Bab 9
Aswal
Madri (Bos)
AKU tunggu Izz Zahrah
seperti biasa hari ni. Aku sudah tak sabar untuk menatap wajahnya lagi. Pagi
tadi bila aku menghadiri mesyuarat dengan pemegang-pemegang saham kami
bertembung dengan Izz Zahrah. Terasa jantung aku bagaikan ingin meletup bila
melihat dia di depan mata. Tak aku duga akan bertembung dengan dia. Aku dah
banyak tipu dia, jadi aku takut Izz Zahrah akan marah kalau dia tahu.
Terbayang lagi kejadian pagi
tadi. Aku terasa darah di wajahku hampir kering akibat terkejut. Tiba-tiba saja
Izz Zahrah sudah ada di depan kami. Aku perasan matanya yang sedang memandang
aku. Sengaja aku bekukan wajah dan berpura-pura tidak mengenalinya.
Aku tengok jarum jam, lima
belas minit sudah berlalu. Izz Zahrah masih tak muncul-muncul lagi. Marahkah
dia kepadaku? Tahukah dia siapa aku? Pagi tadi ketika mesyuarat Zuhaimie
mengajak Izz Zahrah masuk sekali ke bilik mesyuarat. Aku semakin berdebar
mendengarnya. Walaupun setiap kali mesyuarat abang Am dan Zuhaimie yang akan
mempengerusikannya. Terdengar-dengar lagi rayuan Izz Zahrah kepada Zuhaimie di
gegendang telingaku.
"Alaa..encik Zuhaimie, please..saya tak mula pun lagi proposal
tu. Saya, saya rasa, saya..kena buat kajian dulu pasal smartphone ni. Saya tak ada pengetahuan langsung pasal smartphone ni," kesian aku melihat
wajahnya ketika itu. Izz Zahrah dah tergagap-gagap. Matanya dah merah. Macam
orang nak menangis saja.
"Awak tak pernah guna smartphone ke?" Zuhaimie menyoal
Izz Zahrah semula. Aku hanya menunggu untuk mendengar jawapannya.
"Err..kalau guna pun
yang murah saja encik Zuhaimie. Tak banyak sangat functions." Izz Zahrah berkata lagi dan wajahnya sudah
bertukar merah. Dia tertunduk merenung lantai. Aku tahu air mata Izz Zahrah
sudah mula menitis ke pipi. Aku cuit Zuhaimie dan memberi isyarat agar
melepaskan Izz Zahrah pergi. Tak sampai hati aku melihat dia dalam keadaan
macam tu.
"Petang ni ikut saya
balik, boleh tak? Isteri saya pesan, katanya nak jumpa awak lagi. Kemarin jumpa
sekejap sangat. Tak sempat nak berbual panjang, katanya.." abang ipar aku
pula bersuara menyebabkan Izz Zahrah memanggungkan kepalanya dengan pantas.
"Hah?" respon Izz
Zahrah hampir membuatkan aku tersenyum. Terus aku melangkah dengan laju masuk
ke bilik mesyuarat. Aku takut terkantoi dengan perubahan riak wajahku. Ingat
senang ke nak tayang wajah kering di depan gadis yang telah berjaya mengetuk
pintu hati aku ni?
Zuhaimie~ bro..aku bawa
Izz keluar makan. Kau tak payah tunggu la di tepi dinding tu.
Dalam aku melamun, masuk
mesej yang dihantar oleh Zuhaimie. Tak guna punya kawan. Mentang-mentanglah dia
tahu, aku dah cakap kepada Izz Zahrah, aku pergi ke luar negara. Aku tak
menunggu lama, terus aku balas mesejnya.
Aku~ tak cukup lagi ke
dengan awek2 yang kau ada? Izz pun kau nak rembat juga ke?
Aku membalas mesejnya dengan
perasaan yang berbaur geram.
Zuhaimie~ yang lain tu
betina tapi Izz lain. Dia wanita.
Aku~ wanita untuk
dihargai bukan untuk dipermainkan.
Zuhaimie~ kau jangan
bimbang. Aku akan hargai dia.
Aku mengengam penumbuk
membaca mesej Zuhaimie yang seterusnya. Rasa macam menyesal pula sebab aku dah
tipu Izz Zahrah. Patutlah dia tak naik-naik untuk makan di tingkat atas ni
seperti biasa. Izz Zahrah, aku sudah mula merinduimu. Aku merintih di dalam
hati.
"Bro!..termenung nampak?
Izz makan dalam pantri hari ni. Aku teman dia makan. Kau marah ke?"
terdengar suara Zuhaimie, aku menoleh pantas. Kata tadi keluar makan dengan Izz
Zahrah? Mana satu yang betul ni?
"Cepat kau makan? Dia
bawa bekal apa hari ni?" aku bertanya balas. Sengaja tayang wajah selamba,
sedangkan dalam hati aku sudah mengelegak.
"Perghhh..Izz buat steak
daging hari ini. Terbaeekk.." ceria saja suara Zuhaimie. Aku mula
memikirkan kata-katanya. Steak? Biar betul?
"Sedap?" aku
bertanya lagi.
"Ehh..hingga menjilat
jari," Zuhaimie menjawab dengan yakin. Aku tenung wajahnya. Boleh percaya
ke ni?
"Kenapa kau tengok aku
macam tu?" Zuhaimie menyoal aku sambil mengerutkan keningnya.
"Nak tipu pun
agak-agaklah. Aku dah lama kot kenal kau. Lagipun, macam tak logik saja kalau
Izz Zahrah tu bawa steak?" aku mengumpan Zuhaimie dengan kata-kataku. Dia
sudah ketawa galak.
"Jom makan. Aku dah
lapar ni." aku dah agak dah. Auta saja lebih. Macamlah aku tak tahu, Izz
Zahrah tu cukup payah untuk diajak keluar. Agaknya petang nanti dia akan ikut
tak permintaan abang Am?
"Kau boleh tolong aku
tak?" tiba-tiba timbul idea nakal dalam minda aku untuk menguji Izz
Zahrah. Zuhaimie akan aku jadikan sebagai perantara.
"Tolong apa?"
Zuhaimie bertanya sambil menjungkitkan keningnya.
"Bagitau Izz Zahrah.
Aku takkan balik lagi ke Malaysia sebab aku hilang tanpa khabar berita."
aku berkata tanpa ragu-ragu. Zuhaimie memandang tepat ke wajahku sambil
mengecilkan matanya.
"Aihh..macam nak bagi green light untuk aku saja. Bolehlah aku
take over dan tackle dia pula," lain yang aku fikir, lain pula yang Zuhaimie
ni fikir. Aku mendengus kasar. Zuhaimie sudah tergelak kuat.
"Kenapa kau nak
menghilangkan diri? Kalau ya pun nak test
dia, tunggulah dia tangkap cintan dengan kau dulu," mendengar kata-kata
Zuhaimie, aku berfikir sejenak. Kemudian barulah aku memberikan jawapanku.
"Dia dah kenal Aswal
Madri sebagai drebar dan dia dah tengok aku pagi tadi dengan wajah yang lain.
Aku cuba nak uji pengetahuan dia saja. Agaknya dia perasan tak, yang dia jumpa
pagi tadi tu aku?" aku bertanya Zuhaimie untuk meminta pandangannya. Dia
berjeda lama.
"Izz Zahrah ni, aku
rasa jenis yang lurus sikit. Kalau kau dah cakap kat dia kau ni hanya drebar,
dia akan pegang kata-kata tu tapi kau kena berhati-hati dengan orang macam dia.
Sekali dia kena tipu, dia takkan percaya untuk kali kedua." yakin sekali
Zuhaimie berkata selepas terdiam lama. Aku pula yang mengelabah di dalam hati.
"Dahlah..jom keluar
makan. Lain kali kalau dah berkenan, jangan menipu. Jadi diri sendirikan lebih
baik." aku tersentap mendengar kata-kata Zuhaimie. Memang makan dalam,
sebab aku belum pernah lagi menipu perempuan. Ini kali pertama aku buat. Itu
pun sebab aku takut Izz Zahrah tak mahu berbual dengan aku. Orang macam dia,
tentu suka merendah diri dan malu untuk bergaul dengan orang macam aku? Tentu
dia akan fikir aku dengan dia macam langit dengan bumi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.