BAB 8
Rancak aku merangka cerita untuk novel baruku. Mindaku menjadi lancar
tanpa dugaku. Kerana kak Senah jiran sebelahku yang merupakan tuan rumah yang
kami sewa kini novelku hampir siap. Aku cuma memerlukan penamatnya saja lagi.
Dalam aku sibuk menyiapkan novelku Along datang ke sini. Seperti yang
Ucu cakap Along bawa ayah dan mak bersamanya. Bukan itu saja Angah dengan Alang
bersama suami masing-masing pun ikut serta. Riuh rendah rumah kami jadinya.
Angah dengan Alang tu datang semata-mata nak rasa nasi kandar di Penang ni
saja!
‘’Wow! Kereta siapa yang Along sewa ni?’’ Ucu menyoal Along sebaik Along
parkirkan keretanya di halaman rumah. Kereta proton saga yang sudah agak lama
tapi masih nampak kukuh lagi.
‘’Adalah!’’ sepatah Along menjawab pertanyaan Ucu. Aku tak banyak soal,
terus aku terpa mak dan ayah dan menyalami mereka berdua. Aku peluk dan cium
mak. Rindunya aku pada mereka berdua. Seketika kemudian sebuah kereta kancil
pula berhenti di depan rumah kami. Aku memandang kereta itu dengan penuh minat.
‘’Angah dengan Alang datang sekali ke?’’ aku masih menyoal walau sudah
melihat Angah dan Alang bersama suami masing-masing sudah keluar dari kereta.
Tidak menyangka sebenarnya. Lebih-lebih lagi bila masing-masing tak datang
dengan kereta sendiri.
‘’Kami
datang sebab nak makan nasi kandar Penang ni ja,.bukan sebab rindu dengan Ayang
dan Ucu pun,.’’ Tanpa sempat aku bertanya apa-apa pada mereka berdua, Angah
terlebih dahulu membuka mulut. Aku cebirkan bibirku.
‘’Tak tanya pun!’’ aku sengaja membuka bunga-bunga perbalahan.
Sebenarnya aku suka sangat bila keluarga kami berkumpul begini. Paling aku suka
bila mereka begitu memahami kerjayaku. Mereka tahu aku sedang menyamar sebagai
orang miskin dan mereka pun datang dengan kereta yang sesuai dengan taraf aku
di sini.
Kereta yang Along guna adalah Honda Civic. Entah mana Along dah sewa
kereta Proton Saga tu? Ayah pula guna kereta Mercedes. Angah dan Alang
berkongsi kereta kerana mereka berjiran. Mereka guna MPV. Tapi kereta kancil
yang mereka naiki hari ini adalah kereta Angah waktu kecemasan bila Alang
gunakan kereta MPV tu tanpa dia.
‘’Cantik rumah? Kemasnya rumah mereka?!’’ Alang mula menyindir sebaik
masuk ke dalam rumah. Aku mana ada masa nak mengemas pun. Harapkan Ucu,.hmm,
aku sibuk menaip, dia keluar meronda kampung!
‘’Of course la! Tengoklah rumah sapa? Rumah Ayang Mas merahkan!’’ aku
tak mahu mengalah. Jawab jangan tak jawab!
‘’Tikus ada tak? Jangan-jangan ular pun dah buat sarang? ’’ Angah pula
mencelah. Aku mencebik. Mula dah la tu! Alang dengan Angah kalau tak gaduh
dengan aku memang tak syiok agaknya?
‘’Uihhh,..pak rimau pun ada! Nak berkenalan ke?’’ aku terus menjawab.
Ayah dengan mak hanya meronda dalam rumah sewa kami ni. Dalam meronda mak
ringankan tangan mengemas apa yang patut. Aku hanya memerhatikan gelagat mak
tanpa niat untuk melarang.
‘’Sarapan apa pagi tadi. Mak tengok periuk cuma ada satu ja. Kuali pun
satu. Apa yang korang makan?’’ mak sudah mula menyoal. Aku tersengeh. Ucu lagi
lebar sengehnya dari aku kemudian dia angkat ibu jari dan terbalikkannya.
‘’Kak Yang nak save bajet! Kami makan mee meggi ja hari-hari!’’ Ucu
pecah rahsia kami berdua. Mak sudah membuntangkan matanya.
‘’Kalau macam tu jom balik dengan kami! Kalau dah pemalas sangat nak
masak,.’’ Mak sudah mula memberi arahan. Aku tak kisah kalau balik hari ini
kerana novel aku sudah hampir tamat tapi sayang pula kerana aku membayar sewa
rumah untuk tiga bulan. Masih berbaki sebulan setengah lagi. Sudah hampir dua
bulan kami di Penang ini. Masuk bulan kedua aku sengaja bayar untuk tiga bulan
sekaligus. Mana aku tahu novel aku kali ni cepat pulak aku siapkan. Semuanya
gara-gara cerita kak Senah!
‘’Shah dah bayar sewa untuk tiga bulan mak! Macam rugi ja kalau nak
balik sekarang. Biarlah kami bercuti puas-puas di sini dulu mak?! Lagi pun Ucu
pun masih bercuti lagikan!’’ aku memujuk mak. Ucu membeliakkan matanya padaku.
‘’Alaa,..kak Yang tu dah berkenan dengan abang Bangla di kilang tu mak,
ayah sebab tu dia sayang nak tinggalkan tempat ni!’’ Ucu mencelah tiba-tiba dan
kata-katanya mendapat respon dari semua orang. Riuh pulak rumah sewa kami
dengan gelak ketawa. Aku ja yang berwajah masam.
‘’Ucu tu jeles sebab dia dok tackle anak mami tak dapat-dapat lagi!’’
aku membalas kata-kata Ucu.
‘’Kata nak mai sini,.nak cari ilham? Ni dah macam pakat-pakat nak cari
jodoh ja?!’’ ayah pula bertanya sambil tergelak perlahan. Aku hampiri ayah dan
memegang lengan ayah.
‘’Bukanlah ayah! Kan Shah dah janji novel seterusnya baru Shah carikan
calon menantu untuk ayah! Along jangan jeles pulak, kalau Ayang langkah
bendul?’’ sambil lengan ayah aku pegang, mataku pula ku lirik ke arah Along
yang sudah mencari tempat untuk duduk.
‘’Langkah sajalah bendul tu! Jangan langkah Along sudah!’’ Along buat
ayat-ayat pasrah lagi.
‘’Tak ada sofa ke rumah korang ni? Macam mana nak duduk bersila ni?’’
Alang mula tunjuk protes. Aku mencebik lagi. Macam berlagak sangat ayat-ayat
yang Alang suarakan tu!
‘’Nak
buat macam mana,.kami ni orang miskin tegar Alang. Tak nak menderma ke Alang?
Boleh juga dapat bonus untuk akhirat!? ‘’ dalam ayat pasrah aku pula aku
kenakan Alang. Angah sudah tersengeh mendengar ayatku. Bibirnya sudah terkumat
kamit untuk berkata sesuatu.
‘’Mak kata duit royalti Ayang untuk novel terakhir Ayang tu dah sampai.
Ribuan jugak masuk! Miskin tegar ke tu?’’ sebaik Angah habis berkata-kata aku
pandang mak.
‘’Ye
ke mak? Banyak sangat ke mak?’’ aku soal mak dengan rasa teruja. Mak mula
selongkar beg tangannya dan menghulurkan sepucuk surat padaku. Aku menghampiri
mak dan menarik mak duduk bersila di tepiku. Aku membuka sampul surat dengan
rakus. Terbelalak seketika mataku memandang angka-angka di dalamnya. Kalau
macam ni aku kena sedekah banyak sikit untuk kak Senah sebelum aku balik KL.
Dia dah banyak membantu aku untuk menyiapkan novel terbaruku ini. Hmm,.lepas ni
aku nak ajak keluargaku keluar bershoping dan beli barang-barang untuk kak
Senah sekeluarga dan aku bercadang nak beli semua novel aku yang telah berada
di pasaran dan hadiahkan untuk kak Senah.
‘’Alhamdulillah! Semuanya ini rezeki dari Allah. Berkat doa dari mak dan
ayah jugak! Terima kasih mak, ayah, Along, Angah, Alang dan Ucuku tersayang.
Lepas ni Shah belanja makan nasi kandar naa?,.’’ aku memandang semua
wajah-wajah kesayanganku yang sudah duduk bersila di atas tikar rumah sewa
kami.
‘’Ehemmm,.nama kami tak ada ke?’’ abang Idham bertanya. Dia dan abang
Nas berwajah sayu. Aku lebarkan senyuman melihat wajah kedua orang abang iparku
itu.
‘’Oh,.abang Am ambil bahagian Angah. Abang Nas ambil bahagian Alang.
Alang dengan Angahkan tengah diet. Tak mahu makan nasi kandar tu?’’ aku sengaja
mencari pasal lagi dengan Angah dan Alang. Keduanya mencebik ke arahku. Abang
Idham dan abang Nas pula ketawa melihat wajah-wajah isteri kesayangan mereka
yang sudah cemberut.
‘’Tak apalah! Kita makan pasembor ya Angah? Dengar kata pasembor pun
sodap!’’ Alang bersuara sambil memandang Angah. Bibirnya dimuncungkan sikit.
Macam orang merajuk aje?!
‘’Melelehlah liur cucu mak tu nanti!’’ mak mencelah perbualan kami.
Angah tiba-tiba mengusap perutnya. Aku terperasan sesuatu. Wajah Angah berubah
ceria. Abang Am juga turut melebarkan senyumannya.
‘’Haa,.Angah dah mengandung ke? Tahniah Angah! Bestnya,.nak dapat anak
saudara!’’ aku turut teruja mendengar berita ini.
‘’Alang macam mana? Tak follow ke?’’ aku menoleh pulak ke arah Alang.
Dia menjegilku.
‘’Tadi Ayang cakap rezeki tu dari Allahkan? Biarlah Angah dulu yang
dapat rezeki tu. Alang follow la pelan-pelan. Kesian pulak mak nak sambut cucu
serentak nanti!’’ Alang memberi hujah yang kurasakan agak bernas. Almaklumlah
nama suaminya pun abang Nas. Hihi,..
‘’Bila dengar Angah nak dapat baby. Ucu macam teringin jer!’’ Ucu yang
hanya diam sejak tadi bersuara pula. Kami semua memandang serentak ke arahnya.
‘’Alah emak,.kahwinkan Ucu!’’ Ucu menyanyi sambil bibirnya mekar dengan
senyuman. Aku pandang Along yang hanya tayang wajah beku.
‘’Ucu!,.langkah tembok rumah dulu kalau nak kahwin sebelum Along!’’ aku
teringat kata-kata Along sebelum ni, terus aku luahkannya. Mak, ayah, Angah dan
Alang serta suami masing-masing ketawa mendengar ayat aku. Along dan Ucu hanya
tersengeh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.