BAB 27
TIGA BULAN sudah berlalu, kini kandungan
Fida sudah berusia enam bulan. Saisah pula disahkan mengandung anak ke dua. Ariesya
paling seronok menerima berita ini kerana bakal mendapat dua orang adik
serentak. Manakala Syahrul,.dalam gembiranya dia untuk menyambut anak ke dua,
dia juga turut rasa terdera bila ke dua orang isterinya asyik meminta makanan
yang mereka idamkan.
Ajmal pula sudah sedar dari koma
dan keluarga Ajmal telah membawa dia untuk berubat di luar negara. Ardy pula
bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang gadis pilihan yang berasal dari
Kedah. Bertuah Ardy, kerana jodohnya bersama seorang gadis yang bersopan
santun. Ardy juga banyak berubah menjadi lelaki yang lebih baik setelah
mengenali gadis itu.
Ketika orang lain sedang menganyam
bahagia dan mencuba membina hidup baru yang lebih indah, Lyna pula masih diburu
dendamnya terhadap Saisah dan Syahrul. Maka satu rancangan telah dibuat agar
Saisah dan Syahrul menerima habuan kemarahannya.
‘’Akak!,.Iesya kak! Iesya,.’’ Nadiha
datang tercunggap-cunggap kepada Saisah sambil memegang dadanya akibat
kepenatan.
‘’Kenapa dengan Iesya, Diha? Mana Iesya?
Diha bawa dia pergi mana tadi? Kenapa dia tak balik sekali?’’ bertalu-talu
soalan Saisah ajukan. Dadanya turut berdebar-debar melihat keadaan Nadiha.
‘’Tadi,.kami berjalan nak balik ke
kedai semula, ada seorang perempuan tegur kami. Dia kata,.dia, dia,..kawan
akak, dia berbual dengan Iesya,.dia,.dia,..’’
‘’Dia apa Diha?’’ belum sempat Nadiha
menjelaskan, Saisah sudah mencelah. Hilang kesabaran Saisah melihat Nadiha
bercakap tercunggap-cunggap begitu.
‘’Dia nak pimpin Iesya,.Diha benarkanlah.
Tapi bila,..dia dah pimpin Iesya, dia berjalan laju, letih Diha kejar,..lepas
tu,..lepas tu,..’’ Nadiha berhenti bersuara, air matanya sudah berjuraian laju.
‘’Kenapa Diha? Jangan buat akak takut!
‘’ air mata Saisah turut bergenang. Mindanya sudah mula memikirkan perkara
negatif. Kenapa dengan Ariesya?
‘’Ada kereta berhenti mengejut dan
perempuan tu bawa Iesya naik kereta dan terus hilang. Maaf akak!,.Diha tak
sempat nak buat apa-apa pun,..’’ Nadiha terus menangis akibat ketakutan. Saisah
terus beristighfar panjang. Siapa yang telah melarikan Ariesya anakku? Ya
Allah! Selamatkanlah anakku!
SEHARI SEMALAM Ariesya
hilang. Tiada khabar berita, walau mereka telah membuat laporan polis. Seisi
rumah menjadi murung bila Ariesya yang keletah berbicara tiada untuk meriuhkan
suasana. Saisah asyik mundar-mandir dan telefon bimbit sentiasa di dalam
tangannya.
Syahrul pula tidak betah untuk
menunggu saja di rumah. Dia berkejaran ke sana, sini untuk mencari jejak
Ariesya. Ditawafnya keliling pekan.
Setiap taman perumahan dijelajahinya. Dalam hati tak pernah penat untuk berdoa,
agar Ariesya ditemui segera.
Fida juga tidak diam saja. Ardy
turut dihubungi untuk meminta kerjasama. Fida tahu abangnya ramai kawan. Dulu
abang Ardy juga pernah terjebak dalam sindiket menjual kanak-kanak.
‘’Abang dengar kata Ajmal dah sembuh
dan baru pulang ke Malaysia. Jangan-jangan Ajmal yang kidnap Ariesya tu?!’’
Ardy cuba serkap jarang bila Fida memberitahu tentang kehilangan Ariesya.
‘’Tak baik menuduh tanpa bukti abang!
Fitnah tu!’’ Fida bukan bertujuan untuk membela Ajmal tapi itulah hakikatnya,
selagi bukti tak ditemui, Ajmal tak boleh dituduh sesuka hati. Ajmal mungkin
pernah jahat, tapi tak mustahil kalau dia sudah bertaubat sekarang ni?
‘’Manalah taukan? Dendam dia dulu pun
belum tercapai lagi,..’’ Ardy masih nak menegakkan benang basahnya. Fida
terdiam seketika. Memang tak mustahil juga kalau Ajmal kembali dan masih
berniat untuk meruntuhkan kebahagiaan
Saisah dan Syahrul? Tapi,..tidakkah dia sedar, keluarga ini yang banyak
membantu dia ketika dia sedang koma dulu?
‘’Tak taulah abang! Mudahan dia dah
insaf sekarang ni dan sudah kembali ke pangkal jalan. Kadang-kadang Fida hairan
dengan manusia ni. Keluarga kak Saisah dengan abang Syahrul ni baik sangat tapi
ada saja manusia yang dengkikan kebahagiaan mereka,..’’ Fida mengeluh lemah.
Fida pernah mendengar ceramah seorang ustaz di masjid berdekatan. Orang-orang
yang beriman dan bertaqwa selalu diuji oleh Allah. Mungkin inilah ujiannya!
LYNA memandang Ariesya yang
sudah tertidur keletihan akibat menangis semalaman. Dalam niatnya untuk
membalas dendam terhadap Saisah dan Syahrul, dia masih memikirkan akan logiknya
perbuatannya itu. Dia juga masih punya hati nurani. Sejak kelmarin Ariesya
asyik menangis dan memanggil ibu dan abahnya. Bila diberi makan dan minum
Ariesya enggan.
‘’Apa yang aku buat ni? Anak mereka
tak berdosa! Betulkah tindakan aku ni?’’ Lyna menyoal dirinya sendiri. Hatinya
memang masih sakit kerana terasa ditipu sepanjang lima tahun ini.
‘’Biarlah! Kenapa mereka tak berterus
terang dengan aku? Kenapa Syahrul dan Saisah tergamak membiarkan aku memburu
cinta yang bukan milik aku? Aku tahu,..mereka berdua tahu, aku sukakan Syahrul.
Kenapa mereka tak berterus terang dengan aku?’’ soalan diajukan bertubi-tubi
untuk dirinya sendiri. Mindanya berserabut. Jiwanya berantakan akibat dendam
yang sedang beraja di hati.
‘’Biar padam muka mereka!!
Hahaha,..’’ Lyna ketawa kuat.
‘’Tapi,..bagaimana kalau mereka
report polis dan polis dapat kesan aku? Bagaiamana kalau orang upahan aku
kelmarin berpaling tadah? Arghhhh,..’’ Lyna bertempik pula.
‘’Ibu,.Iesya nak ibu,..’’ Ariesya
terkejut mendengar suara tempikan Lyna dan menangis. Lyna berpaling ke arah
Ariesya yang sudah ketakutan.
‘’Diammm!,.’’ kuat suara Lyna
menengking. Mengeletar tubuh Ariesya ketakutan dan semakin nyaring suara
Ariesya memanggil ibunya.
‘’Ibu,..abah,..Iesya nak balik!
Ieysa tak suka aunty! Aunty jahat!,.’’ Ariesya terus meraung. Suaranya sudah
teresak-esak. Dia cuma nak ibu dan abahnya. Lyna semakin berang. Hatinya sakit
bila Ariesya langsung tidak mahu mendengar cakapnya.
‘’Diam aku cakap! Diammm!!,.ibu dan
abah kau yang jahat! Mereka jahat! Mereka yang buat aku jadi macam ni! Mereka
jahat,.mereka tipu aku!’’ Lyna bertempik macam orang gila. Ariesya semakin kuat
meraung. Ketakutan berhadapan dengan Lyna sudah memenuhi setiap sudut
fikirannya. Dia tidak pernah ditempik sebegitu.
‘’Ibu,..Iesya nak balik! Iesya nak
ibu,..’’ suara Ariesya semakin sayu, namun Lyna sedikit pun tiada rasa simpati
terhadapnya. Semakin Ariesya menangis, hatinya semakin sakit.
‘’Diam!!!,..aku bunuh kau nanti!’’
Lyna bertempik lagi dan menghampiri Ariesya yang menangis di atas kati. Dia
memegang leher Ariesya dengan kedua belah tangannya. Ariesya yang langsung
tiada kudrat untuk melawan hanya terus menangis.
‘’Iesyyyy,..aku cakap diam, diamlah!’’
Lyna sudah semakin geram. Mahu saja dia menutup mulut Ariesya dengan gam
pelekat.
‘’Aunty la diam!’’ tiba-tiba Ariesya
yang petah berkata-kata itu melawan. Membuntang mata Lyna memandang Ariesya.
‘’Lebih baik Iesya diam. Iesya
baikkan,.nanti aunty belikan gula-gula,.’’ Cara kasar tak berkesan, Lyna cuba
pula memujuk secara lembut.
‘’Tak mahu! Iesya nak ibu. Iesya tak
nak gula-gula, nanti gigi Iesya buruk. Bila gigi Iesya buruk nanti Iesya jadi
hodoh!’’ Ariesya menjawab lagi. Mati akal Lyna seketika.
‘’Okey!,.tak nak gula-gula tak apa.
Ieysa diam dulu,.nanti aunty bawa Iesya pergi makan KFC,..’’ Lyna terus
mengumpan Ariesya dengan makanan. Dia pun risau kerana Ariesya tidak makan lagi
sejak kelmarin. Kuat pula Ariesya ni?
‘’Aunty tak faham ke? Iesya nak balik.
Iesya nak ibu,.Iesya nak abah, Iesya nak aunty Fida, Iesya nak nenek, Iesya nak
mak tok!’’ Ariesya terus menangis sambil bersuara. Hilang kesabaran Lyna
melawan kerenah Ariesya yang petah.
‘’Alaa,..auntykan ada! Iesya tinggallah
dengan aunty. Iesya kawanlah dengan aunty,.kesian aunty, tak ada kawan! ‘’ Lyna
masih memujuk Ariesya yang degil. Ariesya mengeleng laju.
‘’Tak nak! Iesya nak balik! Nanti Iesya
dapat adik,.Iesya nak kawan dengan adik ja. Iesya tak nak kawan dengan
aunty,.aunty jahat!’’ Lyna mengigit
bibir. Hilang modal dia untuk terus memujuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.