AKHIRNYA novel ke sepuluh aku sudah
sampai ke meja penerbit. Setelah bertungkus lumus menyiapkannya aku kini sedang
berehat bersama keluarga di rumah. Aku belum bersedia untuk menulis novel
seterusnya. Aku ingin berehat sepuas-puasnya sebelum memulakan penyamaran yang
lain pula.
Sempena meraikan kejayaan novel aku
yang ke sepuluh ini, aku meminta ayah dan emak menjemput saudara mara dan
handai taulan. Aku ingin mengadakan kenduri kesyukuran dengan duit royalti yang
aku perolehi baru-baru ini. Atas nama kedua ibu bapaku kenduri kesyukuran itu
berlangsung hari ini.
‘’Amboi Ucu, macam pengantin. Apa hal
ni? Siap berbaju melayu dan bersampin lagi? Ada tetamu special nak datang ke?’’ aku mengajukan soalan pada Ucu yang segak
bergaya. Macam kenduri hari ini diadakan untuk meraikan dia pula.
‘’Alaa,.kan kak Yang cakap kenduri
hari ini sempena kejayaan kak Yang menyiapkan novel kak Yang. Jadi,.ini
bermakna nak meraikan kejayaan Ucu jugaklah, sebab tanpa Ucu, novel kak Yang tu
takkan siap tau!’’ aku menjegilkan mataku sebaik selesai Ucu berkata-kata.
‘’Eh! Apasal pulak? Apa kena mengena
Ucu dalam novel kak Yang pulak?’’ aku menafikan kata-kata Ucu. Dia ketawa
sambil mencebik.
‘’Tentulah ada! Kalau bukan Ucu yang
temankan kak Yang di sana, tentu kak Yang tak dapat siapkan novel tu.’’ Giliran
aku pulak yang mencebik. Perasan betul Ucu ni.
‘’Tolong sikit eh, walau pun Ucu dah
berbakti untuk kak Yang tapi Ucu langsung tak sumbangkan idea untuk novel kak
Yang. Sekadar temankan kak Yang pergi menyamar je pun. Apa yang nak dibanggakan
sangat? Tapi, walau apa pun, kak Yang tak kisahlah kalau Ucu nak anggap kenduri
kesyukuran ni untuk meraikan Ucu pun. Boleh je Ucu nak ditimpa perasaan
sorang-sorang. Kalau jatuh nanti bangun sendiri yer sebab Ucu punya perasan tu
tinggi melangit.’’ Aku berkata sambil ketawa kecil. Ucu memasamkan wajahnya.
‘’Hmm,.kalau novel kak Yang ni mendapat
sambutan dan dapat royalti nanti jangan lupa belanja Ucu ye? Sekurang-kurangnya
berbaloi jugak pengorbanan Ucu yang terpaksa makan meggi segera berhari-hari
tu.’’ Ucu membalas kata-kataku sambil berlalu pergi. Aku sudah bercekak
pinggang di tempat aku berdiri. Dalam masa yang sama juga aku menjadi hairan
bila Ucu tidak mematahkan kata-kataku tadi, malahan pengorbananya yang terpaksa
menelan mee segera tu juga yang diungkitnya.
‘’Ucu! Nak ke mana tu?’’ aku
memanggil Ucu yang sudah melangkah laju. Ucu langsung tidak berpaling ke
arahku. Akhirnya aku membiarkan Ucu hilang di sebalik pintu. Aku pula menuju ke
arah dapur dan mengambil keputusan untuk membantu apa yang patut.
‘’Kak Titie, ada apa-apa yang boleh
Shah bantu ke?’’ soalan aku ajukan pada pembantu rumah kami sebaik aku berada
di hadapannya. Kak Titie hanya memandangku sekilas sambil tangannya laju
mengelap pinggan mangkuk yang banyak di hadapannya.
‘’Ngak perlu dibantuin,.cik Shah ke
depan saja. Raikan tetamu-tetamunya nanti.’’ Bantuan yang ku hulurkan ditolak
mentah-mentah oleh kak Titie. Tanpa banyak soal lagi aku mencapai sehelai tuala
kecil dan mula mengelap pinggan.
‘’Ngak usah! Cik Shah pergi bersiap
aja, nanti tetamu-tetamunya datang cik Shah masih belum berhias.’’ Kak Titie
cuba merampas tuala kecil di tanganku. Aku membulatkan mataku ke arahnya.
‘’Biarlah Shah tolong kak Titie. Nanti
Shah nak menyamar jadi orang gaji pulak.’’ Aku cuba berbohong dengan kak Titie.
Dalam hati aku sudah tersenyum lucu dengan kata-kataku bila kak Titie terus
terdiam dan menyambung kembali kerja-kerjanya. Tiba-tiba ada idea yang menerjah
mindaku. Orang gaji? Wah! Macam gempak saja.
‘’Shah! Ya Allah,.belum bersiap lagi
ke? Tetamu dah ramai yang sampai. Dia boleh lagi menyorok di dapur ni.’’ Datin
Maimunah a.k.a mak aku pula datang membebel. Aku hadiahkan senyuman manisku
untuk emak. Ilham aku untuk menyamar di rumah sendiri pula datang mengebu.
‘’Mak, hari ni Shah ingat nak
menyamar jadi orang gaji di rumah Dato Khuzairi pulak. Datin Maimunah tolong
menjayakan penyamaran Shah ye?’’ aku berkata sambil bibir terus tersenyum. Emak
aku dah mula membuntangkan matanya.
‘’Dah!,.jangan nak buat kerja tak
senonoh tu dalam rumah ni. Pergi naik atas dan bersiap. Semua orang dah tanyakan
Shah.’’ Emak aku menolak perlahan bahuku supaya aku segera beredar dari dapur.
Aku pakukan kakiku dan terus mencapai pinggan yang seterusnya.
‘’Alaa,.sportinglah Datin! Shah minta
tolong ni. Bolehlah, bolehlah,.Datin ambillah Shah jadi orang gaji hari ni,.’’
Aku sengaja bernada serius pula. Mataku terus menatap wajah emak dan cuba
membaca apa yang tersirat di dalam mindanya.
‘’Zahratul Aishah! Cepat, pergi masuk
bilik dan bersiap!’’ sekali suara Datin Maimunah memetir. Aku terus
menghamburkan ketawa. Langsung aku tak takut dengan suara emak yang macam ganas
sangat tu.
‘’Tak nak!’’ aku berdegil dan mengangkat
pinggan yang sudah aku lap ke depan halaman rumah. Makanan hari ini semuanya
telah diorder, cuma pihak catering kekurangan pekerja. Aku pula sekarang ni
hanya memakai baju kurung kain kapas dengan tudung biasa yang selalu aku pakai
ketika aku melakukan penyamaranku.
‘’Degil!’’ sempat aku mendengar suara
emak memarahiku.
AKU meletakkan pinggan di atas meja di
tepi deretan makanan yang telah disediakan. Sempat aku melihat juadah-juadah
yang begitu menyelerakan. Ada perbagai gerai juga di depan halaman rumah kami
selain nasi dan lauk pauk yang telah kami order. Antara gerai yang menjadi
tumpuan adalah gerai roti canai dan gerai membuat ais kacang atau senang
dipanggil dengan ABC yang bermaksud Air Batu Campur. Aku telan liur bila
melihat ais yang sedang diputar dan dimasukkan perencahnya yang berbagai warna.
Ada bermacam jenis kacang juga. Wow! Sungguh membuka selera.
‘’Bibik!,.air masak ada tak? Boleh ambilkan
segelas air masak?’’ aku berpusing ke belakang. Berdiri di depanku seorang
lelaki yang agak kacak dengan baju kemeja lengan pendek dan seluar slack
berwarna hitam.
‘’Tunggu ye encik, Nanti saya ambilkan.’’ Dia menggangguk
dan aku melangkah masuk ke rumah. Nampaknya sebahagian dari rancangan aku sudah
berjaya. Ada jugak orang yang sudi panggil bibik padaku. Ermm,.rancanganku
sudah berjalan dengan lancar setakat ini.
Sampai di dapur aku mencapai sebiji
jug dan memasukkan air masak yang penuh di dalam cerek dan menuangnya. Air
masak yang masih suam-suam kuku tu aku bawa ke halaman. Aku cari pemuda yang
meminta air masak tadi. Puas aku imbas sekitar halaman rumah. Ishh,.mana pula
orang tu pergi? Aku berdialog di dalam hati.
‘’Encik taufik! Mana orang yang
meminta air masak tadi?’’ aku bertanya pada Ucu yang melintas di tepiku. Dia
mengerutkan keningnya. Aku buat wajah selamba dengan reaksinya.
‘’Orang tu tadi cakap nak air masak,
tapi dah hilang pulak!’’ aku masih bersuara tanpa menghiraukan perubahan wajah
Ucu.
‘’Bibik! Minta sini air tu.’’ Suara
orang tadi kedengaran lagi. Aku menoleh ke arah Ucu sepintas lalu sebelum
menuju ke arah lelaki kacak tadi. Entah dari mana dia datang. Sekejap ada,
sekejap tak ada. Dah macam iklan chipsmore pulak.
‘’Encik, airnya,.’’ Aku
menghulurkan jug padanya. Dia hanya memandang aku tanpa menyambut jug tersebut.
Aku letakkan jug air di atas meja yang berhampiran dengannya dan ingin berlalu
pergi. Rasanya banyak lagi kerja yang perlu aku bantu.
‘’Bibik! Tuangkanlah!!’’ lelaki tadi
memberi arahan. Aku menoleh ke arahnya dan merenung tepat ke wajahnya. Tak
semena-mena dia mengenyitkan matanya. Aku berdengus kasar tapi cuba menyabarkan
hatiku sendiri. Mungkin inilah dugaannya menjadi órang gaji’ni? Aku memujuk
hatiku.
Aku menuangkan air ke dalam gelas
seperti yang disuruh. Selepas itu aku kembali meneruskan hasratku untuk masuk
ke dalam rumah tapi sekali lagi nama bibik diseru oleh suara yang sama.
‘’Macam tu awak layan tetamu?’’ dia
ajukan soalan padaku. Aku angkat bahu kerana tidak memahami maksudnya.
‘’Maaf encik. Encik nak air saya dah
bawakan air. Encik suruh saya tuangkan, saya dah tuangkan. Saya banyak lagi
kerja yang perlu saya lakukan encik. Lagi pun encik ada kaki dan tangankan?
Takkan saya nak kena suapkan air tu untuk encik pulak?’’ kemarahanku meledak
tiba-tiba namun suaraku cubaku kawal seboleh mungkin. Aku lihat dia mengukirkan
senyuman. Aku mendengus lagi. Terasa diriku dipermainkan.
‘’Apa nama awak? Dah lama kerja di
sini? Awak bukan orang Indon ya?’’ dia ajukan soalan padaku. Aku berjeda
seketika. Haruskah aku menjawab semua soalannya itu? Aku bertanya di dalam
hati.
‘’Saya baru datang dari kampung
encik. Biasalah nak cari rezeki yang halal. Nak kerja elok sikit, tak ada
pelajaran sebab keluarga saya tak mampu nak sekolahkan saya. Nama saya Aishah,
nak panggil Ecah pun boleh, Shah pun boleh.’’ Aku mula mereka cerita yang tak
ada. Lelaki di depanku terangguk-angguk beberapa kali.
‘’Ehemm,.Ecah! Di sini rupanya awak?
Sejak bila dah pandai makan gaji buta ni? Pinggan dah nak habis. Keluarkan
lagi!’’ aku baru nak menyambung cerita terdengar suara Along pula yang datang
tanpa diundang. Dia menjegil ke arahku. Macam seorang majikan yang sangat
garang. Aku tak tahu apa motif Along ni. Mungkinkah Along sudah mendengar
cerita auta aku tadi?
‘’Baiklah encik Amirul.’’ Aku cuba
berwajah selamba bila memanggil Along dengan panggilan encik Amirul sedangkan
hatiku sudah digeletek lucu. Aku tak tahu kenapa Along nak mengikut rentakku.
Mungkin emak sudah membocorkan rahsiaku pada semua orang? Entahlah! Kalau betul
pun, lagi senang kerja aku, sekurang-kurangnya ini juga pengalaman paling
berharga untukku. Setakat ini aku belum lagi menyamar sebagai orang gaji. Rasa
macam tak kuasa nak jadi pembantu rumah ni. Mungkin aku perlu berdepan dengan
majikan yang kuat membuli pula nanti.
‘’Bibik! Tadi aku suruh bibik cuci
tandas dalam bilik aku, dah buat ke belum?’’ Ucu yang hanya jadi pemerhati
sejak tadi mula mengeluarkan suara dan merenung tajam ke arahku. Aku hempuk
jugak Ucu ni. Ada ke patut suruh aku cuci tandas. Kalau suruh aku tolong
ambilkan nasi atau kuih muih untuk dia tak apalah jugak.
‘’’Dah,.dah siap semua kerja yang
encik Taufik suruh tu sejak subuh tadi lagi. Encik Taufik tak mandi agaknya
pagi tadi? Sebab tu tak perasan ya tandas tu dah dicuci?’’ aku buntangkan
mataku pada Ucu selepas habis berkata-kata. Aku melangkah laju masuk ke rumah
selepas itu. Semua kejadian yang baru terjadi cuba aku lupakan dengan menolong
Kak Titie membuat kerja-kerja di dapur.
‘’Kak Titie,.hari ni kak Titie
boleh bercuti sebab emak cakap tadi ada orang baru minta kerja nak jadi
pembantu rumah dan permohonan dia sudah diluluskan. Pergi masuk bilik kak
Titie. Pergi tidur puas-puas atau pun kak Titie boleh keluar bershoping ke
mana-mana.’’ Aku baru memegang pinggan yang seterusnya untuk dibawa keluar,
Alang pula datang ke dapur dan bersuara. Aku jeling Alang dengan memek muka tak
puas hati. Sangat tak puas hati!
‘’Ada hati nak dera orang gaji
nampak?’’ aku bersuara separuh kuat. Alang aku pandang dengan mata tak
berkelip.
‘’Hai,.ada hati nak lawan tokey
nampak. Tak bayar gaji baru tau!’’ Alang membalas kata-kataku sambil meluaskan
matanya. Aku mencebik dan mengambil pinggan lalu membawa pinggan tersebut
keluar. Malas pula aku nak melayan Alang bertekak. Nampaknya semua ahli
keluargaku sudah tahu dengan kewujudan ‘orang gaji’ baru di dalam rumah ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.