My Channel in Youtube

My Channel in Youtube
Jom Langgan!

Sabtu, 27 April 2013

LOVE 4EVER BAB 9,10,.


BAB  9

          Ajmal Idham melangkah pantas ke arah keretanya.Lima tahun di luar negara melanjutkan pelajaran membuatkan Ajmal teringin untuk mengetahui perkembangan teman-teman sekolahnya.Selepas SPM dia berjaya dengan cemerlang dan ayahnya Dato Huzaimi telah menghantarnya untuk belajar di luar negara.Orang pertama yang selalu di ingatinya adalah Saisah Mazeati.Dia tahu Saisah telah mengambil alih kedai kek milik ibunya.Itulah matlamat utamanya.

      Kedai kek SAISAH KEK & PASTRY di tuju.Keretanya meluncur laju membelah kesibukan kotaraya.Tak sabar hatinya untuk menatap wajah itu lagi.Lima tahun sudah berlalu tentu Saisah sudah semakin cantik.Kalau dulu Saisah langsung tidak melayan setiap usikannya tapi kini Ajmal bernekad untuk terus merebut hati Saisah tanpa mengetahui Saisah Mazeati adalah kepunyaan Syahrul Nizar.

      Terasa keretanya terlalu lambat bergerak.Ajmal terus menekan minyak.Hatinya terus meronta-ronta.Saisah!,tunggu kedatanganku! Ajmal menjerit di dalam hati.

        Sementara itu di kedai kek SAISAH KEK & PASTRY yang di ambil sempena nama gabungan Puan Habsah dan suaminya Muhammad Saiful,kelihatan seorang kanak-kanak dalam lingkungan usia tiga tahun sedang enak menjamu selera bersama ibunya.

       ''Ibu,.sedap kek coklat ni! pandai ibu masak!'' petah kanak-kanak itu bersuara.Ibunya hanya tersenyum.Alangkah bahagianya kalau Syahrul ada bersama dengan mereka sekarang ni.Bersama melayan anak kecil mereka.

        ''Ibu! Iesya nak lagi!'' Ariesya Iriana bersuara lagi menganggu lamunan Saisah seketika.Kepala Ariesya di usap mesra.

    ''Cukup untuk hari ini.Tak elok makan banyak sangat,nanti gigi anak ibu tak cantik dah,kalau makan kek banyak-banyak.Kalau dah bam bam nanti abah balik pun dah tak kenal lagi dengan anak abah ni,'' Saisah tersenyum sambil memujuk anaknya itu.

     ''Alaa,.ibu ni,.Iesya nak sikit ja lagi!'' Ariesya merengek manja.

     ''Anak ibu lapar ya? Nanti kita pergi restoran nenek ya,kita makan di sana,'' kepala Ariesya Saisah usap lagi,penuh kasih dan sayang.Seawal usia sembilan belas tahun Saisah dah mengandungkan Ariesya dan terpaksa berkorban menangguhkan pelajarannya selepas Saisah di sahkan hamil.Saisah langsung tak menyesal bila tahu dia sudah mengandungkan zuriat mereka hasil perkongsian kasih dan sayangnya bersama Syahrul.

         ''Tak nak! tak nak!,.Iesya nak kek jugak!'' Ariesya masih berdegil.Di hentakkan kakinya berkali-kali.Saisah hanya mampu mengelengkan kepala.Teringat pula dia ketika dia sedang mengandungkan Ariesya kek coklatlah yang di makannya hari-hari hingga di usik Syahrul.Memang,.ketika itu badan Saisah naik mendadak.

       ''Okey! okey,.sepotong ja lagi.Lepas ni kita pergi makan nasi pulak di restoran nenek.Janji!,.kalau tak! ibu tak nak kasi!'' Saisah terpaksa mengalah.Anak sekecil Ariesya apa sangat yang dia tahu selain kehendaknya harus di tunaikan.Kalau tak memang merajuk panjanglah nampaknya.

      ''Janji!!!,.'' jari kelingking Ariesya kaitkan bersama jari kelingking Saisah dan mereka terus ukirkan senyuman.Saisah bangun dan menuju ke peti sejuk yang menempatkan berbagai jenis kek di dalamnya.Sepotong kek coklat yang telah siap di potong di keluarkan.

        Sedang Saisah melangkah untuk menuju semula ke meja Ariesya pintu kedai di kuak dari luar.Seorang lelaki yang cukup bergaya dengan cermin mata hitamnya masuk ke kedai.Saisah memberi isyarat pada pekerjanya untuk melayan lelaki tersebut dan dia pula terus melayan kerenah Ariesya makan.

       ''Encik nak beli kek ke?'' Nadia pekerja Saisah terus menyoal lelaki tersebut.Lelaki tersebut mengeleng dan matanya terus meninjau dalam kedai kek dan terus terpegun lama pada seorang wanita bersama seorang kanak-kanak kecil.Langkahnya terus di atur ke arah meja tersebut.

           ''Saisah Mazeati Muhammad Saiful???'' soalan di ajukan pada Saisah.Lama Saisah merenung wajah lelaki di hadapannya.Cuba mengimbas wajah dihadapannya namun mindanya langsung tak bekerjasama.

        ''Kita kenal ke?'' Saisah ajukan soalan kembali.

         ''Ajmal Idham bin Huzaimi,ingat tak?'' Ajmal teruja bila Saisah sudah ada di depan matanya.Saisah kerutkan keningnya dan  berjeda lama.

             ''Huzaimi or Dato Huzaimi?'' Saisah masih beriak  biasa.Langsung tak  menyangka akan bertemu semula dengan mamat perasan bagus ni.

        ''Well!!,.whatever!!,.Dato ke apa ke I tak kisahlah.Yang penting you ingat siapa I,'' Ajmal mula bersuara angkuh.Saisah mencebik.Hiesy!!,.tak habis lagi dengan perangai dia tu.Siap ber 'I' 'YOU' lagi.Ajmal terus menarik kerusi di sebelah Saisah dan mula melabuhkan punggungnya walau tidak di pelawa.Saisah rimas dan bangun dari tempat duduknya.Selamba saja Ajmal menarik tangan Saisah.Saisah tergaman.

            ''Ajmal!! apa ni?? lepaslah!! kau ni memang tak tau adapkan? suka suki hati kau sajakan nak pegang tangan aku ni?'' Keras  suara Saisah.Ariesya dah tercengang.Terkejut kali pertama mendengar suara ibunya segarang itu.

           ''Ibuu!!,.'' Ariesya dah berubah riak.Dia seakan ingin menangis.Saisah mendapatkan Ariesya dan memeluk anaknya itu.Dia sendiri pun tak menyangka akan tindakan spontannya itu.

         ''Maaf sayang! ibu tak sengaja!'' jelingan tajam Saisah hadiahkan pada Ajmal.Ajmal pula memandang Saisah dan Ariesya silih berganti.

        ''Kenapa budak ni panggil you ibu??'' Ajmal tak puas hati.Dalam mindanya sudah merusuh.Tidak!! Saisah belum kahwin!.

         ''Kau peduli apa??'' Saisah masih bersuara kasar lalu bangun dan mendukung Ariesya ke ruangan dapur.Ajmal pula masih terpegun di situ.Tak percaya.Saisah Mazeati hanya akan jadi milik Ajmal Idham.

              ''Ibu!,.tadi tu sape?'' Ariesya yang masih dalam dukungan ibunya bertanya.Saisah hanya mengeleng sambil mengukirkan senyuman untuk Ariesya.Saisah sendiri bingung dengan kejadian hari ini.Untuk apa Ajmal muncul di depannya lagi.

          ''Saisah!!,.'' Ajmal mengekori Saisah ke ruangan dapur.Ajmal tak puas hati selagi tidak mendapat jawapannya.Saisah mendengus kasar.Sudah lama dia mengenali Ajmal yang suka memaksa ini.

        ''Kau nak apa lagi Ajmal??'' Saisah masih bersuara tegas.Malas melayan kerenah Ajmal ni.Ariesya yang masih di dukungnya di serahkan pada Faezah salah seorang pekerjanya dan Saisah menuju pula ke pintu keluar melalui pintu belakang.Rimas! Itulah yang Saisah rasa.Ajmal masih mengekori ke mana saja Saisah pergi.

        ''You tahukan,.I memang sukakan You sejak dari sekolah lagi.You tu saja yang jual mahal!'' Ajmal berterus terang.Saisah menahan api amarah yang mula membakar hatinya.

         ''Okey!,.biar aku pula berterus terang dengan kau.Aku dah kawen dan Ariesya tu anak aku.Jelas sekarang??'' Saisah memandang Ajmal dengan pandangan yang membuak dengan perasaan marah.Entah kenapa sejak sekolah lagi Saisah memang tak suka dengan Ajmal yang sentiasa berlagak dengan semua orang.Bagi Saisah Ajmal langsung tak layak untuk di buat kawan sekali pun.

        ''Kalau You tak suka I sekali pun You janganlah nak buat ayat yang tak masuk akal tu!!'' Ajmal langsung tak percaya dengan pengakuan Saisah.

       ''Aku tak tipulah!!,.Aku memang dah kawen masa aku form five lagi,'' sekali lagi Saisah cuba membuat Ajmal faham tapi pengakuan Saisah itu hanya di sambut dengan ketawa yang kuat oleh Ajmal.

     ''Cik Saisah Mazeati Muhammad Saiful!  You takkan berjaya nak tipu I hidup-hidup.Biar apa pun You cakap I takkan percaya!!.Okey,.hari ni I bagi peluang dekat You untuk fikir masak-masak tapi ingat, esok I akan datang lagi dan I tak mahu dengar You mengaku budak tu anak You lagi.Faham!!'' selepas berkata begitu Ajmal terus mengorak langkah untuk meninggalkan Saisah.

       ''Ehh,.Ariesya Iriana tu memang anak aku la BAHLUL!!!'' Saisah bersuara lantang.Bertambah bengang dia dengan sikap Ajmal ni.Apa hak dia untuk paksa aku untuk tidak mengaku anak aku sendiri.Saisah bermonolog di dalam hati.Argghhh,..entah bala apa yang bakal datang ni?.Syahrul!! Aku perlukan kau!


BAB  10


                     Syahrul  tersentak jaga dari tidurnya yang seketika.Selepas menyiapkan assignment yang di berikan oleh pensyarahnya Sir Syarafuddin sebentar tadi dia merebahkan badannya dan terlelap.Tahun ini adalah tahun terakhir Syahrul di USM ini.Letih,.teramat letih dengan pelbagai aktiviti.Mana nak menyiapkan assignment yang berlambak-lambak.Mana nak menghadapi peperiksaan akhir lagi.Minda pun dah tepu untuk berfikir.

             Selepas tamat SPM Syahrul meneruskan pelajarannya di tingkatan enam.Manakala Saisah pula memasuki kolej Kulinari membuat kek,biskut dan roti.Rezeki mereka murah kerana dalam sibuk belajar Saisah di sahkan mengandung dan terpaksa menangguhkan pelajarannya.Saisah terus mengambil alih kedai kek ibunya sepanjang kehamilannya itu dan hingga sekarang kedai kek itu sudah jadi miliknya dengan di bantu oleh tiga orang pekerja.

           Syahrul tersenyum bila mengingatkan itu semua.Umur tujuh belas tahun dah jadi suami.Dengan usia remaja begitu mana Syahrul mampu bertahan dengan hanya melihat saja Saisah di depan mata.Segalanya bermula selepas Saisah memasuki kolej dan perpisahan itulah yang menyebabkan kerinduannya pada Saisah tidak dapat di bendung lagi.Bila setiap kali bertemu akhirnya mereka terbabas juga dan mereka sama-sama menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri yang sebenar dan lahirlah permata hati mereka yang pertama Ariesya Iriana yang kini sudah berusia tiga tahun.

           Mungkin takkan ada orang yang akan percaya bahawa dalam usia dua puluh dua tahun Syahrul sudah menjadi suami dan ayah kepada seoarang anak perempuan yang sudah berusia tiga tahun.Syahrul meraup wajahnya.Terbayang pula wajah anak kecilnya itu.Tentu semakin keletah sekarang.Kali terakhir Syahrul menghubungi Saisah dua minggu lepas.Rindu pula dia dengan anak dan isterinya itu.Bagaimana agaknya mereka sekarang? sihatkah mereka? Bagaimana pula dengan mamanya dan ibu mertuanya? Harap-harap mereka dalam lindungan kasih Ilahi.Sentiasa sihat dan bahagia.Kadang-kadang Syahrul bimbang juga dengan keluarganya.Namun apakan daya dia terpaksa juga membuat pilihan demi masa depan mereka bersama.

           ''Wey Syah!!,.jom makan!'' tanpa sebarang salam Ammar rakan sebilik Syahrul menegurnya.Entah dari mana datangnya pun Syahrul tak perasan.Itulah kalau badan saja ada di situ sedangkan hati dan jiwa sudah merewang pada anak dan isteri mana nak perasannya.

          ''Tunggu!,.aku mandi dulu'' Syahrul terus bangun, mencapai tuala dan pantas berlalu ke bilik air.Ammar hanya mengangguk.Mereka menuju ke kedai makan yang berdekatan dengan rumah sewa mereka.




             Saisah Mazeati resah sendiri.Sudah berkali-kali nombor Syahrul Nizar di dail namun tiada yang menjawabnya.Selepas Ajmal pulang Saisah teringatkan Syahrul.Sudah dua minggu Syahrul tidak menghubunginya.Mungkin Syahrul terlalu sibuk belajar hingga menyebabkan Syahrul terus mendiamkan diri.

            HP di masukkan kembali ke dalam handbagnya.Ariesya Iriana yang sedang bermain dengan pembantu kedainya Nadiha dihampiri.Riuh suara anaknya itu bergelak ketawa bersama pembantunya itu.Nadiha ni memang sukakan kanak-kanak berbanding dengan dua orang lagi pembantunya Faezah dan Nadia.Selalunya kalau dia sedang sibuk membuat kek Nadihalah yang selalu menawarkan bantuan menjaga Ariesya.

       ''Iesya!,.jom,.kita ke kedai nenek pulak!.Anak ibu ni laparkan?'' Saisah duduk di sisi anaknya itu dan mengusap sayang kepala Ariesya.

          ''Diha!,.tolong tanyakan Ijah dengan Nadia nak makan apa.Nanti Zeati tolong bungkuskan,'' pandangannya di arahkan pada Nadiha.
           
           ''Ibu!,.kita nak pegi makan di kedai nenek ya ibu?'' petah Ariesya menyoal.

           ''Yalah  sayang!'' Saisah menjawab pertanyaan Ariesya sambil mendukung Ariesya dan menghadiahkan ciuman di pipi kiri dan pipi kanan Ariesya,Ariesya ketawa mengekek bila Saisah turut melagakan pipinya dengan pipi Ariesya.

         Selepas mengambil pesanan dari Nadiha Saisah keluar dari kedai dan berjalan menuju ke restoran ibunya yang jaraknya hanya berselang lima buah kedai dari kedai kek SAISAH KEK & PASTRY.Hari ini sengaja Saisah bermurah hati untuk tolong membelikan pekerja-pekerjanya nasi untuk makan tengahari.Kadang-kadang Saisah akan memberi kelonggaran untuk pekerja-pekerjanya keluar makan sendiri.Terpulang pada kehendak pekerjanya.Adakalanya kedai akan di tutup sementara dan mereka akan keluar makan bersama-sama.Saisah selalu memberi kelonggaran kepada pekerja-pekerjanya asalkan mereka tidak mengambil kesempatan atas kebaikannya.

        Langkah di atur kemas sementara Ariesya yang masih berada dalam dukungan masih petah berkata-kata.Saisah turut melayan kepetahan anaknya itu sambil sekali sekala ketawa bersama.Terubat juga rindunya pada Syahrul bila ada buah hati mereka yang comel dan petah ini.

        ''Nenekkk!!!,..'' masuk saja ke dalam kedai Ariesya sudah meronta untuk turun dari dukungan Saisah.Saisah meletakkan saja anaknya itu dan sebaik di turunkan Ariesya sudah berlari menuju kepada Puan Habsah dan Puan Mawar yang sedang makan di meja berdekatan dengan kaunter.

       ''Alaa cucu nenek,.dah makan belum ni?'' Puan Habsah mengangkat Ariesya lalu di ribanya.Pipi Ariesya yang gebu di ciumnya juga.Arisya Irianalah penawar hati mereka sekeluarga.Sejak Saisah di sahkan hamil kebahagiaan mereka berganda apatah lagi selepas Ariesya lahir.Gelak dan tangis Ariesya adalah irama merdu yang sentiasa menceriakan mereka sekeluarga.

       ''Iesya dah makan dah kek coklat.Sedap!!,.tapi ibu tak bagi Iesya makan banyak-banyak.Ibu kata nanti kalau abah balik dah tak kenal Iesya lagi.Kenapa pula nenek? Kalau makan kek coklat banyak-banyak nanti muka Iesya akan berubah ke nenek?'' lancar Ariesya menjawab dan menyoal serentak mengundang tawa Puan Habsah dan Puan Mawar.

           ''Meh sini,.dok atas riba mak tok pulak!'' Puan Mawar menghulurkan tangannya untuk mengambil Ariesya dan kini Ariesya sudah beralih berada di atas ribaan mak toknya pula.Panggilan nenek dan mak tok sengaja di adakan untuk mengelak dari Ariesya menjadi keliru dan untuk mengelak Puan Habsah dan Puan Mawar berkalih serentak seandainya di panggil Ariesya.

        ''Kek coklat memang tak boleh makan banyak-banyak sayang sebab tak berkhasiat.Lagi pun kek tu manis nanti gigi Iesya cepat rosak.Bila senyum dah tak cantik lagi.Macam mak tok ni ha,'' Puan Mawar menjawab soalan Ariesya tadi.Bila Ariesya rancak bercerita dengan nenek dan mak toknya Saisah Mazeati pula menuju ke ruang depan yang di khaskan untuk mengambil makanan.Macam biasa nasi dan lauk di ceduk sendiri manakala air di order pada pekerja ibunya.

        ''Tadi ibu cakap kalau makan kek banyak-banyak nanti jadi bam-bam.Bam-bam tu apa nenek? mak tok?'' Puan Habsah dan Puan Mawar saling berpandangan dan akhirnya terburai lagi tawa mereka.Kanak-kanak sebesar Ariesya memang suka menyoal.Pada tahap umur beginilah mereka ingin tahu segalanya.

       ''Bam-bam tu macam ni ha,..'' Puan Habsah menjawab sambil mengelembungkan pipinya.Mereka ketawa lagi.

        ''Dah la tu Iesya.Jangan kacau nenek dan mak tok lagi,Meh duduk sini,ibu suapkan nasi ni,'' Saisah datang bersama dua pinggan nasi.Ariesya di ambil dari pangkuan ibu mertuanya dan di letakkan di kerusi yang di khaskan untuk kanak-kanak sebesar Ariesya.Puan Habsah dan Puan Mawar terus menyambung makan yang tergendala tadi.Hai!,..beginilah gayanya kalau dah jumpa cucu.Kalau dah dapat jumpa cucu yang lapar pun terus jadi kenyang.Penangan melayan cucu ni memang buat hati rasa  ceria selalu.Mungkin sebab itulah orang selalu cakap bila dah jadi tua lagi sayang cucu dari sayang anak.Betul agaknya tu?,.
                   

                     

Jumaat, 19 April 2013

Love 4Ever Bab 7,8




BAB   7


           Malam kedua dan juga malam terakhir.Malam terakhir ini di mulakan dengan bacaan doa oleh ustaz Zamri dan bacaan Surah Yassin.Ibubapa setiap pelajar tingkatan lima juga turut di jemput untuk memeriahkan bacaan Yassin ini.

Ustaz Zamri yang mengetuai aturcara membaca Surah Yassin ini juga meminta surah Yassin di baca bersama dengan terjemahannya sekali kerana katanya,kebanyakan orang hanya tahu membaca sedangkan langsung tidak faham dengan apa yang di baca.

  ''Pada malam ini sempena meraikan anak-anak kita yang bakal menduduki peperiksaan SPM yang bakal tiba dalam beberapa minggu sahaja lagi marilah kita bersama-sama mendoakan keberkatan dan ketenangan untuk anak-anak kita menduduki peperiksaan nanti.
Selama ini kita membaca surah Yassin tanpa tahu apa yang kita baca tapi malam ini marilah kita bersama-sama menghayati terjemahannya.''

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."

[1]
Yaa, Siin.
[2]
Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,
[3]
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus,
[4]
Yang tetap di atas jalan yang lurus (ugama Islam).
[5]
Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,
[6]
Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai.
[7]
Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman.
[8]
Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak.
[9]
Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).
[10]
Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya - mereka tidak akan beriman.
[11]
Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatangkan faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-Quran serta ia takut (melanggar perintah Allah) Ar-Rahman semasa ia tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Tuhan. Oleh itu berilah kepadanya berita yang mengembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia.
[12]
Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.
[13]
Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah bandar (yang tertentu) iaitu ketika mereka didatangi Rasul-rasul (Kami),
[14]
Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata: ` Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu '.
[15]
Penduduk bandar itu menjawab: "Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga, dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun (tentang ugama yang kamu dakwakan); Kamu ini tidak lain hanyalah berdusta".
[16]
Rasul-rasul berkata: Tuhan Kami mengetahui bahawa sesungguhnya Kami adalah Rasul-rasul yang diutus kepada kamu,
[17]
"Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata".
[18]
Penduduk bandar itu berkata pula: "Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya".
[19]
Rasul-rasul itu menjawab: "Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau".
[20]
Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:" Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu -
[21]
"Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk".
[22]
Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima ugama mereka? Maka jawabnya): "Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan?
[23]
"Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku.
[24]
"Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.
[25]
"Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku)",.
[26]
(Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam Syurga". Ia berkata; "Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui -
[27]
"Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan".
[28]
Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah ia (mati) sebarang pasukan tentera dari langit (untuk membinasakan mereka), dan tidak perlu Kami menurunkannya.
[29]
(Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi.
[30]
Sungguh besar perasaan sesal dan kecewa yang menimpa hamba-hamba (yang mengingkari kebenaran)! Tidak datang kepada mereka seorang Rasul melainkan mereka mengejek-ejek dan memperolok-olokkannya.
[31]
Tidakkah mereka mengetahui berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka? Umat-umat yang telah binasa itu tidak kembali lagi kepada mereka (bahkan kembali kepada Kami, untuk menerima balasan).
[32]
Dan tidak ada satu makhluk pun melainkan dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).
[33]
Dan dalil yang terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan kemurahan kami), ialah bumi yang mati; kami hidupkan dia serta kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripada biji-bijian itu mereka makan.
[34]
Dan kami jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur, dan kami pancarkan padanya beberapa matair,
[35]
Supaya mereka makan dari buah-buahannya dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan mereka; maka patutkah mereka tidak bersyukur?
[36]
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.
[37]
Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;
[38]
Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;
[39]
Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.
[40]
(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.
[41]
Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat;
[42]
Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya.
[43]
Dan jika kami kehendaki, kami boleh tenggelamkan mereka; (kiranya Kami lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan, -
[44]
Kecuali dengan kemurahan dari pihak Kami memberi rahmat dan kesenangan hidup kepada mereka hingga ke suatu masa.
[45]
Dan apabila dikatakan kepada mereka: " berjaga-jagalah kamu akan apa yang ada di hadapan kamu (dari urusan-urusan hidup di dunia ini), dan apa yang ada di belakang kamu (dari huru-hara dan balasan akhirat), supaya kamu beroleh rahmat", (mereka tidak mengindahkannya).
[46]
Dan (itulah tabiat mereka) tidak ada sesuatu keterangan yang sampai kepada mereka dari keterangan-keterangan tuhan mereka melainkan mereka selalu berpaling daripadanya (enggan menerimanya).
[47]
Dan apabila dikatakan kepada mereka:" Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu", berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): " Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata".
[48]
Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara mempersenda): " Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu)!",
[49]
Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang - (dengan secara mengejut) akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing).
[50]
Maka dengan itu, mereka tidak berpeluang membuat sebarang pesanan (wasiat atau lainnya), dan (kalau mereka berada di luar) mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya.
[51]
Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya.
[52]
(Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): " Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!,
[53]
Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta merta mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).
[54]
Maka pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun, dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan.
[55]
Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan;
[56]
Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin;
[57]
Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki;
[58]
(Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.
[59]
Dan (sebaliknya dikatakan kepada orang-orang yang kafir): "Berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa, (dari bercampur gaul dengan orang-orang yang beriman).
[60]
"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
[61]
"Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.
[62]
"Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?
[63]
"Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah).
[64]
"Rasalah kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur yang kamu telah lakukan!"
[65]
Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.
[66]
(Matahati orang-orang yang menderhaka itu rosak) dan kalau Kami kehendaki, Kami berkuasa menghapuskan bentuk dan biji mata kepala mereka menjadi rata, sehingga masing-masing menerpa mencari-cari jalan (yang biasa mereka lalui). (Kiranya dijadikan demikian) maka bagaimanakah mereka dapat melihatnya?
[67]
(Kekuatan akal fikiran mereka juga tidak sihat) dan kalau kami kehendaki, kami berkuasa mangubahkan keadaan jasmani mereka (menjadi kaku beku) di tempat yang mereka berada padanya; maka dengan itu, mereka tidak dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat undur ke belakang.
[68]
Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?
[69]
(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;
[70]
Supaya ia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya), dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab) terhadap orang-orang yang kufur ingkar.
[71]
Tidakkah mereka melihat dan memikirkan, bahawa Kami telah menciptakan untuk mereka binatang-binatang ternak, di antara jenis-jenis makhluk yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami lalu mereka memilikinya?
[72]
Dan Kami jinakkan dia untuk kegunaan mereka; maka sebahagian di antaranya menjadi kenderaan mereka, dan sebahagian lagi mereka makan.
[73]
Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur?
[74]
Dan tergamak mereka menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah, (dengan harapan semoga mereka mendapat pertolongan (dari makhluk-makhluk itu).
[75]
Benda-benda yang mereka sembah itu tidak dapat sama sekali menolong mereka, sedang benda-benda itu sendiri menjadi tentera yang akan dibawa hadir (pada hari kiamat, untuk memberi azab seksa) kepada mereka.
[76]
Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan.
[77]
Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),
[78]
Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?"
[79]
Katakanlah: "Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);
[80]
"Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu".
[81]
Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) - berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.
[82]
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.
[83]
Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) - Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

     Surah Yassin yang di bacakan begitu khusyuk oleh para guru,ibubapa dan pelajar di selang seli dengan terjemahannya begitu berkesan sekali bila ustaz Zamri yang membaca terjemahannya sekali sekala di selangi dengan suara separuh sebak demi menghayati maksud surah.Terdengar juga esakan kecil dari ibubapa dan guru-guru yang lain.Hanya yang benar-benar menghayatinya saja akan terasa betapa kerdilnya diri di sisi Allah.Akhir sekali di susuli doa oleh ustaz Zamri.

''Ya Allah, kami berniat membaca surah yassin ini untuk anak-anak kami belajar dan lulus peperiksaan SPM dengan cemerlang.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya.  Kaulah Tuhan yang Maha Pemurah, Maha Penyayang lagi maha Mengasihani.Kami bermohon kepadaMu bahawa berkatilah kami membaca yassin ini, kau terangilah hati anak-anak kami dan tenangkan fikiran anak-anak kami supaya anak-anak kami dapat belajar dan memahami segala ilmu dan mata pelajaran yang anak-anak kami ambil untuk peperiksaan SPM yang bakal tiba nanti.Kau berilah kesihatan tubuh badan dan otak anak-anak kami dan kau berilah jalan yang mudah bagi anak-anak kami agar anak-anak kami lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan tersebut.  Amin Ya Rabbal Alamin,''

         Selesai mengaminkan doa sekarang giliran cikgu Noriah pula bersuara.

''Pelajar-pelajar semua yang mana mempunyai ibubapa yang hadir di dewan ini sila bangun dan dapatkan ibubapa masing-masing dan menyalami mereka.Minta restu mereka dan mohon keampunan dari mereka dari hati yang benar-benar ikhlas.Tanpa ibubapa kita semua takkan wujud di sini.Dengan doa ibubapalah kejayaan bakal kita miliki,''

            Pelajar-pelajar semua bangun dan mencari ibubapa masing-masing.Suasana kini di selubungi pilu bila ibubapa dan pelajar-pelajar sudah berpelukan di iringi dengan lagu yang dinyanyikan oleh guru-guru di atas pentas.

Kasih Ibubapa

Mari-mari kita sejenak mengingat
Kasih ibu bapa yang tiada terkira
Walaupun dirinya letih dan penat
Namun di wajahnya tetap bergembira

Cubalah bayangkan kasih ibu bapa
Yang mengasuh kita petang dan pagi
Hanyalah dibayang banyaklah yang lupa
Setelah dewasa tak terkenang lagi

Wahai rang muda janganlah lupa
Taatlah kepada dua ibu bapa
Jangan-jangan-jangan andakan menjadi
Anak yang derhaka pada ibu bapa

Balasan di dunia dah banyak terjadi
Berbagai derita yang datang menimpa
Bila ibu bapa dah dibawa pergi
Menuju pusara meninggalkan kita
Baginya permata tak berguna lagi
Selain doa dari anak yang bertaqwa

          Malam terakhir berakhir juga dengan suasana pilu yang menyelubungi jiwa.Hanya yang di beri hidayah yang akan benar-benar insaf dengan suasana di malam ini.Moga Allah sentiasa memelihara mereka yang beriman dan bertaqwa.

          p/s;MAAFF!!!,..Panjang sangat bab ni,..tapi sengaja di muatkan terjemahan surah Yassin kerana ingin mencari kelainan.MAAF juga andai terdapat begitu banyak kesilapan yang tidak di sedari.


BAB  8

         HARI  terakhir mereka berkampung di sekolah.Selepas sarapan mereka di minta untuk ke dewan sekolah.Seorang penceramah telah di jemput untuk hari terakhir ini untuk memberikan panduan melalui ceramahnya yang bertajuk 'Teknik Bijak Belajar' yang di sampaikan oleh Dr Shukri Abdullah - Salah seorang pakar motivasi yang terkenal di Malaysia.

      Selepas makan tengahari mereka di benarkan pulang.Horeyyy!!!,..semua pelajar menunjukkan wajah ceria apatah lagi bila di jemput ibubapa masing-masing.

       Puan Habsah datang bersama Puan Mawar untuk menjemput Syahrul Nizar dan Saisah Mazeati.Kali ini Saisah tidak pula memprotes bila di minta duduk di tempat duduk belakang bersama Syahrul.Selamba saja dia masuk ke kereta walau ada mata yang memandang pelik kepada mereka berdua dan Saisah dengan selamba juga melambai kepada kawan-kawannya yang sedang memerhati.

     ''Duduk hujung sana sikit!'' Saisah berkata pada Syahrul meminta Syahrul menjarakkan kedudukannya.Syahrul tidak mengikut apa yang di minta Saisah tapi sebaliknya Syahrul semakin mendekat hingga Saisah rasa terhimpit.

      ''Woit!!,.aku serius ni,bukan main-main!'' Saisah bersuara separuh merayu.Puan Habsah dan Puan Mawar dah menoleh ke belakang bila mendengar anak dan menantu mereka seakan ingin memulakan peperangan.

      ''Kenapa tu? Syahrul? Zeati?'' Puan Mawar menegur.Syahrul tersenyum dan terus menjarakkan dirinya hingga ke hujung tempat duduk.Saisah juga turut tersenyum kemenangan dan menjungkitkan keningnya beberapa kali dan sejurus kemudian Saisah terus merebahkan badannya dan kepalanya di letakkan di atas paha Syahrul dengan selamba.Saisah terus pejamkan matanya tanpa mempedulikan pada reaksi Syahrul yang nyata mempamerkan wajah terkejutnya.

      Sekali lagi Puan Mawar menoleh ke belakang.Syahrul menjungkitkan bahunya bila matanya dan mata Puan Mawar bergabung.Puan Habsah turut melihat gelagat Saisah melalui cermin pandang belakang sambil mengelengkan kepala.

    ''Nampaknya sikit hari lagi timang cucu la kita,'' Puan Mawar bersuara sambil tersenyum.Saisah langsung tidak berkutik seolah tidak ambil peduli dengan apa yang di katakan oleh mertuanya.Matanya masih di pejamkan,langsung tak beriak wajahnya.

    ''Rul okey ja!,..anytime!'' Syahrul bersuara nakal sambil tergelak kecil.Di cuitnya hidung Saisah, langsung tiada respon.Sekejapan terdengar dengkuran halus Saisah.

   ''Ya Allah Zeati!!,..sedap kau berdengkur atas paha aku ni?'' Syahrul pandang ke depan melihat reaksi mama dan ibu mentuanya.Ternyata keduanya hanya ketawa memandang mereka berdua.Terpaksalah Syahrul merelakan pahanya itu menjadi bantal sementara buat isteri tersayang.

        Syahrul sandarkan tubuhnya di kusyen kereta dan mula melelapkan mata.Dua malam tidurnya tidak nyenyak.Letih betul tiga hari dua malam berkampung di sekolah.Bangun awal dan tidur pula lewat,dah tu banyak pula aktiviti yang terpaksa mereka lakukan.Dalam sekejapan saja dia pun turut hanyut di alam mimpi.Kedua orang ibu yang berada di depan hanya saling berpandangan dan mengukirkan senyuman.

       Bila destinasi mereka tiba Saisah dan Syahrul di kejutkan.Selamba saja Saisah bangun dan menonong masuk ke rumah.Puan Habsah dan Puan Mawar keluar semula selepas itu menuju ke restoran.Tinggallah Saisah dan Syahrul berdua.Tanpa pilihan Syahrul juga yang mengeluarkan beg Saisah dari bonet kereta dan begnya sekali dan di bawa masuk ke dalam rumah.

       Saisah terus masuk ke bilik dan menuju katil.Badannya terlampau letih dan mindanya hanya terfikirkan katil dan tilam empuknya.Di rebahkan tubuh langsingnya ke katil tanpa mempedulikan keadaan sekeliling lagi.

     Selepas mengunci pintu Syahrul juga turut menuju ke bilik tapi langkah kakinya bukan di atur ke biliknya sendiri.Bilik Saisah dituju tanpa rasa was-was.Tubuhnya direbahkan di sebelah Saisah tanpa rasa bersalah. Keduanya terus memburu mimpi-mimpi indah bersama sehingga Saisah terjaga bila perutnya sudah mula berkerongcong.

        ''Syah!,.bangunlah!! perut aku sakit ni!!'' Saisah memanggil Syahrul sambil menepuk bahunya.

     ''Oitt!,.bangunlah!!,..''panggilan pertama gagal.Saisah mendapat idea bila berulangkali mengejutkan Syahrul tidak berjaya.Saisah berpusing dan mengadap Syahrul.Jari-jarinya yang runcing itu bermain-main di wajah Syahrul.Dari kening turun ke mata,hidung,pipi dan akhirnya jatuh ke bibir.Sesekali Syahrul akan menepis.Saisah hanya tergelak perlahan.

       ''Abang Syah sayang,intan payung terjun,intan belian,permata belian dan yang sewaktu dengannya cepatlah bangun,.perut tuan puteri Saisah Mazeati ni dah berlagu,dangdut,rap,rock,berdongdang sayang dan sebagainya dah ni..'' Saisah dah mula membebel yang entah apa-apa.

         Masih tak berjaya.Syahrul masih nyenyak tidur.Saisah pegang pulak pipi Syahrul dengan kedua belah tangannya.Digoncangkan wajah Syahrul.Masih gagal!,.haih!! tidur mati ke apa? Saisah rapatkan wajahnya ke wajah Syahrul, tanpa sedar bibirnya sudah menyentuh pipi Syahrul. Bergetar dadanya seketika.Kemudian Saisah melihat ada senyuman terukir di bibir Syahrul.

     ''Syahrullll!!!,..kau pura-pura tidur ea??'' Saisah melompat bangun dan menampar tubuh Syahrul bertubi-tubi.Syahrul mengekek ketawa.Sebetulnya dia terlebih dahulu terjaga dan merenung wajah Saisah tapi bila dia menyedari Saisah sudah mula tersedar dia pula berpura-pura tidur.Bukan dia tidak dengar perut Saisah yang berkeriut dahsyat tu.Dia sendiri pun sudah pedih perut menahan lapar.

         Saisah muncungkan bibir bila Syahrul masih ketawakan dirinya.Syahrul menghampiri Saisah yang seakan merajuk itu.

        'Sori!!,.lain kali tak buat lagi! janji!!,.'' Syahrul mengangkat tangan kanannya seolah sedang memberi tabik.

         ''Dah habis merajuk? pergi siap!!,..abang pun lapar sangat ni'' arahan sudah dikeluarkan.Saisah yang sudah sedikit terpujuk hanya menahan senyum.Memang hatinya rasa berbunga sangat bila mendengar Syahrul membahasakan dirinya abang.Terasa dimanjai dan dilindungi.Mereka sama-sama anak tunggal,sama-sama kesepian dari kasih sayang seorang ayah.Rasa bahagia terus menyelinap di sudut hatinya.

Jumaat, 12 April 2013

MENULIS ADALAH HOBI DAN MENULIS SEMUA IMAGINASI

TIADA PENYEBAB UNTUK AKU TERUS MENULIS DAN TIADA SEBAB UNTUK AKU BERHENTI MENULIS,..MENULIS MUNGKIN BANYAK RINTANGANNYA TAPI SEGALA RINTANGAN ITU BUKAN HALANGANNYA,..AKU AKAN TERUS MENULIS SELAGI MINDA INI BERFUNGSI DAN SELAGI IMAGINASI INI TAK BERHENTI,..MUNGKIN AKU BUKAN SEORANG PENULIS YANG TERBAIK TAPI KALAU AKU TAK TERUS MENCUBA MENULIS AKU TAKKAN TAHU AKU  MAMPU JADI YANG TERBAIK,...AKU BUKANNYA SIAPA-SIAPA TAPI AKU AKAN JADI SESEORANG
KALAU ORANG LAIN BOLEH
KENAPA AKU TAK BOLEH
AKU BOLEH
YESS

Sabtu, 6 April 2013

NOVEL PENYAMAR (Prolog- Bab 7






PENYAMAR
PROLOG

              ''ABANG,.tolong Shah jaga Nazif dengan Nazifah kejap ya!.Shah nak habiskan bab terakhir ni sementara idea ada,kang dah blur satu ayat pun tak singgah kat otak Shah ni.Abang baikkan! Shah sayang abang sangat-sangat,'' aku cuba bodek Airil supaya menjaga anak kembar kami.Selepas Airil berhenti kerja sebagai pilot dan bekerja di syarikat papanya iaitu ayah mertua aku.Aku di sahkan mengandung.Yang paling gembira sekali bila kandungan aku sudah mencecah empat bulan,dan aku di sahkan mengandung sepasang kembar.

               ''Isteri abang ni kalau bab nak membodek ni memang no satukan?.Yalah abang jagalah anak-anak kesayangan abang ni tapi dengan syarat selepas ni isteri kesayangan abang ni kenalah bagi upah,'' Airil tersenyum nakal di akhir bicaranya.Aku menjeling Airil semacam.Buat kerja tak pernah yang ikhlas.Nak suruh jaga anak sekejap pun dah tuntut upah.Aku membebel dalam hati.Dalam hati ja,mana berani depan-depan.Sejak akhir-akhir ni pantang aku silap cakap sikit mesti Airil akan keluarkan Hadis dan  Surah-surah untuk di perdengarkan di pendengaran aku ni.Agaknya suami aku ni nak buat kerja part time jadi ustaz khas untuk isteri tersayang dia ni kot!

            ''Sayang nak buat cerita apa pulak selepas habis cerita ni? Entah watak apa pulaklah sayang abang ni nak menyamar selepas ini.Tak pernah di buat oranglah sayang! Menulis sambil membawa watak ni.Nak menulis berimaginasi sajalah.Bayangkan situasi tu.Ni sampai siap nak menyamar lagi,'' sambil menyoal Airil berleter denganku.Aku hanya hadiahkan seulas senyuman manis untuknya.Setiap kali aku menyamar dengan watak yang aku tulis aku akan tinggalkan dia.Seminggu sekali baru aku akan pulang ke rumah sehingga aku berjaya menghayati watak yang perlu aku tuliskan dalam setiap novel aku.Cuma sejak aku melahirkan Nazif dan Nazifah aku belum lagi menghasilkan novel baru yang mempunyai watak yang memerlukan aku untuk menyamar ni.Novel aku yang terakhir ni hanya menceritakan kisah hidup seorang penulis.Tak perlu aku menyamar untuk menjayakan watak-watak yang di tulis.

                   ''Tak tahu lagilah bang.Mungkin ini novel Shah yang terakhir kot.Shah ingat selepas ni Shah nak tumpukan perhatian pada rumahtangga pulaklah.Nazif dengan Nazifah pun perlukan seorang ibu.Abang pun perlukan seorang isteri.Kerjaya Shah ni apalah sangat kalau nak di bandingkan dengan abang dan anak-anak.Abang dan anak-anaklah syurga Shah sekarang ni,'' sehabis aku berkata-kata Airil dah menghampiri aku.Tanganku yang sedang rancak menaip bait-bait kata turut terhenti.Aku pandang wajah Airil dengan rasa hairan.

                     ''Abang tak tersilap memilih Zahratul Aishah a.k.a Ayang Mas Merah ni sebagai isteri abang.Zahratul Aishah abang ni memang lain dari yang lain.Sanggup hidup susah demi mengejar impian.Sanggup berkorban demi abang dan anak-anak dan melupakan impian sendiri.Abang bangga dapat sayang sebagai isteri,''

                       Airil pegang tanganku dan meminta aku untuk bangun.Aku menurut saja kehendaknya.Airil tarik aku ke dalam rangkulannya.Dengan perlahan dahi aku di kucup pula.
                 ''Dah! siapkan kerja sayang tu.Abang izinkan.Pasal buah hati abang tu sayang jangan bimbang.Abang ikhlas jaga mereka demi sayang.Apalah sangat nak jaga mereka berdua tu.Sayang dah bawa mereka sembilan bulan dalam  perut.Takkan abang nak jaga sekejap anak abang tu pun tak boleh,'' terharu aku mendengarnya lalu ku rangkul Airil erat dan ku hadiahkan ciuman di kiri dan kanan pipinya.

               ''Sayang sangat,sangat,sangat kat abang tau,'' sekali lagi ku ukirkan senyuman manis buat Airil dan kembali duduk untuk menyambung kerjaku yang terbengkalai tadi.


BAB  1

              Nama aku Zahratul Aishah binti Dato Khuzairi.Ibu aku Datin Maimunah,seorang ibu yang sangat penyanyang.Aku anak yang ke empat dari lima beradik.Walau pun keluarga aku ni bukan orang miskin tapi kami tetap hidup dalam kesederhanaan.Maksud aku biar banyak mana pun harta yang kita ada janganlah kita terlalu boros sangat.Harta itu hanyalah daki dunia.Banyak mana pun harta yang kita ada bukannya boleh di bawa masuk ke kubur.Lagi pun memboros tukan amalan syaitan.Daripada kita memboros ada baiknya kita membantu pada yang memerlukan.Aku ingat lagi zaman sekolah dulu ada seorang guru pernah mengungkapkan kata-kata ini padaku'meminta pada yang ada,kasih pada yang sayang' dalam hal ni aku terbalikkan saja ayat-ayat guruku itu.'Memberi pada yang tiada,membalas pada yang sayang'.Maksudnya memberi pada yang memerlukan dan membalas kasih sayang pada orang yang menyanyangi kita.Mudahkan!!!

                       Okey! sekarang aku nak perkenalkan pula adik beradik aku yang paling sporting dalam dunia dan paling kuat menyakat dalam keluargaku.Ehemm,.sebenarnya aku pun tersenarai dalam kategori kuat menyakat jugak.Almaklumlah,mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasikan?

                    Abang aku yang sulung namanya Mohd Amirul tapi aku panggil dia Along ja.Kakakku yang no dua Siti Solehah,no tiga Noor Humaira dan adik aku yang bongsu dan yang paling sporting dengan aku merangkap BFF aku jugak ni Mohd Taufik namanya.

                   Along,Angah,Alang,Ayang dan Ucu itu panggilan sesama kami.Kami ni rapat sangat ibarat isi dengan kuku.Aku ni penulis sepenuh masa dan aku hanya menulis novel saja.Cuma,.aku ni ada satu tabiat pelik.Setiap kali nak menulis aku mesti nak membawa watak yang aku tulis tu untuk menghayati sendiri wataknya.Sekarang ni aku sedang buat cerita kisah seorang gadis yang tinggal di pendalaman di ceruk kampung.Justeru itu!,.cewah ayat,.tak boleh blah punya ayat.Hahaha,.okey sekarang ni aku nak berterus terang aku ada di ceruk sebuah kampung di pedalaman.Aku jadi anak angkat untuk sebuah keluarga ni dan keluarga ni tersenarai dalam kategori miskin tegar.

                ''Mak! pucuk ubi  kayu ni kita buat masak lemak cili padi ya,tadi Shah dah ambil kunyit hidup dah.Ishh,.macam dah tak sabar nak makan nasi tengah hari ni bila membayangkan pucuk ubi masak lemak cili padi ni,'' aku bersuara pada Mak Esah ibu angkatku sehabis aku selesai mengutip pucuk ubi kayu di belakang rumah.Hidup di kampung ni memang aman dan tenang.Jauh dari kesibukan kotaraya yang bising dan penuh dengan maksiat dan jenayah.

               ''Kesian dengan Shahkan,sejak tinggal dengan kami hari-hari makan pucuk-pucuk hutan ni saja.Kami ni tak mampu nak bagi makan sedap-sedap.Mak dengan ayah ni cuma berkebun saja untuk menyara hidup.Hanya dengan hasil berkebun ni sajalah kami membeli makanan dan pakaian.Kalau nasib baik dan ada rezeki lebih adalah jugak orang dari bandar datang dan menderma pada kami,'' Mak Esah bersuara sayu.Aku dah mula rasa serba salah mendengar kata-katanya.Aku duduk di pangkin kayu di sisi Mak Esah.Aku rangkul bahu Mak Esah.

                 ''Mak! rezeki ni datang dari Allah mak,miskin ke kaya tak penting sangat pun.Kadang-kadang orang miskin ni lagi beruntung dari orang kaya ni kalau kita selalu bersyukur dengan apa yang kita ada.Banyak harta sangat pun mak kalau selalu bersikap boros.Mendabik dada,sombong dan angkuh dah tu tak pandai nak bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi,tak guna jugak mak.Walau seribu tahun kita hidup di dunia ni mak,tapi dunia ni tetap sementara sedangkan akhirat jugak yang kekal abadi.

                  Shah bukan nak kata la mak,ada antara orang kaya di luar sana yang rasa dunia ini mereka yang punya sampai kadang-kadang tu kalau boleh dalam mulut orang pun mereka nak ambil.Sanggup buat apa saja asalkan mereka dapat apa yang mereka nak.Mungkin mereka terlupa Allah itu Maha Melihat.Dahlah mak! jangan mak risaukan sangat pasal Shah ni.Shah makan saja apa yang keluarga mak makan.Makan sedap-sedap pun mak semuanya bakal jadi baja jugak akhirnya,'' aku akhiri sesi membebel aku itu dengan senyuman.Mak Esah juga menganggukkan kepalanya.Mungkin mengakui juga kata-kataku itu ada kebenarannya.

               ''Betul tu Shah,walaupun kami ni hidup dalam serba kekurangan tapi hati mak ni bahagia sangat,tapi tulah kadang-kadang bila datang kesempitan hidup terutamanya bila ada sakit demam dan sebagainya serba salah jugak di buatnya.Mana nak cari duit nak berubat.Nak keluar ke pekan pun nak kena jugak cari kenderaan.Nak kena sewa lagi.Semuanya nak pakai duit.Zaman sekarang ni mana ada orang yang nak membantu secara percuma.Kalau ada pun berapa kerat sangat yang betul-betul ikhlas membantu,'' terdengar Mak Esah mengeluh perlahan.Aku jadi sayu mendengar luahan hatinya.Kalau aku tak datang sini tentu aku tak tahu keperitan hidup orang-orang seperti Mak Esah ni.

                 ''Allah takkan menguji hamba-hambanya kalau DIA tahu hambanya tak mampu untuk mengalas beban.Keluarga mak mungkin orang yang terpilih untuk di uji sebegini.Sabarlah mak,miskin di dunia tak semestinya miskin di akhirat,'' aku cuba menyedapkan hati Mak Esah walaupun aku tahu ramai orang miskin di luar sana pun bukannya baik sangat.Yang paling aku tak suka ada orang miskin yang berlagak macam orang kaya.Boros mengalahkan orang berada,dah tu bila terdesak mulalah nak berhutang sana dan nak berhutang sini.Aku pernah dengar orang berkata.Orang yang paling kaya adalah orang yang langsung tak mempunyai hutang walau duit dalam dompet langsung tak ada.Biarlah miskin harta asalkan kaya dengan budi bahasa.Harta yang banyak pun takkan dapat membantu kita dari azab kubur kalau kita gunakannya dengan cara yang salah.Sebab tu aku cakap jadi miskin lebih baik, dari jadi kaya yang selalu lupa asal usul.

                        ''Dahlah Shah! jomlah kita masuk rumah.Asyik berbual saja nanti satu kerja pun tak jadi.Nanti ayah dan adik-adik balik tak ada benda pulak yang nak di makan,''

                    Kami bangun dan berlalu dari pangkin dan masuk ke rumah.Rumah kampung satu tingkat hasil bantuan kerajaan dengan tiga bilik.Cukuplah untuk berteduh dari hujan dan panas.Hidup ini indah andai kita tahu menghargainya, tak kiralah kita ni orang miskin atau kaya.Hanya kita yang menentukan bahagia atau deritanya hidup kita.Bersyukurlah dengan apa yang kita ada kerana Allah sentiasa menguji hambanya yang DIA sayangi.


BAB  2

              Aku mengeliat malas di atas tempat tidurku.Hanya berlapikkan toto dan sebiji bantal.Di sebelah aku di temani dua orang anak perempuan Mak Esah,Hafizah dan Rafidah.Kami berkongsi bilik utama memandangkan aku ni tetamu jadi aku di utamakan.Dua orang anak lelaki Mak Esah pula tidur di bilik hujung sedangkan Mak Esah dan suaminya Pak Mail tidur di bilik sebelah.Semua tidur beralaskan toto.Langsung tiada katil atau pun tilam empuk.Suasana pagi di kampung memang sangat sejuk hingga terasa ke tulang hitam.Hah! itu ayat sesetengah orang la.

              ''Ijah! Idah!,..bangun dik! dah lewat ni.Nak solat subuh,nanti nak siap gi sekolah lagi,'' aku kejutkan Hafizah dan Rafidah bila jam loceng yang aku letak di hujung kepala sudah menunjukkan angka 6.20 pagi.Aku pandang keduanya dengan rasa simpati.Alangkah bertuahnya diriku celik saja mata sudah sedia ada dalam rumah yang ada segalanya.

             ''Dah pukul berapa kak Shah?,'' Hafizah bertanya walau matanya masih terpejam.Aku gelengkan kepala melihat gelagatnya.Sejak aku berada di sini memang tugas aku untuk mengejutkan mereka berdua.Semalam aku menulis hingga pukul tiga pagi jadi pagi ni aku terbabas sikit.Selalunya seawal enam pagi aku dah bangun dari tidur.

            ''Dah 6.20,'' sebaik aku habis berkata-kata mata Hafizah terus terbuka luas.Spontan dia terus melompat bangun dan memandang aku.Cemas pula wajahnya itu.

             ''Alaa,..kenapa kak Shah kejut lewat sangat? Orang ada perhimpunan hari ini.Habislah kalau lewat sampai tentu pengawas gila kuasa tu akan ambil nama orang,'' sambil melompat bangun dari tempat tidur Hafizah membebel padaku.

              ''Erkk,.'' aku dah hilang suara untuk berkata-kata.Aku alihkan pula pandangan pada Rafidah yang masih berselimut.

               ''Idah! cepat bangun! Dah lewat ni,'' sambil bersuara aku tepuk badan Rafidah perlahan.Rafidah mengeliat perlahan langsung tiada tanda dia akan membuka mata.

               ''Idah!!! bangunlah,.kan lewat nanti nak ke sekolah,'' bila dah beberapa kali aku cuba mengejutkannya tidak berhasil aku cuba pula cara lain.Perlahan aku halakan tanganku ke pinggangnya dan aku geleteknya di situ.Mengekek dia ketawa dengan tindakanku itu.Pantas tangannya menepis tanganku.

             ''Yalah! yalah! orang bangun la ni! kak Shah ni orang tengah syok mimpi jumpa dengan putera idaman ni,kacau ja la,'' haih!,.macam-macam kerenah betul budak-budak sekarang ni.Baru ja tingkatan tiga kot dah berangan jumpa putera idaman.Hafizah pula baru tingkatan lima.Selepas Rafidah bangun aku pun terus mengemas tempat tidur dan keluar dari bilik menuju bilik air.Nampaknya terpaksalah beratur pula untuk menunggu giliran kerana bilik air hanya ada satu saja di rumah ini.

         Memandangkan bilik air dengan ruang tamu dan dapur hanya berdekatan di antara satu sama lain jadi sementara menunggu giliran aku sampai aku menjengah di dapur untuk melihat apa menu sarapan pagi ini.Apa yang aku perhatikan ada ubi kayu yang sedang di rebus di atas dapur dan Mak Esah sedang menumbuk bawang dan cili padi di dalam lesung batu.

             ''Mak nak masak apa tu?'' ramah aku bertanya kerana sememangnya aku memang peramah.Hmm,.percayalah!!!
 
              ''Nak goreng nasik semalam.Banyak lagi tu,sayang pulak kalau nak di buang,'' aku bangga dengan orang macam Mak Esah ni.Amalan inilah yang di sukai dan di tuntut dalam agama.Jangan membazir.Aku ada juga mengenali beberapa orang yang takkan makan nasi semalam walau sudah di goreng.Ada yang memilih sangat untuk makan ni.Ada yang hanya akan makan makanan yang masih panas saja.Yang masih fresh.Bagi aku pula aku tak memilih sangat janji masih boleh di makan aku makan saja.Dalam hidup ini kita jangan banyak sangat permintaan.Kalau dah itu saja rezeki kita.Makan saja apa yang ada.Kita kena ingat sama dengan fakir miskin yang sangat daif yang hanya makan kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

              Dalam asyik menyoal sampai jugak giliran aku.Aku sengaja biarkan anak-anak Mak Esah gunakan bilik air terlebih dahulu, kerana mereka perlu bersiap ke sekolah sedangkan aku hari-hari hanya menemani Mak Esah di rumah.Cuma hari minggu saja aku akan pulang ke rumah aku atau pun kadang-kadang aku akan keluar ke pekan sehari menemani Mak Esah berniaga hasil kebun mereka.

               SEDAR tak sedar sudah tiga minggu aku di sini.Hari ini merupakan hari terakhir aku di sini.Semalam aku sudah telefon Ucu supaya mengambil aku di sini.Sebetulnya setiap kali aku balik ke rumah, aku akan menceritakan tentang kedaifan keluarga Mak Esah kepada keluargaku.
       
              Keluargaku cukup bersimpati dengan keluarga Mak Esah.Setiap kali aku datang kembali ke sini ayah aku akan hulurkan derma dalam bentuk makanan dan wang dan aku selalu memberitahu Mak Esah itu adalah bantuan dari beberapa pihak yang bersimpati dengan nasib mereka sekeluarga.Baju-baju lama yang masih boleh di pakai kami dermakan sekali.Ada juga baju-baju baru yang aku beli dengan duit aku sendiri untuk mereka.Bagi mereka sedikit bantuan dari orang yang prihatin dengan nasib mereka sudah amat berharga dan tak ternilai.

                  ''Pukul berapa kawan Shah tu nak datang ambil Shah ni?,'' aku menoleh pada Mak Esah.Ada riak kesedihan di wajahnya.Jangan kata Mak Esah,aku sendiri pun terasa sayu untuk meninggalkan keluarga ini.

                 ''Petang sikit kot mak,.kenapa mak tanya? Mak nak ikut sama ke? Jomlah!,'' aku cuba berseloroh untuk menghilangkan rasa gundahku.

                  ''Kalau mak dah ikut,siapa pulak nak masak dalam rumah ni Shah? Tu kebun tu,siapa pulak yang nak tolong ayah uruskan.Kalau ayah tak sihat siapa pulak yang nak berniaga dan jual semua hasil-hasil kebun tu?,'' aku hanya sengeh mendengar soalan-soalan  yang di ajukan untukku.Anak-anak Mak Esah masih kecil lagi.Yang paling tua Hafizah tujuh belas tahun,di ikuti Rafidah lima belas tahun.Manakala Hazwan yang ke tiga baru dua belas tahun dan Shahrul Aizat baru sepuluh tahun.Menurut Mak Esah ketika mereka kahwin umurnya dah lanjut.Umur Mak Esah dah tiga puluh lima tahun ketika melahirkan anak sulungnya.Tapi rezeki mereka cukup murah.Walau kahwin dalam usia yang dah memasuki 30an mereka masih di kurniakan dengan empat orang zuriat.Begitulah kehendaknya takdir.Ada setengah orang walaupun berduit, puas berubat untuk mendapatkan zuriat tapi langsung tiada rezeki sampai ke tua.Kadang-kadang Allah hanya menguji ketabahan dan kesabaran hamba-hambanya.

               ''Assalamualaikum,'' aku dan Mak Esah serentak menoleh bila mendengar suara orang memberi salam di muka pintu.

               ''Waalaikummusalam,.awal abang balik hari ini?Dah habis berjual ke ni?'' sebaik melihat wajah Pak Mail terjengul di muka pintu Mak Esah terus menyoal.Seketika kemudian aku terus ukirkan senyuman bila ternampak Ucu di belakang Pak Mail.

               ''Ni ha,.kawan Shah datang tegur abang masa di pasar tadi minta tunjukkan jalan,kebetulan sayur pun dah nak habis abang baliklah sekali,'' aku terus bangun dan menuju ke pintu dan aku turut tersentak bila yang datang bukan Ucu seorang tapi mak dan ayah aku pun turut ada sekali.

             ''Kata nak datang petang? Pehal Encik Mohd Taufik ni datang ambil Princess Ecah ni awal sangat,'' macam biasa aku kalau jumpa Ucu mesti ada ayat berbaur gurauan ni.Dengan adik bongsu kesayangan aku ni ayat-ayat serius kita orang memang tak main.

               ''Ni ha! bonda kesayangan Princess Ecah ni yang tak menyabar!,'' Ucu bersuara perlahan.Sempat aku meletakkan jari telunjukku di bibir agar Ucu tak tersasul.Dalam rumah ni mana ada aku beritahu sesiapa tentang diri aku yang sebenarnya.Aku hanya beritahu aku di hantar oleh kebajikan masyarakat untuk membuat bancian tentang tahap kemiskinan mereka untuk di usulkan ke pihak atasan.Kadang-kadang aku risau jugak kerana apa yang aku buat ni akan melibatkan banyak hati yang akan tertipu dengan aku.Walaupun penipuan aku bukan berniat untuk menyusahkan sesiapa.Nasib baiklah sepanjang aku di sini tiada siapa yang mempersoalkan tentang kehadiran aku.Mak Esah pula selalu memperkenalkan aku pada orang kampung sebagai saudara terdekatnya yang datang bercuti ke rumah mereka.

                 Aku segera mendapatkan emakku dan menyalaminya.Pada ayahku aku hanya kenyitkan mata.Ayah aku ni pun bijak jugak berlakon.Boleh pula dia berwajah serius bila memandang aku.Kalau di rumah ayah aku ni merupakan orang yang paling kuat menyakat ,terutama akulah orangnya, yang selalu di sakat.

              Aku amat bertuah kerana memiliki keluarga yang bergitu sporting dan sangat memahami diriku.Bila setiap kali aku ingin menghasilkan karya baru dan inginkan lokasi untuk aku memulakan penyamaran, mereka akan membantu aku.Tak ada seorang pun yang akan menghalang niatku atau memperlekehkan impianku.

          ''Jemputlah duduk puan,tuan,encik,'' Mak Esah mempelawa ketiga orang tetamunya duduk.Aku pun ikut sekali duduk bersama yang lain.Suasana menyepi tiba-tiba.Masing-masing memandang di antara satu sama lain.Aku jongketkan kening pada Ucu.Aku pandang pula pada ayah dan emakku.

           ''Ada hajat ke datang ramai-ramai ni?,'' bila dah semua membisu terpaksa jugak aku yang mulakan perbualan.

              ''Sebenarnya hajat kami datang ni nak sunting bunga yang sedang mekar di taman,''  ayah aku yang bersuara bagi menjawab pertanyaanku.Selamba pulak wajahnya aku tengok.Emakku dah tampar bahu ayahku sambil tergelak perlahan.Aku dan Ucu masing-masing sudah menunduk menahan tawa.

            ''Maksud tuan?,'' Pak Mail bertanya hairan.Mak Esah jugak nampaknya  sedikit terkejut dengan jawapan ayahku tadi.Ayah aku ni memanglah saat-saat macam ni pun masih nak bergurau.Hiesyy,.ayah siapalah ni?

                     ''Tak adalah! suami saya bergurau ja tadi tu.Kami datang untuk ambil Aishah ni ha.Terima kasihlah kerana sudi terima dia di rumah ni dan jaga dia dengan elok.Harap dia tak menyusahkanlah sepanjang dia di rumah ini,'' emak pula bersuara bila melihat wajah kalut Pak Mail dan Mak Esah akibat gurauan ayah.

                   ''Sebaliknya puan,.Shahlah yang paling banyak membantu sepanjang dia ada di sini,'' kembang hati aku seketika mendengar pujian Mak Esah terhadapku.Ucu mencebik ke arahku.Aku dengan selambanya tayang penumbuk pada Ucu tapi sempat di lihat oleh emakku dan kami berdua mendapat jelingan tajam dari emak.Aku tayang wajah selamba dan kembali fokus pada yang lain.

                ''Alang-alang dah sampai awal ni kita makan tengahari di sinilah ya?,'' Mak Esah bersuara lagi dan aku memandang emak,ayah dan Ucu sambil menganggukkan kepala agar mereka bersetuju dengan permintaan Mak Esah.

                ''Tak menyusahkan ke?,'' emakku pula menyoal.

                  ''Nak susah apanya,.cuma makan masakan kampung sajalah yang kami mampu pun,'' Mak Esah merendah diri.

                 ''Orang bandar pun masih makan masakan kampung lagi.Masakan kampung lagi sedap rasanya dari masakan hotel,'' ayah pula mencelah.Ayahku asal orang sabak bernam.Seleranya memang selera orang kampung tapi lebih banyak dengan masakan yang berasaskan tempe.

                ''Kalau macam tu,jomlah Shah kita mula masak.Cepat memasak nanti cepat jugak kita makan,'' Mak Esah sudah mula bangun dari tempat duduk dan aku dan emak turut bangun sekali.Bila kami dah bangun ayah dan Ucu pun bangun sekali.

                   ''Eh,.semua pakat bangun,nak ke mana?,'' Pak Mail yang diam sejak tadi mula menyoal.

                  ''Dah orang perempuannya nak masak,orang lelakinya kenalah beredar.Dekat luar tu rasanya macam ada pangkin tadi.Mohlah duduk di luar sambil berbual-bual,'' ayah aku membuat cadangan.Ucu awal-awal lagi dah hilang dan menuju ke kereta.Aku yang nak turut serta ke dapur tadi terus membatalkan niat bila melihat Ucu membuka bonet kereta lantas mengekori Ucu ke kereta.

                     ''Bagus sangatlah kak Yang datang sini.Tolong Ucu ni angkut bawa masuk barang ni ke rumah.Jangan nak tengok saja ,'' Encik Mohd Taufik sudah keluarkan arahan.Aku menjengok ke dalam bonet kereta.Ada ayam,daging,beras dan barang-barang dapur.Tanpa berlengah aku terus menolong Ucu mengangkut semua barang masuk ke rumah.Tak salah kita membahagiakan orang lain dengan apa yang kita ada.Allah memang dah atur rezeki masing-masing.Jangan ingat harta kita hak kita, tapi ingatlah tak semestinya harta yang kita cari dengan usaha kita sendiri itu milik kita seorang.Kadang-kadang  Allah memang telah tetapkan ianya adalah rezeki orang lain.Jangan sesekali kedekut untuk memberi sumbangan kepada orang lain kerana rezeki yang kita dapat hari ini pun kerana Allah yang bermurah hati memberi pada kita.Jangan pula kita keliru sebab itulah dalam Islam di galakkan untuk membayar zakat.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Tidak ada seorang pun yang mempuyai emas dan perak yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka. Setelah dipanaskan, digosokkan lambung, dahi dan belakangnya. Setiap kali ia sejuk, dipanaskan semula pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hamba-Nya.” Riwayat Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Tangan yang menghulur lebih baik daripada tangan yang menerima, mulakanlah dengan mereka yang di bawah tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah itu adalah yang tidak mengorbankan keperluannya atau keluarganya, sesiapa yang menahan daripada meminta sedekah dia akan dijaga oleh Allah S.W.T, sesiapa yang merasa berpada-pada maka diberikan Allah S.W.T kelegaan kepadanya.” Riwayat Bukhari dan Muslim
                 

BAB  3

            Berakhir sudah tiga minggu penyamaran aku sebagai anak angkat dalam sebuah keluarga miskin.Pengalaman ini benar-benar menginsafkan aku agar sentiasa bersyukur dengan apa yang aku ada.Sekarang aku sudah kembali dalam keluarga besarku yang sentiasa mengamalkan cara hidup yang sederhana.Keluarga bahagia yang sentiasa riuh dengan gurauan dan gelak tawa.

             ''Shah!,.sepanjang Shah pergi merantau ni tak ada ke terpikat dengan mana-mana jejaka tampan?,'' aku pandang ayah aku tak berkelip.Ketika ini kami sedang berkumpul di ruang tamu rumah.Semua ahli keluarga aku ada termasuk,Along,Angah,Alang,emak,Ucu,Abang Nas suami Alang, juga abang Idham suami Angah.

              ''Ayah!!!,.Along tu dah dua orang tau langkah bendul.Takkan ayah nak suruh Shah pun kahwin dulu jugak,Ayah tak kesian ke kat anak sulung ayah tu membujang sampai ke tua?,'' aku sengaja kenakan Along walaupun aku tahu Along masih setia menanti kak Tini yang masih belajar di Australia.

               ''Oitt,.ayah tanya Ayang apa kena mengena dengan Along pulak?,'' Along terus mencelah.Aku kebam bibir menahan senyum.Semua mata kini memandang padaku.

              ''Sebab Along paling tua!,'' sengaja aku membakar perasaan Along.Sebenarnya Along taklah tua mana pun.Along baru dua puluh lapan tahun.Angah pula dua puluh enam dan Alang dua puluh lima.Emak cakap tak sempat nak merancang.Baru saja Angah berusia tiga bulan emak dah mengandungkan Alang.Aku pula dua puluh tiga tahun dan Ucu dua puluh dua tahun.Alasan emak pula bila kami tanya mengenai jarak umur aku dan Ucu ialah terlupa nak kira tarikh.Lepas aku di lahirkan dan emak lepas pantang haid emak langsung tak datang jadi emak membiarkan saja.Tahu-tahu Ucu sudah wujud dalam perut emak dan jawapan emak membuat kami semua tabik pada ayah serentak.Haha,.kalau namanya Allah nak bagi rezeki buatlah macam mana pun kami lima beradik tetap akan wujud.Mungkin kerana jarak umur kami yang terlalu dekat inilah yang membuatkan kami terlalu rapat.Angah dengan Alang.Aku pula dengan Ucu.Along pulak rapat dengan mak dan ayah kerana dia paling lama dapat bermanja dengan mak dan ayah sebelum Angah lahir.

               ''Tak apalah Along rela berkorban apa saja demi adik-adik perempuan Along,.'' Along bersuara pasrah.Aku dah mula mencebikkan bibir.Yang lain dah tergelak dengar jawapan Along.

                ''Adik perempuan saja ke Along? Yang adik lelaki ni macam mana pulak?,'' sekali lagi ruang tamu rumah kami gamat dengan gelak tawa.Ucu ni pun dah gatal nak menikah walaupun masih menuntut di kolej dan sekali sekala Ucu akan buat kerja part time menjadi model bila di panggil untuk mengadakan show.

               ''Oh,.no,no,.yang lelaki sorry! memang takkan ada peluang nak langkah tembok,'' Along buat peribahasa sendiri.Hailah Along.Ada plak langkah tembok,kalau panjat tembok tu boleh jugak di terima akal.
         
                 ''Sembang,sembang jugak,.gelak,gelak jugak,.soalan ayah tadi bila Shah nak jawab?,'' aku pandang ayah.Apa kena pulak dengan ayah hari ni? Umur dua puluh tiga tahun tu muda lagi kot.Aku pun baru habis belajar.Maunya lepas kahwin nanti dapat suami yang tak sporting.Dah tak izin aku buat kerja gila ni habislah impian aku.

                   ''In Sya Allahlah ayah,kalau umur Shah panjang tahun depan genap umur Shah dua puluh empat tahun dan penyamaran yang seterusnya Shah akan bawakan ayah menantu yang paling handsome,'' aku berkata acuh tak acuh sekadar bergurau tanpa memikirkan kata orang tua-tua bahawa setiap kata-kata kita itu adalah doa sebenarnya.

                       ''Haih! macam yakin sangat saja tu?,'' Angah mencelah sedangkan ayah,emak dan yang lain tiba-tiba mengaminkan apa yang aku cakap tadi.

                       ''Ayang tak ada ke boy friend? Zaman-zaman sekolah dulu takkan tak ada sangkut kat mana-mana pelajar kot.Cinta monyet ke? Takkan tak pernah admire kat siapa-siapa kot?,'' panjang pulak aku rasakan soalan abang Idham ni.Mendengar saja soalannya lantas aku terus terbayangkan wajah Mohd Danial Haziq.

FLASHBACK

            “Zahratul Aishah!.Apa kamu buat tu?.”
          Aku terpaku,seraya menoleh.Siapakah gerangan yang menegurku itu.Pandanganku bersatu dengan  seseorang  yang begitu sinonim denganku,keningnya yang  tebal itu betul-betul menjadikan dia begitu kacak di mataku.Itulah dia ketua pengawas sekolah kami yang di gilai ramai walaupun oleh adik-adik  tingkatan satu.

           “Zahratul Aishah!.”.Aku tersentak lagi.Aduhh!.Malunya aku,kalaulah dia tahu aku sedang menganalisis dan memuji dirinya dalam hati.

Ooo,..ya,ya.Ada apa ya?”.

“Engkau ni melamun ya,kau buat apa kat sini?."

        “Alah!Buat bodo jerr” aku buat muka selamba.Konon-kononnya nak cover malu aku tadi tu.Ya la, sudah di sergah oleh jejaka pujaan.Dah tu sibuk pula nak merenung dia,aku mengulum senyum.Dalam hati aku ni dah macam laut yang sedang bergelora.Dupp dapp,dupp,dapp.Sempat lagi nak control ayu.

        “Ehh,kau jangan main-main,aku serius ni.Orang lain semua sibuk di dewan sana.Kita kan nak sambut hari guru esok.Bukan kerr kau ada tugas,yang dok melamun di sini apa kes?"

Alamak!!.Dah salah time buat lawak la tapi kau tetap mancho dan hensem walau tengah marah wahai jejaka pujaan hatiku.Aku bermonolog dalam hati.

         “Ya la,aku tahu la.Tapi aku bukan melamun la,aku tengah cari ilham ni” aku cuba membela diri.Aduhai Mohd Danial Haziq pujaan hati.Kau tak tahu kerr sejak mula mengenalimu hatiku ini sudah di curi,tapi kau seakan tidak pernah mengerti hati ini.Cehh,..sempat lagi aku nak reka puisi tapi sayangnya semua kata-kata itu hanya mampu ku luahkan di dalam hati.Nak mampus cari pasal dengan jejaka paling famous di sekolah ni.Tak pasal-pasal aku akan di herdik dan di sindir oleh kawan-kawan yang lain.

“Sudahlah! Aku tunggu kau di dewan.Dalam masa lima minit kalau batang hidung kau tak nampak juga,siap la kau!”

“Ehh! Memey la,.. batang hidung aku mana boleh nampak,lain la kalau aku accident kerr,”
Aku berkata perlahan.Lebih untuk diri sendiri sebenarnya.

“Apa kau cakap?"

“Erkk,..aku tak cakap apa pun,” dengar rupanya mamat ni.Telinga lintah betul,tapi,..ehh lintah ada telinga kerr? Aku senyum sendirian,lucu pula rasanya.

“Tuu,..yang senyum sorang-sorang tu apa hal pulakk?”

“Oii,..kau jalan lah,tadi dah tak sabar sangat nak pergi ke dewan tu.Ntah ada bidadari mana yang dok tunggu  di sana,biarlah aku nak senyum sorang-sorang pun.Apa kau kisah,”.Aku dah mula bengang.Tadi aku syok-syok dok melamun tepi padang ingat kat dia.Khayalkan dia, sedap-sedap jerr dia datang sergah aku.

“Ermm,boleh tahan jugakk bidadari aku yang sorang ni,”

“Whatt?"

           Apa dia cakap tadi? Aku ni bidadari dia? Aku salah dengar kerr or dia yang sedang demam kepialu? Merah juga muka aku menahan perasaan malu.Walau sebenarnya aku ni dah mula perasan.Aii,..sukanya aku.Aku cuba menahan senyum.Aku tahan sedaya mungkin.Kalau tengok dek mamat ni karang tentu dia akan cakap aku senyum sorang-sorang lagi walau memang betul pun aku dok senyum sorang-sorang.

                   ''Woii cik kak!!!,.melamun pulak dia! Dah sampai mana dah?,'' Ucu sergah aku.Terbang semua kenangan antara aku dan Danial Haziq.Bagi aku walau sebanyak mana pun suka aku pada Danial Haziq biarlah Allah yang tentukan jodoh aku.Kalau ada jodoh aku dengan Danial Haziq tu ada la,kalau tak ada.Biarlah! Ada aku kesah!!!

                 ''Ucu tanya apa tadi? Tiba-tiba plak telinga kak Yang ni tak berapa nak clear,'' aku beralasan walau sudah di tangkap sedang melamun di tengah ahli keluarga yang ramai ni.Semua serentak menghamburkan tawa.Aku buat muka selamba,saja nak cover line.

              ''Bukan Ucu yang tanya! Alang dengan abang Am yang tanya!,'' kalau abang Am yang tanya memang aku takkan jawab soalannya tadi, tapi Alang tanya apa ya? aku toleh dan pandang Alang yang sedap bersandar di tepi abang Nas.Taulah baru kahwin pun,manjalah pulak Alang dengan abang Nas ni.

                ''Alang tanya apa?,'' aku tanya Alang sambil tayang wajah blur.Semua mata memandang padaku.Kak Titie pembantu rumah kami datang ke ruang tamu ketika aku masih berteka teki perihal soalan Alang.

                   ''Ibu! minum petangnya sudah siap! Mau di hidangkan sekarang ke buk?,'' soalannya sudah tentu sekali di ajukan untuk emak aku.Kini wajah kak Titie pula yang menjadi perhatian.

                  ''Okey! jom Shah tolong kak Titie,.'' aku terus menawarkan khidmatku dan segera bangun menuju ke ruang dapur.Aku sangkakan segala persoalan sudah selesai namun perkiraanku silap sama sekali.Perbualan terus di sambung di meja makan.Sambil minum petang aku terus di ajukan dengan beberapa soalan bonus termasuk tajuk novel aku yang terbaru.

Novel aku yang terbaru ni adalah novel aku yang ke sembilan.Mengisahkan gadis kampung yang daif dan pergi bekerja di bandar.Terperangkap dalam penipuan kawan baik sendiri.Kawan baik yang paling di percayai.Watak Wahyuni adalah seorang gadis yang sangat cekal namun dalam kelembutan dan budi bahasanya Wahyuni adalah seorang yang sangat kelakar.Dia akan sentiasa menceriakan orang lain walau pun hatinya sendiri terluka dan dirinya sedang dalam kesedihan.

Aku beri tajuk novel aku ni dengan tajuk yang agak simple 'Wahyuni'.Aku tak tahu lagi sejauh mana sambutannya kerana aku baru saja selesai mengedit skripnya dan belum lagi di hantar kepada penerbit.Bukan senang untuk menjadi seorang penulis kerana semua orang mampu menjadi penulis dan kelahiran penulis muda bagaikan cendawan selepas hujan.Aku tabik pada semua penulis tanahair yang mana karya mereka telah mendapat sambutan yang hangat.Hebat!!!
             



BAB  4

            SEMALAM  aku bermimpi sesuatu yang aku langsung tak pernah fikir.Mimpi aku tu membuatkan aku jadi pemikir selepas aku terjaga.Nampaknya selepas ni akan wujud pula novel aku yang ke sepuluh.Aku seolah sedang menonton sebuah filem dan setiap adegan masih terbayang di mindaku bila aku terjaga.Anehkan? Aku sendiri pun kadang-kadang pelik dengan diri aku.Mungkin kerana aku selalu sangat bermain dengan imaginasi dan membuatkan otak aku terus bekerja walau dalam tidur.

           ''Shah!,.pagi-pagi lagi anak mak dah bermenung.Ada la tu plan terbaru dalam otaknya tu,'' aku terkejut bila di sapa emak yang entah bila memerhatikan gelagat aku yang sedang bermenung di meja makan di ruang dapur.

            Selepas menunaikan solat subuh pagi tadi aku terus keluar ke laman rumah untuk menyedut udara pagi.Laman rumah kami yang di hiasi pelbagai jenis bunga yang sedang berkembang.Lanskap hasil tangan emak,aku dan Ucu di waktu lapang.Walaupun kerja Ucu hanya mengangkat benda-benda berat dan aku hanya menyibuk memberi komen pada emak.

          Sambil menghirup udara pagi aku melakukan sedikit senaman ringkas.Sekadar melegakan otot-otot dan urat-urat yang mungkin sudah bersimpang siur dalam badan aku ni.Yalah kalau dah kerja aku asyik mengadap laptop sepanjang masa, mana tak  bersimpang siurnya,jangan-jangan sudah keras urat-urat dalam badan aku ni.

          ''Ya Allah,. anak dara ni! melamun tak habis-habis?,'' aku tersentak lagi sambil memberikan senyuman untuk emak aku.Emak menarik kerusi dan duduk di sebelah aku.Pandangan emak terus di halakan padaku.

             ''Kenapa ni? Dah ada idea nak tulis novel baru pulak?,'' emak serkap jarang.Aku pegang tangan emak dan menciumi tangannya.Dah macam orang buang tebiat pulak aku pagi ni.Tapi,.ni memang tabiat aku setiap kali aku nak minta restu emak setiap kali aku nak keluar rumah jadi penyamar.

           Untuk novel aku yang pertama aku menjadi model.Ketika itu umur aku baru lapan belas tahun.Tajuknya 'Andai Aku Kau Miliki' kisah seorang model anak jutawan yang sombong dan mencipta nama hingga ke luar negeri.Selepas menemui seorang lelaki yang bergelar ustaz model itu jatuh cinta pada ustaz tersebut namun cintanya telah di tolak lantaran model tersebut bukan citarasa ustaz itu.Memandangkan Nafisya watak model tersebut selalu mendapat apa yang di kehendaki jadi dia berubah menjadi baik demi merebut cinta ustaz tersebut.

          Penghijrahan yang pada mulanya hanya sekadar lakonan akhirnya berubah pada keikhlasan setelah Nafisya betul-betul mendapat hidayah dari Allah dan menjadi isteri solehah pada ustaz Muazim Syah.

         Novel kedua aku,aku menyamar menjadi pelayan di sebuah gerai di tepi jalan.Dalam novel ni aku selitkan sedikit aksi ganas pergaduhan di antara mat rempit kerana berebutkan seorang perempuan dan pertumpahan darah berlaku bila ada adegan berlumba haram.Tragis sikit cerita ni dan aku beri tajuk 'Aku Tak Bersalah'.

           Novel ketiga,.yang ni aku selitkan humor.Dari awal bab hingga akhir bab aku selitkan lawak yang entah kelakar atau pun tidak aku tak pasti tapi ini antara novel aku yang terhot di pasaran.Tajuknya,.hmm,.'Aku suka kau MINAH'.Novel ni kisah mamat lurus bendul yang menyukai seorang perempuan sejak sekolah.

            ''Assalammualaikum,.makan apa pagi ni,'' aku pandang ayah yang sudah siap berkot.Handsome betul ayah aku ni bila sudah mengenakan pakaian rasmi pejabatnya itu.Di susuli Along dan Ucu di belakangnya.Baru aku sedar emak sudah tinggalkan aku di meja makan.Mungkin sedang membantu kak Titie menyiapkan makanan.Pembantu rumah kami ni nama betulnya Siti Rahmah tapi aku yang memanggilnya kak Titie dan panggilan ini berjangkit pada semua ahli keluargaku.

           ''Waalaikummusalam,.ensem ayah pagi ni,'' aku jawab salam ayah sambil membodek ayah.Selepas itu aku lepaskan tawa kecil.

            ''Pagi ni saja ke yang handsome? Pagi-pagi yang sebelum ni tak handsome?,'' ayah mengambil tempat duduk di sebelah aku.Along dan Ucu menarik kerusi yang bertentangan dengan aku.Datang pula emak dan kak Titie membawa sarapan kami ke meja.Aku panjangkan leher untuk melihat apakah sarapan kami pagi ni.Dengan spontan emak dah tampar belakang aku.

              ''Dah habis melamun? tadi mak ajak tolong Titie sediakan sarapan dia buat dekk ja kan!!!,'' erkk,..ya ke? tak perasan pulak aku.Aku hanya hadiahkan senyuman pada mak.

            ''Mak! ayah tanya mak,.ayah tak ensem ke sebelum ni?,'' aku sengaja kenakan ayah dan mak walaupun aku yang mulakan topik tu.Along dan Ucu dah tergelak perlahan.

           ''Ishh,.pandai pulak nak putar belit!!,'' ayah bersuara setelah emak memandangnya pelik, aku ketawa bila melihat emak dan ayah saling berpandangan.

            "Macamlah ayah tak kenal siapa anak ayah ni,'' aku membalas juga kata-kata ayah.Bukan Ayang Mas Merah namanya kalau tak pandai nak membalas balik.

             Agenda utama di teruskan di meja makan.Pagi ni kak Titie masak pecal untuk kami sekeluarga.Favourite ayah aku ni.Aku pun suka jugak sebenarnya.Pecal ni macam masakan campuranlah jugak,ada bihun goreng,nasi impit,kangkung yang telah di celur dan di gaul bersama kuah kacang.Fuhh!!,.pagi-pagi dah makan pecal ni nanti lewat sikitlah makan tengahari, kerana pecal merupakan makanan yang agak mengenyangkan juga.Hmm,..bukan mengenyangkan juga tapi memang kenyang pun,lebih-lebih lagi kalau makan sampai bertambah.Hehe,..

             '' Lepas ni kak Yang nak merantau ke mana pulak?,..Wahyuni masuk kampung,novel Wahid nak masuk ke mana pulak?'' aku dengar Ucu dah gelak dengan ayatnya sendiri.Semua yang berada di meja makan memandang aku dan Ucu.

               ''Watak hero kali ni nama Wahid pulak ke?''jawapan Ucu belum aku jawab,Along pula menambah soalan.Aku pandang ke semua wajah ahli keluargaku yang tersayang ini.Bermula dengan ayah,emak,Along dan Ucu.

                ''Ayang ingat kali ni Ayang nak merantau jauh sikitlah!,.tapi Ayang perlukan kerjasama seseorang yang dapat membantu Ayang nanti.Rasanya Ucu dah dekat nak cuti semesterkan?,..nanti Ucu teman kak Yang k,..tapi watak wahid takkan wujud kot dalam novel ni,.wahidah mungkin kot!,'' aku menjawab sambil meninggalkan persoalan jugak kerana aku lihat ayah sudah kerutkan keningnya.Along dan Ucu pandang aku tak berkedip mata.Mak aku pula tunjukkan riak risau.

            ''Jauh tu ke mana? Somalia? Afghanistan? Afrika??'' aku tergelak kecil dengan soalan ayah.Jauh sangat kot! Ayah aku ni,.tergamak pulak dia nak hantar anak kesayangan dia yang paling nakal ni jauh-jauh.

           ''Kalau betul,..ayah izin ke?'' aku sengaja menguji keluargaku.Test market budak-budak la dok cakap.

             ''Hah??'' respon dari mak aku.Aku terus hamburkan tawa yang ku tahan.

              ''Shah bergurau aje la mak!.Shah nak pi utara plak.Shah nak jadi minah kilang plak kali ni.Ucu teman kak Yang ya?'' ayah dan emak belum beri izin,aku dah pandai-pandai pelawa Ucu untuk ikut aku.

                ''Jauh sangat tu!,.nak jadi minah kilang kawasan Shah Alam ni pun banyak kilang.Sudah!!,.. jangan nak mengarut! Mak tak izinkan kalau jauh macam tu.'' mak dah beri keputusan dia.Kali pertama mak bertegas dengan aku macam tu.Selalunya kalau aku nak menyamar pun area Kuala Lumpur dan Selangor ja memandangkan kami menetap di Shah Alam.Tak tahulah kenapa mimpi semalam  yang menjadikan aku untuk membuat keputusan untuk pergi ke utara pula kali ini.Pelik mimpi aku ni.Aku mimpi laut dan banyak kawasan industri dan aku salah seorang yang bekerja di salah sebuah kilang itu.Mungkin sebelum tidur aku banyak berfikir untuk novel yang seterusnya hingga terbawa ke dalam mimpi.

             ''Alaa,..mak!,.ini bukan kehendak Shah pun tapi kehendak naluri Shah ni.Orang kata jauh perjalanan luas permandangan mak,dan Shah pulak kata lagi jauh lagi umpp,.'' aku dah mula nak melalut  yang bukan-bukan.

            ''Shah ada kawan ke di sana?''  ayah mencelah.Aku jadi ceria kembali.Bila ayah mula tunjuk minat maknanya aku ada peluang untuk terus menbodek.Selalunya kalau ayah dah cakap ya bermakna mak takkan kata tidak.
           
           ''Erm,.ada tu memang la ada,masa di UITM dulu ada jugak kawan sebilik Shah yang tinggal di Penang tapi,..''  aku gantungkan ayat aku tu dan aku pandang mak dan ayah sambil sengeh.

             ''Shah tak ada la pulak alamat dia,'' selamba ja aku sambung ayat aku tadi sambil terus tayang gigi.




BAB  5

             AKU dan Ucu sampai juga akhirnya ke Seberang Prai Pulau Pinang. Ini bukan kali pertama kami datang ke sini. Kami pernah datang ke sini dengan Along beberapa tahun yang lepas. Along yang membawa aku dan Ucu bercuti di sini. Ketika itu aku masih belajar di UITM. Kebetulan aku cuti semester ketika itu.

           ''Kak Yang!,ke mana kita nak tuju ni?'' Ucu mula menyoal sedangkan aku masih asyik memerhatikan keadaan sekeliling stesen bas ini. Aku dengan ucu bertolak awal pagi tadi. Memandangkan kami ingin datang mencari kerja di sini jadi kami mengambil keputusan untuk naik bas saja. Datangnya kami di sini tanpa sebarang persiapan. Main redah ja.

             ''Jom kak Yang, kita chek in mana-mana hotel dulu. Kita enjoy dua tiga hari dulu baru kita cari kerja. Amacam?'' Ucu menyoal sambil tersengeh. Aku tunjukkan riak wajah tak puas hati pada ucu. 

            ''Banyak ensem muka Ucu. Dah!,kita cari rumah sewa dulu. Tanya ja orang di sekitar sini. Kalau tak ada rumah sewa, darurat sangat, baru kita chek in hotel,'' aku pula memberi pendapat bernas aku. Sempat aku melihat Ucu mencebik. Aku tahu dia tak puas hati dengan aku kerana penyamaran aku kali ini aku paksa dia terbabit sama.

           Di stesen bas Butterworth ini aku perhatikan papan-papan iklan dan bertanya beberapa orang yang boleh dipercayai untuk mencari rumah sewa.Ucu pun turut berbuat perkara yang sama. Kadang-kadang Ucu merungut letih. Mana tak letihnya, kami bertolak seawal 6 pagi dari puduraya pagi tadi. Sampai sekarang terpaksa pula meronda stesen bas untuk mencari iklan rumah sewa.

           ''Kak Yang!,kita isi minyak dulu. Perut Ucu dah berlagu rock ni,'' Ucu mengajak aku sambil mengusap-ngusap perutnya. Kesian pula aku tengok muka Ucu. Aku pantas menganggukkan kepala. Ucu dah tersengeh lebar.

            Dari seberang jalan terpamer jelas restoran nasi kandar. Aku dan Ucu terus mengangkat beg masing-masing menuju ke restoran tersebut. Seperti pasangan suami isteri Ucu memegang tangan aku untuk menyeberang jalan. Aku jeling pada ucu. Rasa seperti aku pula yang jadi adik. Kalau nak ikut dari segi ketinggian memanglah Ucu lagi tinggi dari aku. Tubuh Ucu pula tegap sedangkan aku kecil sikit dari ucu.

        ''Apa jeling-jeling? Tak puas hati cakap ja!'' eh ucu ni. Perasan pula dia. Aku ingat dia tak nampak. Hehe,.

         ''Ni,.kalau aweks Ucu tengok ni mesti masing-masing frust menoggeng. Almaklumlah si jejaka pujaan Mohd Taufik pegang tangan perempuan lain,.'' aku sengaja menyakat Ucu. Ucu dah tergelak kecil.
          ''Well!!!,.'' sepatah saja ayat yang keluar dari bibir Ucu sambil menjungkitkan keningnya beberapa kali. Citt,.giliran aku pula mencebik pada Ucu. Mula la Ucu tu nak ditimpa perasaan.

               ''KAK YANG!,tu macam ada iklan rumah sewa saja tu,.'' Ucu tunjukkan aku sekeping kertas yang dilekatkan di dinding kedai selepas kami selesai makan. Ucu ni sebelum makan tadi tak nampak. Dah kenyang baru nak nampak. Tangki minyak dah penuh la tu. Aku bangun dan berjalan ke arah dinding kedai. Pandangan orang lain yang memandang ke arahku tidak ku pedulikan.

            ''Uncle!,rumah ni di mana?'' aku tanya mamak di kedai tu. Mamak tu geleng kepala. Aku ingat dia geleng sebab dia tak tahu. Frust juga aku.

           ''Alloo cik adik manis. Itu rumah manyak keras oo. Jangan duduk situ la nanti itu hantu kacau sama itu cik adik manis,.'' erkkk,.ini mamak ke Bangla? Aku dah mula keliru.

           ''Mana tau itu rumah ada hantu?'' dalam keliru tu aku layankan jugak.

          ''Tau la. Itu kertas aku jugak letak. Dulu aku pernah tinggal sana. Malam-malam manyak bunyi jugak,.'' aku semakin keliru tapi syok jugak berdialog dengan mamak ni. Aku terus menyoal.

         ''Bunyi apa tu?'' aku menanti dengan sabar.

         ''Burung hantu la!'' errkk,..aku terus kalih dan mahu berlalu. Aku takut lagi lama aku melayan lain pulak jadinya nanti. Bila sampai dekat Ucu aku terus duduk dan jeling Ucu. Apa taknya Ucu dah beringut badan gelakkan aku.

           ''Adik!,adik nak cari rumah sewa ka?'' seorang perempuan lewat 40-an datang kepada kami. Aku mengangguk mengiakan.

           ''Kebetulan akak memang nak cari penyewa ni tapi mahai sikitlah. Rumah murah tiga bilik. Sebulan rm350.00. Boleh?'' aku pandang Ucu dan jungkitkan kening padanya.

            ''Kawasan mana tu?'' Ucu pula menyoal. Perempuan tadi mula menarik kerusi di sebelah aku dan duduk. Tangannya dihulurkan padaku untuk bersalam. Aku menyambutnya. 
  
           ''Adik ni nama pa? Mai dari mana?''  perempuan tadi memandang tepat ke wajahku. Aku ukirkan senyuman sebelum menjawab.

            ''Saya Shah. Ni adik Saya Taufik,.'' aku memperkenalkan diriku dan diri Taufik juga.

            ''Laa,.adik ka? Ingat ka suami isteri tadi,.'' aku dan Taufik tersenyum. Mamak yang berbual dengan aku tadi datang ke meja kami.

            ''Alloo cik adik manis. Itu rumah tak mau sewa ka?'' tanya mamak itu sambil memandang ke wajahku.

             ''Tak maulah uncle. Itu rumah manyak keras. Takut loo,.'' ntah bahasa apa aku dah tiru ni? Alahh,..bedal sajalah!

             ''Memang la!,.itu rumah buat dari bata sama simen. Memanglah manyak keras. Apa pasal pulak cik adik takut sama itu rumah pulak?'' Ucu dah mengigil badan gelakkan aku. Aku? Macam nak hempuk saja kepala mamak ni. Nasib baiklah Malaysia ni ada undang-undang.

              ''Mamak!,.jangan kacau la. Kami nak bersembang ni,.'' perempuan tadi yang masih belum mengenalkan nama menghalau mamak tadi. Mamak tadi berlalu pergi sambil menepuk dahi. Aku pandang Ucu. Ucu jungkit kening. Aku geleng kepala. Akhirnya perempuan yang duduk di sebelah aku yang bersuara.

            ''Ni macam mana? Jadi ambil ka dak?'' aku pandang Ucu lagi. Kami buat bahasa isyarat dengan mata.

                     ''Kak!,.sebenarnyakan,selain cari rumah kami nak cari kerja jugak kak. Ada tak kak dengar ada kilang yang nak ambil pekerja?''

                    ''Laa,.memang kena sangat la ni. Dekat rumah ni memang ada asrama pekerja untuk kilang Sony. Kalau adik nak minta kerja nanti boleh tanya warden asrama tu. Kebetulan warden asrama tu pun memang sepupu akak. Jomlah ikut akak!'' perempuan itu terus mengambil beg aku dan dibawanya keluar dari kedai. Terkocoh-kocoh aku mengikutnya keluar dari kedai, sementara Ucu aku arahkan supaya membayar makanan kami.

              KAMI dibawa ke kawasan perumahan taman. Taman Alma Jaya 2, Bukit Mertajam. Itu yang aku baca di papan tanda masuk ke taman ini tadi. Sekali sekala aku akan menoleh pada Ucu yang sudah terlentok di kusyen belakang. Sempat lagi Ucu ni nak buat taik mata. Aku ni sikit punya bimbang ke, datang ke tempat orang. Dah tu naik pulak kereta orang yang tidak dikenali. Haih,.Ucu ni!

             Kereta berhenti di depan sebuah rumah teres satu tingkat. Perempuan tadi membuka pintu kereta dan turun dari kereta. Aku juga mengikutnya turun dari kereta.Ucu masih mamai di dalam kereta. Masih terpinga-pinga. Aku membiarkan Ucu dan mengikut perempuan tadi bila melihat dia sudah membuka pintu pagar dan masuk ke dalam.

             ''Rumah ni penyewa dia baru blah seminggu lepas. Lari waktu malam selepas tiga bulan sewa tertunggak. Dulu barang semua cukup lengkap tapi habis kena kebas dengan penyewa sebelum ni,.'' tanpa dipinta perempuan tadi bercerita padaku. Aku hanya tersengeh. Tiada idea untuk menjawab.

             ''Masuklah!,.tengok-tengoklah dulu. Kalau berkenan boleh bayar deposit untuk dua bulan sewa,.'' aku menconggak dalam hati. Bermakna kena bayar rm700.00 sedangkan aku sendiri tidak tahu berapa bulan kami akan tinggal di sini. Selalunya aku akan cari pengalaman untuk satu cerita paling lama tiga minggu saja.

           ''Err,.macam ni la kak,.err,.'' aku kematian kata. Perempuan ni belum lagi bagitau nama dia.

           ''Senah!,.pangge ja kak Senah,''

           ''Sebenarnya kak Senah, kami cuma nak cari rumah sewa sementara ja. Boleh tak kalau saya bayar untuk sebulan dulu. Nanti kalau kami nak teruskan kami bayarlah lagi bulan depan,'' aku cuba berterus terang dengan kak Senah. Harap dia fahamlah. Lagi pun bila aku ronda tadi rasanya banyak juga barang-barang yang harus aku beli.

           ''Hmm,.okeylah!,.nak bayar sekarang ka? Rumah kak Senah sebelah kiri rumah ni ja. Kalau ada apa-apa hal boleh pangge akak di sebelah,.'' aku mengangguk dan mengeluarkan dompet. Rm350.00 bertukar tangan. Adoii,.kali ni jenuh la nak berbelanja. Tapi tak apa la demi novel aku yang ke sepuluh ini ku relakan apa saja.


BAB  6

         'HATIKU Milikmu Selamanya' tajuk novel aku yang seterusnya. Aku suka tulis tajuk dulu baru aku fikirkan jalan cerita yang macam mana yang harus aku karang.

         Sekarang aku dan Ucu dah berkerja di kilang Sony sebagai pekerja kontrak yang membuat barang-barang re-work di stor. Buat masa sekarang hanya tajuk yang aku ada. Bab pertama belum lagi aku mula. Aku nak cari dulu plot cerita yang bagaimana yang harus aku lakarkan.Ucu pula sudah mula teruja bekerja di sini. Mana taknya ada ramai aweks daa. Tapi,.bekerja dalam stor ni memberi peluang Ucu mengelakkan aku setiap hari.

          Dalam stor ni ramai pekerja asing terutamanya lelaki. Mereka terdiri dari pekerja yang datang dari Nepal, Bangladesh, Vietnam dan Myammar. Puncanya aku digelakkan Ucu bila aku satu-satunya perempuan yang masih muda yang menjadi pekerja kontrak di sini. Yang lain tu semuanya isteri orang yang berusia 30 tahun ke atas. Oleh sebab itu warga-warga asing ni hari-hari kacau aku sampai aku sendiri rasa terancam.

           Bila dah ada ancaman satu-satunya jalan penyelesaiannya ialah berkepit dengan Ucu 24 jam. Aku perkenalkan pula Ucu sebagai suami aku. Padam muka Ucu! Tulah,.gelakkan aku lagi. Sekarang dia sudah tak ada peluang nak usha awek-awek kilang ni lagi.

           ''Kak Yang ni tak aci tau!,.Ucu baru plan nak tackle awek cute yang ada di line depan stor tu. Frust menonggeng Ucu. Tau-tau ja dah jadi suami orang,.'' aku tergelak mendengar Ucu merungut. Muka Ucu masa dia cakap macam tu dah macam cekodok basi.

            ''Tujuan Ucu datang sini nak teman kak Yang dan melindungi kak Yang. Ingat tu! Bukannya nak bercouple marple bagai,.'' aku bertegas dengan Ucu. Aku kenal sangat dengan Ucu ni, kalau dia dapat tackle awek tu pun bukannya dia nak serius pun.

           ''Alahhh,.sambil menyelam minum airlah kak Yang,.'' aku pandang Ucu. Nak berperibahasa sangat! Tunggu dan dengar apa Ayang Mas Merah ni nak jawab.

            ''Kalau dah menyelam sambil minum air, kembunglah jawabnya. Kalau dah kembung, maknanya dah lemas. Lemas maknanyaa,..'' belum habis aku cakap sebiji bantal dah landing atas muka aku. Main kasar nampak Ucu ni?!

            ''Ucu!!!,Fine!!,.malam ni Ucu masak. Kak Yang nak mula menulis. Tak sedap! Siap Ucu!!'' sambil bercakap aku melangkah menuju ke bilik. Bantal Ucu tadi aku bawa sekali.

            ''Bantal Ucu tu nak bawa ke mana tu? Bak la balik!!,.'' Ucu melaung kuat. Aku buat-buat tak dengar dan terus menutup pintu bilik.

            ''Kak Yang!!!,Ucu masak mee segera dah la ya? Mee meggi cepat dimasak sedap dimakan,.'' sayup-sayup aku dengar suara Ucu di luar bilik, sambil melaung padaku dia menyanyi pula selepas itu. Nampaknya malam ni makan mee meggi lagilah aku!? Ucu ni pemalas betul! Bukannya dia tak pandai masak. Yang namanya anak Datin Maimunah semuanya pandai memasak. Hurmm,.


       ‘’KAK YANG!!!,..meggi dah siap!’’ aku dengar Ucu melaung dari luar bilik. Aku baru saja habis menaip satu muka surat. Aku pangkah dulu manuskrip aku tu dan save apa yang telah aku taip. Perut aku pun dah rasa lapar.

          Aku bangun dan menuju ke muka pintu. Sebaik pintu aku buka aroma meggi segera menyinggah ke rongga hidungku. Kuat betul baunya. Aku sudah telan liur berkali-kali.

        ‘’Ucu? Laaa,..Ucu rebus ja?! Pemalas betul budak ni! Patutlah,..cepat benor siapnya,..’’ aku mula membebel bila sudah berada di depan Ucu. Periuk meggi yang Ucu letakkan di atas meja di ruang tamu aku pandang dengan penuh ghairah. Meggi rebus pun rebuslah! Hatiku pula yang berkata-kata.

         ‘’Ucu ambil mangkuk untuk Ucu ja? Mangkuk untuk kak Yang mana?’’ aku bertanya Ucu yang sudah mula menyuap.

           ‘’Kak Yang ambillah sendiri. Ucu dah masak takkan Ucu jugak yang kena hidangkan untuk kak Yang?’’ aku mengetap bibir mendengar jawapan Ucu. Berkira ya amat! Sambil bangun semula, aku mengetuk kepala Ucu pantas. Membuntang mata Ucu sambil memandang ke arahku. Aku hanya menghadiahkan Ucu senyum kemenangan.

         ‘’Sakit tau!’’ Ucu bersuara dengan mulut yang penuh. Tak senonoh betul!

          ‘’Along call tadi, masa Ucu tengah masak. Along cakap nak bawa emak dengan ayah datang melawat kita.’’ Sebaik aku duduk semula membawakan mangkuk dan mengadap Ucu semula, dia mula bersuara. Walau pun begitu, Ucu langsung tak memandang wajahku. Dia hanya terus menyuap dengan berselera selepas itu.

         ‘’Along tahu ke nak datang ke sini?’’ aku menyoal selamba sambil tanganku terus menceduk meggi ke dalam mangkuk. Aku pandang ke arah Ucu yang sesekali akan meniup megginya itu. Meggi yang masih panas itu kemudian disuakan ke mulutnya dengan rakus. Macam orang tak jumpa makanan sepuluh hari pulak, bila aku melihat cara Ucu makan.

       ‘’Nanti Along call lagi, bila dia dah sampai ke sini.’’ Ucu menjawab dengan tenang dan mengelap bibirnya. Air sirap yang berada di sebelahnya diteguk rakus. Aku mengelengkan kepala memerhatikan gelagatnya.

      ‘’Ucu dah bosan makan meggi ni,.sejak datang ke sini kak Yang pemalas betul!’’ aku mendonggak pantas mendengar kata-kata Ucu. Dia terus tersengeh kepadaku. Giliran aku pula membuntangkan mata ke arahnya.

        ‘’Óhh,.sebab bosanlah,.Ucu makan meggi tu macam tak jumpa makanan sepuluh hari ya? Tengoklah tu,.kak Yang baru nak mula makan,.meggi Ucu tu dah lesap dari mangkuk?!’’ aku membalas kata-kata Ucu dan memuncungkan mulut ke arah mangkuk Ucu yang sudah dikosongkannya. Ucu tersengeh lagi sambil membuat tanda peace!

        ‘’Lapar!!’’ sepatah saja Ucu menjawab sambil bangun dan menekan suis tv.

       ‘’Kak Yang,.kita keluar ronda-ronda penang nak? Ucu boringlah memerap saja dalam rumah ni. Kak Yang tak apalah, boleh berangan. Ucu ni dah macam ayam tertelan kapur dah,..’’ suara Ucu kedengaran lagi. Aku berhenti menyuap dan memanggungkan kepala. Wajah Ucu ku cari, namun Ucu bersuara sambil matanya ralit memandang skrin tv. Aku meneruskan suapanku bila Ucu langsung tidak memandang ke arahku.

       ‘’Kak Yang,..malam ni kita pi pekena nasi kandaq pulak noo? Macam teringin ja,.macam sedap ja,..’’ aku berhentikan suapanku lagi. Kali ini Ucu memandang ke arahku sambil mengjungkitkan keningnya kepadaku.

         ‘’Ucu belanja! Kak Yang okey ja tapi masalahnya kita nak keluar naik apa? Ucu bukannya tak tahu,.kawasan kita ni bas sejam sekali. Teksi pulak payah nak dapat. Lainlah kalau kita ada kereta atau motor.’’ Aku membalas malas. Dalam pada itu, aku cuba juga mengambil kesempatan mengenakan Ucu. Gaji Ucu sebagai pekerja stor lebih banyak dari aku, sedangkan gaji aku hanya cukup-cukup makan saja.

        ‘’Kita sewa la motor jiran sebelah. Kita kongsi-kongsilah bayar. Duit kak Yangkan banyak dalam bank. Jangan nak tangkai jering sangat. Buat apa nak simpan banyak-banyak dalam bank tu? Nanti kena bayar zakat dan yang sewaktu dengannya!’’ Ucu tersengeh lagi selepas habis berkata-kata. Aku pula menolak mangkuk yang telah kosong ke tengah meja dan mencapai botol air mineral dan meneguknya. Opppsss,..lupa pulak nak ambil gelas tadi.

      ‘’Ciss,.’’ Aku mencebik melihat Ucu yang sudah tersengeh kemenangan. Niat di hati nak kenakan dia tapi rupanya dia pun ada niat nak kenakan aku jugak.

        ‘’Along nak datang bila. Kita tunggu Along datanglah, baru kita keluar ronda-ronda. Boleh save budget. Tak payah nak sewa motor bagai,.’’ Tetiba mentol dalam mindaku menyala-nyala. Kalau bab nak berjimat ni boleh saja.

       ‘’Uishhh,..sejak bila kak Yang kedekut sangat ni? Along tu belum tentu jadi datang ke tak,.mungkin kalau datang pun, bulan depan ke? Tak apalah,.kalau macam tu biar Uculah yang berkorban! Ucu keluarkan duit Ucu tapi, Ucu tak nak bawa kak Yang. Lebih baik Ucu ajak ja awek’s lain yang lagi cun..’’ kata-kata Ucu buat aku memandang tajam ke arahnya. Dia hanya menjungkitkan keningnya berkali-kali.

       ‘’Elehhh,..macamlah kak Yang kemaruk sangat duit Ucu tu. Tak nak bawa kak Yang pun tak apa! Kemarin si Rahman tu ajak kak Yang keluar makan. Dia cuma perlu green light ja dari kak Yang. Kalau kak Yang nak,..boleh ja kak Yang suruh dia belanja nasi kandaq tu,..’’ aku juga tak mahu kalah. Teringat dengan seorang warga Bangladesh yang selalu mengajak aku keluar makan dan menonton wayang tu. Memanglah,.dalam hati aku sikit pun tak terniat nak terima ajakan Rahman tu, tapi sebab tak nak mengaku kalah dengan Ucu, sengaja aku buat ayat macam tu.

          ‘’Hahaha,..Rahman? Budak Bangla tu? Agak-agaklah kak Yang kalau nak bagi ayah dengan mak menantu pun. Ucu pun tak rela berabang iparkan dia,..tapi kalau kak Yang nak, apa nak kata lagi. Bangla pun banglalah!’’ Ucu ketawa kuat sambil bersuara pasrah. Hampeh punya adik!

        ‘’Uittt,..bila masa pulak kak Yang cakap nak kahwin dengan dia? Tak hinginlah kak Yang ikut dia balik negara dia! Kak Yang cuma nak dia belanja makan ja!’’ aku membidas kata-kata Ucu. Aku cuba membayangkan, aku sedang bersanding di atas pelamin dengan Rahman. Dengan tak semena-mena kepalaku digelengkan berkali-kali. Nahi khabi nahi!

        
BAB 7

        ‘’Macam ni la hidup kami Shah,.akak dengan abang nampak macam pasangan bahagia di mata orang lain, tapi hakikatnya akak yang banyak makan hati berulamkan jantung,.’’ Aku memandang wajah tenang kak Senah yang sedang bercerita. Sesekali aku akan bersantai di rumah jiran sebelah. Ucu sudah keluar ke Bukit Mertajam selepas meminjam motor kak Senah tadi. Malas pula aku nak mengikut Ucu.

         ‘’Apa maksud akak? Shah tengok abang Syukri tu macam baik ja.’’ Aku cuba mencungkil rahsia rumah tangga kak Senah. Suami kak Senah tu kalau jumpa aku, dia hanya senyum saja. Macam pemalu sangat. Nampak tersipu-sipu.

         ‘’Memanglah baik Shah! Baik sangat! Akak tak cakap laki akak tu jahat, Cuma kadang-kadang akak tak paham betoi dengan perangai dia. Akak ni isteri dia Shah! Tapi,.cara dia layan akak macam akak ni orang asing. Payahlah Shah,.nak cerita akak takut berdosa tapi kalau tak cerita, akak takut, lama-lama akak kena sakit jiwa sebab selalu sangat dok pendam,..’’ panjang lebar kak Senah meluahkan suara hatinya. Aku masih belum mengerti sepenuhnya. Keinginanku untuk tahu lebih lanjut semakin membuak-buak.

         ‘’Akak ceritalah kak, mana tahu Shah boleh tolong apa yang patut!’’ aku cuba memujuk kak Senah meluahkan masalahnya. Mana tahu nanti boleh juga dijadikan modal dalam novel baru aku.

         ‘’Akak malu nak cerita Shah!’’ kak Senah berubah laku tiba-tiba. Dari wajah monyok kini kak Senah sudah tersipu-sipu pulak. Aku semakin tidak memahami apa yang merusuh jiwa kak Senah. Rumit sangat ke masalah rumah tangga dia?

        ‘’Lahh,..malulah pulak. Shah pun tak mau paksa tapi kalau kak Senah tak dapat nak mengawal perasaan tu,.Shah boleh jadi pendengar yang baik.’’ Aku mencuba cara psikologi pula. Hati yang melonjak-lonjak untuk tahu masalah dia aku kawal sekuat mungkin. Takkan aku nak paksa kak Senah untuk bercerita kalau dia belum bersediakan?

        ‘’Sebenarnya Shah,.akak ni suka baca novel, suka tengok filem hindi dan peminat drama Korea. Bila akak baca dan tengok watak-watak lelaki yang romantik tu akak sedih sangat sebab abang Syukri tak macam tu. Dia pemalu sangat Shah walau dengan akak ni,..’’ kak Senah mula bercerita dan wajahnya berubah lagi. Dia memandang aku dengan wajah yang sugul. Aku masih tidak faham intipati ceritanya.

          ‘’Ooo,.’’ Aku kematian kata. Bila belum berumah tangga, aku tak dapat nak membayangkan apa maksud kak Senah tu.

         ‘’Laki akak tu, macam takut sangat dengan akak Shah. Kadang-kadang akak teringin nak bermanja dengan dia atau nak dia anggap akak ni macam wanita idaman dia. Kalau tak ada akak dia akan rindu separuh mati. Kalau ada akak dia akan inginkan akak selalu,.tapi,...semua tu tak pernah lagi menjadi kenyataan.’’ Aku semakin blurr mendengar ungkapan kak Senah yang seterusnya. Kak Senah tu dah ada anak lima orang pun. Yang sulung dah remaja. Yang kecil baru lima tahun. Kalau betullah apa yang kak Senah cerita, anak-anak dia tu anak siapa?

          ‘’Anak-anak akak tu anak angkat ya?’’ spontan aku menyoal bila minda aku dihujani dengan perbagai kemuskilan. Kak Senah merenung tajam ke arahku. Aku tersengeh malu.

      ‘’Ehh,..ada pulak anak angkat! Akak yang mengandungkan lima-lima orang anak akak tu tau. Ni ha,.parut di perut ni pun tak hilang-hilang lagi,.sat,sat,.pasai pa Shah tanya akak macam tu?’’ kak Senah bersuara tegas. Aku mengecilkan tubuh sebab takut kak Senah akan melenting. Apa nak buat, serkap jarang aku tak mengena. Hehe,.

        ‘’Errr,.’’ Aku serba salah untuk menjawab. Akhirnya aku tayang gigi pada kak Senah.

          ‘’Shah salah paham dengan cerita akak la ni? Macam ni Shah,.abang Syukri tu cuma tak reti nak romantik ja Shah tapi kalau akak cuit menjadi ja dia tu! Cuma,.kadang-kadang akak perass(frust) la dengan dia. Tangan akak ni pun kalau akak tak mulakan dulu sentuh dia, jangan haraplah dia nak belai-belai akak ni,..’’ wajah aku dah mula berbahang bila cuba membayangkan apa yang kak Senah cerita. Aku juga penulis novel. Rata-rata watak lelaki dalam novel aku adalah lelaki romantik yang pantang berdua-duaan dengan perempuan, lebih-lebih lagi dengan isteri mesti nak pegang-pegang tangan. Tapi,.cerita kak Senah ni benar-benar menarik minatku.

        ‘’Ohh,..’’ lidahku kelu lagi.

        ‘’Kadang-kadang akak rasa macam badan akak ni pembawa virus bahaya pulak, sampai suami sendiri pun tak berani nak sentuh. Pernah akak tahan perasaan akak, sebulan akak tak sentuh dia. Selamba ja dia Shah. Sedih akak tau!’’ kak Senah menyambung cerita. Aku macam tak percaya mendengar cerita kak Senah. Ada ke lelaki macam tu?

       ‘’Shah jangan cerita kat sapa-sapa ya,.apa yang akak cerita ni. Sepatutnya akak tak perlu ceritakan kat sapa-sapa, dah macam membuka aib sendiri pulakkan?!’’ suara ragu-ragu kak Senah kedengaran pula. Aku mengeleng perlahan. Rasanya aku adalah orang yang tepat untuk kak Senah bercerita. Bukan selalu aku dapat cerita begini sebab kebanyakan isteri tak suka membuka keburukan suami masing-masing. Isteri selalunya penyabar dan menerima apa saja dalam rumah tangga mereka. Mungkin bukan semua isteri penyabar, yang tu aku tak nafikan. Kalau tak, tentu tak berlaku kes penceraiankan?

         ‘’Ada ya kak lelaki macam tu? Shah pun suka jugak kak baca novel dan watak-watak lelaki dalam novel semuanya pantang ada peluang mesti nak pegang-pegang tapi,.Shah tak tahu sama ada akak ni beruntung atau sebaliknya. Maksud Shah beruntung sebab abang Syukri tu takkan mengorat perempuan lain kak, kalau dia pemalu macam tu,..’’ aku tayang gigi , nak cakap lebih-lebih aku tak berani.

      ‘’Untung?! Kadang-kadang memang akak rasa akak ni beruntung sebab dapat abang Syukri tu,.tapi akak ni manusia Shah. Akak juga ada keinginan. Shah cuba bayangkan kalau dapat suami yang takut nak sentuh Shah! Dulu,.laki akak tak macam ni. Masa mula kahwin dia macam lelaki lain jugak,.Cuma bila dah anak ramai ni baru dia berubah. Macam akak ni dah tak ada daya penarik lagi. Shah tengok akak ni macam mana?’’ aku macam nak garu ja kepala aku ni bila mendengar soalan kak Senah. Bagi aku kak Senah ni masih bergetah lagi. Umurnya mungkin baru 40-an.

       ‘’Okey ja kak!’’ aku menjawab dengan tenang. Kak Senah melebarkan senyuman.

       ‘’Shah tahu tak,.akak selalu berdiet dan jaga penampilan agar abang Syukri tu hanya pandang akak sorang ja. Tapi,..akak hanya merancang,.abang Syukri yang tak makan saman,.’’ Terdengar keluhan kecil dari bibir kak Senah. Aku teringat buku-buku motivasi yang aku baca. Rasanya tak salah kalau aku kongsi dengan kak Senah.

        ‘’Macam ni la kak Senah. Dalam hidup ni bukan senang nak menyenangkan hati orang lain, apatah lagi nak menyenangkan hati sendiri. Kak Senah masih ada Allah untuk mengadu. Dialah sebaik-baik tempat mengadu yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Mengadulah kepada Allah kak! Dia akan beri akak kebahagiaan yang manusia tak dapat beri. Biarlah abang Syukri tu dengan sifat dia yang tak makan dek saman tu. Akak teruskan sikap akak sebagai isteri yang setia. Kalau kak Senah nak laki yang romantik, kak Senah tak payah tunggu dia jadi romantik atau mengharapkan dia akan jadi romantik tapi sebaliknya kak Senah yang perlu jadi romantik terlebih dulu. Apa macam? Akak berani?’’ aku jungkitkan keningku berkali-kali. Cara aku cakap macam orang berpengalaman, padahal semuanya itu hanya melalui bacaanku saja. Dan kebetulan aku ni kan penulis! Bukan sesuatu yang payah untuk aku rangka ayat sebegitu.

      ‘’Selama ni memang akak yang dah terlebih romantik Shah oii,..tu, berderet tu sebab keromantikan akak la tu,..’’ kak Senah berkata sambil memuncungkan bibirnya ke arah anak-anaknya yang masih kecil, yang sedang bermain di padang permainan. Aku tersenyum lucu dengan gaya kak Senah. Macam nak angkat tabik ja untuk kak Senah.

        ‘’Teruskan kak Senah! Moga rumah tangga akak bahagia hingga ke Jannah!’’ kata-kata semangat yang aku ungkapkan buat kak Senah tersenyum lebar.

        ‘’Tapi,..’’ kak Senah bersuara lagi dan aku terus diam. Menunggu ayat-ayat kak Senah yang seterusnya.

      ‘’Akak macam tak puas hatilah Shah. Akak teringin juga nak macam dulu-dulu tu. Bestnya bila abang Syukri yang mulakan dulu.’’ Wajah aku berbahang lagi. Entah kenapa, aku yang terasa malu dengan pengakuan kak Senah. Kalau aku pun mungkin malu nak mulakan dulu. Sepatutnya sifat malu ni milik muktlak orang perempuan dan lelaki lebih agresif. Ini memang kes satu dalam sejuta yang payah nak ditemui!

         ‘’Kak Senah berterus terang sajalah! Beritahu dia perasaan akak. Cakap kat abang Syukri tu apa yang akak nak!’’ aku cuba mengumpan kak Senah. Walau pun aku malu nak cakap macam tu sebab aku belum ada pengalaman tapi aku rasa tanggungjawab aku untuk buat kak Senah dapat apa yang dia nak.

       ‘’Dah berbuih mulut akak ni cakap Shah. Tak jalan pun, macam mencurah air ke daun keladi ja. Langsung tak ada kesan.’’ Kak Senah mengeluh lagi. Berat jugak kalau macam ni. Macam bebal sangat suami kak Senah ni!?

      ‘’Kak,.err,.Shah ada sorang kawan. Dia ni penulis novel. Cerita akak ni tentu boleh dibukukan. Boleh tak kalau Shah ceritakan pada dia kisah akak ni? Nama akak nanti Shah rahsiakanlah.’’ Tiba-tiba ilham menjengah mindaku. Aku terus meminta izin kak Senah untuk menulis ceritanya. Cuma aku kelentonglah sikit.

       ‘’Apa nama kawan Shah tu? Akak pun peminat novel jugak.’’ Kak Senah menyoal dengan penuh teruja. Dapat aku lihat dari wajahnya yang sudah berubah ceria dalam sekelip mata.

       ‘’Ayang Mas Merah! Kak Senah pernah baca novel dia tak?’’ kak Senah mengelengkan kepala. Ada rasa kecewa yang mengetuk pintu hatiku. Aku tahu nama Ayang Mas Merah taklah segah mana pun!

      ‘’Dia penulis baru ka Shah?’’ kak Senah menyoal lagi.

      ‘’Taklah kak! Dia sedang menyiapkan novel dia yang ke-10 sekarang ni. Kalau akak nak baca novel-novel dia nanti boleh Shah pinjamkan. Tapi,.novel tu ada di rumah mak. Shah tak bawa pulak.’’ Aku tayang gigi bila teringat novel-novel milikku itu sebuah pun aku tak bawa. Ermm,.apa kata aku cari di kedai buku, beli dan hadiahkan saja untuk kak Senah? Mentol dalam mindaku menyala-nyala lagi.

        ‘’Best ka novel-novel dia?’’ soalan seterusnya buat aku tercenggang. Macam mana aku nak jawab? Hanya pembaca yang dapat menjawabnya. Akukan penulisnya!

      ‘’Errr,.kak Senah kena baca dululah. Baru tau best ke tak!’’ aku menjawab dengan selamba sambil terus tayang gigi.

        ‘’Lelaki dalam novel dia romantik tak. Kalau romantik,.akak teringinlah nak baca!’’ kak Senah bertanya sambil ketawa ceria. Aku turut ketawa mendengar kata-katanya sambil kepala aku jatuhkan berkali-kali. Novel aku wajiblah ada watak lelaki romantik kerana, aku pun suka dengan lelaki romantik. Hehehe,.tetiba ja ulat bulu naik daun!

          ‘’Mestilah romantik kak Senah! Sebenarnya kak,.Shah pun suka kalau dapat lelaki romantik sebab Shah ni pemalu sikit. Lecehkan kak, kalau perempuan yang kena mulakan dulu?’’ soalan aku pada kak Senah buat kak Senah mengangkat ke dua ibu jarinya. Kemudian kak Senah terbalikkan ke dua ibu jarinya dan mengelengkan kepala berkali-kali.

          ‘’Orang perempuan pun ada egonya Shah. Bila ego akak mai,.hmm,.lantak kaulah. Apa nak jadi pun!’’ kak Senah bersuara tegas sambil bangun.

         ‘’Shafik! Shahrul! Shimah!!,.balik!!,..Dah maghrib ni!!’’ kak Senah melaung anak-anaknya yang masih rancak bermain di padang. Aku pun bangun dari kerusi batu yang sedang aku duduki. Kalau kak Senah dah laung anak-anaknya suruh balik, takkan aku masih nak lepak lagi di sini kot?

       ‘’Okeylah kak! Shah pun nak balik dululah. Nak maghrib dah.’’ Aku terus minta diri dan bersalaman dengan kak Senah.

       ‘’Shah,.kalau novel kawan Shah tu siap bagitau akak ya!’’ aku angkat ibu jari pada kak Senah sambil tersenyum. Minda terus merangka cerita. Yess! Aku dah dapat plot cerita novel baruku. ‘Hatiku Milikmu Selamanya!’,.walau hakikatnya kau dingin macam ais. Hehe,.boleh gitu?