Bab 40
Aswal Madri ( Bos )
BIBIR aku sudah tidak boleh
dikawal lagi. Sejak aku tahu Izz Zahrah sudah mengandung, aku terlalu gembira.
Senyuman aku tak mahu berhenti. Aku cuba menghitung hari bermula kali pertama
aku dan Izz Zahrah bersama. Mungkin sudah enam atau tujuh minggu. Aku mencari
maklumat di dalam internet. Maklumat tentang wanita hamil dan tanda-tandanya.
‘’Awal!’’ aku mendongak. Zuhaimie berjalan
laju ke arahku.
‘’Izz tak sihat ke? Dia call aku tadi, katanya nak bekerja
separuh hari. Kau ke mana tadi?’’ aku tersenyum mendengar soalan Zuhaimie. Mata
aku masih ditumpukan di skrin komputer, membaca info pasal kehamilan dan
tanda-tanda awal kehamilan.
‘’Sejak bila kau berminat pasal
wanita mengandung ni? Kita nak keluarkan jenama telefon untuk wanita mengandung
pula ke?’’ Zuhaimie terus menyoal walaupun aku tak melayan dirinya.
‘’Woii..kau ni dah kenapa, Awal?
Tersengeh-sengeh, macam orang sasau saja aku tengok.’’ Aku panggung kepala dan
menjungkitkan kening. Bibir aku masih mekar dengan senyuman bahagia, namun
suaraku masih tak keluar juga. Aku scrool
lagi artikel yang aku baca. Terus membaca pula info pasal alahan wanita
mengandung. Aku tak perasan pun Izz Zahrah ada alahan, selain suka menangis dan
cepat meradang.
‘’Kau ni pelik lah. Dah kena
sampuk dengan puaka senyum di mana pula ni?’’ aku terus tergelak kuat. Ada pula
puaka senyum. Mengarut betul Zuhaimie ni.
‘’Kau jangan cakap Izz dah
mengandung, Awal!’’ aku tersentak seketika mendengar tekaan Zuhaimie. Namun
hanya seketika cuma dan bibir aku tersenyum lagi lalu aku mengangkat ibu jari.
‘’Betul?’’ Zuhaimie membeliakkan
mata. Tak percayalah tu.
‘’Itu yang dia cakap tadi. Kalau
dia cakap benar, benarlah. Kalau dia tipu aku, maknanya tipulah.’’ Baru kini
aku menjawab pertanyaan Zuhaimie. Aku pandang wajahnya. Macam-macam mimik muka
yang dia tunjukkan kepadaku.
‘’Wah, ini berita baik. Bolehlah
kau belanja aku makan besar malam ni.’’
‘’Amboi, belanja kau seorang saja
ke? Habis tu, orang lain tu macam mana? Alang-alang nak belanja, baik aku
belanja satu syarikat ni.’’
‘’Good idea. Aku sokong kau, sebab yang nak keluarkan duit tu kau,
bukan aku.’’ Zuhaimie berkata disusuli dengan ketawa panjang. Aku hanya
tersenyum. Macam menarik saja. Lagi pun, majlis memperkenalkan Izz Zahrah
sebagai isteri aku pun, aku tak buat. Tak apalah buat kenduri kesyukuran untuk
pekerja-pekerja yang sudah banyak berjasa di syarikat ini.
‘’Nanti kau tolong buat memo ya,
bonus sebulan gaji untuk semua pekerja.’’ Zuhaimie sudah bertepuk tangan dengan
gembira. Amboi, baru dengar nak bagi bonus, terus saja bertepuk tangan.
Sedang Zuhaimie meraikan
kegembiraannya telefon aku berbunyi. Nama Izz Zahrah terpampang di skrin
telefon. Aku tersenyum lagi dan menjawab panggilannya.
‘’Hello sayang..’’
‘’Sayang? Siapa sayang kau?’’
suara seorang lelaki. Aku mengerut kening dan memandang Zuhaimie.
‘’Siapa ni? Kenapa telefon isteri
aku ada pada kau?’’ aku bersuara garang. Izz Zahrah aku dah hantar pulang,
betul-betul di depan apartment kami. Takkan dia keluar lagi. Tak minta izin aku
pun.
‘’Aku dah kidnap isteri kau!’’ jawapan pemanggil itu membuat aku ketawa tanpa
sedar. Entah apa pula permainan Izz Zahrah kali ini? Nakal betul isteri aku ni.
Tak puas lagi agaknya, dah kenakan aku tadi. Tapi, taktik yang sama, aku takkan
mudah terpedaya untuk kali yang ke dua.
‘’Apa-apalah..cakap kat isteri aku tu, jangan
nak lasak-lasak sangat. Aku balik lewat sikit petang ni. Mungkin aku balik
malam.’’ Aku terus memutuskan talian dan berbual dengan Zuhaimie mengenai bonus
yang akan kami berikan kepada pekerja. Aku tak melayan lagi panggilan yang
masuk dengan nama Izz Zahrah. Kadang-kadang letih juga melayan kerenah isteri
nakal ni. Aku kenakan dia, mesti dia akan kenakan aku kembali. Alahai Nur Izz
Zahrah Hasyilla sayangku.
‘’HELLO!..’’ kerana tidak tahan
mendengar deringan telefon yang bertalu-talu, aku menjawab juga panggilan yang
terpampang nama Izz Zahrah.
‘’Woii..kau ni memang tak sayang
bini ke? Aku cakap, aku dah kidnap
bini kaulah, bodoh!’’ suara lelaki tadi lagi. Aku mula bengang. Takkan Izz
Zahrah betul-betul kena kidnap?
‘’Eh…kau jangan nak buat lawaklah.
Kalau kau nak buat lawak juga, pergi uji bakat di Astro lah, masuk pertandingan
Raja Lawak!’’ aku bersuara tegas dan terus memutuskan talian.
Geram betul aku, entah siapa pula
yang Izz Zahrah upah untuk mengenakan aku kali ini? Aku tengok jam di
pergelangan tangan. Lagi setengah jam pukul enam petang. Di mana Izz Zahrah
sekarang ni? Siapa lelaki tadi? Dalam aku berlagak cool, hati aku sudah merusuh
di dalam.
Izz
Zahrah Hasyilla..
YA ALLAH, kepala aku memusing lagi.
Abang, tolong Has, kenapa abang tak datang selamatkan Has? Aku di mana ni? Aku
memerhatikan sekelilingku. Di mana aku? Selepas aku dilarikan tadi, aku tak
tahu apa yang telah terjadi. Bila aku sedar, aku sudah berada di rumah buruk
ini. Dengan keadaan kesihatan aku yang tak menentu, apa yang boleh aku lakukan?
‘’Kau dah sedar? Suami kau tu,
memang tak sayang kau kan? Dah beberapa kali aku call dia, dan bagitau dia, kami dah kidnap kau, dia bo layan saja. Boleh pula dia jawab balik,
eh..kalau nak buat lawak, pergi uji bakat di Astro lah, masuk Raja Lawak.’’
Aku terdengar lelaki yang melarikan
aku bersuara. Aku malas nak melayan. Rumah buruk ini aku rasa seakan berpusing.
Kepala aku betul-betul pening. Mata aku berpinar dan perut aku mual. Aku tak
tahan menaggung seksa ini.
Aku mula memerah minda berfikir, kenapa aku
dibawa ke sini dan bagaimana segalanya bermula. Selepas aku membersihkan rumah
flat, aku bergegas ke pasaraya berdekatan dengan tempat tinggal kami. Aku
bercadang untuk memasak makanan kegemaran encik Awal malam ini.
Selesai membeli belah barang
keperluanku dan barang-barang dapur aku menuju ke bangunan apartment encik
Awal. Jarak pasaraya dengan apartment dia taklah jauh mana, namun aku tak tahu
pula malang bakal menimpa. Kepala aku memusing tiba-tiba dan ada kereta
berhenti untuk menolong aku. Pada mulanya, aku rasa bersyukur sebab, di
saat-saat genting sebegini, ada insan yang sudi membantu. Tapi, tanggapan aku
salah belaka. Yang membantu pula cuba mengambil kesempatan.
Akhirnya, di tempat inilah aku
tersadai dalam keadaan aku yang sedang pening-pening lalat. Sebelum ini, aku
belum pernah lagi mengalami alahan, mungkin cuaca panas ini yang membuatkan
keadaan aku jadi begini.
‘’Tolonglah, hantar aku
balik. Korang nak duitkan? Aku boleh kasi, berapa korang nak, tapi tolonglah
jangan buat aku macam ni..’’ aku cuba bersuara walaupun suara aku tengelam
timbul.
‘’Hei perempuan, kau tak kenal
aku ke? ‘’ lelaki itu bertanya dan aku mendongak. Lelaki tadi sedang berdiri
sambil bercekak pinggang di hadapan aku.
‘’Kau? Kau nak apa sebenarnya
ni? Tadikan, aku dah bayar kau? Tak cukup ke? Kalau tak cukup, aku boleh kasi
lagi. Berapa kau nak, cakap saja, tapi tolong lepaskan aku. Jangan susahkan
suami aku lagi. Dia tak bersalah.’’ Aku terkejut melihat wajah lelaki yang
sedang berdiri di depan aku. Aku masih cam dia kerana baru sebentar tadi, aku
telah meminta tolong darinya untuk menipu encik Awal bahawa aku sudah diculik.
Tak sangka pula, dia betul-betul menculik aku sekarang. Adakah ini pembalasan
Allah kerana aku telah mempermainkan suami aku sebentar tadi? Ya Allah,
ampunkanlah dosaku. Maafkanlah khilafku.
‘’Kau ni nampak saja bertudung,
tapi fikiran kau sempit. Kau ingat lelaki dalam dunia ini hanya untuk dijadikan
barang mainan? Kau tengok sendiri, kau permainkan laki kau, dan sekarang, dia
pun tak hingin nak tolong kau pun. Kau tengok sendiri, berpuluh panggilan aku
dail dan dia tak angkat pun, walaupun aku guna telefon kau.’’ Lelaki itu terus
bersuara angkuh. Air mata aku mengalir perlahan menyesali nasib diri. Terasa
benar hatiku ini, bukan kerana encik Awal tidak pedulikan aku, tapi aku terasa
bersalah sangat kerana mempermainkan dia tadi. Inilah balasannya untukku.
‘’Lepaskanlah aku.
Tolonglah. Aku janji takkan buat lagi. Aku bukan sengaja nak kenakan suami aku
tadi. Aku hanya nak menguji dia..’’ aku masih cuba merayu simpati. Dengan keadaan
aku sekarang, aku cuma perlukan orang-orang yang aku sayang.
‘’Betul ni, kau janji takkan
buat lagi?’’ aku disoal kembali. Laju aku mengangguk. Kalau boleh, aku nak
segera keluar dari tempat ini. Aku tak sanggup lagi berada dalam keadaan
sekarang.
‘’Aku lepaskan kau. Pergilah, ada
orang tunggu kau di luar. Kau balik sajalah dengan dia. Kerja aku dah
selesai.’’ Aku perhatikan wajah lelaki di hadapan aku dengan riak wajah keliru.
Betul ke dia nak lepaskan aku. Macam tu saja.
‘’Kau tak nak duit tebusan ke?
Bukan itu ke niat kau kidnap aku?’’ aku
bertanya kembali meminta kepastian. Apa niat dia sebenarnya?
‘’Orang yang suruh aku kidnap kau, dah bagi aku upah.
Pergilah..’’ lembut pula nada suaranya. Sungguh aku tak mengerti, sandiwara apakah
ini? Dalam keadaan bingung, aku tetap bangun juga dan melangkah longlai keluar
dari pondok buruk ini.
‘’Lina? Umai?’’ hanya dua nama itu
yang mampu aku sebut sebaik wajah keduanya keluar dari kereta. Aku yang masih
pening terus tumbang sebaik mereka berjalan menghampiriku.
‘’Kak Izz..’’ sayup-sayup suara
itu kedengaran dan pandanganku terus kelam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.