Aku menulis bukan kerana nama.Aku menulis kerana IMPIAN DAN HARAPAN.Aku menulis sekadar untuk berkongsi idea di minda.Aku menulis kerana ingin menjadikan imaginasi sebuah reality.Aku menulis kerana aku ingin menjadi seseorang yang mengunakan minda dan berkongsi apa yang aku rasa,apa yang aku lalui dan apa yang aku tahu untuk semua.Inilah aku dan hasil mindaku,andai ada yang tak bertepatan dengan kehendak anda maafkanlah aku.
Isnin, 9 September 2024
Aku Sedar Diriku Umpama Kaca Retak Seribu Bab 2
Part 6
Aku baru sampai di Bukit Mertajam. Macam biasa bas kilang membawa kami ke Bukit Mertajam dan ke Butterworth pada hari Sabtu dan Ahad.
Selalunya drebar bas Pak Long Hashim akan menurunkan kami di seberang sana jejantas keretapi tapi hari ini Pak Long Hashim turunkan kami di Pekan Bukit Mertajam kerana nak mengisi minyak katanya.
Kawan-kawan serumah yang lain semua menuju ke mesim ATM MayBank sedangkan aku terus melangkah laju ke arah stesen bas BM-SP kerana menyangka Rahman sudah menungguku di sana.
Asyik berjalan, aku terasa ada seseorang mengikutiku di belakang. Aku menoleh perlahan dan Rahman sedang tersenyum lebar padaku.
"Ingat nak gempaq." katanya sambil tersenyum.
"Awat, mai dari mana?" aku menyoal sangsi.
"Bas berhenti kat stesen minyak, nasib baik nampak Na turun bas kilang taksat. Tu yang abang ikut dari belakang."
"Naik bas mana?" aku bertanya Rahman lagi yang nampak lebih handsome daripada sebelumnya. Hari ini Rahman mengenakan T-Shirt putih lengan panjang dengan seluar jeans. Nampak santai tapi cukup mengoda di mataku.
"SP - BM.." Rahman menjawab balas.
"Laa, dok naik bas tu, tak pernah lagi berhenti selain kat stesen dia."
"Tu la, nasib baik nampak Na turun bas, kalau dak jenuh jugak cari stesen bas."
Aku mengangguk dan iyakan saja. Ini kali pertama dia datang ambil aku di Bukit Mertajam walaupun dengan menaiki bas.
Lepas tu kami menuju ke Stesen bas pula untuk ke Sungai Petani. Lama jugalah menanti, lebih kurang sejam lamanya kami bertolak ke Sungai Petani.
Hari ini boleh dikatakan aku dan Rahman ada kesempatan untuk berbual lama. Jarak dari Bukit Mertajam ke kampung kami bukannya dekat. Kalau ambil jalan jauh kami terpaksa naik turun 3 buah bas. Kalau jalan bawah, cukuplah dua buah bas.
Namun, hari ini Rahman ajak aku naik teksi saja. Sampai di stesen bas tadi aku dah beli sebuah majalah kesukaanku. Majalah Mingguan Wanita.
"Suka dak lelaki ada bulu dada?" ketika di dalam teksi, tak semena-mena Rahman menyoal aku dengan soalan begitu sambil menunjuk pada gambar cover muka depan majalah Mingguan Wanita tersebut.
"Penting ka bulu dada ni?" aku soal Rahman kembali.
" Kot la suka."
"Entahlah. Tak tau nak jawab." tak pernah terfikir pula tentang bulu dada seorang lelaki. Tahun ni aku baru berusia 19 tahun, umur Rahman pula 27 tahun. Aku rasa, usia 19 tahun tu masih remaja lagi, sedangkan Rahman sudah muda belia dan banyak pengalaman.
Teringat pula pada kata-kata Rahman pada pertemuan pertama kami dulu " Orang kata, perempuan kalau bulu romanya lebat, nafsunya kuat." masa tu aku jadi malu sendiri. Kenapa topik itu yang harus dibincangkan? Boleh jem otak untuk memberi respon, melainkan lidah terus menjadi kelu.
Aku juga salah seorang wanita yang mempunyai bulu roma lebat. Aku juga mempunyai kening yang lebat. Tak perlu pakai celak, keningku sudah terlukis indah. Dan, aku juga mempunyai rambut yang tebal. Itulah kelebihanku. Bila Rahman terlihat bulu roma di lenganku tanpa sengaja ketika lengan baju kurungku terselak sedikit, soalan itu yang diajukannya.
Aku belum cukup ilmu untuk menjawab soalan tu. Mungkin inilah perbezaan antara lelaki dan wanita?
Part 7
2023, langit tak selalunya cerah. Selepas 28 tahun perkahwinan aku dan Rahman, banyak sangat pahit dan manis yang kami harungi.
Rahman baik dan sangat baik seperti yang dikatakan. Sayangnya, kebaikan tu hanya di mata semua orang, sedangkan aku berendam air mata sejak malam pertama perkahwinan kami lagi.
Sehari sebelum akad nikah, aku sudah tersentap hati dengan kata-kata Rahman. Kata-katanya mungkin biasa baginya tapi tidak bagiku.
Bila difikirkan semula, adakah aku yang terlalu sensitif selama ini?
Aku balik mengadu pada seorang kakakku yang turut hadir pada majlis pernikahan kami " Hang tak takut dia cancel nikah dengan hang ka adik Na?" itu kata-kata kakak Rosilah lepas aku mengadu tak bertegur sapa dengan Rahman lepas aku tersentap hati dengannya.
Permulaan yang sangat kecil, hanya sekecil kuman tapi entah kenapa aku sangat terasa hati.
Hantaran belanja kahwinku hanyalah
Rm 2,800 dan mas kahwin hanya Rm86.88.
Rm2,000 aku beri pada kak Aini untuk buat kenduri. Rm700 aku terpaksa membeli barang kemas. Aku sebenarnya alergik dengan barang kemas. Kulit aku akan jadi gatal-gatal kalau pakai. Tapi, kalau tak beli orang akan kutuk.
Aku ingat lagi, lepas aku dan kak Aini beli barang kemas yang tak seberapa tu, ada orang kampung datang bertandang, nak tengok barang kemas.
Apa yang pelik sangat peel orang kampung ni? Mereka punya sibuk, barang kemas orang pun mereka nak tengok. Hailah, masa tu aku pun keliru, patutlah kak Aini selalu paksa aku beli barang kemas bila aku selalu menghabiskan duit gaji aku dengan novel dan kain baju.
Aku pula sudah tak berduit sebab aku berhenti kerja secara kecemasan sebelum mendapat gaji. Duit aku licin terus bila kami membeli belah barang hantaran. Semuanya guna duit Rahman.
Sebab aku tak berduit langsung, aku jadi sensitif.
"Takpa, pi mai, pi mai, semua barang ni nak bagi kat abang jugak." itu ayat dia yang buat aku terasa hati.
Kenapa ayat itu kedengarannya sangat menyentap tangkai hatiku?
Kami dah berhabis duit sebelum ni sebab bershoping barang hantaran di Bukit Mertajam. Sehari sebelum akad nikah, kami bershoping lagi di Alor Setar dalam keadaan aku tak berduit langsung.
Serius, aku terasa seperti disindir kerana aku tak berduit. Aku berhenti kerja terburu-buru tanpa memikirkan keadaan yang bakal aku hadap saat ini.
Lepas kahwin aku tersentap lagi pada malam pertama. Rahman suamiku terlalu percaya dengan adat dan kata-kata orang tua. Banyak sangat pantang larangnya.
Dua malam kami tidur bersama di rumah kak Aini aku masih anak dara. Yang menyakitkan hati, pagi kedua kami tidur bersama, kak Aini paksa aku mandi junub, sedangkan kami belum melakukan apa-apa.
Bila diingat kembali, terasa lawaknya tapi lawak yang menyakitkan. Kak Aini bukan sebarangan. Dia kaki mengintai dan suka prasangka. Dia juga kaki gosip seantero dunia.
Aku pernah menegur kak Aini, jangan selalu cerita keburukan orang lain. Selamba kak Aini menjawab " Aku cerita hat betul."
Kak Aini masih belum dapat membezakan antara fitnah dan mengumpat. Ya, yang tak betul itu fitnah. Yang betul itu mengumpat.
Masalahnya sekarang adalah Rahman. Aku termenangis kerana aku tersalah sangka padanya tapi aku lupa Rahman seorang penurut yang mendengar kata orang lain bukan isterinya.
Dua puluh lapan tahun bersama, aku banyak berendam air mata. Aku pendam perasaan dan banyak silent mod.
Rahman baik, dia seorang suami yang setia, seorang ayah yang pernyayang dan bertanggungjawab. Tak pernah lagi dia buat tak baik padaku.
Yang tak baiknya sebab dia tak pernah sedar, banyak kata-katanya yang lembut gemalai itu telah menguris hatiku ibarat sebilah pisau belati yang tajam beracun.
Hatiku mati berkali-kali kerana kata-kata Rahman. Dia boleh bercerita tentang apa saja padaku, sebaliknya bila aku mula bercerita meluahkan rasa dan perasaan, kata-kataku dicantas. Ayat-ayatku dipersendakan, seolah-olah perasaanku tiada harga baginya.
Perasaanku ibarat tiada nilai. Hanyalah sekeping kaca yang telah pecah berderai. Dicantum takkan elok kembali.
p/s : Cerpen ni banyak flash back dan the present..ini sebuah cerpen tentang perasaan seorang wanita suri rumah yang sensitif hatinya. Seorang suri rumah yang memendam dalam diam. Dia ingat, dia sudah memaafkan tapi masa lampau terus membunuh hatinya tanpa henti dan hatinya telah mati berjuta kali. Yang tinggal hanya jasad yang menunggu masa untuk gugur..
part 8
Terima kasih ku ucap kepadamu
Kerana sudi menyayangi diriku
Semoga kita bersama dan setia
Aku bersyukur pada Tuhan Yang Esa
Kerana dia yang menemukan kita
Semoga kita mendapat rahmat dariNya
Hidup bahagia
Oh kasih
Indahnya ku rasakan
Sewaktu engkau ada bersama di sisiku
Indahnya cintamu
Biarpun apa yang terjadi
Relaku tempuh..
Ketika kami sedang berdating di tingkat dua bangunan kedai makan tepi sungai stesen bas Sungai Petani, lagu Terima Kasih Segalanya dendangan kumpulan Lestari sedang berkumandang.
Inilah port kami dating setiap kali kami bertemu. Tak ada tempat kami nak pergi. Selain kedai makan di gerai bawah, tingkat kedua ini menjadi lokasi paling strategik.
Di tingkat dua ni tak ramai orang lalu lalang, kami boleh berbual santai apa saja topik yang kami mahu.
"Na balik bila pulak? Bila boleh jumpa lagi?" soalan Rahman padaku sambil merenung wajahku.
Aku menoleh seketika ke arahnya, kemudian aku menunduk dan memandang ke bawah bangunan, melihat orang-orang yang sedang makan di kedai makan tepi sungai.
"Best lagu tu. Terima kasih segalanya." aku komen pasal lagu yang sedang berkumandang.
"Hurm..best. Bila boleh jumpa lagi?"
"Nanti calling-calling la. Sy nak cakap pun payah. Cuti memanglah dua hari seminggu. Kadang-kadang ja kalau ada barang banyak, ada OT hari sabtu."
"Ok, nanti abang telefon."
Aku hilang idea lagi, mataku ralit memerhatikan panorama di depan mata. Lagu yang berkumandang dari bawah bertukar lagi. Aku layan saja lagu apa yang dinyanyikan. Sesekali bibir aku mengukir senyum bila ada kata-kata dj radio yang kedengarannya mengeletek hati.
"Kalau dapat anak nanti, abang harap ikut muka Na, hidung tinggi, kening lebat.."
Aku yang asyik dengan suasana di bawah bangunan, menoleh ke arah Rahman. Rupa-rupanya dia sedang merenung aku bila aku pula asyik menyibukkan diri dengan panorama alam dan suara-suara radio.
"Mix blood, muka abang dan muka saya, sebab bukan terjadi dengan satu gen. Genetik abang, genetik saya." aku bersuara datar. Jujur sangat, aku tak suka bincang topik anak. Aku malu.
"Na suka anak lelaki atau perempuan?"
"Dua-dua pun suka. Anak tu anugerah Allah. Mana boleh pilih-pilih."
"Kalau diberi pilihan, anak sulung nanti, Na nak anak lelaki atau perempuan?"
"Lelaki boleh, perempuan pun boleh, asalkan sihat walafiat dan sempurna sifatnya. Alhamdulillah."
"Kalau dapat anak cacat macam mana?"
"Alhamdulillah, anak syurga tu. Redha ja la."
"Untung abang dapat Nina. Nanti mesti Nina jadi seorang isteri yang sangat menyenangkan hati abang."
"Tengok jugaklah keadaan, abang baik In sya Allah saya akan jadi seribu kali baik. Abang jahat pun In sya Allah, saya akan jadi sejuta kali jahat, sebab saya ni pendendam."
"Janganlah berdendam. Tak baik tau." suara Rahman semakin kendur. Wajah yang ceria tadi bertukar sedikit mendung.
" Saya tak gheti nak menipu. Orang layan saya baik, In sya Allah saya akan balas kebaikan tu tapi sekali hati saya tersakiti, tak tau la apa yang akan berlaku? Mungkin, dia juga akan tersakiti macam saya?" aku menguji hati Rahman lagi. Lama dia berjeda. Aku mengulum senyum.
Selama ni aku dibesarkan oleh kak Aini dan abang Sudin. Setakat hari ini memang tiga orang anak-anak kak Aini pernah menerima cubitan dari jari jemariku.
Farid dan Farizan anak sulung dan anak kedua kak Aini menerima cubitan ketika mereka sedang tidur. Saat masih kanak-kanak, aku terpaksa tidur dengan Farid yang umurnya tua setahun daripadaku.
Dia tidur lasak dan kakinya selalu naik atas badanku. Geram sangat dan aku selalu cubit dia setiap kali kakinya menyinggah di atas tubuhku.
Lepas masuk sekolah menengah, kak Aini suruh aku tidur pula dengan Farizan yang muda banyak tahun daripadaku. Dia pun tidur lasak dan aku selalu terjaga bila kakinya menyinggah di atas tubuhku. Hasilnya cubitan sepit ketam yang bukan dibuat-buat. Aku cubit sekuat hati.
Anak ketiga kak Aini lahir ketika aku sekolah menengah. Hari-hari kena jaga Siti Farida dan dia kuat melalak. Aku pujuk tak juga henti menangis. Aku cubit dia sekuat hati. Daripada menangis tak sakit, baik menangis sebab sakit. Untungkan, dapat emak saudara macam aku. Kihkih..
Hidup ini tak selalunya indah. Aku ni jenis terlalu jujur. Tak pandai nak mengata di belakang. Tak pandai nak putar belitkan cerita.
Aku sensitif dan kuat merajuk namun aku tak suka dipujuk. Aku lebih suka memujuk diri sendiri sebab aku dah terbiasa.
Andai ada orang ingin memujuk pasti rajukku akan bersambung lagi. Kenapa begitu? Aku lebih rasa terguris bila orang yang menyakiti dengan mudah kemudian cuba berbaik kembali dengan ayat-ayat pujukan yang entah ikhlas atau pun tidak?
Berburuk sangkakah aku? Entahlah...yang pastinya jangan memujuk kalau nak hatiku cepat sejuk.
Part 9
Aku dan kehidupanku ada turun naiknya. Orang semua ingat aku bahagia termasuk diriku sendiri.
Ya, aku bahagia tapi bukan setiap hari. Adakalanya, aku menjadi sebak tak semena. Aku menangis sepuas hati. Masa silam menjadikan aku manusia yang sangat mudah terguris.
Zaman kecilku, tak boleh mendengar nama ayahku. Baru ditanya tentang ayah, tentang emak dan adik beradikku yang ramai itu sudah buat aku sebak. Air mata mula bergenang.
Aku kekurangan kasih sayang, aku menumpang kasih dengan keluarga kak Aini. Aku dijadikan anak angkat tapi aku dibuli tanpa mereka sedar.
Setiap kali merajuk, aku akan menangis di bawah katilku sampai bengkak mata. Aku tak bahagia di rumah ini. Aku lebih banyak menangis daripada ketawa tapi aku tetap kena teruskan kehidupan.
Aku teringin nak lari dari rumah, tapi aku tak tahu ke mana hala tujuku? Ayah sendiri membuang kami dalam hidupnya. Dia tak mahu membesarkan kami.
Kalau ada anak-anak perempuan yang nak nikah, ayah hanya membawa diri sebagai wali. Itu saja tugas ayah yang dia tahu.
Di sini pun ayah sering dikutuk. Aku selalu terdengar mereka mengutuk ayahku. Mereka tu siapa? Sudah pastinya saudara mara abang Sudin.
Manusia atas dunia ni tak pernah untuk merenung silap sendiri, yang mereka peduli hanya silap dan kesalahan orang lain.
Aku pula dibesarkan dalam rumah yang suka mencari salah orang. Kak Aini selalu bercerita tentang keburukan orang lain. Abang Sudin pula selalu mencari-cari kesalahan aku.
Bila abang Sudin jumpa rambut dalam makanan, dia kata rambut aku. Ada rahmatnya mungkin aku dituduh begitu. Allah tahu apa yang aku perlukan. Mungkin sebab aku tinggal dengan abang ipar, Allah suruh aku tutup aurat.
Umur 12 tahun aku pakai penutup rambut dalam rumah sebab geram dengan abang Sudin, seolah-olah hanya aku seorang saja yang ada rambut. Orang lain semuanya botak.
Bila musim kemarau tiba, air paip tak naik dan semua orang kampung terpaksa berjaga malam untuk menahan air pukul 2-3 pagi.
Abang Sudin pernah marah aku sebab tak temankan kak Aini berjaga malam. Suatu malam tu jiran abang Sudin pulang dari laut awal pagi. Masa tu pukul 3 pagi. Bila dia tengok kak Aini sedang menahan air seorang diri, dia goyangkan pokok pisang bertujuan mengusik kak Aini.
Ketika tu kak Aini sedang sarat mengandung anak ke empat. Dalam keadaan sarat tu, kak Aini berlari sambil meraung sebab terkejut pokok pisang tetiba bergoyang dan ada bayang hitam disebaliknya.
Gempar malam tu dengan suara kak Aini dan aku turut terjaga. Hairannya, aku pula yang dimarahi abang Sudin.
"Na la..awat hang tak teman kak hang?" aku pula yang salah. Tugas dia sebagai suami untuk apa? Aku bengang bila dipersalahkan. Mulut sudah herot menahan tangis tapi aku cuba kuatkan hati.
Keesokannya, jiran abang Sudin buka cerita, dia yang goyang pokok pisang tu. Aku memendam perasaan sakit hati di dalam.
Selain Farid yang kuat membuli, abang Sudin juga turut membuli aku. Niatnya mungkin nak bergurau? Namun, hati wanita yang sensitif dan kekurangan kasih sayang seperti aku, tak boleh terima gurauan seperti itu.
Perasaanku terdera. Yang aku perlukan adalah, sokongan, perhatian dan kasih sayang. Mereka tak mampu beri aku duit, aku boleh terima tapi perasaan aku yang ketandusan kasih sayang ni, tolonglah hargai..
Part 10
2023, aku buat perangai lagi. Kali ni lebih teruk daripada sebelumnya. Kesnya hanya sebesar kuman.
Aku sakit, kali terakhir keluar wad tahun 2012. Aku keguguran anak pertama. Tiga bulan kemudian, aku mengandung lagi. Empat bulan kandungan aku turun darah tapi tak banyak, baru keluar cairan darah yang seakan kehitaman.
Mentua aku panggil bidan dan kandungan kali ini selamat. Aku melahirkan anak perempuan seberat 2.9kg. Wajahnya comel dan sangat mirip wajah Rahman. Kakinya panjang, pasti tinggi juga seperti Rahman.
Umur anak kami 5 tahun aku mengandung lagi namun aku gugur terus. Kali terakhir aku keguguran 3 tahun berturut-turut.
Hujung tahun 2010, aku gugur anak ke-10, awal tahun 2011 aku gugur anak ke-11 dan awal tahun 2012, aku gugur anak ke-12.
Orang kampung nampak, kami hanya ada seorang anak tapi kenyataannya, aku dah gugur 11 kali. Macam mana tak sakit, kalau asyik masuk wad dan yang paling parah, mental aku yang semakin sakit.
Aku kemurungan dan depression tapi siapa yang tahu keadaan aku sekarang ni? Semua orang kata aku hanya tahu berkurung dalam rumah, tak suka campur dengan masyarakat sekeliling. Mereka nampak aku sihat, masih boleh keluar berkebun dan tanam pokok.
Mereka tak nampak mental aku yang sarat dengan bebanan perasaan. Aku tak kerja, aku tak ada kawan, tak ada saudara mara, tak ada adik beradik dan yang pastinya tak ada emak dan ayah.
Rahman bukan teman yang boleh diajak berbincang hal peribadi. Rahman bukan teman yang boleh dikongsi rahsia hati. Jiwaku memberontak tapi Rahman masih tidak mengerti tentang kesakitan yang aku tanggung.
"Penatlah. Buat kerja ni tak boleh, kerja nu tak boleh. Baru buat kerja sikit, dada rasa stuck, macam ada batu yang menekan. Jantung macam dupdap, dupdap, rasa berdebar-debar sangat."
"Sama la, saya pun sakit habis. Kaki bukannya larat dah, ni kaki kiri ni start motor pun tak boleh dah." respon Rahman buat aku terdiam.
Penat aku mengadu merayu simpati tapi dia hanya respon dengan sakitnya pula.
"Abang beli apa tadi?" aku menukar topik. Aku membuka tudung saji dan membelek masakan yang dibelinya. Acar belimbing buluh dan bubur nasi.
Akhir-akhir ni memang aku tak selera makan dan tak larat nak masak. Dengan keadaan tubuh yang tak berapa sihat ni, segalanya yang aku rasa tak sedap dilidahku. Perut asyik mual dan rasa nak muntah. Aku macam orang alahan mengandung tapi boleh makan semua jenis buah. Hanya makanan tertentu saja yang lidahku tolak.
"Untung berlipat kali ganda depa juai. Buah belimbing ja ada, kurma sebiji, bawang apa pun takdak. Berapa ringgit tu sebungkus?" aku tanya sambil menoleh ke arah Rahman. Muka dia berubah kelat.
Aku faham sangat, dalam rumah ni memang aku tak dibenarkan komplin apa-apa. Tugasku hanya perlu diam!
"Lima ringgit. Tak mau makan tak apa, orang lain boleh makan. Bla, bla, bla.."
Aku tak dengar dah apa ayat seterusnya. Hati aku sebal. Aku tak tahu kenapa, darah aku membuak-buak saat ini.
Sebenarnya, semalaman aku sudah menangis sebab mengenangkan dirinya yang asyik back up orang luar berbanding aku isterinya. Aku tak boleh komplin apa pun pasal orang lain. Dia akan back up orang tu.
Bila dia balik bergosip dan aku back up dia, eh..boleh dia berpatah arah dan back up pula orang yang dia umpat sebentar tadi.
Aku nampak di sini, akulah yang bersalah. Akulah si pesalah itu, bukannya dia.
Aku letih, fikiran aku penat. Setiap kali itulah yang terjadi. Aku cuba berbicara dan cuba bertahan. Aku kuatkan jiwa. Setiap kali juga, bila hati aku sejuk, aku kembali bersifat normal dan melakukan tugas harian aku seperti memasak, berkebun, mengemas rumah dan sebagainya.
Kali ini takkan lagi. Aku nekad, tak nak buat apa. Lapar aku cari makan. Tak ada makanan, aku masak hanya untuk diri aku sendiri. Lepas makan aku tinggalkan pinggan mangkuk, gelas dalam singki.
Periuk belanga semua aku biarkan. Sampah sarap aku biarkan. Bak kata aku berubah 100%. Kalau sebelum ni, bila silent mod, aku tetap memasak, mengemaskan singki, keluar berkebun dan sebagainya. Sekarang tak lagi.
Aku hanya jadi patung bernyawa dalam rumah ini. Untuk apa aku masak, sedangkan masakan orang luar lebih dipuji daripada masakan aku. Untuk apa aku bercakap, sedangkan kata-kata aku langsung tak terkesan di hati mereka.
Diam, adalah jalan penyelesaian termudah. Aku sudah letih menjadi kuli dan bos dalam rumah ini. Sekarang aku hanya nak menjadi bos! No more kuli!
Part 11
Aku tak sangka, Rahman bukan calang-calang orangnya. Masa mudanya dia seorang rockers dan berambut panjang.
Rahman suka Search, Wing, Ella dan ramai lagi artis. Yang paling aku tak sangka Rahman boleh menyanyi dan bermain gitar tong.
Dia tunjukkan poskad yang dibalas oleh Ella & The Boys. Dia pernah hantar surat pada Ella sebagai seorang peminat.
Selain gitar tong, Rahman juga boleh bermain harmonika. Dia juga pernah belajar lagu dan pernah merakam lagu dalam kaset.
Suara nyanyiannya, aku dengar daripada kaset yang dirakam. Suaranya mirip suara Thomas Arya bila menyanyikan lagu Merayu.
Sungguh aku tak sangka, lelaki yang aku kahwini mempunyai bakat bermain muzik, menyanyi dan juga melukis poster. Patutlah tulisannya cantik.
"Dulu kawan - kawan abang suruh lukis poster di belakang T -Shirt." dia bercerita dengan rasa bangga.
"Sekarang lukis lagi tak?" aku bertanya penuh sangsi. Iya ka?
"Dah lama tak lukis."
"Boleh main gitar tu tak?" aku tunjuk gitar tong yang tersandar di dinding.
"Boleh, tapi dah lupa not dah. Lama dah tak petik. Sibuk kerja, tak ada masa dah nak layan gitar ni." sambil berkata dia bangun dan mengambil gitar. Aku memerhatikan saja gelagatnya. Di dinding bilik ada gambarnya ketika usia 20-an yang berambut panjang.
Gambar tu belum memakai cermin mata. Rambutnya kerinting dan wajahnya cukup handsome. Rambutnya memang kerinting semulajadi tapi masa tu memang trend kerinting rambut depan. Dia pun buat juga.
" Nak lagu apa?" dia tanya sambil merenung aku dengan bibir terukir senyuman lebar.
" Spring, Sampai Hati." aku sebut tajuk lagu kegemaranku. Spring salah satu band muzik yang aku suka. Sampai Hati adalah lagu yang ditulis lirik dan digubah oleh Mama Juwie. Aku ada juga novel Sampai Hati yang ditulis oleh Mama Juwie.
"Isabella, boleh?"
"Alaa..Sampai Hati la." aku merayu sambil melentokkan kepala di bahunya.
Dia mula memetik gitar mengikut iramanya. Aku mendengar dengan teliti, walaupun aku tak berapa tahu tentang not lagu dan sebagainya.
"Boleh terra ni?" dia tanya dan aku angguk. Masa ni hati aku kembang setaman dan rasa bangga dapat suami yang pandai petik gitar.
"Na pernah karaoke dak?"
"Pernah, tapi sekali ja. Di asrama kami memang ada bilik karaoke, sekali tu ikut kawan- kawan serumah pi karaoke, masa tengah syok nyanyi, pak cik guard masuk. Berhenti teruih. Malu giler, lupa pula sound karaoke tu memang boleh dengar satu taman."
"Nyanyi lagu apa?"
"Janji Manismu."
"Cuba nyanyi."
"Haih, tak kuasa. Hujan nanti, tak pasal-pasal dipersalahkan. Abang la nyanyi."
"Abang takut kemarau setahun ja." sambil berkata dia ketawa. Aku turut tersenyum, namun kemudiannya dia mengeluarkan kaset dan memasukkan ke dalam tempat kaset dan menekan play.
Tahukah engkau
Betapa ku menyanjungimu
Tahukah engkau
Semua cinta tercurah padamu
Biar bumi membelah dua
Namun sayangku takkan berubah
Bukan rayuan
Semua terucap dari hatiku
Hanya dirimu
Selalu menjadi bunga tidurku
Jangan biarkan ku menunggu
Hadirlah kasih aku merayu
Jangan biarkan ku menunggu
Hadirlah kasih aku merayu
Andainya kau dapat ku miliki
Tak mungkin lagi ku lepaskan
Kaulah penghuni relung hatiku
Sayang dan cintaku untukmu
Berjanji diriku pada cintamu
Sumpah demi langit dan bumi
Dirimu akan ku jaga selalu
Sampai akhir batas waktuku
Dirimu akan ku jaga selalu
Sampai akhir batas waktuku
Bukan rayuan
Semua terucap dari hatiku
Hanya dirimu
Selalu menjadi bunga tidurku
Jangan biarkan ku menunggu
Hadirlah kasih aku merayu
Jangan biarkan ku menunggu
Hadirlah kasih aku merayu
Andainya kau dapat ku miliki
Tak mungkin lagi ku lepaskan
Kaulah penghuni relung hatiku
Sayang dan cintaku untukmu
Berjanji diriku pada cintamu
Sumpah demi langit dan bumi
Dirimu akan ku jaga selalu
Sampai akhir batas waktuku
Dirimu akan ku jaga selalu
Sampai akhir batas waktuku
"Sapa penyanyi lagu ni?"
"Abang la.."
"Perasan!"
"Betul! Suara abang tu."
"Tipu la tapi macam perasan ada suara hujan."
"Memang pun, abang rakam tengah hujan. Takut orang dengar, malu."
"Malu pulak."
Part 12
Malam pertama yang mendebarkan tapi menyakiti hati. Aku tunggu dia sampai pukul 12 malam tapi akhirnya aku ambil keputusan untuk tidur saja tanpa dia di sisi.
Mata tak mahu lena. Terkebil-kebil walaupun keletihan siang tadi masih terasa.
Aku mula mengimbas kembali tetamu-tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan kami. Memang ramai saudara mara, adik beradikku yang sudah lama tidak bertemu juga turut hadir.
Paling mengharukan, bekas-bekas rakan sekerja juga hadir untuk memeriahkan hari berbahagia kami. Ada empat orang rakan satu line yang datang. Kak Zaini, Kak Piah, Ila dan Nita.
Manakala rakan serumah pula, kak Maya, Kak Vi, kak Wan, kak Ima, kak Zai dan Ira.
Kami bergambar sakan namun bila mereka nak makan terpaksa aku serahkan tugas melayan mereka pada jiran sebelah rumah. Takkanlah aku nak turun makan bersama mereka. Menunggu pengantin lelaki datang pun sudah terlalu mendebarkan hati.
Aku ingat lagi bila pengantin lelaki datang. Aku turun tanpa ditemani oleh sesiapa pun. Tiada pengapit, yang kedengaran hanya siulan nakal pemuda-pemuda kampung mengusik Rahman.
Aku pula masih terkial-kial di depan tangga, hinggalah salah seorang tetamu iaitu adik ipar abang Sudin yang datang dari Pahang datang membantu aku untuk menjemput pengantin lelaki.
Kami disandingkan serba sederhana di depan orang ramai. Tiada pelamin, hanya dua kerusi yang diletakkan di tepi halaman di depan rumah jiran sebelah.
Rumah sebelah ni rumah mak abang Sudin yang kini penghuninya adalah keluarga kak sulung abang Sudin yang hanya mempunyai tiga orang anak.
Masa kami akad nikah dulu, kenduri buat di rumah sebelah. Bilik pengantin pinjam bilik anak saudara abang Sudin yang telah berkahwin. Cadar pun pinjam cadar dia.
Hari ini pun sama, segala perhiasan bilik termasuk cadar pengantin berwarna kuning pinjam pada kak Fauziah, anak saudara abang Sudin.
Solekan pun sepupu abang Sudin yang tolong solek sekadar yang perlu. Aku tak nak solek tebal sangat. Solekan ala-ala natural saja.
Kemarin majlis perkahwinan salah seorang kakak aku di Alor Setar. Aku juga pergi, masa nak balik, aku jumpa Rahman di pekan. Dia ajak aku pergi ambil baju yang dia dah sewa.
Baju kebaya merah susu kain songket yang aku pakai hari ini Rahman yang sewa walaupun kenduri di sebelah kami. Aku mana ada duit dah, nak sewa itu dan ini.
Dapat duit pusaka rm1,000 pun aku serahkan pada kak Aini untuk buat kenduri. Sebenarnya bukan diserahkan. Kak Aini terima daripada abangku dan dia ambil buat kenduri. Aku terpaksa pasrah saja. Dalam hal ini aku memang tiada hak untuk merungut atau sebagainya.
"Na ada di atas, pi la naik." ketika asyik mengimbas kejadian siang tadi, aku terdengar suara kak Aini di bawah. Kemudian ada suara derapan kaki memijak tangga naik ke atas disusuli bunyi pintu bilik dikuak dari luar.
Aku pejamkan mata, berpura-pura sudah lena. Terasa katil diduduki orang, jantung sudah bergetar hebat.
"Tidur dah ka?" terasa bahuku disentuh perlahan. Dupdap, dupdap, jantungku berlari marathon.
Aku terpaksa buka mata dan berpusing. Rahman tersenyum. Aku mengelabah tapi cuba juga mengawal perasaan.
"Ramai adik beradik mai, dok layan depa dulu. Depa balik baru boleh mai sini. Depa kata, nak tidur baru boleh mai, tak boleh mai awai-awai." Rahman mula bercerita, aku hanya mendengar.
Dia merebahkan diri di sebelahku dan berpusing mengadapku. Dapat ku lihat dia juga sedang mengelabah. Kami berdua malu-malu untuk memulakan perbualan dan sebagainya. Gugup, kekok, itu yang aku rasa saat ini.
Bukan aku saja, aku tengok Rahman pun gugup lebih teruk daripada aku.
"Orang kata, kalau baru kahwin, nak naik tangga kena pijak tepi, tadi abang lupa, abang pijak tengah-tengah. Abang tak boleh jalankan tanggungjawab malam ni. Kita tunda boleh?" aku malu mendengar ayat dia. Sungguh aku malu dan terasa darah menyirap ke muka. Apa aku nak jawab? Takkan nak kata tak boleh. Angguk sajalah.
Dia tarik kepala aku dan cium dahi, kemudian cium pipi kiri. Aku dengar dia menarik nafas berat.
"Abang mengantuk, tidur dulu la ya. Na pun tidurlah." aku angguk lagi. Minda kosong untuk berkata-kata.
Rahman tetiba hulurkan tangan dan paut kepalaku. Kini aku berada dalam pelukannya dengan berbantalkan lengan sasanya. Berapa minit kemudian, aku dengar dengkuran halusnya.
Ya Allah, senangnya dia lelap. Aku ni sejak pukul 10 tadi masuk tidur, belum boleh pejam mata lagi pun.
Mahu atau tak, aku pun cuba juga pujuk mata sambil membalas pelukannya. Tidurlah mata. Jangan nak buat hal sangat. Esok kita bangun, buat macam biasa.
Part 13
Bangun pagi, Rahman balik ke rumahnya. Awal subuh lagi dia dah kejutkan aku sambil mengucup dahiku.
"Abang balik rumah dulu, malam ni abang mai lagi tidur di sini." dia memberitahu dan cium pipiku pula.
"Na pun mangkit la, dah subuh. Jangan sambung tidur pulak." aku senyum. Ingat boleh tidur lagi ka lepas dia keluar. Maunya, kena bising dengan kak Aini.
Esok kenduri sambut menantu di rumah mentuaku pula. Barang-barang khemah dan mangkuk pinggan kenduri dari rumah kak Aini akan di bawa ke rumah mentuaku pula.
Aku sambung melamun. Suami dah tak ada di sebelah, bolehlah aku bermalasan sekejap.
Ingatkan malam pertama tu indah. Semua orang cerita malam pertama adalah malam terindah. Tidak bagiku kerana aku masih dara lagi. Tiada apa - apa yang terjadi antara kami semalam. Kalau cerita pada orang pasti tiada siapa pun yang akan percaya. Aku masih mengekalkan kesucianku di malam pertama tidur bersama.
Masa merangkak pergi. Seharian hari ni aku hanya membantu kak Aini mengemas rumah. Masih ada lagi saudara mara di rumah kami. Kakak atas aku yang belum berkahwin dan mak tiriku pun masih ada.
Malam kedua, Rahman datang pukul 10 malam. Awal sikit datangnya dari malam pertama. Mula-mula kami berbual di luar bilik sambil membelek majalah-majalah Mingguan Wanita milikku. Sebahagian majalah Mingguan Wanita tu ada juga yang Rahman beli masa kami masih bertunang.
Bila malam semakin larut dan semua orang masuk tidur, barulah kami masuk ke dalam bilik.
"Malam ni kita tunda lagi ok. Abang rasa, abang tak boleh lagi la malam ni." Rahman berbisik perlahan. Aku angguk lagi namun hati mula mushkil.
Kami berbual santai itu dan ini. Rahman bercerita tentang saudara maranya yang ramai datang bertandang jauh dan dekat. Aku tak banyak cakap, hanya sesekali aku mencelah, menyoal itu dan ini. Bukannya aku kenal sangat pun saudara maranya.
Tap, tap, tap..terdengar derapan kaki di luar bilik. Kami saling berpandangan. Tetiba Rahman bertindak nakal dan menindih tubuhku dalam keadaan kami masih berpakaian lengkap. Dia buat sesuatu hingga katil bergoyang.
Bila dengar langkah menuruni tangga barulah Rahman turun. Aku keliru, tak faham tindakan Rahman.
"Kak Aini kot tu?" Rahman bertanya. Aku diam tak berkutik.
" Dia tutup suiz lampu ka?" Rahman menyoal lagi.
" Ya kot." aku menjawab selamba.
"Tidurlah, esok kita sambung sembang lain. Abang mengantuk ni. " dia berkata lagi sambil mendepangkan tangan dan merangkul aku. Macam semalam, lengannya dijadikan bantal tidurku.
Bila Rahman dah lena, aku terfikir sesuatu. Tadi aku perasan sesuatu yang aneh hingga buat aku sebak. Adakah Rahman tiada keupayaan tenaga batin? Aku mula berprasangka. Tak semena-mena aku jadi sebak.
"Pergi mandi dulu, takkan nak sembahyang tak mandi dulu?" bangun pagi Rahman mandi di sini dan bersedia untuk solat subuh. Semalam dia bawa pakaian persalinan.
"Laa..tak buat apa pun semalam. Mandi buat apa?" aku masih berkeras tak mahu mandi wajib. Kak Aini pula terus memaksa.
"Man mandi, pasai pa hang tak mau mandi? Hang jangan nak bohong, tak buat apa." keras sungguh hati kak Aini. Aku dah kata, takkan ada sesiapa pun yang percaya tak terjadi apa-apa antara kami.
"Orang kata dak, memang dak la!" aku kuatkan sikit suara.
"Mandi!!" lagi kuat juga suara kak Aini.
Haih! Aku bengang namun tetap bergerak naik ke bilik untuk ambil tuala dan baju persalinan dengan muka mencerut.
Sampai di atas, aku menjeling Rahman yang sedang menunggu aku di atas sejadah.
"Nak mandi dulu ka? Pi la mandi, takpa abang tunggu." sambil berkata aku dengar dia ketawa. Huhuuu...redha ja la.
Part 14
Dugaan ini takkan pernah habis selagi kita masih bernafas. Selama hidup ini segala rintangan aku hadap seorang diri. Bahagia aku kongsi tapi derita hatiku hanya Allah saja yang tahu. Kalau aku cerita pada seseorang pun, bukan semuanya aku cerita. Aku simpan sedikit sebagai senjata untuk pertahanan diriku sendiri.
Setiap kali aku bercerita, aku takut diriku dikhianati oleh orang yang aku percayai. Dalam hidup ini sudah banyak kali aku dikhianati. Manusia ni adakalanya, di depan kita pijak semut pun tak mati. Di belakang kita gajah pun dia tendang sampai mati.
Dulu aku pernah mempercayai seseorang dan bercerita padanya tentang masa silamku. Satu hari kami berselisih faham dan masa silamku terus diungkit. Aku trauma dan tak berani cerita apa-apa lagi padanya. Dia yang dianggap kawan rapat, tidak lagi menjadi rapat denganku.
Aku ada seorang jiran selepas aku dan suami berpindah rumah. Kami dapat rumah percuma bantuan orang kampung sebab suamiku tidak mampu. Jiran aku ini suka bercerita. Apa saja cerita dalam kampung ni, dia akan cerita.
Aku pernah baca kata-kata dalam media sosial, orang yang suka bercerita tentang orang lain pada kita, tak mustahil cerita kita pun akan diceritakan pada orang lain. Sungguh! Jiran aku salah seorangnya.
"Sihat ka Na?" suatu hari dia bertanya padaku bila melihat aku sedang menyapu di halaman.
"Tak larat dah, pinggang sakit macam nak patah dah ni." aku ni sentiasa jujur bila berkata-kata. Badan memang tak sihat. Dari kepala sampai kaki semua sakit. Namun masih ada kudrat untuk buat kerja secara perlahan.
"La..sakit pinggang ka." lepas tu dia berlalu. Aku meneruskan kerjaku menyapu halaman.
"Na habaq dia sakit pinggang, macam nak patah dah." di hadapan aku dia bercerita pada jiran depan rumahku.
"Man oii, Na habaq dia sakit pinggang, nak patah dah sapu sampah pun." dia bercerita pula pada Rahman yang kebetulan keluar rumah ikut pintu depan. Sambil bercerita, dia ketawa.
Aku bengang tapi tak mampu bersuara. Sejak hari tu, kalau aku buat kerja di luar rumah, dia bertanya itu dan ini, aku sudah jarang melayan dia. Sekadar berbasa basi agar tak dianggap sebagai jiran yang sombong.
Aku tak tahu pula Rahman macam mana. Setakat ni aku belum dengar lagi penyampai yang bercerita tentang Rahman padaku. Tapi, segala berita dalam kampung, Rahmanlah penyampainya.
Apa saja cerita yang dia tahu, dia akan balik cerita padaku. Setiap hari dia akan pergi melepak di rumah emaknya. Emak mentuaku pun suka bercerita apa saja cerita.
Dua tahun kami kahwin, kami tinggal dengan mentua. Ayah dan mak mentuaku memang suka bercerita. Adakalanya cerita zaman penjajahan Jepun. Cerita tentang zaman muda mudi mereka, cerita tentang awal perkahwinan mereka, cerita tentang anak-anak, cucu -cicit dan sebagainya.
Sesekali aku ke rumah kak Aini, dia juga bercerita tentang apa yang sampai ke telinganya. Aku tak perlu bertanya, cerita tetap sampai ke telingaku dengan perbagai versi.
Siapa mengumpat, memfitnah aku, pasti Allah sampaikan padaku melalui orang perantara. Kerana ada Allah untukku, jadi aku tak perlu jadi penyiasat persendirian.
Zaman semakin canggih, teknologi semakin moden. Walaupun berkurung dalam rumah 24jam namun semua berita hanya dihujung jari. Siapa nak kahwin, siapa dah mengandung, siapa dah meninggal, sekelip mata saja sampai ke pengetahuanku.
Aku tak join mana-mana group WhatsApp tapi andai Allah kata kau perlu tahu, pasti berita itu akan sampai ke telingaku.
Kenapa aku tak join semua group WhatsApp? Kerana aku 'sakit mental' orang sakit mental mana boleh dialu-alukan dalam mana-mana group WhatsApp. Orang sakit mental ni hanya sampah masyarakat.
Orang lain boleh menegur aku apa adanya, aku tegur orang, kau tunggu balasannya. Memang aku kena kecam teruk walaupun perkataanku bukan menghina atau memaki sesiapa.
Selalunya teguran aku biasa-biasa saja. Yang foward video aib orang, aku komen ja.."Aib orang biar habis takat kita ja, tak perlu viralkan pada orang lain." aku terus dapat ugutan.
"Aku jumpa hang diluar, aku debik hang." lepas tu ada pula orang yang tolong back up orang yang nak belasah aku tu.
Aku tegur kakak ipar dalam group family " Aurat tu dalam video, mana boleh share." lepas tu kakak aku mesej aku.
"Minta maaf pada kak Ina. Bla, bla.." aku kena ceramah free.
Tujuan aku tegur dalam group bukan untuk orang yang forward berita tu saja tapi untuk satu group supaya lepas ni tak ada lagi ahli group yang share video yang sama tapi mereka selalu anggap aku dah aibkan orang yang forward video tu. Mereka salah anggap niat baik aku.
Aku yang suka menegur ni tak semestinya tak pernah ditegur. Tak! Aku orang yang paling kerap ditegur. Contoh, suamiku Rahman. Sepanjang aku kahwin dengan dia, ceritalah apa pun, kadang-kadang belum habis lagi aku bercerita, dia dah cantas dan cari kesalahan aku dalam cerita tu.
Sampaikan satu tahap, aku rasa aku ni tak pernah betul di mata dia. Pernah pada suatu hari ada jiran menegurku bila aku sedang menyiram tanaman.
"Buang ja la pokok-pokok tu." aku suka pokok kerana pokok-pokok yang aku tanamlah mampu membuatkan aku tersenyum di kala jiwaku dilanda gundah.
Bila aku cerita pada Rahman " Gamak depa suruh saya buang pokok-pokok yang saya tanam."
"Ala..depa melawak ja."
Melawak? Aku tak suka gurauan yang macam tu. Aku tak minta tolong pun jiran-jiran aku siram pokok aku. Pokok aku ibarat nyawa aku. Mati pokok-pokok yang aku tanam pun boleh buat aku sedih. Sesedap hati saja mereka suruh aku buang. Paling sedih, ayat-ayat Rahman seolah-olah menyokong kata-kata mereka.
Ayat jiran aku terus terngiang-ngiang selama beberapa hari. Aku sakit hati dan bertambah sakit bila Rahman tak pernah memahami perasaan aku.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.