My Channel in Youtube

My Channel in Youtube
Jom Langgan!

Jumaat, 5 Ogos 2016

Penyamar Bab 12



         HARI kedua pengambaran, baru aku tahu ada seorang lagi peserta yang sudah menarik diri iaitu seorang wanita yang bekerja sebagai arkitek. Pelajar KUIS itu pula bernama Sumaiyah. Aku cuba berbual dengan Sumaiyah hari ini kerana kami berkongsi bilik dan hari kedua ini kebetulan dia tak ada kuliah.

        ‘’Macam mana adik boleh jadi peserta dalam rancangan ni?’’ aku bertanya dia ketika tiada jurugambar yang merakamkan kami. Bila di belakang kamera, aku takkan pakai niqab lagi. Aku hanya pakai niqab bila aktiviti yang kami lakukan dirakam.

       ‘’Kawan-kawan yang cabar bila pihak produksi buat temuduga di KUIS. Kami lima bersahabat menghadiri temuduga dan tiga orang antara kami diterima tapi dua orang lagi kawan Sue tak mendapat keizinan daripada mak dan ayah mereka. Sue pun sebenarnya mama tak kasi datang, tapi Sue pujuk juga mama dan berjanji untuk berkelakuan baik. Akhirnya mama Sue izinkan dengan syarat Sue tak langgar janji.’’ Aku sudah mengangguk mendengar ceritanya. Ramah juga rupanya dia.

         ‘’Kenapa Sue tak cakap banyak ketika pengarah dan encik Zafril tu soal Sue?’’ aku tanya soalan yang aku teringin sangat nak tahu. Dia ushar dulu sekeliling kami sebelum berbisik kepadaku.

       ‘’Itulah janji Sue dengan mama. Jangan cakap banyak. Hanya cakap bila perlu saja.’’ Aku sudah mengangguk lagi sambil tersenyum. Bijak, bijak, aku berbisik di dalam hati.

              HARI  ini aku dan Sue disuruh melakukan aktiviti bersama di rumah dan di luar rumah memandangkan kami berdua saja yang tak sibuk. Dua lagi peserta sudah keluar bekerja. Semalam aktiviti kami juga dirakam tapi tak banyak sangat sebab selepas pukul sepuluh malam semua peserta sudah masuk tidur. Encik Zafril juga merupakan salah seorang peserta. Dalam rumah ini kami tinggal berlima tak termasuk jurugambar dan kru-kru yang bertugas. Lebih kurang lakonan kami ini diibaratkan seorang lelaki yang mempunyai empat isteri dan tiga orang daripada kami bakal tersingkir bila tiba masanya.

           ‘’Aishah, hari ini awak yang pilih bahan masakan tau. Sumaiyah boleh menolong apa yang perlu dan saya pula akan menemani awak berdua untuk keluar bershoping. Selepas bershoping kita akan pergi melawat Farisha dan Fatin di tempat kerja mereka. Kalau mereka ada masa terluang kita akan keluar makan tengahari bersama.’’ Aku mendengar penerangan encik Zafril sambil mengangguk tapi seketika cuma bila minda aku ternyata masih keliru dengan penerangan itu, mulut aku sudah tidak sabar untuk bertanya.

           ‘’Encik Zafril...kita akan keluar bershoping dan saya kena pilih bahan masakan. Tapi..kenapa pula nak kena keluar makan? Kan senang kalau, lepas beli barang balik rumah dan masak?’’ soalan yang aku rasakan cukup bernas sudah aku luahkan. Berjeda lama juga Encik Zafril mendengarnya.

             ‘’Beli bahan untuk masak malam nanti. Dah, jangan banyak cakap, pergi bersiap sekarang juga. Kita dah nak keluar ni, pakai yang elok sikit, saya nak bawa awak semua makan di restoran.’’ Encik Zafril mengarah aku supaya menukar pakaian. Aku pandang tubuhku sendiri. Baju kurung kain kapas dan tudung labuh yang masih tersarung ditubuhku aku pandang dengan wajah hairan. Tak sesuai ke aku pakai baju ni? Aku bertanya di dalam hati. Minda sudah mula berfikir, ada ke baju yang cantik yang aku bawa ke sini? Tak ada rasanya.

            ‘’Err..encik Zafril, baju ni tak cantik ke? Macam sesuai saja, janji tutup auratkan?’’ aku bertanya encik Zafril tanpa rasa bersalah. Dia pandang aku atas dan bawah dan kemudian dia sudah menghela nafas berat. Aku buat-buat tak perasan dengan gelagatnya.

             ‘’Tukar!’’ satu perkataan saja dengan nada yang sangat tegas dan dia sudah melangkah meninggalkan aku dan Sumaiyah yang sudah memandang di antara satu sama lain.

              ‘’Macam mana ni? Kak Shah tak bawa banyak baju la Sue. Ingatkan tak perlu keluar mana-mana, dok rumah saja. Alahai..lecehnya, nak kena keluar makan di restoran bagai. Canggunglah akak nanti..’’ aku mula mengeluh di depan Sumaiyah. Alasan sebenar aku, takut terserempak dengan kenalan yang kenal aku. Habislah penyamaran aku nanti. Walaupun aku akan pakai niqab dan tutup muka, kalau terserempak dengan teman rapat atau saudara mara, tentu mereka akan cam juga. Hati aku mula berkata-kata.

              ‘’Pinjam baju Sue la, rasanya kita sama saizkan?’’ Sumaiyah mengeluarkan pendapatnya. Aku tersenyum hambar. Nak pinjam baju dia ke? Aku tak sangguplah nak kongsi baju dengan orang lain. Apa kata, aku telefon Acu dan minta dia hantar baju aku, tapi..buatnya Acu bawa baju yang cantik sangat nanti, kena soal bertalu-talu pula. Kalau Encik Zafril syak lagi la nahas dibuatnya. Sukarnya, menyamar dikalangan orang-orang berada ni, tak sesukar penyamaran aku sebelum ni.

            ‘’Tak apalah Sue, menyusahkan Sue saja. Biarlah, kalau Encik Zafril nak marah akak pun. Dia kena faham, akak ni orang gaji saja, mana mampu nak beli baju mahal-mahal. Kalau dia tak suka, akak tak boleh buat apa.’’ Akhirnya aku bersuara pasrah, walaupun sebenarnya aku sengaja mencari alasan supaya tak turut serta.

             AKU tetap dengan keputusan nekadku. Bila kru yang bertugas memanggil aku dan Sumaiyah supaya keluar kerana kami akan berangkat sebentar lagi, aku masih lagi mengenakan baju kurung kain kapas yang aku pakai dan mengenakan tudung labuh bersama niqab. Aku pinjam cermin mata hitam milik Sumaiyah untuk menutup mataku dan keluar ke halaman dengan langkah bersahaja.

              ‘’Zahratul Aishah! Kenapa awak ni degil sangat? Saya suruh tukar pakaian tadikan? Kalau awak tak ada pakaian, awak cakap sajalah. Pihak penerbit menyediakan banyak pakaian, awak boleh pilih saja, mana yang awak suka. Jangan nak tunjuk sangat degil awak tu.’’ Encik Zafril menyergah aku sebaik saja dia melihat aku keluar dari rumah dengan pakaian tadi dengan senafas saja. Aku terkebil-kebil memandang Encik Zafril yang sudah bercekak pinggang dengan wajah garangnya.

           ‘’Laa..baju ni pun okey apa. Ni baju saya yang paling baru tau Encik Zafril.’’ Aku menjawab sergahan encik Zafril dengan suara tenang sambil tersengeh. Sekejap saja bibir aku mampu bertahan dengan sengehan tu bila Encik Zafril terus mencerlungkan matanya.

          ‘’Cepatlah masuk kereta! Malas saya nak bertekak dengan awak ni la. Kalau tak kerana Amirul, majikan awak tu, tak hinginlah saya nak ambil awak masuk rancangan ni!’’ Encik Zafril masih bersuara lantang sambil mengarah aku masuk ke dalam kereta dan dia turut berlalu masuk ke dalam kereta. Aku sempat mencebik sambil membebel di dalam hati. Eleh..aku pun tak hingin la nak masuk rancangan ni. Huh!

          SUASANA dalam kereta sunyi sepi. Encik Zafril yang memandu langsung tak bersuara, begitu juga dengan seorang kru yang naik kereta bersama kami. Aku dan Sumaiyah apatah lagi, turut mengunci bibir serapatnya. Kamera yang sedang on dan dilekatkan di dalam kereta depan dan belakang terus merakam setiap gelagat kami. Aku tak berani langsung nak membuat sebarang aksi. Sepanjang perjalanan, aku hanya menoleh keluar kereta dan minda terus melayang entah ke mana. Sesekali aku akan fikirkan tentang plot cerita untuk manuskrip novel seterusnya dan tajuk yang harus aku berikan.

           ‘’Sebelum bekerja di rumah Amirul, awak bekerja di mana Aishah?’’ aku tersentak mendengar nama aku disebut. Aku menoleh pantas ke arah depan. Encik Zafril yang bersuara tadi terus memandu tanpa menoleh ke belakang pun. Aku pula masih berkira-kira di dalam hati, apa pula auta yang harus aku ungkapkan lagi.

             ‘’Err..’’ aku kehilangan kata. Otak aku tepu untuk terus menipu. Tapi...

              ‘’Kerja kilang Encik Zafril, di Prai..’’ teringat tentang penyamaran terakhirku bersama Acu, aku menjawab tanpa ragu-ragu.

               ‘’Kilang apa?’’ Encik Zafril terus mengajukan soalan.

              ‘’Sony.’’ Sepatah saja jawapan yang aku beri, sebab aku takut Encik Zafril akan terus menyoal. Aku kerja di Sony tak lama, cuma beberapa bulan saja, itu pun hanya sebagai pekerja kontrak yang membuat barang-barang re-work.

             ‘’Sebelum tu, kerja di mana?’’ Encik Zafril bertanya lagi. Aku menarik nafas dan melepaskan perlahan. Minda terus aku perah untuk mengimbas kembali kerja-kerja separuh masa yang pernah aku lakukan.

           ‘’Banyak kerja yang saya buat. Pernah jadi model gantian sekejap, pernah kerja di restoran sebagai pelayan dan pencuci pinggan mangkuk. Pernah jadi pekerja sukarela tapi mendapat elaun dari pihak yang terbabit. Pernah..’’

            ‘’Cukup! Itu saja yang saya nak dengar, tak payah nak lebih-lebih sangat. Jawab saja bila saya tanya.’’ Belum habis aku mengarang semua kerja yang pernah aku buat, kata-kata aku dipintas oleh Encik Zafril. Aku tersenyum di dalam hati. Tadi nak tahu sangat, dah bagitau, tak nak dengar pula. Hati aku pula membebel tak puas hati.

          Dan selepas itu suasana di dalam kereta terus sunyi kembali hingga kami tiba ke destinasi. Kaki aku terus mengigil bila bangunan yang berdiri megah sudah terpacak di depan mata. Alamak..ini tempat kerja abang Am. Tempat kerja kawan baik aku juga, Siti Zulaikha, teman baik aku sejak sekolah menengah. Aku selalu datang ke sini sebelum ini, cuma sejak aku menyamar di rumah Mak Esah dan bekerja sebagai pekerja kilang, aku tak datang ke sini lagi. Kali terakhir aku jumpa Zulaikha pun beberapa bulan lepas. Sesekali kami akan berbual di dalam WhatsApp. Rupanya, Malaysia ini taklah besar mana pun.


Khamis, 8 Oktober 2015

Penyamar Bab 9




        AKHIRNYA novel ke sepuluh aku sudah sampai ke meja penerbit. Setelah bertungkus lumus menyiapkannya aku kini sedang berehat bersama keluarga di rumah. Aku belum bersedia untuk menulis novel seterusnya. Aku ingin berehat sepuas-puasnya sebelum memulakan penyamaran yang lain pula.

         Sempena meraikan kejayaan novel aku yang ke sepuluh ini, aku meminta ayah dan emak menjemput saudara mara dan handai taulan. Aku ingin mengadakan kenduri kesyukuran dengan duit royalti yang aku perolehi baru-baru ini. Atas nama kedua ibu bapaku kenduri kesyukuran itu berlangsung hari ini.

          ‘’Amboi Ucu, macam pengantin. Apa hal ni? Siap berbaju melayu dan bersampin lagi? Ada tetamu special nak datang ke?’’ aku mengajukan soalan pada Ucu yang segak bergaya. Macam kenduri hari ini diadakan untuk meraikan dia pula.

         ‘’Alaa,.kan kak Yang cakap kenduri hari ini sempena kejayaan kak Yang menyiapkan novel kak Yang. Jadi,.ini bermakna nak meraikan kejayaan Ucu jugaklah, sebab tanpa Ucu, novel kak Yang tu takkan siap tau!’’ aku menjegilkan mataku sebaik selesai Ucu berkata-kata.

        ‘’Eh! Apasal pulak? Apa kena mengena Ucu dalam novel kak Yang pulak?’’ aku menafikan kata-kata Ucu. Dia ketawa sambil mencebik.

         ‘’Tentulah ada! Kalau bukan Ucu yang temankan kak Yang di sana, tentu kak Yang tak dapat siapkan novel tu.’’ Giliran aku pulak yang mencebik. Perasan betul Ucu ni.

        ‘’Tolong sikit eh, walau pun Ucu dah berbakti untuk kak Yang tapi Ucu langsung tak sumbangkan idea untuk novel kak Yang. Sekadar temankan kak Yang pergi menyamar je pun. Apa yang nak dibanggakan sangat? Tapi, walau apa pun, kak Yang tak kisahlah kalau Ucu nak anggap kenduri kesyukuran ni untuk meraikan Ucu pun. Boleh je Ucu nak ditimpa perasaan sorang-sorang. Kalau jatuh nanti bangun sendiri yer sebab Ucu punya perasan tu tinggi melangit.’’ Aku berkata sambil ketawa kecil. Ucu memasamkan wajahnya.

           ‘’Hmm,.kalau novel kak Yang ni mendapat sambutan dan dapat royalti nanti jangan lupa belanja Ucu ye? Sekurang-kurangnya berbaloi jugak pengorbanan Ucu yang terpaksa makan meggi segera berhari-hari tu.’’ Ucu membalas kata-kataku sambil berlalu pergi. Aku sudah bercekak pinggang di tempat aku berdiri. Dalam masa yang sama juga aku menjadi hairan bila Ucu tidak mematahkan kata-kataku tadi, malahan pengorbananya yang terpaksa menelan mee segera tu juga yang diungkitnya.

           ‘’Ucu! Nak ke mana tu?’’ aku memanggil Ucu yang sudah melangkah laju. Ucu langsung tidak berpaling ke arahku. Akhirnya aku membiarkan Ucu hilang di sebalik pintu. Aku pula menuju ke arah dapur dan mengambil keputusan untuk membantu apa yang patut.

        ‘’Kak Titie, ada apa-apa yang boleh Shah bantu ke?’’ soalan aku ajukan pada pembantu rumah kami sebaik aku berada di hadapannya. Kak Titie hanya memandangku sekilas sambil tangannya laju mengelap pinggan mangkuk yang banyak di hadapannya.

          ‘’Ngak perlu dibantuin,.cik Shah ke depan saja. Raikan tetamu-tetamunya nanti.’’ Bantuan yang ku hulurkan ditolak mentah-mentah oleh kak Titie. Tanpa banyak soal lagi aku mencapai sehelai tuala kecil dan mula mengelap pinggan.

          ‘’Ngak usah! Cik Shah pergi bersiap aja, nanti tetamu-tetamunya datang cik Shah masih belum berhias.’’ Kak Titie cuba merampas tuala kecil di tanganku. Aku membulatkan mataku ke arahnya.

         ‘’Biarlah Shah tolong kak Titie. Nanti Shah nak menyamar jadi orang gaji pulak.’’ Aku cuba berbohong dengan kak Titie. Dalam hati aku sudah tersenyum lucu dengan kata-kataku bila kak Titie terus terdiam dan menyambung kembali kerja-kerjanya. Tiba-tiba ada idea yang menerjah mindaku. Orang gaji? Wah! Macam gempak saja.

          ‘’Shah! Ya Allah,.belum bersiap lagi ke? Tetamu dah ramai yang sampai. Dia boleh lagi menyorok di dapur ni.’’ Datin Maimunah a.k.a mak aku pula datang membebel. Aku hadiahkan senyuman manisku untuk emak. Ilham aku untuk menyamar di rumah sendiri pula datang mengebu.

           ‘’Mak, hari ni Shah ingat nak menyamar jadi orang gaji di rumah Dato Khuzairi pulak. Datin Maimunah tolong menjayakan penyamaran Shah ye?’’ aku berkata sambil bibir terus tersenyum. Emak aku dah mula membuntangkan matanya.

           ‘’Dah!,.jangan nak buat kerja tak senonoh tu dalam rumah ni. Pergi naik atas dan bersiap. Semua orang dah tanyakan Shah.’’ Emak aku menolak perlahan bahuku supaya aku segera beredar dari dapur. Aku pakukan kakiku dan terus mencapai pinggan yang seterusnya.

        ‘’Alaa,.sportinglah Datin! Shah minta tolong ni. Bolehlah, bolehlah,.Datin ambillah Shah jadi orang gaji hari ni,.’’ Aku sengaja bernada serius pula. Mataku terus menatap wajah emak dan cuba membaca apa yang tersirat di dalam mindanya.

       ‘’Zahratul Aishah! Cepat, pergi masuk bilik dan bersiap!’’ sekali suara Datin Maimunah memetir. Aku terus menghamburkan ketawa. Langsung aku tak takut dengan suara emak yang macam ganas sangat tu.

         ‘’Tak nak!’’ aku berdegil dan mengangkat pinggan yang sudah aku lap ke depan halaman rumah. Makanan hari ini semuanya telah diorder, cuma pihak catering kekurangan pekerja. Aku pula sekarang ni hanya memakai baju kurung kain kapas dengan tudung biasa yang selalu aku pakai ketika aku melakukan penyamaranku.

         ‘’Degil!’’ sempat aku mendengar suara emak memarahiku.

         AKU meletakkan pinggan di atas meja di tepi deretan makanan yang telah disediakan. Sempat aku melihat juadah-juadah yang begitu menyelerakan. Ada perbagai gerai juga di depan halaman rumah kami selain nasi dan lauk pauk yang telah kami order. Antara gerai yang menjadi tumpuan adalah gerai roti canai dan gerai membuat ais kacang atau senang dipanggil dengan ABC yang bermaksud Air Batu Campur. Aku telan liur bila melihat ais yang sedang diputar dan dimasukkan perencahnya yang berbagai warna. Ada bermacam jenis kacang juga. Wow! Sungguh membuka selera.

          ‘’Bibik!,.air masak ada tak? Boleh ambilkan segelas air masak?’’ aku berpusing ke belakang. Berdiri di depanku seorang lelaki yang agak kacak dengan baju kemeja lengan pendek dan seluar slack berwarna hitam.

          ‘’Tunggu ye encik, Nanti saya ambilkan.’’ Dia menggangguk dan aku melangkah masuk ke rumah. Nampaknya sebahagian dari rancangan aku sudah berjaya. Ada jugak orang yang sudi panggil bibik padaku. Ermm,.rancanganku sudah berjalan dengan lancar setakat ini.

          Sampai di dapur aku mencapai sebiji jug dan memasukkan air masak yang penuh di dalam cerek dan menuangnya. Air masak yang masih suam-suam kuku tu aku bawa ke halaman. Aku cari pemuda yang meminta air masak tadi. Puas aku imbas sekitar halaman rumah. Ishh,.mana pula orang tu pergi? Aku berdialog di dalam hati.

          ‘’Encik taufik! Mana orang yang meminta air masak tadi?’’ aku bertanya pada Ucu yang melintas di tepiku. Dia mengerutkan keningnya. Aku buat wajah selamba dengan reaksinya.

         ‘’Orang tu tadi cakap nak air masak, tapi dah hilang pulak!’’ aku masih bersuara tanpa menghiraukan perubahan wajah Ucu.

           ‘’Bibik! Minta sini air tu.’’ Suara orang tadi kedengaran lagi. Aku menoleh ke arah Ucu sepintas lalu sebelum menuju ke arah lelaki kacak tadi. Entah dari mana dia datang. Sekejap ada, sekejap tak ada. Dah macam iklan chipsmore pulak.

             ‘’Encik, airnya,.’’ Aku menghulurkan jug padanya. Dia hanya memandang aku tanpa menyambut jug tersebut. Aku letakkan jug air di atas meja yang berhampiran dengannya dan ingin berlalu pergi. Rasanya banyak lagi kerja yang perlu aku bantu.

         ‘’Bibik! Tuangkanlah!!’’ lelaki tadi memberi arahan. Aku menoleh ke arahnya dan merenung tepat ke wajahnya. Tak semena-mena dia mengenyitkan matanya. Aku berdengus kasar tapi cuba menyabarkan hatiku sendiri. Mungkin inilah dugaannya menjadi órang gaji’ni? Aku memujuk hatiku.

            Aku menuangkan air ke dalam gelas seperti yang disuruh. Selepas itu aku kembali meneruskan hasratku untuk masuk ke dalam rumah tapi sekali lagi nama bibik diseru oleh suara yang sama.

         ‘’Macam tu awak layan tetamu?’’ dia ajukan soalan padaku. Aku angkat bahu kerana tidak memahami maksudnya.

         ‘’Maaf encik. Encik nak air saya dah bawakan air. Encik suruh saya tuangkan, saya dah tuangkan. Saya banyak lagi kerja yang perlu saya lakukan encik. Lagi pun encik ada kaki dan tangankan? Takkan saya nak kena suapkan air tu untuk encik pulak?’’ kemarahanku meledak tiba-tiba namun suaraku cubaku kawal seboleh mungkin. Aku lihat dia mengukirkan senyuman. Aku mendengus lagi. Terasa diriku dipermainkan.

          ‘’Apa nama awak? Dah lama kerja di sini? Awak bukan orang Indon ya?’’ dia ajukan soalan padaku. Aku berjeda seketika. Haruskah aku menjawab semua soalannya itu? Aku bertanya di dalam hati.

          ‘’Saya baru datang dari kampung encik. Biasalah nak cari rezeki yang halal. Nak kerja elok sikit, tak ada pelajaran sebab keluarga saya tak mampu nak sekolahkan saya. Nama saya Aishah, nak panggil Ecah pun boleh, Shah pun boleh.’’ Aku mula mereka cerita yang tak ada. Lelaki di depanku terangguk-angguk beberapa kali.

          ‘’Ehemm,.Ecah! Di sini rupanya awak? Sejak bila dah pandai makan gaji buta ni? Pinggan dah nak habis. Keluarkan lagi!’’ aku baru nak menyambung cerita terdengar suara Along pula yang datang tanpa diundang. Dia menjegil ke arahku. Macam seorang majikan yang sangat garang. Aku tak tahu apa motif Along ni. Mungkinkah Along sudah mendengar cerita auta aku tadi?

         ‘’Baiklah encik Amirul.’’ Aku cuba berwajah selamba bila memanggil Along dengan panggilan encik Amirul sedangkan hatiku sudah digeletek lucu. Aku tak tahu kenapa Along nak mengikut rentakku. Mungkin emak sudah membocorkan rahsiaku pada semua orang? Entahlah! Kalau betul pun, lagi senang kerja aku, sekurang-kurangnya ini juga pengalaman paling berharga untukku. Setakat ini aku belum lagi menyamar sebagai orang gaji. Rasa macam tak kuasa nak jadi pembantu rumah ni. Mungkin aku perlu berdepan dengan majikan yang kuat membuli pula nanti.

          ‘’Bibik! Tadi aku suruh bibik cuci tandas dalam bilik aku, dah buat ke belum?’’ Ucu yang hanya jadi pemerhati sejak tadi mula mengeluarkan suara dan merenung tajam ke arahku. Aku hempuk jugak Ucu ni. Ada ke patut suruh aku cuci tandas. Kalau suruh aku tolong ambilkan nasi atau kuih muih untuk dia tak apalah jugak.

            ‘’’Dah,.dah siap semua kerja yang encik Taufik suruh tu sejak subuh tadi lagi. Encik Taufik tak mandi agaknya pagi tadi? Sebab tu tak perasan ya tandas tu dah dicuci?’’ aku buntangkan mataku pada Ucu selepas habis berkata-kata. Aku melangkah laju masuk ke rumah selepas itu. Semua kejadian yang baru terjadi cuba aku lupakan dengan menolong Kak Titie membuat kerja-kerja di dapur.

            ‘’Kak Titie,.hari ni kak Titie boleh bercuti sebab emak cakap tadi ada orang baru minta kerja nak jadi pembantu rumah dan permohonan dia sudah diluluskan. Pergi masuk bilik kak Titie. Pergi tidur puas-puas atau pun kak Titie boleh keluar bershoping ke mana-mana.’’ Aku baru memegang pinggan yang seterusnya untuk dibawa keluar, Alang pula datang ke dapur dan bersuara. Aku jeling Alang dengan memek muka tak puas hati. Sangat tak puas hati!

          ‘’Ada hati nak dera orang gaji nampak?’’ aku bersuara separuh kuat. Alang aku pandang dengan mata tak berkelip.

         ‘’Hai,.ada hati nak lawan tokey nampak. Tak bayar gaji baru tau!’’ Alang membalas kata-kataku sambil meluaskan matanya. Aku mencebik dan mengambil pinggan lalu membawa pinggan tersebut keluar. Malas pula aku nak melayan Alang bertekak. Nampaknya semua ahli keluargaku sudah tahu dengan kewujudan ‘orang gaji’ baru di dalam rumah ini.