My Channel in Youtube

My Channel in Youtube
Jom Langgan!

Isnin, 23 September 2024

Aku Sedar Diriku Umpama Kaca Retak Seribu Bab 4

Part 21 2023, malam ni Rahman tak serajin malam kemarin. Sebelum dia masuk tidur malam ni, aku sengaja pasang lagu, Hargai Aku yang dinyanyikan oleh penyanyi negara seberang. Rahman sedang mengadap skrin telefon bimbitnya di atas kerusi malas di sebelahku. Aku tak tahu dua beranak tu makan apa hari ini. Keras betul hati aku sekarang, rasanya batu pun boleh menjadi lekuk dek air tapi hatiku kali ini besi pun tak boleh bengkok? Aku sudah lama memendam rasa. Selalunya kalau aku membisu hanya sehari atau setengah hari. Kalau melebihi tiga hari pun, aku masih memasak dan sebagainya. Singki tetap bersih sebelum masuk tidur. Kali ini tak lagi. Pinggan bertimbun dalam singki. Semalam Rahman basuh semua tapi sebab aku tinggalkan lagi semalam, malam ni dia masuk tidur dan tinggalkan semua kerja. Aku? Buat bodoh ja. Buat-buat tak nampak pinggan yang bersepah dalam singki. Bukannya aku malas nak basuh tapi aku sengaja tak nak basuh. Aku keraskan perasaanku dan buat-buat tak nampak semua tu. Sempat aku berangan dimarahi orang sebab abaikan semua kerja rumah. Dalam khayalanku mereka berkata.. "Berdosa hang tak masak kat Rahman. Biaq depa buat semua gheja." Dan aku akan membalas kata-kata mereka.. "Silap banyaklah. Kerja rumah semua memang tugas suami. Isteri buat, dapat pahala, tak buat, tak berdosa pun." "Tak cakap dengan suami tu, tak rasa berdosa ka?" "Oppppsss.." khayalanku terus lenyap dibawa angin lalu. Andai Rahman redha dengan sikapku kini, tak berdosa kot? Tapi, siang tadi aku dah perasan, dia macam dah stress. Aku buka peti ais tengok ada meghi jenama Chef dan roti sandwich bersama kaya. Hari ni Rahman tak masak nasi, aku tengok periuk nasi ada dalam bakul atas singki. Makanan kemarin masih dalam peti ais, tak dipanaskan pun. Mungkin hari ini mereka makan kenduri? Aku tak pasti sebab tak tanya dan hari ini dia pun tak cakap apa pun pada aku. Kemarin dia cakap juga tapi aku tak layan. Dia tanya aku tak jawab. Anak lelaki tanya ketika dia nak pergi pasar malam pun aku tak layan. "Mak nak makan apa? Adik nak pi pasar malam ni?" aku buat-buat tak dengar dan terus layan drama cina dalam Telegram. Drama sedih dan aku sedang mengesat air mata ketika dia tanya aku. Sebenarnya, akhir-akhir ini semua drama membosankan. Plot cerita yang sama tapi situasi aku sekarang ni pun bosan juga sebab tak ada orang nak diajak berbual jadi terpaksa juga la aku layan. Hari ini ada drama baru masuk, aku muat turun episod pertama dan episod akhir. Plot story yang sama saja macam drama yang aku pernah tonton sebelum ini. Bosan! Aku padam dan layan game. Aku muat turun pulak perbagai game. Sama saja, bosan jugak. Akhirnya, aku update status dalam WhatsApp.. Aku nak sihat, dan aku teringin nak pergi bercuti. Yang penting aku nak keluar dari rumah ni🤪 Sejam kemudian aku buka kembali status tersebut. Ada 5 view termasuk Rahman. Yess! Tapi, dia faham ka maksud aku tu? Aku yakin dia tak faham. Aku dah plan, kumpul duit dan keluar rumah. Aku nak cari kebebasan dan hidup sendiri. Aku mula berangan, aku bawa diri dan sewa rumah jauh dari sini. Aku nak sewa rumah berdekatan dengan dusun buah. Hari-hari boleh makan buah dengan harga yang sangat murah. Sesekali tuan dusun buah sedekahkan buah yang banyak untuk aku. Bahagianya kalau dapat makan buah tembikai setiap hari, buah betik, durian, naga dan semua jenis buah. Rahman dah tak mahu beli buah durian sebab dia ada tekanan darah tinggi dan dia makan ubat. Setiap kali layan media sosial, tengok buah durian pasti aku kecur liur. Hanya mampu telan air liur sajalah. Tapi, dia pernah belikan aku durian crepe masa hari ulangtahun kelahiran anak lelaki kami tahun lepas. Tapi, itulah, tak puaslah makan durian crepe. Selalunya buah durian, manggis dan rambutan ada adik ipar bagi setiap kali musim buah tiba. Beberapa tahun ni tak ada rezeki pula nak merasa. Rahman bukannya tak beli, cuma dia kerap beli buah limau, betik, pisang dan adakalanya buah-buah yang aku pesan saja. Durian? Pesan pun tak pernah dapat sekarang ni. Dulu pun dia tak pernah beli. Ada orang bagi, adalah rezeki kami. Aku pernah tanya, kenapa dia jarang beli durian atau tak mau beli durian? "Durian panas." "Teringin la nak makan durian." Dia diam tak berkutik. Aku hanya menahan rasa dan telan liur. Tak ada rezeki. Bisikku dalam hati. Part 22 Oh dunia ini Penuh kepalsuan Oh mungkinkah tiada keikhlasan Apakah ini suatu pembalasan Ku sedar kebesaranmu Tuhan... Aku bagai seorang Kembara jalanan Terumbang - ambing Di lautan gelora Mencari kebahagiaan Dahan untuk menumpang kasih Mungkinkah suratan Hidupkan selalu keseorangan Hati membeku... Baru nak tarik chorus, aku pusing belakang. Pak cik guard tengok kami sambil tersenyum. Suara aku terus hilang dan aku serahkan mikrofon pada kak Zai di sebelah. Malunya Ya Allah, ini kali pertama aku berkaraoke, itu pun dipujuk kawan-kawan serumah. Aku sengaja pilih lagu Janji Manismu sebab liriknya begitu menarik bagiku. Hanya kerana aku pernah crush pada seseorang yang bukan milikku, lirik lagu Janji Manisku membuatkan aku dibuai perasaan sayu namun aku pasrah pada yang Esa. Antara aku dan crush tu memang tak ada jodoh pun. "Sedaplah Nina hang nyanyi." kak Zai memujiku. "Haih, jangan nak buat lawaklah kak Zai." "Betul, tanya depa." aku menoleh pada yang lain. Ira mengangguk laju, kak Ema dan kak Irma mengangkat ibu jari. Kini tiba giliran kak Ema pula memilih lagu. Kak Ema memilih lagu rancak dan yang pastinya suara kak Ema sangat merdu, macam telan kaset. Dia tak kisah pun dengan pak cik guard yang masih memerhatikan kami dari belakang. Tabik pada kak Ema, relax saja dia menyanyi tanpa rasa malu atau mengelabah. Mungkin dia memang kaki karaoke ni? Seorang demi seorang bergilir-gilir menyanyi dan masa kami hanya sejam saja. Bila tiba giliran orang lain, kami pun keluar dan kami mendengar nyanyian mereka di luar bilik karaoke melalui sound yang dipasang di luar bilik karaoke. Alamak! Satu taman boleh dengar rupa-rupanya. Ingatkan bilik kedap suara. Kihkihkih..kes niaya. Hari ini di asrama kami diadakan jamuan dan pertandingan karaoke. Kak Ema ambil bahagian menyanyi. Kak Ema ni orangnya kecil molek, putih gebu dan free hair. Dia suka pakai gaun pendek dan semua gaun dia cantik. Dia asal orang Kedah tapi pernah kerja di Kuala Lumpur. Stail dia berpakaian pun stail orang bandar. Selepas rakan sebilikku berkahwin, kak Ema tinggal di bilik kami dan tidur di katil atasku. Dalam satu bilik ada 4 orang dan berkongsi katil dua tingkat. Satu hari tu aku tertengok kak Ema sedang mencium gambar tunangnya walaupun dia baru lepas 'bergayut' dengan tunangnya di telefon. Aku kelu memerhatikan gelagat kak Ema, namun lepas kejadian tu, aku tak boleh langsung tengok kak Ema, mesti bergetar tubuhku menahan ketawa. Kak Ema pula tak pernah melepaskan peluang memberi hadiah sepit ketam ( cubitan) ditubuhku. Kak Ema menang tempat pertama menyanyikan lagu yang dinyanyikannya ketika di bilik karaoke. Bukan sekadar menyanyi, kak Ema juga menari sekali. Rancak lagu yang dinyanyikan kak Ema ditambah dengan gaun paras lutut warna ungu. Orang kecil, bila pakai gaun paras lutut, dengan kulit putih gebu, nampak iras budak sekolah walaupun umurnya sudah 20-an. Tak macam aku, umur baru 18 tahun, selalunya baju kurung yang tersarung di tubuhku dan tudung pula ala-ala mak cik. Anak-anak muda 20 ke atas atau 30an pun ada yang memanggilku kakak. Pelajar sekolah jangan tanya, pernah aku naik bas dengan pelajar sekolah menengah "Mak cik, tolong tekan loceng sat." mak cik mereka panggil aku. Sekali tu aku naik teksi dengan mak cik yang aku rasa umurnya 50-an tapi masih bergaya lagi, aku pula baru 20-an..dia suruh aku masuk dulu, katanya "Kak masuk dulu, saya nak turun dekat saja." Aku senyum saja, bila terjadi kejadian macam ni aku hanya mampu pasrah saja. Biarlah nampak tua daripada umur, asalkan aku tutup aurat mengikut syariat. Aku pujuk hati sendiri. Redha itu perlu. Part 23 Takdir hidup aku ni kalau aku tak cerita, siapa pun takkan pernah menduga, aku bukan sekadar menjadi mangsa buli Farid dan abang Sudin. Aku juga pernah dibuli oleh rakan sekelas masa darjah satu dan darjah dua. Dia budak lelaki yang duduk di meja sebelahku. Tak tahu apa salahku, dia suka cubit aku walaupun aku tidak pernah melawan atau membalas kembali. Sepupu abang Sudin, jiran sebelah rumah pun selalu buli aku. Almaklumlah, aku ni sapa buli pun, aku menangis saja, melawan tak berani. Lagi lawan lagi teruklah aku kena. Aku lemah, mereka kuat. Kamaliah, sepupu abang Sudin tu garang, jangan dibuat main dengan dia. Kawan-kawan sekelas gelar dia Singa Betina. Aku tak berani gelar dia apa-apa pun, baru usik dia sikit, aku dah kena tampar. Menangis lagilah aku. Budak lelaki yang selalu cubit aku tu, sekarang ni dapat isteri pun garang, orang kata tapi lawalah. Anak-anak dia pun handsome. Dengan dia aku tak tahulah macam mana. Aku pun dengar orang cerita isterinya garang, harap-harap anak dia bukan pembuli macam ayah mereka. Masa sekolah menengah, aku ada seorang kawan baik tinggal sekampung juga, tapi baik-baik dia pun suka sangat hina aku. Ada seorang kakak aku pernah jadi orang gaji di rumah kakak dia seorang doktor. Bak kata, aku ni bagi dia hanya adik kepada orang gaji kakak dia saja. Keluarga dia ada tanah sawah berelung di depan dan di belakang rumah mereka. Dia pula anak bongsu. Masa aku pergi sekolah jalan kaki, dia dihantar dan diambil ayahnya. Masa sekolah menengah, dia naik motor ke sekolah. Aku masih jalan kaki ke sekolah, tak ada kemajuan langsung hidup aku ini. Bila kahwin, aku kahwin dengan Rahman yang hanya kerja kampung. Dia pula kahwin dengan pegawai kerajaan. Suaminya pernah pergi berkursus di Korea dan Jepun. Banyak sangat perbezaan antara kami berdua walaupun berkawan baik. Tak hairanlah kalau dia selalu puji diri sendiri dan selalu bandingkan aku dengan dia. Aku ni tak ada apa untuk dibanggakan pun. Masa sekolah menengah, memang aku selalu rasa rendah diri. Persatuan apa pun aku tak pernah sertai. Pasukan beruniform? Hanya mampu tengok pelajar lain saja berkawad. Seronok dengar Kamaliah cerita perkhemahan pengakap yang dia sertai. Aku ni teringin, tapi tak mampu. Jangan sebutlah apa pun, pasti jawapan yang aku dapat "Tak ada duit." Aku nak kata apa lagi? Redha itu perlu! Tak perlu kata apa-apa! Habis SPM, aku kerja kilang. Di kilang aku jumpa semua jenis orang. Salah seorangnya bekas pelajar sekolah Juvana. Dia ditangkap basah bersama teman lelaki ketika umurnya 15 tahun. Kak Adila tinggal dengan nenek. Mak ayahnya dah bercerai dan masing-masing kahwin lain. Anak-anak yang terbiar ni akan hidup bebas sesuka hati. Cerita kak Adila, tak ada siapa pun keluarganya tahu dia kena tangkap khalwat dan dihantar ke sekolah Juvana. Seorang lagi kak Yat yang selalu berpakaian seksi pergi kerja. Tubuhnya sedikit berisi dan bajunya sentiasa ketat dan skirt singkat atas lutut. Dia anak orang kaya, namun hidup dia pun tak bahagia. "Mama, papa kak Yat orang bisnes. Nak duit banyak mana pun depa boleh bagi. Kak Yat kerja bukan sebab nak cari duit. Kawan-kawan kak Yat yang baik dengan kak Yat, semuanya pernah pinjam duit dengan kak Yat." "Kak Yat berapa beradik?" "Kak Yat dua beradik ja. Abang kak Yat lagi teruk daripada kak Yat. Dia bukan saja ambik dadah, arak, perempuan, semua dia layan." Astaghfirullah Hal Azim. Untungnya aku jadi orang miskin, sekurang-kurangnya, aku hanya tak berduit saja. Aku kerja ni pun sebab nak bayar hutang yuran SPM yang terpaksa hutang dari PIBG sekolah. Rm150 pun abang Sudin tak mampu bayarkan. Di mana ayahku masa tu? Dia tak pernah peduli pun dengan kesusahan aku. Bukannya dia tak kerja. Dia tukang rumah, takkan tak pernah dapat upah? Aku ingat lagi, suatu hari tu ayah pergi kutip hutang rm770 dan ayahku berkata pada anak orang yang telah hutang padanya. "Takpa, 70 tu sedekah kat arwah ja la." rm70 dia boleh sedekah pada arwah tapi padaku tujuh sen pun dia tak hulur. Pernah tak dia terfikir nak belikan aku basikal untuk ke sekolah? Tak pernah rasanya. Yang pernahnya, aku curi basikal Farid bila dia bangun lewat. Aku pun ada rasa letih berjalan kaki ke sekolah namun aku tiada pilihan. Yang hairannya, belikan basikal untuk Farid, mereka mampu pula. Nak bayar yuran SPM untuk aku pun tak mampu. Aku tak boleh salahkan mereka. Alhamdulillah, mereka telah berjaya membesarkan aku, sekolahkan aku sampai tingkatan lima. Jasa mereka lebih besar berbanding ayah yang mengaku ayah tapi langsung tak bertanggungjawab sebagai ayah. Aku ni sedari kecil diuji. Aku berkawan dengan semua orang. Aku kawan dengan India, India Kristian, Lesbian dan paling tak tahan daulat, ada salah seorang kawan aku ni pernah ajak aku pergi kelab malam. Syukur, sebab aku tak pernah terpengaruh. Kak Zainah, rakan satu asrama tapi di block yang berlainan pernah bercerita denganku.. "Geli tau Na, tengok depa peluk cium dalam bilik." "Sapa dia, Kak Nah?" "Kak Atie dengan kawan sebilik kak Nah la." "Awat depa buat lagu tu?" "Hang tak tau lagi ka, depa tu lesbian?" "Tak tau pun." Pernah terjadi dalam pergaduhan di rumah sebelah mengunakan pisau, puncanya teman lesbian cemburu sebab teman wanitanya tetiba ada teman lelaki. Ada juga rakan lain yang couple perempuan sesama perempuan, tapi aku tak pasti lesbian atau tak. Mereka berdua ni ada sejarah silam dan anti lelaki. Salah seorangnya hampir diperkosa oleh bapa tiri. Seorang lagi mangsa perceraian dan bencikan ayahnya kaki pukul. Couple ni memang sangat comel, putih gebu dan wajah mereka tiada sebarang cela. Kulit putih kemerah-merahan tapi free hair sebab mereka ni masih dalam kekeliruan antara jantina mereka. Kadang-kadang, aku pun keliru, lesbian ni anti lelaki tapi kenapa perlu menjadi tomboy dan berpakaian seperti lelaki? Part 24 2023, Segalanya di luar kemampuanku. Aku tak mampu untuk terus bertahan menjadi insan yang mendengar kata. Andai dulu aku mampu berdiam diri, kini tidak lagi. Walaupun aku masih ragu-ragu untuk bertindak, aku masih mengharapkan restu dari Allah. Seminggu berlalu selepas aku menjadi 'bisu' tanpa suara, tanpa kemesraan seperti selalu. Pokok terung panjangku pun sudah mengeluarkan bunga dan buah namun aku masih terus mogok suara. Jangan bermain dengan api, kalau takut terbakar diri. Aku ingatkan diri sendiri. Rahman tu ramai orang sokong dia, andai terjadi sesuatu antara kami, yang bakal dikecam adalah aku. Haruskah aku teruskan sikapku ini? Sampai bila aku akan bertahan? Hati aku yang terbakar, kini dah semakin dingin, hanya belum cair sepenuhnya lagi. Rahman pula tak berusaha untuk memujuk. Aku tunggu juga, andai dia pujuk aku. Kihkih.. Aku nekad, kalau dia belikan aku durian, aku akan layan dia semula. Aku nak makan durian saja. Bolehkah macam tu? Semahal duriankah harga diriku? Durian king atau durian kahwin saja? Kemarin, anak saudaranya hantar kari ikan tenggiri tapi tak ada siapa pun yang keluar ambil. Dia tinggal di luar pintu, pagi ni Rahman baru jumpa bekas kari ikan tenggiri tu, itu pun dah basi. Sambal belacan dan kari udang, Rahman masukkan dalam peti ais, kobis goreng pun masih dalam peti ais tak terusik. Tengahari tadi Rahman buat rendang ayam guna rendang segera, dia hanya panaskan saja. Memang aku rasa hati ni nak beralah tengok keadaan mereka yang tak terurus tu. Ada niat nak mengalah tapi hati masih keras lagi. Haruskah aku teruskan perang dingin ini? Rahman bukanlah jahat mana pun. Dia alim dan warak. Selepas kahwin dia berusaha khatam Al-Quran. Walaupun bacaannya merangkak pada mulanya, dia terus membaca sampai khatam 30 juzuk. Sekarang dia belajar tajwid. Kesalahan Rahman terhadapku hanya pada kata-katanya. Ego Rahman setinggi langit. Dia rasa dia baik sebaik malaikat. Setiap kali dia buat salah, dia tak pernah mengaku. "Abang tak tutup ayaq ka?" "Haih, saya tutup la. Orang lain kot." "Kita dua orang ja ada, kalau bukan abang, sapa lagi?" "Sumpah aih, saya tutup." Aku malas nak bertengkar dengan dia, aku pun terus diam. Aku paling tak suka kalau dia bersumpah, lebih-lebih lagi kalau dia bersumpah nak junjung Al-Quran. Aku trauma dengar. Aku ni kalau bercakap, orang nak percaya, silakan. Tak mau percaya, ikut suka hatilah. Yang pastinya, nak percaya atau tak, aku tak rugi pun. Nak suruh aku bersumpah atau suruh junjung Al-Quran memang aku takkan buat. Aku ni kalau tak suka, aku cakap tak suka. Kalau tak sedap aku akan kata tak sedap. Aku takkan menipu untuk ambil hati orang. Tapi, itulah, ramai orang tak suka orang jujur macam aku ni. Zaman sekarang, orang hanya nak dengar yang manis lemak bersantan saja, walaupun mereka tahu yang manis dan lemak itu penyakit. Mereka tak nak terima yang pahit walaupun ubat semuanya pahit dan pahit itu adalah penawar. Penyakit diabetes terpaksa pantang makanan manis tapi, mereka pun hanya nak dengar perkataan manis saja. "Kaki pak cik terpaksa kami potong." tunggulah, lepas tu mesti pak cik hilang dari hospital. Pak su aku dulu pernah lari dari hospital sebab doktor nak potong kaki dia. Bila orang suruh berpantang, dia degil. Semua benda dia nak makan. Kena tahan di wad, selalu dia cabut lari. Ramai orang yang disuruh berpantang namun pantang ada makanan di depan mata mesti dia nak ngap. Itulah perumpamaannya. Aku masih berfikir lagi ni, haruskah aku beralah saja? Atau aku teruskan perang dingin ini? Part 25 Aku bosan. Aku on kembali akaun tiktok yang dah lama berhabuk. Tak boleh on akaun baru yang dah ramai pengikut sebab aku terlupa kata laluan. Aku on tiktok guna nombor telefon bimbit dan gmail, yang naik adalah akaun lama yang baru ada beberapa belas orang pengikut. Dalam keadaan aku stress hampir depression, yang masuk dalam FYP tiktok aku ialah pos-pos mental breakdown. Aku baca satu persatu, aku dengar dengan teliti setiap pesanan dan kata-kata. Aku mula terpengaruh dan turut kongsi pos yang sama tapi aku edit semula ikut cara dan perasaanku. Aku mula seronok meluahkan perasaan dalam tiktok tanpa peduli siapa pengikutku. Dalam masa seminggu, pengikutku mula bertambah. Pada awalnya, aku ingat nak padam semua laman sosial. Aku nak sisihkan diri daripada semua orang. Aku nak bersendirian. Namun, sungguh aku tak mampu. Aku tak boleh terus memendam. Aku harus luahkan walaupun melalui tulisan dan lagu. Menjadi suri rumah sepenuh masa yang sakit tenat tapi hanya diri sendiri saja yang tahu, sangat melelahkan. Sungguh! Aku sedang tenat. Buktinya, setiap kali bersama suami aku akan rasa sakit. Aku mengadu padanya tapi dia buat sambil lewa saja. Akhir-akhir ini aku alami kekejangan perut ketika bersama, aku mengadu tapi dia tetap meminta haknya sebagai seorang suami. Lama-kelamaan, kesannya semakin menghantui fikiranku. Ketika selesai melakukan, aku jadi sebak tanpa dapat dikawal. Aku menangis tersedu-sedan tanpa tahu sebabnya. Sakit? Ya, tapi taklah teruk sangat hingga membuatkan aku menangis. Masalahnya, perkara tu buat aku keliru. Rahman tengok aku menangis tapi dia tetap meminta setiap kali keinginannya memuncak. Walaupun dalam keadaan stress, aku tetap melayan kehendaknya. Tak tahu kenapa, aku jadi lembut hati setiap kali dirayu. Perasaan sayang dan cintaku mungkin masih menebal padanya walaupun hatiku sedang retak seribu. Allahu Akhbar, aku tak ada siapa nak aku luahkan perasaan ini. Hanya pada laman maya tiktok sahaja tempat aku mengadu selain diriMu. Aku letih Ya Allah. Penat sangat! Aku ingin mati tapi masa belum mengizinkan aku pergi dari dunia ini. Aku ingin lari tapi ke mana arah tujuanku dengan keadaanku yang sangat tenat ini? Orang nampak aku sihat. Sebenarnya, dalaman aku sakit. Bukan saja hatiku yang sudah hancur malahan seluruh tubuhku sakit-sakit. Akhir-akhir ini aku selalu dapat luka-luka ditubuh. Aku tertusuk besi di paha, aku biarkan. Aku kena kuali panas, bekas tin panas, aku biarkan. Sakit, tapi kesakitan tu sudah tidak memberi apa-apa kesan padaku. "Hai, jiwa raga, senyumlah, setiap kali kau rasa sakit." aku kata pada diriku sendiri dan seperti orang gila, aku akan tersenyum setiap kali rasa sakit. "Relax, sakit di dunia ni belum apa-apa. Sakit yang paling sakit adalah lepas kau mati. Are you ready?" Allahu Akhbar, aku meraung di dalam hati. Bagaimana ni Ya Allah. Hidup atas dunia pun sakit, mati lagi sakit? Aku letih tapi aku harus bagaimana? Aku terus merintih di dalam hati. "Tenanglah. Istighfar dan ingat Allah selalu." aku masih berdialog dalaman. "Allah, sentiasa ada dalam hati dan mindaku, cuma aku bukanlah hamba yang terpilih." apa kau merepek ni? Aku memarahi diriku lagi. "Ya, aku bukanlah hamba yang terpilih untuk melakukan amalan dengan sekusyuknya. Aku lemah dan kurang amal ibadat. Aku.." Sudah, cukup sudah, kau membebel. Kalau dah tau kurang, lebihkan! Allahu Akhbar, hanya kau yang mengerti perasaanku saat ini. Sedangkan diriku sendiri sedang mempertikaikan diriku sendiri. Seteruk inikah minda dan jiwaku sekarang? Part 26 Hari ini kenduri di rumah Hanisah. Dia akan berkahwin dengan lelaki pilihan hatinya yang bekerja dengan KTM sebagai pemandu? Entahlah, aku tak pasti bakal suaminya kerja apa. Hanisah adalah salah seorang sahabat baik aku tapi baiknya dia bila dia tak ada kawan saja. Aku ni hanya digunakan bila dia perlukan aku. Sungguh, aku tak rasa dia anggap aku kawan baik sebab dia selalu pandang rendah pada aku. Apa saja yang aku buat dia akan remehkan. Satu tabiat Hanisah ni dia suka puji diri sendiri dan suka puji keluarganya. Mereka orang berada, tak pernah hidup susah dan mungkin juga tak pernah ada kesempitan duit. Hanisah dengan aku bagai langit dengan bumi. Memandangkan aku sedang berbadan dua, jadi aku pakai saja apa yang muat ditubuhku. Sejak kecil memang aku tak pernah jaga penampilan. Yang penting aku tutup aurat ikut syariat. Apa yang aku tak pernah dengar? Semuanya sudah. Ada gaya mak cik, ada gaya orang yang sudah berumur melebihi umurku sendiri. Tahun ni aku baru berumur 22 tahun. Pernah gugur anak pertama dan aku sedang mengandung anak kedua yang baru berusia 4 bulan. Sejak mengandung ni badan aku semakin kembang, berat 45kg kini sudah bertambah 55kg, baju semua dah tak muat. Bila Hanisah kahwin, aku belum ada baju untuk ibu mengandung. Hanya ada sepasang baju kurung saja yang muat ditubuhku. "Pakai kain batik ja." macam biasalah, Hanisah berkata sambil tersenyum menyindir. Aku diam tak berkutik. Dalam hati aku bermonolog sendiri. "Baju ni ja yang ada ceq oii.." aku malas nak membalas kata-katanya. Memang sudah hobi dia suka pandang rendah pada aku sejak dulu lagi. Andai semua baju padan ditubuhku, sudah pasti kebaya putih masa majlis akad nikahku dulu yang aku pakai. Baju kebaya putih bersulam bunga warna merah susu tu aku tempah khas dengan duit gaji aku sendiri. Itulah baju yang paling mahal yang aku ada. Sayangnya, baju itulah yang paling tak muat untuk dipakai. Hanya baju kurung kain kosong berwarna ungu dan kain batik susun. Memang baju ni sepasang. Dan kain batik tu pun bukannya kain batik biasa. Kain batik panjang yang aku beli daripada seorang kawan yang tinggal di Terengganu. Dalam asrama kami ada pekerja yang datang dari Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Johor, Perak dan paling ramai adalah orang Kedah termasuk aku. Penghuni rumah keluar dan masuk silih berganti. Aku baik ja dengan semua orang. Aku juga punya sepasang baju sutera dan tudung kain sutera. Ada juga baju batik dari Terengganu. Duit sendiri, buat apa nak simpan, masa kerjalah nak beli semua barang yang kita nak. Tapi, sejujurnya duit aku lebih banyak habis dengan novel dan majalah. Memang minat aku hanya itu saja. Aku minat membaca. "Laki mak su tak lawa pun. Hitam." aku kembali ke alam reality bila mendengar kata-kata salah seorang anak saudara Hanisah. Aku tersenyum lucu. "Amboi mulut, boh cabai baru tau." Hanisah membalas dan aku berimaginasi lagi. Ketika aku berkahwin, semua orang puji Rahman tu handsome. Adik beradik aku jauh dan dekat semua kata Rahman tu handsome. Antara aku dan Hanisah, kalau bab suami, aku menang sakan. Sebabnya, suami Hanisah gelap dan gemuk. Dia dulu ramai pak we dan semuanya handsome dan putih. Namun, jodoh dia menjadi lepas bercinta ketika dia bersekolah di sekolah swasta masa di tingkatan enam. Hanisah dengan emak dia, lebih kurang saja suka merendahkan aku. Bukan nak kata, mak dia jahat mulut. Taklah, mak Hanisah baik orangnya. Cuma, dia suka melawak ikut sedap mulut. "Kupas nenas pun tak gheti, tu pun gatai nak menikah." masa aku baru lepas kahwin, aku pergi kenduri rumah sepupu ayah aku yang merupakan jiran mereka. Emak Hanisah berkata begitu padaku. Ingin saja aku membalas kata-kata emaknya itu. "Hanisah lagi gatai, dia tingkatan satu lagi dah ada marka. Lepas tu tingkatan 4, 5 orang lain pulak jadi marka dia. Marka bertukar ganti. Masuk tingkatan 6, tukar marka lagi. Ramai gila marka dia. Gatai-gatai saya pun mak lang, nikah pun orang yang kira. Bercinta pun tak pernah." Tapi, ayat-ayat tu hanya bergema dalam hatiku. Tak pernah aku nak luahkan pada sesiapa pun terutama di tempat kenduri yang ramai orang. Aku tak pernah buka aib sesiapa pun. Aib orang biar aku simpan, moga aib aku juga Allah akan jaga sampai aku mati. "Tak ada baju lain dah ka nak pakai?" Hanisah buka topik baju lagi. "Aku mengandung 4 bulankan, mana ada baju yang padan. Lain la hang orang kaya. Baju berlambak dalam almari." aku menjawab selamba saja. Hati tersentap tapi aku tak tunjuk pun. Aku diam lagi dan mendengar suami Hanisah yang sedang ijab kabul di luar bilik. Tiga kali lafaz ijab dan kabul barulah sah Hanisah sebagai seorang isteri. Selepas doa dibacakan, suami Hanisah masuk ke bilik untuk membatalkan air sembahyang. Seutas rantai tangan dipakaikan. Dahi Hanisah dikucup lembut. Aku hanya memerhati saja. Ketika datang tadi tak terfikir pun nak bawa kamera dan snap gambar Hanisah kahwin. Dan aku pun tak terfikir nak ambil gambar bersama Hanisah di hari berbahagianya ini. Entahlah..nama saja aku kawan baiknya tapi aku tak rasa pun sebaik mana. Masa terus berlalu dan Hanisah sudah mempunyai 4 orang anak. Dua orang anak perempuan dan dua orang anak lelaki. Aku, masih seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki angkat. Selepas kahwin, banyak kali juga Hanisah datang ke rumah kami di hari raya bersama suami dan anak-anaknya. Kali terakhir bersama emaknya. Sekadar singgah dan berbual-bual kosong. "Hang memang dok di kampung ka la ni? Dengar kata anak-anak hang pun sekolah di sini?" "Haa..laki aku pi kursus di korea. Tahun lepas dia pi Jepun." "Uih, mesti pandai speakingkan?" "Boleh la.." "Dia gheja apa wei?" "Pegawai.." "Oh.." Aku terasa kecil kembali. Tak mengapalah. Rahman memang tak pandai speaking omputih ni tapi, Alhamdulillah Rahman rajin baca Quran hingga khatam 30 juzuk. Rahman memang tak pernah pergi Jepun dan Korea tapi Alhamdulillah, Rahman selalu pergi masjid. Aku pujuk diriku dalam hati. Ya, sampai ke mati pun, kalau bab harta dan kebendaan aku tetap kalah dengan Hanisah. Aku hanya perlu Redha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.