My Channel in Youtube

My Channel in Youtube
Jom Langgan!

Ahad, 6 Oktober 2024

Aku Sedar Diriku Umpama Kaca Retak Seribu Part 6

Part 31 "Pi balik rumah ayah hang nu!" selalu sangat Farid menghalau aku dari rumah mereka. Inilah nasibku si anak pungut. Dia ingat aku teringin sangat nak tinggal di sini? Kalau tak kerana ayah buang aku, tak adanya aku nak menetap di sini. "Ayah mai habaq kat kami, Na tu ada orang nak bela. Kami kata la daripada bagi kat orang baik bagi kat kami." kak Aini pernah bercerita begitu pada aku. Aku ni ibarat barang, boleh dibagi ke sana ke sini? Aku diam setiap kali kak Aini bercerita. Aku juga diam setiap kali dihalau oleh Farid. Teman rapatku hanya air mata. Suatu hari aku sedang menonton tv, Farizan datang dan tukar siaran tv. Aku tak bagi. Farizan yang masih budak ketika itu, ambil lajak dan tendang belakang aku. Allahu Rabbi, nasibku diuji lagi Ya Allah. Bukan saja Farid yang selalu memukul aku. Farizan juga sudah ikut jejak abang sulungnya. Farizan lahir selepas anak kedua kak Aini meninggal. Kalau tak silap aku kak Aini melahirkan anak lima tahun seorang. Ketika Farizan lahir, aku baru berumur lima atau enam tahun. Kak Aini melahirkan Farizan di rumah mereka sendiri disambut oleh bidan kampung. Masa Farizan lahir aku belum tinggal dengan mereka lagi. Ayah selalu bawa aku ke sini. "Syok la Farid dapat adik." ketika tangisan pertama Farizan kedengaran aku berkata pada Farid yang sama-sama ada di rumah emak abang Sudin sebelah rumah. Dulu, kalau ada orang tanya aku "Mak hang mati, hang nak duduk dengan sapa?" "Duk dengan kak Aini la." aku akan jawab tanpa basa basi. Rupa-rupanya, melawat sesekali ke rumah mereka lebih seronok daripada menetap terus. Aku dicemburui oleh Farid dan Farizan. Aku selalu jadi mangsa buli kedua-duanya. Tapi dengan mereka berdua dalam diam aku tetap melawan. Farizan masa zaman kecilnya cukup lawak. Selalu buat perangai. Setiap kali dia bangun tidur, dia akan mengamuk. "Pi pang baik! Pi pang baik! Pi pang baik!" sambil menangis, Farizan meraung. Pi pang baik tu maksudnya nak pi simpang. Simpang tu pekan kampung mereka. Dulu dipanggil simpang. Setiap petang dia akan ajak keluar ronda-ronda di pekan. Kalau tak bawa keluar, dia akan terus menangis. Abang Sudin memang ada sebiji motor. Masa darjah satu dan darjah dua, kerap jugalah dia hantar aku dan Farid naik motor ke sekolah. Farid hanya tua setahun dari aku. Kalau aku darjah satu, Farid darjah dua. Yang lawaknya, Farid tak pernah pergi ke sekolah jalan kaki. Aku ni selalu ke sekolah jalan kaki dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. Pukul 6 pagi aku dah bangun dan turun mandi sendiri. Tak ada siapa pun yang teman. Kak Aini selalunya hanya panggil nama aku suruh bangun saja. Kalau kak Aini buat kuih jual barulah dia bangun sama. Pukul 6.30 aku sudah keluar rumah, masa aku keluar rumah barulah Farid bangun. Bezanya aku dan Farid, aku rajin ke sekolah tapi Farid malas giler. Keputusan peperiksaan Farid tak pernah ada A, sedangkan aku kerap dapat nombor sepuluh ke bawah dalam kelas kami. Pernah sekali darjah lima, aku dapat nombor satu dalam kelas tapi berkongsi markah yang sama dengan pelajar lain. Makanya penggal tu dua orang pelajar dapat nombor satu dalam kelas kami. Satu hari aku buat onar tanpa sengaja. Aku pergi sekolah dan terserempak seorang budak kampung dan kami jalan bersama. Aku tercerita pada dia tentang Kamariah sepupu abang Sudin yang selalu buli aku. Aku terlupa budak tu kawan Kamariah dan sekelas dengan Farid. Hari sebelum tu, Kamariah sembelit dan menangis sebab tak dapat nak buang air besar. Aku pula tertengok dia menangis depan rumah. Aku dikhianati oleh budak tersebut. Namanya Suriati Ismahadi. Dia sampai di sekolah dia ceritakan apa yang aku cerita pada Kamariah. Apa lagi 'Singa Betina' tu terus serbu aku di kantin sekolah ketika aku dan kawan-kawan sedang melepak di kantin. Setiap pagi aku akan bawa nasi lemak 20 sen yang dijual emak abang Sudin. Nasi lemak berbalut daun pisang, berlaukkan ikan kembung goreng dan kuah kari ikan. Nasi dia memang sedap dan jualannya sangat laris. Setiap hari kak Aini bekalkan aku dengan dua bungkus nasi lemak emak abang Sudin sebab aku tak pernah makan sarapan di rumah. Duit poket hanya dua puluh sen saja. Tahun 80-an harga makanan di kantin bagi mee goreng hanya sepuluh sen sepiring kecil manakala air sirap juga sepuluh sen segelas kecil. Dapat dua puluh sen sehari dapatlah makan sepiring mee goreng dan segelas sirap waktu rehat. Aku jarang makan di kantin, kalau lapar sangat barulah aku makan. Nasi lemak tu kadang-kadang aku makan awal pagi sebelum loceng berbunyi, kadang-kadang aku makan waktu rehat di dalam kelas. Kamariah ni kalau dia mengamuk, dia bukannya kira tempat atau siapa yang ada. Aku dihambur, dihendik di depan orang ramai yang ada di kantin pagi tu. Menangis? Sudah pastinya sebab aku malu pada kawan-kawanku yang menjadi saksi. Salah aku? Mungkin salah aku sebab bergosip pasal dia. Aku mula hilang kepercayaan pada orang kerana kejadian ini. Manusia yang bermulut manis di depan kita pasti akan tikam kita kembali. Macam Suriati ni, kalau cakap di depan aku, semut pun tak mati. Di belakang aku, tak sampai beberapa minit dia dah khianat. Tak guna betul! Nasiblah diriku si anak pungut! Part 32 Masa terus berlalu dengan pantasnya. Andai dulu aku selalu bergaduh dengan Farid dan Farizan, sesuai waktu adik-adik perempuan Farid dan Farizan juga semakin meningkat dewasa. Aku yang mengasuh kedua-duanya ketika mereka masih kecil. Aku yang daftarkan nama mereka dalam surat pendaftaran. Aku yang menemani kak Aini ketika dia nak bersalin dua orang anak perempuannya ini. Bila aku dah kahwin, kedua-dua orang anak perempuan kak Aini masih gunakan aku bila ada kesempatan. Memandangkan Rahman tak berkemampuan, barang kemas aku semuanya aku jual. Anting-anting mulanya kak Aini pinjam sebab aku tak pernah pakai. Gelang aku jual sebab nak buat cermin mata baru aku dan Rahman. Rantai besar aku tukarkan dengan sepasang gelang tangan untuk Atirah ketika dia masih kecil. Selepas Atirah besar dan gelang tu dah tak muat, aku bagi gelang tu pada anak perempuan Farid. Aku buat semua barang kemas aku macam tak ada harga. Rantai dan loket yang aku beli masa masih bekerja aku jual pada Farhanna, anak ke lima kak Aini. Aku beli dengan harga rm250 saja termasuk loket love. Aku jual pada Farhanna sebab terdesak, Rahman tak berduit ketika itu. Aku jual dengan harga rm200 saja. "Hang bodoh juai rantai kat dia, hang tau dak, dua kali dah dia pi gadai. Kali pertama dia gadai dapat rm400, kali kedua dapat rm500." kata anak ke empat kak Aini iaitu kakak pada Farhanna. Aku diam saja, sebab aku memang tak utamakan duit. Yang penting hati aku tenang, duit tak bermakna apa-apa pada aku. Menyesal, lupakan dulu. Yang lepas usah dikenang lagi. Kemudian cincin kahwin aku pula hilang, aku jual satu-satunya barang emas yang aku ada. Sebentuk cincin berbatu yang aku tempah dengan harga rm130 dan Rahman tolong jual dan dapat harga rm160 saja. Itu harga tempah tahun 90-an dan harga jual tahun 2000. Masa aku tukar rantai dan sepasang gelang tangan, harga yang aku jual lebih murah berbanding harga aku beli. Masa tu memang terdesak sangat nak guna duit. Lama kelamaan, aku dah tak suka langsung pakai barang kemas. Ada lagi rantai zhulian besar, gelang tangan dua tiga, cincin dan gelang tangan zhulian Atirah. Aku lelong dan setengahnya aku bagi percuma saja. Benda dah tak pakai, buat apa simpan. Di Akhirat nanti, bila dihisab jenuh menjawab bila disoal. Dulu, ketika Rahman bergaji rm500, dia akan bagi pada aku rm50 sebulan. Ketika gaji Rahman naik menjadi rm700, dia bagi aku rm100 sebulan. Ketika gajinya rm1200 dia bagi aku rm300 sebulan. Suatu hari aku nekad untuk membalas budi kak Aini yang membesarkan aku sejak aku berumur 7 tahun. Rm50 aku sisihkan dan bagi pada kak Aini. Niat tu nak bagi setiap bulan. Pada mak mentua, memang dia tak mahu terima. Mak mentua selalu marah kami bila kami beri duit atau kain baju padanya. Dia tahu Rahman tak mampu. Tapi, kak Aini dan anak-anaknya mungkin tak tahu? Bila aku beri rm50, seminggu selepas itu, kak Aini datang nak pinjam rm200 sebab nak bayar hutang AIM. Aku terkena tekanan perasaan ketika itu dan update status dalam facebook. Aku buat satu sketsa dan gunakan akaun facebook yang guna nama anak lelaki angkat kami. Farhanna baca dan kata aku menganjingkan mereka. Farhanna mungkin tak tahu, sebelum sketsa tu aku update, aku dah baca komen-komen Fahanna dan anak sulung kak Fauziah mengutuk aku. Aku relax saja dan tak mengamuk apa pun. Aku baca, senyum dan scrool. Sebelum tu aku selalu tag Farhanna dengan topik tutup aurat di media sosial dan aku kena block dengan Farhanna. Kemudian Farhanna datang ke rumah dan nak pinjam netbook Atirah. Kononnya nak cari facebook dia. "Hang dah block aku, mana nak jumpa dah facebook hang." aku buat ayat menyindir. "Hang tau noh, ingatkan hang tak tau." Farhanna membalas sambil tersenyum herot. Anak sulung kak Fauziah suka berpoya-poya dengan lelaki. Dia datang ke surau kononnya untuk solat Tarawikh di bulan puasa, sebaliknya dia dating dengan lelaki tepi rumah kami. Salah aku sebab busy body dan report pada mak kak Fauziah iaitu kakak sulung abang Sudin. Bila aku si tukang report ni kantoi, anak sulung kak Fauziah ni sakit hati dan kutuk aku dengan Farhanna dalam facebook. Kenyataannya Farhanna dan anak sulung kak Fauziah si Nadira ni tak tahu aku ada banyak akaun fake yang masih follow mereka. Aku baca semua tohmahan mereka dalam facebook tanpa sebarang respon hinggalah muncul sketsa kak Aini pinjam duit aku rm200 tu. Teruk aku kena kutuk dan lawaknya si Nadira ni pun tumpang sekaki berjemaah buat status mengutuk aku. Mungkin mereka tak sangka, aku baca semua status dan komen-komen mereka sebab akaun fake aku guna nama samaran yang tak ada kena mengena dengan aku. Tempat tinggal akaun fake tu di Teluk Intan Perak, umur pun masih muda dan tarikh lahir pun aku hentam kromo saja. Aku follow, aku baca semua pos mereka. Aku jadi CCTV dalam diam. Bahayanya orang diam seperti aku. Diam-diam aku, semua berita masuk ke pengetahuan aku. Kerana sketsa pinjam duit juga, anak perempuan ke empat kak Aini seranah aku melalui mesej. Dia tak bagi aku panggil mak mereka kakak lagi. Kak Aini pun jumpa aku, dia akan mengelak dan ikut jalan lain. Benci sangat mereka pada aku? Dulu aku selalu tegur kak Aini " Mengata kat orang, tak baik." "Aku cerita hat betul." itulah kak Aini yang membesarkan aku sejak kecil. Dia saja yang boleh cerita perkara betul. Aku baru tulis sketsa, habis anak beranak mereka seranah aku, sampai tak mahu mengaku adik beradik. Nadira lagi sakan, dia yang lebih sudu daripada kuah. Yang paling lawak, Rahman, Atirah dan Asri yang tak ada kena mengena turut menjadi bahan kutukan mereka. Farhanna : Dia ingat anak dia baik sangat. Di depan pijak semut pun tak mati. Di belakang keluar dengan jantan. Farhana tujukan kata-kata tu untuk Atirah. Sebetulnya Atirah tak ada pun teman lelaki. Sejak remaja Atirah dah tak secomel dirinya ketika kecil. Atirah montel dan garang. Aku belum pernah dengar dia couple dengan mana-mana lelaki. Crush tu mungkin ada dan aku follow crush dia sampai crush dia masuk TLDM dan bertunang. Atirah memang pernah banyak kali keluar menemani sepupu dan kawan baiknya pergi dating. Atirah pun pernah cerita semuanya. Bukannya Atirah tak cerita langsung. Yang Farhanna dan Nadira tak tahu, aku tahu Atirah keluar dengan kawan-kawannya dan teman mereka pergi dating. Sampai berpuluh tahun lamanya, Atirah dah tak mahu pergi ke rumah kak Aini sebab kes Farhanna mengutuk dia. Lain pula pandangan orang. "Ingatkan hang yang tak bagi Atirah pi rumah kak Aini." kak Rosilah bercerita tentang kak Aini yang telah menghebohkan pada semua orang, aku kini dah tak layan mereka lagi. Tahun 2023 aku dah lebih 4 tahun tak pergi ke rumah kak Aini sebabnya mental aku yang semakin tak waras dan tak boleh bergaul dengan semua orang. Aku stress! Fauzana anak ke empat kak Aini pernah berkata " Hang tak bergaul dengan orang sekeliling pun berdosa!" Ada aku kesah? Dosa atau tak, biar Allah tentukan. Kau siapa, nak buat kerja Tuhan! Dia cakap begitu sebab aku tegur dia pasal aurat. Dia pakai tudung tapi baju selalu sendat dan melekat di badan. Memang salah aku sebab busy body. Lantak dia la nak pakai baju apa pun! Tugas aku menegur dah selesai! Part 33 "Sejahat-jahat manusia adalah manusia yang mengutuk orang yang pernah berbuat baik padanya." Aku sentap membaca atau mendengar ayat tu di media sosial. Mungkin akulah manusia tu yang sedang mengutuk abang Sudin dan kak Aini yang pernah membesarkan aku, bagi aku sekolah hingga kahwinkan aku dengan lelaki sebaik Rahman. Akulah manusia yang tak mengenang budi itu? Kadang-kadang aku sendiri mushkil dengan diri aku sendiri. Baik sangatkah aku ini, sampai semua orang tak baik di mata aku? Baik sangatkah mereka yang selalu mengutuk aku tanpa sebab tu? Aku suka memberi bila aku ada terutamanya duit. Tapi, aku tak suka memberi bila ada orang yang suka meminta. Aku beri ketika ada tapi belum tentu aku ada ketika orang meminta. Masa orang meminta ketika aku pun tak ada, hanya Allah saja yang tau betapa tertekannya perasaan aku. Yang ikhlas terus jadi tak ikhlas. Aku nak berbuat baik dengan semua orang. Aku maafkan semua orang tapi Allah tak izinkan aku untuk lupakan semua peristiwa yang menyakitkan hati. Ingatan aku sangat kuat hingga kejadian tahun 80-an pun masih segar dalam ingatan. Aku masih ingat kawan pertama aku di sekolah pertama aku di Perak sebelum emak meninggal dan aku masih tinggal dengan keluargaku. Lepas emak meninggal, ayah kahwin lain. Lepas itu kakak aku yang nombor dua seibu sebapa pula kahwin. Dia umur 19 tahun, jodohnya lelaki berumur 71 tahun. "Ala..tak lama pun jodoh hang, nanti dia mati hang kahwin la lain." itu kata orang yang kenenkan kakak aku dengan suaminya seorang lelaki berketurunan Jawa dan kakak aku isteri ke empat selepas tiga lagi isterinya ada yang bercerai mati dan cerai hidup. Dua lagi kakak aku berpindah ke Kedah dan bekerja sebagai pembantu rumah. Seorang bekerja di rumah seorang guru dan seorang lagi bekerja di rumah doktor. Yang tinggal di rumah kami adalah aku, kakak Rosidah, abang Asmadi dan ayah sebelum ayah bawa balik perkenalkan emak tiri dan dua orang anaknya. Anak sulung emak tiri seorang lelaki dan sebaya kak Rosidah, anak kedua pula perempuan dan sama umur dengan aku. Sungguh! Emak tiri takkan sama dengan emak kandung. Aku tak suka dengan emak tiri dan aku selalu bergaduh dengan anak keduanya yang sama umur dengan aku. Kak Azia yang berkahwin dengan lelaki tua pula selalu memihak pada emak tiri dan anak-anaknya. Aku benci kak Azia! Dia selalu menangkan saudara tiri yang selalu bergaduh dengan aku. Asyik-asyik aku yang kena beralah. Aku benci! Benci sangat! Sejak kecil aku sudah diajar beralah walaupun aku tak salah. Lepas ayah bercerai dengan emak tiri, ayah hantar aku ke rumah kak Aini dan ayah kahwin lagi dengan janda anak lima yang masih kecil. Jodoh ayah tak kekal juga dan mereka bercerai. Ayah kahwin lagi dengan perempuan bujang tapi sudah berumur dan buta sebelah mata. Ayah tak bahagia juga sebab setiap kali anak-anak ayah bertandang, kami balik ke rumah masing-masing ayah mesti bergaduh dengan mak tiri. Mak tiri yang ini pun tak suka juga anak-anak ayah. Bercerai juga dengan emak tiri ini. Ayah kahwin lagi dengan janda anak tiga. Alhamdulillah, ibu tiri kali ini baik dan boleh terima kami dan terima ayah seadanya dan kekal hingga ayah meninggal dunia. Namun, sebaik-baik emak tiri takkan sama dengan emak yang melahirkan kita. Seburuk-buruk sikap emak kandung, dialah yang mengandung dan melahirkan kita. Jasa emak kandung takkan boleh dibalas dengan wang berjuta, rumah mewah atau kereta mewah. Orang yang tak pernah ada emak tiri, janganlah berangan nak dapat emak tiri yang lebih baik daripada emak kandung walaupun memang ada emak tiri yang melayan anak tiri macam anak kandung. Aku ada pengalaman hidup dengan emak tiri. Kami panggil mereka semua emak tapi dalam hati kami emak kandung tetap yang terbaik. Takkan boleh ditukar ganti. Aku rindu arwah mak aku. Rindu serindunya. Dan rindu yang paling sakit adalah rindu pada orang yang telah pergi untuk selamanya. Huhuhu.. Part 34 Crush aku zaman sekolah hanya seorang, yang buat aku betul-betul gila bayang. Makan minum, nak tidur pun hanya nampak wajah dia saja. Kadang-kadang aku senyum sendiri setiap kali ingat insiden yang terjadi di sekolah antara aku dan dia. Sayangnya, orang yang aku crush ni ramai sangat scandal. Di sekolah kami, dia dah ada dua orang scandal. Hanisah yang cerita bila aku dan crush aku ni kena gosip. Dia cinta pertama aku tapi aku tak berani nak couple dengan dia. Aku bukan macam Hanisah dan Kamariah. Mereka berani couple, aku ni beribu kali crush aku hampiri, aku akan cabut lari. Bak kata pepatah aku umpama 'Jinak-jinak merpati. Nampak jinak, bila didekati terus terbang. Kali terakhir dia cuba hampiri aku masa kami tingkatan 4. Aku ada di pintu belakang kelas dan asyik memerhati awan di langit bila aku sedar dia sedang menuju ke arahku, terus aku masuk ke dalam kelas. Itu kali terakhir aku tengok dia dan selepas itu aku dapat tahu dia dah berpindah sekolah. Perasaan aku? Entahlah, kecewakah aku sebab crush dah tak ada? Aku tak pasti. Masa tingkatan 5 ada budak mengulang dalam kelas kami. Semuanya 4 orang dan salah seorangnya selalu kacau aku. Abang Nasir ni handsome juga. Orangnya tinggi dan berkulit cerah. Tak seperti crush aku, dia tak handsome sangat cuma aku tak tahu di mana tarikannya. Mungkin pada senyumannya sebab setiap kali aku tengok dia mesti dia sedang tersenyum kecuali ketika kami berselisih dan bertentang mata. Dia hanya merenung ke arahku tanpa senyuman. Tapi, setiap kali kami bertentang mata ada getaran hebat dalam hatiku. Aku terlalu gemuruh setiap kali bertembung dengannya. Lutut aku pasti mengigil dan dua kali terjadi kejadian tak diingini di atas tangga. Masa tingkatan dua, kerana dia ikut di belakang aku, dia nyaris terpeluk aku bila aku berhenti untuk bagi laluan pada guru kelasku yang ada di hadapanku jalan dulu. Crush aku pula ikut terlalu rapat di belakangku. Aku berhenti tapi dia masih terus melangkah. Kejadian ini buat mukaku bertukar. Tak tahulah bertukar jadi warna apa, biru, merah atau hijau. Kihkihkih..aku lebih suka bertukar jadi Hulk. Ketika tingkatan 3, aku nyaris jatuh tangga di depan dia. Puncanya mata aku rabun dan terlangkah dua anak tangga. Dia pula ada di belakang aku bersama geng dia. Malu? Sangat malu pastinya. Sehingga aku terus berlari-lari anak menuju ke padang perhimpunan. Allahu Akhbar! Malu tu usah ditanya. Masa ni teringin sangat nak jadi halimunan. Ada tapi tak nampak. Kahkahkah.. Namun, selepas dia pergi aku mula berpatah hati dan meminati seorang pelajar tingkatan enam pula. Hanya minat sebab abang senior tu cute sangat. Dia dari sekolah lain dan datang ke sekolah ini hanya dua tahun saja. Tapi, yang ni bukan crush..yang pertama masih dalam hati hinggalah aku habis sekolah dan mula bekerja. Terjumpa dengan budak vokasional yang sama sekolah dengannya ketika tingkatan 4 dan tingkatan 5. Tanpa dipinta, kawan baru aku ni cerita pasal crush aku tu di sekolah mereka. Semuanya dia cerita tanpa dia sedar hatiku yang sedang terguris luka. Ya! Aku patah hati betul-betul kali ni. Di sekolah baru, dia lagi ramai awek's. Hari-hari lepas tu asal dengar lagu Sampai Hati oleh kumpulan Spring, air mata aku pasti bergenang. Gila sungguh la perasaan ni. Crush saja pun. Selepas kahwin, aku terima Rahman seratus peratus tanpa bantahan. Aku percaya, jodoh yang Allah atur untuk aku lebih baik lagi. Zaman semakin berubah, dunia maya semakin menyerlah. Aku add semua rakan sekolah termasuk crush aku ni. Aku add juga isterinya yang cantik tu. Namun aku block crush ni sebab hari-hari dia pos pasal politik. Aku ni anti sangat pasal politik. Zaman crush dah lama berlalu. Aku jadi kawan baik dengan isterinya. Baik sangat walaupun, akhirnya aku terlepas cakap aku pernah crush dengan suaminya. Berani gila! Isterinya mula menyoal tentang masa lalunya. Aku beritahu perkara yang aku tahu saja. Isterinya pun bercerita dia hampir bercerai dengan suaminya gara-gara suaminya contact kembali dengan aweknya zaman sekolah vokasional dulu lepas pergi reunion. Aku test juga suaminya dan hantar private messegger melalui facebook tapi satu mesej aku pun tak berbalas. Aku bagitahu isterinya, suaminya tak pernah respon pun mesej aku. Aku dan isteri ex crush aku ni terus berkawan baik, saling like dan berbalas komen dalam facebook. Kami juga berchit chat dalam WhatsApp hinggalah aku selalu mimpi mereka datang ke rumah. Paling menakutkan aku mimpi crush aku ni datang dan cakap I love You kat aku. Aku mula keliru, andai ini angkara jin afrit yang nak sesatkan fikiran aku maka jauhkanlah aku daripada mereka. Lama aku berkawan dengan isterinya, angkara mimpi aku unfollow isterinya dan tak like dan komen postingnya lagi. Aku putuskan tak nak rapat dengannya. Takut mimpi yang sama berulang lagi. Lama lepas tu aku stalk isterinya. Ada satu pos isterinya yang menyentap tangkai hatiku. Dia share gambar seorang pondan dan tag suaminya dengan kata-kata " Jangan layan ex yang cantik saja, yang tak cantik ni nanti kecil pula hati." Status tu macam ditujukan untuk aku? Serius, aku perasan ex yang tak cantik tu adalah aku. Betul, sebab aku pun kawan dengan ex suaminya yang lain. Semuanya mantain ayu dan cantik dan dia layan semuanya. Isterinya yang cerita. Patutlah dia bukan jodohku. Citarasanya semuanya wanita cantik dan kecil molek. Melalui cerita isterinya, dia jarang solat. Allahu Akhbar, aku harap dia mula utamakan solatnya pada dunia akhir zaman ini dan mula bimbing isteri dan anak-anaknya hingga ke Jannah. Aku sudah tak ada perasaan padanya lagi. Tiada dendam di hatiku dan aku mohon pada Allah, tolong jangan hadirkan dia dalam mimpiku lagi kerana walaupun aku sudah putuskan hubungan aku dengan isterinya sesekali aku masih mimpi mereka berdua. Sungguh, aku keliru dengan mimpi-mimpi mainan tidur ini. Aku tak pernah ingat mereka tapi kenapa mereka masih hadir dalam mimpiku? Mesti jin afrit ni yang nak sesatkan fikiran aku, kan? Aku sepuh jugaklah keturunan mereka ni! Yang nak sesatkan aku dalam mimpi, jaga-jaga sekali lagi aku mimpi aku tembak semuanya! Kihkih.. Aku tembak termasuk ex crush aku dan isterinya. Hahaha.. Part 35 Sisi baik Rahman, banyak sangat. Dia yang menemani aku setiap kali masuk wad. Dia yang menemani aku setiap kali aku dibawa ke hospital dengan ambulan. Dia adalah suami contoh bila aku sakit. Dia yang merawat aku sebaik mungkin. Rahman boleh dipuji masa aku sakit dan sekarang bila aku terus membisu adalah saat terbaik untuk tengok kebaikan Rahman. Setiap pagi dia sediakan nasi tapau untuk aku. Balik kerja waktu zohor, dia akan masak nasi dan lauk tapi aku tak pernah makan masakannya kecuali dah tak ada benda nak makan. Selalunya aku akan masak sendiri hanya untuk diri aku sendiri. Aku betul-betul mogok buat kerja rumah. Penat? Ya, selebihnya tak larat dan bosan buat kerja yang sama sejak 26 tahun yang lalu. Aku nak keluar bercuti, beriadah tapi tak tahu ke mana nak pergi apatah lagi dengan badan yang tak sihat ni. Hari ini tubuh aku semakin lemah. Aku tidur seharian. Malam pula walaupun menguap sampai keluar air mata, aku hanya boleh lelap sejam atau paling lama 3 jam saja. Selebihnya di siang hari tubuhku sangat lelah dan tak bermaya. Tidurku pula tak pernah aman. Mimpi-mimpi selalu menemaniku. Kadang-kadang aku jadi takut untuk lelap dek kerana mimpi-mimpiku. Aku pasang rukyah mp3 setiap kali nak tidur. Aku baca selawat, doa, Al-Fatihah, 3 Qul, Ayatul Qursi dan sebagainya lagi, aku tetap diganggu mimpi-mimpi yang sangat cacamarba. "Ya Allah, tolong beri aku tidur yang berkualiti tanpa diganggu dengan mimpi-mimpi. Aku nak tidur senyenyaknya agar esok pagi aku bangun dengan penuh semangat. Aamiin." Doaku setiap kali nak tidur namun doaku tak pernah lagi makbul setakat ini. Aku baca doa tidur lagi diikuti dengan dua kalimah syahadah. Mana tahu tidur terus dan tak bangun lagi. Mata tak mahu lelap juga. Rahman di sebelah sudah berdengkur selepas dia tolong picit aku dari kepala sampai tapak kaki. Itulah kebaikan Rahman yang tak boleh aku sangkal lagi. Tiga hari lepas, Rahman belikan aku nasi tapau berlaukkan kari daging campur kacang panjang dan kentang. Aku tahu aku alahan kacang panjang tapi aku makan juga sampai habis. Natijahnya satu badan aku lenguh-lenguh dan sakit. Tubuh mula rasa seram sejuk nak demam. Itulah, pantang ada semuanya aku telan. Yang kena bahana adalah Rahman. Kalau dia tak tolong urut siapa lagi nak urutkan aku? Dia sakit, dia urut sendiri. Aku nak urut diri sendiri pun aku tak mampu, macam mana nak tolong dia? Tangan aku dah tak kuat untuk mengurut diri sendiri apatah lagi nak urut dia. Dua-dua belah tangan aku kebas. Bak kata seluruh badan aku sakit. Aku tenat lepas keluar wad terakhir kali sejak tahun 2012. Aku mula solat atas kerusi sejak 2012 lagi. Sesekali aku rindu nak sujud atas sejadah, aku akan solat secara normal. Allahu Akhbar, sakit sangat. Aku tak mampu lagi Ya Allah. Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui. Aku dah tak mampu nak duduk tahiyat awal dan akhir. Lutut aku seakan lari enselnya. Jari jemari kaki aku sakit, betis rasa cekang dan pinggang aku bagai nak patah rasanya. Seluruh sendi dan urat saraf aku sakit sangat. Beberapa kali aku ulang tengok cara-cara solat sambil duduk tapi bila aku cuba buat juga tak mampu untuk berdiri lama. Aku tak boleh nak fokus baca surah dan tak mampu untuk kusyuk. Tubuh bagai nak tumbang rasanya. Selepas angkat takbir terus aku duduk atas kerusi. Itu saja caranya untuk aku fokus, kalau tak, minda asyik menahan segala rasa sakit yang menyerang tubuhku. "Suami puan romantik la." doktor pelatih yang merawatku memuji Rahman tiba-tiba. Aku berjeda lama. "Pasai pa?" aku menyoal juga. "Setiap waktu melawat dia masuk tengok." aku tersenyum. Oh, itu maksud romantik rupa-rupanya. "Dia tak balik rumah pun. Memang dia berkampung di hospital sepanjang saya dalam wad." "Laa..dia tidur di mana?" doktor pelatih menyoal lagi. "Kan ada tempat rehat dekat dengan cafe hospital. Ramai ja waris yang tidur, solat di situ." itu yang Rahman ceritakan padaku. Macam-macam orang dia jumpa. Ada yang dah jumpa berkali-kali setiap kali dia menemani aku di hospital sampai dah jadi kawan. Bila tangan aku bengkak akibat jarum drip air, Rahman yang tolong racikkan daging ayam dan suapkan aku. Doktor dan nurse ternampak dan memuji Rahman lagi. Allahu Akhbar, adakah aku salah seorang hambaMu yang tak bersyukur itu? Nikmat mana lagi yang aku dustakan? Rahman baik, aku tak pernah kata Rahman jahat. Yang terjadi akibat aku sentap adalah Rahman tak pernah bagi aku peluang untuk aku meluahkan perasaan yang terpendam dan aku tak berdaya untuk meluahkan segalanya. Aku fobia untuk bersuara lagi. Entahlah. Aku tak tahu sampai bila aku akan terus begini. Mungkinkah aku akan terus membisu sampai aku mati? Rahman baik dengan semua orang. Itu kenyataannya terutama paling baik dengan anak-anak. Aku mula masuk hospital ketika Atirah umur 5 tahun. Sejak itu Rahman yang uruskan Atirah. Aku mula panas baran sejak sakit ni. Aku kuat membangkang. Aku tak suka anak-anak yang terlalu manja, takut mereka tak mampu berdikari bila kami dah tak ada lagi. Kami ambil anak angkat, umur anak lelaki angkat 3 bulan aku masuk hospital lagi. Anak angkat kami ambil hujung tahun 2009, aku pula keguguran 2010, 2011, 2012 berturut-turut. Anak lelaki angkat kak Aini dan anak-anaknya yang tolong jaga. Asri panggil kak Aini emak, panggil Fauzana ibu, suami Fauzana dia panggil abah, Farhanna dia panggil mama, dengan mak kandungnya pun dia panggil mama juga. Kami tak pernah berahsia tentang siapa ibu kandungnya. Pernah aku bertanya padanya " Sapa yang beranak kat hang?" "Mak la." dengan yakinnya dia menjawab tapi aku memberi jawapan yang sangat kejam padanya. "Mak beranak kat kak hang sorang ja." lepas tu aku on facebook dan tunjuk gambar keluarga kandungnya. Memang wajah dia berubah mendung. Aku memang emak yang kejam pada Atirah dan Asri, hanya Rahman yang terbaik untuk mereka. Tanpa aku pun mereka boleh hidup bahagia rasanya. Aku garang dengan anak-anak namun garang aku bersebab. Demi masa depan mereka berdua kerana aku dan Rahman takkan mampu untuk 'menongkat langit'. Kami akan dijemput Ilahi suatu hari nanti. Moga keduanya mampu menjaga diri sendiri setelah kami tiada di dunia ini lagi. Aku harap aku yang pergi dulu kerana kalau Rahman yang pergi dulu, siapa pula nak urut aku lagi nanti. Kahwin lagi? Takkan! Part 36 Sejak dulu lagi manusia suka menilai orang melalui penampilan. Orang yang pakai segak bergaya dilayan ala-ala VVIP. Bibir sentiasa terukir senyuman manis dan ramah tamah menegur. Orang yang pakai selekeh buat-buat tak nampak saja. Dah tu mulut laser ya amat. Memang ramai orang macam ni di dunia sekarang pun. "Berapa ni sepasang?" mak angkat kak Rosilah yang membawa aku bershoping di Alor Setar bertanyakan harga sepasang kasut yang terjual di deretan kaki lima kedai. "Itu sepuluh ringgit sepasang." amoi kedai itu menjawab pertanyaan mak long Kinah. "Tak boleh kurang ka?" adat orang veteran membeli pasti nak tawar menawar. "Kampung mali.." jurujual yang berbangsa melayu berkata dengan mulut mencebik meluat. Aku merenung tajam ke arahnya. Dalam hati aku tersentap sesaat. Kampung mali pun kampung malilah, kau tu bandar mali ka? Jangan-jangan orang kampung juga? Kalau orang bandar sekali pun, mesti miskin juga, kalau kaya takkan jadi jurujual? Aku menebak dalam hati. "Tak boleh la mak cik, kami tak untung loo.." amoi tu masih berbahasa walaupun dia tersenyum juga bila mendengar kata-kata jurujual berbangsa melayu tadi. Selepas membeli kasut mak long bawa aku ronda-ronda lagi. Kali ini kami singgah kedai baju pula. "Hang nak beli baju dak?" mak long tanya aku sambil tersenyum. Aku mengeleng perlahan. Tak sampai hati pula nak pau duit mak long. Masa tu aku belum bekerja lagi. Aku masih sekolah, baru nak ambil SPM. Cuti sekolah sengaja datang bercuti tengok tempat orang. Rumah keluarga angkat kak Rosilah dekat dengan Alor Setar. Kalau naik bas tak sampai 20 minit pun. Bak kata tak sempat panas punggung dah sampai. Naik teksi lagilah cepat sampai kalau jalan raya tak jammed. "Baju tu tak mau?" mak long tunjuk deretan baju t-shirt berbagai saiz. Aku tetap mengeleng. Mak long belek harga. Aku pun belek sama. Ada yang harga rm5.00, rm10, rm20 dan ke atas mengikut saiz dan kualiti. "Pilihlah selai, mak long bayar." aku mengeleng lagi. Mak long bawa ronda Alor Setar pun dah besar rahmat. Tapi, ini bukan kali pertama la aku keluar Alor Setar ni. Sebelum ni kak Rosilah dah bawa aku ronda. Hari ini giliran mak long pula. Tak sama tau, keluar dengan kak Rosilah dan keluar dengan mak angkat dia. Dengan kak Rosilah kami mesra alam, boleh sembang apa saja. Dengan mak long baru naik bas dah rasa kekok. Apa tak kekoknya, mak long melatah dah tu ayatnya mencarut sikit. Malu giler weh, satu bas tengok. Aku ni sweet seventeen kot. Kihkih.. "Pilihlah. Mak long bayar, takpa.." mak long terus mendesak aku. Aku geleng lagi. Dalam masa yang sama aku perhatikan wajah jurujual. Masam mencuka, macam terpaksa layan kami saja. Aku paling tak suka tengok wajah jurujual macam tu. Kami sebagai pembeli wajib dilayan sama rata. Kaya atau miskin bukan persoalannya. Kerja kau layan kami, tak boleh pilih-pilih kasih. Sekali kami sentap tengok muka cemberut kau tu, rezeki tauke kedai pun lari tau. "Pi kedai lain la mak long. Tak berkenan la, paling tak berkenan tengok muka jurujual depa. Macam cekodok basi." aku berbisik pada mak long. Mak long tergelak. "Macam-macam la hang ni." mak long pun berlalu dan keluar dari kedai tersebut. Kami terus berjalan melalui deretan kedai. Ada kedai bunga, kedai ubat, kedai jual tudung dan sebagainya. "Mak long, jom masuk cuci mata kedai ni sat." aku buat permintaan pada mak long bila kami sampai di depan kedai bunga, bukan niat nak beli pun, hanya nak jamu mata saja. Mak long setuju dan ikut aku masuk. Aku belek satu persatu bunga. Hati tertawan tapi bukan untuk dibeli. Jurujual di kedai ini pula ikut ke mana saja kami pergi. "Yang ni tiga tangkai 10." tanpa disoal jurujual berkata pada aku yang sedang memegang sejambak mawar merah tiruan. Bunga tiruan bukan bunga segar. Kedai bunga yang kami masuk ni ada juga menjual bunga telur dan kelengkapan untuk kenduri kahwin. Aku meronda lagi di dalam kedai tersebut dan membelek pula gubahan bunga yang telah digubah cantik. "Yang ni 35 ringgit. Yang tu 45, yang besar sikit tu ada yang 50, 60.." sekali lagi jurujual tu berkata. Aku angguk perlahan. Hati meronta-ronta ingin jurujual berlalu pergi. Nak halau, tak gamak pula. Tak selesa beb, bila niat sekadar nak jamu mata tapi ada jurujual pula yang mengikut ke mana saja. "Jomlah mak long, puas dah jamu mata. Lain kalilah kita mai beli." sengaja aku kuatkan sikit suara pada mak long agar jurujual tu dengar juga. "Lain kali cakap la nak tengok-tengok saja. Takdak duit takyah la masuk. Buang masa kami ja." aik, melawan la. Hahahaha.. Aku dengar mak long gelak, aku hanya senyum simpul. Tak kuasa nak terasa hati. Memang tak ada duit nak beli pun. Niat awal pun bukannya nak beli. Aku ni kalau tengok bunga, langkah tak pi orang Kedah kata. Selagi tak belek, kaki tak mahunya bergerak. Usai ronda-ronda kaki dah letih, tekak pun dah dahaga, perut pun mula berkeroncong, mak long ajak aku pergi makan. Kami menuju ke Medan Selera Pekan Rabu. Kami pilih kedai makan nasi berlauk. Aku macam biasa, tak nak susahkan mak long, aku ambil lauk telur mata, sayur bayam goreng telur dan sikit sambal bilis. Minuman hanya air sirap. Kami duduk dan makan sebelum menuju ke stesen bas untuk pulang semula ke rumah mak long di Batu Enam. Best tinggal dengan mak long ni. Almaklumlah, mak long tak ada anak, hanya kak Rosilah seorang saja, itu pun anak angkat. Kerja mak long berniaga juga tapi ikut kawan-kawannya berniaga dari rumah ke rumah. Bukan di tempat mereka la. Selalunya mereka pergi merata tempat dan dia menjual macam-macam benda. Ada minyak angin, bedak air, bedak sejuk dan banyak lagi. Mak long juga jual acar buah limau, acar buah- buahan kering. Segala macam tanaman sekeliling rumah pun dia jual. Kak Rosilah pernah cerita, di bulan puasa ada orang datang borong tebu yang mereka tanam. Serumpun tebu mereka bayar rm300. Kak Rosilah pula buka kedai makan di depan rumah mereka. Dia jual nasi ayam, nasi goreng ayam, mee goreng, rojak, ais kacang (ABC) dan macam-macam minuman lagi. Mak long pun ada banyak relung sawah padi. Mak long bukannya miskin. Duit dalam bank ada beribu, cuma mak long ni suka berjimat cermat, gitu. Syok tinggal dengan mereka waktu cuti sekolah ni, nak makan apa pun, belum order dah sampai depan mata. Nikmat mana lagi yang aku dustakan? Note : Sorry la, saya baca novel dalam wattpad ni kebanyakan cerita orang kaya, saya pula cuba ketengahkan cerita orang miskin sebab tu cerpen2 saya diketepikan oleh pembaca-pembaca yang mungkin orang kaya raya. Namun cerita saya logik dan berasas dan semuanya kenyataan yang pasti. 🤫🤭🤭🤭 Part 37 Pernah tak dalam hidup aku ni bertemu dengan orang kaya? Pernah aih, banyak kali. Aku suka kalau orang kaya tu baik dan tak sombong. Bila berjumpa, mereka yang terlebih dulu hulurkan tangan untuk bersalam. Allahu Akhbar, tangan mereka macam kapas beb. Lembut sungguh la. Pernah bertemu dengan artis atau YB? Eh, pernah juga, secara kebetulan. Ketika aku kerja kilang dulu memang ada artis yang dijemput untuk menghiburkan kami. Ada kumpulan top masa tu, yang membawakan lagu-lagu rock dan balada. Tapi, setiap kali ada dinner setahun sekali yang buat di hotel, aku akan balik kampung. Jujur sangat, dengar saja hotel, aku jadi takut dan hilang keyakinan diri. "Balik kampung lagi best." itulah ayat aku setahun sekali dinner diadakan. Hanya sekali saja aku hadir ketika dinner diadakan di kilang dan bukan di hotel. Jakun sangat, kan aku ni? Hihihi.. Kenapa pekerja suka pergi dinner yang diadakan oleh syarikat? Yang aku tahu hanya satu, iaitu ada cabutan bertuah. Yang bertuah mungkin akan dapat kereta, barang eletrik dan sebagainya. Aku ni selalu berdoa, janganlah aku dapat nombor cabutan bertuah. Hahaha..pelik, kan? Gemuruh, itu salah satu sebabnya. Pernah sekali aku dapat nombor cabutan bertuah ketika aku pergi mesyuarat PIBG di sekolah Atirah dan nombor aku terpilih. Serius wei, aku rasa macam nak pitam bila naik ke pentas untuk ambil hadiah. Itulah kali pertama dan kali terakhir aku tunggu cabutan nombor bertuah. Habis saja mesyuarat aku akan blah. Tak kuasa eden, nak nunggu sampai selesai majlis. Hahaha.. Jumpa artis? Yes, pertama kali tengok Annuar Zain di depan mata dan makan semeja. Tapi dia meja hujung sana, aku meja hujung sini. Ketika dia nak pulang, dia lalu di depan kami. Laa, ingatkan Annuar Zain ni tinggi, kecil ja rupanya. Hihi.. Tegur ka Annuar Zain tu? Hurm, hanya mampu tengok sajalah. Nak tegur jangan haraplah. Kebetulan sepupu Rahman yang tinggal di Penang buat kenduri. Suami sepupunya tu sepupu juga, kerja jadi penyambut tetamu di hotel tempat Annuar Zain buat show, abang dia pula jadi chef. Alang-alang mereka buat kenduri, maka mereka jemputlah Annuar Zain dan kru-krunya datang makan kenduri. Aku pun boleh juga merasa masakan chef hotel dan dapat bersalam dengan jiran mereka seorang guru bergelar datin. Jiran mereka dua beranak inilah yang tangannya selembut kapas. Masa sekolah dulu, pernah juga bersalam dengan anak orang kaya yang tangannya selembut kapas. Mulanya aku ingat dia sombong, tak berani nak tegur. Tapi bila sekolah buat kem kecemerlangan pelajar untuk form 4 dan form 5, aku turut serta. Kami tidur di dalam kelas beramai-ramai, campur semua pelajar miskin dan kaya. Dalam kem ni memang kami diharuskan bekerja secara berkumpulan. Aku memang bukan geng anak-anak orang kaya tapi anak-anak orang kaya bertegur sapa jugalah dengan aku. Bangga ka? Biasa saja. Bagi aku, kaya atau miskin sama saja di sisi Allah. Yang selalu membezakan kaya dengan miskin ni hanyalah manusia. Itu cerita zaman sekolah, artis seterusnya adalah Kartina Aziz, dia datang buat MLM barang-barang CNI di rumah jiran sekampung. Kami ni bukan pergi nak tengok dia promote barang pun, hanya pergi sebab nak tengok artis saja. Kihkih, bukan selalu artis masuk kampung, tapi tak nampak pula orang yang snap gambar atau sign autograph. Ada sekali tu artis shooting sebuah drama depan rumah. Aku tengok tapi tak perasan pun mereka tu pelakon. Jenis aku memang tak suka busy body. Drama budak-budak saja, dan pelakon budak-budak yang belum terkenal sangat pun. Iyalah, tak terkenal tu sebab aku ni malas nak ambil tahu hal artis ni, sebab yang tak kenal tu mungkin aku sorang saja. Hahaha.. Sebut pasal CNI, aku pun pernah sekali pergi ulangtahun CNI yang ke-15, jakun sangat bila pertama kali masuk Stadium Bukit Jalil, hahaha. Dapat pula bergambar dengan jutawan CNI dari Sarawak kalau tak silap aku, tapi banyaknya aku la yang snap gambar mereka, hahahaha.. Malamnya pula ada show dan artisnya adalah Dato Siti Nurhaliza. Wow! Boleh tengok show live Dato Siti la. Bangga ka? Entahlah, show baru saja bermula, upline kami ajak balik. Aku pula tersesat masa nak keluar dari stadium. Nyaris pitam sebab pening cari bas kami tak jumpa. Hadoilah..terukkan nasib aku ni... Itu baru kisah dengan artis, meh nak cerita kisah berjumpa YB pula. Kak aku yang kahwin dengan lelaki umur 71 tahun tu, anak-anak dia kebanyakannya orang kaya. Yang sorang tu pernah jadi YB di kawasan Kuala Lumpur. YB dun saja kot, bukan Parlimen pun. Sekali tu aku pergi beraya di sana, keluarga YB ni pun balik sekali. Rumah kak aku, atas papan, bawah simen. Anak tiri kak aku yang YB ni katanya kahwin dengan kerabat diraja. Mereka datang beraya tapi tak tidur dan makan pun. Mereka hanya datang untuk beraya dengan abang ipar aku saja. Aku ni hanya berani intai mereka dari dapur saja bila mereka keluar bersantai di beranda depan rumah. Mak Engku dan anak - anaknya datang bersalam dengan kami tak? Memang taklah! Aku tengok saja, anak- anak perempuan mereka yang semuanya free hair. Abang ipar aku ni warak sangat, dah tu kuat berleter kalau anak- anak tak solat dan sebagainya. Anak-anak kak aku semuanya tutup aurat dan ada yang bertudung labuh. Kak Azia pun kalau bab agama, jangan nak ajak bahas, takkan menang punya. Aku dengan kak Azia memang malas nak bahas, tahu dah, akhir-akhirnya aku yang makan hati. Kihkih, kak Azia ni spesies Rahman. Payah nak menang. Anak tiri kak Azia hanya anak isteri pertama saja yang ramah tamah. Kalau jumpa dia, dengar dia berceloteh macam murai tercabut ekor. Menantu abang ipar aku ada seorang saja yang datang ke dapur bersalam dengan aku. Suaminya Leftenan TLDM, orang kaya juga tapi yang ni tak sombong. Kadang-kadang orang kaya ni ramahnya mengalahkan orang miskin, ada juga orang miskin yang sombong? Ada ka? Siapa orang miskin yang sombong tu? Aku la. Hahaha, asal eh? Kisahnya, aku ni rabun, dah tu memang pendiam. Memang ada ramai orang cakap aku ni sombong. Lebih-lebih lagi sekarang ni mental sedang breakdown. Orang datang rumah, aku tak buka pintu. Orang tegur aku tengok saja tapi tak bersambut. Kenapa? Aku sendiri pun tak ada jawapannya. Akibat aku terus membisu, Allah dah hukum aku. Sakit tekak dah dua hari ni. Nak telan air pun seksa sangat. Sombongkah aku, andai aku dah tiada mod lagi untuk bersuara? Tapi, ada YB yang tak sombong. Kami jumpa YB ni di hospital. Dia ahli pahlimen kawasan kami. Ketika tu anak lelaki angkat kami dilanggar motor, dagunya berlubang. "Bukan motor langgar dia tapi dia yang langgar motor." aku berkata bila YB tu menyoal. YB ni kenal Rahman, jadi bila jumpa kami dia pun tegur. Anak lelaki YB ni sakit perut, sebab malam, masing-masing datang bilik kecemasan. YB ni aku tengok ok saja. Tak ada pula sikap angkuh atau sombong. Rahman kata, jumpa di mana-mana pun tetap menegur dengan ramahnya. Sesekali YB ni akan ukur perut dengan Rahman, siapa paling boroi, hahaha.. Lawak pula bila dengar Rahman cerita. Ah, Rahman pernah jadi petugas SPR masa PRU, nak hairan apa kalau dia rapat dengan YB. Yang hairannya aku ni. Jujur aku tak suka Rahman aktif berpolitik. Pulangnya pukul 1.00-2.00 pagi kalau musim PRU. Leceh. Letih menunggu di rumah, selagi dia tak balik, aku pun tak boleh tidur. Kerana politik juga, kami dipulaukan sesetengah orang sebab fahaman politik yang berbeza. Sebab itulah aku tak suka berpolitik. Islam sesama Islam pun berpecah belah. Sekali lagi, leceh. Note : Maaf, sesekali tersangkut cerita dunia reality yang tak boleh disangkal lagi. Siapa kita ni? Di sisi Allah kita hanyalah seorang hamba. Part 38 Semua wanita bertudung labuh, memakai niqab hanya nampak mata saja tu baik dan warak ka? Ada orang kata, "Jangan menilai daripada luaran, tengok saja kami macam ni, tapi kami solat." Ada pula yang kata "Mulut saja jahat tapi hati kami baik." Yang tak tutup aurat dan pakai seksi pun selalu mengaku mereka tu baik, tak jahat pun, inikan pula yang pakai niqab dan hanya tayang mata saja. Semua orang tak pernah mengaku mereka tu jahat, hakikatnya omputih kata "Nobody Perfect." Sebab tu bahasa omputih, memanglah omputih yang kata. Kihkih.. Dulu, aku pernah dengar seseorang bercerita " Ustazah di kampung kami bunuh diri sebab anak perempuannya mengandung di luar nikah. Dia tak tahan dikeji orang sebab anaknya berzina." Dia seorang ustazah yang ada cukup ilmu agama tapi Allah uji dia dengan hal yang macam tu. Seorang ustazah pun hilang pedoman bila diuji. Ada juga aku terbaca kisah luahan hati seorang ustazah yang bersuamikan seorang ustaz alami depression. Kesnya, suaminya seorang ustaz tu hanya baik di depan umum saja. Dalam rumah tangga, ustaz tu tak pernah tolong isterinya uruskan anak-anak dan tak pernah tolong buat kerja rumah. Ustazah stress sebab semua kerja rumah dia yang uruskan. Ustaz hanya tahu keluar ceramah, balik rumah mesti sempurna. Makanan harus terhidang, anak-anak harus bersih dan tak comot. Anak-anak tiga orang dan rapat-rapat umurnya. Semuanya lelaki dan sangat lasak. Ustazah depression dan nyaris bunuh diri. Di depan semua orang, ustazah nampak gembira dan ceria hinggalah dia bercuti dengan keluarganya dan terjun dalam laut untuk menamatkan riwayatnya. Ustazah ni pendam semua masalahnya, mengenangkan suaminya seorang ustaz dan takut aib suaminya tersebar. Namun, kesabaran seorang ustazah juga ada batasnya. Aku juga pernah kenal seseorang yang pernah mengandung anak luar nikah memakai niqab. "Betoi ka, dengar kata anak Yam tu baru nikah 4 bulan, dah beranak?" seseorang bertanya padaku tentang anak seorang jiran sekampung yang memakai niqab ketika menziarahi datuknya yang baru meninggal dunia. "Tak tau la.." aku malas nak melayan gosip orang kampung ni. Walaupun aku pun pernah dengar cerita tu tapi, aku lebih senang berpura-pura tidak tahu. Selang beberapa minit, perempuan yang berniqab tadi membuka niqab dan tudungnya. Kini dia sedang tayang rambutnya pada umum. Aku berkata dalam hati "Apa tujuan hang pakai niqab tu? Orang masih ramai, hang dah londeh semua." Pernah juga pergi jamuan MLM di hotel. Ada seorang kakak ni pakai niqab. Ketika itu sungguh aku teringin nak busy body. Yang namanya jamuan, mesti ada makan-makan. Kena pula makan di hotel mesti makanannya mewah dan sedap. Aku perhati saja kakak yang berniqab ni dalam diam. Terbuntang mata aku beberapa saat. Bila tiba waktu makan, dengan selambanya kakak tu buang niqab yang menutup mukanya. Dia makan dengan lahap tanpa pedulikan orang sekeliling. Pinggannya penuh dengan makanan. Hailah kakak, ingatkan orang berniqab ni pemalu. Aku tersalah faham rupa-rupanya. Berpurdah, bertudung labuh tak melambangkan hati seseorang itu. Begitu juga yang memakai seksi dan tak menutup aurat dengan sempurna. Allah dah kata "Syurga bukan untuk orang yang banyak amalannya, tapi dengan rahmat Allah." Oleh itu jangan nilai seseorang itu dengan penampilannya. Kita tak tahu sebanyak mana kebaikan yang dia telah buat dalam diam. Dia pelacur, kaki arak, kaki judi, perompak, penyamun, penagih, jangan sesekali hina mereka. Malahan tolong doakan mereka juga salah seorang daripada ahli syurga. Moga mereka juga diberi hidayah oleh Allah. Ingatlah, doa kita sedang diaminkan oleh malaikat yang sedang mencatit amalan kita kiri dan kanan. Doa malaikat, In sya Allah akan makbul. Doa kita belum tentu beb kerana keikhlasan tu macam Surah Al-Ikhlas, tak nampak ikhlas tu di mana melainkan Allah saja yang Maha Mengetahui. Allah dah suruh kita tutup aurat mengikut syariat. Walaupun kita solat dan puasa tapi aurat masih terdedah, kita belum cukup sempurna sebagai orang Islam. Semoga kita semua sempat bertaubat sebelum tiba kiamat kecil kita iaitu kematian. Bila dah mati, jasad terbujur kaku, nak bertaubat pun tak sempat dah. Ingatan untuk diri aku juga yang belum sempurna amalanku untuk dibawa ke sana. Ke dunia akhirat yang kekal abadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.