My Channel in Youtube

My Channel in Youtube
Jom Langgan!

Rabu, 24 Jun 2015

PENYAMAR BAB 8

BAB 8

         Rancak aku merangka cerita untuk novel baruku. Mindaku menjadi lancar tanpa dugaku. Kerana kak Senah jiran sebelahku yang merupakan tuan rumah yang kami sewa kini novelku hampir siap. Aku cuma memerlukan penamatnya saja lagi.

        Dalam aku sibuk menyiapkan novelku Along datang ke sini. Seperti yang Ucu cakap Along bawa ayah dan mak bersamanya. Bukan itu saja Angah dengan Alang bersama suami masing-masing pun ikut serta. Riuh rendah rumah kami jadinya. Angah dengan Alang tu datang semata-mata nak rasa nasi kandar di Penang ni saja!

        ‘’Wow! Kereta siapa yang Along sewa ni?’’ Ucu menyoal Along sebaik Along parkirkan keretanya di halaman rumah. Kereta proton saga yang sudah agak lama tapi masih nampak kukuh lagi.

          ‘’Adalah!’’ sepatah Along menjawab pertanyaan Ucu. Aku tak banyak soal, terus aku terpa mak dan ayah dan menyalami mereka berdua. Aku peluk dan cium mak. Rindunya aku pada mereka berdua. Seketika kemudian sebuah kereta kancil pula berhenti di depan rumah kami. Aku memandang kereta itu dengan penuh minat.

          ‘’Angah dengan Alang datang sekali ke?’’ aku masih menyoal walau sudah melihat Angah dan Alang bersama suami masing-masing sudah keluar dari kereta. Tidak menyangka sebenarnya. Lebih-lebih lagi bila masing-masing tak datang dengan kereta sendiri.

        ‘’Kami datang sebab nak makan nasi kandar Penang ni ja,.bukan sebab rindu dengan Ayang dan Ucu pun,.’’ Tanpa sempat aku bertanya apa-apa pada mereka berdua, Angah terlebih dahulu membuka mulut. Aku cebirkan bibirku.

         ‘’Tak tanya pun!’’ aku sengaja membuka bunga-bunga perbalahan. Sebenarnya aku suka sangat bila keluarga kami berkumpul begini. Paling aku suka bila mereka begitu memahami kerjayaku. Mereka tahu aku sedang menyamar sebagai orang miskin dan mereka pun datang dengan kereta yang sesuai dengan taraf aku di sini.

        Kereta yang Along guna adalah Honda Civic. Entah mana Along dah sewa kereta Proton Saga tu? Ayah pula guna kereta Mercedes. Angah dan Alang berkongsi kereta kerana mereka berjiran. Mereka guna MPV. Tapi kereta kancil yang mereka naiki hari ini adalah kereta Angah waktu kecemasan bila Alang gunakan kereta MPV tu tanpa dia.

          ‘’Cantik rumah? Kemasnya rumah mereka?!’’ Alang mula menyindir sebaik masuk ke dalam rumah. Aku mana ada masa nak mengemas pun. Harapkan Ucu,.hmm, aku sibuk menaip, dia keluar meronda kampung!

           ‘’Of course la! Tengoklah rumah sapa? Rumah Ayang Mas merahkan!’’ aku tak mahu mengalah. Jawab jangan tak jawab!

        ‘’Tikus ada tak? Jangan-jangan ular pun dah buat sarang? ’’ Angah pula mencelah. Aku mencebik. Mula dah la tu! Alang dengan Angah kalau tak gaduh dengan aku memang tak syiok agaknya?

       ‘’Uihhh,..pak rimau pun ada! Nak berkenalan ke?’’ aku terus menjawab. Ayah dengan mak hanya meronda dalam rumah sewa kami ni. Dalam meronda mak ringankan tangan mengemas apa yang patut. Aku hanya memerhatikan gelagat mak tanpa niat untuk melarang.

       ‘’Sarapan apa pagi tadi. Mak tengok periuk cuma ada satu ja. Kuali pun satu. Apa yang korang makan?’’ mak sudah mula menyoal. Aku tersengeh. Ucu lagi lebar sengehnya dari aku kemudian dia angkat ibu jari dan terbalikkannya.

        ‘’Kak Yang nak save bajet! Kami makan mee meggi ja hari-hari!’’ Ucu pecah rahsia kami berdua. Mak sudah membuntangkan matanya.

       ‘’Kalau macam tu jom balik dengan kami! Kalau dah pemalas sangat nak masak,.’’ Mak sudah mula memberi arahan. Aku tak kisah kalau balik hari ini kerana novel aku sudah hampir tamat tapi sayang pula kerana aku membayar sewa rumah untuk tiga bulan. Masih berbaki sebulan setengah lagi. Sudah hampir dua bulan kami di Penang ini. Masuk bulan kedua aku sengaja bayar untuk tiga bulan sekaligus. Mana aku tahu novel aku kali ni cepat pulak aku siapkan. Semuanya gara-gara cerita kak Senah!

        ‘’Shah dah bayar sewa untuk tiga bulan mak! Macam rugi ja kalau nak balik sekarang. Biarlah kami bercuti puas-puas di sini dulu mak?! Lagi pun Ucu pun masih bercuti lagikan!’’ aku memujuk mak. Ucu membeliakkan matanya padaku.

       ‘’Alaa,..kak Yang tu dah berkenan dengan abang Bangla di kilang tu mak, ayah sebab tu dia sayang nak tinggalkan tempat ni!’’ Ucu mencelah tiba-tiba dan kata-katanya mendapat respon dari semua orang. Riuh pulak rumah sewa kami dengan gelak ketawa. Aku ja yang berwajah masam.

         ‘’Ucu tu jeles sebab dia dok tackle anak mami tak dapat-dapat lagi!’’ aku membalas kata-kata Ucu.

       ‘’Kata nak mai sini,.nak cari ilham? Ni dah macam pakat-pakat nak cari jodoh ja?!’’ ayah pula bertanya sambil tergelak perlahan. Aku hampiri ayah dan memegang lengan ayah.

       ‘’Bukanlah ayah! Kan Shah dah janji novel seterusnya baru Shah carikan calon menantu untuk ayah! Along jangan jeles pulak, kalau Ayang langkah bendul?’’ sambil lengan ayah aku pegang, mataku pula ku lirik ke arah Along yang sudah mencari tempat untuk duduk.

        ‘’Langkah sajalah bendul tu! Jangan langkah Along sudah!’’ Along buat ayat-ayat pasrah lagi.

       ‘’Tak ada sofa ke rumah korang ni? Macam mana nak duduk bersila ni?’’ Alang mula tunjuk protes. Aku mencebik lagi. Macam berlagak sangat ayat-ayat yang Alang suarakan tu!

      ‘’Nak buat macam mana,.kami ni orang miskin tegar Alang. Tak nak menderma ke Alang? Boleh juga dapat bonus untuk akhirat!? ‘’ dalam ayat pasrah aku pula aku kenakan Alang. Angah sudah tersengeh mendengar ayatku. Bibirnya sudah terkumat kamit untuk berkata sesuatu.

          ‘’Mak kata duit royalti Ayang untuk novel terakhir Ayang tu dah sampai. Ribuan jugak masuk! Miskin tegar ke tu?’’ sebaik Angah habis berkata-kata aku pandang mak.

       ‘’Ye ke mak? Banyak sangat ke mak?’’ aku soal mak dengan rasa teruja. Mak mula selongkar beg tangannya dan menghulurkan sepucuk surat padaku. Aku menghampiri mak dan menarik mak duduk bersila di tepiku. Aku membuka sampul surat dengan rakus. Terbelalak seketika mataku memandang angka-angka di dalamnya. Kalau macam ni aku kena sedekah banyak sikit untuk kak Senah sebelum aku balik KL. Dia dah banyak membantu aku untuk menyiapkan novel terbaruku ini. Hmm,.lepas ni aku nak ajak keluargaku keluar bershoping dan beli barang-barang untuk kak Senah sekeluarga dan aku bercadang nak beli semua novel aku yang telah berada di pasaran dan hadiahkan untuk kak Senah.

         ‘’Alhamdulillah! Semuanya ini rezeki dari Allah. Berkat doa dari mak dan ayah jugak! Terima kasih mak, ayah, Along, Angah, Alang dan Ucuku tersayang. Lepas ni Shah belanja makan nasi kandar naa?,.’’ aku memandang semua wajah-wajah kesayanganku yang sudah duduk bersila di atas tikar rumah sewa kami.

         ‘’Ehemmm,.nama kami tak ada ke?’’ abang Idham bertanya. Dia dan abang Nas berwajah sayu. Aku lebarkan senyuman melihat wajah kedua orang abang iparku itu.

       ‘’Oh,.abang Am ambil bahagian Angah. Abang Nas ambil bahagian Alang. Alang dengan Angahkan tengah diet. Tak mahu makan nasi kandar tu?’’ aku sengaja mencari pasal lagi dengan Angah dan Alang. Keduanya mencebik ke arahku. Abang Idham dan abang Nas pula ketawa melihat wajah-wajah isteri kesayangan mereka yang sudah cemberut.

         ‘’Tak apalah! Kita makan pasembor ya Angah? Dengar kata pasembor pun sodap!’’ Alang bersuara sambil memandang Angah. Bibirnya dimuncungkan sikit. Macam orang merajuk aje?!

          ‘’Melelehlah liur cucu mak tu nanti!’’ mak mencelah perbualan kami. Angah tiba-tiba mengusap perutnya. Aku terperasan sesuatu. Wajah Angah berubah ceria. Abang Am juga turut melebarkan senyumannya.

        ‘’Haa,.Angah dah mengandung ke? Tahniah Angah! Bestnya,.nak dapat anak saudara!’’ aku turut teruja mendengar berita ini.

       ‘’Alang macam mana? Tak follow ke?’’ aku menoleh pulak ke arah Alang. Dia menjegilku.

      ‘’Tadi Ayang cakap rezeki tu dari Allahkan? Biarlah Angah dulu yang dapat rezeki tu. Alang follow la pelan-pelan. Kesian pulak mak nak sambut cucu serentak nanti!’’ Alang memberi hujah yang kurasakan agak bernas. Almaklumlah nama suaminya pun abang Nas. Hihi,..

       ‘’Bila dengar Angah nak dapat baby. Ucu macam teringin jer!’’ Ucu yang hanya diam sejak tadi bersuara pula. Kami semua memandang serentak ke arahnya.

         ‘’Alah emak,.kahwinkan Ucu!’’ Ucu menyanyi sambil bibirnya mekar dengan senyuman. Aku pandang Along yang hanya tayang wajah beku.

         ‘’Ucu!,.langkah tembok rumah dulu kalau nak kahwin sebelum Along!’’ aku teringat kata-kata Along sebelum ni, terus aku luahkannya. Mak, ayah, Angah dan Alang serta suami masing-masing ketawa mendengar ayat aku. Along dan Ucu hanya tersengeh.

Jumaat, 5 Jun 2015

Love 4Ever bab 30-Tammat

BAB 30

                  BEBERAPA bulan berlalu selepas kes Ariesya dilarikan oleh Lyna. Keadaan kembali tenang selepas itu. Ajmal ternyata sudah benar-benar berubah. Fida pula sudah bersedia membuka hatinya untuk menerima Ajmal. Kini Fida sedang menunggu hari untuk melahirkan anaknya.

               Saisah dan Syahrul pula membuat permintaan untuk menjaga bayi Fida. Saisah ingin menyusukan sendiri bayi itu dan menganggapnya seperti anak sendiri. Buat sementara waktu Fida akan tinggal di rumah mereka hinggalah dia lepas pantang dan dalam perancangan mereka Syahrul akan menceraikan Fida selepas Saisah selamat melahirkan anaknya pula.

           Ajmal sudah berjanji untuk mengambil Fida menjadi isterinya bila Fida sudah bersedia menerima dirinya. Berita terbaru dari Lyna pula, kini dia juga sedang menjalin cinta dengan bekas rakan sekampus mereka. Muhammad Idham yang sudah lama menyimpan perasaan terhadap Lyna dengan beraninya melamar cinta Lyna untuk dirinya. Tanpa berfikir panjang, Lyna menerimanya dengan hati terbuka. Dia sudah mula memaafkan Saisah dan Syahrul. Sesungguhnya hati manusia ini begitu senang berbolak-balik. Yang paling penting kembalilah kepada Allah! Hanya Dia yang mampu membuka peluang untuk kita melihat kebenaran.

           ‘’Ibu! Mama,.aduh, tolong Fida!’’ Fida menjerit kuat bila merasakan perutnya menjadi kejang tiba-tiba. Sejak pagi tadi perutnya asyik memulas hinggalah selepas solat Isyak tadi dia masih rasa tidak selesa.

           ‘’Kak Zeati,.abang Syah tolong Fida!’’ nama Saisah dan Syahrul pula diseru. Mungkinkah semua orang sudah masuk ke bilik untuk tidur? Tak tunggu lama, Fida menguatkan dirinya untuk bangun. Sebetulnya Puan Mawar sudah menawarkan diri untuk menemaninya malam ini tapi Fida melarangnya kerana tahu ibu mertuanya juga keletihan kerana menguruskan kedai makan mereka seharian.

          ‘’Akak! Abang Syah!’’ Fida memanggil lagi dan mengetuk pintu bilik Saisah dan Syahrul. Perutnya yang kejang berubah menjadi sakit yang teramat di bahagian pinggang dan bawah ari-ari. Dia mengetap bibirnya menahan sakit. Air matanya mula mengalir ke pipi.

          ‘’Abang Syah! Tolong Fida!!’’ sekali lagi Fida memanggil kuat walau kudratnya sudah semakin lemah akibat menahan rasa sakit.

        ‘’Ya Allah! Akak,.tolong!!’’ semakin kuat jeritan Fida bila air ketuban sudah membasahi betisnya. Sakit perutnya pula semakin kuat dirasakannya.

           ‘’Kenapa ni Fida?’’ Saisah yang membuka pintu bilik terus bertanya.

            ‘’Ya Allah! Fida nak bersalin ke? Abang!! Bangun,.Fida nak bersalin!’’ melihat kedaan Fida dan lantai yang basah, Saisah mula menjadi kalut. Suaranya lagi kuat mengalahkan Fida tadi.

           ‘’Abang!!’’ kuat laungannya dan mengejutkan Syahrul.

           ‘’Kenapa Zeati? Sayang sakit ke?’’ terpingga-pingga Syahrul bangun. Dia baru saja terlelap. Baru nak melepaskan penat lelahnya setelah seharian bekerja dan melayan kerenah Ariesya dan isteri-isterinya.
       
                      ‘’Ketuban dah pecah bang! Cepatlah bangun! Nanti tak semapt ke hospital, mahu ke abang jadi bidan terjun?’’ Saisah bersuara cemas. Melihatkan keadaan Fida yang sudah mula menangis dan keletihan Saisah juga turut dilanda kebimbangan.

             ‘’Eh! Sayang jangan bergurau boleh tak? Abang letih ni,.perut sayangkan baru lima bulan, ketuban apanya yang pecah. Lambat lagikan?’’ Syahrul bersuara perlahan. Disangkanya Saisah sengaja nak mengenakan dirinya.

            ‘’Fida yang nak bersalinlah! Bukannya Zeati!!’’ Saisah bertempik kuat. Barulah Syahrul terpisat-pisat membuka matanya seluas mungkin. Mindanya baru dapat mencerna keadaan sebenarnya.

                        ‘’AJMAL,.kau datang sekarang! Fida dah sakit nak bersalin. Aku nak kau belajar azankan anak dia!’’ Saisah menghubungi Ajmal dan menyuruh dia datang ke hospital. Syahrul sudah memandang Saisah dengan pandangan tajam.

             ‘’Agak-agaklah,.kalau nak suruh bekas kekasih sayang tu datang pun. Abangkan masih suami Fida?!’’  Syahrul bersuara dengan nada tak puas hati.

           ‘’Datang sekarang! Kalau tak aku suruh Fida reject kau! Baru kau tahu,.membujanglah kau sampai ke tua!’’ Saisah tidak mempedulikan rungutan Syahrul di sebelahnya. Dia terus berbual dengan Ajmal di hujung talian.

           ‘’Sayang! Dah dekat pukul 1 pagi ni, biarlah Ajmal tu tidur!’’ Syahrul masih mencuba nasib untuk memujuk Saisah agar memberinya izin menjaga Fida dan mengazankan bayinya.

              ‘’Bangunlah! Macam tu ke nak jadi laki orang?’’ Saisah masih ralit berbual di telefon. Sengaja dia berpura-pura tidak mendengar kata-kata Syahrul. Bila Fida sudah tiada kudrat untuk berjalan tadi, Syahrul yang mendukung Fida. Hati Saisah dilanda cemburu tiba-tiba, kini peluangnya pula untuk membuatkan Syahrul cemburu. Walau pun butir bicara mereka adalah Fida.

              ‘’Sayang ni degil betulkan? Fida tu kan masih isteri abang! Biarlah abang yang azankan anak dia nanti. Tak payahlah nak susahkan Ajmal tu!’’ Syahrul kuatkan suaranya. Saisah semakin galak berbual di telefon bimbitnya. Suaranya sengaja dilunakkan. Geram pula mendengar ayat-ayat Syahrul. Cara dia tu macam dah jatuh sayang dengan isteri ke duanya itu.

                ‘’Minta sini telefon tu!’’ Syahrul terus merampas telefon bimbit yang sedang ditekap di telinga Saisah. Terpinga-pinga Saisah bila telefon bimbitnya sudah bertukar tangan.

             ‘’Hello Ajmal,.kau tak payah datang! Biar aku yang azankan!’’ tegas suara Syahrul. Saisah pula ketawa mengekek tiba-tiba.

            ‘’Hello! Hello! Hello!,..’’ Syahrul menoleh ke arah Saisah yang sudah terinjut bahunya.

          ‘’Zeati ni,.ingatkan betul dia cakap dengan Ajmal,..’’ suara Syahrul yang tegas tadi sudah berubah nada.

           ‘’Abang lupa ke? Ajmalkan pergi ke New Zealand,.takkanlah Zeati nak suruh dia datang ke sini sekarang. Abang tahu tak? Zeati cemburu tau tengok abang dukung Fida tadi. Bernanah ja kat dalam ni,..’’ dengan ketawa yang masih bersisa Saisah memberitahu Syahrul tapi suaranya berubah nada lagi bila tiba ayat terakhir. Saisah terbayangkan lagi suasana cemas itu. Tangannya memegang dadanya untuk memberitahu hatinya sakit melihat ‘fenomena’tadi, kemudian Siasah merebahkan kepalanya di bahu Syahrul.

         ‘’Nak balas dendamlah tadi tu? Sengaja nak bagi abang cemburu pulak? Abang tak mahu ceraikan Fida tu baru tahu! Sekali dengan Ajmal pun TERlepas!’’ Syahrul bersuara galak sambil melepaskan tawa. Saisah panggung kepala dengan pantas. Dipiatnya lengan Syahrul kuat. Mendidih hatinya mendengar Syahrul berkata begitu.

              ‘’Abang ni kan,..hee,..’’ Saisah bersuara rajuk. Dimasamkan wajahnya. Semakin galak pula Syahrul ketawa. Lengan yang pedih dipiat digosok perlahan. Kalau dengan Saisah, dalam baiknya dia, pantang silap sikit mesti Syahrul akan dapat sakit tapi demi kerana sayang, Syahrul tahankan saja. Saisah tu nak bersalin lagi sakit dari kena piat!

            ‘’Waris kepada Siti Rafidah binti Ramli!’’ nama Fida dilaung dari pembesar suara. Syahrul dan Saisah bangun dan menghampiri kaunter pertanyaan.

            ‘’Nurse,.isteri saya macam mana?’’ Syahrul yang bertanya. Saisah hanya mengukirkan senyuman hambar di sebelah. Sejak kandungannya semakin membesar ni, Saisah selalu dilanda cemburu yang tak sudah. Bila Syahrul bertanyakan tentang Fida dan menyebut perkataan isteri, Saisah cukup terasa.

          ‘’Isteri encik?’’ jururawat di kaunter bertanya kembali.

          ‘’Ya! Siti Rafidah binti Ramli,.’’ Syahrul memberitahu sambil cuba mengukirkan senyuman.

          ‘’Oh! Dia dah selamat melahirkan. Kami dah bawa dia ke wad sakit puan. Encik boleh terus ke sana,.’’ Syahrul mengangguk laju dan memimpin tangan Saisah untuk ke wad berkenaan. Jururawat sudah memandang pelik ke arahnya dan mengukirkan senyuman. Entah apa yang difikirkannya?

             ‘’Tentu nurse tu pening kepala tengok abang?!’’ Saisah bersuara sambil tergelak. Syahrul kebingungan seketika dan menoleh pantas ke arah Saisah.

        ‘’Kenapa pulak?’’ terus Syahrul ajukan soalan.

        ‘’Isteri baru lepas bersalin tapi dah pimpin tangan perempuan lain. Abang tak tengok muka nurse tadi? Macam tengah keliru ja!’’ Saisah cuba serkap jarang. Dia sendiri dapat mengesannya.

          ‘’Biarlah,.apa mereka nak fikir. Yang penting, kita tak kacau hidup mereka! Kalau kita nak ambil peduli dengan apa orang nak nilai dan fikir pasal kita, hidup kita ni takkan ke mana. Bagi abang, apa yang Zeati fikir itu lebih penting dari apa yang nurse tu fikir. Apa yang ada dalam hati Zeati tu yang abang nak tahu sangat!’’ Syahrul menyudahkan ayatnya sambil jari jemarinya mengenggam kemas jari jemari Saisah.

          ‘’Hurmm,..’’ Saisah mengeluh perlahan. Hatinya sekarang, ibarat diluah mati emak, ditelan mati bapak! Bukan senang untuk menghadapi situasi ini dengan tenang. Dia juga insan biasa. Nak menjadi manusia yang Redha 100% tu memang payah!

                ‘’Kenapa?’’ Syahrul bertanya sepatah.

              ‘’Kalau ikutkan hati zeati ni abang, sekarang jugak Zeati nak abang ceraikan Fida tu, tapi perikemanusiaan Zeati ni masih tebal lagi untuk berlaku kejam macam tu. Cuma Zeati harap sangat, abang faham dengan situasi Zeati ni,.yang sekejap okey dan sekejap,.macam tak dapat menerima kenyataan bahawa Zeati sedang berkongsi suami dengan perempuan lain. Sakitnya di sini!’’ Saisah pegang dadanya. Sesekali hatinya bagai dihiris bila memikirkan hidup dalam perkongsian ini.

            ‘’Abang Faham! Sayang pun kena faham dengan tanggungjawab yang Wajib abang galas.’’ Lemah suara Syahrul kedengaran.


BAB 31

             Beberapa tahun berlalu dan keadaan sudah banyak berubah. Puan Habsah dan Puan Mawar membuat keputusan untuk pencen dan menghabiskan sisa-sisa umur mereka dengan beramal. Mereka sudah mengerjakan haji bersama dan kini hidup mereka dihabiskan di masjid dan di atas sejadah. Selain itu Al-Quran juga sudah menjadi peneman setia. Zikrullah itu kini sudah sebati dengan hati dan bibir mereka.

          Kedai makan mereka diambil alih oleh Syahrul dan kini sudah dinaik taraf menjadi restoran makanan kampung bertaraf antarabangsa. Mereka menyediakan juadah-juadah tradisional dari perbagai negara.

        Niat Syahrul untuk menyiasat mengenai syarikat ayahnya yang muflis dulu juga sudah terlaksana. Atas pertolongan Ajmal segalanya telah terbongkar dan manusia yang menyebabkan ayah Syahrul menanggung kerugian itu sudah dihadapkan ke muka pengadilan.

           Dato Huzaimi juga telah mempelawa Syahrul untuk menjadi rakan kongsinya kerana syarikat itu milik keluarga Syahrul asalnya. Namun Syahrul menolak pelawaan Dato Huzaimi dan berazam untuk memajukan restoran yang telah diamanahkan untuknya.

          Kedai kek Saisah juga semakin maju dan kemungkinan juga berkat rezeki anak-anak mereka. Saisah kini sarat mengandungkan anak ke tiga mereka yang sudah disahkan oleh doktor sebagai kandungan kembar tiga.

          Fida sudah berkahwin dengan Ajmal dan kini sedang menetap di New Zealand. Fida dan Ajmal juga sedang melanjutkan pelajaran mereka di sana. Selepas berkahwin dengan Ajmal, Fida mengambil keputusan untuk belajar kembali. Berkat kesabarannya dia berjaya dan mendapat peluang melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Anak lelakinya kini dipelihara Saisah dan Syahrul.

         Lyna kini sedang menjalani praktikal sebagai doktor di sebuah hospital dan sedang berbahagia bersama keluarganya. Anak sulung Saisah sudah berusia enam tahun dan kepetahannya berkata-kata semakin menyerlah hari demi hari.

             ‘’Ibu,.bila adik nak keluar ibu? Iesya tak sabarlah nak main dengan baby!’’ Ariesya menyoal ibunya sambil mengelus perlahan perut ibunya yang sudah memboyot itu. Sesekali dia akan ketawa bila merasakan gerakan-gerakan kecil.

           ‘’Kalau ikut due yang doktor beri, minggu depan, tapi tak taulah bila Allah nak keluarkan. Kenapa ni? Dia pulak yang tak sabar. Larat ke Iesya nak menjaga nanti? Adik Rafiq dengan adik Afiq tu pun Iesya dah tak larat nak jaga!’’ Saisah tersenyum dengan kata-katanya. Ariesya mengeluh perlahan.

           ‘’Alaa,.adik Rafiq dengan adik Afiq tu degil sangat. Dah tu lasak, mana Iesya larat. Lagi pun mereka dah besarlah ibu. Merekakan lelaki, Iesya nak adik perempuan!’’ Ariesya menjawab sambil memuncungkan bibirnya. Saisah tersenyum lucu. Rafiq anak lelaki Fida tua empat bulan dari Afiq tapi tahun yang berlainan. Sekarang ni usia Rafiq tiga tahun dan Afiq baru dua tahun. Hanya jarak empat bulan tetap memisahkan umur mereka.

            ‘’Kalau adik yang dalam perut ibu ni lelaki jugak, macam mana?’’ sengaja Saisah menyoal untuk  menguji Ariesya.

            ‘’Ibu mengandunglah lagi, sampai Iesya dapat adik perempuan!’’ Ariesya menjawab dengan tenang. Saisah sudah melopong tidak percaya.

           ‘’Iesya!!,.Iesya ingat ibu ni kilang buat anak ke? Iesya ingat anak tu ibu yang buat?’’ Saisah menyoal kalut. Ariesya memandang wajahnya dengan pandangan kosong.

           ‘’Laa,..ibu dengan abahkan pandai buat anak?! Dalam perut ibu ni kan dah ada tiga orang baby? Iesya tengok kawan-kawan Iesya mana ada yang dapat adik tiga orang serentak?!’’ Ariesya bersuara tenang. Saisah sudah membeliakkan matanya.

          ‘’Iesya!! Bila masa baby ni ibu dengan abah yang buat? Semua ni Allah yang bagi tahu! Iesya pun Allah yang bagi kat ibu dengan abah.’’ Ariesya mengangguk faham.

              ‘’Ibu,.nanti baby-baby dalam perut ni, Iesya nak bagi nama ya?’’

          ‘’Haa,.nama apa Iesya nak letak?’’ Saisah sengaja menduga Ariesya, sedangkan nama untuk anak-anaknya sudah disediakan sejak mereka tahu dia sedang mengandungkan anak kembar.

         ‘’Ustazah di sekolah Iesya ada cakap, menyebut nama tu doa. Lepas tu ustazah cakap lagi, kalau nak letak nama untuk baby yang baru lahir, kena letak nama yang maknanya cantik. Kalau dapat baby perempuan mesti ada Nur yang bermaksud cahaya. Kalau anak lelaki kena letak Muhammad yang bermaksud,.aaa,..’’ Ariesya sudah mengaru tengkuknya. Saisah sudah tersenyum lebar.

            ‘’Muhammad tu maksudnya yang terpuji. Iesya jangan bimbanglah, ibu dan abah dah sediakan nama untuk adik-adik Iesya nanti. Kalau semuanya anak-anak lelaki, kami nak letak nama Ali, Abu Bakar dan Omar tapi kalau perempuan pula Siti Aishah, Siti Fatimah dan Siti Khadijah.’’ Saisah mengelus perlahan perutnya sambil memandang Ariesya yang sudah menganggukkan kepalanya berkali-kali.

            ‘’Kenapa nama Iesya, Ariesya Iriana? Kenapa nama adik-adik Iesya ada nama Siti? Dah tu, macam nama orang-orang tua ja ibu?!’’ Ariesya bertanya lagi. Saisah berfikir sejenak sebelum menjawab. Dia teringat ketika dia mengandungkan Ariesya dulu, umurnya baru sembilan belas tahun. Ketika tu dia hanya terfikir untuk menamakan anak mereka dengan nama yang sedap disebut tanpa memikirkan maknanya.

          ‘’Masa ibu beri Iesya nama, ibu tak tengok pun buku panduan nama-nama dalam Islam. Ibu dengan abah main letak ja tapi nama adik-adik Iesya ni adalah nama-nama anak Rasullullah, nama sahabat Rasullullah, nama isteri-isteri  Rasullullah.’’ Saisah cuba menjelaskan setiap persoalan yang Ariesya utarakan. Sebenarnya nama-nama yang bakal diberikan pada anak-anak kembarnya, ibu dan ibu mertuanya yang cadangkan. Saisah dan Syahrul pun sudah berbincang untuk menerima cadangan kedua ibu mereka.

           ‘’Tapi ibu,.macam tak best ja nama tu ibu?!’’ Ariesya menambah lagi. Dia teringat nama adik kawan-kawannya yang bagaikan nama-nama artis. Nama yang cukup glamour.

           ‘’Tak apalah,.biar tak sedap disebut yang penting maknanya elok. Kan Iesya cakap tadi, nama tu adalah doa? Betullah tu!’’ sekali lagi Ariesya menjatuhkan kepalanya berkali-kali bila mendengar jawapan Saisah.

              ‘’Ariesya Iriana apa maksudnya ibu??’’ Saisah sudah ternganga mendengar soalan Ariesya yang ini.

              ‘’Errr,....’’ dan Saisah terus melebarkan senyuman tanpa jawapan. Nantilah ibu chek dalam buku panduan nama-nama dalam Islam! Saisah berbisik di dalam hati.


BAB 32

             RESTORAN makanan tradisional bertaraf antarabangsa yang sudah menjadi milik Syahrul hari ini cukup meriah. Bila Ajmal pulang bercuti dari luar negara bersama Fida, dia berniat untuk membuat kenduri. Restoran Syahrul menjadi pilihan dan tetamu mereka adalah bekas rakan-rakan sekolah yang telah bertemu kembali di dalam muka buku.

             Inilah kelebihan internet yang banyak manfaatnya. Dalam muka buku ni Ajmal dah membuka satu group khas untuk bekas-bekas pelajar sekolah mereka. Group itu dibuka untuk umum. Rakan pelajar yang Ajmal kenal, dia akan add sendiri. Selebihnya dia meminta rakan-rakan yang lain tolong masukkan. Ajmal dulu seorang pelajar yang angkuh dan ramai yang tak suka dia, jadi ramai juga rakan sekolah yang dia tak kenal.

                 Saisah dan Syahrul yang banyak menolong dia memasukkan rakan-rakan sekolah mereka sebagai ahli ke dalam group itu. Hari ini kebanyakan rakan-rakan yang mereka temui dalam muka buku sudi menghadirkan diri. Semuanya sudah berkelulusan tinggi dan bekerja. Ada juga yang menjadi suri rumah sepenuh masa.
                           
          ‘’Uwaa,.mak labu, bila due ni?’’ Atie Solehah bertanya sambil mengelus lembut perut Saisah yang hanya menunggu hari untuk melahirkan. Hari ni pun dia tak banyak bergerak. Semua kerja, Syahrul dan pekerja-pekerja mereka yang lakukan. Rafiq dan Afiq kedua orang ibunya yang jaga, Ariesya juga membantu mengawal kedua orang adiknya itu.

           ‘’Dah sampai due pun,.aku tunggu saat dan masa ja, bak kata bila-bila masa saja meletuplah ni,..’’ Saisah menjawab pertanyaan Atie sambil membetulkan kedudukannya.

                   ‘’Sakan perut kau ni Saisah? Kembar ke?’’ Lyna pula menyoal sambil memegang lengan Saisah. Nadi Saisah diperiksanya.

            ‘’Ha’ah!,.kembar tiga! ‘’ Saisah menjawab dengan penuh teruja. Kawan-kawannya yang sedang mengelilingi dia sudah melopong tidak percaya.

          ‘’What?’’ Ifa mencelah. Matanya bulat memandang wajah Saisah.

          ‘’Terror ar korang! Macam mana buat?’’ Lyna pula menambah soalan sambil ketawa kecil. Mulutnya ditekup dengan telapak tangan. Saisah sudah mencerlungkan mata ke arahnya.

          ‘’Ek-eleh,.tanya soalan maut kat aku? Perut kau pun boyot jugak! Kau buat macam mana? Kena buatan orang erk?!’’ sambil menegakkan badannya Saisah membalas kata-kata Lyna.

          ‘’Hahaha,.yupp! Buatan orang dengan kerjasama aku jugak!’’ Lyna bersuara lagi sambil ketawa galak. Suaminya yang sedang berbual dengan rakan-rakan lelaki mereka di hujung kiri restoran dijeling sekilas.

          ‘’Amboi korang ni,.agak-agaklah nak berbual topik panas ni pun,..kami yang masih solo ni, malu tau nak dengar!’’ Zalifah mencelah lagi. Wajahnya sudah merah mendengar ayat-ayat Saisah dan Lyna yang sedang mengandung sulung.

        ‘’Lyna!,.kau kata nak tunggu lama sikit baru nak timang baby, kenapa tiba-tiba ja ni? Terbabas ke? Eh!,.Bukan kau sedang buat praktikal ke?’’ tanpa mempedulikan rungutan Ifa, Saisah masih meneruskan topik sensasi mereka. Tiba-tiba dia teringat pula tentang Lyna yang masih melanjutkan pelajarannya.

         ‘’Aku jeles kat kau la,..umur masih muda lagi tapi anak dah nak masuk enam orang,.Hehe,.betul,betul,betul,.aku doktor praktikal ja tapi kalau dah rezeki nak buat camno?! Dah terlanjur,.termengandung takkan nak gugurkan?’’ Laju saja Lyna menjawab sambil terus ketawa.

         ‘’Ceh! Alasan tak boleh blah,..’’ Saisah mencelah pantas, matanya meninjau sekeliling restoran. Kelibat Syahrul dicari bila perutnya memulas tiba-tiba. Saisah menegakkan badannya dan pinggangnya digosok perlahan.

            ‘’Kau kenapa Saisah? Tiba-tiba ja macam kucing nak beranak!?’’ Atie Solehah yang perasan kegelisahan di wajah Saisah menyoal.

             ‘’Bukan kucing nak beranak la! Aku rasa, aku yang dah nak terberanak!’’ pantas Saisah menjawab sambil cuba bangun bila dirasakan pinggangnya seakan ingin patah.

           ‘’Hah?’’ ketiga orang rakannya yang rancak berbual dengannya serentak bersuara. Mereka menolong memapah Saisah yang sudah agak payah untuk bangun dan cuba berdiri.

         ‘’Syahrul!! Cepat!!’’ serentak juga Ifa, Atie dan Lyna melaung Syahrul yang sedang rancak berbual dan bergelak ketawa di sudut kiri restoran. Semuanya yang ada sudah menoleh pantas.

          ‘’Cepat Syah! Saisah dah nak beranak?’’ Lyna melaung Syahrul lagi. Saisah sudah hilang suara bila perutnya sudah mula kejang. Kakinya juga terasa kaku tiba-tiba.

           ‘’Time orang buat reunion ni la kau nak beranak pun Saisah,.’’ Ayie yang datang menghampiri Saisah bersama Syahrul dan yang lain cuba berseloroh. Saisah dah tak mampu nak membalas.

           ‘’Pandailah kau Ayie! Kalau boleh merancang, senanglah!’’ Ifa membantu Saisah menjawab. Dalam suasana Saisah yang sedang sakit itu pun mereka masih nak berbahas lagi. Ayie pula hanya tersengih mendengar kata-kata Ifa.

             SUASANA wad persendirian yang dihuni Saisah kini sudah penuh dengan rakan-rakan dan saudara mara. Riuh rendah suara mereka berbual.
Saisah selamat melahirkan bayi-bayi kembarnya namun anak-anaknya terpaksa dimasukkan ke dalam balang dan dimasukkan oksigen. Saisah mengalami masalah kontraksi ketika ingin melahirkan bayi mereka dan bayi terakhir yang dilahirkannya hampir lemas.

            Dua orang bayi perempuan dan seorang bayi lelaki yang comel kini melengkapkan lagi kebahagiaan Saisah dan Syahrul. Fida dan Ajmal yang terlambat tiba di restoran tadi baru menyusul selepas Saisah dimasukkan ke hospital. Mereka yang menjadi penaja perjumpaan reunion itu, mereka pula yang paling lambat tiba.

         ‘’Memandangkan Saisah dah selamat melahirkan anak-anak kami, jadi biar aku yang jadi penaja. Lagi pun Ajmal lambat sampai,.nama saja penaja tapi dia yang paling akhir sampai,.’’ Syahrul mula bersuara bila melihat Ajmal dan Fida memasuki wad itu dengan sebuah hamper barangan baby. Sengaja dia nak mengenakan Ajmal.

            ‘’Aku dah janji,.mana boleh mungkir janji. Jadi orang munafik pula aku nanti. Lain kalilah kau belanja kami. Sesekali,.bagilah peluang untuk aku rebut pahala pulak! Asyik kau ja nak rembat semua pahala.’’ Ajmal membalas selamba. Wajah Syahrul dipandang sambil keningnya dijungkitkan berkali-kali.

         ‘’Kau ni,.kalau buat baik semata-mata nakkan pahala, itu tak ikhlas namanya! Orang buat apa pun, niatnya mesti kerana Allah. Kita ni sebagai hamba kepadaNYA! Buat amalan,buat ibadat mestilah diniatkan kerana Allah, bukan kerana nakkan ganjaran atau pun nakkan pujian orang atau sebagainya.’’ Saisah mencelah perbualan mereka. Semua mata mengarah ke arahnya. Ajmal sudah beku ditempat dia berdiri.

           ‘’Aku serender! Bercakap dengan korang ni, aku memang takkan menang. Ada saja hujah korang yang akan mematahkan pendapat aku,..’’ Ajmal mengangkat  kedua belah tangannya. Bibir masing-masing sudah melebar dengan senyuman.

         ‘’Bukan hujahlah! Aku cakap yang betul. Kita ni sebagai hamba selalu tersalah niat. Kita menderma, kita nak orang puji. Kita solat, kita nak orang tahu kita bersolat. Ada setengah orang baru ada ilmu sikit, dengan tok guru sendiri pun nak ajak berbahas. Adakalanya, sengaja nak menegakkan benang yang basah!’’ Saisah menambah lagi. Dia membetulkan kedudukannya. Rasa segan pula bila dikelilingi rakan-rakan dan saudara mara dalam keadaan dia seorang saja yang sedang berbaring.

         ‘’Hai,.orang sakit ni,.nanti anak kau besar mesti jadi ustaz dan ustazah, sebab ibu mereka pun dah ada aura nak jadi ustazah ni,.’’ Lyna bersuara pula sambil tersenyum. Drip air yang tergantung dibetulkan kedudukannya.Bila dah jadi doktor, prihatinnya terlebihlah pulok.

        ‘’Amin Ya Rabbal Alamin!’’ serentak Saisah dan Syahrul mengaminkan kata-kata Lyna dan mereka ketawa selepas itu, disusuli yang lain.

           ‘’Baby-baby korang dah ada nama ke?’’ Ifa tidak melepaskan peluang untuk mencelah sama. Nak tahu juga apa nama bayi-bayi kembar pasangan suami isteri ni.

           ‘’Tanya Iesya! Aik,.mana Iesya?’’ Saisah yang menjawab dan tertinjau-tinjau mencari Ariesya. Sekejap tadi ada ja Ariesya di sebelah katilnya.

          ‘’Mana ada! Dah keluar,.’’ Syahrul yang menjawab.

        ‘’Tak perasan pulak! Rafiq dengan Afiq mana? Tadi semuanya ada,.mana semua orang dah hilang?’’ resah saja suara Saisah. Syahrul mengelengkan kepalanya. Rakan-rakan mereka sudah tersenyum.

            ‘’Kau ni Saisah,.dalam keadaan kau macam ni pun masih bimbangkan anak-anak kau. Biarlah anak-anak kau, orang lain pulak yang jaga!?’’ Atie Solehah yang hanya mendengar sejak tadi turut mencelah. Terpegun dia melihat Saisah yang masih bersemangat walau baru melahirkan tiga orang kembar.

             ‘’Itulah namanya naluri seorang ibu. Kau tunggulah giliran kau nanti. Kau akan faham Atie, apa yang aku rasa sekarang,.’’ Saisah menjawab dengan tenang.

           ‘’Anak-anak ikut siapa? Rasanya ibu dengan mama pergi solat tadikan?’’ masih belum habis kerisauannya, Syahrul pula disoal.

         ‘’Bini aku bawa! Kau jangan bimbanglah,.Rafidah takkan larikan anak-anak kau tu. Kami belum habis belajar, lagi pun kami belum puas honeymoon!’’ Ajmal yang menjawab soalan Saisah sambil mengulum senyum. Dia mencapai kerusi yang ada di tepi katil dan mula duduk. Dengan kaki palsu yang digunakannya mana larat nak berdiri lama-lama.

           ‘’Amboi! Sakan betul honeymoon?!’’ Saisah membidas kembali sambil turut tersenyum.

          ‘’Soalan aku, kau belum jawab lagi!’’ Ifa kembali meminta soalannya dijawab. Saisah mengerutkan keningnya, cuba mengimbas kembali apa yang disoal Ifa.

          ‘’Dalam perancangan kami, kalau dapat semua perempuan kami akan namakan dengan nama Siti Fatimah, Siti Aishah dan Siti Khadijah. Kalau lelaki pula Ali, Omar dan Abu Bakar tapi sekarang dah ada dua perempuan dan satu lelaki. Aku rasa kena bincang sekali lagi ni,..’’ Saisah mengakhiri kata-katanya sambil memandang wajah Syahrul. Keningnya dijungkitkan sikit dan bibirnya terus mekar dengan senyuman.

           ‘’Lorhh,.aku ingatkan kau nak namakan dengan nama-nama yang canggih sikit. Nama klasik tu jugak yang korang berkenan?!’’ Ifa bersuara lagi. Saisah sudah dapat mengagak itulah respon rakan-rakannya.

           ‘’Apa ada pada nama? Niat aku memberi nama macam tu, dengan harapan, anak-anak kami akan mempunyai akhlak sebaik isteri-isteri Rasullullah, akhlak sebaik anak Rasullullah dan juga sebaik sahabat-sahabat Rasullullah. Aku tahu, semuanya bermula dari rumah. Ibu bapalah yang akan mencorakkan anak-anak ni,.’’ Semua rakan-rakannya menganggukkan kepala. Mula memahami niat Saisah dan Syahrul.

           Betullah tu! Apa ada pada nama? Tapi,.kalau namanya seindah wajah orangnya pun, akhlak kena jugak diambil kira. Amal ibadat kita pun kena juga dititik beratkan. Yang penting setiap apa yang kita lakukan niatnya mestilah kerana Allah!

           ‘’Ibuuu,.tadi Iesya pergi tengok Siti Fatimah, Siti Aishah,Ali dengan aunty Fida! Kesian kat baby, ibu,.baby kecik sangat!’’  Ariesya yang baru masuk ke dalam wad sudah melaung. Suaranya yang kecil sudah menarik semua pandangan menghala ke arahnya.

          ‘’Boleh tengok ke?’’ soalan Saisah ajukan untuk Ariesya tapi pandangannya dihalakan ke arah Ariesya dan Fida serentak.

          ‘’Alaa,.boleh tengok dari luar ja ibu!’’ Ariesya bersuara lagi.

           ‘’Nampaknya anak-anak kita dah ada nama?! Ibu dengan abah tak payah bincang lagi. Iesya dah bagi nama untuk adik-adik dia,..’’ Syahrul mencelah sambil tersenyum. Dia dan Saisah saling berpandangan dan kemudian wad persendirian itu terus meriah dengan gelak ketawa.

                 **********TAMMAT********
6 HAL JAMINAN SYURGA DARI RASULULLAH SAW

Mari kita merenungi nasihat Rasulullah,"Jaminlah untukku enam hal darimu,aku jamin syurga untukmu."

1. Benar dalam bicara.
2. Menepati janji kepada ALLAH,seperti solat,zakat,puasa dan lain-lain,serta janji pada manusia,seperti nazar,sumpah dan sebagainya.
3. Tunaikan amanah.
4. Tutup aurat dan jaga kemaluanmu.
5. Tahan matamu dari yang haram / maksiat (pornogarafi).
6. Jaga tangan,seperti memukul bukan hak,menerima atau memberi yang haram,menyentuh yang bukan mahramnya.

(HR Ahmad, Ibnu Hibban dan Baihaqi).



Aamiinkan doa ini saudaraku.

Allahumma ya ALLAH tanamkan di hati kami perasaan selalu rindu kepada-Mu, ingatkanlah selalu kami tentang dahsyatnya hari akhirat-Mu agar hamba tidak tertipu dengan kesenangan dunia sesaat ini, ya ALLAH, ya Tuhan kami, Penguasa hati kami, tetapkanlah hati kami dalam taqwa dan istiqomah agar tetap dijalan-Mu sampai akhir hayat nanti... Aamiin ya Rabbal'alamin

Nota CINTA buat semua pembaca:

Semoga mini novel ini dapat memberikan ikhtibar untuk kita semua termasuk diri saya juga,.yang baik itu dari Allah! Yang khilaf itu dari sayalah hendaknya,.salam kemaafan dan selamat melakukan amalan soleh. Ingat! Niatkan hanya kerana Allah!



Love 4Ever bab 29

 BAB  29

            LYNA mundar-mandir di sekeliling katil yang menempatkan Ariesya. Hatinya menjadi takut bila melihat Ariesya yang semakin lemah. Ariesya sedang tidur tapi kelihatan seolah orang yang tidak sedarkan diri. Dia benar-benar takut andainya Ariesya jatuh sakit.

          Ariesya memang terlalu degil. Sejak Lyna membawa dia pulang setitik air dan sebiji nasi pun tidak dijamahnya. Ariesya hanya menangis dan ingin pulang. Pagi ni, Ariesya semakin lemah dan kelihatan tak bermaya. Lyna segera membawanya ke hospital berhampiran tanpa berfikir panjang.

          Lyna sudah tidak mampu berfikir dengan waras bila melihat keadaan Ariesya. Niatnya bukan untuk membunuh. Dia hanya nak Saisah dan Syahrul merasakan sakitnya kehilangan orang yang disayangi. Dia tidak menduga perancangannya untuk mengenakan Saisah dan Syahrul tidak menjadi seperti yang dirancangan, malahan kini dia sendiri yang sedang menanggung perasaan bersalah  akibat perbuatannya sendiri.

          ‘’Iesya!’’ suara tangisan seorang wanita memaksa Lyna menoleh pantas. Dia terkejut bila melihat Saisah bersama keluarganya dan dua orang polis sedang menuju ke arah mereka. Lyna terus kaku di tempatnya berdiri.

           ‘’Lyna? Apa kau buat di sini? Di mana kau jumpa anak aku ni?’’ Saisah menyoal Lyna sambil menghampiri katil Ariesya. Air matanya terus mencurah tanpa pintanya. Antara gembira berjumpa dengan Ariesya semula dan sedih bila melihat Ariesya yang sedang terlantar lemah.

           ‘’Aku,..aku,..’’ Lyna cuba bersuara namun dia terlalu gemertar.

          ‘’Akak! Inilah kawan akak yang bawa lari Iesya kemarin!’’ Nadiha yang baru masuk ke wad terus menuding jari ke arah Lyna. Semua mata memandang ke arah Lyna dengan rasa tidak percaya.

           ‘’Aku minta maaf Saisah! Syahrul!,.aku tahu, aku terlalu ikutkan hati marah aku tapi, aku tak tahu akan jadi macam ni,..’’ Lyna terus melutut di hadapan Saisah dan Syahrul. Air matanya mengalir laju ke pipi. Polis sudah bersedia untuk membawa Lyna pergi.

         ‘’Tak apa encik! Kami dah jumpa Iesya. Kami nak tarik kes ni. Biar kami selesaikan cara baik,..’’ Syahrul cuba menghalang polis yang sudah bersedia mengari tangan Lyna. Saisah turut mengangguk menyetujuinya. Walau pun dia terkejut dan tidak menyangka Lyna sanggup membawa lari Ariesya tapi dia tidak sanggup untuk melihat Lyna digari dan dipenjarakan.

             ‘’Baiklah,.kalau encik nak selesaikan kes ni cara baik, tapi walau apa pun encik dah buat report. Encik tetap kena pergi ke balai selepas ini untuk menarik balik report encik!’’ selepas berkata-kata dua orang polis yang datang bersama mereka berlalu pergi.

           ‘’Maafkan aku Saisah!’’ Lyna sudah mengongoi sambil terus memeluk kaki Saisah. Perasaan bersalahnya terus menghambat dirinya.

         ‘’Kenapa Lyna? Apa salah aku pada kau?’’ Saisah bertanya sayu.

             ‘’Kenapa kau tipu aku Saisah? Dulu kita rapat,.tapi kenapa kau tak berterus terang dengan aku, kau dah kahwin dengan Syahrul? Dan kau Syah!,.tiga tahun aku kejar kau di USM kenapa tak beritahu status kau?’’ Lyna memandang kedua suami isteri itu. Semuanya berpunca dari mereka. Kalau dia tahu Syahrul tu sudah berkahwin dengan Saisah tentu dia takkan menaruh harapan dan mengejar Syahrul tapi kenapa mereka tergamak mempermainkan perasaannya?

           ‘’Hahaha,..aku ingat aku seorang saja yang jadi bodoh kerana cinta. Rupanya,.ada lagi orang yang bodoh macam aku!’’ Ajmal ketawa kuat dan kenyataannya membuatkan semua mata memandang ke arahnya.

           ‘’Kau tahu Syahrul, macam mana aku boleh kemalangan di depan rumah kau? Sebenarnya,.aku nak langgar kau dan anak kau, tapi Allah itu Maha Adil,..’’ Ajmal yang ketawa kuat tadi, tiba-tiba suaranya berubah nada. Sebak dalam dadanya bila memikirkan kebodohan sendiri.

             ‘’Apa? Tergamak kau Ajmal?!’’ Saisah terpekik kuat dan matanya merenung tajam ke arah Ajmal.

               ‘’Aku tahu Saisah! Aku terlalu ikutkan naluri aku. Seumur hidup aku, apa yang aku nak semua aku dapat. Bila aku tahu kau dah kahwin dengan Syahrul. Hati aku robek dan aku terlupa jodoh, ajal dan maut di tangan Allah,.’’ Ajmal bersuara sambil menundukkan wajahnya. Syahrul menghampiri dan memegang bahunya.

           ‘’Maafkan aku Syah! Aku yang upah orang untuk mengambil gambar Saisah dan aku ketika kami bergaduh tempoh hari. Aku juga telah mengupah orang untuk mengeditnya dan menghantar kepada kau! Masa tu, aku berharap kau akan mengamuk dan ceraikan Saisah tapi aku tak sabar untuk menunggu. Aku buat plan baru pula dan memerangkap kau dengan Rafidah,..’’ Ajmal terus bercerita tanpa diminta.

              ‘’Aku semakin sakit hati bila Saisah langsung tak mengamuk dan korang semakin mesra dan melayan Rafidah dengan baik. Dan,.paling aku tak percaya bila Rafidah cakap dia temui kebahagiaan di rumah kau dan tak mahu mengikut arahan aku lagi,..’’ Ajmal tersenyum hambar dengan ceritanya sendiri. Mindanya terus mengembara ke masa lalu, mengenangkan kebodohannya.

            ‘’Allah dah bayar cash! Aku dah terima balasannya. Korang boleh tengok sendirikan! Aku dah tak macam dulu. Hidung aku dah patah hingga terpaksa buat pembedahan plastik. Aku dah hilang sebelah kaki. Allah Maha Adil,.namun aku bersyukur bila Allah beri aku kesedaran sebelum terlambat. Nasib baik Allah tak ambil nyawa aku ketika aku kemalangan tu,..’’ Ajmal terus meluahkan rasa hatinya sambil mengenggam kejap tongkat yang sedang menopang ketiaknya.

            ‘’Aku setuju sangat bila kau cakap kau bodoh!’’ Saisah mencelah sambil tersenyum lebar. Ajmal juga turut tersenyum sambil kepalanya dijatuhkan berkali-kali. Syahrul ingin mencelah tapi Saisah mengangkat tangan dan menahan Syahrul dari berkata-kata.

             ‘’Zeati belum habis cakap lagi. Dengar dulu!’’ Saisah tujukan kata-katanya untuk Syahrul dan menyambung kata-katanya.

           ‘’Kau tahu tak cinta itu tak semestinya harus dimiliki? Kadang-kadang aku hairan dengan manusia ni, kata mereka, mereka cinta tapi sanggup pula memusnahkan diri sendiri dan memusnahkan orang yang kononnya mereka cinta.

            Contohnya,.cinta tak kesampaian. Ada yang sanggup membunuh diri bila tak dapat hidup bersama. Itu bukan cinta namanya! Yang macam korang ni pun tak layak digelar CINTA! Kononnya cinta tapi tergamak pula nak merosakkan kebahagiaan orang yang korang cinta?

              Bila kita mencintai seseorang kita harus mendoakan kebahagiaan orang yang kita cinta tu BUKAN memusnahkan kebahagiaan dia! Begitu juga maruah diri. Ada orang cakap kalau cinta perlu berkorban apa saja, harta atau pun nyawa. Itu cinta orang BODOH! Bunuh diri, hilang maruah diri, jadi pembunuh,.itu bukan sebab cinta! Semua itu sebab nafsu untuk memiliki. Ketaksuban yang keterlaluan itulah yang merosakkan sesebuah cinta!

           Yang hairannya cinta dengan manusia saja yang mereka taksub tapi cinta dengan Allah,.langsung mereka tak ambil peduli! Lupa semua, halal atau pun haram.’’ Saisah pula memainkan peranannya. Semua yang mendengar sudah mengangguk setuju.

             ‘’Sejak bila isteri abang bijak sangat mengolah perihal cinta ni?’’ Syahrul sengaja mengusik. Saisah memandangnya tanpa respon dan menyambung lagi.

           ‘’Kau tahu tak Lyna kenapa aku sengaja merahsiakan perkahwinan kami?’’ Saisah bertanya Lyna yang sudah nampak tenang dari sebelumnya. Lyna mengeleng laju.

           ‘’Sebab Dato Siti paksa aku,.Dato Siti kata dalam lagu dia Biarlah Rahsia!’’ bila semua orang serius untuk mendengar, Saisah pula sengaja berseloroh. Riuh wad kanak-kanak yang sebelumnya suram itu dengan gelak tawa.

           ‘’Kau ni,..’’ Lyna mula bersuara dan turut tersenyum.

        ‘’Okey! Aku nak cakap serius,.sebenarnya aku plan, bila kita buat reunion nanti aku nak kejutkan semua kawan-kawan kita, tapi macam plan aku tak menjadi jer,..’’ wajah Saisah berubah mendung. Diteleknya pula wajah Ajmal dan Lyna untuk melihat reaksi mereka.

            ‘’Oh! Ya ke? Bila reunion tu?’’ spontan Lyna menyoal.

           ‘’Jawapan tu ada pada kau! Kenapa tanya aku pulak?’’ Saisah bermain teka –teki. Lyna kebingungan, tak mengerti.

         ‘’Kenapa aku?’’ Lyna pula mengajukan soalan. Dia memandang semua wajah yang ada di situ untuk mencari jawapannya.

              ‘’Kau kahwin nanti, kau jemputlah semua kawan-kawan kita. Macam reunion jugakkan?’’ selamba Saisah bersuara membuatkan wajah Lyna kembali terukir dengan senyuman.

             ‘’Ada-ada ja kau ni,.’’ Lyna sudah tersipu-sipu. Hmm,.tapi nak kahwin dengan siapa ya?

            ‘’Kau nak suruh aku jadi madu kau ke kak Saisah?’’ Lyna pula ingin berseloroh. Dia menyambung kata sambil memandang tepat wajah Saisah.

           ‘’Woi!,.kau ingat Syahrul ni kuat sangat ke? Aku ni tengah mengidam, bini nombor dua pun tengah memboyot. Maunya,.kau pun subur nanti, boleh patah kaki dia nak layan bini-bini mengandung serentak!’’ Saisah berkata selamba dan disambut dengan deraian ketawa dari yang lain. Lyna saja yang sedang kebingungan.

           ‘’Kejap, kejap,..apa maksud kau? Bini nombor dua? Jadi,.kalau aku kahwin dengan Syah, aku kena jadi bini nombor tiga la?’’ Lyna menyoal penuh keraguan. Saisah mengangguk laju, sekejap cuma, dia mengeleng pantas.

         ‘’Oii,.jangan nak berangan nak jadi bini nombor tiga! Langkah mayat aku dulu. Kan ke senang kalau kau doakan kami bahagia hingga ke syurga. Aku rasa macam nak senak perut ja, bila kau cakap bini nombor tiga tadi, tak pasal-pasal terbit pulak perkataan bini-biniku gengster,..’’ Saisah menambah kata sambil menoleh ke arah Syahrul yang masih tersenyum. Macam suka ja nak berbini ramai?

          ‘’Mana bini nombor dua?’’ terfikir untuk bertanya, Lyna tak tunggu lama. Laju ayat-ayat itu meluncur dari bibirnya.

         ‘’Tuu,..rakan subahat Ajmal!’’ sambil memuncungkan bibirnya ke arah Fida Saisah bersuara.

             ‘’Tak apa Syah,.Saisah! Biar aku yang bertanggungjawab dengan apa yang telah aku buat. Kau lepaskan Rafidah,.biar aku ambil dia. Itu pun kalau dia sudi jadi permaisuri hati aku yang cacat ni,..’’ Ajmal mencelah perbualan Saisah dan Lyna. Suaranya macam gugup sikit. Mungkin rasa rendah diri dengan kecacatannya!?

          ‘’Hah??’’ serentak Syahrul, Saisah, Fida, Puan Mawar dan Puan Habsah bersuara. Ajmal tunduk tersipu-sipu.

           ‘’Kalau ya pun nak melamar,.tunggulah aku lepaskan dia dulu. Agak-agaklah nak melamar bini orang pun,..’’ Syahrul pula sengaja membikin suasana semakin panas.Bibirnya sudah terukir dengan senyuman. Wajah Fida dipandang. Memang tak pernah ada cinta di hatinya untuk Fida, namun dia tetap melunaskan tanggungjawabnya memberi nafkah zahir kepada Fida. Cuma nafkah batin saja yang belum dilaksanakannya.

           ‘’Ehemmm,..’’ panjang deheman Saisah. Syahrul terus mengangkat kedua belah tangannya dan suasana kembali gamat.

           ‘’Ibu!,..’’ suara lemah Ariesya menghentikan keriuhan. Kini tumpuan beralih pula ke arah Ariesya.

          ‘’Iesya lapar!’’