagu yang seterusnya Saisah sudah menekupkan kedua belah telinganya.Hatinya menjerit di dalam.Kenapa harus putarkan lagu-lagu begini???,..
           Saisah memang sudah sedia maklum dengan jiran depan rumahnya yang selalu memekakkan telinga orang lain dengan lagu-lagu yang di pasang tapi pagi ni kenapa lagu-lagu yang di pasang begitu menyentuh hati? Adakah jiran depan rumahnya juga sedang patah hati?

        '' Ibu,.'' suara Ariesya kedengaran.Hilang semua persoalan mengenai jiran depan rumah dan masalah yang sedang mengasak di dalam mindanya.Air mata dikesat hingga kering sebelum mendapatkan Ariesya di atas katil.Senyuman cuba di ukirkan walau serinya sudah tiada lagi.Walau ada orang mengatakan 'Senyumlah dari hati yang ikhlas,. duniamu pasti akan berseri'.Bagi Saisah seikhlas mana pun hatinya, kalau Syahrul sendiri meraguinya.Apalah ertinya lagi.

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata

Ku persembahkan kepadaMU
Yang terindah dalam hidupku
Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMU

Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMU
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna menCintaiMU
Dalam dadaku harap hanya
DiriMU yang bertahta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMU

         Ya Allah,.kadang-kadang hambaMU lalai dalam mencintaiMU.Betapa rapuhnya hati hamba-hambaMU.Hanya di uji sedikit hatinya terus rapuh dan leka melayan perasaan.Begitu banyak kebahagiaan yang telah Engkau berikan.

        Saisah terus beristighfar dalam hati.Dia memang takkan pernah sempurna.Ampuni hambaMU ini Ya Allah.Tunjukkan aku jalan kebenaran.

BAB   15

                SAISAH menepuk-nepuk Ariesya yang masih merengek-rengek manja.Rambut Ariesya diusap sayang.Bibir Saisah juga turut sama memainkan peranan.Dahi dan pipi Ariesya dikucup penuh kasih.Selama ini Ariesya yang menjadi penawar kerinduannya terhadap Syahrul.Bila hatinya begitu rasa terluka dengan kecurigaan Syahrul Ariesya jua yang menjadi penguat semangatnya.

       ''Ibu,.'' Ariesya memaut leher Saisah.Saisah tundukkan wajahnya dan dahi Ariesya dikucup lagi.Kesedihan hatinya cuba dilupakan.Ariesya dilayan sebaik mungkin.

                ''Kenapa sayang? Iesya nak apa?'' Saisah bertanya lembut.Wajah  Ariesya ditatap.Wajah Ariesya lebih mirip Syahrul terutama mata,kening dan hidungnya.

           ''Nenek dengan mak tok mana?'' senyuman terukir dibibir Saisah.Ariesya diangkat dan didukungnya.Langkahnya menuju ke pintu bilik.Tombol pintu dipulas dan Saisah membawa pula langkahnya ke ruangan dapur.

        ''Nenek!,.mak tok!,.'' riuh suara Ariesya memanggil kedua-dua orang neneknya.Puan Habsah dan Puan Mawar turut menoleh dan melebarkan senyuman.

        ''Dah bangun pun cucu nenek,'' Ariesya bertukar tangan.Puan Habsah yang mengambil Ariesya dari dukungan Saisah terkesan dengan mata Saisah yang sembab dan wajah Saisah yang tidak ceria.

       ''Kenapa ni Zeati? Zeati menangis ke?'' Puan Habsah menyoal.Puan Mawar terus menfokuskan pandangannya ke arah dua beranak itu.Saisah terus menarik kerusi dan mula duduk.Nafasnya dihela sebelum mula bersuara.

       ''Syahrul!,.'' hanya sepatah perkataan dan Saisah sembamkan wajahnya di atas meja.Sebak dadanya menyebabkan dia tidak dapat meneruskan kata.Puan Mawar bangun dari kerusinya dan menghampiri Saisah.

       ''Kenapa ni Zeati?,.apa yang Syahrul dah buat?,.'' Puan Mawar mengusap perlahan belakang Saisah.Pandangannya bersabung dengan Puan Habsah.

        ''Zeati tak tahu!,.'' Zeati panggungkan kepala dan mengeleng laju.Dia sendiri binggung dari mana nak memulakan ceritanya.
Saisah cuba mengawal air matanya dari merembes keluar di depan Ariesya.Sekali lagi Puan Habsah dan Puan Mawar saling berpandangan.

        ''Syahrul tak jadi balik ke minggu depan?'' Puan Habsah serkap jarang.Ariesya yang masih di pangkuannya pula yang berwajah ceria.

          ''Abah nak balik?,.Abah nak balik ke nenek?,.yeaa,.yeaa,.'' Ariesya bersorak girang tiba-tiba.Saisah yang diserang perasaan sebak terus mengukirkan senyuman bila melihat keceriaan Ariesya.

          ''Abah nak balik,.abah nak balik,.yea,.yea,..'' Ariesya terus-terusan bersorak.Seisi dapur terus meriah dengan gelagat Ariesya.Persoalan mengenai Syahrul tadi dilupakan sementara waktu.Mereka mengadap sarapan pagi dalam suasana ceria sambil melayan kerenah Ariesya.

              Selepas bersarapan Puan Mawar membawa Ariesya keluar, manakala Puan Habsah mula membangkitkan soal tadi yang belum dijelaskan oleh Saisah.Dalam keadaan terpaksa Saisah menceritakan semuanya dari mula kedatangan Ajmal ke kedainya hinggalah kepada MMS yang diterima dari Syahrul pagi tadi.

          ''Siapa Ajmal tu?'' Puan Habsah masih keliru dan ingin tahu lebih banyak tentang Ajmal.Saisah terdiam lama sebelum menjawab.

        ''Pesakit mental yang baru terlepas dari Tanjung Rambutan kot,.'' Saisah menjawab perlahan.Tanpa perasaan dan ingin membuang terus nama Ajmal yang telah menghuru-harakan hidupnya sejak akhir-akhir ini.

        ''Ibu serius ni Zeati!,.'' kedengaran sedikit tegas suara Puan Habsah.

         ''Ajmal Idham bin Dato Huzaimi,kononnya syarikat papa dulu mereka yang beli.Itu yang Ajmal bagitau kat Zeati.Ibu tanyalah mama mungkin mama kenal.Dulu Ajmal memang selalu ganggu Zeati tapi Zeati tak pernah layan.Lebih-lebih lagi bila dah kahwin dengan Syahrul,'' Saisah menarik nafas.Lelah jiwanya memikirkan semua ini.Puan Habsah yang memerhatikan gelagat Saisah sudah mula mendekat.Saisah dirangkul ke dalam pelukannya.

         ''Syahrul tertekan kot!,.dahlah.Nanti kalau Syahrul call lagi,biar ibu yang cakap dengan dia.Zeati kena fikir,kalau Zeati ditempat Syahrul.Ego lelaki ni tinggi Zeati.Mana ada lelaki yang boleh terima kenyataan kalau dihadapkan dengan gambar-gambar yang macam tu,'' Puan Habsah cuba memujuk anak kesayangannya.Belakang Zeati diusap perlahan.

          ''Ibu,.Zeati takut,.Zeati takut Syahrul akan percaya bulat-bulat dengan gambar-gambar tu,.'' Saisah meluahkan kerisauannya.

        ''Dahlah!,.jangan difikirkan sangat.Semua masalah ada jalan penyelesaiannya,'' Puan Habsah mengusap bahu Saisah pula.Wajah Saisah direnung.Simpatinya tertumpah buat anak tunggalnya itu.Setiap rumahtangga pasti ada dugaannya.Kalau dulu dia kehilangan suami disaat usia Saisah yang masih kecil, kini Saisah pula diuji dengan cara lain pula.

          ''Ibu percayakan Zeati ya!,.'' Saisah memegang tangan Puan Habsah.Dalam keadaan tertekan begini Saisah jadi hilang keyakinan pada semua orang.

         ''Ibu tentulah percayakan Zeati.Kenapa Zeati cakap macam tu?,.'' tersentuh Puan Habsah mendengar ungkapan Saisah tapi dia tetap pamerkan wajah tenang.Cuba memahami situasi anak kesayangan.

       ''Ibu tak tengok lagi gambar tu.Tentulah ibu cakap ibu percayakan Zeati.Cuba kalau gambar itu ada depan mata ibu,..'' Puan Habsah tersentap tapi cuba dikawal riak wajahnya.

       ''Ibu sentiasa akan percayakan Zeati walau apa pun.Ibu yang lahirkan Zeati.Ibu tahu anak ibu ni macam mana,'' lembut suara Puan Habsah.

      ''Tapi Syahrul tak percayakan Zeati!!,..'' air mata Saisah mengalir lagi dan esakannya terus berlagu di hadapan Puan Habsah.

      ''Dah,.dah,.jangan ikutkan sangat perasaan tu.Syahrul tu nak ambil final exam.Mungkin dia sedang tertekan dengan exam dia.Ibu rasa dia percayakan Zeati tu.Bagi dia masa,'' Puan Habsah masih tidak putus asa.Berat beban perasaan yang Saisah tanggung.Sebagai ibu dia akan sentiasa berada di belakang Saisah.

     Saisah mengeluh lagi untuk kesekian kalinya.Perbualan mereka terhenti bila Puan Mawar dan Ariesya pulang.Saisah menyeka air matanya hingga kering dan mengukirkan senyuman.Biarlah hatinya sedang diamuk resah.Biarlah jiwanya sedang bergelora dengan badai yang mengila.Tapi bila melihat keceriaan Ariesya semua perasaan itu bagai dibawa angin lalu.