Novel ni sambungan novel Nur Jannatul Firdausi tapi dengan tajuk dan nama watak-watak yang berbeza..kisah yang sama.. Aku bukan insan sempurna. Sejak kecil aku diuji dengan segala rintangan. Aku hadap semua ujian dengan memendam rasa. Sesekali aku silent mod dan mogok lapar. Dulu, kala hati disakiti hanya mogok lapar saja yang mampu aku lakukan. Aku tak berani bawa diri keluar dari rumah. Aku juga takut untuk bunuh diri, sekadar menghantukkan kepala di dinding setiap kali aku rasa jiwaku parah. Namun, aku masih tabah saat itu. Aku terus diam dan memendam segala perasaan amarah. Aku tak berani melawan, jauh sekali untuk mengamuk. " Naa..sapa boh ayaq hangat dalam jug ni?" aku dengar abang iparku menengking. Aku menoleh dalam keadaan fikiran yang kosong. "Apa la.." sambil berkata dia senyum tapi ayatnya macam menuding padaku. Di tangan abang Sudin ada jug yang airnya masih berasap. "Awat? Orang baru tuang taksat." kak Aini muncul dari belakang abang Sudin. "Aku basuh tangan, ingatkan Na boh ayaq dalam jug ni." abang Sudin berkata lagi sambil menoleh ke arahku. Eh, menuduh tanpa bukti. Air tu masih berasap lagi, basuh tangan buat apa? Nak tuduh orang pulak. "Takkan tak nampak, ayaq dok berasap lagi. " kak Aini meluahkan apa yang bersarang dalam hatiku. Kann..mata tu letak di kepala lutut agaknya. Sikit-sikit nak cari kesalahan aku. Tau la aku hanya menumpang di rumah ini. Note : Cerpen ni buat anak2 yg masih punya ibu. Anggaplah suri rumah depression ni ibu anda dan hargailah ibu anda selagi dia masih hidup. Part 1 Rintangan hidupku tak pernah berakhir. Aku ingat selepas aku kahwin, aku akan hidup bahagia bersama suami dan anak-anak. Bermulanya hidup baruku selepas diriku dilamar jiran sekampung. Orang kampung mula mengenali aku selepas aku menjadi pengapit pengantin jiran sebelah rumah. Dikala itu usiaku baru lapan belas tahun. Aku baru habis belajar dan sudah bekerja. Aku jarang keluar rumah dan orang kampung tak tahu kewujudan aku hinggalah aku menjadi pengapit kak Fauziah dan menemaninya hingga ke rumah mentuanya. Hairannya, lamaran masuk bertalu-talu dan kak Aini bertanyaku setiap kali ada lamaran baru. Aku tak berkenan semuanya, kecuali seorang lelaki yang bernama Azmi. Namun, aku masih tak berani bersuara. Jodohku, biar Allah yang tentukan. Hinggalah suatu hari ada seorang sepupu abang Sudin datang merisikku untuk jiran sebelah rumahnya iaitu Imam surau kampung kami. " Kalau tak ada apa-apa aral, memang kami nak lepas." sempoi saja ayat abang Sudin. Cuti seterusnya, aku balik kampung lagi. Kebetulan, ayahku datang ke rumah abang Sudin. " Na, ada orang tanya hang ni, nak dak?" ayah menyoal sambil merenung kepadaku. " Tak tau!" itu saja ayat yang mampu aku ungkapkan. Jiwaku kosong tak terisi. Dulu aku pernah crush pada seorang lelaki, tapi aku dapat tau, dia ramai teman wanita, jadi aku tak mahu ambil risiko dimadukan sebelum bergelar isterinya. Kejadian seterusnya, aku ditunangkan dengan anak imam surau kami. Keluarga mereka orang baik-baik dan aku kenal semua ahli keluarganya termasuk kakaknya yang sulung. Kakaknya yang sulung adalah adik ipar abang Sudin. Tak hairanlah, ketika rombongan melamar datang bertandang, hantaran tiga ribu pun mereka minta kurang lagi. Hantaran itu permintaanku sebenarnya. Jangan letak hantaran terlalu tinggi kerana aku takut dikutuk orang. Aku sedar diri, siapa aku ini tapi tak sangka rm3K pun masih minta kurang. Mungkin harga diriku terlalu murah di mata mereka? Aku redha saja kerana kebahagiaan bukan terletak pada wang ringgit. Aku pun bukannya orang kaya. Pendidikan hanya takat SPM masuk gaung, kerja pun hanya kerja kilang. Tapi, tunang aku pun dengarnya hanya sekolah takat darjah enam saja. Masa kami bertunang, dia tiada pendapatan tetap. Hanya kerja kampung dan kerja ikut apa adanya. Tak mengapalah, aku redha terima dia seadanya kerana jodoh kami kehendak Allah. Part 2 Lima bulan berlalu lepas kami bertunang, aku mula menerima surat dan kad raya daripada tunangku. Namanya Abdul Rahman, dia tergolong dalam golongan orang lurus bendul a.k.a pembaris. Kata tukang risik, iaitu sepupu abang Sudin " Rahman tu baik takdak orang. Hormat orang tua dan tak gheti lepak-lepak tak tentu hala." aku percaya saja kata-katanya sebab aku tak pernah mendengar gosip tak elok tentang keluarga mereka. Aku terima dia seadanya, seikhlas hatiku. Memandangkan dia asyik hantar surat ke alamat rumah kak Aini, sedangkan aku sudah lama bekerja di Prai jadi aku minta bantuan anak kak Aini yang nombor dua untuk memberi alamat dan nombor telefonku di Prai. Dah ada ura-ura gosip yang aku dengar sebab suratnya asyik sampai ke rumah kak Aini. " Man dok hantar surat kat Na, kad raya semua. Haih, sakan depa. Diam-diam ubi sungguh." Makanya, aku harap kali ni surat terus sampai ke tangan aku. Aku perasan surat yang sampai di rumah kak Aini telah dibuka dan dibaca. Entah siapa yang tak amanah tu? Aku pun tak pernah tanya. "Assalamualaikum." suatu malam, ketika aku ingin masuk tidur, rakan serumah memanggilku kerana ada panggilan telefon. "Waalaikumusalam. " aku menjawab ragu-ragu. " Rahman ni.." suara di hujung talian memperkenalkan diri. " Oh..." aku berjeda lama. Baru saja bagi nombor telefon dan alamat padanya. Petang tadi aku baru sampai dari kampung. Esok aku kerja shif pagi, tak sangka malam ni dia telefon aku. "Pi gheja sana ka? Awat pi gheja sana?" soalannya buat aku berjeda lagi. Beberapa saat kemudian aku menjawab soalannya. " Tiga tahun dah dok sini." " Laa..ingatkan gheja di Sungai Petani." "Dak aih, memang gheja di sini lepas SPM." "Ingatkan dok ulang alik Sungai Petani." dia berkata lagi. Masa tu baru aku sedar kebenaran kata-kata orang kampung. Tunang aku lurus bendul. Kami berbual tak lama malam tu, sekadar bertanya itu dan ini. Kali pertama berbual, tiada topik nak bercerita. Seminggu lepas tu menyusul pula surat daripadanya. Surat pertama yang buat aku jatuh cinta padanya. Namun ada ayatnya yang buat aku tersenyum simpul " Abang tak tahu Na dah lama kerja di sana, setiap kali ada van kilang lalu, abang akan intai melalui tingkap. Abang bagitau kat Na sorang ja. Kalau orang kampung tahu, tentu abang malu." Allahu Akhbar, tunang aku ni betul-betul sudah ketinggalan kapal terbang. Betapa tidak prihatinnya dia, padahal rumah kak Aini dan rumah mereka hanya berjarak tak sampai 1km. Aku bukan baru sehari kerja di sini. Sudah tiga tahun lamanya. Ya, sebelum kerja di sini memang aku kerja di Sungai Petani tapi hanya sebulan setengah saja untuk membayar yuran SPM yang tertunggak. Lepas tu aku kerja di kedai makan sebelum keputusan SPM keluar. Keluar keputusan SPM aku terus ikut sepupu abang Sudin ke Prai. Tak apalah, dia tunangku dan aku redha terima dia seadanya. Aku memujuk hati lagi kerana kini dia sudah mula bertahta dalam hatiku. Andai dia jodohku, aku terima jodoh yang Kau takdirkan untukku seikhlas hati. Part 3 Aku berhubung dengan tunangku melalui telefon dan surat. Seminggu sekali aku akan menerima surat daripadanya. Suratnya bersampul bunga dan berbau wangi sedangkan balasan suratku hanya sampul coklat panjang dan writing pad kertas jawapan budak sekolah. Sampul suratku ala-ala surat rasmi, sedangkan suratnya betul-betul surat cinta dengan tulisan tangan yang sangat cantik. Tulisan aku kalah tulisan doktor. Memang layak dipanggil 'cakar ayam'. Aku tak mahu nampak terlalu romantik di mata dan dalam hatinya. Aku ni memamg romantik dan kenyataannya aku ni ibarat tak kenal maka tak cinta. Aku pendiam pada orang yang baru aku kenali. Aku hanya ramah pada orang yang rapat denganku. Isi suratku hanya bercerita tentang keluarga dan segala masalahku. Dia membalas semua keresahanku. Ternyata kerana surat-suratnya, perasaanku padanya semakin mendalam. Dia pun sudah pandai memanggilku Na sayang, namun itulah sekali dalam sekeping surat. Lepas tu tiada lagi kata-kata sayang tu. Nak meluahkan kata cinta pun tak pernah. Aku jatuh cinta dengan surat dan tulisannya. Ada sekali tu tulisan tangannya betul-betul macam ditaip. Tandatangannya pun sangat cantik. Kadang-kadang dia telefon aku melalui telefon rumah. Kami mula berpakat untuk bertemu buat kali pertama. Mana boleh tahan asyik main surat dan berbual melalui telefon saja. Kena juga kenal pemilik suaranya. Walaupun kami sekampung tapi belum pernah lagi bertegur sapa. Mungkin zaman kanak- kanak, aku pernah bermain pondok-pondok di tepi dapur rumah mereka kerana salah seorang adik abang Sudin juga jiran sebelah rumah mereka. Aku selalu juga bermain dengan anak-anak saudara abang Sudin. Sejak kecil lagi, aku tinggal dengan kak Aini. Ayah tak nak pelihara aku lepas dia kahwin lain. Emak dah meninggal, sudah pastinya anak-anak berselerakan. Entah apa alasan ayah tak mahu membesarkan kami semua? Nak hidup senang dengan isteri baru agaknya? Mungkin kami ini menyusahkan dia? Entahlah. Malas aku nak fikir! Masa yang dijanjikan. Aku suruh dia tunggu di stesen bas Sungai Petani. Aku pula berdebar-debar sejak turun bas dari Bukit Mertajam dan menuju ke tempat kami berjanji untuk berjumpa. Sebelum munculkan diri, aku intai dulu dia di sebalik kedai buku. Eh, dia dah ada dan memakai baju yang sama sebelum ni. Ya, aku pernah tengok dia pakai baju tu masa aku dan kak Aini nampak dia di pekan kampung kami. Masa tu aku dan kak Aini baru balik dari pejabat pendaftaran sebab nak buat kad pengenalan baru. " Abang Rahman hang tu, Na." kak Aini menuding jari di seberang jalan. Aku melihat ke seberang jalan dan melihat dia laju melangkah ke gerai makan. Cepat-cepat aku bersembunyi, walaupun aku pasti, dia mungkin tak tahu aku sedang memerhatikan dirinya. Kak Aini tergelak melihat gelagat aku yang sudah mengelabah salah kena. Hari ini aku kenal dia melalui baju yang yang sama iaitu kemeja panjang berwarna hijau tua bercorak. Tunangku tinggi dan berkumis nipis. Memakai kaca mata sepertiku dan berkulit cerah. Ramai yang kata dia handsome. Handsome ka? Di mataku, dia biasa-biasa saja, mungkin handsome sikit daripada crush aku sebelum ni. Wajah dan harta tak penting pun. Bagiku, cukuplah dia seorang yang setia, memahami, penyayang dan boleh bertolak ansur juga menerima diriku seadanya. "Dah lama sampai ?" aku tegur dia dengan selamba sambil cuba mengawal getar dalam dada. "Baru sampai. Mai kot mana?" dia soal aku kembali. "Ada, dok kedai buku tepi tu..saja intai-intai dulu." aku berterus terang sambil tersenyum. Aku pun memakai baju sama yang aku pakai dalam gambar yang dia curi dari rumah kak Aini. Kenapa aku cakap dia curi? Masa dia bertandang ke rumah kak Aini hari raya yang lalu, kak Aini bagi gambar-gambar aku padanya dan beberapa keping gambar aku telah hilang termasuk gambar aku sedang pose memegang telefon memakai baju yang sama aku pakai hari ini. "Nak pi mana dulu?" aku tanya destinasi kami nak lepak padanya. "Tak tau, nak pi mana?" dia tanya aku semula. "Mana tempat best? Abangkan kerja di sini." kami masih bersoal jawab. "Taman Jubli?" " Bolehlah..jom la." aku setuju dengan cadangannya sebab aku pun belum pernah sampai ke Taman Jubli. Tunang aku tak ada sebarang kenderaan. Dia lelaki biasa yang tak punya apa-apa. Namun bersyukur sebab dia masih punya kaki dan tangan. Kami berjalan kaki dari stesen bas ke Taman Jubli. Pertemuan pertama kami yang serba kekok semakin rasa serasi. Dalam perjalanan kami berbual santai. Sesekali kami terdiam lama. Masing-masing tak cukup modal untuk bercerita. Sedang membiasakan diri dengan situasi. Part 4 Kali pertama sampai di Taman Jubli Sungai Petani, menarik juga tempat ni. Taman tempat beriadah sekeluarga yang berhadapan dengan padang golf. Ramai keluarga yang membawa anak-anak bermain di taman permainan. Ada juga kandang rusa, burung-burung yang dipamerkan dalam sangkar. "Assalamualaikum, assalamualaikum. Apa khabar, apa khabar.." burung kakak tua bersuara membuatkan bibir aku melebar dengan senyuman. "Waalaikumusalam..habaq baik." aku menjawab selamba sambil bibir terus mengukir senyum. " Habaq baik, habaq baik." burung kakak tua mengajuk pula kata-kataku. " How are you? How are you?" sengaja aku bertanya dalam bahasa inggeris pula. " Fine, thank you." "Eh? Dia pandai speaking la?" aku berkata sambil menoleh ke arah Rahman. " Ingat lekeh sangat ka, tak gheti speaking." aku mencebik bibir. Malas sudah melayan burung kakak tua yang bijak berkata-kata, aku menuju pula ke kandang rusa. Tetiba teringat kameraku yang masih penuh kodak. " Tolong ambik gambar sat." sambil menghulurkan kamera pada Rahman, aku memintanya mengambil gambarku. Aku berposing di kandang rusa berlatar belakang beberapa ekor rusa. Kemudian aku meminta kameraku dan membuat permintaan untuk mengambil gambar Rahman pula. Beberapa keping gambarnya aku snap dan kamera saling bertukar tangan. Balik dari Taman Jubli kami singgah di kedai gambar untuk mencuci gambar yang kami ambil tadi. " Tangkap gambar berdua mau dak?" Rahman membuat permintaan. "Haa?" aku bertanya semula, tidak faham maksudnya. "Ambik gambar." " Gambar apa?" "Tangkap berdua, dalam kedai." "Oh.." Maka, kami pun masuk ke dalam kedai untuk bergambar berdua. Semua resit cuci gambar aku serah pada Rahman. Biar saja dia bayar semua dan pos semua gambar padaku nanti. Kami berpisah di stesen bas kerana dia nak balik ke rumah sewanya di Taman Keladi Sungai Petani, sedangkan aku terpaksa balik semula ke Bukit Mertajam. Kami berjanji untuk bertemu lagi pada cuti seterusnya dan pulang ke kampung bersama. Hubungan kami berjalan seperti biasa melalui surat dan telefon. Semakin lama kami semakin serasi. p/s : Ni flash back tahun 90-an..belum ada telefon pintar lagi masa tu..part seterusnya atau mungkin pertengahan cerita baru tulis kisah terkini..kihkih part 5 " Nina..surat." sedang aku tidur, teman sebilik menghulurkan sepucuk surat sambil tersenyum lebar. Dalam keadaan mamai dan masih mengantuk, aku hulurkan tangan juga dan mengambil surat tersebut. Nampak saja cop Taman Keladi disampul surat, spontan hati rasa kembang. Niat nak sambung tidur terus terbantut. Walaupun aku kerja shif malam minggu ni dan mata masih ajak tidur namun bila surat daripada tunang tersayang sudah ada di tangan, baca tetap kena baca. Kalau tak baca dulu, takut nanti hati yang berantakan. Bila hati berantakan, jiwa pun takkan tenteram. Macam mana nak pujuk mata untuk pejam. Bila dah baca surat, harusnya kena balas segera. Malam nanti masa nak keluar pergi kerja, boleh letakkan surat di tempat surat di depan asrama, kerana aku tinggal di asrama pekerja yang ada warden dan pengawal keselamatan. Kami juga disediakan tiga buah bas kilang untuk mengambil dan menghantar kami ke kilang. Perjalanan dari asrama ke kilang hanya 15-30 minit saja. Tertakluk pada kelancaran perjalanan. Walaupun begitu, kami tetap keluar sejam sebelum masuk kerja. Contoh, aku kerja dua shift 7.00 pagi - 7.00 malam, 7.00 malam - 7.00 pagi..kami akan bertolak pukul 6 pagi atau 6 petang. Salam sayang buat tunangku Nina.. Apa khabar, harap sihat hendaknya. Abang sertakan gambar yang kita ambil hari tu. Nina cantik sangat, bangganya abang dapat tunang secantik Nina. Na tunangku, Gembira sangat abang dapat menatap wajah Nina yang ayu. Tak sanggup berpisah rasanya hari tu. Kalau boleh abang nak menatap wajah Nina setiap masa. Nak Nina sentiasa ada di sisi abang kala tidur, makan dan sentiasa nak melihat Nina tersenyum bahagia. Tak sabar rasanya nak hidup sebumbung dengan Nina. Bersyukur sangat dapat tunang sebaik Nina. Nina, In sya Allah bulan depan kita jumpa lagi. Kalau tak ada aral melintang, abang akan pergi ambil Nina di Bukit Mertajam. Bolehkan? Nanti abang telefon Nina dan bagitau dulu. Oklah, abang nak pergi kerja dah ni. Nanti abang telefon. Yang mengasihimu Abdul Rahman bin Hanafi Aku melipat kembali surat itu dengan senyuman yang semakin lebar dan hati yang berbunga-bunga. Memang hatiku mencair seratus peratus membaca suratnya yang ini. Aku menatap kembali gambar- gambar kami bersama. Ada juga gambarnya tanpa cermin mata. Hurm, aku rasa lagi handsome kalau dia pakai cermin mata. Nampak lebih matang berbanding tak memakai cermin mata sebab matanya. Matanya tak begitu memukau pandangan mataku. Matanya sikit kecil dan tak begitu mengoda. Jujurnya, bukan wajahnya yang buat aku terpikat dan jatuh hati. Tapi, suratnya yang buat aku jatuh cinta. Dia cukup pandai mengarang kata-kata indah dan romantis. Tulisannya juga buat aku tergoda. Tulisannya cantik dan tersusun rapi. Entah kenapa, aku rasa dia juga seorang yang kreatif seperti tulisannya? Orang kata " Dari mana datangnya sayang, dari mata turun ke hati." namun tidak bagiku. Bukan dari mata turun ke hati kerana matanya tidak pernah mengoda perasaanku, sebaliknya tulisan dan surat-suratnya yang buat aku tergoda. Parah sudah hatiku ini!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.