Aku menulis bukan kerana nama.Aku menulis kerana IMPIAN DAN HARAPAN.Aku menulis sekadar untuk berkongsi idea di minda.Aku menulis kerana ingin menjadikan imaginasi sebuah reality.Aku menulis kerana aku ingin menjadi seseorang yang mengunakan minda dan berkongsi apa yang aku rasa,apa yang aku lalui dan apa yang aku tahu untuk semua.Inilah aku dan hasil mindaku,andai ada yang tak bertepatan dengan kehendak anda maafkanlah aku.
Isnin, 9 September 2024
Nur Janatul Firdausi Bab 41
MALAM ini paling istimewa dalam hidup aku. Semuanya kali pertama sejak aku tinggal di sini dan malam ini kali pertama kak Rosilah bawa aku ke pesta di Alor Setar. Perasaan aku memang teruja habis. Seronok sangat tengok bermacam permainan yang ada. Aku teringin sangat nak masuk dalam rumah hantu. Aku ajak kak Rosilah masuk.
"Tak mau..bukannya ada hantu tapi orang yang jadi hantu dan gatai tangan." jawapan selamba kak Rosilah.
"Pasai pa?" aku sekadar ingin tahu.
"Hang tak takut kena raba?" kak Rosilah menyoal aku kembali. Lecehnya..
"Kita naik ndui pusing." kak Rosilah membuat keputusan sambil memandang ke arah buaian pusing yang besar di depan kami. Aku mengangguk setuju.
Kami membeli dua tiket dan mula beratur untuk menunggu giliran kami. Di depan kami ada kanak-kanak kecil. Kebanyakan orang datang bersama keluarga atau pasangan. Aku dan kak Rosilah datang berdua saja.
Bila sampai giliran kami, dua orang anak kecil disuruh masuk bersama kami untuk memenuhkan tempat duduk. Pembantu rumah mereka dan dua orang lagi adik beradik mereka sudah masuk terlebih dahulu. Lelaki yang mereka panggil papa hanya memandang saja anak-anaknya masuk bersama kami.
Aku dan kak Rosilah duduk bertentangan, seorang anak kecil tadi duduk di sebelah aku dan seorang lagi duduk di sebelah kak Rosilah.
"Aa..takut." anak kecil di sebelah aku memegang kuat lenganku sambil bersuara dan ketawa setelah buaian pusing semakin tinggi.
"Adik nama apa?" aku mula menyoal budak comel di sebelah aku.
"Fatin." dia menjawab malu-malu. Buaian pusing berhenti di tempat teratas sekali. Aku memerhati pemandangan sekeliling. Cantik sungguh bandar Alor Setar dengan lampu neon bergemerlapan dilihat dari atas buaian ini.
"Cantiknya.." aku berkata perlahan sambil tangan memeluk bahu Fatin di sebelahku. Bukan saja dia yang seram, aku juga turut rasa perasaan yang sama. Gerun berada di tempat tinggi seperti ini.
"Mai dengan sapa?" kak Rosilah pula yang menyoal.
"Dengan papa.." budak di sebelah kak Rosilah pula yang menjawab.
"Hat ni nama pa pulak?" kak Rosilah tanya lagi.
"Farisha.." dia menjawab ceria.
"Sapa kakak, sapa adik?" aku pula menyoal. Sifat ingin tahuku tak pernah surut. Alang-alang sudah bersama mereka, boleh juga beramah mesra.
"Kak Farisha.." Fatin yang menjawab.
"Rasa apa naik ni, takut dak?" aku tanya lagi.
"Takut..tapi best." Farisha yang menjawab dengan suaranya yang masih ceria seperti tadi.
"Fatin takut dak?" soalan diajukan kak Rosilah pula dan dia memandang wajah Fatin yang comel.
"Takut, tinggi sangat." Fatin menjawab dan jari jemarinya terus memegang tubuhku. Aku hanya mampu tersenyum dan ada satu rasa dalam hati. Rasa diri ini diperlukan dan rasa bahagia bila anak orang kaya di sebelahku ini mempercayai kami.
Masa kami sudah tamat dan pintu dibuka supaya kami turun. Dua orang adik comel mendapatkan keluarga mereka semula dan kami membawa haluan kami.
Suasana pesta cukup meriah dengan bunyi bising. Di atas pentas, sudah ada artis yang sedang membuat persembahan. Kami mengambil keputusan untuk mendengar saja suara artis itu menyanyi dari jauh. Depan pentas penuh sesak dan orang berpusu-pusu menuju ke arah pentas. Kami tidak mahu mengikut rentak orang ramai. Cukuplah sekadar melihat artis di dalam tv. Kami tidak berminat untuk melihat secara langsung.
"Kita pi makan dulu. Hang nak makan pa?" kak Rosilah menyoal bila fikiran aku mula melayang-layang entah ke mana.
"Ikutlah.." aku memberi jawapan selamba.
"Kita makan bihun sup dah noo?" kak Rosilah bersuara lagi. Aku mengangguk setuju. Kami berjalan menuju ke arah gerai yang menjual berbagai makanan. Mata aku terus meliar menyaksikan macam-macam pameran dan kerenah manusia. Sambil berjalan aku mengambil kesempatan, bukannya boleh datang selalu.
"Pi tang tu noo? Orang tak ramai tang tu." kak Rosilah sudah membuat keputusannya. Aku tak banyak kerenah. Masuk gerai mana pun, aku tak kisah. Bukannya aku tahu pun, masakan gerai mana yang paling sedap.
"Hang nak minum pa?" sebelum pekerja gerai datang bertanya, kak Rosilah tanya aku terlebih dahulu.
"Order pi apa pun." aku jawab selamba. Bukannya aku yang nak bayar. Aku ni apa pun, aku tak kisah.
"Ayaq laici takpa dak?" tak penat pula kak Rosilah ni, daripada tadi asyik menyoal itu dan ini. Aku angguk saja. Air laici pun sodap. Hati aku pula yang berkata.
"Minum apa kak?" seorang budak remaja lelaki datang menyoal kami. Ahh..budak remaja pun bolehlah, aku mana tahu umurnya berapa. Nampak macam budak sekolah saja.
"Bagi ayaq laici dua, bihun sup dua." kak Rosilah membuat pesanan.
KERJA diteruskan seperti biasa. Bangun awal pagi dan mengayuh basikal ke Simpang Empat. Hari ini kesabaran aku teruji bila aku disuruh berlatih melayan pelanggan. Aku mengambil pesanan seorang lelaki bermata keranjang, namun gelagatnya cukup menyakitkan hatiku.
"Nak minum apa?" aku menyoal pelanggan lelaki yang berbadan sedikit tegap di depan aku.
"#$%$%&.." tidak jelas perkataannya dipendengaranku. Matanya memandang ke arahku sambil tangan menongkat dagu dan menutup mulut.
"Hah? Nak minum apa?" aku tanya sekali lagi untuk kepastian.
"#%%&&-#@" macam tadi suaranya tidak jelas dipendengaranku. Aku mula keliru dan riak wajahku sudah berubah.
"Tak dengarlah.." akhirnya aku berterus terang.
"Pekak!" dia berkata sambil duduk menyandar di kerusi dan matanya terus memandang aku. Wajah aku berubah lagi mendengar kata-katanya. Aku terus putus asa untuk melayan pelanggan itu dan berlalu ke ruang belakang.
"Hang pi tanya pulak kak Ilah, tension betoi saya dengan orang tu. Order ayaq sambil tutup mulut. Orang kata tak dengar, dia kata orang pekak." aku mula membebel pada kak Rosilah yang sedang memasukkan laksa ke dalam mangkuk. Aku pula selepas berkata terus menuju ke singki untuk membasuh gelas dan pinggan. Layan pinggan mangkuk lagi best daripada layan manusia. Hati aku pula mengomel sambil tangan membuat kerja.
"Janna..hang pandai buka daun palas dak?" selesai mencuci, aku kembali masuk ke ruang depan. Mak Teh baru balik dengan barang-barang dapur yang penuh di tangan.
"Buka boleh la, tapi balut ketupat, tak gheti.." aku menjawab sambil tersengeh. Malas berfikir perkara yang baru terjadi tadi. Aku nekad, takkan masuk ke depan lagi walaupun disuruh melayan pelanggan. Serik dan trauma dengan gelagat pelanggan yang bermacam kerenah.
"Buka ja..lepas tu satgi hang besiang bawang merah, bawang putih..halia semua ni. Ada orang order ketupat dengan rendang, nak buat kenduri." aku mengangguk saja dan mengikut arahan.
Aku menarik kerusi dan duduk. Daun palas terus dibuka satu persatu dan bila ingin membentuknya menjadi ketupat, aku akan susun enam hingga tujuh helai daun. Tujuannya, supaya tak nampak banyak dan daun palas tak mudah kering.
"Hang pandai buka nohh.." Mak Teh yang memerhatikan aku buat kerja, mula memuji. Aku tersenyum kerana suka. Dalam hati mula menjawab. Pandai buat ketupat kosong saja Mak Teh, kalau buat ketupat ada isi, mesti jadi ketupat betina.
"Selalu dok tolong kak Nani buka daun ketupat setiap kali nak raya tapi bila time balut ketupat, tak berani buat..tak pernah jadi..semua jadi ketupat betina." aku bersuara juga secara lisan. Mak Teh ketawa dan mengangguk kepala.
"Tu kira pandai dah tu, susun sampai berlambak." Mak Teh memuji lagi. Kembang hatiku ini. Hilang sudah sakit hati tadi. Lupa terus hal tadi seperti dibawa angin lalu.
"Ilah tak gheti buka.." tiba-tiba nama kak Rosilah disebut Mak Teh. Kak Rosilah yang sedang berjalan untuk menghantar air pada pelanggan hanya tersenyum.
"Dia buka satu, satu.." Mak Teh berkata lagi.
"Tapi..dia boleh jugak la balut ketupat." Mak Teh terus menyambung kata. Boleh diharap juga tu. Kepakaran masing-masing tak sama.
Selesai membuka daun ketupat, aku mengambil pisau dan melakukan kerja yang lain pula. Banyak juga tempahannya ni kerana bahan-bahannya yang ada di depan aku pun banyak sangat. Bawang, merah, bawang putih, bawang besar, halia, serai, lengkuas dan ada juga sayur kobis.
"Bawang ni nak buat semua ka Mak Teh?" aku menyoal Mak Teh sambil tangan mula mengupas bawang satu persatu. Mata juga sudah mula pedih dan air mata sudah bergenang.
"Buat semua la, nak buat kenduri." Mak Teh menjawab dan memandang wajah aku sambil tersenyum.
"Jenuhla hang nak gheyau." aku terus tergelak mendengar kata-kata Mak Teh. Air mata sudah mengalir di pipi.
"Kena dera, kena dera.." aku berkata perlahan bila hidung juga turut berair. Ni memang betul-betul kejadian, bukan sekadar lakonan.
"Dera tak dera tak tau la. Kupaslah sampai habis." aku tertunduk mendengar kata-kata Mak Teh. Eh? Mak Teh dengar ka? Namun bibir tersenyum selepas itu. Ini baru betul, ketawa dalam tangis, eh..senyum dalam tangis.
Aku habiskan juga mengupas semua bawang walaupun mataku sudah merah kepedihan. Bukan tak biasa, cuma bawang kali ini lebih banyak daripada biasa. Habis semua bawang dikupas, aku mula memotong serai, halia dan lengkuas pula.
"Cabai kering ni sama, cabai melaka dengan cabai hidup tu pun hang perisi buang tangkai." Mak Teh mengeluarkan cabai pula dan memberi arahan lagi. Aku mengangguk saja. Tiada bantahan, memang dah kerja aku pun. Lebih baik buat kerja macam ni daripada disuruh layan pelanggan. Biarlah pedih mata, biarlah pijar dan panas tangan. Ini semua masalah kecil dan tidak menyakitkan hati pun.
"Kobis tu nak potong dak Mak Teh?" aku bertanya bila Mak Teh berjalan di sebelah mejaku. Bila aku disuruh buat kerja, kak Rosilah dan Mak Teh melayan pelanggan, memasak dan membuat air. Jadi, mereka akan lalu lalang di meja tempat aku duduk membuat kerja.
"Tak payahlah..tu sayur untuk masak esok." aku mengangguk faham. Cili kering dipotong kecil satu persatu. Hidung aku mula rasa tidak selesa bila cili kering tersebut mengeluarkan satu aroma yang membuatkan aku ingin terbersin. Namun, aku potong juga cili kering sampai habis. Selesai cili kering, aku ambil pula cili padi dan cili besar. Buang semua tangkainya dan masukkan ke dalam bekas.
"Nah, upah.." Mak Teh meletakkan segelas air tebu di atas meja kerjaku. Aku tersenyum sambil menarik gelas dan minum air tebu segar itu. Lega sungguh rasa ditekak bila aku meneguk air tebu berais itu.
"Satgi balik lajak pi rumah Mak Teh, sambung kerja..nanti Mak Teh bagilah bonus." Mak Teh berkata pada aku dan kak Rosilah. Kami saling berpandangan.
"Balik sembahyang Asar dulu kot. Lepas tu kami mai lain." kak Rosilah yang menjadi wakil dan menjawab. Aku macam biasa, hanya ikut perintah saja.
"Sapa order Mak Teh?" aku sekadar ingin tahu.
"Doktor klinik depan tu..order rendang masak tok daging dengan masak merah ayam. Ada orang lain order jugak, rendang dengan ketupat. Mak Teh nak suruh hampa pi besiang ayam dengan hiris daging, tolong goreng ayam sekali." aku tanya beberapa patah perkataan saja. Mak Teh beri jawapan lengkap. Patutlah banyak sangat.
"Doktor tu buat kenduri jugak ka?" lengkap dah Mak Teh jawab, aku tanya lagi.
"Mak dia dengan adik beradik dia mai kot. Dia mana dan nak masak. Hang banyak tanya ghini noh." aku terus tergelak. Sesekali bila minda berhubung, ada saja persoalan yang membelenggu diri.
"Doktor tu lawa, orang India tapi putih. Dia jadi bidan bersalin tapi dia sendiri tak berani kahwin sebab dia takut nak beranak." kak Rosilah berdiri di tepi mejaku sambil bercerita.
"Kak Ilah kenai ka?" aku bertanya sekadar inginkan kepastian.
"Kenai la..klinik dia depan tu saja. Kadang-kadang dia mai beli nasi kedai ni, sempat juga menyembang sambil dok bungkus nasi." kak Rosilah menjawab balas. Aku terus diam dan sambung membuat kerja. Mengutip semua kulit bawang dan segalanya masuk ke dalam plastik dan bangun untuk dibuang ke dalam tong sampah.
Aku mencuci tangan di singki dan membasuh lagi gelas dan pinggan yang baru diletakkan. Selesai mencuci, aku kembali ke meja aku tadi sambil mula melegakan urat saraf.
"Nah..upah lagi." Mak Teh meletakkan pula semangkuk bihun sup ayam di depanku. Aku perhati saja bihun sup tu sambil menghidu aromanya yang membuatkan perutku kembali mengelupur.
"Tengok apa? Makan la.." aku mengangguk lagi dan memandang Mak Teh yang sudah berlalu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.