BAB 28
AJMAL memegang kejap tongkat yang diselitkan di
ketiaknya. Selepas kemalangan, kaki Ajmal telah dipotong kerana rosak teruk.
Kini Ajmal sudah kehilangan sebelah kaki. Dia baru pulang ke Malaysia selepas
doktor mengesahkan dia sudah semakin pulih.
Sekarang Ajmal terpaksa membuat
rawatan susulan. Apatah lagi doktor pakar yang merawatnya, menyarankan agar
Ajmal mengunakan kaki palsu. Memang sukar untuk menerima kenyataan bahawa dia
sudah menjadi cacat. Apakan daya, semuanya salah dirinya sendiri yang terlalu
mengikut kata hati. Dendamnya belum terbalas, malahan hidupnya pula yang porak
peranda.
‘’Puan Fazlina!!,.’’ nama seorang
wanita dilaung dalam pembesar suara berdekatan kaunter pesakit luar. Ajmal yang
baru ingin mendaftarkan namanya di kaunter memerhatikan gelagat seorang wanita
cantik yang sedang mendukung anak perempuan kecil yang sedang menangis.
‘’Puan nak ambil ubat untuk puan ke atau
untuk anak puan?’’ jururawat di hadapan kaunter itu bertanya. Ajmal menoleh ke
arah wanita itu dan melihat wajah kanak-kanak perempuan comel dalam
dukungannya.
‘’Anak saya tak makan sejak
kemarin nurse. Dia asyik menangis saja sejak kemarin,.’’ Wanita itu memberitahu
jururawat tersebut. Ajmal pula berlalu pergi dari kaunter setelah menyerahkan
kad pengenalannya dan menunggu gilirannya.
‘’Ibu,..Iesya nak ibu!’’ suara sayu
kanak-kanak perempuan itu menarik perhatian Ajmal. Dia menoleh lagi ke arah
wanita dan kanak-kanak kecil itu. Hati kecilnya turut keliru.
‘’Aku macam pernah tengok budak
ni,..’’ Ajmal berkata kepada dirinya sendiri. Dia teringat kepada Saisah dan
Syahrul.
‘’ASSALAMUALAIKUM!’’ salam diberi
setelah panggilan diterima. Fida hairan bila melihat nombor tak dikenali
menghubungi telefon bimbitnya di awal pagi.
‘’Waalaikumusalam!,.awak
Rafidahkan?’’ Ajmal menyoal Fida. Dia sendiri pun tidak pasti sama ada nombor
yang dihubunginya itu adalah nombor Fida. Telefon bimbitnya dulu hilang entah
ke mana. Namun ingatannya masih kuat dan kebetulan nombor telefon Fida paling
senang nak diingat. Ajmal sengaja mencuba nasib.
‘’Siapa ni?’’ Fida menyoal kalut.
‘’Aku Ajmal. Aku dah pulang ke
Malaysia. Aku nak ucap terima kasih sebab kau sudi jaga aku ketika aku
terlantar dulu,..’’ tak tahu bagaimana nak memulakan kata, Ajmal mengambil
keputusan untuk mengucapkan terima kasih atas penjagaan Fida kepadanya.
‘’Apa kau dah buat dengan
Iesya ha? Apa yang kau tak puas hati lagi? Kau suruh orang kidnap diakan??’’
Fida terus menghamburkan tuduhan sebaik selesai Ajmal mengenalkan diri. Pada
pendapatnya, mungkin Ajmal sengaja menghubunginya untuk tahu keadaan Saisah dan
Syahrul. Mana tahu telahannya mengena.
‘’Apa maksud kau?’’ Ajmal tersentak
bila dituduh begitu. Tiba-tiba,.wajah kanak-kanak tadi terbayang di ruang
fikirannya. Dia terus bangun dan mencari wanita tadi.
‘’Anak Saisah dan Syahrul hilang! Kau
yang kidnapkan?’’ keras suara Fida di hujung talian. Ajmal mengeleng lemah.
Sedih hatinya, dituduh tanpa usul periksa.
‘’Masya Allah! Aku tau aku
jahat,.tapi percayalah. Aku dah insaf! Aku nak bertaubat. Aku tak buat dah
kerja-kerja jahat macam tu.’’ Ajmal cuba menafikan tuduhan Fida, sambil itu
matanya masih melingas di sekitar hospital untuk mencari wanita tadi.
‘’Anak puan perlu dimasukkan ke
wad. Dia perlu dimasukkan drip air. Badannya terlalu lemah dan kekurangan
air,.’’ Ajmal menoleh ke arah suara itu. Ternampaklah dia akan Lyna yang sedang
mendukung Ariesya yang sudah berhenti menangis tapi keadaannya sudah tidak
bermaya. Ariesya ditidurkan di atas katil dan disorong oleh seorang jururawat.
Ajmal mematikan talian dan mengambil kesempatan merakam gambar Lyna dan
Ariesya.
~aku jumpa budak ni yang mirip anak
saisah di hospital~
Ajmal menghantar mesej bergambar
kepada Fida. Dia sabar menunggu balasan dari Fida. Sekejap kemudian ada
panggilan masuk.
‘’Apa yang kau dah buat dengan
anak aku hah? Kembalikan anak aku bahlol! Aku nak anak aku balik’’ suara nyaring
di hujung talian mengejutkan Ajmal. Sekali lagi hatinya tersentap bila dituduh
begitu.
‘’Aku tak buat Saisah!
Sungguh!,..percayalah!’’ Ajmal menafikan pula tuduhan Saisah. Sakit hatinya
bila semua orang tidak percaya kepadanya.
‘’Beritahu aku, kau di mana sekarang!’’ Saisah
cuba berlembut pula. Dia tak mahu Ariesya di apa-apakan. Ajmal pula masih
terpinga-pinga. Dia takut dirinya akan dipersalahkan. Kalaulah mereka tahu, dia
pernah cuba melanggar Syahrul dan anak mereka dulu.
‘’Aku di HKL,.anak tadi dimasukkan ke wad. Aku dengar nurse cakap tadi,
dia kehilangan air sebab tak makan sejak kelmarin.’’ Ajmal memberitahu apa yang
dia tahu.
‘’Buktikan kau tak bersalah Ajmal!
Kau tunggu hingga kami sampai!!’’ Saisah memutuskan talian. Ajmal terduduk.
Fikirannya serabut. Dia buntu, sama ada harus menunggu atau pergi dari situ.
‘’Aku tak bersalah! Kenapa aku
harus takut?!’’ Ajmal bermonolog sendirian, kemudian dia bangun dan bertanya di
kaunter ke mana Ariesya telah dibawa pergi. Dia menipu kononnya dia adalah ayah
Ariesya tapi bila jururawat bertanyakan nama penuh Ariesya ,Ajmal kehilangan
kata. Ajmal cuba mengimbas kembali pergaduhannya dengan Saisah sebelum ini. Dia
pasti, Saisah pernah menyebut nama penuh anaknya itu.
‘’Ariesya,.ya Ariesya,.’’ Itu saja
yang Ajmal ingat.
‘’Maaf encik! Isteri encik yang bernama
Fazlina ke?’’ jururawat mengajukan lagi soalan. Ajmal mengangguk lemah, antara
yakin dan tidak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.