My Channel in Youtube

My Channel in Youtube
Jom Langgan!

Jumaat, 5 Jun 2015

Love 4Ever bab 30-Tammat

BAB 30

                  BEBERAPA bulan berlalu selepas kes Ariesya dilarikan oleh Lyna. Keadaan kembali tenang selepas itu. Ajmal ternyata sudah benar-benar berubah. Fida pula sudah bersedia membuka hatinya untuk menerima Ajmal. Kini Fida sedang menunggu hari untuk melahirkan anaknya.

               Saisah dan Syahrul pula membuat permintaan untuk menjaga bayi Fida. Saisah ingin menyusukan sendiri bayi itu dan menganggapnya seperti anak sendiri. Buat sementara waktu Fida akan tinggal di rumah mereka hinggalah dia lepas pantang dan dalam perancangan mereka Syahrul akan menceraikan Fida selepas Saisah selamat melahirkan anaknya pula.

           Ajmal sudah berjanji untuk mengambil Fida menjadi isterinya bila Fida sudah bersedia menerima dirinya. Berita terbaru dari Lyna pula, kini dia juga sedang menjalin cinta dengan bekas rakan sekampus mereka. Muhammad Idham yang sudah lama menyimpan perasaan terhadap Lyna dengan beraninya melamar cinta Lyna untuk dirinya. Tanpa berfikir panjang, Lyna menerimanya dengan hati terbuka. Dia sudah mula memaafkan Saisah dan Syahrul. Sesungguhnya hati manusia ini begitu senang berbolak-balik. Yang paling penting kembalilah kepada Allah! Hanya Dia yang mampu membuka peluang untuk kita melihat kebenaran.

           ‘’Ibu! Mama,.aduh, tolong Fida!’’ Fida menjerit kuat bila merasakan perutnya menjadi kejang tiba-tiba. Sejak pagi tadi perutnya asyik memulas hinggalah selepas solat Isyak tadi dia masih rasa tidak selesa.

           ‘’Kak Zeati,.abang Syah tolong Fida!’’ nama Saisah dan Syahrul pula diseru. Mungkinkah semua orang sudah masuk ke bilik untuk tidur? Tak tunggu lama, Fida menguatkan dirinya untuk bangun. Sebetulnya Puan Mawar sudah menawarkan diri untuk menemaninya malam ini tapi Fida melarangnya kerana tahu ibu mertuanya juga keletihan kerana menguruskan kedai makan mereka seharian.

          ‘’Akak! Abang Syah!’’ Fida memanggil lagi dan mengetuk pintu bilik Saisah dan Syahrul. Perutnya yang kejang berubah menjadi sakit yang teramat di bahagian pinggang dan bawah ari-ari. Dia mengetap bibirnya menahan sakit. Air matanya mula mengalir ke pipi.

          ‘’Abang Syah! Tolong Fida!!’’ sekali lagi Fida memanggil kuat walau kudratnya sudah semakin lemah akibat menahan rasa sakit.

        ‘’Ya Allah! Akak,.tolong!!’’ semakin kuat jeritan Fida bila air ketuban sudah membasahi betisnya. Sakit perutnya pula semakin kuat dirasakannya.

           ‘’Kenapa ni Fida?’’ Saisah yang membuka pintu bilik terus bertanya.

            ‘’Ya Allah! Fida nak bersalin ke? Abang!! Bangun,.Fida nak bersalin!’’ melihat kedaan Fida dan lantai yang basah, Saisah mula menjadi kalut. Suaranya lagi kuat mengalahkan Fida tadi.

           ‘’Abang!!’’ kuat laungannya dan mengejutkan Syahrul.

           ‘’Kenapa Zeati? Sayang sakit ke?’’ terpingga-pingga Syahrul bangun. Dia baru saja terlelap. Baru nak melepaskan penat lelahnya setelah seharian bekerja dan melayan kerenah Ariesya dan isteri-isterinya.
       
                      ‘’Ketuban dah pecah bang! Cepatlah bangun! Nanti tak semapt ke hospital, mahu ke abang jadi bidan terjun?’’ Saisah bersuara cemas. Melihatkan keadaan Fida yang sudah mula menangis dan keletihan Saisah juga turut dilanda kebimbangan.

             ‘’Eh! Sayang jangan bergurau boleh tak? Abang letih ni,.perut sayangkan baru lima bulan, ketuban apanya yang pecah. Lambat lagikan?’’ Syahrul bersuara perlahan. Disangkanya Saisah sengaja nak mengenakan dirinya.

            ‘’Fida yang nak bersalinlah! Bukannya Zeati!!’’ Saisah bertempik kuat. Barulah Syahrul terpisat-pisat membuka matanya seluas mungkin. Mindanya baru dapat mencerna keadaan sebenarnya.

                        ‘’AJMAL,.kau datang sekarang! Fida dah sakit nak bersalin. Aku nak kau belajar azankan anak dia!’’ Saisah menghubungi Ajmal dan menyuruh dia datang ke hospital. Syahrul sudah memandang Saisah dengan pandangan tajam.

             ‘’Agak-agaklah,.kalau nak suruh bekas kekasih sayang tu datang pun. Abangkan masih suami Fida?!’’  Syahrul bersuara dengan nada tak puas hati.

           ‘’Datang sekarang! Kalau tak aku suruh Fida reject kau! Baru kau tahu,.membujanglah kau sampai ke tua!’’ Saisah tidak mempedulikan rungutan Syahrul di sebelahnya. Dia terus berbual dengan Ajmal di hujung talian.

           ‘’Sayang! Dah dekat pukul 1 pagi ni, biarlah Ajmal tu tidur!’’ Syahrul masih mencuba nasib untuk memujuk Saisah agar memberinya izin menjaga Fida dan mengazankan bayinya.

              ‘’Bangunlah! Macam tu ke nak jadi laki orang?’’ Saisah masih ralit berbual di telefon. Sengaja dia berpura-pura tidak mendengar kata-kata Syahrul. Bila Fida sudah tiada kudrat untuk berjalan tadi, Syahrul yang mendukung Fida. Hati Saisah dilanda cemburu tiba-tiba, kini peluangnya pula untuk membuatkan Syahrul cemburu. Walau pun butir bicara mereka adalah Fida.

              ‘’Sayang ni degil betulkan? Fida tu kan masih isteri abang! Biarlah abang yang azankan anak dia nanti. Tak payahlah nak susahkan Ajmal tu!’’ Syahrul kuatkan suaranya. Saisah semakin galak berbual di telefon bimbitnya. Suaranya sengaja dilunakkan. Geram pula mendengar ayat-ayat Syahrul. Cara dia tu macam dah jatuh sayang dengan isteri ke duanya itu.

                ‘’Minta sini telefon tu!’’ Syahrul terus merampas telefon bimbit yang sedang ditekap di telinga Saisah. Terpinga-pinga Saisah bila telefon bimbitnya sudah bertukar tangan.

             ‘’Hello Ajmal,.kau tak payah datang! Biar aku yang azankan!’’ tegas suara Syahrul. Saisah pula ketawa mengekek tiba-tiba.

            ‘’Hello! Hello! Hello!,..’’ Syahrul menoleh ke arah Saisah yang sudah terinjut bahunya.

          ‘’Zeati ni,.ingatkan betul dia cakap dengan Ajmal,..’’ suara Syahrul yang tegas tadi sudah berubah nada.

           ‘’Abang lupa ke? Ajmalkan pergi ke New Zealand,.takkanlah Zeati nak suruh dia datang ke sini sekarang. Abang tahu tak? Zeati cemburu tau tengok abang dukung Fida tadi. Bernanah ja kat dalam ni,..’’ dengan ketawa yang masih bersisa Saisah memberitahu Syahrul tapi suaranya berubah nada lagi bila tiba ayat terakhir. Saisah terbayangkan lagi suasana cemas itu. Tangannya memegang dadanya untuk memberitahu hatinya sakit melihat ‘fenomena’tadi, kemudian Siasah merebahkan kepalanya di bahu Syahrul.

         ‘’Nak balas dendamlah tadi tu? Sengaja nak bagi abang cemburu pulak? Abang tak mahu ceraikan Fida tu baru tahu! Sekali dengan Ajmal pun TERlepas!’’ Syahrul bersuara galak sambil melepaskan tawa. Saisah panggung kepala dengan pantas. Dipiatnya lengan Syahrul kuat. Mendidih hatinya mendengar Syahrul berkata begitu.

              ‘’Abang ni kan,..hee,..’’ Saisah bersuara rajuk. Dimasamkan wajahnya. Semakin galak pula Syahrul ketawa. Lengan yang pedih dipiat digosok perlahan. Kalau dengan Saisah, dalam baiknya dia, pantang silap sikit mesti Syahrul akan dapat sakit tapi demi kerana sayang, Syahrul tahankan saja. Saisah tu nak bersalin lagi sakit dari kena piat!

            ‘’Waris kepada Siti Rafidah binti Ramli!’’ nama Fida dilaung dari pembesar suara. Syahrul dan Saisah bangun dan menghampiri kaunter pertanyaan.

            ‘’Nurse,.isteri saya macam mana?’’ Syahrul yang bertanya. Saisah hanya mengukirkan senyuman hambar di sebelah. Sejak kandungannya semakin membesar ni, Saisah selalu dilanda cemburu yang tak sudah. Bila Syahrul bertanyakan tentang Fida dan menyebut perkataan isteri, Saisah cukup terasa.

          ‘’Isteri encik?’’ jururawat di kaunter bertanya kembali.

          ‘’Ya! Siti Rafidah binti Ramli,.’’ Syahrul memberitahu sambil cuba mengukirkan senyuman.

          ‘’Oh! Dia dah selamat melahirkan. Kami dah bawa dia ke wad sakit puan. Encik boleh terus ke sana,.’’ Syahrul mengangguk laju dan memimpin tangan Saisah untuk ke wad berkenaan. Jururawat sudah memandang pelik ke arahnya dan mengukirkan senyuman. Entah apa yang difikirkannya?

             ‘’Tentu nurse tu pening kepala tengok abang?!’’ Saisah bersuara sambil tergelak. Syahrul kebingungan seketika dan menoleh pantas ke arah Saisah.

        ‘’Kenapa pulak?’’ terus Syahrul ajukan soalan.

        ‘’Isteri baru lepas bersalin tapi dah pimpin tangan perempuan lain. Abang tak tengok muka nurse tadi? Macam tengah keliru ja!’’ Saisah cuba serkap jarang. Dia sendiri dapat mengesannya.

          ‘’Biarlah,.apa mereka nak fikir. Yang penting, kita tak kacau hidup mereka! Kalau kita nak ambil peduli dengan apa orang nak nilai dan fikir pasal kita, hidup kita ni takkan ke mana. Bagi abang, apa yang Zeati fikir itu lebih penting dari apa yang nurse tu fikir. Apa yang ada dalam hati Zeati tu yang abang nak tahu sangat!’’ Syahrul menyudahkan ayatnya sambil jari jemarinya mengenggam kemas jari jemari Saisah.

          ‘’Hurmm,..’’ Saisah mengeluh perlahan. Hatinya sekarang, ibarat diluah mati emak, ditelan mati bapak! Bukan senang untuk menghadapi situasi ini dengan tenang. Dia juga insan biasa. Nak menjadi manusia yang Redha 100% tu memang payah!

                ‘’Kenapa?’’ Syahrul bertanya sepatah.

              ‘’Kalau ikutkan hati zeati ni abang, sekarang jugak Zeati nak abang ceraikan Fida tu, tapi perikemanusiaan Zeati ni masih tebal lagi untuk berlaku kejam macam tu. Cuma Zeati harap sangat, abang faham dengan situasi Zeati ni,.yang sekejap okey dan sekejap,.macam tak dapat menerima kenyataan bahawa Zeati sedang berkongsi suami dengan perempuan lain. Sakitnya di sini!’’ Saisah pegang dadanya. Sesekali hatinya bagai dihiris bila memikirkan hidup dalam perkongsian ini.

            ‘’Abang Faham! Sayang pun kena faham dengan tanggungjawab yang Wajib abang galas.’’ Lemah suara Syahrul kedengaran.


BAB 31

             Beberapa tahun berlalu dan keadaan sudah banyak berubah. Puan Habsah dan Puan Mawar membuat keputusan untuk pencen dan menghabiskan sisa-sisa umur mereka dengan beramal. Mereka sudah mengerjakan haji bersama dan kini hidup mereka dihabiskan di masjid dan di atas sejadah. Selain itu Al-Quran juga sudah menjadi peneman setia. Zikrullah itu kini sudah sebati dengan hati dan bibir mereka.

          Kedai makan mereka diambil alih oleh Syahrul dan kini sudah dinaik taraf menjadi restoran makanan kampung bertaraf antarabangsa. Mereka menyediakan juadah-juadah tradisional dari perbagai negara.

        Niat Syahrul untuk menyiasat mengenai syarikat ayahnya yang muflis dulu juga sudah terlaksana. Atas pertolongan Ajmal segalanya telah terbongkar dan manusia yang menyebabkan ayah Syahrul menanggung kerugian itu sudah dihadapkan ke muka pengadilan.

           Dato Huzaimi juga telah mempelawa Syahrul untuk menjadi rakan kongsinya kerana syarikat itu milik keluarga Syahrul asalnya. Namun Syahrul menolak pelawaan Dato Huzaimi dan berazam untuk memajukan restoran yang telah diamanahkan untuknya.

          Kedai kek Saisah juga semakin maju dan kemungkinan juga berkat rezeki anak-anak mereka. Saisah kini sarat mengandungkan anak ke tiga mereka yang sudah disahkan oleh doktor sebagai kandungan kembar tiga.

          Fida sudah berkahwin dengan Ajmal dan kini sedang menetap di New Zealand. Fida dan Ajmal juga sedang melanjutkan pelajaran mereka di sana. Selepas berkahwin dengan Ajmal, Fida mengambil keputusan untuk belajar kembali. Berkat kesabarannya dia berjaya dan mendapat peluang melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Anak lelakinya kini dipelihara Saisah dan Syahrul.

         Lyna kini sedang menjalani praktikal sebagai doktor di sebuah hospital dan sedang berbahagia bersama keluarganya. Anak sulung Saisah sudah berusia enam tahun dan kepetahannya berkata-kata semakin menyerlah hari demi hari.

             ‘’Ibu,.bila adik nak keluar ibu? Iesya tak sabarlah nak main dengan baby!’’ Ariesya menyoal ibunya sambil mengelus perlahan perut ibunya yang sudah memboyot itu. Sesekali dia akan ketawa bila merasakan gerakan-gerakan kecil.

           ‘’Kalau ikut due yang doktor beri, minggu depan, tapi tak taulah bila Allah nak keluarkan. Kenapa ni? Dia pulak yang tak sabar. Larat ke Iesya nak menjaga nanti? Adik Rafiq dengan adik Afiq tu pun Iesya dah tak larat nak jaga!’’ Saisah tersenyum dengan kata-katanya. Ariesya mengeluh perlahan.

           ‘’Alaa,.adik Rafiq dengan adik Afiq tu degil sangat. Dah tu lasak, mana Iesya larat. Lagi pun mereka dah besarlah ibu. Merekakan lelaki, Iesya nak adik perempuan!’’ Ariesya menjawab sambil memuncungkan bibirnya. Saisah tersenyum lucu. Rafiq anak lelaki Fida tua empat bulan dari Afiq tapi tahun yang berlainan. Sekarang ni usia Rafiq tiga tahun dan Afiq baru dua tahun. Hanya jarak empat bulan tetap memisahkan umur mereka.

            ‘’Kalau adik yang dalam perut ibu ni lelaki jugak, macam mana?’’ sengaja Saisah menyoal untuk  menguji Ariesya.

            ‘’Ibu mengandunglah lagi, sampai Iesya dapat adik perempuan!’’ Ariesya menjawab dengan tenang. Saisah sudah melopong tidak percaya.

           ‘’Iesya!!,.Iesya ingat ibu ni kilang buat anak ke? Iesya ingat anak tu ibu yang buat?’’ Saisah menyoal kalut. Ariesya memandang wajahnya dengan pandangan kosong.

           ‘’Laa,..ibu dengan abahkan pandai buat anak?! Dalam perut ibu ni kan dah ada tiga orang baby? Iesya tengok kawan-kawan Iesya mana ada yang dapat adik tiga orang serentak?!’’ Ariesya bersuara tenang. Saisah sudah membeliakkan matanya.

          ‘’Iesya!! Bila masa baby ni ibu dengan abah yang buat? Semua ni Allah yang bagi tahu! Iesya pun Allah yang bagi kat ibu dengan abah.’’ Ariesya mengangguk faham.

              ‘’Ibu,.nanti baby-baby dalam perut ni, Iesya nak bagi nama ya?’’

          ‘’Haa,.nama apa Iesya nak letak?’’ Saisah sengaja menduga Ariesya, sedangkan nama untuk anak-anaknya sudah disediakan sejak mereka tahu dia sedang mengandungkan anak kembar.

         ‘’Ustazah di sekolah Iesya ada cakap, menyebut nama tu doa. Lepas tu ustazah cakap lagi, kalau nak letak nama untuk baby yang baru lahir, kena letak nama yang maknanya cantik. Kalau dapat baby perempuan mesti ada Nur yang bermaksud cahaya. Kalau anak lelaki kena letak Muhammad yang bermaksud,.aaa,..’’ Ariesya sudah mengaru tengkuknya. Saisah sudah tersenyum lebar.

            ‘’Muhammad tu maksudnya yang terpuji. Iesya jangan bimbanglah, ibu dan abah dah sediakan nama untuk adik-adik Iesya nanti. Kalau semuanya anak-anak lelaki, kami nak letak nama Ali, Abu Bakar dan Omar tapi kalau perempuan pula Siti Aishah, Siti Fatimah dan Siti Khadijah.’’ Saisah mengelus perlahan perutnya sambil memandang Ariesya yang sudah menganggukkan kepalanya berkali-kali.

            ‘’Kenapa nama Iesya, Ariesya Iriana? Kenapa nama adik-adik Iesya ada nama Siti? Dah tu, macam nama orang-orang tua ja ibu?!’’ Ariesya bertanya lagi. Saisah berfikir sejenak sebelum menjawab. Dia teringat ketika dia mengandungkan Ariesya dulu, umurnya baru sembilan belas tahun. Ketika tu dia hanya terfikir untuk menamakan anak mereka dengan nama yang sedap disebut tanpa memikirkan maknanya.

          ‘’Masa ibu beri Iesya nama, ibu tak tengok pun buku panduan nama-nama dalam Islam. Ibu dengan abah main letak ja tapi nama adik-adik Iesya ni adalah nama-nama anak Rasullullah, nama sahabat Rasullullah, nama isteri-isteri  Rasullullah.’’ Saisah cuba menjelaskan setiap persoalan yang Ariesya utarakan. Sebenarnya nama-nama yang bakal diberikan pada anak-anak kembarnya, ibu dan ibu mertuanya yang cadangkan. Saisah dan Syahrul pun sudah berbincang untuk menerima cadangan kedua ibu mereka.

           ‘’Tapi ibu,.macam tak best ja nama tu ibu?!’’ Ariesya menambah lagi. Dia teringat nama adik kawan-kawannya yang bagaikan nama-nama artis. Nama yang cukup glamour.

           ‘’Tak apalah,.biar tak sedap disebut yang penting maknanya elok. Kan Iesya cakap tadi, nama tu adalah doa? Betullah tu!’’ sekali lagi Ariesya menjatuhkan kepalanya berkali-kali bila mendengar jawapan Saisah.

              ‘’Ariesya Iriana apa maksudnya ibu??’’ Saisah sudah ternganga mendengar soalan Ariesya yang ini.

              ‘’Errr,....’’ dan Saisah terus melebarkan senyuman tanpa jawapan. Nantilah ibu chek dalam buku panduan nama-nama dalam Islam! Saisah berbisik di dalam hati.


BAB 32

             RESTORAN makanan tradisional bertaraf antarabangsa yang sudah menjadi milik Syahrul hari ini cukup meriah. Bila Ajmal pulang bercuti dari luar negara bersama Fida, dia berniat untuk membuat kenduri. Restoran Syahrul menjadi pilihan dan tetamu mereka adalah bekas rakan-rakan sekolah yang telah bertemu kembali di dalam muka buku.

             Inilah kelebihan internet yang banyak manfaatnya. Dalam muka buku ni Ajmal dah membuka satu group khas untuk bekas-bekas pelajar sekolah mereka. Group itu dibuka untuk umum. Rakan pelajar yang Ajmal kenal, dia akan add sendiri. Selebihnya dia meminta rakan-rakan yang lain tolong masukkan. Ajmal dulu seorang pelajar yang angkuh dan ramai yang tak suka dia, jadi ramai juga rakan sekolah yang dia tak kenal.

                 Saisah dan Syahrul yang banyak menolong dia memasukkan rakan-rakan sekolah mereka sebagai ahli ke dalam group itu. Hari ini kebanyakan rakan-rakan yang mereka temui dalam muka buku sudi menghadirkan diri. Semuanya sudah berkelulusan tinggi dan bekerja. Ada juga yang menjadi suri rumah sepenuh masa.
                           
          ‘’Uwaa,.mak labu, bila due ni?’’ Atie Solehah bertanya sambil mengelus lembut perut Saisah yang hanya menunggu hari untuk melahirkan. Hari ni pun dia tak banyak bergerak. Semua kerja, Syahrul dan pekerja-pekerja mereka yang lakukan. Rafiq dan Afiq kedua orang ibunya yang jaga, Ariesya juga membantu mengawal kedua orang adiknya itu.

           ‘’Dah sampai due pun,.aku tunggu saat dan masa ja, bak kata bila-bila masa saja meletuplah ni,..’’ Saisah menjawab pertanyaan Atie sambil membetulkan kedudukannya.

                   ‘’Sakan perut kau ni Saisah? Kembar ke?’’ Lyna pula menyoal sambil memegang lengan Saisah. Nadi Saisah diperiksanya.

            ‘’Ha’ah!,.kembar tiga! ‘’ Saisah menjawab dengan penuh teruja. Kawan-kawannya yang sedang mengelilingi dia sudah melopong tidak percaya.

          ‘’What?’’ Ifa mencelah. Matanya bulat memandang wajah Saisah.

          ‘’Terror ar korang! Macam mana buat?’’ Lyna pula menambah soalan sambil ketawa kecil. Mulutnya ditekup dengan telapak tangan. Saisah sudah mencerlungkan mata ke arahnya.

          ‘’Ek-eleh,.tanya soalan maut kat aku? Perut kau pun boyot jugak! Kau buat macam mana? Kena buatan orang erk?!’’ sambil menegakkan badannya Saisah membalas kata-kata Lyna.

          ‘’Hahaha,.yupp! Buatan orang dengan kerjasama aku jugak!’’ Lyna bersuara lagi sambil ketawa galak. Suaminya yang sedang berbual dengan rakan-rakan lelaki mereka di hujung kiri restoran dijeling sekilas.

          ‘’Amboi korang ni,.agak-agaklah nak berbual topik panas ni pun,..kami yang masih solo ni, malu tau nak dengar!’’ Zalifah mencelah lagi. Wajahnya sudah merah mendengar ayat-ayat Saisah dan Lyna yang sedang mengandung sulung.

        ‘’Lyna!,.kau kata nak tunggu lama sikit baru nak timang baby, kenapa tiba-tiba ja ni? Terbabas ke? Eh!,.Bukan kau sedang buat praktikal ke?’’ tanpa mempedulikan rungutan Ifa, Saisah masih meneruskan topik sensasi mereka. Tiba-tiba dia teringat pula tentang Lyna yang masih melanjutkan pelajarannya.

         ‘’Aku jeles kat kau la,..umur masih muda lagi tapi anak dah nak masuk enam orang,.Hehe,.betul,betul,betul,.aku doktor praktikal ja tapi kalau dah rezeki nak buat camno?! Dah terlanjur,.termengandung takkan nak gugurkan?’’ Laju saja Lyna menjawab sambil terus ketawa.

         ‘’Ceh! Alasan tak boleh blah,..’’ Saisah mencelah pantas, matanya meninjau sekeliling restoran. Kelibat Syahrul dicari bila perutnya memulas tiba-tiba. Saisah menegakkan badannya dan pinggangnya digosok perlahan.

            ‘’Kau kenapa Saisah? Tiba-tiba ja macam kucing nak beranak!?’’ Atie Solehah yang perasan kegelisahan di wajah Saisah menyoal.

             ‘’Bukan kucing nak beranak la! Aku rasa, aku yang dah nak terberanak!’’ pantas Saisah menjawab sambil cuba bangun bila dirasakan pinggangnya seakan ingin patah.

           ‘’Hah?’’ ketiga orang rakannya yang rancak berbual dengannya serentak bersuara. Mereka menolong memapah Saisah yang sudah agak payah untuk bangun dan cuba berdiri.

         ‘’Syahrul!! Cepat!!’’ serentak juga Ifa, Atie dan Lyna melaung Syahrul yang sedang rancak berbual dan bergelak ketawa di sudut kiri restoran. Semuanya yang ada sudah menoleh pantas.

          ‘’Cepat Syah! Saisah dah nak beranak?’’ Lyna melaung Syahrul lagi. Saisah sudah hilang suara bila perutnya sudah mula kejang. Kakinya juga terasa kaku tiba-tiba.

           ‘’Time orang buat reunion ni la kau nak beranak pun Saisah,.’’ Ayie yang datang menghampiri Saisah bersama Syahrul dan yang lain cuba berseloroh. Saisah dah tak mampu nak membalas.

           ‘’Pandailah kau Ayie! Kalau boleh merancang, senanglah!’’ Ifa membantu Saisah menjawab. Dalam suasana Saisah yang sedang sakit itu pun mereka masih nak berbahas lagi. Ayie pula hanya tersengih mendengar kata-kata Ifa.

             SUASANA wad persendirian yang dihuni Saisah kini sudah penuh dengan rakan-rakan dan saudara mara. Riuh rendah suara mereka berbual.
Saisah selamat melahirkan bayi-bayi kembarnya namun anak-anaknya terpaksa dimasukkan ke dalam balang dan dimasukkan oksigen. Saisah mengalami masalah kontraksi ketika ingin melahirkan bayi mereka dan bayi terakhir yang dilahirkannya hampir lemas.

            Dua orang bayi perempuan dan seorang bayi lelaki yang comel kini melengkapkan lagi kebahagiaan Saisah dan Syahrul. Fida dan Ajmal yang terlambat tiba di restoran tadi baru menyusul selepas Saisah dimasukkan ke hospital. Mereka yang menjadi penaja perjumpaan reunion itu, mereka pula yang paling lambat tiba.

         ‘’Memandangkan Saisah dah selamat melahirkan anak-anak kami, jadi biar aku yang jadi penaja. Lagi pun Ajmal lambat sampai,.nama saja penaja tapi dia yang paling akhir sampai,.’’ Syahrul mula bersuara bila melihat Ajmal dan Fida memasuki wad itu dengan sebuah hamper barangan baby. Sengaja dia nak mengenakan Ajmal.

            ‘’Aku dah janji,.mana boleh mungkir janji. Jadi orang munafik pula aku nanti. Lain kalilah kau belanja kami. Sesekali,.bagilah peluang untuk aku rebut pahala pulak! Asyik kau ja nak rembat semua pahala.’’ Ajmal membalas selamba. Wajah Syahrul dipandang sambil keningnya dijungkitkan berkali-kali.

         ‘’Kau ni,.kalau buat baik semata-mata nakkan pahala, itu tak ikhlas namanya! Orang buat apa pun, niatnya mesti kerana Allah. Kita ni sebagai hamba kepadaNYA! Buat amalan,buat ibadat mestilah diniatkan kerana Allah, bukan kerana nakkan ganjaran atau pun nakkan pujian orang atau sebagainya.’’ Saisah mencelah perbualan mereka. Semua mata mengarah ke arahnya. Ajmal sudah beku ditempat dia berdiri.

           ‘’Aku serender! Bercakap dengan korang ni, aku memang takkan menang. Ada saja hujah korang yang akan mematahkan pendapat aku,..’’ Ajmal mengangkat  kedua belah tangannya. Bibir masing-masing sudah melebar dengan senyuman.

         ‘’Bukan hujahlah! Aku cakap yang betul. Kita ni sebagai hamba selalu tersalah niat. Kita menderma, kita nak orang puji. Kita solat, kita nak orang tahu kita bersolat. Ada setengah orang baru ada ilmu sikit, dengan tok guru sendiri pun nak ajak berbahas. Adakalanya, sengaja nak menegakkan benang yang basah!’’ Saisah menambah lagi. Dia membetulkan kedudukannya. Rasa segan pula bila dikelilingi rakan-rakan dan saudara mara dalam keadaan dia seorang saja yang sedang berbaring.

         ‘’Hai,.orang sakit ni,.nanti anak kau besar mesti jadi ustaz dan ustazah, sebab ibu mereka pun dah ada aura nak jadi ustazah ni,.’’ Lyna bersuara pula sambil tersenyum. Drip air yang tergantung dibetulkan kedudukannya.Bila dah jadi doktor, prihatinnya terlebihlah pulok.

        ‘’Amin Ya Rabbal Alamin!’’ serentak Saisah dan Syahrul mengaminkan kata-kata Lyna dan mereka ketawa selepas itu, disusuli yang lain.

           ‘’Baby-baby korang dah ada nama ke?’’ Ifa tidak melepaskan peluang untuk mencelah sama. Nak tahu juga apa nama bayi-bayi kembar pasangan suami isteri ni.

           ‘’Tanya Iesya! Aik,.mana Iesya?’’ Saisah yang menjawab dan tertinjau-tinjau mencari Ariesya. Sekejap tadi ada ja Ariesya di sebelah katilnya.

          ‘’Mana ada! Dah keluar,.’’ Syahrul yang menjawab.

        ‘’Tak perasan pulak! Rafiq dengan Afiq mana? Tadi semuanya ada,.mana semua orang dah hilang?’’ resah saja suara Saisah. Syahrul mengelengkan kepalanya. Rakan-rakan mereka sudah tersenyum.

            ‘’Kau ni Saisah,.dalam keadaan kau macam ni pun masih bimbangkan anak-anak kau. Biarlah anak-anak kau, orang lain pulak yang jaga!?’’ Atie Solehah yang hanya mendengar sejak tadi turut mencelah. Terpegun dia melihat Saisah yang masih bersemangat walau baru melahirkan tiga orang kembar.

             ‘’Itulah namanya naluri seorang ibu. Kau tunggulah giliran kau nanti. Kau akan faham Atie, apa yang aku rasa sekarang,.’’ Saisah menjawab dengan tenang.

           ‘’Anak-anak ikut siapa? Rasanya ibu dengan mama pergi solat tadikan?’’ masih belum habis kerisauannya, Syahrul pula disoal.

         ‘’Bini aku bawa! Kau jangan bimbanglah,.Rafidah takkan larikan anak-anak kau tu. Kami belum habis belajar, lagi pun kami belum puas honeymoon!’’ Ajmal yang menjawab soalan Saisah sambil mengulum senyum. Dia mencapai kerusi yang ada di tepi katil dan mula duduk. Dengan kaki palsu yang digunakannya mana larat nak berdiri lama-lama.

           ‘’Amboi! Sakan betul honeymoon?!’’ Saisah membidas kembali sambil turut tersenyum.

          ‘’Soalan aku, kau belum jawab lagi!’’ Ifa kembali meminta soalannya dijawab. Saisah mengerutkan keningnya, cuba mengimbas kembali apa yang disoal Ifa.

          ‘’Dalam perancangan kami, kalau dapat semua perempuan kami akan namakan dengan nama Siti Fatimah, Siti Aishah dan Siti Khadijah. Kalau lelaki pula Ali, Omar dan Abu Bakar tapi sekarang dah ada dua perempuan dan satu lelaki. Aku rasa kena bincang sekali lagi ni,..’’ Saisah mengakhiri kata-katanya sambil memandang wajah Syahrul. Keningnya dijungkitkan sikit dan bibirnya terus mekar dengan senyuman.

           ‘’Lorhh,.aku ingatkan kau nak namakan dengan nama-nama yang canggih sikit. Nama klasik tu jugak yang korang berkenan?!’’ Ifa bersuara lagi. Saisah sudah dapat mengagak itulah respon rakan-rakannya.

           ‘’Apa ada pada nama? Niat aku memberi nama macam tu, dengan harapan, anak-anak kami akan mempunyai akhlak sebaik isteri-isteri Rasullullah, akhlak sebaik anak Rasullullah dan juga sebaik sahabat-sahabat Rasullullah. Aku tahu, semuanya bermula dari rumah. Ibu bapalah yang akan mencorakkan anak-anak ni,.’’ Semua rakan-rakannya menganggukkan kepala. Mula memahami niat Saisah dan Syahrul.

           Betullah tu! Apa ada pada nama? Tapi,.kalau namanya seindah wajah orangnya pun, akhlak kena jugak diambil kira. Amal ibadat kita pun kena juga dititik beratkan. Yang penting setiap apa yang kita lakukan niatnya mestilah kerana Allah!

           ‘’Ibuuu,.tadi Iesya pergi tengok Siti Fatimah, Siti Aishah,Ali dengan aunty Fida! Kesian kat baby, ibu,.baby kecik sangat!’’  Ariesya yang baru masuk ke dalam wad sudah melaung. Suaranya yang kecil sudah menarik semua pandangan menghala ke arahnya.

          ‘’Boleh tengok ke?’’ soalan Saisah ajukan untuk Ariesya tapi pandangannya dihalakan ke arah Ariesya dan Fida serentak.

          ‘’Alaa,.boleh tengok dari luar ja ibu!’’ Ariesya bersuara lagi.

           ‘’Nampaknya anak-anak kita dah ada nama?! Ibu dengan abah tak payah bincang lagi. Iesya dah bagi nama untuk adik-adik dia,..’’ Syahrul mencelah sambil tersenyum. Dia dan Saisah saling berpandangan dan kemudian wad persendirian itu terus meriah dengan gelak ketawa.

                 **********TAMMAT********
6 HAL JAMINAN SYURGA DARI RASULULLAH SAW

Mari kita merenungi nasihat Rasulullah,"Jaminlah untukku enam hal darimu,aku jamin syurga untukmu."

1. Benar dalam bicara.
2. Menepati janji kepada ALLAH,seperti solat,zakat,puasa dan lain-lain,serta janji pada manusia,seperti nazar,sumpah dan sebagainya.
3. Tunaikan amanah.
4. Tutup aurat dan jaga kemaluanmu.
5. Tahan matamu dari yang haram / maksiat (pornogarafi).
6. Jaga tangan,seperti memukul bukan hak,menerima atau memberi yang haram,menyentuh yang bukan mahramnya.

(HR Ahmad, Ibnu Hibban dan Baihaqi).



Aamiinkan doa ini saudaraku.

Allahumma ya ALLAH tanamkan di hati kami perasaan selalu rindu kepada-Mu, ingatkanlah selalu kami tentang dahsyatnya hari akhirat-Mu agar hamba tidak tertipu dengan kesenangan dunia sesaat ini, ya ALLAH, ya Tuhan kami, Penguasa hati kami, tetapkanlah hati kami dalam taqwa dan istiqomah agar tetap dijalan-Mu sampai akhir hayat nanti... Aamiin ya Rabbal'alamin

Nota CINTA buat semua pembaca:

Semoga mini novel ini dapat memberikan ikhtibar untuk kita semua termasuk diri saya juga,.yang baik itu dari Allah! Yang khilaf itu dari sayalah hendaknya,.salam kemaafan dan selamat melakukan amalan soleh. Ingat! Niatkan hanya kerana Allah!



Love 4Ever bab 29

 BAB  29

            LYNA mundar-mandir di sekeliling katil yang menempatkan Ariesya. Hatinya menjadi takut bila melihat Ariesya yang semakin lemah. Ariesya sedang tidur tapi kelihatan seolah orang yang tidak sedarkan diri. Dia benar-benar takut andainya Ariesya jatuh sakit.

          Ariesya memang terlalu degil. Sejak Lyna membawa dia pulang setitik air dan sebiji nasi pun tidak dijamahnya. Ariesya hanya menangis dan ingin pulang. Pagi ni, Ariesya semakin lemah dan kelihatan tak bermaya. Lyna segera membawanya ke hospital berhampiran tanpa berfikir panjang.

          Lyna sudah tidak mampu berfikir dengan waras bila melihat keadaan Ariesya. Niatnya bukan untuk membunuh. Dia hanya nak Saisah dan Syahrul merasakan sakitnya kehilangan orang yang disayangi. Dia tidak menduga perancangannya untuk mengenakan Saisah dan Syahrul tidak menjadi seperti yang dirancangan, malahan kini dia sendiri yang sedang menanggung perasaan bersalah  akibat perbuatannya sendiri.

          ‘’Iesya!’’ suara tangisan seorang wanita memaksa Lyna menoleh pantas. Dia terkejut bila melihat Saisah bersama keluarganya dan dua orang polis sedang menuju ke arah mereka. Lyna terus kaku di tempatnya berdiri.

           ‘’Lyna? Apa kau buat di sini? Di mana kau jumpa anak aku ni?’’ Saisah menyoal Lyna sambil menghampiri katil Ariesya. Air matanya terus mencurah tanpa pintanya. Antara gembira berjumpa dengan Ariesya semula dan sedih bila melihat Ariesya yang sedang terlantar lemah.

           ‘’Aku,..aku,..’’ Lyna cuba bersuara namun dia terlalu gemertar.

          ‘’Akak! Inilah kawan akak yang bawa lari Iesya kemarin!’’ Nadiha yang baru masuk ke wad terus menuding jari ke arah Lyna. Semua mata memandang ke arah Lyna dengan rasa tidak percaya.

           ‘’Aku minta maaf Saisah! Syahrul!,.aku tahu, aku terlalu ikutkan hati marah aku tapi, aku tak tahu akan jadi macam ni,..’’ Lyna terus melutut di hadapan Saisah dan Syahrul. Air matanya mengalir laju ke pipi. Polis sudah bersedia untuk membawa Lyna pergi.

         ‘’Tak apa encik! Kami dah jumpa Iesya. Kami nak tarik kes ni. Biar kami selesaikan cara baik,..’’ Syahrul cuba menghalang polis yang sudah bersedia mengari tangan Lyna. Saisah turut mengangguk menyetujuinya. Walau pun dia terkejut dan tidak menyangka Lyna sanggup membawa lari Ariesya tapi dia tidak sanggup untuk melihat Lyna digari dan dipenjarakan.

             ‘’Baiklah,.kalau encik nak selesaikan kes ni cara baik, tapi walau apa pun encik dah buat report. Encik tetap kena pergi ke balai selepas ini untuk menarik balik report encik!’’ selepas berkata-kata dua orang polis yang datang bersama mereka berlalu pergi.

           ‘’Maafkan aku Saisah!’’ Lyna sudah mengongoi sambil terus memeluk kaki Saisah. Perasaan bersalahnya terus menghambat dirinya.

         ‘’Kenapa Lyna? Apa salah aku pada kau?’’ Saisah bertanya sayu.

             ‘’Kenapa kau tipu aku Saisah? Dulu kita rapat,.tapi kenapa kau tak berterus terang dengan aku, kau dah kahwin dengan Syahrul? Dan kau Syah!,.tiga tahun aku kejar kau di USM kenapa tak beritahu status kau?’’ Lyna memandang kedua suami isteri itu. Semuanya berpunca dari mereka. Kalau dia tahu Syahrul tu sudah berkahwin dengan Saisah tentu dia takkan menaruh harapan dan mengejar Syahrul tapi kenapa mereka tergamak mempermainkan perasaannya?

           ‘’Hahaha,..aku ingat aku seorang saja yang jadi bodoh kerana cinta. Rupanya,.ada lagi orang yang bodoh macam aku!’’ Ajmal ketawa kuat dan kenyataannya membuatkan semua mata memandang ke arahnya.

           ‘’Kau tahu Syahrul, macam mana aku boleh kemalangan di depan rumah kau? Sebenarnya,.aku nak langgar kau dan anak kau, tapi Allah itu Maha Adil,..’’ Ajmal yang ketawa kuat tadi, tiba-tiba suaranya berubah nada. Sebak dalam dadanya bila memikirkan kebodohan sendiri.

             ‘’Apa? Tergamak kau Ajmal?!’’ Saisah terpekik kuat dan matanya merenung tajam ke arah Ajmal.

               ‘’Aku tahu Saisah! Aku terlalu ikutkan naluri aku. Seumur hidup aku, apa yang aku nak semua aku dapat. Bila aku tahu kau dah kahwin dengan Syahrul. Hati aku robek dan aku terlupa jodoh, ajal dan maut di tangan Allah,.’’ Ajmal bersuara sambil menundukkan wajahnya. Syahrul menghampiri dan memegang bahunya.

           ‘’Maafkan aku Syah! Aku yang upah orang untuk mengambil gambar Saisah dan aku ketika kami bergaduh tempoh hari. Aku juga telah mengupah orang untuk mengeditnya dan menghantar kepada kau! Masa tu, aku berharap kau akan mengamuk dan ceraikan Saisah tapi aku tak sabar untuk menunggu. Aku buat plan baru pula dan memerangkap kau dengan Rafidah,..’’ Ajmal terus bercerita tanpa diminta.

              ‘’Aku semakin sakit hati bila Saisah langsung tak mengamuk dan korang semakin mesra dan melayan Rafidah dengan baik. Dan,.paling aku tak percaya bila Rafidah cakap dia temui kebahagiaan di rumah kau dan tak mahu mengikut arahan aku lagi,..’’ Ajmal tersenyum hambar dengan ceritanya sendiri. Mindanya terus mengembara ke masa lalu, mengenangkan kebodohannya.

            ‘’Allah dah bayar cash! Aku dah terima balasannya. Korang boleh tengok sendirikan! Aku dah tak macam dulu. Hidung aku dah patah hingga terpaksa buat pembedahan plastik. Aku dah hilang sebelah kaki. Allah Maha Adil,.namun aku bersyukur bila Allah beri aku kesedaran sebelum terlambat. Nasib baik Allah tak ambil nyawa aku ketika aku kemalangan tu,..’’ Ajmal terus meluahkan rasa hatinya sambil mengenggam kejap tongkat yang sedang menopang ketiaknya.

            ‘’Aku setuju sangat bila kau cakap kau bodoh!’’ Saisah mencelah sambil tersenyum lebar. Ajmal juga turut tersenyum sambil kepalanya dijatuhkan berkali-kali. Syahrul ingin mencelah tapi Saisah mengangkat tangan dan menahan Syahrul dari berkata-kata.

             ‘’Zeati belum habis cakap lagi. Dengar dulu!’’ Saisah tujukan kata-katanya untuk Syahrul dan menyambung kata-katanya.

           ‘’Kau tahu tak cinta itu tak semestinya harus dimiliki? Kadang-kadang aku hairan dengan manusia ni, kata mereka, mereka cinta tapi sanggup pula memusnahkan diri sendiri dan memusnahkan orang yang kononnya mereka cinta.

            Contohnya,.cinta tak kesampaian. Ada yang sanggup membunuh diri bila tak dapat hidup bersama. Itu bukan cinta namanya! Yang macam korang ni pun tak layak digelar CINTA! Kononnya cinta tapi tergamak pula nak merosakkan kebahagiaan orang yang korang cinta?

              Bila kita mencintai seseorang kita harus mendoakan kebahagiaan orang yang kita cinta tu BUKAN memusnahkan kebahagiaan dia! Begitu juga maruah diri. Ada orang cakap kalau cinta perlu berkorban apa saja, harta atau pun nyawa. Itu cinta orang BODOH! Bunuh diri, hilang maruah diri, jadi pembunuh,.itu bukan sebab cinta! Semua itu sebab nafsu untuk memiliki. Ketaksuban yang keterlaluan itulah yang merosakkan sesebuah cinta!

           Yang hairannya cinta dengan manusia saja yang mereka taksub tapi cinta dengan Allah,.langsung mereka tak ambil peduli! Lupa semua, halal atau pun haram.’’ Saisah pula memainkan peranannya. Semua yang mendengar sudah mengangguk setuju.

             ‘’Sejak bila isteri abang bijak sangat mengolah perihal cinta ni?’’ Syahrul sengaja mengusik. Saisah memandangnya tanpa respon dan menyambung lagi.

           ‘’Kau tahu tak Lyna kenapa aku sengaja merahsiakan perkahwinan kami?’’ Saisah bertanya Lyna yang sudah nampak tenang dari sebelumnya. Lyna mengeleng laju.

           ‘’Sebab Dato Siti paksa aku,.Dato Siti kata dalam lagu dia Biarlah Rahsia!’’ bila semua orang serius untuk mendengar, Saisah pula sengaja berseloroh. Riuh wad kanak-kanak yang sebelumnya suram itu dengan gelak tawa.

           ‘’Kau ni,..’’ Lyna mula bersuara dan turut tersenyum.

        ‘’Okey! Aku nak cakap serius,.sebenarnya aku plan, bila kita buat reunion nanti aku nak kejutkan semua kawan-kawan kita, tapi macam plan aku tak menjadi jer,..’’ wajah Saisah berubah mendung. Diteleknya pula wajah Ajmal dan Lyna untuk melihat reaksi mereka.

            ‘’Oh! Ya ke? Bila reunion tu?’’ spontan Lyna menyoal.

           ‘’Jawapan tu ada pada kau! Kenapa tanya aku pulak?’’ Saisah bermain teka –teki. Lyna kebingungan, tak mengerti.

         ‘’Kenapa aku?’’ Lyna pula mengajukan soalan. Dia memandang semua wajah yang ada di situ untuk mencari jawapannya.

              ‘’Kau kahwin nanti, kau jemputlah semua kawan-kawan kita. Macam reunion jugakkan?’’ selamba Saisah bersuara membuatkan wajah Lyna kembali terukir dengan senyuman.

             ‘’Ada-ada ja kau ni,.’’ Lyna sudah tersipu-sipu. Hmm,.tapi nak kahwin dengan siapa ya?

            ‘’Kau nak suruh aku jadi madu kau ke kak Saisah?’’ Lyna pula ingin berseloroh. Dia menyambung kata sambil memandang tepat wajah Saisah.

           ‘’Woi!,.kau ingat Syahrul ni kuat sangat ke? Aku ni tengah mengidam, bini nombor dua pun tengah memboyot. Maunya,.kau pun subur nanti, boleh patah kaki dia nak layan bini-bini mengandung serentak!’’ Saisah berkata selamba dan disambut dengan deraian ketawa dari yang lain. Lyna saja yang sedang kebingungan.

           ‘’Kejap, kejap,..apa maksud kau? Bini nombor dua? Jadi,.kalau aku kahwin dengan Syah, aku kena jadi bini nombor tiga la?’’ Lyna menyoal penuh keraguan. Saisah mengangguk laju, sekejap cuma, dia mengeleng pantas.

         ‘’Oii,.jangan nak berangan nak jadi bini nombor tiga! Langkah mayat aku dulu. Kan ke senang kalau kau doakan kami bahagia hingga ke syurga. Aku rasa macam nak senak perut ja, bila kau cakap bini nombor tiga tadi, tak pasal-pasal terbit pulak perkataan bini-biniku gengster,..’’ Saisah menambah kata sambil menoleh ke arah Syahrul yang masih tersenyum. Macam suka ja nak berbini ramai?

          ‘’Mana bini nombor dua?’’ terfikir untuk bertanya, Lyna tak tunggu lama. Laju ayat-ayat itu meluncur dari bibirnya.

         ‘’Tuu,..rakan subahat Ajmal!’’ sambil memuncungkan bibirnya ke arah Fida Saisah bersuara.

             ‘’Tak apa Syah,.Saisah! Biar aku yang bertanggungjawab dengan apa yang telah aku buat. Kau lepaskan Rafidah,.biar aku ambil dia. Itu pun kalau dia sudi jadi permaisuri hati aku yang cacat ni,..’’ Ajmal mencelah perbualan Saisah dan Lyna. Suaranya macam gugup sikit. Mungkin rasa rendah diri dengan kecacatannya!?

          ‘’Hah??’’ serentak Syahrul, Saisah, Fida, Puan Mawar dan Puan Habsah bersuara. Ajmal tunduk tersipu-sipu.

           ‘’Kalau ya pun nak melamar,.tunggulah aku lepaskan dia dulu. Agak-agaklah nak melamar bini orang pun,..’’ Syahrul pula sengaja membikin suasana semakin panas.Bibirnya sudah terukir dengan senyuman. Wajah Fida dipandang. Memang tak pernah ada cinta di hatinya untuk Fida, namun dia tetap melunaskan tanggungjawabnya memberi nafkah zahir kepada Fida. Cuma nafkah batin saja yang belum dilaksanakannya.

           ‘’Ehemmm,..’’ panjang deheman Saisah. Syahrul terus mengangkat kedua belah tangannya dan suasana kembali gamat.

           ‘’Ibu!,..’’ suara lemah Ariesya menghentikan keriuhan. Kini tumpuan beralih pula ke arah Ariesya.

          ‘’Iesya lapar!’’



Love 4Ever Bab 28

BAB  28

             AJMAL  memegang kejap tongkat yang diselitkan di ketiaknya. Selepas kemalangan, kaki Ajmal telah dipotong kerana rosak teruk. Kini Ajmal sudah kehilangan sebelah kaki. Dia baru pulang ke Malaysia selepas doktor mengesahkan dia sudah semakin pulih.     

           Sekarang Ajmal terpaksa membuat rawatan susulan. Apatah lagi doktor pakar yang merawatnya, menyarankan agar Ajmal mengunakan kaki palsu. Memang sukar untuk menerima kenyataan bahawa dia sudah menjadi cacat. Apakan daya, semuanya salah dirinya sendiri yang terlalu mengikut kata hati. Dendamnya belum terbalas, malahan hidupnya pula yang porak peranda.

            ‘’Puan Fazlina!!,.’’ nama seorang wanita dilaung dalam pembesar suara berdekatan kaunter pesakit luar. Ajmal yang baru ingin mendaftarkan namanya di kaunter memerhatikan gelagat seorang wanita cantik yang sedang mendukung anak perempuan kecil yang sedang menangis.

             ‘’Puan nak ambil ubat untuk puan ke atau untuk anak puan?’’ jururawat di hadapan kaunter itu bertanya. Ajmal menoleh ke arah wanita itu dan melihat wajah kanak-kanak perempuan comel dalam dukungannya.

             ‘’Anak saya tak makan sejak kemarin nurse. Dia asyik menangis saja sejak kemarin,.’’ Wanita itu memberitahu jururawat tersebut. Ajmal pula berlalu pergi dari kaunter setelah menyerahkan kad pengenalannya dan menunggu gilirannya.

          ‘’Ibu,..Iesya nak ibu!’’ suara sayu kanak-kanak perempuan itu menarik perhatian Ajmal. Dia menoleh lagi ke arah wanita dan kanak-kanak kecil itu. Hati kecilnya turut keliru.

             ‘’Aku macam pernah tengok budak ni,..’’ Ajmal berkata kepada dirinya sendiri. Dia teringat kepada Saisah dan Syahrul.

          ‘’ASSALAMUALAIKUM!’’ salam diberi setelah panggilan diterima. Fida hairan bila melihat nombor tak dikenali menghubungi telefon bimbitnya di awal pagi.

               ‘’Waalaikumusalam!,.awak Rafidahkan?’’ Ajmal menyoal Fida. Dia sendiri pun tidak pasti sama ada nombor yang dihubunginya itu adalah nombor Fida. Telefon bimbitnya dulu hilang entah ke mana. Namun ingatannya masih kuat dan kebetulan nombor telefon Fida paling senang nak diingat. Ajmal sengaja mencuba nasib.

             ‘’Siapa ni?’’ Fida menyoal kalut.

            ‘’Aku Ajmal. Aku dah pulang ke Malaysia. Aku nak ucap terima kasih sebab kau sudi jaga aku ketika aku terlantar dulu,..’’ tak tahu bagaimana nak memulakan kata, Ajmal mengambil keputusan untuk mengucapkan terima kasih atas penjagaan Fida kepadanya.

                   ‘’Apa kau dah buat dengan Iesya ha? Apa yang kau tak puas hati lagi? Kau suruh orang kidnap diakan??’’ Fida terus menghamburkan tuduhan sebaik selesai Ajmal mengenalkan diri. Pada pendapatnya, mungkin Ajmal sengaja menghubunginya untuk tahu keadaan Saisah dan Syahrul. Mana tahu telahannya mengena.

           ‘’Apa maksud kau?’’ Ajmal tersentak bila dituduh begitu. Tiba-tiba,.wajah kanak-kanak tadi terbayang di ruang fikirannya. Dia terus bangun dan mencari wanita tadi.

          ‘’Anak Saisah dan Syahrul hilang! Kau yang kidnapkan?’’ keras suara Fida di hujung talian. Ajmal mengeleng lemah. Sedih hatinya, dituduh tanpa usul periksa.

          ‘’Masya Allah! Aku tau aku jahat,.tapi percayalah. Aku dah insaf! Aku nak bertaubat. Aku tak buat dah kerja-kerja jahat macam tu.’’ Ajmal cuba menafikan tuduhan Fida, sambil itu matanya masih melingas di sekitar hospital untuk mencari wanita tadi.

              ‘’Anak puan perlu dimasukkan ke wad. Dia perlu dimasukkan drip air. Badannya terlalu lemah dan kekurangan air,.’’ Ajmal menoleh ke arah suara itu. Ternampaklah dia akan Lyna yang sedang mendukung Ariesya yang sudah berhenti menangis tapi keadaannya sudah tidak bermaya. Ariesya ditidurkan di atas katil dan disorong oleh seorang jururawat. Ajmal mematikan talian dan mengambil kesempatan merakam gambar Lyna dan Ariesya.

          ~aku jumpa budak ni yang mirip anak saisah di hospital~

               Ajmal menghantar mesej bergambar kepada Fida. Dia sabar menunggu balasan dari Fida. Sekejap kemudian ada panggilan masuk.
             ‘’Apa yang kau dah buat dengan anak aku hah? Kembalikan anak aku bahlol! Aku nak anak aku balik’’ suara nyaring di hujung talian mengejutkan Ajmal. Sekali lagi hatinya tersentap bila dituduh begitu.

          ‘’Aku tak buat Saisah! Sungguh!,..percayalah!’’ Ajmal menafikan pula tuduhan Saisah. Sakit hatinya bila semua orang tidak percaya kepadanya.

           ‘’Beritahu aku, kau di mana sekarang!’’ Saisah cuba berlembut pula. Dia tak mahu Ariesya di apa-apakan. Ajmal pula masih terpinga-pinga. Dia takut dirinya akan dipersalahkan. Kalaulah mereka tahu, dia pernah cuba melanggar Syahrul dan anak mereka dulu.

            ‘’Aku di HKL,.anak tadi dimasukkan ke wad. Aku dengar nurse cakap tadi, dia kehilangan air sebab tak makan sejak kelmarin.’’ Ajmal memberitahu apa yang dia tahu.

           ‘’Buktikan kau tak bersalah Ajmal! Kau tunggu hingga kami sampai!!’’ Saisah memutuskan talian. Ajmal terduduk. Fikirannya serabut. Dia buntu, sama ada harus menunggu atau pergi dari situ.

            ‘’Aku tak bersalah! Kenapa aku harus takut?!’’ Ajmal bermonolog sendirian, kemudian dia bangun dan bertanya di kaunter ke mana Ariesya telah dibawa pergi. Dia menipu kononnya dia adalah ayah Ariesya tapi bila jururawat bertanyakan nama penuh Ariesya ,Ajmal kehilangan kata. Ajmal cuba mengimbas kembali pergaduhannya dengan Saisah sebelum ini. Dia pasti, Saisah pernah menyebut nama penuh anaknya itu.

             ‘’Ariesya,.ya Ariesya,.’’ Itu saja yang Ajmal ingat.

            ‘’Maaf encik! Isteri encik yang bernama Fazlina ke?’’ jururawat mengajukan lagi soalan. Ajmal mengangguk lemah, antara yakin dan tidak.




Love 4Ever (SN &SM Setia Selamanya) bab 27

BAB   27

               TIGA BULAN sudah berlalu, kini kandungan Fida sudah berusia enam bulan. Saisah pula disahkan mengandung anak ke dua. Ariesya paling seronok menerima berita ini kerana bakal mendapat dua orang adik serentak. Manakala Syahrul,.dalam gembiranya dia untuk menyambut anak ke dua, dia juga turut rasa terdera bila ke dua orang isterinya asyik meminta makanan yang mereka idamkan.

               Ajmal pula sudah sedar dari koma dan keluarga Ajmal telah membawa dia untuk berubat di luar negara. Ardy pula bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang gadis pilihan yang berasal dari Kedah. Bertuah Ardy, kerana jodohnya bersama seorang gadis yang bersopan santun. Ardy juga banyak berubah menjadi lelaki yang lebih baik setelah mengenali gadis itu.

       Ketika orang lain sedang menganyam bahagia dan mencuba membina hidup baru yang lebih indah, Lyna pula masih diburu dendamnya terhadap Saisah dan Syahrul. Maka satu rancangan telah dibuat agar Saisah dan Syahrul menerima habuan kemarahannya.

         ‘’Akak!,.Iesya kak! Iesya,.’’ Nadiha datang tercunggap-cunggap kepada Saisah sambil memegang dadanya akibat kepenatan.

      ‘’Kenapa dengan Iesya, Diha? Mana Iesya? Diha bawa dia pergi mana tadi? Kenapa dia tak balik sekali?’’ bertalu-talu soalan Saisah ajukan. Dadanya turut berdebar-debar melihat keadaan Nadiha.

         ‘’Tadi,.kami berjalan nak balik ke kedai semula, ada seorang perempuan tegur kami. Dia kata,.dia, dia,..kawan akak, dia berbual dengan Iesya,.dia,.dia,..’’

         ‘’Dia apa Diha?’’ belum sempat Nadiha menjelaskan, Saisah sudah mencelah. Hilang kesabaran Saisah melihat Nadiha bercakap tercunggap-cunggap begitu.

        ‘’Dia nak pimpin Iesya,.Diha benarkanlah. Tapi bila,..dia dah pimpin Iesya, dia berjalan laju, letih Diha kejar,..lepas tu,..lepas tu,..’’ Nadiha berhenti bersuara, air matanya sudah berjuraian laju.

         ‘’Kenapa Diha? Jangan buat akak takut! ‘’ air mata Saisah turut bergenang. Mindanya sudah mula memikirkan perkara negatif. Kenapa dengan Ariesya?

        ‘’Ada kereta berhenti mengejut dan perempuan tu bawa Iesya naik kereta dan terus hilang. Maaf akak!,.Diha tak sempat nak buat apa-apa pun,..’’ Nadiha terus menangis akibat ketakutan. Saisah terus beristighfar panjang. Siapa yang telah melarikan Ariesya anakku? Ya Allah! Selamatkanlah anakku!

                  SEHARI SEMALAM Ariesya hilang. Tiada khabar berita, walau mereka telah membuat laporan polis. Seisi rumah menjadi murung bila Ariesya yang keletah berbicara tiada untuk meriuhkan suasana. Saisah asyik mundar-mandir dan telefon bimbit sentiasa di dalam tangannya.

           Syahrul pula tidak betah untuk menunggu saja di rumah. Dia berkejaran ke sana, sini untuk mencari jejak Ariesya. Ditawafnya  keliling pekan. Setiap taman perumahan dijelajahinya. Dalam hati tak pernah penat untuk berdoa, agar Ariesya ditemui segera.

            Fida juga tidak diam saja. Ardy turut dihubungi untuk meminta kerjasama. Fida tahu abangnya ramai kawan. Dulu abang Ardy juga pernah terjebak dalam sindiket menjual kanak-kanak.

          ‘’Abang dengar kata Ajmal dah sembuh dan baru pulang ke Malaysia. Jangan-jangan Ajmal yang kidnap Ariesya tu?!’’ Ardy cuba serkap jarang bila Fida memberitahu tentang kehilangan Ariesya.

          ‘’Tak baik menuduh tanpa bukti abang! Fitnah tu!’’ Fida bukan bertujuan untuk membela Ajmal tapi itulah hakikatnya, selagi bukti tak ditemui, Ajmal tak boleh dituduh sesuka hati. Ajmal mungkin pernah jahat, tapi tak mustahil kalau dia sudah bertaubat sekarang ni?

         ‘’Manalah taukan? Dendam dia dulu pun belum tercapai lagi,..’’ Ardy masih nak menegakkan benang basahnya. Fida terdiam seketika. Memang tak mustahil juga kalau Ajmal kembali dan masih berniat untuk  meruntuhkan kebahagiaan Saisah dan Syahrul? Tapi,..tidakkah dia sedar, keluarga ini yang banyak membantu dia ketika dia sedang koma dulu?

       ‘’Tak taulah abang! Mudahan dia dah insaf sekarang ni dan sudah kembali ke pangkal jalan. Kadang-kadang Fida hairan dengan manusia ni. Keluarga kak Saisah dengan abang Syahrul ni baik sangat tapi ada saja manusia yang dengkikan kebahagiaan mereka,..’’ Fida mengeluh lemah. Fida pernah mendengar ceramah seorang ustaz di masjid berdekatan. Orang-orang yang beriman dan bertaqwa selalu diuji oleh Allah. Mungkin inilah ujiannya!

                LYNA memandang Ariesya yang sudah tertidur keletihan akibat menangis semalaman. Dalam niatnya untuk membalas dendam terhadap Saisah dan Syahrul, dia masih memikirkan akan logiknya perbuatannya itu. Dia juga masih punya hati nurani. Sejak kelmarin Ariesya asyik menangis dan memanggil ibu dan abahnya. Bila diberi makan dan minum Ariesya enggan.

            ‘’Apa yang aku buat ni? Anak mereka tak berdosa! Betulkah tindakan aku ni?’’ Lyna menyoal dirinya sendiri. Hatinya memang masih sakit kerana terasa ditipu sepanjang lima tahun ini.

         ‘’Biarlah! Kenapa mereka tak berterus terang dengan aku? Kenapa Syahrul dan Saisah tergamak membiarkan aku memburu cinta yang bukan milik aku? Aku tahu,..mereka berdua tahu, aku sukakan Syahrul. Kenapa mereka tak berterus terang dengan aku?’’ soalan diajukan bertubi-tubi untuk dirinya sendiri. Mindanya berserabut. Jiwanya berantakan akibat dendam yang sedang beraja di hati.

          ‘’Biar padam muka mereka!! Hahaha,..’’ Lyna ketawa kuat.

          ‘’Tapi,..bagaimana kalau mereka report polis dan polis dapat kesan aku? Bagaiamana kalau orang upahan aku kelmarin berpaling tadah? Arghhhh,..’’ Lyna bertempik pula.

             ‘’Ibu,.Iesya nak ibu,..’’ Ariesya terkejut mendengar suara tempikan Lyna dan menangis. Lyna berpaling ke arah Ariesya yang sudah ketakutan.

        ‘’Diammm!,.’’ kuat suara Lyna menengking. Mengeletar tubuh Ariesya ketakutan dan semakin nyaring suara Ariesya memanggil ibunya.

             ‘’Ibu,..abah,..Iesya nak balik! Ieysa tak suka aunty! Aunty jahat!,.’’ Ariesya terus meraung. Suaranya sudah teresak-esak. Dia cuma nak ibu dan abahnya. Lyna semakin berang. Hatinya sakit bila Ariesya langsung tidak mahu mendengar cakapnya.

          ‘’Diam aku cakap! Diammm!!,.ibu dan abah kau yang jahat! Mereka jahat! Mereka yang buat aku jadi macam ni! Mereka jahat,.mereka tipu aku!’’ Lyna bertempik macam orang gila. Ariesya semakin kuat meraung. Ketakutan berhadapan dengan Lyna sudah memenuhi setiap sudut fikirannya. Dia tidak pernah ditempik sebegitu.

           ‘’Ibu,..Iesya nak balik! Iesya nak ibu,..’’ suara Ariesya semakin sayu, namun Lyna sedikit pun tiada rasa simpati terhadapnya. Semakin Ariesya menangis, hatinya semakin sakit.

           ‘’Diam!!!,..aku bunuh kau nanti!’’ Lyna bertempik lagi dan menghampiri Ariesya yang menangis di atas kati. Dia memegang leher Ariesya dengan kedua belah tangannya. Ariesya yang langsung tiada kudrat untuk melawan hanya terus menangis.

        ‘’Iesyyyy,..aku cakap diam, diamlah!’’ Lyna sudah semakin geram. Mahu saja dia menutup mulut Ariesya dengan gam pelekat.

       ‘’Aunty la diam!’’ tiba-tiba Ariesya yang petah berkata-kata itu melawan. Membuntang mata Lyna memandang Ariesya.

           ‘’Lebih baik Iesya diam. Iesya baikkan,.nanti aunty belikan gula-gula,.’’ Cara kasar tak berkesan, Lyna cuba pula memujuk secara lembut.

          ‘’Tak mahu! Iesya nak ibu. Iesya tak nak gula-gula, nanti gigi Iesya buruk. Bila gigi Iesya buruk nanti Iesya jadi hodoh!’’ Ariesya menjawab lagi. Mati akal Lyna seketika.

        ‘’Okey!,.tak nak gula-gula tak apa. Ieysa diam dulu,.nanti aunty bawa Iesya pergi makan KFC,..’’ Lyna terus mengumpan Ariesya dengan makanan. Dia pun risau kerana Ariesya tidak makan lagi sejak kelmarin. Kuat pula Ariesya ni?

         ‘’Aunty tak faham ke? Iesya nak balik. Iesya nak ibu,.Iesya nak abah, Iesya nak aunty Fida, Iesya nak nenek, Iesya nak mak tok!’’ Ariesya terus menangis sambil bersuara. Hilang kesabaran Lyna melawan kerenah Ariesya yang petah.

       ‘’Alaa,..auntykan ada! Iesya tinggallah dengan aunty. Iesya kawanlah dengan aunty,.kesian aunty, tak ada kawan! ‘’ Lyna masih memujuk Ariesya yang degil. Ariesya mengeleng laju.

        ‘’Tak nak! Iesya nak balik! Nanti Iesya dapat adik,.Iesya nak kawan dengan adik ja. Iesya tak nak kawan dengan aunty,.aunty jahat!’’  Lyna mengigit bibir. Hilang modal dia untuk terus memujuk.