My Channel in Youtube

My Channel in Youtube
Jom Langgan!

Ahad, 6 Oktober 2024

Aku Sedar Diriku Umpama Kaca Retak Seribu Bab 7

Part 39 Pengalaman hidup aku ni pelbagai. Sebelum ada internet, aku dan Rahman aktif berpantun dan buat ucapan di Kedahfm. Masa tu gila betul mencipta rangkap demi rangkap pantun untuk rancangan RIMA setiap 6.00 petang di Radio Kedahfm. Rahman hanya hantar pantun melalui mesej ke radio Kedahfm, sedangkan aku terus ke udara untuk berpantun. Ya Allah, dupdap, dupdap jantung setiap kali mendail dan dapat tembusi talian. "Hello, radio Kedahfm, sapa di sana yang sedang ke udara dengan Mak Ngah sekarang ni?" aku suka suara dj Mak Ngah Syatirah, kalau dia yang bertugas memang aku akan dail sampai dapat. "Nina ni Mak Ngah." "Ya Nina, nak berpantun ka? Silakan." "Baik Mak Ngah, terima kasih. Ini pantunnya. Buah pauh buah kepayang, ada pelita di atas peti, orang jauh lagi dikenang, di depan mata sentiasa di hati." "Amboi dia, sapa tu Rahman ka?" sambil bertanya Mak Ngah Syatirah ketawa di hujung talian. "Tak syak lagi Mak Ngah, mana ada orang lain lagi dah." "Oih, sakan depa. Kirim salam kat Rahman naa." "Ada tu Mak Ngah, dia dok dengar tu." "Dia dok dengar jugak noh, takpa la Nina, terima kasih pantunnya. Hari ni tema pantun kita kasih sayang noo. Sapa pula di talian ni. Hello.." Mak Ngah terus berkata-kata dan menyambut panggilan yang lain pula. Aku rasa lega lepas panggilan putus namun tangan masih mengigil lagi. Berpeluh dingin setiap kali aku ke udara. Kali pertama aku pergi ke RTM Kedah di Alor Setar waktu malam dan pergi untuk dengar ceramah agama oleh ustaz Faisol yang lawak tu. Tak kering gusi kalau dengar ceramah dia. Kali pertama pergi aku kenal dengan dj Ice atau nama penuhnya Raja Azhar Lutfi, aku juga sempat kenal dj Rizal (dah arwah) dj Pak Din (arwah) dan juga sempat berjumpa Mak Ngah Syatirah yang turun berjumpa kami lepas dia habis bertugas malam tu. Best juga boleh pergi RTM Kedah dan kenal dengan dj-dj pujaan hati. Banyak kali jugalah aku pergi RTM Kedah, yang kecewanya, aku tak sempat naik tengok konti. Hanya mampu tengok konti mini di bawah saja. Yang atas belum pernah naik lagi. Ada sekali tu, aku ajak jiran sebelah rumah pergi tengok karaoke final di audiotorium Kedahfm. Artis undangan kumpulan Alley Cat. Penyanyi utama sampai turun pentas untuk berjumpa dan bersalam dengan peminat. Seronok juga tengok mereka menyanyi live depan mata. Hos hari tu dj Asfarawahida dan dj Rizal. Meriah dan gamat habis bila kedua-dua dj ni berceloteh. Aku dan radio Kedahfm ni sebenarnya sejak remaja lagi aku dah dengar. Ketika tu aku bercuti di rumah kak Rosilah. Dia buka kedai makan jadi radio Kedah ni memang selalu la dia on. Antara dj yang paling best ketika itu adalah dj Mak Ngah, dj Pak Din, dj Faridah Mansor, dj Khatijah dan banyak lagi. Time tu dj Rizal, dj Ice, dj Syahida, dj As, dj Fiza, dj Faizal belum ada lagi. Semakin lama seorang demi seorang tinggalkan radio Kedahfm. Sekarang ni tahun 2023, aku dah tak dengar radio Kedahfm, sebabnya dj Mak Ngah Syatirah dah pencen, dj Rizal, dj Pak Din dah arwah, dj Ice dah ke Selangorfm, dj Fiza kali terakhir aku dengar dia di Klasikfm, dj Sya, dj As pun dah tak ada di Kedahfm. Tak meriah lagi dah. Aku dengan radio ni selain Kedahfm, pernah juga join LangkawiFm, di LangkawiFm ada dj AA, yang kelakar dan suaranya seakan sama dengan suara arwah dj Pak Din. Ada dj Sham juga pernah dikenakan aku melalui mesej suatu ketika dulu, kihkih.. Aku dulu aktif bersama radio tapi kini semuanya hanya tinggal kenangan. Lepas ada internet, segalanya yang telah ke udara melalui mesej dan suara hanya tinggal memori. Dah tak ada lagi dj-dj pujaan hati. Masa terlalu pantas berlari meninggalkan kita semua. Sesekali kenangan lama mengetuk pintu hati. Note : Saja share pengalaman real aku di sini. Bermulanya aku sebagai seorang penulis adalah melalui radio Kedahfm dalam rancangan Sudut Seni, Luahan Bicara Hati, berpantun dalam rancangan RIMA dan banyak lagi la selain pantun aku juga call Kedahfm untuk beri pendapat dengan topik yang diberi oleh dj dan juga ucapan selamat. Radio Kedahfm dalam kenangan. Part 40 "Kenduri rumah kak Seha, Mak Ngah pun pi jugak. Mak Ngah rindu Nina dengan Man." telefon bimbit Rahman berbunyi tapi Rahman sedang mandi. Aku tolong jawab panggilan bila tengok nama pemanggil. Panggilan daripada seorang sahabat radio Kedah yang namakan namanya sebagai dj Glamer. "Ya ka Mak Ngah rindu?" aku bertanya kembali. Dia ni juara penipu. Kata-kata dia bukannya boleh percaya seratus peratus. "Jom la ikut sekali. Semua ada, dj Ice, dj Rizal, dj Faizal." dia tak jawab pun pertanyaan aku. Pandai pula dia reka cerita. Mana dia tau semua dj ada sekali? Sampai pun belum. "Tengok la dulu." aku sekadar berbasa-basi. Lepas panggilan selesai, aku mesej dj Mak Ngah Syatirah. Me : Assalamualaikum Mak Ngah, pi ka kenduri di rumah kak Seha, esok? Aku tunggu balasan dj Mak Ngah. Dj Glamer tu dia ingat, dia sorang ja boleh contact dj Mak Ngah. Boleh dikatakan semua sahabat radio Kedah ada nombor telefon dj Mak Ngah. Dj Mak Ngah Syatirah : Tak tau lagi, esok Mak Ngah ada kenduri di rumah adik beradik Mak Ngah. Sapa ni? Me : Nina ni mak ngah, ingatkan mak ngah pi jugak. Dj Mak Ngah Syatirah : In sya Allah la kalau sempat. Me : Takpa la kalau macam tu. Saja la tanya sebab dj glamer kata mak ngah rindu😁 Dj Mak Ngah Syatirah : Laa..dia memang pun. Me : 🤭🤭🤭 Aku akhiri chatting aku bersama dj Mak Ngah. Kami dah kerap berjumpa di tempat kenduri rumah sahabat Kedah atau jamuan hari raya. Setakat ni hanya dj Mak Ngah, dj Rizal, dj Ice dan dj Faizal saja yang pernah layan aku. Kalau aku ke udara pernah juga la cakap dengan dj-dj yang lain tu. Kalau bercakap di luar ni hanya beberapa orang saja yang pernah. Pernah pergi mini konti terbuka di Singkir Darat, ada dj Ice dan dj Rizal. Aku pergi seorang naik teksi. Kekok sangat sebab tak ada kawan. Aku layan saja kru RTM Kedah yang berbangsa India. Kami berbual-bual santai saja, tentang pokok-pokok di sekeliling kami dan kegunaannya. Aku ni apa bangsa pun aku layan berbual. Orang ramah, aku layan. Orang diam, aku diam. Kalau jumpa dj Mak Ngah, aku juara angguk ja sebab dj Mak Ngah lagi banyak idea untuk berbual. Aku rasa dj Mak Ngah paling ramai peminat sebab dia paling rajin layan pendengar dan selalu hadir di kenduri kendara yang diadakan di rumah sahabat-sahabat radio Kedah. Mak Ngah selalu datang bersama suami, pernah juga datang bersama anak sulung dan kali terakhir bersama suami, anak bongsu dan cucunya. Me : Assalamualaikum Mak Ngah, mai dak kenduri rumah dj Glamer hari ni? Aku mesej Mak Ngah lagi sebab ada perjumpaan sahabat radio Kedah merangkap rumah terbuka hari raya juga. Masing-masing sponsor makan dan minum. Lokasi di rumah dj Glamer. Dj Mak Ngah Syatirah : Pi, tapi lambat sikit la. Nak tunggu anak balik sekolah dulu. Aku blurr baca mesej dj Mak Ngah. Setahu aku semua anak dj Mak Ngah dah kerja. Me : Oh, ok Mak ngah, terima kasih respon. Agaknya pukul berapa mak ngah nak mai?😁 Dj Mak Ngah Syatirah : Dalam pukul 3 ke atas macam tu la kot. Me : Ok👌👌 Aku tunggu dj Mak Ngah hari tu di rumah dj Glamer sampai dj Mak Ngah sampai bersama suaminya, anak bongsu dan seorang cucunya. Aku tanpa rasa malu, duduk di sebelah dj Mak Ngah masa dj Mak Ngah makan. Sempat juga suruh Rahman snap gambar aku bersama dj Mak Ngah. Usai makan kami berbual-bual santai dengan dj Mak Ngah dan bergambar kenangan beramai-ramai. Dalam pukul 1 tengahari sebelum ni dj-dj lain sudah datang tapi aku tak sempat jumpa sebab aku datang selepas Zohor. Bila aku sampai, jiran sebelah rumah hampiri aku.. "Hang baru nak mai, dj Rizal, dj Zaida, dj Faizal baru ja balik." "Takdak rezeki nak jumpa depa la tu. Takpa, tunggu Mak Ngah mai petang satgi." "Mak Ngah nak mai ka?" "Mesej Mak Ngah dia kata kalau takdak aral, dia sampai pukul 3 ke atas satgi." Maka, berjumpa lagilah kami dengan dj Mak Ngah Syatirah. Anaknya yang kata balik sekolah tu adalah anak bongsunya yang balik mengajar sebagai guru. Hihi.. Note : Rindu membuatkan aku update story lalu di sini..hihi Sesekali aku pun teringin nak bawa watak utama sebagai nina🤭 Dj glamer tu pernah kata kat aku dan suami, kami nak tumpang glamer dia masa kami join mereka naik van nak pi rumah terbuka hari raya seorang sahabat radio Kedah di Padang Serai. Tak tau la glamer mana dia yang kami tumpang tu..kihkih.. Part 41 Akhir-akhir ini minda aku asyik flash back masa lalu yang menyakitkan. Waktu pagi aku sengaja sibukkan diri dengan urusan di luar rumah. Selepas sarapan, aku paksa diri untuk keluar bersihkan halaman dan cantas pokok-pokok yang mula menjadi semak samun. Stamina aku dah tak sekuat dulu. Setiap kali rasa penat dan dada mula sakit, aku kena berhenti dan masuk berehat untuk menghilangkan lelah. Setelah penat hilang, aku akan keluar lagi untuk sambung kerja yang terbengkalai. Bila matahari sudah tinggi, aku akan berhenti dan sambung esok pula. Tengahari, petang dan malam aku sengaja tak makan walaupun lapar. Kalau makan pun bukannya makanan yang mengenyangkan. Jadi sebab tidur malam dengan perut lapar, aku boleh tidur malam. Namun, masih tetap terjaga berkali-kali. Selalunya kalau aku terjaga pukul 2 pagi dan seterusnya, aku dah tak boleh tidur semula. Berjagalah aku sampai ke malam esoknya pula. Kepala kerap rasa memusing akhir-akhir ni dan kerap terhuyung -hayang bila berjalan. Paling ngeri, lidah pun mula rasa kebas. Aku paling takut diserang strok sebab aku memang ada tekanan darah tinggi. Pagi ni ingatkan Atirah nak balik kampung, aku mesej dia tanya, jadi balik atau tak. Me : Jadi balik tak? Pukul berapa bertolak? Atirah: Tak jadi balik😭😭. Kerja tak siap lagi. Me : Oh, mungkin sebab hang dah niat tak mau balik sebab dah jadi doa dan sedang dimakbulkan🤪 redha ja la. Doa makbul tu. Balik pun kami dah tak ada chef. Sebab chef dah resign. La ni chef kelate take over dapur. Kadang-kadang chef kedai makan. Pagi ja makan nasi. Tengahari, petang, malam..ikut suka la nak makan apa. Panjang lebar aku reply mesej Atirah. Itulah kenyataannya. Nak bagitau, kalau dia balik kampung pun, aku tak mahu masak apa-apa dah. Request la sambal belacan atau stok sambal macam selalu, aku angkat bendera putih ja. Atirah: 😌😌 Tengok-tengok esok sampai rumah boleh la kenalan dengan chef Kelantan... Me : Kan🤪🤪🤪 Atirah: Awat, chef ayah sapa pulak? Me : Ayah hang ramai oo chef dia..yang pastinya chef lain masak pedas pun sodap sangat, chef tak bertauliah ni 28 tahun dok masak tak diiktiraf pun🤪🤪. 26 tahun dok rumah ni chef tak bertauliah masak mungkin dah jemu kot😁chef kelate masak mee goreng belum makan, baru bau Asri kata "sedap". Ayat paling best "Nasi lemak ni rasa semua elok, pedas, sedap." Padahal dua-dua tak makan pedas. Nak puji tu boleh tapi biarlah puji di depan tukang masak yang masak sedap tu bukannya di depan chef tak bertauliah. Eh, eh, hang pun balik syok lagi makan di kedai, kan..😁🤣🤣. Elehhh..sama ja 2x5. Time tak berduit ja makan masakan chef tak bertauliah. Aku buat confession lagi pada Atirah. Lepaskan semua perasaan yang aku pendam selama ni. Aku hentam Atirah juga. Itulah kenyataannya. Atirah: Elehhh.. Me : Nak nafi apa lagi? Atirah: Mak pun suka makan kat kedai kan?🤪 Me : Tu la,buang karan, buang tenaga, tak berbaloi pun. Alang-alang, makan ja masakan orang luar sampai mati! Freedom!!! Atirah: Lama juga tu nak mati. Mana tau tiba-tiba tekak nak makan pula chef tak bertauliah masak. Takkan kena tunggu mati? Syurga belum tentu. Tak dapat merasalah chef tak bertauliah masak. Aku baca satu persatu mesej yang dibalas Atirah. Memang pun, takkan merasa dah masakan aku walaupun aku masih hidup lagi hari raya nanti. Takkan ada lagi rendang ayam, nasi impit atau sebagainya. Aku betul-betul merajuk sakan kali ini. Me : Chef tak bertauliah la mati dulu, nak rasa dia masak memang dak la. PENCEN dah! Atirah: Ohh kadang-kadang orang PENCEN pon ada masa dia kena pangge balik buat qeja sbb dia ada PENGALAMAN... nyiu nyiu nyiuu. Me : La ni kalau nak jugak, hulur duit baru jadi..takdak duit tak jadi. Mana aci seumur hidup buat kerja free. Ingat hamba abdi ka? Aku mula demand yang bukan-bukan, padahal bukan duit yang menjadi soal utama kenapa aku tak mahu masak. Aku kecil hati sungguh-sungguh kali ini. Bukan kecil hati biasa-biasa. Atirah: Ha kira jadi la buka kedai, duit pun masyuk lama-lama jadi la chef bertauliah. Atirah pula mula merapu entah apa-apa. Nak buka kedai makan pula ka? Di rumah ni pun aku dah tak ada mod nak masak, apatah lagi nak buka kedai makan. Allahu Rabbi. Me : Ayah buat kerja ringan pun sehari rm50, Asri buat kerja part time kutip bola pun dapat rm55.. Atirah : Kalau macam tu ikut purata setiap kedai makan la 12 jam rm 50 kalau 24 jam 100 la tu. Apa kau merapu ni Nur Atirah Abdul Rahman oii? Atirah semakin lari topik. Me : Mak buat kerja luar dan dalam rumah , masak lagi..duit tak masyuk. Tak adil! Atirah : Kira masyuk tu, kalau jadi chef dalam rumah, seminggu dah dapat 700. Me : 24 jam? Aku scrool mesej Atirah dan baca sekali lagi, baru perasan dia kata kerja 24 jam tu. Atirah: Boleh beli semua benda. Me : Hang ingat kerja buruh 24 jam ka? Atirah: Ya la posa nanti, kan 24jam hahahah.. Me : Sapa nak bagi rm700 seminggu? Best lagi tak dapat duit, makan tidoq ja. Ya, aku dah mula selesa tak buat semua kerja rumah walaupun aku sangat rimas tengok rumah yang bersepah. Aku dah mula berlembut hati sebenarnya. Sudah mula bersihkan singki dan mula bercakap hanya bila perlu saja. Atirah: Sapa yang dok dalam rumah tu la pandai-pandai la kumpul duit. masing-masing dah besaq. Apa maksud Atirah? Lama juga aku berjeda memikirkan kata-katanya. Andai Asri maksudnya, memang Asri dah pandai cari duit sendiri. Akukah? Memang aku ada kumpul duit selepas aku paksa Rahman beri aku rm1 sehari sebagai nafkah kalau dia tak mampu beri banyak. Selepas Atirah masuk UPSI Rahman dah tak beri lagi duit elaun untuk aku rm300 sebulan. Walaupun Atirah dapat pinjaman PTPTN tapi tetap tidak mencukupi untuk menyara diri sendiri di tempat orang. Aku korbankan duit elaun aku demi Atirah. Aku rela. Aku redha. Namun, sebaik saja Atirah habis belajar, Rahman kena strok dan gaji Rahman untuk sebulan sudah tiada lagi. Ada barang, ada kerja, ada la gaji. Mujurlah Atirah pun sudah mendapat kerja sebaik saja Rahman sihat semula namun masih kena mengambil ubat dan pergi follow up di hospital sebulan sekali. Atirah: Hahahahha..takkan nak sahur dengan berbuka makan di kedai ja? Me : Meghi, kan ada. Sapa nak makan, masak sendiri. Atirah : Qhosak usus makan maggi hari-hari, tu yang jadi tak lalu nak makan apa, sebab dah biasa dengan maggi. Me : Pengalaman la kan.. Aku sindir Atirah sebab tahun lepas, hari raya korban dia tak balik kampung dan beraya di rantau orang. Hari raya pertama, orang lain makan ketupat, nasi impit, rendang dan sebagainya, dia makan mee segera. Atitah: Pengalaman la, mana makan meggi dah. Habis kuat la masak bubur letak lada, garam, ayam ja. Makan maggi auto cirit angin. Peritttt.. Me : 🤣🤣🤣 Aku reply dengan emoji gelak ja. Rasakan penangan mee segera. Aku dulu pernah juga tinggal di rantau orang, kalau makan mee segera tu hujung bulan saja sebab tak ada duit nak beli barang-barang untuk masak. Di asrama kerja aku dulu semua kelengkapan dapur ada. Aku belajar juga masak bila ada duit. Makanan di kedai makan lagi mahal daripada masak sendiri. Me : Takpa chef kelate ada! Serah kuasa masak memasak kat dia pulak, asah bakat terendam. Bila lagi, khennn.. Atirah: Kedai mana chef kelantan tu? Yang di Pekan tu ka? Me : Oh kedai pak Rahman Hanafi, dia masak pun power. Takkan tak penah rasa? Pokok ros mak pun mati dia jirus malam dan pagi..kiok. Ayaq banyak dia jirus. Atirah: Ohh, ayah yang masak semua tu? Sedap ka? Yang semua orang puji tu. Me : Tak pernah rasa tapi gerenti tawar. Nasi keras, boh ayaq sikit, masak rice cooker pun mentah. Atirah : Peberet ayah, kan nasi keras-keras tu. Nak buat lagu mana. Me : Takpa, sendiri masak sendiri makan. Eh, tak...makan dengan si bulus. Atirah: Ohhhh si bulus pun tumpang femes la tu. Famous? Aku blurr plus blank lagi. Mengarut apa lagi la Atirah ni? Takkan makan nasi Rahman masak pun boleh famous? Sebelum aku buat perangai ni pun, memang Rahman yang selalu beri si bulus makan. Aku alergik dengan kucing ni sejak kucing-kucing yang aku sayang, mati dan hilang. Aku tak kuasa nak kehilangan lagi jadi aku set dalam minda, aku tak mahu sayang mana-mana kucing lagi. Sesekali aku tolong bagi makan tapi kalau ada si bulus yang mengesel, nahas. Memang aku tak bagi kesempatan untuk si bulus bermanja denganku lagi. Me : Kahkah, tuan dia tak berduit nak beli wetfood. Atirah: Dia tak memilih la kot. Redha apa adanya. Aku malas nak layan Atirah lagi. Semakin lama semakin merapu ayat-ayat dia. Kucing pun pandai redha eh? Hahahaha.. Aku buka Youtube dan layan video-video shot satu persatu. Youtube sekarang dah macam Tiktok pula. Aku layan hinggalah terjumpa satu video ni. Ada ayat tertulis dalam video tu. "Ada cara bunuh diri yang tak berdosa." aku baca dan tunggu nak baca kalimat seterusnya sambil minda berfikir. Ada ka, bunuh diri yang tak berdosa? "Tak skip? Ada masalah apa kak? Luahkan dikomen." Ahh..ayat uji minda rupa-rupanya, ingatkan betullah ada bunuh diri yang tak berdosa. Aku klik ruangan komen dan baca. Ramai yang komen kata mereka difitnah, rasa disisihkan dan tak dihargai. Hurm, itulah. Aku sendiri pun tertanya-tanya pada diri sendiri. Kenapa dulu aku kuat. Dulu, aku tabah dan sabar namun kini, aku lemah dan sering kalah. Allahu Akhbar, sudah berapa kali aku mandi sunat taubat dan solat sunat taubat tapi aku masih mengulangi kesilapan yang sama. Sampai bila aku perlu ulangi kegusaran hati ini? Meragui ujian Sang Pencipta. Allahu Rabbi. Astaghfirullah Hal Azim. Note : Video di atas adalah from my channel, Acar Limau masakan kesukaan suamiku. Part 42 Aku belajar daripada game. Main game ka? Ya, aku pun main game. Aku paling suka main game zombie sebab boleh bercucuk tanam. Hahaha.. Suka kumpul duit, lepas tu beli pokok. Aku suka juga game garden dan farm. Best tau, dapat kumpul duit dan tanam tanaman, tuai dan jual. Tapi, ada satu game yang aku layan tanpa jemu, Royal Match. Game ni kumpul duit untuk terus main. Kadang-kadang dapat free life sejam. Hidup ni umpama game. Adakalanya sukar, adakalanya mudah. Aku dapat free life sejam, aku main dan asyik game over. Aku hanya ada satu life saja tapi aku menang 10 pusingan. Bestkan yang satu life tu tapi menang banyak game. Dalam hidup ni kalau boleh, aku nak yang satu life tu. Masa yang singkat tapi berjaya. Bukannya free life sejam tapi asyik gagal berpuluh kali. Bosan, asyik di tempat yang sama. Andai main game zombie, kita berlawan dengan zombie, aku dah menang banyak kali, macam sekarang ni aku yang kejar hantu dalam mimpi. Setiap kali aku mimpi hantu, bila terjaga aku akan maki hantu tu. Padam muka! Hahahaha.. Bagi aku game zombie paling mudah menang tapi andai asyik menang sampai duit dah tak bergerak walaupun tetap dikumpul pun bosan juga. Begitu jugalah dengan kehidupan kita ni. Aku ni suka memerhati di media sosial. Orang kaya yang banyak duit sampai tak tahu nak buat apa dengan duit tu hingga duit dipijak, dibuat barang mainan dan sebagainya. Yang banyak duit buat pembedahan plastik dan ubah ciptaan Allah. Yang lelaki pun diubah menjadi perempuan. Akhirnya yang dapat adalah dosa. Allah bagi rezeki untuk dikongsi tapi aku jumpa banyak video pembaziran. Buah-buahan, sayur-sayuran dibuang dalam jumlah yang banyak. Aku tak tahu atas alasan apa tapi bagi aku itulah orang yang tak pandai bersyukur. Menjadi manusia yang tak pandai bersyukur, semuanya serba tak kena. Terlebih salah, terkurang pun salah. Yang hodoh, nak jadi cantik, bila dah cantik, nak jadi slim pula. Bila dah cantik dan slim, mula lupa diri dan tak bersyukur. Yang dah ada suami pun mula nak angkat kaki dan cari lelaki yang lebih baik. Aku pemerhati tegar dalam media sosial. Aku adalah CCTV dalam diam. Kadang-kadang aku sedih melihat manusia akhir zaman ini. Kaum wanita ramai yang dah hilang rasa malu. Sepatutnya, pakai baju dalam bilik, zaman sekarang baju dipakai di depan kamera dan di publish pada umum. Allahu Akhbar, bila manusia sudah hilang rasa malu. Hal bilik tidur suami isteri sepatutnya harus dirahsiakan namun zaman ini, bilik tidur sudah tiada rahsia lagi. Tak kira non muslim atau muslim sama saja content mereka. Aku sedih tapi aku tak punya kuasa untuk mencegah. Allah memang sengaja menguji hambaNya termasuk aku juga yang sedang diuji dan dipertontonkan semua lakonan dunia akhir zaman ini. Menegur? Takkan sesekali mencari musuh di media sosial. Kalau aku nak, aku akan doakan mereka hatta non muslim pun aku doakan agar diberi hidayah oleh Allah. Yupp, aku baca komen non muslim, ramai yang suka dengar bacaan Al-Quran, dengar zikir, dengar selawat dan suka dengar azan. Mereka yang komen suka dengar semua itu aku doakan moga mereka diberi hidayah. Orang muslim sendiri pun ramai yang skip bila dengar bacaan Al-Quran, zikir dan sebagainya. Aku juga ada semua laman sosial sebelum ni. Aku ada page dalam facebook. Ada group yang aku create dan aku selalu buat research, pos yang macam mana netizen suka tengok. Allahu Akhbar, netizen akan view tempat jual makanan, tempat riadah dan gosip. Jika aku kongsi Terjemahan Al-Quran dan Hadis view bawah 10 saja. Aku share bacaan Al-Quran view bawah 5 orang. Sedih sangat, bila view gosip semakin mencanak naik hari ke hari, komen-komen semakin bertambah. Sedangkan view bacaan Al-Quran masih tak bergerak. Netizen dunia akhir zaman hanya minat dengan hiburan, makanan dan gosip. Ramai pula yang sanggup gadai maruah dan harga diri demi content dan view yang berjuta. Semakin banyak view semakin mereka asyik dan lagha. Allahu Akhbar, beri mereka dan aku HidayahMu, semoga kami semua sempat bertaubat sebelum kiamat kecil kami tiba iaitu kematian kami. Aamiin Ya Rabbal Alamin. Part 43 Aku tidur nyenyak malam ni. Lepas Isyak tadi aku terus tidur, namun sedang nyenyak tidur terdengar suara Asri di luar bilik memanggil ayahnya. "Meggi ada lagi dak ayah?" Rahman yang juga sudah tidur turut terjaga. Aku capai telefon bimbit di atas kepala katil. Pukul 2 pagi? "Tak tau la." Rahman jawab basa basi dan terus sambung tidur. Aku dengar Asri buka peti ais dan kemudian dia buka pintu dapur dan keluar. Selepas pintu ditutup, aku capai telefon sekali lagi. Bateri telefon sudah berwarna merah. Aku tak ada pilihan selain bangun dan keluar bilik untuk cas telefon. Aku masuk bilik kembali tapi mata tak mahu lelap. Mindaku tak semena-mena teringat dengan kata-kata Atirah melalui chat WhatsApp kami dua hari lalu. "Masing-masing dah besar, carilah duit sendiri." Siapa yang dikata tu? Siapa yang sudah besar? Asri? Kalau Asri, dia memang sudah pandai cari duit sendiri, cuma dia juga pandai habiskan duit yang dia dapat tu. Macam malam ni, Asri keluar tahan bubu ketam. Hari-hari dia dapat duit hasil jual ketam nipah yang dia tahan. Ikutkan harga ketam nipah memang mahal, tapi Asri jual ketam pada pemborong. Ikutlah pemborong tu siapa. Ada pemborong yang membeli dengan harga mahal, ada yang membeli dengan harga murah. Aku malas nak ambil tahu berapa yang Asri dapat setiap kali dia jual ketam tapi semalam aku terdengar Rahman bertanya padanya. "Dapat berapa jual ketam hari ni?" "Hari ni dapat 30, kemarin 20." "Himpunlah, kemarin cuci bot dapat 10, kan?" "Duit cuci bot tinggal 3 ringgit ja lagi." "Ishh..boros sungguh la." Itulah Asri, senang dapat duit, senang juga dibelanjakannya. Habis duit dia, Rahmanlah yang akan dicari. Sehari dia angkut duit sampai berpuluh ringgit. Dia minta dan dia akan ambil sendiri di dalam dompet Rahman. Mujur aku tak manjakan mereka berdua jadi duit aku tak pernah lagi mereka ambil. Aku tak manjakan mereka? Ayat itu bergema lagi dalam fikiranku. Andai Rahman yang meninggal dulu, bolehkah aku bergantung hidup dengan dua orang anak kami ni? Persoalan itu pula yang menerjah fikiranku. Zaman sekarang, tak ramai anak-anak yang sanggup menjaga ibu bapa. Aku macam mana, andai Rahman tiada lagi, ada tak orang nak jaga aku? Ya Allah, tolong aku. Matikan aku dulu sebelum Rahman. Aku tahu ramai orang akan support Rahman tapi aku mungkin tiada siapa. Kak Rosilah yang support aku pun tak mampu nak tolong aku ketika aku memerlukan pertolongannya. Ada saja alasan yang tercipta. Ya, tak ada manusia yang mahu menolong aku atas dunia ni melainkan diri aku sendiri? Allah, kelirunya fikiranku saat ini. Oh ibu Kau disiram bayu pagi Kehilangan terasa kini Dan kesepian Dan aku Bagai purnama gerhana Diibarat lautan kering Tiada tempat ku layarkan Hasratku ini Masih belum sempat Ku buktikannya padamu Ibu tersayang Kucurahkan rasa hati Ku tatapi potretmu Berulang kali.. Potret? Air mata aku mengalir lagi. Tiada potret ibuku untukku tatap dan aku seakan lupa wajahmu ibu. Umur 7 tahun emakku meninggal dan kami tiada langsung gambarnya untuk dijadikan kenangan. Wajah emakku dalam minda pun sudah hilang. Aku lupa wajah emak yang telah melahirkan aku namun ramai yang kata wajahku sangat mirip wajah emakku. Benarkah? Tatap saja wajahku bila merindukan emakku. Bolehkah begitu? Allah, rindu yang paling sakit adalah rindu pada orang yang telah pergi untuk selamanya. Andai aku mati, adakah orang yang akan merindukan aku nanti? Aku tak harapkan apa-apa. Andai ada yang merindukan aku, kirimkan aku doa dan sedekahkan aku Surah Al -Fatihan dan bacakan aku Surah Yasin. Itu saja. Berat sangatkah permintaan aku ini? Andai Rahman yang pergi dulu, mungkin aku hanya layak tinggal di rumah kebajikan masyarakat saja. Aku tak nak menyusahkan orang lain. Aku tak nak menyusahkan anak-anak. Aku tak nak menumpang adik beradik atau saudara mara. Allah, tolong!! Biarkan aku pergi dulu untuk selamanya dan tinggalkan dunia yang fana ini. Aku letih Ya Allah! Letih sangat! Terdengar bunyi motor dan menerobos masuk ke dalam rumah. Asri sudah pulang bersama ketam nipah dan bubunya. Aku yang sedang mendengar lagu Untukmu Ibu mengesat air mata dengan baju yang ku pakai. Aku sisip air milo panas dan bangun untuk ke singki, meletakkan pinggan yang telah kosong. Setiap kali aku stress, makanan adalah ubat terbaik untukku. Aku bangun tadi dan panaskan kuah bihun sup yang tak habis aku makan petang tadi bersama mee goreng perasa tomyam yang aku goreng sarapan pagi tadi. Seharian hari ini tak makan nasi. Aku ni walaupun makan mee goreng dan bihun sup buat tekakku loya tapi demi perut yang lapar aku telan juga ala kadar. Aku dengar Asri memetik dapur gas. Aku letakkan pinggan dan gelas dalam singki. Asri pula mula merebus meghi dan masak air. Mungkin dia pun nak bancuh milo panas sepertiku. Aku teruskan kerjaku di meja kerja. Kerja aku macam selalu, kalau tak main game, aku akan layan Youtube. Kerja ka tu? Ada orang buat duit melalui Youtube. Aku? Mampukah buat duit melalui Youtube? Kalau boleh, mesti tak menyusahkan orang lagikan? Tapi, macam mana? Sebelum ni aku ada semua media sosial namun aku tak suka buat duit melalui internet. Aku takut duit yang aku dapat tak halal. Aku takut duit tak halal tu yang buatkan aku masuk neraka. Allahu Akhbar, rezekikan aku dengan iman dan taqwa. Tak kaya tak apa, aku redha. Asalkan jangan beri aku rezeki yang haram. Aku tak mahu masuk neraka! Minda aku bermonolog lagi. Asri bangun dan pergi ke singki. Aku dengar air mencurah dan bunyi orang basuh pinggan. Hurm, dah rajin sekarang ni. Selalunya dia dan Atirah di mana mereka makan di situlah mereka tinggal. Rahman pun kadang-kadang tinggalkan saja pinggan di tempat dia makan. Tugas aku pula yang kutip semua tu. Sekarang ni tak lagi. Semua sudah menjadi rajin serajinnya. Ada juga hikmahnya aku buat perangai, kan. Sesekali ibu rumah tangga ni kena ajar juga anak-anak dan suami. Dimanjakan mereka, bukannya mereka pandai untuk menghargai. Bila ibu buat perangai, tahulah mereka langit tu tinggi atau rendah. Hahahaha..aku gelak besar di dalam hati walaupun baru lepas lap si air mata. Part 44 Hari ini adalah hari bosan sedunia. Apa yang aku lakukan semuanya membosankan! Pagi tadi aku keluar untuk berkebun, hatta menyiram pokok saja sudah membuat aku bosan. Kenapa? Badanku letih dan rasa lemau. Berjalan asyik tersadung dan hampir tumbang. Bosan sungguh hidup tanpa buat apa-apa kerja. Bukan malas tapi tak larat. Letih tak bermaya. Letih yang bukannya dibuat-buat. Pagi ni Rahman beli aku nasi tapau berlaukkan rendang daging. Memang keinginanku walaupun bukan yang aku request. Aku hanya berkeinginan untuk makan daging di dalam hati, bukannya secara lisan namun Allah beri aku rezeki lauk daging. Aku layan video dalam Youtube semua masakan berasaskan daging terutama sup tulang dan daging urat keting. Allah, sedapnya tengok mereka makan. Aku layan mereka makan lamb chop, kambing masak kari dan segala jenis masakan kambing. Sedap sangat tengok orang makan, padahal aku tak pernah makan kambing. Bab makan aku memang sangat memilih. Aku hanya makan daging lembu saja. Kalau ayam, hanya ayam daging, jangan bagi la ayam kampung, ayam katik atau sebagainya memang aku tolak. Ikan pula, aku makan ikan kecil-kecil saja, kalau ikan besar pun aku pilih jenis-jenis ikan juga. Ikan jenahak, kerapu, siakap dan banyak lagi, aku tak lalu nak makan. Dulu, setiap kali tengok masak lemak cili padi tempoyak ikan patin, aku telan liur. Bila salah seorang anak saudaraku kahwin dengan orang Pahang dan masak masakan tu, aku cuba cuit sikit isi ikan patin dan ternyata, aku tak mampu nak telan pun isi ikan patin walaupun hanya secubit. Ternyata kesedapan ikan patin hanya indah khabar daripada rupa. Ikan patin juga tak mampu membuka seleraku. Dua hari lepas, Rahman beli nasi tapau lauk ikan tongkol untuk aku dan kari kepala ikan. Malam aku teringin sangat nak makan kari tu. Aku hanya masukkan sesenduk nasi, ternyata sesenduk nasi tu hanya sesuap saja mampu ku telan. Selebihnya aku telan dengan perasaan yang sangat payah. Allahu Akhbar, nikmat rasa masakan bukan milikku lagi. Semua makanan sudah tidak enak dilidahku. Semuanya rasa hambar dan kelat. Hari ini kerana keletihan, aku hanya mahu tidur dan tidur lagi. Namun cuaca panas yang sangat terik di luar membuatkan aku ingin mandi dan mandi lagi. Agar semua bebanan masalah selesai dengan segera. Masalah apa yang membelenggu perasaanku saat ini? Duit. Hanya duit sebab Atirah selalu bank in duit dalam akaun bank aku dan Rahman tak pandai mengeluarkan duit dari mesin ATM. Aku kena keluar sendiri untuk mengambil duit sedangkan aku rasa lemau dan tak ada mod untuk keluar. Sekolah akan dibuka tak lama lagi. Rahman memerlukan duit untuk membeli buku Asri dan membayar yuran. Peguam pula sudah buat temu janji untuk pergi chek up Asri di hospital. Kes kemalangan Asri masih belum selesai. Dua kali Asri kemalangan. Kes pertama tak buat report polis sebab yang melanggar Asri orang kampung juga. Kes kedua menjadi kes polis sebab cedera teruk. Asri cedera di kepala, kaki disimen dan begitu juga budak-budak remaja yang melanggarnya telah patah kaki. Sejak kami ambil Asri, surat perakuan anak angkat belum ada chop mahkamah. Bila Asri kemalangan, perlu ada surat perakuan anak angkat untuk claim insuran. Allah, sungguh aku tak pernah terfikir kes akan serumit ini. Apatah lagi kedua ibu bapa kandungnya sudah bercerai. Perit rasanya memikirkan semua masalah ini. Aku buat sikap sambil lewa dan tak mahu memikirkannya langsung tapi aku juga perlu ada di mahkamah untuk tandatangan surat tersebut. Memikirkan semua kemungkinan saja buat minda aku serabut. Kami dulu ada juga dua orang kakak kembar yang dijadikan anak angkat tapi mereka dibintikan dengan ayah angkat masing-masing. Tak ada istilah anak angkat pada mereka dalam surat kelahiran. Ayah hanya perlu ada ketika mereka diakad nikahkan sebagai wali. Tapi, ketika kami mengambil Asri, surat lahirnya dibuat di negeri kelahirannya dan ibu dan bapa kandungnya ada bersama, cuma Asri dilahirkan oleh seorang ibu remaja yang baru berusia 17 tahun. Ibu bapanya bernikah ketika Asri sudah ada di dalam perut 6 bulan lamanya. Ya, Asri anak tak sah taraf. Tapi, siapa peduli. Asri bukan pendosa. Dia anak yang tetap bersih dan suci daripada dosa. Sesungguhnya, pengambilan Asri sebagai anak angkat tak dirancang pun. Ketika ibunya sedang hamil 3 bulan, keluarganya sudah berkata nak berikan dia pada orang. Keluarga sebelah bapanya pula sudah merancang untuk menjual dia dengan harga rm5,000 untuk membayar duit ikat jamin ibu dan ayahnya sebab mengandung di luar nikah. Tapi, lepas dilahirkan ibu kepada ayah kandungnya terdiam bila melihat tak ada bin pada anaknya. Ikutkan kami bertekak juga sebab ibu pada bapanya tak mahu memberi Asri pada kami tapi memandangkan dia tak mampu berbuat apa-apa dia terpaksa akur. Perjanjian aku untuk mengambil Asri hanya dengan emak dan neneknya sebelah emak. Mereka pun tak menyangka, akan dinikahkan juga sebab pada awalnya, ibu kandung Asri tak mahu berkahwin dengan alasan lelaki yang telah menghamilkannya seorang playboy. Ternyata, bukan sekadar playboy, dia dan ibunya juga mata duitan. Sebelum kami mengambil Asri, mereka juga telah menjual anak kepada adik bapa kandungnya juga seorang remaja yang berusia 16 tahun. Katanya, cucu itu dijual pada seorang nurse dengan harga ribuan ringgit. Ibu bapanya bercerai kerana bapanya suka pinjam duit daripada Ah Long dan sering dikejar Ah Long. Sangat tragis hidup mereka angkara duit. Bila memikirkan siapa keturunan Asri, aku sedar sedikit sebanyak juga ada dalam dirinya. Aku ambil Asri tanpa memberi sesen pun, apatah lagi aku pernah berkata " Kami nak tolong bela dia, bukan nak beli dia. Kami takkan bagi duit tapi kalau keluarga dia nak bagi dia duit, kami takkan melarang." Andai kata Asri nak kembali pada keluarga kandungnya pun, aku takkan membantah, itu hak dia. Dia berhak untuk buat keputusan dan pilihan. Masalahnya sekarang, insuran kemalangan dia belum selesai lagi. Jujurnya, kalau bab duit kepunyaan Asri, sesen pun aku tak pernah sentuh. Duit insuran tu pun, Asri sudah berangan nak beli itu dan ini untuk dirinya. Aku kalau bab duit, tak pernah terfikir pun untuk berebut dengan sesiapa pun. Duit dalam akaun bank yang Atirah bank in pun semuanya Rahman yang guna. Kalau aku ambil pun hanya untuk beli tanah dan pokok. Hanya itu saja keperluan aku sekarang ini. Cukuplah, pokok yang beri aku bahagia. Tapi..hari ini layan pokok pun aku bosan. Arghhh..bosannya! Part 45 Aku mula berbaik dengan Rahman dan mula buat kerja rumah macam biasa. Aku masak, mengemas rumah dan sebagainya. Ramadhan bertandang lagi. Aku yang bangun awal untuk masak dan kejutkan Rahman dan Asri bila semuanya sudah terhidang di atas meja. Aku buat semua kerja yang mampu aku lakukan namun Ramadhan kali ini kesihatan aku merosot teruk. Jantung aku semakin nazak rasanya. Setiap kali nak buat kerja aku rasa macam nak pitam hatta masa aku cabut rumput dalam pasu pokok sayur di luar rumah pun pandanganku jadi kelam dan berpinar. Allahu Akhbar, sudah sampaikah masanya aku pergi? Aku teringin nak pergi di bulan mulia ini yang Allah. Entahlah. Sebenarnya Rahman buat hal lagi. Aku ni seharian di rumah, tak ada kawan nak ajak borak. Pagi tadi aku diganggu lagi dengan mimpi-mimpi lama. Mimpi rumah usang yang entah rumah siapa. Akhir mimpi terjadi lagi sesuatu yang selalu terjadi sebelum ni. Aku terpaksa berlawan untuk bangun. Ya Allah, sungguh aku terlalu letih dengan semua ujian ini. Aku memaafkan Rahman berkali-kali tapi dia tetap ulang kesalahan yang sama. Aku tak ada sesiapa untuk bercerita tapi bila aku mula bercerita, Rahman bukannya nak mendengar malahan dia juga turut bercerita tentang dirinya. Aku terus jadi kelu dan sebak. Aku tak ada sesiapa lagi nak luahkan masalahku melainkan dia. Adakah dia nak suruh aku cari lelaki lain untuk meluahkan semua masalah aku? Aku ni pantang dicabar. Boleh saja andai aku nak. Kalau dia dah tak mahu dengar cerita aku, boleh saja aku cari orang untuk luahkan masalah aku. Patutlah ramai orang yang curang di luar sana. Mungkin ini salah satu puncanya. Pertelingkahan dalam diam. Komunikasi di luar imaginasi. Isteri nak cerita, suami pun nak cerita juga, akhirnya tiada siapa yang nak mendengar. Ketahuilah, isteri pun perlu seseorang untuk meluahkan perasaan. Kalau suami tak nak dengar, siapa lagi? Nak suruh aku download app cari kenalan pula ka? Kalau nak dilayan, ada saja orang yang nak melayan. Tapi masalahnya, antara nak dan tak saja. Fikiran aku masih waras lagi. Yang sakit hanya emosi bukannya fikiran walaupun mental aku selalu break down. Nak mogok suara lagi ka? Kalau aku buat hal lagi dalam bulan puasa ni, aku yakin dan pasti Rahman dan Asri berpuasa tanpa bersahur. Seharusnya bulan Ramadhan ni hati aku berdamai dengan emosi dan bertahan selagi mampu. Berpura-pura aku redha dan redah segala gelombang yang mendatang. Mungkin puncanya akibat gangguan yang kembali bertandang. Macam malam ni, selepas aku keluar dari bilik dan menangis sambil main game, aku dengan Rahman meracau sakan dalam bilik hingga melaungkan azan. Mulanya, aku nak biarkan saja. "Orang nak cerita tentang hal pagi tadi tak mau dengar." aku mengomel sendiri di luar bilik dan biarkan Rahman terus meracau seorang diri, namun akhirnya aku pula yang tak tahan sabar mendengar racauannya. "Abang!" aku panggil Rahman dengan suara yang lantang dalam nada yang masih sendu. "Hoi!" aku laung lagi. Baru hilang suara Rahman yang sedang melaungkan azan. Aku tahu, pasti dia pun diganggu seperti aku juga. Sebelum keluar bilik tadi aku sudah menangis dan hidung terus tersumbat macam selsema. Rahman yang tak prihatin dengan emosiku yang sedang tersentap terus bersuara. "Ubat selsema ada. Makan ubat selsema." Apa? Bila pula aku selsema? Kalau dah menangis tersedu sedan mestilah hidung tersumbat. Takkan dia tak perasan aku yang teresak di sebelahnya? Allahu Akhbar, inilah suami aku Rahman. Tahap tak prihatinnya pada aku dah sampai tahap kritikal. Tak sampai lima minit aku keluar bilik, terdengar dengkurannya disusuli racauannya dan suara Rahman azan di tengah malam yang shahdu ini. Allah, hanya Engkau Yang Maha Mengetahui, ujian apa yang sedang kami hadapi. Doaku " Ya Allah, andai gangguan yang kami sedang hadapi ini dihantar oleh orang maka kembalikanlah pada tuannya. Andai ia datang sendiri, hantarlah ia ke hutan belantara yang tiada penghuni. Sungguh, aku terlalu letih dengan tidur yang tak pernah tenang. Aamiin." Malam sebelum ini aku dah rasa seram bila bangun masak untuk sahur. Aku dah kejutkan Rahman untuk menemani. Tapi, nama saja Rahman teman tapi sambil tidur di atas kerusi malas di ruang dapur kami. Itulah cara Rahman teman aku setiap kali bangun sahur kecuali kalau dia rajin, dia akan mandi dan buat tahajud. Aku tak tahu sampai bila aku harus bertahan lagi. Ikutkan hatiku, biarlah semua masalah terus berhenti namun aku hanya merancang, Allah juga sedang merancang untukku. Aku tak mahu minta banyak Ya Allah. Hanya terus berikan aku kesabaran dan semangat yang kental untuk merentasi gelombang yang sedang aku hadap ini. Rezekikan juga aku dan keluargaku iman dan taqwa. Dan, matikan kami dalam iman. Aamiin. Part 46 Aku berjaga sampai pukul 3.45 pagi sedangkan pukul 4.00 pagi nanti aku perlu bangun untuk masak sahur. Kepala pula mula berdenyut akibat menangis tadi. Inilah aku setiap kali lepas menangis. Kepala akan rasa sakit dan akan hilang lepas aku tidur. Aku buat keputusan untuk tidur juga walaupun masa yang ada hanya 15 minit. Baru terlelap pengera telefon aku berbunyi. "Mangkit masak pula. Pukul 4.00 dah." tanpa banyak soal aku kejut Rahman di sebelah dan sambung tidur. Pukul 5.00 pagi pengera telefon aku berbunyi lagi. Aku matikan pengera dan sambung tidur tapi mata tak mahu pula lena sebab perut sedang lapar. Kalau tak sahur, aku juga yang akan teruk nanti. Mahu tak mahu aku bangun juga tapi niat tak nak makan nasi yang Rahman masak. Aku nak masak meggi saja. Namun, niat aku terbabas lagi. Tengok nasi yang Rahman masak tak keras macam selalu, aku ambil pinggan dan isi nasi. Lauk berbuka yang masih berbaki, Rahman hanya panaskan saja. Lauk berbuka pun bukan aku yang masak. Lepas solat asar kemarin, Rahman tanya aku. "Nak beli apa?" "Nak buah tembikai." "Nak beli apa lagi?" "Beli la nasi apa pun, saya malas nak masak nasi. Nasi ayam ka?" "Nasi kerabu mau?" "Err..ikutlah. Belilah apa pun." "Nasi kandar?" "Bolehlah. Ambil sotong yang banyak telur." aku mula demand. Hari ini memang mod memasak masuk gaung, gara-gara tak boleh tidur siang. Asal tidur saja kena mimpi yang entah apa-apa. Kena mimpi? Ya, sebab aku tak rela bermimpi. Ikutkan aku nak tidur senyenyaknya tanpa diganggu oleh mimpi-mimpi. Petang tadi Rahman beli nasi tiga bungkus, kari telur sotong, masak dalca, ayam goreng berempah, ada kuah campur dan.. " Acar ikan talang kering tu dapat free." kata Rahman ketika aku sibuk memasukkan semua lauk ke dalam mangkuk. Acar talang kering tu dalam tepaware kecil. Dan sahur pagi ni Rahman hanya masak nasi dan panaskan semua lauk saja. Aku pula habiskan lauk kemarin yang belum habis juga. Pajeri terung campur nenas dan kari lemak pisang muda. Aku masukkan juga kari telur sotong, sayur campur, masak dalca ayam dan ayam goreng berempah. Namun, nasi tetap tak habis dan terpaksa aku buang separuh. Ayam goreng berempah aku masukkan dalam bekas nasi untuk kucing sebab aku tak boleh telan dan rasa mual tak semena. Sejak petang tadi lagi ketika berbuka aku tak sentuh ayam goreng berempah tu. Telur sotong pun aku tak ambil sebab ingat telur ikan. Bila Rahman cakap telur sotong, barulah aku berani ambil. Telur sotong tu besar sangat dan panjang. Mungkin telur sotong bubu yang besar tu? Aku tak pasti, asalkan telur sotong, aku ngap saja. Cerita bab makan, aku ni kalau dah set dalam minda, tak boleh makan memang makanan tu aku takkan sentuh. Macam ayam goreng berempah tu aku paksa diri juga untuk makan, akhirnya separuh nasi terpaksa dibuang. Bila dah set dalam minda tak mahu makan namun paksa juga diri untuk rasa, perut yang mual buat aku tak boleh telan apa yang ada di depan mata. Masakan ayam yang dimasak oleh orang lain memang aku tak berdaya nak makan sebab stail aku masak ayam harus overcook. Tak overcook aku tak boleh telan. Walau apa pun, pagi ni aku puas hati sangat sebab tak perlu bangun masak sahur macam selalu. Aku hanya bangun ambil pinggan, ceduk nasi dan ceduk lauk saja. Allah, macam heaven sangat rasanya hati aku ni. Lepas sahur, Asri terus seterika baju. Rasa kembang pula hati tengok dua orang lelaki dalam rumah ni buat kerja. Hahaha.. Sebenarnya, Atirah dan Asri bukan diurus oleh aku sejak mereka sekolah tadika lagi. Rahman yang urus semua hal persekolahan mereka. Hanya mesyuarat PIBG atau hari penyampaian hadiah saja aku hadir bila Rahman tak dapat pergi. Atirah mungkin kecil hati dengan aku sebab banyak abaikan dirinya sejak kecil lagi. Banyak hal sekolahnya aku tak dapat hadir hingga dia pernah mengungkit dipeluk ibu kawan-kawannya ketika kem motivasi ketika nak ambil exam penting ketika sekolah menengah. Rahman kerja dan aku sakit. Kalau sekadar sakit tak apa lagi tapi setiap kali sakit emosi aku tak stabil. Tahukah Atirah? Aku pasti dia tak tahu apa-apa kerana genetik Rahman ada dalam tubuhnya. Rahman tak pernah prihatin tentang perasaan dan emosi aku. Atirah juga mungkin tak prihatin tentang perasaan aku kerana aku hanya suka pendam. Hari ini aku nekad lagi nak terus memendam sampai mati. Luahkan? Untuk apa, kalau hati sendiri yang akan tersakiti lagi? Part 47 Hari Raya Aidilfitri 2023. Aku betul-betul bosan untuk hidup! Bosan sangat untuk hadap semua kerenah orang. Bosan untuk hadap kelukaan yang sama setiap kali. Bosan untuk hadap orang syok sendiri. Bosan!! Andai aku ada pilihan mungkin MATI itu lebih baik!? Entahlah, jujurnya memang aku takut mati kerana aku tak tahu apa yang bakal menanti aku di dalam kubur sana, namun dalam masa yang sama adakalanya aku berkata pada diri " Hidup atas tanah ni pun sakit sangat mental dan fizikal. Mungkin mati lebih baik." Sehari sebelum raya, aku mengemas rumah walaupun dalam keadaan mengah. Rumah memang berantakan teruk terutama sekali kucing yang ada dalam rumah ni beranak kecil. Sebelum ini ada kucing dah berak di sudut dinding, kebetulan di tepi dinding yang sama ada baki simen. Rahman tak cuci najis kucing tu sebaliknya dia bancuh simen dan tampal di atas najis kucing. Seminggu sebelum raya aku dah buang simen dan semua najis yang ada di tepi dinding namun lepas aku buang semua najis, si ibu kucing bawa masuk anak kecil pula dan tinggal di bawah sofa. Memang busuk gila dan tugas membersihkan najis dan mop semua lantai, aku yang buat. Bila dengar hari Jumaat tak jadi raya, akulah manusia paling happy sebab rumah belum habis dikemas. Aku pula buat kerja 5 minit, rehat setengah jam. Lambat sangat nak selesai semua kerja, akibatnya kerja berlarutan sampai ke tengah malam. Namun malam raya tu masa aku sedang masak nasi impit, Atirah suruh Rahman pasang tirai yang terakhir. " Lubang kecik sangat." komen Rahman pada tirai yang aku jahit sendiri. Aku memang jahit sendiri semua tirai sejak 26 tahun kami tinggal di rumah ini. Masa aku sihat dulu, aku keluar beli sendiri kain untuk dibuat tirai. Semuanya labuh elok tapi beberapa tahun lalu, Atirah yang beli kain dan aku hanya membeli renda di dalam Shopee. Kain memang tak berapa nak cukup jadi aku buat ala kadar saja dan agak pendek daripada sebelumnya, jadi bahagian atas tu aku sengaja kecilkan untuk labuhkan tirai. "Orang lelakikan memang suka 'lubang kecik'." aku sindir Rahman dengan nada suara yang kuat sambil mengacau nasi impit di dalam periuk. Aku sakit hati sebenarnya. Aku kemas rumah dari pagi kemarin sampailah malam raya, aku relax saja tapi dia baru nak pasang satu tirai, dia dah komplin padahal tirai tu dah guna banyak tahun pun. Mungkin dah 3-4 tahun guna. Serius aku tak ingat? Hati sudah mula membara dan emosi sudah bergelora. Tubuh sangat letih dan mental turut sakit. Selesai masak nasi impit, aku rehatkan diri di meja kerja sambil mengambil angin di depan kipas. Rahman duduk di kerusi malas sebelah aku sambil membelek telefon bimbit baru yang dibelikan Atirah untuknya. Telefon bimbit 4 kamera dengan ram memori 128gb. Wow, telefon aku pun baru 68gb storan. Memang syok sakan la Rahman, anak dara kesayangannya belikan telefon baru. Dalam keadaan mental dan fizikal aku yang tak stabil, Rahman baca satu kata-kata dengan suara yang kuat. Aku tak faham apa tujuannya? Namun, aku rasa sangat terganggu. "Baca la dalam hati!!!" aku berkata dengan nada suara yang sangat lantang. "Saya tak minat la nak dengar!" aku sudah tak peduli dengan perasaan Rahman kerana ketika ini emosi dan perasaan aku lebih penting lagi. Ya, dengan tubuh yang sangat letih dan hati yang sangat sakit akibat komplin yang aku dengar tadi. Kata Rahman " Sekadar nak bagi pendapat." Hello, kau lupa ya suamiku yang tersayang, 26 tahun ni aku yang jahit semua tirai! Kau memang lupa, kan? Pendapat kau tu, langsung tak berguna! Kau ajar siapa? Ajar itik berenang? Eh, tolonglah sedar diri sikit! "Kipas tak tutup ka tadi?" aku tukar topik bila dengar bunyi kipas di dalam bilik. "Tak tau, saya tak buka pun." Rahman cuba berdalih, padahal masa aku nak mop lantai dapur tadi, aku suruh dia masuk dalam bilik sebab aku tak suka diganggu ketika aku buat kerja. Dengar saja azan Isyak, dia keluar bilik dan pergi solat di surau. Aku selesai masak nasi impit hampir pukul 12 tengah malam. Maknanya kipas tu terpasang sejak lepas Maghrib lagi. "Habis tu sapa yang buka? Saka yang buka?" aku membalas sinis. Satu lagi sikap Rahman, dia takkan mengaku salah walaupun ternyata dia yang bersalah. "Saka kot." dia mengiakan kata-kataku. "Ada saka pula dalam bilik? Malam satgi bolehlah mimpi dan azan lagi." aku sindir Rahman lagi. Hati semakin membara. Beberapa minit kemudian, aku bangun dan masuk bilik air untuk membersihkan diri. Tak semena-mena aku menangis lagi. Jujurnya, aku ingin meraung sekuatnya melepaskan semua perasaan tapi aku tak mampu. Lepas mandi dengan rambut yang masih basah, aku masuk bilik dan terus tidur. Dalam pukul 2 pagi baru aku terlelap, namun pukul 3 lebih aku bangun dan sambung mengemas. Ada sikit lagi kerja yang belum selesai. Pukul 4 pagi aku mula proses bahan-bahan untuk masak rendang. Semalam Rahman tak masuk tidur dalam bilik. Dia tidur di kerusi malas di tepi meja kerjaku. Pukul 5 pagi dia bangun dan tengok jam di telefon bimbitnya. "Pukul 5 dah ka?" ayat pertama yang keluar dari mulutnya. Dia dah berjanji nak bangun pukul 4 pagi dan teman aku masak rendang. Tapi, temannya Rahman sambil tidur lena atas kerusi malas. Hurm..aku malas nak komen. Redha sajalah. Sambil menunggu rendang masak, aku teruskan kerja yang masih terbengkalai. Letih, tapi apa nak buat. Kalau aku tak buat semua kerja, siapa lagi nak buat. Aku memang tak harap sangat 3 orang lagi penghuni rumah ni tolong aku. Lain yang aku buat, mereka buat macam lain. Bukannya aku puas hati pun. Lagi serabut perut, tengok kerja mereka ada la. Banyak komplin pulak tu. 1 Syawal tahun 2023, aku masih buat kerja rumah. Masih belum selesai hinggalah aku dapati nasi himpit hampir habis. Aku masak nasi impit lagi dan masuk tidur. Aku nak biarkan nasi impit mereka bertiga saja yang tengokkan. Kalau aku tengokkan, sesekali aku akan kacau agar masak serata. Bila air tinggal separuh, aku akan tambah air lagi. Pukul 1.30 tengahari aku terjaga dan terbau sesuatu yang hangit. Aku melompat bangun dan keluar bilik. "Nasi impit mak hangit." sebaik aku keluar bilik, anak lelaki kami Asri memberitahu. Api dapur sudah ditutup. Aku buka periuk dan memeriksa. Allahu Akhbar, air kering terus dan periuk hangit sikit di bahagian bawah. Ada sebiji dua nasi impit terhangit tapi taklah sampai hangus. Aku alihkan nasi impit ke dalam bekas nasi impit yang dah kosong. Tak taulah, apa kejadian nasi impit ni? Pasrah sajalah! Perut lapar. Aku angkat tudung saji, ada ketupat dan terpaware. Mungkin dari rumah ibu mertuaku sebab pagi tadi aku masukkan rendang dan nasi impit dalam bekas yang sama. Aku buka terpaware dan berharap ada gulai daging untuk dicicah ketupat namun dugaanku meleset sama sekali. Isi terpaware tu adalah bihun goreng. Apa lagi, aku pergi ambil sudu dan kosongkan terpaware tu. Alhamdulillah, rezeki tengahari 1 Syawal. Kering seketika air mata 1 Syawal, harap-harap emosi terus stabil lepas ini. Aku bosan terkena 'selsema' setiap kali aku menangis. Aku juga letih melayan emosi sendiri yang semakin tidak stabil dan tak dapat dikawal. Sehingga semalam, aku berangan bunuh orang. Hahaha..ada ka bakal jadi mangsa untuk aku bunuh nanti? Part 48 Air mata Syawal berterusan. Kali ini bermula dengan amarah yang tak terduga. Ya, aku sendiri tak menduga mampu melakukan perkara sekejam itu. Dalam anganku aku nak melakukannya lebih ganas dan drastik tapi lain pula yang terjadi. Malam raya kedua, aku baru menyedari pelapik tilam Asri yang berbau hancing tersangkut di atas penyidai baju yang sudah dibasuh. Kalau hanya ada baju dia saja, aku tak kisah, sebaliknya baju aku pun banyak di penyidai itu termasuk beberapa helai kain batik. Aku tak ada nombor telefon baru Asri. Sebelum ni dia berkongsi telefon dengan Rahman kerana telefonnya telah rosak. Bila Rahman dapat telefon baru daripada Atirah, telefon Rahman automatik jadi milik Asri dan dia beli kad sim baru. Hanya kerana aku tak tahu nombor telefon baru Asri, aku buat mesej ugutan dalam group Rahman Family. Me : rasa mcm nak bunuh org malam ni😡😡😡tilam busuk sangkut kat baju dah basuh! Jaga2 malam ni aku ngamuk..pas kat dia sat sebelum aku meroyan!! Tapi, tak ada seorang pun yang bersuara melainkan Rahman yang memberi respon dengan mengangkat pelapik tilam tu ke bawah. Aku semakin sakit hati. Senangnya dia settlekan masalah? Maka tanpa berbasa basi, aku buang semua baju Asri yang juga bersangkutan di atas penyidai yang sama ke atas pelapik tilam hancing tu. Tak sudah dengan itu, semua barang -barang Asri atas papan seterika aku letak atas tilam. Barang-barang Asri atas almari, aku tepis semuanya ke bawah. Aku benar-benar menjadi gila segilanya malam ini. Hati aku benar-benar koyak rabak. Jadi manusia, otak harus digunakan, bukannya letak di kepala lutut! Lelaki semuanya sama saja. Bodoh tak boleh diajar. Sepatutnya, dia rendam pelapik tilam tu dalam bilik air, bukannya sidai di atas penyidai yang telah dibasuh. Umur Asri sudah 14 tahun tapi masih kencing tilam lagi. Aku syak dia malas nak bangun malam untuk ke bilik air, jadi mesti terbabas ketika sedang lena? Entahlah, apa penyebabnya? Aku bukannya marah sebab dia kencing malam tapi rajinkan diri tu basuh semua benda, jangan jadi pemalas sangat! Selama ini pun setiap kali dia rendam pelapik tilam tu, aku yang tolong basuh. Payah sangat ka nak rendam tilam tu pada hari raya ni? Aku dengar motor menderu masuk ke dalam rumah bila aku sedang merayu mata untuk lena. Malam memang sudah lewat. Biasalah, anak lelaki memang suka balik lewat malam. Malam raya pertama, pukul 1 pagi baru dia balik rumah. Tiga tahun lepas aku pernah mengamuk pada malam 27 Ramadhan kerana dia pulang lewat malam. Aku hilang separuh kesedaran dan cekik Asri namun bukan cekik betul-betul pun, sekadar memberi amaran jangan buat lagi. Namun, yang namanya anak lelaki, bukannya dengar cakap, lagi kasar aku layan dia, lagi dia menjadi sedegilnya. Anak-anak zaman ini memang suka sangat mencabar kesabaran ibu bapa. Aku suka diam dalam masa tertentu namun, bila sabar aku hilang, aku sendiri pun tak menduga apa tindak balas yang akan aku lakukan. Semua kejadian terjadi secara spontan. "Pasai pa baju adik semua dok bawah?" aku dengar Asri bertanya. "Hang sidai tilam busuk atas baju basuh dah, bla, bla.." aku dengar Rahman menjawab. Perbualan seterusnya aku tak dengar sangat. Kemudian aku dengar Asri buka pintu dan start motor. "Hang nak pi mana tu?" Rahman bertanya, cemas mungkin? "Nak tidoq hujung kampung." hujung kampung tu semestinya rumah kak Aini. Selepas aku ambil dia dan ketika umur Asri 3 bulan, aku keguguran berturut-turut, jadi kak Aini dan anak-anaknya yang jaga Asri. Mereka terlalu sangat manjakan Asri sampaikan sudah sekolah rendah pun Asri masih makan bersuap. Kebetulan anak perempuan ke-4 kak Aini masih belum ada anak walaupun dah hampir 10 tahun berkahwin. Mulanya aku suruh Asri panggil dia bibik sebab dia yang mengasuh Asri tapi mereka sangat pintar, dia suruh Asri panggil dia ibu dan panggil suaminya abah. Aku tak berani nak protes, aku hanya terpaksa redha saja. Itu hak mereka, yang buat aku bengang bila Asri lebih dengar cakap mereka berbanding cakap aku. Mereka kawal Asri 100%, segala duit milik Asri pun mereka kawal. Mereka yang buka akaun bank untuk Asri. My kid Asri pun mereka yang pegang, cuma hal sekolah saja tanggungjawab Rahman. Asri sakit kemalangan dulu pun, mereka yang rawat. Asri demam pun, kadang-kadang mereka yang bawa pergi klinik atau hospital kerajaan. Kadang-kadang saja Rahman yang bawa pergi ambil ubat dan MC. Aku? Jujurnya, aku memang banyak kecil hati dengan Asri dan keluarga kak Aini, jadi hal kebajikan Asri memang aku malas nak masuk campur. Aku hanya diam dan memerhati. Aku pendam semua rasa. Sebaik saja motor berlalu pergi, aku bangun dan keluar dari bilik. Aku menuju ke ruang tamu di mana ada ikan peliharaan Asri di atas rak besi. Aku satukan semuanya dalam satu bekas dan bawa ke katil Asri. Nah! Rasakan air busuk ikan pula. Aku tangkup semuanya atas baju-baju Asri yang aku longgokkan atas katilnya Pantang kena marah, lari ke hujung kampung. Amekaw, ingat korang saja ada perasaan ka? What you give, you will get back. No debt no diskaun. Cash on the spot. Aku menjerit di dalam hati. Sebenarnya aku malas nak bersemuka dengan Asri, aku takut aku hilang kawalan lagi. Dalam fikiranku sebelum dia pulang tadi, aku nak tekup muka dia dengan pelapik tilam hancing tu, biar dia bau sendiri, betapa "wanginya" tilam hancing yang dia sidai atas penyidai baju yang dah dibasuh. Sampai ke pagi ini, Asri belum pulang lagi. Mungkin masih belum bangun tidur. Aku faham sangat dengan gelagat keluarga kak Aini, memang selalu bangun lewat kalau dulu. Sekarang pun mungkin masih lagi? Entahlah! Biarkanlah mereka, ada aku kisah! Semalam aku terima mesej daripada kak Rosilah. Kak Rosilah : Esok rancang nak pi raya kot belah rumah adik Na..tapi tak tau la nak sampai pukul berapa sebab nak singgah rumah pakcik Tan dulu...nak pi belah pagi la.. Me : hurm..mod tak elok sikit, kalau tak keluar bilik tu faham-faham la no, kalau takdak orang di rumah, tinggal saya sorang ja harap maaf, saya takkan buka pintu🤪🤪DAN kalau aku tak keluar bilik, TOLONG jgn masuk bilik tengok..takut hang pun kena tengking! mod nak bunuh org!! Aku baca semula mesej tersebut dan aku terkejut baca barisan paling bawah. Aku? Fikirku. Kenapa aku tulis aku? Mungkin terlampau excited nak bagitahu aku tak ada mod nak layan dia dan keluarganya? Entahlah! Otak aku serabut sangat. Kemarin pun aku dengar ada tetamu datang bertandang tapi aku tak keluar jenguk pun. Aku di dalam bilik dan melayan telefon. Aku main game dan tengok video dalam Youtube. Best lagi tengok orang buat rumah dalam hutan mengunakan buluh/ kayu dan tanah. Kreatif sangat cara buatannya. Aku cemburu tengok mereka yang sangat kreatif, sedangkan Rahman dan anak-anakku langsung tak kreatif berfikir. Apa kemahiran Rahman dan anak-anakku? Entah! Mungkin kemahiran mereka hanya menyakitkan hatiku. Tak ada langsung ka kebaikan dalam diri mereka? Ada! Pasti ada, tapi dalam masa tertentu saja. Akhir -akhir ini aku tengok mereka rajin juga bantu aku bersihkan pinggan mangkuk dalam singki tapi tak kreatif macam aku la. Memang tak sama macam yang aku buat sebab mereka dan caraku tetap berbeza. Part 49 Aku rasa macam nak bunuh diri!? Namun, aku masih was-was lagi. Aku nak tidur lena tapi fikiran serabut gila. Aku teringat ada ubat batuk Asri dalam peti ais. Aku keluar bilik dan menuju ke peti ais. Botol ubat batuk aku ambil, aku kecewa kerana baki ubat batuk hanya ada sikit saja. Aku minum semuanya dan masukkan sikit air dan goncang. Aku minum lagi dan buang botol dalam penapis sampah atas singki. Lepas setengah jam baru terasa kesan ubat batuk tersebut. Badan rasa lemau sangat. Letih terus menguasai diri, langsung tak ada tenaga. Aku ambil kesempatan ini untuk lena. Pukul 1 pagi aku terjaga dan batuk-batuk. Eh? Minum ubat batuk boleh rasa kering tekak ka? Aku menyoal diri sendiri. Aku sambung tidur dan alarm telefonku yang sedang cas di luar bilik berbunyi. Tahulah aku, sudah pukul 4 pagi sekarang. Aku bangun untuk mengambil telefon yang mungkin baterinya sudah penuh. Aku masuk semula ke bilik dan sambung tidur. Sebelum tu aku off semua alarm yang aku set bulan Ramadhan yang telah pun berlalu. Bangun pagi ni perkara pertama yang aku buat adalah panaskan semula rendang ayam kemarin sampai kering, kemudian aku makan sarapan pagi. Aku tak ada mod nak puasa sunat enam hari, bulan Syawal ni. Selalunya, aku akan puasa ganti dulu pada hari raya kedua dan seterusnya. Tapi tahun ni, mod aku masuk gaung tahap kritikal. Otak tak boleh berfungsi dengan sewarasnya. Pukul 9 pagi barulah Asri pulang. Terdengar juga dia berbual dengan Rahman kemudian dia melayan telefon. Atirah ada di dalam biliknya. Buat apa? Entahlah! Rahman pula sambung tidur selepas memasukkan baju Asri ke dalam mesin basuh dan melayan Asri berbual. Aku tak fokus sangat dengan perbualan mereka. Aku tak berminat nak tahu pun. Entah mengapa, hari ini aku masih ada mod untuk memasak. Ada sebiji nenas yang sudah seminggu lebih tersadai atas meja. Nenas yang dibeli masih berkulit hijau, kini sudah bertukar warna. Sebelum nenas menjadi ranum dan busuk, lebih baik aku kupas dan masak pajeri. Tugas aku tengahari ni adalah masak pajeri nenas, goreng taugeh yang sudah banyak hari dalam peti ais. Aku goreng taugeh kicap campur telur dan panaskan rendang ayam yang entah siapa yang beri. Aku jumpa rendang ayam dalam peti ais yang masih berbungkus plastik. Sambil masak semua masakan, tak lupa juga aku basuh beras dan masak nasi untuk makan tengahari ini. Me : Harap sangat hampa tak jadi singgah di rumah kami. Anggap ja rumah kami halimunan. Harap maklum. Aku mesej kak Rosilah dengan ayat yang tak sepatutnya. Hari raya sepatutnya kita saling menziarahi dan menerima tetamu, tetapi aku pula, tak nak mereka datang. Kak Rosilah : Ok. Simple saja ayatnya. Sentapkah? Ahh..kisah pula kalau dia sentap. Yang penting sekarang ni mod aku yang tak stabil. Aku masih memikirkan kerja gila seterusnya. Ubat demam dan ubat selsema Rahman dalam laci meja kerjaku terlayang dalam fikiranku saat ini. Nak telan atau tak? Kesannya, mungkin lebih teruk daripada ubat batuk Asri semalam? Sebelum ni aku telan 4 biji ubat tahan sakit namun aku masih hidup lagi hingga ke hari ini. Nak hiris urat nadi, aku ngeri sikit. Layan drama kalau ada part potong orang pun aku takut nak tengok, inikan pula nak potong urat nadi sendiri. Hurm, camnolah.. Part 50 Raya ke - 5, 2023... Ingatkan selepas puasa aku akan tidur malam tapi dugaanku meleset lagi. Aku tetap berjaga malam sampai ke pagi dan aku hanya tidur bila benar-benar mengantuk. Hari ini aku tertidur bila jam hampir pukul 12 tengahari. Aku tetap terjaga berkali-kali walaupun semalaman tak tidur. Kali terakhir aku terjaga Asar sudah pun berlalu. Aku bangun mandi dan makan apa yang ada. Kunyah dulu snek hari raya yang ada atas meja kerjaku. Bila rasa mod nak masak datang, barulah aku bangun untuk masak ala kadar saja. Aku buka tudung saji, sudah ada papadom goreng dan telur rebus. Buka termos nasi goreng pagi tadi masih ada baki sikit lagi. Aku mula basuh beras dan masak nasi. Bila aku buka peti ais, aku jumpa budu, tomato, peria, limau nipis, cili padi dan tauhu yang masih dalam plastik. Aku mula buat tugasanku petang ini. Ambil tomato, cili padi dan bawang. Kupas dan cuci. Selesai cuci aku potong dan perah limau nipis dan masukkan sikit budu. Siap satu menu, aku mula pegang kuali, basuh tauhu, masukkan garam kunyit dan goreng. Sambil goreng tauhu, aku kupas bawang dan hiris nipis-nipis. Tak lupa aku hiris juga cili padi. Sedang aku masak, terdengar orang memberi salam di luar rumah. Hati mula resah. Siapakah gerangannya yang datang? Aku teruskan memasak. Rahman menyambut tetamu yang datang dan menyuruh Atirah membuat air dan hidangkan kuih. Aku masih buat tak peduli dengan kedatangan tetamu yang merupakan anak sulung kak Aini yang kuat membuli aku ketika aku kecil. Mungkin dia datang bersama keluarganya? Aku tak pasti, yang aku dengar hanya suara isterinya saja. Untuk keluar bertemu muka, aku tak ada mod untuk beramah mesra. Maaflah! Mod aku dah pergi bercuti ke Kutub Utara mungkin? Belum balik-balik lagi ni. Kahkah... Selesai masak, aku terus masuk bilik dan cari kipas angin sebab kipas angin di meja kerjaku Rahman sudah ambil dan letakkan di ruang tamu untuk tetamu yang datang. Tanpa sedar, sambil mengambil angin di depan kipas, aku meratib dengan laju. Meratib? Tapi, kenapa? Entahlah, mungkin sebab rasa bersalah? Kekok sebab malas nak layan tetamu atau apa? Aku sendiri pun tak pasti. Aku macam dah hilang pedoman, hilang kewarasan. Akhirnya, aku on mp3 rukyah dan mula mendengar bacaan surah Al-Quran agar fikiran aku tidak terlalu serabut. Time macam ni aku rasa otak aku tepu. Tak tahu apa yang aku fikir. Banyak sangat bayangan imaginasi yang mengetuk fikiranku antaranya.. Aku bayangkan kak Azie yang kuat berleter tu datang ke rumah dan ceramahkan aku. Aku pula bagi respon dengan mengambil pisau dan mengugut nak bunuh diri atau bunuh dia. Imaginasi aku berterusan. Aku bayangkan mereka report polis dan polis datang pujuk aku. Aku pula diam-diam berbisik pada polis. "Saya waras lagi. Saya sedar diri lagi. Saja gertak ja. Boleh tolong dak, bawa saya keluar dari rumah ni. Bawa saya ke hospital sakit jiwa." Polis pun tunaikan permintaan aku. Mereka bawa aku ke hospital sakit jiwa untuk dirawat tapi aku kata pada doktor. "Saya tak gila doktor, saya cuma depress dan ingin keluar dari rumah. Saya nak minta kerja di sini boleh tak? Sebagai tukang masak atau pun tukang kebun." Aku rasa mungkin aku kena tukar angin kot. Dah lama berurusan dengan orang waras, mungkin dah sampai masanya aku berurusan dengan orang gila pula. "Baiklah, kalau itu yang puan nak. Tapi, boleh cerita tak, apa yang menyebabkan puan depression?" Kononnya, itulah yang doktor tanya aku. Aku pula macam serba salah nak cerita. "Entahlah..banyak sangat sampai tak tau nak mula dari mana." "Apa yang ada dalam fikiran puan sekarang ni?" "Kebebasan." "Bebas macam mana tu?" "Bebas macam burung." "Puan tahu tak, burung yang terbang bebas tu pun bakal dilastik oleh budak-budak nakal, mungkin juga akan ditembak oleh pemburu burung dan sebagainya." "Saya nak terbang bebas di udara dan terbang setingginya." "Terbang tinggi pun bahaya juga walaupun burung tu bersayap. Mungkin kena langgar dengan kapal terbang." Doktor memberitahu kenyataan yang buat aku berjeda lama. Betul juga tu, jadi manusia pun kalau Allah kata Kun Fa Ya Kun, tinggal di atas bukit pun berisiko tanah runtuh atau tanah lunsur. Tinggal di tepi pantai, risiko tsunami dan air pasang besar. Tinggal di tanah rendah, risiko banjir. Tinggal di bangunan tinggi risiko gempa bumi dan bangunan runtuh. "Itu sekadar bayangan imaginasi saya ja doktor, bukan betul-betul nak jadi burung pun. Sekadar contoh untuk menjawab pertanyaan doktor saja." aku berbasa basi untuk melepaskan diri daripada perangkap doktor yang berpengalaman. "Cuba puan ceritakan, apa penyebab puan datang ke sini. Puan tahu tak, orang dalam wad ni semuanya fikirannya tak waras. Puan nak jadi macam mereka yang tak waras ni ka?" "Rasanya lebih baik bergaul dengan orang tak waras daripada bergaul dengan orang waras yang hanya nak menang sendiri. Bak kata, apa yang dia cakap, semuanya betul, orang lain cakap semua tak betul." "Puan rasa puan betul dalam semua hal ka?" aku berjeda lama lagi mendengar kata-kata doktor. Aku betul atau tak betul? "Saya bukannya doktor, doktor rasa saya ni betul atau dak?" aku soal doktor kembali. "Saya rasa puan tak betul sebab kalau puan betul, puan takkan datang sini." Pandai pula doktor ni putar belit. Apa lagi aku nak 'pusing' ni. "Hurmm..baguslah. Jadi saya memang layaklah tinggal di sini?" aku berkata sambil tersenyum. Doktor membulatkan matanya. "Puan memang nak sangat ka tinggal di sini? Tak menyesal?" "Buat apa nak menyesal? Kan, doktor juga cakap tadi, burung tu pun banyak musuh, terbang rendah kena lastik, kena tembak. Kalau terbang tinggi kena langgar dengan kapal terbang. Jadi, manusia ni pun sama sajalah tinggal di mana pun, tetap ada risikonya." Aku tersenyum lagi dengan imaginasi sendiri. Tak semena-mena aku rasa sangat terdesak untuk untuk keluar dari rumah ini. Ke hospital sakit mental pun aku sanggup kalau terpaksa. Part 51 Aku mula menjadi diri sendiri semula. Aku mula bercerita tentang masa lalu dan semua peristiwa. Aku mula bermanja dengan Rahman macam dulu, namun sayangnya ku sangka panas hingga ke petang namun hujan di tengahari. Perasaan selesa kembali menjadi mendung dan awan duka berarak lagi. Hatiku terus disakiti walaupun mungkin tanpa Rahman sengaja. Mungkin aku yang terlalu sensitif atau dia yang tak prihatin? Aku tak pasti. Segalanya bermula bila tubuh aku semakin tidak stabil. Makan tak selera dan period aku datang dengan banyaknya. Tanganku pucat dan badan sangat letih. "Tak boleh nak buat kerja apa la ni, penat, rasa kelam macam nak pitam." aku mengadu pada Rahman. Teringin juga nak jadi watak dalam drama yang aku tonton. Kebanyakan hero akan risau bila heroinnya sakit namun tidak dalam kehidupan sebenar aku. "Keluar la exercise.." ayatnya seakan mencadangkan agar aku keluar bersenam, namun yang terasa adalah aku. Betapa pedih dan terlukanya hati ini. Setiap kali aku mengadu sakit, dia tak pernah ajak aku pergi berubat, yang selalu dia suruh, keluar bersenam. Bayangkan, aku goreng telur sebiji pun jantung berdegup laju macam nak pitam. Andai aku keluar bersenam, apa akan jadi? Aku tak tahu sejauh mana perasaan sayangnya pada aku? Adakah aku hanya berguna bila diperlukan saja? Bukan tak pernah aku mengadu sakit. Selalu..tapi yang aku dapat bukan yang aku bayangkan. Semuanya menyakitkan hati aku sendiri macam bumerang yang dilontar dan kembali padaku semula. Aku memang tak boleh sakit? Hanya perlu sentiasa sihat untuk buat kerja rumah dan melayani dirinya? Begitukah? Allah, sungguh aku letih sangat! One Day Off, drama yang sedang aku layan kini. Aku teringin jadi watak dalam drama ni. Kalau boleh aku pun teringin nak keluar bercuti macam dia. Tak mau one day off tapi nak one month off atau one year off.. Berpuluh tahun aku kahwin dengan Rahman, sekali pun dia tak bawa aku pergi bercuti. Masa mula kahwin dulu, selalu juga mak dia dan kakak-kakak dia ajak kami pergi makan kenduri di rumah adik beradik di Penang dan Perlis. Itulah tempat yang paling jauh aku pergi lepas kahwin. Rumah adik beradik aku, dia jarang nak ikut, selalu aku pergi dengan anak-anak atau adik beradik aku sendiri di Perak dan Pahang. Dia memang takkan ikut kalau bermalam. Jujurnya, adakalanya aku cemburu pada orang lain yang selalu pergi bercuti. Aku ni sejak kahwin dengan Rahman, ajak naik Gunung Jerai pun dia tak mahu bawa. Atirah yang pernah berjanji nak bawa aku naik Gunung Jerai pun mungkir janji hingga kini aku tak mahu lagi menagih janji. Yang aku nampak hanya 'Batu dua' tepi masjid. Tempat terakhir aku nak pergi. Aku dah tak ada nafsu lagi untuk pergi bercuti. Namun sekarang ni aku selalu berdoa agar Allah panjangkan usia aku kerana, aku kini sedang mencuba menanam pokok buah-buahan pula. Pokok betik aku kini berbuah lebat, pokok mulberry dan pokok bidara juga sedang berbunga dan berbuah. Aku juga tanam pokok delima, jambu air madu, jambu susu dan pokok namnam. Aku nak terus hidup demi pokok-pokok ini saja. Aku harap dapat melihat semua pokok-pokok ini berbuah segera dan aku dapat merasanya sebelum aku dijemput Ilahi pergi untuk selamanya. Matlamat hidup aku kini hanya satu, nak merasa buah daripada pokok yang aku tanam sendiri. Aku tahu, dalam keadaan kesihatan aku kini, umurku mungkin dah tak lama tapi aku masih berharap dapat menikmati apa yang aku inginkan ini. Moga Allah kabulkan hasrat aku yang terakhir ini. Aamiin. Aku dah tak mampu nak keluar rumah kini. Berjalan dalam rumah pun buat aku nak pitam, macam mana nak pergi bercuti? Tak apalah, mungkin tak ada rezeki aku untuk tengok tempat orang. Rezeki aku hanya tengok dinding, bumbung dan lantai yang sama setiap hari. Fahamkah Rahman dengan apa yang sedang aku hadap kini? Mungkin tak! Kalau dia faham keinginanku tentu dia berusaha untuk bawa aku pergi berubat. Tak mengapa. Aku redha ja terima takdir ini. Segalanya adalah dengan izin Allah. Kun Fa Ya Kun... Part 52 Akhirnya aku terkena anxiety attack..banyak sangat memendam perasaan aku diserang anxiety. Puncanya sikit sangat. Aku sedang sarapan dan Rahman sedang membelek handphonenya. Tak tahu macam mana aku telah membuat pengakuan jujur yang sejujurnya. ‘’Rakan-rakan FB abang yang perempuan ramai saya dah delete.’’ Memang itu hakikatnya, kadang-kadang aku akan heck laman sosial Rahman dan delete mana-mana rakannya yang aku tak berkenaan terutama yang free hair dan berpakaian seksi. ‘’Patut la pun, ramai yang dah hilang..bla, bla, bla..’’ aku dah tak mampu nak dengar ayat-ayat selanjutnya dan aku tetiba naik angin. Rasa otak aku tepu dan amarahku memuncak. Aku menjerit kuat dan menepis semua barang di atas meja kerjaku. Seterusnya aku meraung kuat dan aku tak dpat kawal raunganku yang berlagu sayu. Dalam masa yang sama, sempat aku perhati Rahman di muka pintu bilik sebaik saja aku masuk baring dalam bilik dalam keadaan raungan yang masih tak mahu berhenti. Rahman buka Rukyah MP3 dan terdengar dia membaca surah Ayatul Qursi. Mungkin dia ingat aku sudah terasuk kerana menangis melolong macam tu? Aku cuba kawal diri dan hentikan raungan. Beberapa minit kemudian, aku berjaya atasi perasaan dan raunganku berjaya dihentikan. Yang kelakarnya, sebaik saja raunganku terhenti, aku buka telegram dan layan Running Man. Dalam tawa, air mataku masih lagi bercucuran. Berminggu juga aku kemurungan selepas itu, asyik menangis tanpa henti hingga bengkak mata, makan tak selera dan tak dapat tidur malam. Selalu juga aku space out. Merenung panjang tapi pandanganku kosong tanpa hala tuju. Part 53 Alhamdulillah. Atirah beli kereta dan bawa kami ronda-ronda tengok tempat orang. Selama ni aku asyik berkurung dalam rumah. Last aku keluar rumah, aku bonceng motor dengan Rahman tapi baru nak naik motor, Rahman yang pernah kena strok tak dapat seimbangkan berat kami berdua dan menyebabkan motor terbalik. Aku trauma dan tak berani lagi naik motor bersama Rahman. Semakin murunglah aku berkurung dalam rumah hinggalah Atirah membeli kereta. Hari pertama dia bawa balik kereta, dia bawa kami ke Pantai Tanjung Rhu di Tanjung Dawai. Hari kedua dia dah balik ke Tapah untuk menyambung tugasnya sebagai guru. Aku menyambung tugas aku sebagai suri rumah yang membosankan. Namun, setiap kali Atirah balik bercuti, dia akan bawa kami jalan-jalan. Tempat seterusnya di Perlis Indera Kayangan. Banyak tempat yang kami plan nak singgah ditutup jadi kami memilih untuk pergi ke Gua Kelam. Sayangnya aku kekurangan stamina untuk menghayati keindahan Gua Kelam dan sekelilingnya. Berjalan sikit pun penat, apatah lagi bila terpaksa mendaki tempat tinggi. Aku kelelahan untuk naik dan turun tempat tinggi. Mujurlah Rahman dan Atirah banyak membantu aku. Mereka memegang tanganku dan memimpin aku untuk berjalan ketika aku dalam kesukaran melangkah bila menaiki tangga dan turun tangga. Balik dari Gua Kelam kami singgah di Masjid salah satu kampung di Perlis sebelum kami meneruskan perjalanan dan singgah pula makan di kedai makan di Kuala Perlis. Hari berakhir dengan kepuasan di hati namun penuh juga kekesalan sebab aku tak dapat meronda sakan di Gua Kelam dan rakam video sebagai kenangan. Hanya snap beberapa foto saja. Kehidupan aku semakin terisi dan kemurungan berlalu pergi tapi tak lama. Bila Atirah pulang semula ke Tapah, aku berkurung lagi di dalam rumah. Dulu aku berkebun untuk hilangkan kebosanan,sekarang ni nak berkebun macam nak suruh aku lari marathon 100km sejam. Penatnya Allahu Rabbi.. Part 54 Tanggal 22 September 2024, akhirnya aku dibawa keluar oleh Atirah dari Daerah Yan dan kami menuju ke Tapah. Lepas subuh kami dah bertolak, pukul 9.45pagi kami sudah sampai di Pekan Tapah. Yang lawaknya, dalam perjalanan aku baru teringat ada barangku yang tertinggal seperti kain tuala, cadar dan conforter jadi terpaksalah kami singgah di Pekan Tapah untuk membeli tuala dan cadar. Sejarah telah tercipta, perut memulas tak semena dan aku tak dapat mengawal diri. Sebaik masuk ke dalam rumah Atirah, belum sempat aku masuk tandas, aku sudah ter….. dalam seluar. Hahahaha..aku mesej Rahman dan dia hanya membalas dengan emoji gelak besar padaku. Bila aku ceritakan pula pada Atirah, sudah ku duga, dia juga menghamburkan tawa. Itulah..tragedi di bulan September.. Pagi 23 September 2024, aku bangun dengan perasaan luar biasa pagi ni. Nasib baik semalam aku boleh tidur, tak macam hari-hariku di rumah kami. Sudah sekian lama aku tak tidur malam dan siangnya aku akan tidur sampai tengah hari, namun hari ini aku bersemangat untuk memulakan hariku. Sudah pastinya rumah Atirah menjadi sasaran aku mengemas, mencuci dan sebagainya. Almaklumlah, anak dara zaman sekarang ni kalau bab mengemas memang ke laut dalam. Yang pastinya, aku takkan kemurungan lagi. In Sya Allah kerana Allah sentiasa ada bersamaku. Moga Allah akan permudahkan urusanku di sini. Aamiin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.