BAB 11
TIBA juga Ejan di negeri kelahirannya, Kedah Darulaman. Ketika bas membelok keluar dari lebuhraya tadi Ejan dah menghubungi alongnya untuk mengambilnya di Pekan Rabu. Harap-harap bila bas berhenti di Pekan Rabu nanti along sudah sedia menantinya. Beberapa jam dalam perjalanan, Ejan dah terlalu letih ditambah pula dengan kusutnya fikirannya yang sentiasa mengasak.
Banyak persoalan yang sedang bermain di mindanya. Apa khabar dengan geng-geng lepaknya? Apa khabar dengan kak Jun sekeluarga? Dan yang paling menyesakkan fikirannya adalah, sudah kahwinkah Irfan? Sudah ada anakkah Irfan? Sekali lagi hati Ejan merintih. Kembali ke sini bermakna hati Ejan akan kembali terluka. Apa yang mampu dipohon, mudahan Irfan sudah tidak bertugas di negeri Kedah ini lagi dan mudahan Ejan takkan lagi terserempak dengan wajah Irfan di mana-mana.
Ejan memandang keluar tingkap bas. Nampaknya lagi beberapa minit bas akan sampai. Dalam resah Ejan gembira juga. Dalam takut ada jugak perasaan tidak sabarnya untuk pulang ke rumah. Kata orang tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat kelahiran sendiri.
Selepas turun dari bas, Ejan meninjau keadaan sekeliling. Mencari gerangan di mana along tersayang tapi tak kelihatan. Mahu tak mahu Ejan mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam beg dan nombor telefon alongnya dicari. Talian berjawab.Ejan lega.
"Assalamualaikum along. Mai dakgi? Ejan dah sampai ni!"
"Waalaikumusalam,.tunggu sat. Along nak sampai dah. Sat ja lagi!"
"Okey!,.Ejan tunggu depan ni. Jangan buat-buat tak kenai Ejan dah la." Ejan tergelak kecil.
"Awat? Ejan dah tumbuh tanduk ka?" spontan alongnya mengenakan Ejan pula.
"Cehh,.banyak la tanduk along. Cepat sikit! Ejan tunggu depan Pekan Rabu tau. Kat tepi tangga jejantas ni, satgi along pi lajak ambik kat Shahab pulak!"
"Okey, along dah sampai ni"
Talian terputus. Ejan memandang di jalanraya. Kereta berpusu-pusu. Ejan cuba mengecam setiap kereta yang lalu lalang. Bulan lepas mak Ejan bagitahu Ejan, along dah tukar kereta baru. Along dah tukar Honda civic. Sebuah kereta berhenti di depan Ejan. Ejan menelek wajah pemandu. Ada dua orang kanak-kanak di kusyen belakang. Tingkap depan di buka. Ejan tersengeh.
"Along!" Ejan memanggil setelah kereta dihampiri tapi alongnya memandang dirinya kehairanan.
"Ejan?" alongnya pula menyoal.
Ejan terus membuka pintu kereta dan duduk di sebelah alongnya. Tangannya dihulur pada alongnya untuk bersalaman. Alongnya dah panik! Wajah Ejan dipandang tak berkelip.
"Along ni awat? Macam nampak hantu!"
"Ejan! Ya Allah! Alhamdulillah, along ingatkan Yuna dah silap naik kereta along." pantas saja bahu alongnya ditampar. Kedua orang anak alongnya sudah mengekek ketawa.
"Mak su lawa la. Ingatkan artis mana." Aiman anak kedua alongnya bersuara.
"Tak sangka,.berbaloi jugak adik along ni pi merantau tempat oghang. Pi selekeh tapi balik anggun bergaya." Azman bersuara semula setelah yakin yang baru duduk di sebelahnya adalah adik bongsunya.
Memang dia langsung tak mengecam Ejan sebentar tadi. Dengan baju kurung moden terkini dihiasi manik berwarna warni dan lilitan selendang dengan warna yang senada dengan warna bajunya. Ejan memang nampak berbeza dengan Ejan yang dulu.Dulu Ejan berambut pendek, bertopi dengan baju T dan berseluar jean. Memang Ejan yang pulang sekarang adalah Ejan yang baru. Ejan pun dah pandai mengenakan make up.
Nampak wajahnya lebih berseri dengan eye shadow yang disapukan di kelopak matanya dan gincu bibir berwarna merah darah. Padanlah Azman tak mengecam tadi. Agak-agaknya kalau Irfan turut ada bersama pasti Irfan pun akan teruja akan penampilan baru Ejan. Hiesy..Irfan lagi! Macam manalah Ejan tak sedih. Hanya nama Irfan yang sering disebut di hatinya.
DARI JAUH Ejan sudah melihat orang ramai di rumahnya. Hatinya tiba-tiba diulit resah, lantas wajahnya dipalingkan ke arah alongnya.
"Awat yang ramai sangat tu along?"
"Anak bongsu kesayangan balik, tentulah kena buat kenduri kesyukuran." Azman menjawab sambil tersenyum. Sengaja mereka rahsiakan dari Ejan. Kalau diberitahu terlebih dahulu, mereka takut Ejan akan batalkan niatnya untuk pulang.
"Awat tak bagitau kat Ejan?" Ejan tarik muncung. Terasa benar hatinya.
Kereta berhenti di laman rumah. Ejan mula resah bila ramai orang mula tertinjau-tinjau dan memandang ke arah mereka. Ejan malu untuk berhadapan dengan orang-orang kampung.
Mahu atau tidak Ejan tetap kena turun. Dengan perlahan Ejan membuka pintu kereta. Wajahnya cuba dimaniskan sedaya mungkin. Azman di sebelah sudah mengeleng kepala. Anak-anak Azman sudah lama berlari masuk ke dalam rumah. Ejan menyalami setiap orang wanita yang ada di luar rumah. Semua orang memandang Ejan dengan rasa tidak percaya. Ejan senyum pada semua orang.
"Alhamdulillah,.sampai juga anak mak." Puan Salima menyambut Ejan di muka pintu. Ejan memaut tangan emaknya dan bersalaman. Puan Salima memeluk Ejan. Berlaku drama air mata seketika. Kedua pipi Ejan diciumnya untuk melepaskan rindu. Air mata Ejan bercucuran laju. Begitu juga dengan Puan Salima.
Welcome back Ejan!
Ramai yang menegur perubahan Ejan dan ramai yang memuji Ejan. Ejan hanya senyum. Kalau dulu Ejan pasti menjawab balik tapi pengalaman menjadikan Ejan lebih dewasa dan matang.
"Ejan,.kalau aku tau la hang jadi perempuan, akan jadi lawa macam ni dari dulu lagi aku masuk minang hang. Aku tak kisahlah kalau long Pa nak letak hantaran 20 ribu sekali pun, aku sanggup!." ayat pertama Amri setelah puas menelek Ejan. Ketika Ejan turun kereta dia sendiri tidak percaya itu adalah Ejan. Kulit Ejan yang semakin cerah dan gebu itu pun menjadikan Amri dan yang lain jadi keliru.
"Huh! Kalau hang nak bawa 50 ribu pun kighim salam la aku nak terima." selamba saja Ejan membalas.
"Amboih! Hang boleh cakap macam tu! Kot-kot ayat makan tuan satgi. Berlutut kot hang dok reyau nak kawen dengan aku satgi." Amri rasa tercabar. Dia tahu Ejan bawa diri sebab Irfan dan dia juga tahu Irfan pun masih setia menunggu Ejan. Sengaja dia ingin bergurau dengan Ejan.
"Elehh.." sepatah Ejan membalas. Amri hanya sengeh.
Petang tu Ejan berehat di belakang rumah. Banyak perubahan yang berlaku semasa ketiadaan Ejan. Rumah mereka sudah dibesarkan. Bilik sudah ditambah, apatah lagi Hadi dah nak kahwin. Pangkin belakang rumah sudah diganti dengan kerusi dan meja batu.
"Lepaih ni hang nak buat apa?" Amri tanya Ejan. Ingin juga tahu apa perancangan Ejan.
"Aku tunggu hang la masuk minang. Lepaih tu aku dok rumah la jadi isteri mithali." Ejan sengeh sambil jungkitkan keningnya beberapa kali.
"Hang ni memang! Cakap tak serupa bikin la. Tadi jual mahai! Ni nak suruh aku masuk minang pulak!"
"Dengan hang mana boleh cakap betoi-betoi. Kena ada putaq belit sikit baru best." Ejan gelak. Amri buntangkan mata.
Sedang rancak mereka berbual Hadi datang ke belakang rumah. Bersamanya ada Ijam dan Shahril, dan mata Ejan bagaikan terkena panahan beracun bila ada orang lain ikut serta. Panahan beracun itu terus menusuk hingga ke hati. Ejan terus bangun dan melangkah pergi tanpa kata. Yang lain hanya memandang. Irfan memandang Ejan dengan perasaan yang amat terluka.
'Maafkan abang Ejan!' Ayat itu hanya berdetik di hati Irfan.
Ejan terus menuju ke bilik. Bila bertembung dengan kak Lijah tadi Ejan bagitau dia letih dan nak berehat. Sejak pulang tadi dia mana sempat berehat lagi. Tapi hanya Ejan yang tahu berehat tu hanyalah satu alasan. Di bilik Ejan berteleku di birai katil. Tudung di kepala dibuang dan diletakkan di tepinya. Ejan capai bantal dan merebahkan kepalanya.
Di fikirannya hanya terbayangkan wajah Irfan. Dua tahun tidak bertemu memang banyak perubahan yang dia lihat. Irfan sudah menyimpan kumis. Badannya sedikit kurus berbanding dulu dan rambutnya disisir kemas. Lebih pendek dan nampak lebih matang. Ejan tak tahu sama ada nak bergembira atau bersedih. Dia sendiri rasa keliru dengan perasaannya sendiri.
Seketika telinganya menangkap bunyi lagu pantas Ejan mencari.Telefon bimbit di dalam beg sandangnya sedang berbunyi nyaring minta dilayan. Satu panggilan tak dijawab. Ejan memeriksa. Panggilan dari Afina, belum sempat Ejan mendail nombor Afina, panggilan dari Afina kembali bergema.
"Assalamualaikum Fina!"
"Waalaikumusalam dear, kau okey?"
"So far so good! How about you?" Ejan tersengeh sendiri. Sejak bila aku jadi mek saleh pulak ni?
"Aku okey ja."
"Aku pun okey." Ejan membalas.
"Really? Are you sure?"
"Actually..i'm not okey! Dia ada di sini. Irfan ada di sini, tapi masalahnya aku sendiri keliru. Aku tak tahu sama ada patut gembira atau bersedih. Hati aku ni sakit sangat Fina, tapi aku juga keliru dengan perasaan aku ni."
"Be positif okey!. Aku tahu kau boleh melaluinya. Mas,.aku sayang kau! Sayang sangat-sangat. Nak selesaikan masalah kita perlu berdepan dengan masalah. Apa kata kalau kau bagi diri kau peluang. Take your time and discuss with him."
"Nak bincang apa pulak? Aku bukan ada masalah pun dengan dia. Lagipun mungkin dia dah jadi suami orang pun!"
"Mana kau tau dia dah jadi suami orang? Kau dah tanya dia ke?"
"Aku agak-agak ja."
"Hmm,.tu la kau asyik main serkap jarang ja kan..But,.. now, open your mind. Berdepan dengan dia dan settlekan masalah korang. Luahkan apa perasaan kau dan cuba dengar pulak apa luahan hati dia. Jangan berat sebelah Mas. Dia pun manusia jugak. Ada perasaan." Ejan garu kepala yang tidak gatal.
"Aku lagi kompius tahap gaban dah la ni! Kau memihak sapa ni?"
"Err..sejujurnya aku tak memihak mana-mana pun. Tapi semakin kau lari semakin kau sakit hati. Kalau kau tak mau bagi dia peluang, kau bagilah diri kau peluang."
"Entahlah! Aku serahkan semuanya pada takdir. Aku bukan tak mau, tapi aku tak percayakan diri aku sendiri. I love him so much and I can't forget him. Kau tahukan hati aku? Dua tahun aku cuba lupakan dia, tapi lagi aku cuba lagi aku sakit hati. Aku tak mampu Fina!"
"Sementara dia ada depan kau, kau carilah peluang untuk berdepan dengan dia."
"Face to face?"
"Yupp!!"
"Uhff!,.aku takut!"
"Kau anggap ja dia Lee Min Ho bukan abang Irfan kau!" Ejan tergelak kecil. Ada-ada ja Fina ni.
"Tengoklah macam mana nanti, tapi aku tak mau jadi perigi cari timba. Thanks Fina,."
"Most welcome dear!"
Hurmmm..Mampukah aku?
BAB 12
EJAN tak tahu kenapa Irfan begitu rapat dengan keluarganya. Irfan dilayan bagaikan dia adalah ahli keluarga Ejan juga. Mesra saja keluarganya melayan Irfan. Malam tu menurut emaknya Irfan akan tidur di rumah mereka. Ejan gelisah. Ungkapan Afina petang tadi bergema lagi di fikirannya.
Bagi diri Irfan dan dirinya sendiri peluang untuk meluahkan suara hati. Ketika makan malam tadi Ejan buat biasa saja walaupun Ejan kurang bercakap. Bila diusik abang-abangnya pun Ejan hanya mengukirkan senyuman yang ternyata hambar sekali. Makannya pun sikit sangat.
Selepas selesai solat Isyak berjemaah Ejan menyusup ke belakang rumah. Nak masuk tidur malam masih muda. Nak menonton tv ada Irfan di ruang tamu bersama keluarganya. Nak join kak Lijah dengan kak Miza berbual. Topik mereka cuma anak-anak dan masalah rumah tangga.
Di kerusi batu belakang rumah Ejan termenung seorang diri sambil kepalanya didongakkan ke langit. Bintang bertaburan dan bulan cerah mengambang. Ejan terpesona dengan kurniaan Ilahi. Terleka Ejan seketika.
"Ehem,." terdengar seseorang berdehem di sisinya. Ejan pantas menoleh. Irfan dah melabuhkan punggung di tepinya.
"Cantikkan bulan malam ni?" Irfan turut memandang ke atas. Ejan bangun dan ingin berlalu. Pantas tangannya disambar Irfan.
"Ejan please!,.bagi abang peluang. Jangan lari lagi Ejan. Ejan tak penat ke asyik lari dari abang?"
"Abang tu tak takut dosa ka? Kita bukan mahram bang! Ingat sama!" selamba saja Ejan membidas Irfan. Irfan tergelak kecil. Tangan Ejan dilepaskan. Dia pun tak sedar tindakan pantasnya itu. Yang ada di mindanya hanya Ejan.
Ejan tak jadi masuk ke rumah, cuma dia menjarakkan dirinya dari Irfan. Ejan ingin memberi dirinya peluang. Ejan cuba beranikan diri bersemuka dengan Irfan.
"Okey! Ejan bagi abang peluang terakhir. Cakap la apa abang nak cakap!"
"Kita kahwin?" dua patah perkataan dari Irfan yang membuatkan Ejan membuntangkan matanya.
"Abang jangan main-main boleh tak?" sedikit keras nada Ejan.
"Abang serius Ejan!"
"Abang nak jadikan Ejan isteri nombor berapa? Dua? Tiga? Empat?" dengan nada yang sinis Ejan menuturkannya sambil Ejan memandang tepat ke wajah Irfan. Terdengar tawa kecil Irfan.
"Ejan,..Ejan,.." Irfan gelengkan kepalanya beberapa kali.Dagunya ditongkat dengan tangan. Wajah Ejan direnung dalam. Dalam cahaya bulan, dia masih dapat melihat wajah Ejan yang kemerahan, dan kegugupan Ejan masih dapat di kesan. Lama wajah itu direnung hingga menjadikan Ejan gelisah.
"Abang masih teruna lagi tau! Abang tunggu Norizan Mastura. Abang hanya akan berjabat tangan Tok Kadi dengan mengakad nikahkan perempuan bernama Norizan Mastura binti Mustafa. Tiada perempuan lain." Irfan kembali bersandar di kerusi batu dan masih tetap setia merenung bulan disampingnya.
"Huh! Bila bercakap lembut gigi dari lidah. Apa dah abang buat dengan keluarga Ejan? Abang dah jampi ya?" tercetus ketawa Irfan. Tak sangka begitu sekali tuduhan Ejan terhadapnya, tapi dia masih terasa lucu.
"Yang abang gelak pasai pa? Ejan tak buat lawak la bang!"
"Okey,okey,..abang minta maaf! Buruk sangat ke perangai abang ni Ejan, sampai nak menjampi keluarga Ejan? Sepanjang Ejan tak ada, abang rindu sangat dengan Ejan dan bila rindu rumah Ejanlah abang tuju. Mak dengan ayah Ejan dah biasa sangat dengan kedatangan abang. Kenapa? Ejan cemburu ke tengok mak dengan ayah Ejan layan abang baik sangat?" penerangan Irfan membuatkan Ejan terkejut besar tapi nak percaya 100% memang taklah kot!.
"Untuk apa abang nak rindu kat Ejan? Kan abang dah ada awek cute tu?! Kahwin ja la dengan dia!"
"Ejan cemburu ke dengan perempuan tu?"
"Tak ada maknanya Ejan nak cemburu. Ejan pun tau nak sedar diri."
"Jadi bila Ejan cakap Ejan mencintai abang hari tu, Ejan tipu abang la. Selama ni abang bertepuk sebelah tanganlah?" Irfan cuba memerangkap Ejan.
"Err.." Ejan gugup.
"Ejan,..cemburu tu tandanya sayang. Kalau Ejan tak cemburu maknanya Ejan langsung tak sayang kat abang. Selama ni abang syok sendiri la rupanya? Abang ingatkan Ejan pun sukakan abang, tapi tak?!
Bila abang bawa perempuan tu dan perkenalkan sebagai calon isteri abang, abang ingat Ejan akan marah-marah abang tapi rupanya abang dah tersilap meramal. Ejan langsung tak marah malahan Ejan terus pergi macam tu ajakan!"
Irfan sudah meluahkan suara hati. Ejan termanggu tanpa kata. Otaknya kosong tiba-tiba. Perlukah dia tunjukkan perasaan sayang dia dengan rasa cemburu. Tak fahamkah Irfan, dia pergi menghilangkan diri selama dua tahun kerana cemburu. Ejan pulak yang keliru.
"Ejan!" kebisuan Ejan membuatkan Irfan gelisah.
"Ejan tak tahu! Ejan masuk dulu.Assalammualaikum!" selepas memberi salam Ejan terus berlalu pergi. Nampaknya perbincangan mereka tak ke mana. Hubungan mereka masih di jalan buntu. Ejan dan Irfan mungkinkah bakal bersatu? Ejan keliru lagi!
BAB 13
DUA MINGGU selepas pulang ke rumah, Ejan masih mencari kerja melalui internet. Ejan hanya mengambil kursus pemprosesan makanan, jadi melalui internet Ejan hanya mencari alamat web yang memerlukan jawatan kosong. Dulu Ejan pernah membuat praktikal selama satu semester di kilang pemprosesan makanan berasaskan buah. Bila difikirkan balik takkan Ejan nak buka kilang?
Ejan pernah berangan semasa belajar di Jerantut, selepas selesai dua tahun dia nak buka syarikat catering. Angan-angan Ejan tinggi melangit, tapi nak menjadikan sesuatu impian itu tak semudah melafazkannya. Ejan perlukan pengalaman. Ejan search pula laman web restoran-restoran terkenal. Dalam banyak-banyak restoran Ejan berminat dengan restoran di Langkawi, tapi Ejan terfikir sejenak. Mampukah Ejan jadi chef ni? Ejan buntu sekali lagi.
"Adoii,..! Macam mana ni? Takkan nak terperap ja kat rumah ni? Boring ar!" Ejan merungut seorang diri. Macam biasa bila semua dah bekerja hanya tinggal Ejan dan emaknya di rumah. Ayah Ejan hanya petani, tapi dengan usia emas ini ayah Ejan banyak menghabiskan masanya di masjid.
"Mak! Tolonglah Ejan!!!." Ejan melaung emaknya di dapur. Puan Salima yang terkejut terkocoh-kocoh datang ke ruang tamu.
"Awat Ejan?" melihat wajah emaknya yang cemas Ejan mengekek ketawa.
"Ejan tak tau nak kerja apalah mak. Mak tolonglah Ejan." Ejan pandang emaknya sambil tersenyum. Puan Salima mengeleng. Ingatkan apalah sangat tadi. Ejan! Ejan!
"Payah apa Ejan. Ada orang masuk minang, Ejan kahwin sajalah. Lepaih tu jadi suri rumah sepenuh masa, jaga saja anak-anak di ghumah." mudah saja Puan Salima keluarkan pendapat. Ejan tarik muncung.
"Uwaa,.mak ni langsung tak ada wawasan la. Mak!,.. Ejan ingat nak pi ambik kursus menjahit pulak la. Nanti kot-kot boleh buka kedai menjahit." Ejan keluarkan pulak buah fikirannya.
"Di mana pulak tu? Ejan jangan buat pasai! Berapa tahun pulak tu?" Puan Salima cemas.
"Adoi mak!,. Ejan ambik kursus yang dekat-dekat sajalah mak. Nanti Ejan ulang alik la mak. Tapi,.." Ejan sengaja gantungkan ayatnya. Motor Ejan ayahnya dah jual selepas Ejan pergi Jerantut. Kalau nak berulang alik Ejan perlu ada kenderaan.
"Awat pulak?" Puan Salima yang sudah duduk mengadap Ejan bertanya lagi. Apa pulak la Ejan ni?
"Mak! Tolong Ejan bodek ayah. Beli gheta. Mak baikkan!" Ejan sengeh. Dia merapatkan dirinya pada Puan Salima. Emaknya dirangkul manja.Kepalanya didongakkan dan memandang wajah emaknya itu.
"Ada-ada sajalah hang ni Ejan. Boleh ka bawa gheta? Satgi hang pi race pulak?" Puan Salima menyuarakan kerisauannya. Ejan tarik muncung. Tubuh emaknya dilepaskan. Pura-pura merajuklah konon.
"Hmm..buat la muka asam kecut tu kerap-kerap, nanti cepat tua baru tau!"
"Mak! Doa tu!" pantas saja Ejan mencelah.
"Dah la daripada Ejan sibuk dok cari gheja, jom masuk dapur tolong emak masak pun baguih jugak. Dapat jugak ilmu." Puan Salima terus bangun. Ejan hanya memandang sambil menyengeh. Beginilah nasib orang perempuan. Nak jadi perempuan sejati, ilmu ceruk dapur perlu ada. Emaknya selalu berleter jadi perempuan ni yang penting pandai ikat suami.
Selain ilmu belaian mesra, ilmu ikat perut pun wajib ada. Dengan kata lain kemahiran memasak makanan sedap-sedap untuk suami la. Kalau dah masak nasi rasa beras. Masak gulai rasa rempah. Wajah secantik bidadari pun tak mampu menjamin kebahagiaan rumah tangga. Tapi Ejan pernah juga membaca kisah-kisah benar di majalah.
Kebanyakan rumah tangga berantarakan berpunca dari suami isteri itu sendiri. Tiada sikap toleransi dan kurangnya komunikasi. Bila ada masalah masing-masing saling memendam perasaan. Bila dah tak tahan, apa yang dipendam pun meletup.
Ejan membandingkan pula dirinya dengan Irfan. Apa yang menyebabkan hubungan mereka tidak menjadi? Kalau nak diikutkan pengakuan Irfan, bermakna mereka saling menyayangi. Adakah dia yang terlalu ego? Melarikan diri bila terluka. Sekali lagi Ejan buntu. Sukar juga untuk membentuk sesebuah hubungan ini rupanya. Untuk memiliki pasangan ideal dan serasi bukan sesuatu yang mudah.
"Ejann! Menung apa lagi tu? Cepat la mai tolong mak masak ni!" Puan Salima dah melaung dari dapur. Ejan segera mematikan laptopnya. Hal cari kerja lupakan dulu. Ejan segera melangkah ke dapur. Persediaan untuk menjadi isteri mithali perlu dituntut. Ejan senyum sendiri. Persoalannya isteri siapa? Hurmm..hanya Allah saja yang tahu!
BAB 14
LETIH betul Ejan mencari kerja. Semua web yang memaparkan jawatan kosong dia masuk, tapi semuanya tak memenuhi citarasanya. Tak sepadan dengan kehendak jiwanya.
Cuma satu yang menarik perhatian, jawatan kosong sebagai pekerja restoran di Pantai Cenang di Langkawi sebagai penjaga kaunter. Ejan berminat sangat dengan jawatan tu. Sambil bekerja boleh juga Ejan ambil angin di Langkawi. Lagipun kedudukannya pun di tepi pantai. Ejankan suka laut.
"Mak! Ejan nak gheja kat tempat ni boleh dak mak?" Ejan menunjukkan jawatan kosong itu pada emaknya. Puan Salima hanya menjengok sedikit.
"Di mana pulak tu?" wajah Ejan ditenung. Risau dia Ejan bawa diri lagi.
"Langkawi ja mak. Kat Pantai Cenang. Ada asrama untuk pekerja. Boleh la mak?" Ejan mencuba nasib. Untung sabut timbullah hendaknya.
"Hari tu mak dengaq nak pi ambik kursus menjahit. Ni, dah nak pi gheja di Langkawi pulak?! Mana satu ni Ejan?." Puan Salima mengingatkan Ejan tentang hasratnya. Bimbang juga dia nak lepaskan Ejan.
"Alah mak! Hari tu baru perancangan." Ejan cuba menerangan kedudukan sebenar pada emaknya. Dia sendiri sebenarnya masih keliru dengan pilihannya.
"Macam nilah Ejan. Jangan cari kerja dulu. Ejan rehat di rumah dulu nanti kita bincang lain." Puan Salima keluarkan arahan.
"Ala mak ni! Takkan Ejan nak terperap ja kat rumah? Leceh la mak kalau macam ni. Boleh la mak bukannya jauh mana pun. Langkawi ja mak!" rayuan kedua. Tadi cubaan pertama tak berhasil.
"Sebenarnya Ejan,.." Puan Salima berat hati nak meluahkan tapi dia perlu juga beritahu Ejan.
"Apa mak?" terjungkit kening Ejan. Hairan! Kenapa maknya nampak macam susah sangat nak cakap.
"Sebulan sebelum Ejan balik dah ada orang masuk merisik dan kami dah terima Ejan. Minggu depan rombongan pihak lelaki akan datang untuk ikat tali pertunangan. Baik budaknya Ejan. Semua keluarga sudah setuju. Mak harap Ejan takkan menolak." tersandar Ejan di sofa. Ejan pegang dahi, suhu badannya naik tiba-tiba. Ejan pandang emaknya dengan mata berkaca.
"Ejan! Ejan takkan tolakkan?" Puan Salima resah.
"Jodoh, ajal dan maut di tangan Allah mak. Ejan nak kata apa lagi." Ejan pasrah.
"Alhamdulilah!" Puan Salima meraup muka mengucap syukur. Ejan di sebelah dirangkulnya. Kedua pipi Ejan dicium penuh kasih.
"Mak tak sabar nak bagitau kat semua. Ejan tau, abang Hadi dah siap rancang, kalau Ejan setuju, nanti majlis akad nikah Ejan akan dibuat serentak dengan kenduri kawen dia." ceria Puan Salima bercerita. Ejan tersentak. Maknanya hujung bulan ni dia dah kena nikah?
"Mak! Tak cepat sangat ka?" Ejan rasa badannya semakin berbahang.
"Ejan! Nak dirikan masjid ni perkara mulia. Lagi cepat lagi elok. Mak dengan ayah pun dah tua. Kalau Ejan dah ada suami, emak dan ayah tak risau lagi kalau kami..." belum habis Puan Salima berkata Ejan dan menutup mulut emaknya.
"Okey,okey,.Ejan setuju tanpa syarat. Nak nikah esok pun Ejan tak kisah, tapi mak jangan cakap macam tu lagi." Ejan rangkul emaknya. Tak sanggup dia nak mendengar emaknya menghabiskan ayat yang akan merobek hatinya itu. Puan Salima tergelak. Dia tahu Ejan anak yang baik dan mendengar kata.
"Tahun depan mak dan ayah nak pergi haji. Kalau Ejan dah nikah kami tak risau sangat nak tinggalkan Malaysia." Ejan pandang wajah emaknya. Puan Salima tersenyum kemudian terus menyambung.
"Itu yang mak nak cakap tadi Ejan." Ejan tergaman. Otaknya cepat sangat berfikir yang bukan-bukan. Ejan rangkul emaknya lagi.
"Mak! Bakal tunang Ejan tu ada macam hero korea tak mak?" Ejan tergelak perlahan.
"Hmm..dengar kata ada kot. Sebab bakal mak mentua Ejan cakap mereka darah keturunan nyonya melaka." Puan Salima memberitahu Ejan apa yang dia tahu.
"Alah! Mak ni. Ejan nak korea, bukannya nyonya melaka!" Ejan pura-pura tarik muncung.
"Hiesy!,.Budak ni. Dah nak jadi bini oghang pun masih nak tarik muncung macam tu. Nanti bakal mak mentua tengok terus reject nak buat menantu."
"Takpa la,.. dia reject, nanti Ejan boleh pi korea kawen dengan Lee Min Ho." Ejan gelak mengekek.
"Lawa sangat ka budak Li min ho tu? Dari dulu lagi dok minat sangat!" Puan Salima pun sampai dah hafal nama tu. Ejan terus search nama Lee Min Ho dalam google dan terus klik pada imej. Terpampang pelbagai gaya Lee Min Ho dalam tu.
"Mak! Nilah abang Lee Min Ho Ejan. Handsome tak mak? Handsomekan?" serentak menyoal Ejan juga menjawab soalannya sendiri sambil tersenyum manis. Alahai Lee Min Ho ku!
"Lagi lawa bakal menantu mak tu!" spontan Puan Salima berkata.
"Yalah tu mak! Bakal menantu mak. Bakal suami Ejan la kan! Tengoklah anak mak ni pun cute, tentulah dapat suami ensem." Ejan dah mula masuk bakul angkat sendiri.
Puan Salima hanya tersenyum. Lega hatinya kerana Ejan langsung tak menolak. Puan Salima yakin Ejan akan bahagia dengan lelaki pilihan mereka.
BAB 15
DEBARAN buat Ejan tiba juga. Hari ini Ejan bakal disatukan dengan lelaki yang dia sendiri terima tanpa melihat wajah. Ejan pasrah pada ketentuan takdir. Ejan sudah nekad untuk mengenali lelaki yang bakal bergelar suaminya hanya pada hari pernikahan mereka. Dia percaya pada jodoh yang diatur oleh keluarganya dan dia paling percaya pada jodoh yang ditentukan Allah. Sepanjang pertunangan mereka, Ejan cuba memujuk diri dan hatinya agar redha saja apa yang dilaluinya.
Hari ini juga merupakan hari bersejarah buat Hadi. Pada hari Ejan bertunang, Hadi dinikahkan. Hari ini Ejan akan dinikahkan dan akan naik pelamin bergilir-gilir dengan Hadi. Perancangan yang cukup sempurna. Hari ini juga merupakan hari paling bahagia buat mereka sekeluarga bila abang Ejan yang nombor empat, iaitu Azmi bakal pulang dari Mesir, setelah lima tahun menuntut di sana.
"Ejan! Ya Allah,.lawanya hang!" kak Jun memuji Ejan setelah Ejan pulang dari disolek di butik pengantin di Simpang Empat.
"Kak Ejan macam tuan puteri la." Aini anak sulung kak Jun pula memuji.
Sesungguhnya Ejan memang sangat ayu bila disiapkan dalam persalinan baju serba putih. Ejan akan dinikahkan di waktu pagi. Memandangkan kakak iparnya akan dijemput pukul 3 petang.
Nor Intan Diana isteri kepada abangnya Hadi atau pun Mohd Hadi. Kakak iparnya asal orang johor. Sama tempat kerja dengan Hadi, tapi mereka sudah sampai ke Kedah petang kemarin. Sekarang mereka menumpang sementara di rumah Azman di Simpang Empat. Selepas akad nikah, petangnya pula,Ejan akan menukar pakaian untuk disandingkan.
"Pengantin lelaki dah sampai di masjid. Nak nikah di ghumah ka masjid?" Azam masuk dan bertanya.
"Ayah tak sihat. Elok dinikahkan di rumah sajalah." Azman menjawab bagi pihak ayahnya. Tiba-tiba saja Encik Mustafa demam, mungkin terkejut nak terima dua orang menantu serentak atau pun terlalu gembira dan teruja. Itulah yang telah diperkatakan oleh penduduk kampung dalam sesi gurauan sesama mereka. Semacam berjanji pula. Ejan yang terlalu stress turut terkena migrain. Dalam bahagia dugaan datang juga menjenguk.
Setelah rombongan pengantin lelaki tiba, Encik Mustafa pun masuk ke bilik Ejan. Sebagai wali, Ejan akan ditanya persetujuannya dan akan diminta menurunkan tandatangan. Ejan tanpa banyak soal mengangguk setuju dan menurunkan tandatangan. Awal-awal lagi Ejan dah menerima segalanya biarpun mindanya sarat berfikir.
Ejan cuba mengukirkan senyuman semanis mungkin, biarpun di jiwanya terlalu resah. Saat pengantin lelaki melafazkan akad nikah, Ejan memohon untuk tidak turut serta. Jadi Ejan hanya menanti di bilik ditemani beberapa orang sepupu dan saudara mara yang rapat dengannya.
Kepala Ejan yang sakit sejak semalam semakin berdenyut. Ejan picit kepalanya perlahan. Pagi tadi Ejan hanya sempat menjamah sedikit sarapan pagi. Perut Ejan pun sudah berkeroncong sakan tapi memandangkan akad nikah sedang dijalankan Ejan terpaksa menahan saja. Selesai saja semua majlis nanti Ejan akan makan sampai kenyang. Ejan pujuk dirinya.
Tanpa mengetahui keadaan Ejan yang sedang menahan sakit dan lapar. Hadi,Amri, pengantin lelaki, Ijam dan Shahril sudah merancang satu komplot untuk mengenakan Ejan. Amri, Shahril dan seorang sepupu pengantin lelaki mengenakan sepasang baju melayu putih siap bersampin tujuannya untuk mengelirukan Ejan.
Mereka sengaja nak mengenakan Ejan, mengenangkan Ejan yang terlalu degil bila ingin diperkenalkan pada bakal suami sebelum ini. Bagi pihak Ejan pula dia punya alasan yang kukuh kenapa dia tak mahu mengenali bakal suaminya. Selesai akad nikah, Amri orang pertama masuk ke bilik pengantin membawa cincin. Ejan dah ternganga bila melihat Amri berpakaian baju melayu putih. Ejan dah mula keliru.
"Hang buat apa dalam bilik aku ni Amri?" Ejan cemas. Kepalanya semakin berdenyut. Takkan Amri suaminya.
"Sayang! Awat pange abang macam tu? Tak baik tau!". Lakonan pun bermula.
Ejan pegang perut, dalam masa yang sama pandangannya dah mula berpinar. Masuk pula Shahril.
"Dah jangan berlakon di sini. Ejan bini aku! Pi keluar!" mantap punya lakonan. Mereka buat aksi nak bergaduh. Ejan semakin bengang. Nak marah pun dia dah tak berdaya. Bila Ejan cuba berdiri terasa bilik sudah berpusing. Ejan duduk kembali. Masuk pula watak ketika. Handsome sangat. Berkulit putih. Tersenyum pada Ejan. Cincin di tangan Shahril dirampas. Belum sempat cincin disarungkan masuk pula pengantin lelaki yang sebenarnya.
"Assalamualaikum." gemersik suaranya. Sepupunya yang merupakan pelakon ke tiga tadi menghulurkan cincin kepada pengantin lelaki. Tangan Ejan dicapai. Cincin di sarungkan. Serentak dahi Ejan dikucup suasana bilik menjadi riuh rendah. Ejan dah terkulai layu di atas katil pengantin. Gempar! Tanpa mengetahui keadaan Ejan yang memang sedang migrain. Watak utama dan watak tambahan merasa cukup kesal dengan lakonan mereka. Lakonan yang cukup mantap tapi sayang tak diiktiraf oleh heroin sendiri. Nasib la!
"EJAN,.." Puan Salima mengusap wajah Ejan. Risau betul dia bila Ejan tiba-tiba jatuh pengsan. Memang dari semalam lagi Ejan sudah mengadu sakit kepala, tapi majlis terpaksa juga diteruskan.
"Ejan,. Bangun sayang!" Puan Salima memanggil lagi. Yang lain juga resah.
"Awat mak? Ejan sakit apa? Tak penah pengsan pun sebelum ni." Azman masuk ke bilik dan bertanya. Ejan sudah dikelilingi ahli keluarga termasuk keluarga pengantin lelaki.
"Semalam dia cakap kat mak dia sakit kepala. Bila mak tanya pagi ni dia cakap dah okey dah sikit." Puan Salima memberitahu apa yang dia tahu.
"Ejan tak makan kot! Kemarin pun dia cakap dia tak selera. Semalam pun langsung tak makan. Pagi tadi Miza tengok Ejan makan roti ja." Miza isteri abang kedua Ejan pula menyampuk.
"Ejan! Ejan! Sampai pengsan! Habis tu nak bawa ke klinik ka tak ni?" Azman menyoal sambil matanya menyorot pada emaknya dan pengantin lelaki. Saat itu Ejan mula membuka mata perlahan-lahan. Tangannya memicit kepala.
"Ejan! Ejan dah sedaq?" Puan Salima yang duduk di sisi Ejan bertanya. Ejan pandang sekeliling. Mindanya terus bekerja keras mengingati apa yang terjadi.
"Mak! Kenapa dengan Ejan?"
"Ejan tak makan ka pagi tadi? Ejankan tak boleh perut kosong." Puan Salima yang kerisauan terus menyoal.
"Mak! Suami Ejan mana?" Ejan yang mula mengingati kejadian tadi inginkan kepastian emaknya. Puan Salima bangun dan memberi ruang pengantin lelaki mengambil alih tempatnya.
"Abang?" hanya satu perkataan yang terkeluar dari bibir Ejan. Pengantin lelaki hanya merenung Ejan. Perasaan bersalah dengan rancangan bodoh mereka tadi menguasai diri.
"Sapa pengarahnya? Bagitau Ejan!" soalan cepumas Ejan lontarkan. Watak-watak pelakon pembantu yang masih ada di bilik itu sudah tersengih. Puan Salima yang tak tahu apa-apa sudah menunjukkan wajah pelik.
"Abang yang salah." Hadi yang sudah siap berpakaian pengantin tampil buat pengakuan.
"Abang Ijam pun bersubahat." Ijam pula tampil sambil tersengeh.
"Aku saja ja nak test kot-kot ada bakat." Amri pula bersuara.
"Aku follow ja." Shahril turut ambil peranan.
"Abang minta maaf! Abang tak tau nak jadi macam ni." giliran pengantin lelaki pula membuat pengakuan. Ejan cuba bangun. Suaminya membantu.
"Mas!" suara seorang perempuan. Ejan bertukar wajah.Tadi dia teringin sangat nak menghambur semua pelakon-pelakon yang mengenakannya. Sebaik terpandang wajah perempuan yang turut berada di dalam bilik itu, Ejan jadi ceria.
"Fina! Hang cakap tak jadi mai?"
"Aku ahli keluarga pengantin lelaki." Afina membuka cerita.
"Intan Afina adik abang." pengantin lelaki bersuara. Ejan buntangkan mata. Dia menoleh ke arah Afina dan suaminya bersilih ganti. Memang ada persamaan wajah.
"Komplot jugak ka ni?" Ejan tak puas hati.
"Sorry Mas, aku pun baru tahu, kau yang jadi kakak ipar aku. Aku pun terkejut juga tadi." Afina tak mahu sahabat baiknya itu salah faham. Memang dia sudah maklumkan pada Ejan dia tak jadi datang kerana abangnya akan berkahwin pada hari yang sama.
"Adoi,..banyak sangat susprize ghini. Rasa nak tidoq saja sampai pagi esok." Ejan bersuara perlahan. Pengantin lelaki dan Afina yang mendengar dah tersenyum.
"Habis tu abang nak bersanding dengan sapa?" pengantin lelaki bertanya. Perlahan tangan Ejan dipegang. Mereka mula bermain mata. Yang lain memberi peluang dan beredar.
"Aku keluar dulu Mas. Korang berbual la jangan berperang pulak!" Afina tertawa kecil. Dia orang terakhir meninggalkan bilik itu.
"Ejan lapaq la!" Ejan bersuara setelah mereka tinggal berdua. Sengaja mengalih tumpuan sang suami yang merenung semacam.
"Abang ambilkan nasik. Ejan makan ya nanti." Ejan mengangguk. Bila lagi nak bermanja. Ejan ditinggalkan seorang diri di dalam bilik. Dalam terkejut dengan pelbagai kejutan Ejan tetap bersyukur. Ejan cuba bangun dan duduk di birai katil. Badannya masih terasa sangat lemah.
Seketika kemudian pengantin lelaki masuk semula bersama hidangan nasi kenduri. Afina membantu membawa air. Pengantin lelaki menolong Ejan turun dari katil dan mengadap hidangan.
"Fina! Meh la dok sekali! Teman aku makan." Ejan mempelawa. Bila berduaan dengan suaminya Ejan berdebar semacam ja.
"Tak apa ke? Kacau daun pulak satgi." Afina tersenyum, abangnya dijeling penuh makna.
"Tau tak pa! Pi keluar pengantin baru tak mau diganggu." pengantin lelaki menghalau Afina. Afina tergelak kecil. Ejan membuntangkan mata. Geram! Senang-senang saja halau kawan baik dia tu.
"Kenapa tengok abang macam tu? Nak abang suap ke? Boleh aja! Everything for you sayang!" bunyi dah suara romantis tu. Afina yang masih bersama mereka menahan tawa. Ejan sudah merah mukanya.
"Ejan makan sendiri la! Abang pi la keluar. Ejan nak sembang dengan Fina. Dah lama tak jumpa. Rindu!" Ejan merayu. Pengantin lelaki buat muka. Afina lepaskan tawa, tak mampu menahan lagi melihat gelagat pengantin baru. Akhirnya pengantin lelaki mengalah. Sebelum keluar kedua pipi Ejan sempat menjadi mangsa bibir nakalnya. Ejan terkesima.
"Abang,'' Pengantin lelaki kenyitkan mata. Nakal!
BAB 16
"AKU rasa macam bermimpi la Fina. Macam mana aku boleh jadi kakak ipar kau pulak ni? Tak pasal-pasal aku naik pangkat kan?" Ejan menatap wajah Afina. Afina tersengeh. Dengan pantas pipi Ejan dicubit.
"Ouchh! Sakit la! Adik dengan abang sama ajakan. Suka mendera aku!" Ejan sengaja merungut manja. Dengan Afina dia boleh cerita apa saja.
"Sakit??? Tu ,.maknanya kau tak mimpi. Ini kenyataan. Kau tak mau tanya ke kenapa aku cubit pipi kau tak cubit tempat lain." Afina senyum. Bukan sebarangan senyum tapi senyum yang penuh dengan muslihat.
"Awat?" Ejan blurr. Ada sebab ka?
"Sebab aku nak test pipi kau kebas ke tidak lepas kena kiss tadi." Afina lepaskan tawa.Ejan bulatkan mata.
"Wey! Hiesy,.tak senonoh betoi! Adik sapa la ni?!" Ejan kebam bibir. Geram. Terkena juga dia!
"Adik ipar kau la!" tawa Afina masih belum reda. Suka betul dia bila melihat wajah Ejan yang sudah bertukar merah.
"Sebenarnya banyak sangat benda aku nak tanya kau ni." sambil menyuap nasi mereka terus berbual. Dah dua tahun tinggal serumah. Tinggal pula dalam bilik yang sama, memang banyak yang ingin mereka bualkan.
"Tanyalah kak Mas! Adik iparmu sudah bersedia menjawabnya." Afina senyum lagi.
"Hiesy,..tiba-tiba ja aku rasa macam dah tua sangat."
"Kau memang dah tua pun." Afina menyakat lagi.
"Kau jujur dengan aku, kau memang tak tahukan abang kau yang aku selalu ceghita tu adalah orang yang sama?"
"Aku langsung tak tahu! Sungguh!" Afina angkat tangan macam orang buat tabik. Serius saja wajahnya.
"Bila dah tahu ni.Apa pendapat kau?" Ejan menyoal lagi.
"Erm..aku memang tak tahu sangat pasal girl abang aku walaupun kami rapat. Tapi macam mana pulak dulu kau cakap, abang aku bawa perempuan dan kenalkan sebagai bakal isteri tu?"
"Kebetulan itu jugak yang aku nak tanya kau. Perempuan comey yang berdiri sebelah kau tadi. Tulah dia." Ejan sempat menangkap wajah itu tadi. Dia takkan pernah lupa wajah itu.
"Takkan kak Dania kot? Tu sepupu aku la. Dia dah kawen pun setahun lepas. Suami dia pun ada sekali tadi." Afina bersuara ceria. Seketika kemudian tawanya terhambur. Ejan tepuk dahi. Memang tak guna punya suami. Tak habis-habis nak kenakan orang!
"Maknanya masa abang kau kenalkan sepupu kau sebagai bakal isteri dia tu sepupu kau tu dah bertunang la ya?" Ejan memandang Afina. Afina mengangguk mengiakan.
"Kak Dania bertunang tiga tahun, sebab masa dia bertunang dia dengan abang Adha masih belajar lagi." kali ini giliran Ejan pula mengangguk tanda faham.
"Aku rasa macam nak sekeh saja abang kau tu. Tak pasai-pasai aku kena merajuk.Dua tahun pulak tu. Hiesy!,."
"Woi! Kau lupa ka abang aku tu laki kau tau. Hormat sikit!"
"Hang pun dah lupa ka? Hang tu adik ipar aku. Hormat sikit!" Terburai tawa mereka berdua. Dalam masa tu Irfan menjenguk.
"Ni makan ka dok mengumpat? Dari jauh lagi dah dengar gelak. Dok ngumpat abang ka?" Irfan serkap jarang. Saja ja tu nak cari modal mengusik.
"Memang pun!" selamba Ejan menjawab. Ejan dan Afina saling berpandangan. Terburai lagi tawa mereka.
"Dah kenyang ke belum? Sayang!,..Abang Hadi dah tunggu tu. Nak bergambar bersama. Tadi sayang dah pengsan. Gambar kita berdua pun belum ada lagi ni." Irfan senyum. Pandangannya terus menghala ke wajah isterinya itu. Afina pula mula mengemas hidangan tadi dan membawa keluar. Ejan bangun dan duduk di birai katil. Irfan mengikut dan duduk di sebelah Ejan.
"Anak dara dah sampai ka?" Ejan bertanya Irfan, yang bermaksud kakak iparnya. Irfan mengangkat kening sambil terus merenung Ejan. Naik rimas pulak Ejan.
"Abang ni awat?" Irfan lepaskan tawa. Dia tahu Ejan sudah tidak keruan.
"Saja! Lepaskan rindu."
"Ejan tanya,..Isteri abang Hadi dah sampai belum? Abang tak jawab pun lagi." Ejan mula bengang. Sekeh jugak kang!
"Abang tak ambik tau la pasal kakak ipar Ejan tu, yang abang tau isteri abang dah ada di sebelah abang dan abang nak tengok dia puas-puas." wajah Ejan merah lagi. Irfan senyum. Seketika terdengar pintu diketuk dari luar. Ijam membuka pintu dan menjenguk ke dalam bilik.
"Woi pengantin baghu! Buat apa lagi tu? Cepat keluaq! Nak bermesra-mesraan tunggu malam sikit la!" lancar saja bunyinya dan disambut Irfan dengan tawa ceria. Ejan buat muncung. Hampeh betoi!
Ejan mengemaskan bajunya. Wajahnya dibelek di depan cermin. Memang nampak sedikit pucat lalu Ejan menyapukan sedikit bedak ke wajahnya dan mengoles nipis lipstik di bibirnya. Bila berpuas hati dia memandang ke arah Irfan.
"Jom! Nanti lambat keluar kena lagi." Irfan gelak.
"Abang okey ja,.lagi lama lagi bagus." laju saja tangan Ejan memainkan peranannya.
"Ouchhh! Sayangggg!" Irfan mengosok perutnya yang terasa sedikit perit.
"Gatai la lagi!"
"Alah! Abang gatai dengan Ejan ja. Takkan itu pun tak boleh!"
Sambil berbual mereka terus melangkah keluar beriringan. Semua mata memandang ke arah kedua mempelai. Abang Hadi dan kak Intan berpakaian serba pink. Molek la tu. Pelamin pink putih. Dua pasang mempelai pun satu pasang pink satu pasang lagi Irfan Iskandar dan Norizan Mastura bertema putih. Perfect!.
MALAM tu mereka bersanding lagi. Gara-gara Ejan yang pengsan banyak acara tertunda, tapi majlis tetap berjalan dengan meriah. Paling meriah acara potong kek dan suap menyuap. Malam itu juga Azmi abang Ejan yang nombor empat balik. Berlaku pula drama air mata kegembiraan. Adegan peluk memeluk dan bertanya khabar.
Kegembiraan yang datang serentak. Malam itu rumah Ejan terang menerang dengan cahaya lampu dan cahaya flash kamera.
Lewat malam baru masing-masing dapat merehatkan badan. Kegembiraan yang mereka rasa langsung tak sedar masa yang terus berlalu.
"Letihnya,." Ejan bercakap sendirian setelah masuk ke bilik. Migrainnya memang sudah hilang tapi berganti pula dengan keletihan yang tak terucap. Kalau Ejan hanya seorang diri memang Ejan masuk ke bilik dan terus tidur saja, tapi bila memikirkan Irfan pun akan masuk ke bilik yang sama Ejan mula resah. Ejan berdiri di hadapan cermin. Memerhatikan wajah sendiri yang masih berseri dengan make up yang dikenakan di wajahnya.
Perkara pertama yang Ejan buat ialah menanggalkan segala perhiasan di kepalanya. Satu-satu dilucutkan. Seterusnya menyalin pakaian. Kali ini Ejan jadi bingung. Baju apa yang perlu dipakai? Darurat! Ejan capai saja kain batik dan t shirt. Sempoi!
Tak perlu pening-pening kepala berfikir. Selepas menyalin pakaian Ejan tuju pula bilik air membersihkan wajahnya dari make up. Lega! Sekarang Ejan rasa bebas dan jadi diri sendiri.
Ejan rebahkan badan ke katil. Ketika ini Ejan hanya mahu pergi ke alam mimpi. Letih tak terhingga memberikan pose demi pose yang diarahkan jurugambar. Baru Ejan nak terlelap terdengar pintu bilik dikuak. Ejan dah terlalu malas untuk ambil tahu. Habis pun suaminya yang masuk. Hah! Suami? Dalam ingin terlelap sempat lagi hati Ejan berkata-kata.
"Ejan,..dah tidur?" perlahan suara itu bertanya. Ejan membuka sedikit matanya.
"Hmm.." hanya itu yang keluar. Irfan tertawa kecil.
Selepas menyalin pakaian Irfan rebahkan badannya di sisi Ejan. Wajah Ejan yang sudah pejam itu direnung sayang. Wajahnya dirapatkan ke wajah Ejan. Perlahan bibirnya menyentuh ubun-ubun isterinya itu. Beralih pula pada kedua pipi. Rambut Ejan dielus lembut. Wajah yang dirindunya sekian lama, ditatap penuh kasih, dan sayangnya pada Ejan kian mengunung. Irfan melebarkan senyuman. Dia bersyukur gadis dipujanya sekian lama akhirnya berjaya dimiliki juga. Irfan tarik Ejan ke dalam pelukannya dan dia tertidur pulas selepas itu.
LEWAT pagi itu Ejan terjaga. Tubuhnya rasa terhimpit. Baru Ejan teringat dia bukan sendirian lagi. Bibirnya mengukirkan senyuman. Wajah Irfan yang sedang dirangkulnya ditenung. Seketika cuma, bila Ejan mendengar di luar bilik sudah riuh rendah, Ejan mencapai jam loceng yang selalu diletakkan di hujung kepala katilnya. Mata Ejam membulat bila melihat jarum jam tersebut. Dengan pantas Ejan melompat bangun. Irfan di sebelah tersentak.
"Abang!,. Dah 6.45, dah subuh gajah ni. Cepatlah mangkit satgi terlepas subuh!" laju Ejan menghingut tubuh Irfan dan memulakan gerakan menuruni katil. Terpisat-pisat Irfan mengosok mata. Seketika kemudian bibirnya mengukirkan senyuman dan kepala digelengkan. Hurm! Hari baru yang cukup indah. Ejan yang sedikit kelam kabut itu pun mampu memberi senyuman untuknya.
Selesai solat subuh berjemaah, Ejan mengapai tangan Irfan, menyalami dan menciumnya lama. Irfan juga turut memaut kepala Ejan dan mengucup dahi Ejan.
"Sayang isteri abang ni!" perlahan Irfan bersuara. Wajah Ejan direnung. Ejan hadiahkan senyuman manisnya.
Selepas selesai menyimpan telekung dan sejadah Ejan kembali ke katil. Semalam masing-masing tidur pukul 3.00 pagi dan kepenatan itu masih bersisa.
Ejan membaringkan tubuhnya di atas katil dengan gaya kuak lentang. Irfan merebahkan tubuhnya di sisi Ejan sambil tangannya ditongkat ke kepala dan menghadap Ejan. Ejan berkalih kedudukan dan mengiring pula. Mereka bermain mata dan akhirnya sama-sama mengukirkan senyuman.
"Abang nak tanya sikit boleh?" Irfan memulakan dulu sesi perbualan pagi itu. Ejan menjungkitkan kening.
"Tu,.kan abang dah tanya!" selamba saja Ejan kenakan suaminya. Irfan kebam bibir. Tubuhnya dirapatkan dan Ejan dirangkul kemas.
"Abang serius ni Ejan!"
"Okey,okey..tanya la,."
"Kenapa sebelum ni Ejan tak mau tahu siapa bakal suami Ejan?" mereka bertentangan mata.
"Ejan takut! Tak tau nak cakap macam mana. Ejan ingin redha pada ketentuan takdir, tapi dalam masa yang sama Ejan masih cintakan abang. Time tu Ejan bernekad. Bila terlafaz saja akad nikah Ejan akan lupakan abang dan belajar pula sayangkan suami Ejan," perlahan Ejan bersuara, tapi wajahnya tetap ceria. Ada senyuman di bibirnya.
"Sekarang macam mana?" Ejan mendongak. Wajah Irfan direnung.
"Sayang berlipat ganda la. Macam mana lagi."
"Abang juga akan sayang Ejan selamanya!"
Kasih pun mula bersemi lagi bila dua hati bersatu. Norizan Mastura dan Irfan Iskandar kembali menjalin kasih yang sudah lama terpisah oleh jarak dan waktu. Mudahan penyatuan mereka kali ini akan berkekalan untuk selamanya. Walaupun pasti ada ranjau yang bakal menghalangi perjalanan hidup mereka mudahan mereka mampu untuk menghadapinya bersama-sama.
BAB 17
"ABANG,.. Ejan nak minta sesuatu boleh tak?" Ejan dongakkan wajah dan pandang Irfan. Dia berharap sangat agar permintaannya yang satu ini akan tertunai. Irfan juga turut menatap wajah Ejan. Dahinya sedikit berkerut, memikir dan meneka dalam kesamaran, apa agaknya yang Ejan inginkan. Dia tak segera membalas pertanyaan Ejan. Sengaja Irfan membiarkan Ejan dengan persoalannya itu.
"Abang,.jawablah! Boleh tak? Ejan harap sangat kalau abang izinkkan," Ejan bertanya sekali lagi tapi apa yang ingin dimintanya masih belum disebut.
"Ejan nak minta apa? Anak? Tunggulah kita kawin lama sikit. Ni,..baru seminggu kita kawenkan." Irfan sengeh. Sepantas kilat juga Ejan memukul dada Irfan. Tak ada benda lainkan!.
"Bukan tu lah, Ishh,..orang lelaki ni suka sangat fikir macam tu. Kalau betul pun Ejan nak anak, abang boleh bagi la ni ka? Ada orang kawen sepuluh tahun pun kalau Allah tak izin tak dapat jugak tau!"
Ejan tarik muncung. Wajahnya dipalingkan ke arah lain. Dalam suasana honeymoon macam ni bila timbul isu anak tak ada benda lain yang difikirkan. Lebih-lebih lagi bila melihat senyuman nakal yang Irfan pamerkan.
"Okey, okey,.sekarang Ejan bagi tahu apa Ejan nak, tak mau la tarik muka macam tu. Nanti mana tahu kot-kot dah ada dalam tu. Bunting pelamin ke sapa tau. Datang anak esok muka macam asam kecut." Irfan masih cuba berseloroh.
"Tengok tu, nak kata Ejan tak lawa la tu!" Terhambur tawa Irfan. Wajah Ejan dipegang dan dihadapkan ke arahnya.
"Sapa cakap isteri abang tak lawa? Ada abang cakap macam tu?"
"Baru tak sat abang cakap, muka Ejan macam asam kecut. Nak nafi apa lagi?" Ejan pulangkan paku buah keras. Irfan dah hilang punca. Pandai pulak Ejan ni menjawab.
"Mana ada sayang, Ejan tu la, sikit-sikit nak merajuk. Kalau tak kerana Ejan merajuk dulu, jangan-jangan sekarang ni kita dah ada anak pun. Dua tahun tau abang pendam perasaan abang ni.
Rindu sangat kat Ejan. Kadang-kadang abang ikut juga mak dan abah pergi Jerantut tu untuk jumpa Ejan, tapi abang tak berani nak bersemuka dengan Ejan, takut Ejan akan lari lagi jauh dari abang," tanpa sedar Irfan dah terlepas cakap. Ejan terlopong.
"Apa bang??? Jadi selama ni abang tahu Ejan ada di mana?"
"Errr,.." Irfan sengeh.
"Tadi Ejan nak minta apa? Ejan tak cakap lagi pun. Bagi tau la cepat!" Irfan sengaja ubah topik.
"Abanggg,..!!!"
"Ya sayang!"
"Abang boleh jangan ubah topik tak!."
"Ehh,..bukan itu ke topik asal kita tadi?"
Suasana honeymoon ini tak sepatutnya dihabiskan dengan perbalahan. Mungkin ini masanya Irfan menceritakan apa yang sebenarnya terjadi sepanjang Ejan melarikan diri dua tahun yang lalu.
"Nanti abang cerita, sekarang ni kita pergi mandi dulu, lepas tu kita bersiap dan keluar. Abang dah lapar sangat ni."
"Hmm,..ingatkan abang tak tau lapar, nak memerap ja dalam bilik ni." Ejan kenakan Irfan lagi, mereka sedang bercuti di Pulau Langkawi sekarang ni.
Letih meronda mereka akan memerap di dalam bilik. Bila lapar baru mereka akan keluar mencari makan. Bila waktu petang pula mereka akan menunggu matahari terbenam di tepi pantai.
"Sindir abang la tu? Tak apa nanti balik ke rumah abang tak bagi Ejan keluar bilik. Bawa semua peti ais bagai masuk dalam bilik. Semua buat dalam bilik." Irfan sengih. Ejan dah tergelak.
"Dah la abang, jangan dok buat lawak. Baru kawen tak mau berenggang la sangatkan, esok bila dah cemuih, muka Ejan ni pun kalau boleh abang dah tak mau hadap dah." Ejan terus bangun dan menuju ke bilik air. Irfan mengikut dari belakang.
"Ejan mandi dulu la,.."
"Kita mandi sekali la. Jimat sikit masa."
"Jangan mengada la, bukan jimat masa nanti lagi membazir masa ada la."
Irfan terpaksa mengalah juga. Perkahwinan mereka baru berusia seminggu. Majlis kenduri di sebelah Irfan pun belum diadakan lagi. Masa seminggu ini diambil untuk memujuk Ejan yang masih tidak percaya dengan perkahwinan mereka. Memang, bagi pihak Irfan sendiri pun belum merancang untuk membuat majlis dalam masa terdekat. Apa yang penting mereka sudah sah menjadi suami isteri. Irfan sendiri pun masih tidak percaya dia kini sudah sah menjadi suami Ejan.
Pada mulanya dia memang was-was bila di beritahu oleh Hadi bahawa Ejan sudah bersetuju untuk menerima dirinya. Ditambah pula Ejan tidak mahu bertemu muka dengannya sebelum pernikahan mereka. Irfan bersyukur juga bila pernikahan mereka berjalan dengan lancar dan Irfan paling bersyukur bila mengetahui Ejan masih lagi cintakan dirinya.
Ejan keluar dari bilik air dengan pakaian yang lengkap di tubuhnya. Kebiasaan Ejan masuk bersama ke bilik air dengan pakaian. Mereka baru berhoneymoon di Langkawi ni selama tiga hari. Hadi dan isteri pula selepas kahwin terus balik ke Johor.
Irfan mencapai pula tuala miliknya. Gilirannya pula untuk mandi. Selepas Irfan masuk ke bilik air, Ejan bersiap ala kadar. Kebetulan chalet yang mereka sewa terletak di tepi pantai. Ejan keluar dahulu dan melangkah ke depan chalet. Dua tahun yang lalu Ejan memutuskan hubungannya dengan Irfan bersaksikan laut. Kini mereka kembali mengadap laut untuk berbulan madu.
Kehidupan ini memang sukar diduga. Bertemu dan berpisah sudah menjadi lumrah kehidupan. Laut yang luas di hadapan, Ejan pandang dengan penuh kekaguman pada kekuasaan Ilahi. Terleka Ejan seketika menyaksikan permandangan di hadapan mata.
"Ejan,..sayang tengok apa tu? Sampai abang datang pun tak sedar?" Irfan sudah berada di tepi Ejan. Dari tadi dia perhatikan gelagat isterinya. Keluar saja dari bilik air tadi Ejan sudah tiada di dalam bilik. Pantas dia bersiap dan keluar mencari Ejan. Leka benar Ejan berdiri mengadap laut di tepi pantai itu.
"Abang ingat tak masa last kita pergi mengail di laut dulu. Masa tu Ejan bagitau abang kalau ada jodoh kita pasti bertemu lagi, pada hal Ejan langsung tak yakin dengan apa yang Ejan cakap. Masa tu hati Ejan ni sebenarnya berbelah bahagi, tapi Ejan juga sakit hati sangat dengan abang"
Ejan meluahkan rasa hatinya. Matanya masih ralit menjamah permandangan di hadapannya. Irfan memegang tangan Ejan dan memusingkan tubuh Ejan untuk berhadapan dengannya.
"Ejan nak tahu apa yang abang rasa masa tu?" dan mereka mula bermain mata. Saling merenung di antara satu sama lain.
"Abang nekad, biar apa pun yang terjadi Ejan tetap akan jadi milik abang, sebab tulah bila Ejan pergi belajar abang selalu ke rumah Ejan. Kadang-kadang selang sehari. Kadang-kadang abang bermalam dan bercuti di rumah Ejan. Sepanjang ketiadaan Ejan abang mula rapat dengan Amri.
Abang gantikan Ejan untuk sertai semua aktiviti bersama Amri dan yang lain. Dan lagi sebelum Ejan merajuk pun abang dah bagi tau Amri, abah dan along abang sukakan Ejan, bukan itu saja, malahan semua keluarga Ejan tahu pasal kita. Pasal Ejan merajuk juga." Ejan jadi keliru, langsung tak menduga semua itu. Sampai begitu sekali ke Irfan sayangkan dirinya?
"Ejan langsung tak tahu semua tu abang. Tapi,..awat abang suka sangat mainkan Ejan. Buat tak peduli kat Ejan. Lepas tu abang tak balas mesej Ejan, tak angkat call Ejan?" Ejan ungkit balik semua perbuatan Irfan tu. Mesti ada sebabnya Irfan buat macam tu.
"Okey,..kalau Ejan betul-betul nak tahu nanti kita sambung balik. Sekarang ni jom kita cari restoran dulu, perut abang ni dah lama berdongdang sayang dah ni."
"Abang ni suka sangat tukar topik!"
"Bukan abang sengaja. Tapi abang tahu Ejan pun lapar jugakkan? Nanti kalau pengsan lagikan, abang yang susah hati." tangan Ejan dipegang. Mereka menuju ke restoran yang berhampiran chalet mereka.
"Sebut pasal tukar topik, apa yang Ejan nak minta tadi?" sambil berjalan mereka terus berbual.
"Ejan nak kerja, abang bagi tak?" langkah Irfan terhenti.
"Di mana?" Irfan menyoal, dalam hati tetap berdoa, janganlah jauh sangat.
"Entah!" Ejan angkat bahu, dia cuma nak kerja tapi yang pasti dia pun tak tahu kerja apa yang nak dipohonnya.
"Lahhh,..habis tu Ejan nak kerja apa?"
"Kat pejabat abang tak ada gheja kosong ka?" Ejan sengeh.
"Ejan mau ka jadi PA abang?" Ejan mengeleng.
"Habis tu Ejan nak kerja apa? Secretary, abang dah ada." Ejan tak bersuara. Mindanya sedang mencari idea untuk menilai diri sendiri. Apa yang harus dilakukan dan apa yang layak untuk dirinya. Kalau boleh Ejan nak kerja yang mencabar dan tak perlu nak pakai make up dan baju up to date, biar kerjanya berat tapi tak terlalu guna otak.
Dalam berbual mereka sampai juga ke restoran yang dituju. Mereka memilih meja di luar restoran yang mengadap laut. Dapat udara fresh lagi. Angin laut yang sepoi-sepoi bahasa buat mereka rasa selesa.
"Kalau jadi cleaner boleh?" Ejan sengeh lagi. Irfan dah pandang dia semacam.L antas tangan Irfan ditekapkan pada dahi Ejan.
"Sayang tak demamkan?" Ejan hamburkan tawa. Dah agak itulah reaksi Irfan.
Perbualan mereka terhenti bila pelayan restoran datang mengambil pesanan. Irfan yang membuat semua pesanan memandangkan Ejan menyerah semuanya pada Irfan.
"Okey,..pasal hal tadi, abang tak setuju! " Irfan buat keputusannya.
"Ejan tak terima, hina sangat ka abang jadi cleaner ni? Okey pa?" Cehh Ejan, sengaja dia nak mencabar Irfan ni.
"Ejan bagi sepuluh alasan apa kebaikan jadi cleaner ni!"
"Abang pun bagi sepuluh alasan kenapa tak bagi Ejan jadi cleaner!"
"Ejann!"
"Abangggg!"
Irfan mengeluh. Dia bukan nak menghina kerja sebagai tukang cuci ni, tapi diakan bos takkan nak biarkan isteri sendiri jadi cleaner, nanti apa pulak kata pekerja-pekerja yang lain. Hati keluarga mertua pun nak kena jaga juga, nanti tentu mereka fikir dia yang bagi kerja tu kat Ejan.
"Abang jangan bimbang pasal Ejan, Ejan lagi suka gheja yang biasa-biasa dari buat reja yang luar biasa, maksud Ejan gheja yang bermain dengan glamour dan ada class bagai. Jadi cleaner pun berkhidmat juga, gaji halal jugak." Ejan menyuarakan pendapatnya.Irfan mengeluh lagi. Wajah Ejan dipandang.
"Nantilah,.bagi abang fikir dulu."
"Alahh,..bolehlah! lagi pun banyak manfaatnya tau. Mana tau ada pekerja-pekerja abang yang dok kutuk abang ka, nanti Ejan boleh tolong jadi penyampai." Ejan sengeh pada Irfan. Irfan tarik hidung Ejan.
"Ehhh,..abang ni bos yang baik hati tau! Kutuk tak ada, puji,..mungkinn!,.." Irfan masuk lift tekan sendiri. Ejan mencebik.
"Atau pun abang takut Ejan tangkap abang, ada skandal dengan pekerja abang?" Ejan sengaja serkap jarang. Menduga hati Irfan.
"Mana Ejan tau? Betul la, kalau Ejan kerja di pejabat abang, nanti abang tak boleh la keluar date dengan aweks abang kat pejabat tu." selamba Irfan menuturkannya. Ejan berubah riak.
"Ejann,..kalau abang nak ada skandal dengan orang lain, tak adanya abang nak tunggu Ejan. Faham!!!." tegas sekali bunyinya. Mereka berhenti berbual bila pesanan mereka dihantar. Selepas itu mereka sama-sama menikmati hidangan sambil berbual kosong.
SELESAI makan mereka pergi semula ke tepi pantai. Hari ini adalah hari last mereka di sini. Dalam perancangan hari ini mereka akan pergi melawat Pulau Dayang Bunting. Irfan sudah menempah sebuah bot laju ke sana. Hanya mereka berdua akan menikmati keindahan di tengah lautan. Memandangkan laut tenang dan cuaca yang cerah, jadi ini semakin memudahkan mereka untuk mencipta kenangan terindah antara mereka berdua.
Bila mereka tiba di tepi pantai tuan punya bot sudah sedia menanti mereka. Irfan bersalaman dengan tuan punya bot itu. Abang Meon namanya. Abang Meon ni memang asal orang Langkawi. Hari ini abang Meon yang akan membawa mereka ke mana saja destinasi yang akan mereka kunjungi. Pulau Langkawi memang dikelilingi dengan pulau-pulau yang indah. Pulau Langkawi juga merupakan pusat pelancongan yang sudah terkenal di negeri Kedah ini.
"Nak bertolak la ka?" abang Meon bertanya. Irfan dan Ejan mula naik ke atas bot. Kebetulan air sedang pasang, jadi memudahkan mereka untuk naik ke atas bot.
"Jomlah!,.kita bertolak sekarang! Nanti kalau awal kita boleh melawat banyak pulau." Irfan membuat cadangan. Kemarin bila dia menyoal abang Meon tentang pulau-pulau di langkawi ini dia begitu berminat mendengarnya.
Sebelum ini dia selalu juga bercuti di Langkawi ni tapi tak pernah lagi pergi ke pulau-pulau ini. Kalau datang pun sekadar bershopping dan mengunjungi tempat-tempat yang menjadi lagenda Pulau Langkawi ini saja.
"Abang tahu tak apa cerita Pulau Dayang Bunting?" Ejan yang mendiamkan diri sejak tadi mula bersuara. Irfan yang berada di sebelahnya menoleh ke arah Ejan. Sejak bot mula bergerak mereka asyik melayan perasaan masing-masing sambil menghayati keindahan lautan yang membiru. Terasa angin laut yang sejuk menampar muka.
"Ejan tahu ke?"
"Ejan penah mai dulu sekali dengan rombongan sekolah. Ada satu papan tanda yang menceritakan tentang lagenda Pulau Dayang Bunting, tunggulah bila dah sampai satgi abang bacalah sendiri."
"Tengok tu, dia tanya abang, bila abang tanya dia balik, tak mau pulak dia cerita." Irfan sengaja buat nada merajuk. Ejan tergelak.
"Kita tetap nak pi sanakan? Nanti abang bacalah sendiri. Ejan pun dah lupa apa yang Ejan baca. Cantikkan bang? Rasa tenang bila tengok laut yang luas ni. Jiwa pun rasa lapang. Hilang segala serabut dalam kepala hotak. Kalau Ejan ada masalah Ejan suka tengok laut."
Ejan ubah topik. Memang betul, dia sudah lupa keseluruhan cerita tu, cuma yang dia ingat ada kisah sepasang suami isteri yang tak dapat anak dan telah membuat hajat di pulau itu. Mereka telah mandi di tasik air tawar yang terdapat di tengah pulau itu dan akhirnya si isteri pun mengandung. Entah betul atau tidak ceritanya. Hanya Allah saja yang mengetahui segalanya. Kalau betul pun mungkin dah kehendak Allah. Kalau percaya seratus peratus pun dah macam khurafat pulak.
"Abang dengar kat tengah pulau tu ada tasik, betul ke?" Irfan mula bertanya tentang apa yang dia tahu tapi masih samar-samar.
"Tu,..dah sampai pun,nanti abang tengok la sendiri, betoi ka dak!" selamba Ejan bersuara. Irfan dah menjeling semacam saja. Tak puas hati betul dia dengan jawapan Ejan. Bila bot dah mula menghampiri jeti, mereka terus bangun dan turun dari bot. Memang cantik tepi pantai Pulau Dayang Bunting ni, dengan pantai yang bersih dan air yang jernih.
Dari jeti mereka terus menapak naik ke atas bukit. Tak banyak tempat yang menarik untuk dilawati di pulau ini. Semua yang datang hanya menuju ke tasik yang terletak di tengah-tengah pulau. Memang salah satu keajaiban dunia, terdapat tasik air tawar semulajadi yang terletak di tengah pulau yang dikelilingi lautan,..hmm.
"Ejan tak nak mandi ke?" Irfan bertanya Ejan apabila mereka sudah turun ke tengah pulau dan berada di atas jeti yang terapung di tepi tasik. Tasik ini memang ramai pengunjungnya terutama pelancong dari luar negara.
"Buat apa nak mandi?"
"Bagi cepat dapat anak." Irfan ketawa.
"Nampak sangat abang nak bagi tau, abang tak power." giliran Ejan pula mengekek ketawa. Irfan buntangkan matanya, pantas Ejan ditarik mendekati dirinya.
"Tunggu malam sikit abang tunjuk lain, power ke tak. Ejan jangan surrender sudah!!" Irfan berbisik di telinga Ejan. Irfan ukirkan senyuman nakal sambil jungkitkan kening beberapa kali.
"Elehhh,.." Ejan mencebik.
"Kenapa? Nak bukti? Tunggu aje la."
"Tak habis-habis nak mengatal,." Mendengar saja kata-kata Ejan, Irfan dah ketawa.
Selepas selesai bergambar dan meronda di Pulau Dayang Bunting mereka dibawa pula oleh abang Meon ke Pulau Beras Basah dan Pulau Singa Besar. Semua pulau di Langkawi memang menarik untuk dilawati. Pantai yang putih dan bersih mengamit para pelancong. Airnya juga jernih dan berombak tenang.
Petang baru mereka pulang. Keletihan yang sangat berbaloi bila dapat melawati tempat-tempat menarik di pulau-pulau itu.
MALAM mereka hanya bersantai di chalet yang mereka sewa sambil duduk di anjung chalet yang disediakan. Suasana malam yang sejuk berangin begitu menyamankan.
"Esok kita dah nak balik ke Alor Star, abang mula gheja bila?" Ejan yang sedang bersandar di bahu Irfan mula bertanya. Dia inginkan persetujuan Irfan mengenai permintaannya siang tadi.
"Lusa!,.kenapa?" wajah Ejan dikalihkan ke arahnya. Ejan jadi serba salah.
"Err,..pasai yang pagi tadi la. Pasai gheja tu?"
"Kerja lain boleh. Cleaner no!" tegas sekali bunyinya.
"Alah,..seminggu ja pun. Kalau Ejan rasa tak boleh nanti Ejan beghenti la." Ejan masih tawar menawar. Dia sendiri pun tak tahu sebabnya, kenapa dia nak sangat bekerja di pejabat Irfan, tapi masalahnya dia langsung tak berminat nak kerja di dalam pejabat.
"Ejann!,..abang cakap tak boleh, Ejan tak faham ke?" Irfan mula keraskan suara. Ejan terasa, lantas mula bangun dan melangkah masuk ke dalam chalet. Dia menuju ke katil dan merebahkan badannya. Irfan mengikut. Menyesal atas keterlanjuran sendiri. Dia rasa terganggu dengan permintaan Ejan. Rasa macam tak munasabah pula. Ejan bukan tak ada kelulusan, tapi cleaner juga yang dia nampak. Apa istimewanya jadi cleaner tu?
"Sayang,..abang minta maaf okey! Abang tak sengaja, tapi Ejan tu buat permintaan yang bukan-bukan. Kalau Ejan jadi cleaner apa pula kata keluarga Ejan nanti? Nak jadi cleaner ni Ejan, semua kena cuci tau termasuk cuci toilet sekali. Ejan mau ke cuci toilet hari-hari?" Irfan mula memujuk Ejan. Irfan tidur di sebelah Ejan dan merangkul tubuh di sisinya. Ejan masih diam. Sengaja ja nak tunjuk perasaan. Nak tengok sejauh mana Irfan berusaha untuk memujuk dirinya.
"Ejan,..jangan macam ni, pleasee,.."
"Abang izinkan dulu Ejan gheja. Kalau tak,.. Ejan tak mau cakap dengan abang!" Irfan mula hilang punca. Payah juga nak menghadapi kerenah seorang isteri ni? Kalau perempuan lain di tempat Ejan, mungkin mereka nakkan sesuatu yang lebih mewah dan tak perlu berusaha, tapi Ejan memang lain dari yang lain.
"Baiklah,..tapi dengan syarat seminggu saja, selepas tu Ejan berhenti. Faham!"
"Yess,..sayang abang! Sayang sangat-sangat!!" Ejan bersorak girang seakan kanak-kanak yang baru mendapat gula-gula.
"Hmm,..abang pun tak faham dengan Ejan ni. Cepat merajuk, senang pula kena pujuk." Irfan dah tersenyum nakal. Ejan sengeh lagi.
BAB 18
MASA terus berlalu Ejan diterima bekerja di pejabat Irfan sebagai cleaner, tapi untuk mengelakkan sebarang gosip yang bakal muncul mereka sudah sepakat untuk saling tidak mengenali walau pun berselisih jalan. Irfan memang langsung tidak menyetujuinya, tapi Ejan tetap berkeras dengan saranannya. Entah apa helah Ejan?
Pada keluarga Ejan juga diceritakan hal sebenar, langsung tiada bantahan. Mereka sependapat dengan Ejan. Menjadi tukang cuci bukannya hina pun. Biarlah Ejan mencari pengalaman.
Degil betul Ejan. Demi kasihnya pada Ejan, Irfan terpaksa mengalah. Ejan gembira kerana hajatnya untuk melihat suasana kerja Irfan terlaksana. Dengan menjadi seorang tukang cuci, Ejan akan dapat masuk ke banyak bahagian dan akan mengenali setiap kerenah pekerja Irfan.
Bagi Ejan, kalau dia masuk sebagai isteri Irfan tentu dia akan dihormati sebagaimana orang lain menghormati Irfan, tapi bila dia masuk sebagai tukang cuci yang langsung tiada kaitan dengan Irfan tentu penerimaannya berbeza. Ejan harap misi yang akan dijalankan akan berakhir dengan sempurna. Misi apa tu? Biarlah rahsia!
"Ejan asal oghang mana?'' Hari pertama Ejan bekerja sebagai tukang cuci Ejan dah mendapat lima orang kawan. Kak Mah orang paling lama sekali bekerja sebagai cleaner di Syarikan Razif & CO. Yang lain tu Hani, Ina, Syahid dan Mazlan. Rupanya ada bahagian masing-masing. Ejan mendapat bahagian coridor dan cuci toilet, yang lelaki bahagian yang lebih berat.
"Ejan orang Kedah la kak Mah, dekat Simpang Empat ja rumah Ejan." sambil mengemop lantai mereka berbual. Bukan senang rupanya nak jadi cleaner ni.
"Oh ya ka? Kak Mah orang dekat-dekat sini ja. Nak buat macam mana, dulu sekolah belajaq tak tinggi. Jadi tukang cuci pun kira okey la kan, daripada langsung tak dak gheja." kak mah merendah diri. Ejan hanya tersenyum. Bila berkawan dengan kak Mah dan kawan-kwan cleaner yang lain, Ejan rasa sangat selesa walau mereka baru mengenali.
"Tak pa la kak Mah, yang penting halal.Gheja apa pun sama ja. Untuk apa nak dipikiaqkan semua tu? Kita di sisi Allah tetap sama jugak!" Cehh Ejan, macam ustazah la pulak!
"Betul tu Ejan!"
Sedang mereka mencuci, lift berdekatan mereka terbuka. Mereka berhenti melakukan kerja mereka. Memang ada tanda amaran diletakkan berdekatan tapi mereka bimbang juga kalau-kalau ada yang melalui tempat mereka mencuci, nanti mungkin bakal ada yang jatuh tergolek, tak pasal-pasal mereka yang akan kena marah.
Ada enam orang yang keluar dari lift tersebut, empat orang lelaki dan dua orang perempuan. Yang lelaki siap berkemeja dan berkot. Kemas dan tampan. Yang perempuan pula seorang berbaju kurung dan bertudung, nampak cantik dan sopan, yang lagi sorang berbaju kebaya dan berkain belah. Macam tak cukup kain pulak. Ejan terus menilai orang di hadapannya.
Mata Ejan terus menyapa wajah Irfan tanpa riak. Irfan juga turut memerhati tanpa riak. Yang lain langsung tak memandang dua orang tukang cuci yang sedang menjalankan tugas. Masing-masing buat hal sendiri.
"Ejan kenai dak sapa depa tu?" kak Mah menyoal Ejan. Ejan mengeleng. Selain Irfan yang lain memang langsung dia tak kenal.
"Yang muka ala-ala Lee Min Ho tu namanya Encik Irfan, bos dekat syarikat ni,.." belum habis kak Mah bercakap Ejan dah mengekek ketawa. Kak Mah pandang Ejan dengan wajah hairan.
"Awat Ejan gelak?"
"Ada pulak Lee Min Ho?" Ejan terasa lucu.
"Tak la, Hiesy Ejan ni,..ala-ala ja,..anak dara kak Mah la ni,..minat sangat dengan Lee Min Ho ni sampai kak Mah pun terikut-ikut sekali terkena pengaruh drama korea tu." Ejan terus-terusan ketawa.
"Handsomekan Encik Irfan tu?" kak Mah bertanya Ejan lagi. Ejan hanya tersenyum. Tengoklah suami sapa, Ejan hanya menuturkannya di dalam hati.
"Agak-agak kak Mah, kalau Ejan la mengorat Encik Irfan tu okey tak?" sengaja Ejan nak menguji teman barunya itu.
"Hiesy,..jangan caghi pasai la Ejan. Nanti teruk Ejan kena dengan Cik Misha tu." Ejan tersentak. Apa kena mengena pulak? Siapa pula Misha ni?
"Sapa Misha?" keraguan di hati terus disuarakan.
"Tu la,..tadi kak Mah belum habis cakap Ejan dah gelak tak ingat dunia. Cik Misha yang pakai baju kebaya tu la. Dia setiausaha Encik Irfan. Yang pakai tudung tu pulak Cik Sofia, dia pula setiausaha Encik Iqbal. Yang lagi dua orang tu Encik Rafi, dan yang hitam manis sikit tu Encik Jamal."
Panjang lebar kak Mah menerangkan pada Ejan. Ejan hanya menganggukkan kepala. Semua itu langsung tak penting baginya. Yang ada di fikirannya hanya satu. Kenapa Misha perlu marah kalau ada orang nak mengorat Irfan?
"Ejan tak paham la kak Mah. Misha hanya setiausaha Encik Irfan sajakan? Kenapa pula dia akan marah kalau Ejan mengorat Encik Irfan?"
"Tu la Ejan tak tau,..Cik Misha tu dari dulu lagi sukakan Encik Irfan tu tapi Encik Irfan langsung tak layan."
"Ooo,..macam tu pun ada ka?"
Mereka terus bekerja sambil berbual. Semakin lama semakin rancak. Banyak benda yang kak Mah ceritakan pada Ejan pasal syarikat dan orang-orang dalam syarikat tu. Maknanya kak Mah ni memang seorang pekerja yang amat perihatin. Semuanya dia tahu. Sedang mereka rancak berbual terdengar ada suara berdehem di belakang mereka. Serentak kak Mah dan Ejan menoleh.
"Ni buat kerja ke berbual ni? Makan gaji buta ke? Curi tulang ya?" muka kak Mah dah pucat. Sebelum ni Encik Irfan langsung tak pernah menegur. Mungkin dah terlalu asyik berbual dengan Ejan langsung tak sedar Encik Irfan ada di belakang mereka. Ejan hanya tersengih.
"Ingat anjing ka? Nak curi tulang bagai,." selamba saja Ejan bersuara. Pantas saja tangan Irfan menarik hidung Ejan. Ejan mengaduh, Irfan dijeling geram.
"Dah makan ke belum ni?"
"Awat? Encik Irfan nak belanja ka?" Ejan masih berlakon di hadapan kak Mah.
"Kalau sudi jomlah! Jom!,.Kak Mah sekali!" ramah Irfan mempelawa.
"Alang-alang nak belanja, kena belanja semua la. Takkan kami berdua ja kot?" Irfan dah mencekak pinggang. Ejan jungkitkan kening dua tiga kali.
"Dah habis kerja ke belum ni?" Irfan tanya lagi. Kak Mah tengok jam di tangan. Ejan pandang kak Mah, dia pun tak tahu pukul berapa break time mereka.
"Lima belas minit lagi baru time rehat. Tak pa la, kalau Ejan nak, pi la makan dengan Encik Irfan. Kak Mah bawa bekal. Biasalah nak jimat duit. Mop semua ni nanti kak Mah simpan." kak Mah menarik diri. Dia terasa lain macam dengan kemesraan antara Irfan dengan Ejan. Lagi pun tak pernah lagi Encik Irfan mempelawa mereka makan, cuma hari ini Encik Irfan sedikit ramah.
"Betul ka ni?" Ejan serba salah. Nak keluar dengan Irfan pulak tu.
"Tak apalah Encik Irfan. Encik Irfan pergilah makan sorang-sorang. Lagi pun,.." Ejan dah tak tahu nak bagi alasan apa, wajah Irfan dipandang. Ditoleh pula ke arah kak Mah yang sudah mula mengemas barang-barang yang mereka gunakan tadi.
"Hai,..takkan tak sudi keluar makan dengan bos kot?'' Irfan sengeh. Sengaja buat muka miang. Ejan kebam bibir. Dia pula yang bercekak pinggang.
"Err,..Encik Irfan turun dulu la. Nanti Ejan menyusul."
"No,..saya tak percaya kat Ejan!" Irfan bertegas. Ejan dah mula bengang. Janji tinggal janji. Tadi, bila tengok Irfan buat tak peduli dia ingat dia akan selamat, tapi bila Irfan mula berdegil nak dia keluar makan bersama, Ejan dah mula hilang kepercayaannya pada Irfan. Nampaknya janji langsung tak ditepati.
"Okeylah,..kalau macam tu Encik Irfan Iskandar tolong kami angkut barang ni bawa pi stor. Kesian kak Mah ni. Takkan nak bawa sorang-sorang ni?" Ejan mula dapat idea nak kenakan Irfan. Irfan buntangkan matanya. Kak Mah terlopong. Berani betul Ejan ni nak kenakan bos besar mereka.
"Ehh,..tak pa la Encik Irfan. Haa,..tu pun Mazlan dengan Shahid. Nanti kak Mah minta tolong kat depa." kak Mah yang melihat Mazlan dan Shahid terus melambai mereka. Irfan tarik nafas lega. Pada Ejan ditunjukkan thumb down. Ejan mencebik.
"Kami pergi dulu kak Mah. Terima kasih ya bagi pinjam kawan kak Mah ni." Irfan tersenyum menang. Tanpa sedar tangan Ejan digapai, pantas Ejan menarik kembali tangannya sambil menghadiahkan jelingan buat Irfan. Irfan tergelak kecil melihat riak wajah Ejan.
"Huii,..takoottt,.." Irfan berseloroh.
"Abang ni mungkir janji tau!" Ejan memprotes bila tinggal mereka berdua saja. Mereka sedang menunggu lift untuk turun ke tingkat bawah. Irfan sengaja keluar awal untuk mengelak dari bertembung dengan pekerja-pekerja yang lain.
"Mana ada! Kalau abang mungkir janji tentu abang dah pangge Ejan sayang dah tadi, nasib baik tak tersasul." Irfan ketawa lagi.
"Nanti kalau kawan-kawan baru Ejan tu tanya, Ejan bagi tau ajalah, abang nak ngorat Ejan. Pandai-pandailah Ejan klentong nanti."
"Abang tak malu ka keluar makan dengan cleaner ni? Rosak la imej bos besar nanti!" selamba Ejan menyoal. Sebelum sempat Irfan menjawab pintu lift sudah terbuka. Mereka bergegas keluar dari lift dan melangkah keluar dari bangunan itu.
"Nak makan kat mana ni?" Irfan gantungkan soalan Ejan. Tak payah dijawab soalan remeh tu. Yang pasti Ejan isterinya. Tak kiralah kerja apa pun.
"My favourite place la, mana lagi. Jom pi medan selera di City Plaza tingkat empat. Tempat paling bersejarah kali pertama jumpa My Hero." Ejan dan Irfan sama-sama lepaskan tawa.
Mereka terus menuju ke kereta Irfan. Selepas masuk ke dalam kereta destinasi mereka pun dituju. Tak jauh sangat pun tempatnya. Dalam sepuluh minit mereka pun sampai. Kalau jalan tak jammed memang laju saja perjalanan mereka. Kalau sangkut dengan traffik memang lambatlah jawabnya.
"Nak makan apa ni?" Irfan bertanya sambil memandang Ejan. Laju kaki Ejan melangkah ke gerai nasi kampung. Ada nasi putih dan berbagai lagi masakan kampung. Ada ikan kering, air asam ikan ketuka dan sambal belacan. Kalau nak disebutkan semua memang banyak sangatlah.
Bak kata semua makanan menyelerakan dipandang mata. Ejan memilih nasi putih, sambal belacan dan kangkung goreng belacan dan juga seketul ayam goreng tepung. Manakala Irfan pula memilih sosej masak sos dan bergedil ayam juga sedikit sayur campur.
Selepas membayar harga makanan, Ejan pergi pula ke gerai yang menjual minuman. Dia tawarkan diri untuk membeli bagi pihak Irfan juga, sementara disuruhnya Irfan membawa pinggan nasinya dan mencari tempat duduk untuk mereka berdua. Mereka makan sambil berbual kosong. Seketika Ejan teringatkan cerita kak Mah mengenai Misha.
"Ejan nak tanya sikit,.boleh?" Irfan panggung kepala. Suapan dihentikan.
"Sejak bila pula Ejan kena minta izin abang bila nak tanya ni?" Irfan jawab soalan Ejan dengan soalan juga.
"Sensitif sikit. Takut abang maghah." Ejan sengeh.
"Apa?" sepatah saja Irfan bertanya balas.
"Kalau Ejan mengorat abang depan Misha setiausaha abang tu agaknya dia akan maghah Ejan tak?" Ejan tayang wajah serius. Irfan pula pandang Ejan bersahaja. Di mana sensitifnya???
"Kenapa sayang tanya macam tu? Ni Misha isteri abang ke atau Ejan isteri abang? Ejan tanya soalan macam Misha tu pulak isteri abang." ada nada marah di situ. Ejan terus diam. Salah tanya soalan daa,..
"Tak ada la. Kak Mah yang cakap Misha tu dah lama suka kat abang. Ejan saja ja nak tau!"
"Ejan,..Misha yang suka abang tapi Ejan kena ingat satu ja. Abang akan sayang Ejan sorang ja. Dah!!,.jangan dok tanya soalan pelik tu lagi!" tegas bunyi nadanya. Memang Irfan pernah dengar Misha pernah serang seorang pekerja gara-gara pekerja tu berbual dengan Irfan.
Terfikir juga dia bagaimana kalau Misha akan serang Ejan pula gara-gara dia makan bersama Ejan. Mereka belum lagi mengumumkan pernikahan mereka. Bagi pihak Irfan sendiri majlis tu masih lagi ditangguh kerana kesibukan Irfan.
"Tu la...Ejan nak minta izin abang ni.Tadi kak Mah ada cakap Misha penah tampaq sorang pekerja yang admire abang dalam diam, ni kalau Misha tahu abang bawa Ejan makan mau lebam jugak Ejan kena ni. Kalau Misha serang Ejan nanti Ejan akan balas balik. Abang jangan marah pulak kalau setiausaha abang tu berbirat di kerjakan Ejan." macam berani sangat Ejan ni. Irfan pandang Ejan tak berkelip. Doanya dalam hati janganlah Misha buat hal.
"Jangan fikir macam tu boleh tak? Abang nak jentik Ejan pun abang tak sanggup, dan lagi abang tak mau la isteri abang ni jadi macam isteriku gangster tu pulak!" Irfan cuba berseloroh lagi. Payah juga kalau dah ada peminat fanatik ni!
"Patutlah abang tak bagi Ejan kerja kat sini. Rupanya ramai peminat!"
"Tahu tak pa!" selamba saja Irfan bersuara.
"Abangg!!" Ejan kebam bibir menahan geram. Irfan lepaskan tawa.
Selesai makan mereka pun berlalu pergi untuk masuk ke pejabat semula. Selepas Irfan parkir kereta, Ejan terus keluar dari kereta dan berjalan laju masuk ke pejabat. Irfan ditinggalkan di belakang. Irfan hanya memandang Ejan pergi. Sebelum Irfan mula melangkah ada sebuah kereta pula berhenti di sebelah keretanya. Irfan menoleh. Misha dan Sofia di dalamnya. Irfan tak mahu menunggu terus langkahnya diayun.
"Encik Irfan,..tunggulah kita naik sekali!" lembut dan manja sekali suara Misha memanggil. Irfan tak menoleh. Pura-pura tak mendengar.
"Ishh,.." Misha membentakkan kakinya. Sofia tersenyum. Kesian Encik Irfan dapat secretary yang macam Misha ni. Tak habis-habis dengan perangai miangnya.
BERLALU sudah hari ini. Hari pertama bekerja dengan seribu satu cerita yang Ejan dapat. Pengalaman dan pengetahuan. Bukan pengetahuan apa sangat pun sekadar tahu bahawa suami tersayang ni sebenarnya banyak peminat di tempat kerja sendiri. Ejan mengeluh. Dugaan juga bila tahu ada pesaing ni. Mungkin inilah cobaannya bila berkahwin dengan lelaki handsome ni.
"Sayang abang ni menung ja,..kenapa?"
"Hurmm,.." Ejan mengeluh.
"Kenapa ni? Takkan baru sehari kerja dah nak mengaku kalah. Kalau Ejan tak tahan berhenti ja. Jadi saja la cleaner sepenuh masa di rumah. Nanti bulan-bulan abang tetap bayar juga. Hari-hari nak bayar pun abang tak kisah." Tubuh Ejan dihadapkan ke arahnya.
"Bukan tak tahan buat gheja la bang, tapi tak tahan menahan perasaan cemburu." Irfan tak tahu bagaimana lagi nak menerangkan pada Ejan.Perlahan belakang Ejan diusap. Lembut dan penuh dengan kasih sayang.
"Percayakan abang okey!" Irfan cuba memujuk. Kalau dia di tempat Ejan pun dia akan cemburu juga kalau dia tahu isterinya diminati orang lain. Dulu dia pernah juga cemburu dengan Amri sampai tak mahu menerima panggilan Ejan. Waktu tu dia sendiri masih belum tahu apa perasaan Ejan terhadapnya.
"Ejan percayakan abang tapi,.." Ejan tak habiskan ayatnya. Wajah Irfan direnung sayang. Mata Irfan direnung untuk mencari sebuah kepastian.
"Kenapa tengok abang macam tu? dah tak handsome ke abang ni?" Irfan ingin menyakat Ejan. Ternyata berjaya bila melihat Ejan mengukirkan senyuman sambil sesekali mencebirkan bibirnya.
"Memang dah tak handsome pun!" Irfan tergelak
"Kalau Ejan nak berhenti kerja pun tak apa. Abang tak kisah kalau Ejan nak duduk saja di rumah. Nak goyang kaki ke, nak tidur sehari suntuk pun abang tak kisah,.." Irfan tersenyum diakhir ayatnya. Ejan buat muka tak puas hati. Takut pecah rahsia la tu!
"Awatnya? Abang takut Ejan tahu semua rahsia abang ke?"
"Nope! Abang takut Misha serang isteri abang ni. Abang sayang Ejan tau. Kalau dia serang Ejan macam mana?"
"Lahh,..senang ja. Bagi ja surat lucut jawatan. Cari saja secretary baru.Habis cegheta. Suka sangat la abang tu dapat secretary miang macam Misha tu? Huh!,.."
Semudah ABC saja Ejan berkata-kata. Irfan terkebil-kebil. Nak cari secretary baru bukannya mudah. Mungkin ramai yang akan berminat tapi yang ada pengalaman bukannya semua. Yang tahu selok belok syarikat dan pelbagai lagi kecuali kalau benar-benar terdesak.
"Bukan semudah itu sayang, kecualilah kalau Ejan nak jadi secretary abang?" tawaran dibuat. Ejan mengeleng.
"Tukarkan saja dia dengan secretary syarikat papa di KL tu. Takkan tak boleh?" Ejan memberikan cadangan. Memang dia tak tahu apa-apa mengenai syarikat bapa mertuanya ini.
"Tak boleh! Secretary papa dah kahwin. Dah ada keluarga. Lagi pun sebagai bos abang tak boleh pentingkan diri sendiri, dan sebagai isteri pun Ejan janganlah cemburu sangat.'' Irfan memberi penjelasan.
"Macam ni lah,..kita teruskan perjanjian kita. Abang janganlah tegur Ejan lagi. Hari ni pun kak Mah dah tanya Ejan macam-macam." Ejan buat cadangan yang dirasakannya amat bernas. Berubah seketika wajah Irfan.
"Abang tak setuju! Ejan isteri abang. Boleh tak kalau Ejan jangan bagi cadangan bodoh tu? Kalau boleh abang nak kenalkan Ejan pada semua orang, Ejan tu isteri abang." sekali lagi Irfan bersuara tegas. Kenapa nak takut sangat dengan Misha tu? Ejan lebih berhak untuk dirinya. Misha hanyalah seorang setiausaha.
"Alahh,..abang sporting la sikit! Nanti Ejan kena berghenti jugak, bukan lama mana pun. Nanti keluarga abang buat kenduri kenalkanlah pada semua orang. La ni abang izinkan Ejan jadi diri Ejan yang sebenarnya. Tak syok la kalau semua orang tau Ejan ni isteri abang. Ejan nak kenai semua orang di pejabat abang tu sebagai diri Ejan yang langsung tak ada kaitan dengan abang. Untuk seminggu ni ja!" Ejan masih merayu Irfan. Irfan tak puas hati. Tak masuk dek akal.
"Abang tak mau berjanji. Abang kalau tengok Ejan memang tak dapat kawal diri. Tengoklah macam mana,.." Irfan rebahkan diri di katil. Ejan juga turut membuat perkara yang sama. Letih sebenarnya bekerja ni, lagi letih mindanya berfikir. Ingat nak menyamar jadi orang biasa tapi kalau Irfan yang sudah berkeras tidak setuju habislah rancangannya.
"Dah,..tidur!!,..jangan dok buat plan B or plan C pulak!" semacam tahu saja apa yang Ejan sedang fikirkan. Ejan hanya tersengeh mendengar kata-kata Irfan. Ejan tarik tangan Irfan dan dikucupnya tangan itu. Kebiasaan Ejan sebelum tidur dan Ejan rebahkan kepalanya di lengan Irfan. Rasa tenang dan selesa. Irfan kalihkan badannya dan mengadap Ejan. Moga kasih dan sayang ini akan berkekalan.
BAB 19
HARI kedua Ejan berkerja sebagai cleaner di Syarikat Razif & CO, Ejan tak mahu pergi bersama dengan Irfan. Tak habis-habis dengan kedegilannya. Ejan call teksi dan meminta teksi menghantarnya hingga ke depan pejabat. Irfan dah tak mampu nak buat apa dah. Ejan betul-betul bertekad kali ini. Selepas Ejan masuk ke pejabat Ejan bertembung dengan Mazlan dan kak Mah. Mereka naik bersama ke tingkat atas.
"Ejan mai dengan apa tadi?" kak Mah memulakan perbualan pagi tu. Ejan senyum.
"Tengok la apa yang dan kak Mah, ada teksi Ejan naik ja teksi, kalau ada bas naik ja bas." lain yang ditanya, lain pulak yang Ejan jawab.
"Ingatkan Ejan mai dengan Encik Irfan." Ejan pandang wajah kak Mah.
"Pasai pa pulak Ejan nak mai dengan Encik Irfan?" Ejan tanya kak Mah pulak.
"Kak Mah tengok Ejan dengan Encik Irfan kemarin mesra sangat. Ejan tau dak Encik Irfan tu bukannya penah dok tegur perempuan tak tentu pasai. Kalau dengan kami dia serius saja. Bukannya nak senyum pun."
"Erkkk,..ya ka? Ejan tak tau pun, ingatkan Encik Irfan tu ramah dengan semua oghang."
Perbualan mereka terhenti bila pintu lift terbuka. Mereka melangkah keluar dan menuju ke stor untuk mengambil peralatan mencuci.
"Hari ni kita nak cuci kat mana pulak kak Mah?" Ejan menyoal kak Mah. Dia pun belum cukup tahu tentang kerja yang bakal mereka lakukan hari ni.
"Hari ni kita cuci tingkat atas pulak, tingkat ni giliran Hani dan Ina." kak Mah menerangkan pada Ejan. Ejan hanya mengangguk. Ikut sajalah.
"Tingkat atas tu ada pejabat jugak ka?" Ejan masih ingin tahu.
"Tingkat atas tu pejabat Encik Irfan. Tingkat ni bilik mesyuarat. Tingkat lagi atas bilik Dato Razif." Ejan dah mula keliru. Berapa banyak tingkat daa? Jadi selama ni jenuh juga la mereka naik turun lift ni.
"Dato Razif tu sapa pulak?" sambil berbual mereka terus melangkah menuju ke tingkat atas. Mereka hanya mengunakan tangga. Dengan peralatan yang dibawa mungkin akan menyusahkan mereka untuk turut mencelah dalam lift. Perbualan terus bersambung sebaik kerja mereka jalankan. Tangan berjalan mulut pun main peranan juga.
"Lahh,..Ejan ni, dah nama pun Syarikat Razif & Co,..tentulah bos besar." Ejan tergelak. Tersilap tanya soalan lagi. Tu la overdos nak berlakon sangat!
"Kalau macam tu,lebih baik Ejan ngorat ja Dato Razif tu,.." Ejan sengaja berseloroh. Kak Mah hanya mengelengkan kepalanya.
"Nak mengorat sapa? Ni mai gheja ka nak mai ngorat?" sekali lagi mereka terkejut dengan sergahan di belakang mereka. Tu la cakap siang tak pandang-pandang.
"Ehh,..Encik Irfan. Nak ngorat Encik Irfanlah!" Ejan sengeh.
"Hmm,.." hanya itu yang keluar. Irfan terus melangkah dan menuju ke biliknya. Kak Mah urut dada. Ejan pandang kak Mah dan tunjuk thumb down.
"Tu la Ejan, nasib baik Mood Encik Irfan tu okey hari ni."
"Kalau mood dia k.o macam mana pulak kak Mah?"
Ejan pandang kak Mah tak berkelip. Macam ada cerita best ja. Seronok Ejan berkawan dengan kak Mah. Langsung tak ada rahsia. Apa yang Ejan tanya semua kak Mah cerita. Itulah yang Ejan nak sebenarnya. Mengenali suami sendiri. Kalau nak harap Irfan cerita memang payahlah. Ada saja alasannya.
"Tunggu nanti la kak Mah cerita. Kita buat gheja dulu la. Nanti dok gheja menyembang ja, gheja tak jalan kena sergah lagi, tak pasai-pasai kena potong gaji pulak!" kak Mah dah mula takut. Dah dua kali terkantoi dengan Encik Irfan. Kalau terkantoi lagi entah apa pula, jangan-jangan Encik Irfan akan ambil tindakan.
"Nanti kita keluar makan sama ya? Ejan belanja. Nanti kak Mah ceghita tau?" kak Mah angguk. Ejan senyum.
JARUM jam terus berputar, time break Ejan keluar makan bersama dengan geng cleaner. Bersama kak Mah, Hani, Ina, Mazlan dan Shahid. Mereka pergi berasingan. Kak mah dan Ejan menaiki kereta Shahid manakala Ina dan Hani menumpang kereta Mazlan. Mereka makan di medan selera Pekan Rabu. Memang ramai orang time ni.
Mereka masing-masing mengambil nasi campur. Banyak lauk disediakan. Selepas selesai memilih lauk pauk kegemaran masing-masing, mereka mencari tempat duduk. Air diorder dan mereka mula mengadap makanan masing-masing.
"Kak Mah,..rasanya pagi tadi kak Mah ada buat janji dengan Ejankan?" Ejan pura-pura bertanya. Nampaknya kak Mah lupa nak bercerita, terpaksa juga Ejan bertanya sendiri.
"Kak Mah tak ingat pulak.Janji apa tu?" kak Mah blurr.
"Alahh,..cerita pasai Encik Irfan tu la!" Ejan mengingatkan. Kak Mah mengangguk. Yang lain melopong. Wajah Ejan dan kak Mah dipandang silih berganti.
"Ada apa yang kami tak tahu ka Ejan?" Mazlan bertanya.
"Yupp,..Ejan nak mengorat Encik Irfan." Ejan tergelak dengan kenyataannya. Yang lain pandang Ejan dengan wajah hairan.
"Awat tengok Ejan macam tu? Tak boleh ka?" Ejan bertanya balas. Semacam saja mereka memandang ke arahnya.
"Woii Meah!!,..dekat sini ghupanya hang. Kemarin aku pi rumah hang Pak long kata hang dah gheja. Hang gheja mana?" tiba-tiba mereka ditegur seseorang. Semua pakat menoleh ke arah suara tersebut. Ejan beliakkan mata bila melihat Amri sudah tersengeh padanya.
"Ni,..sejak bila pulak aku tukaq nama? Sedap ja pange aku Meah!" Ejan keraskan suara. Amri tarik kerusi di meja sebelah dan mula mencelah di antara Ejan dan kak Mah. Kak Mah berganjak sedikit memberi laluan pada Amri.
"Aku tanya hang tak jawab lagi!" Amri berkata lagi.
"Hang tanya Meah bukan tanya aku pun!" sama-sama keras kepala.
"Norizan Mastura Binti Mustafa,..hang gheja mana la ni?"
"Weyy,..kalau ya pun, jangan la sebut nama penuh." Ejan bengang. Seketika kemudian telefonnya berbunyi. Ejan mengeluarkan telefonnya dan menilik skrin. Amri turut menjengok skrin telefon Ejan dan tersenyum. Ejan menekan punat hijau dan memberi salam.
"Assalammualaikum!,..Awat abang?"
"Waalaikumusalm,..Ada mana ni?" Irfan menyoal di hujung talian.
"Dok makan la,kat Pekan Rabu."
"Dengan sapa?"
"Ramai! Semua ada."
"Tunggu! Abang pi situ."
"Alaa,..jangan la, pleasee!!!"
Tutttt!!!,..talian terputus. Ejan pandang telefonnya. Last sekali Ejan pandang semua wajah yang ada di hadapannya.
"Awat? Irfan nak mai ka? Muka macam asam kecut." Amri bersuara lagi. Ejan dah mula tak senang duduk. Dia tak menjawab soalan Amri. Dicapai gelas di hadapannya dan mula menyedut air milo ais yang dipesan tadi. Suapannya diteruskan. Yang lain saling berpandangan sesama mereka.
"Hang ni awat?" Amri tak puas hati.
"Hang diam la! Hang tak tau apa! Ni hang sebenarnya nak pi mana?" Ejan tukar topik.
"Jumpa awek!" Amri sengeh.
"Ek eleh,..macam aku nak percaya. Mana awek hang tu?" sengaja Ejan cuba perlekehkan Amri. Dah lama tak bergaduh dengan Amri kot.
"Hang ingat hang sorang ja nak laku? Muka aku ni tak laku? Saham tinggi tau muka aku ni!" Amri mendabik dada. Ejan mencebik. Yang lain hanya jadi pemerhati dan pendengar setia. Kadang-kadang mereka tersenyum. Kadang-kadang mereka berbual sesama mereka.
"Aku nak tengok gak awek hang tu, kenaikan kat aku. Aku nak tengok gak cun ka dak."
"Tunjuk kat hang buat apa?"
"Cehh,..ayat, macam la aku boleh reject awek hang tu!" mereka terus bertelagah. Sesekali kak Mah menyampuk. Mereka memperkenalkan juga diri masing-masing. Sambil makan rancak juga mereka berbual dan masa terus berlalu.
"Assalammualaikum,." Irfan memberi salam. Nampaknya meja dah penuh. Dah tak ada tempat kosong. Semua menjawab salam Irfan. Amri bangun dan bersalam dengan Irfan.
"Hai bro,..lama tak jumpa, nanti minggu depan kami nak pi mengail lagi. Hang nak ikut?" Amri ni tak menyempat-nyempat. Itu saja yang dia tau!
"Nantilah aku contact kau lain. Kau dari mana ni?" Irfan berbual dengan Amri sambil berdiri. Sekali lagi kawan-kawan Ejan memandang Ejan dengan seribu satu persoalan. Ejan hanya sengeh tanpa riak rasa bersalah. Sesekali ditongkatkan tangannya ke dagu.
"Amri jumpa awek! Dah!,. jangan menyibuk di sini! Syioh,syiohh,.." Ejan mencelah percakapan mereka sambil tolong menjawab bagi pihak Amri. Amri hanya tergelak.
"Amboih,..abang dia mai, aku pun dia nak halau. Hang tengoklah bini hang ni Irfan. Tak habis-habis dengan ayat brutal dia tu."
"Brutal dengan kau ja, dengan aku mana ada brutal,.." Irfan gelak. Amri pun gelak sama. Ejan semakin bengang. Statement Amri mengenai bini tu buat yang lain melopong sekali lagi. Ejan raup mukanya. Habislah kali ni. Baru dua hari kerja dah bocor rahsia. Langsung tak boleh diharap. Irfan dan Amri sama saja.
"Encik Irfan!,..masa berjalan tau, kalau dok gheja menyembang ja bila nak makan? Pi la order!" sekali lagi Ejan mencelah. Kalau dibiar mereka berdua berbual maunya sehari pun tak habis.
"Okeylah,..aku pi dulu, mem hang pun dah halau tu. Lagi pun aku ada gheja sikit." Amri mengalah juga akhirnya. Selepas bersalam dengan Irfan, Mazlan dan Shahid, Amri pun beredar. Irfan pula menuju ke arah hadapan kedai untuk mengambil nasi.
Selepas selesai dia kembali kepada kumpulan tadi dan duduk di kerusi yang dikosongkan Amri tadi. Kak mah berganjak lagi jauh dari Irfan. Memberi ruang yang lebih selesa untuk Irfan. Yang lain dah selesai makan. Irfan hanya memerhati pinggan mereka sambil tersenyum.
"Tinggal saya sorang saja la ni?" dipandangnya wajah seorang demi seorang.
"You late." Ejan tolong jawabkan bagi pihak semua orang.
"Abang ada meeting tadi, tu keluar lambat sikit .Ni Ejan datang naik apa?" sambil mula menyuap Irfan masih sempat bertanya.
"Naik kereta Shahid." selamba saja jawapannya. Irfan panggungkan kepala dan menoleh ke arah Ejan.
"Berdua?" Irfan menyoal lagi. Ada nada yang tak sedap didengar disebalik suara itu. Ejan mengeleng.
"Kak Mah pun ada sekali." Irfan mengangguk. Suapan diteruskan.
"Abang keluar makan sorang ja ka?" sudah gaharu cendana pula. Ejan!Ejan!,..
"Tak!,..depan ni kan ramai." Irfan sengeh. Yang lain pun sengeh. Ejan tahu Irfan sengaja nak kenakan dia.
"Yalah,..ada-ada ja!,..jomlah kita balik dulu ke pejabat. Biarlah Encik Irfan ni makan sorang-sorang dia." Ejan bangun dan mengajak semua kawan-kawannya. Irfan pandang Ejan semacam. Yang lain pun dah bangun sekali dan ingin beredar.
"Ejan tak payah masuk kerja balik. Mama, papa dan Fina ada di rumah. Kita balik, abang dah ambik cuti untuk Ejan. Ejan gheja separuh hari ja hari ni." Lancar Irfan berkata. Ejan terduduk semula. Yang lain yang turut sama mendengar apa yang dikatakan Irfan terus meminta diri. Ejan tiada pilihan selain menurut kehendak Irfan.
Ejan mengamit pekerja kedai makan dan meminta dia mengira jumlah semua makanan tadi. Ejan dah berjanji nak belanja semua. Alang-alang Irfan sudah ada biarlah Irfan yang belanja.
Ejan hanya tersengeh bila Irfan yang baru nak makan sudah mengeluarkan duit untuk membayar harga makanan. Yang lain tunjuk wajah serba salah tapi nak menolak tak berani, akhirnya semuanya yang ada hanya mengucapkan terima kasih. Bila semua kawan-kawan Ejan sudah beredar, Ejan dan Irfan meneruskan perbualan mereka.
Tanpa sedar Misha dan Sofia juga ada di dalam kedai yang sama.Memerhatikan Ejan dan Irfan.
"Mama dan papa mai buat apa? Ada gheja ka bang?" Irfan angguk.
"Nak bincang pasal majlis kita la. Sebenarnya kemarin mama call abang suruh kita balik KL tapi abang cakap abang sibuk, Tau-tau pagi ni papa pulak call cakap dah ada di sini."
"Abang tak cakap kat Ejan pun!" Ejan merungut. Tiba-tiba rasa diketepikan.
"Sorry sayang! Abang betul-betul terlupa."
"Huh,..tu la abang, ntah apa yang abang ingat?" Ejan muncung. Irfan mengeleng, dah hafal dengan gelagat Ejan yang kuat merajuk dan manja tu.
"Mama dengan papa tunggu kat rumah kita ka ni?" Irfan mengeleng.
"Ada rumah mak!" Ejan mengangguk. Maknanya nanti mereka akan balik rumah dia. Yess,..rindunya kat mak. Ejan bersorak dalam hati sambil bibir terus mengulum senyum.
"Ejan senyum kat siapa?" Ejan pandang Irfan. Nak senyum pun tak boleh dah ka? Ejan mengomel dalam hati.
"Tuu,..dekat pak we kat depan tu." sengaja ja Ejan nak kenakan Irfan. Irfan pandang ke hadapan tapi apa yang dicari tidak pula dijumpai. Sedetik terdengar Ejan tergelak. Pantas saja hidung Ejan ditarik.
"Abanggg!!,. Hidung Ejan dah mancung la, tak payah nak taghik-taghik lagi! Suka sangat taghik hidung Ejan. Dulu abang-abang Ejan suka luku kepala, la ni abang pula nak mancungkan lagi hidung Ejan. Dah la tu kat tempat awam lagi. Malu la Ejan!"
Irfan ketawa.Dia pun terlupa seketika di mana mereka berada. Kalau di sisi Ejan dia selalu jadi terlupa. Walau suasana bising dengan suara orang ramai tapi bila ada Ejan bersama dia terasa seolah hanya ada mereka berdua. Itulah namanya bila dilamun cinta. Bukan mudah mendapatkan cinta Ejan. Ejan memang sangat unik, lain dari yang lain. Dengan sifat manja Ejan dan sifat terbuka Ejan yang selalu saja cakap lepas membuatkan dia semakin selesa di sisi Ejan.
BAB 20
MEREKA sampai di rumah bila semua orang baru selesai makan tengahari. Irfan dan Ejan yang baru selesai makan hanya mengelengkan kepala bila dipelawa untuk makan bersama. Ejan hanya membantu emaknya mengemas apa yang patut. Afina juga menolong Ejan mengemas sama. Akhirnya Puan Salima meninggalkan semua kerja untuk Ejan dan Afina. Puan Salima duduk sekali di ruang tamu mengikuti sesi perbincangan bersama keluarga Irfan, manakala Ejan dan Afina pula rancak berborak di dapur.
"Kau macam mana sekarang? Dah okey? Dah boleh terima abang aku?" soalan Afina buat Ejan sengeh sampai ke telinga. Soalan perangkap maut gayanya tu.
"Yang kau sengeh macam kerang busuk ni kenapa?" semakin lebar senyuman Ejan.
"Hang nak aku jawab apa?" Afina bercekak pinggang. Orang tanya dia, boleh dia tanya balik. Itu yang Afina fikirkan.
"Jawablah apa yang terjadi!" tegas bunyinya. Langsung Afina tak senyum, dengan Ejan memang kena macam tu. Suka sangat nak kenakan orang balik.
Ejan pegang dagu, seolah sedang berfikir sesuatu, soalan Afina tak segera di jawab. Ejan menuju keluar rumah. Afina mengikut langkah Ejan. Mereka duduk di kerusi batu belakang rumah sambil mengambil angin.
"Weyy,.." Afina tampar lengan Ejan. Ejan tergelak.
"Apa hang rasa? Aku boleh terima ka tak?" Afina mula bengang dengan Ejan.
"Aku cepuk juga dia ni kang!" Ejan buntangkan mata.
"Cubalah cepuk,..kalau hang nak kena cepuk balik dengan abang hang tu!" Ejan jungkit kening beberapa kali. Afina yang geram dengan gelagat Ejan terus mencubit lengan Ejan. Berbekas juga lengan Ejan yang putih melepak tu.
"Cabar la jugak." Afina tergelak. Ejan dah mengosok bekas cubitan yang Afina hadiahkan.
"Uwaa,..kena dera dengan adik ipar, ni baru sikit. Aku tak mau pi dok KL nanti terus berbirat satu badan aku ni." Ejan berseloroh.
Afina terus melepaskan tawa. Mereka akhirnya ketawa bersama. Gembira juga bila sudah lama tak berjumpa. Lama jugaklah dalam dua minggu macam tu, hmm,.
Mereka saling bertukar cerita. Macam mana kisah perkahwinan Irfan dengannya, juga kisah Irfan yang selalu melawat Afina di kolej mereka. Rupanya Irfan tahu yang Afina berkawan baik dengan Ejan, cuma Afina saja tak menduga bila Irfanlah yang telah mengecewakan Ejan hingga Ejan bawa diri.
Cerita Afina lagi dia pernah cuba nak memadankan abangnya dengan Ejan gara-gara kesian dengan Ejan, dan Irfan pula turut menunjukkan minat pada Ejan dan tanpa disedari Afina minat yang Irfan tunjukkan itu bersebab. Sebabnya kerana Irfan tahu Ejan adalah Ejan yang sama yang dia cinta.
Irfan tahu segalanya perihal diri Ejan melalui Afina. Segala luahan hati Ejan Afina ceritakan pada Irfan. Menurut Afina lagi Irfan selalu datang melawatnya masa di kolej dulu. Kadang-kadang dalam seminggu tiga hari Irfan akan datang melawatnya. Irfan akan menyamar agar Ejan tak mengenali dirinya. Irfan akan perhatikan Ejan dari jauh. Afina juga hairan kenapa Irfan harus menyamar, bila di tanyakan pada Irfan, Irfan hanya memberi alasan agar Ejan tak lari daripadanya.
"Pelik jugakan abang kau tu?" Ejan bersuara selamba. Afina menampar Ejan membuatkan Ejan terpinga-pinga.
"Abang aku tu suami kau kan?" mereka ketawa bersama.
"Aku nak tanya kau sikit boleh tak?" Ejan inginkan satu kepastian. Mana tahu Afina juga tahu pasal Misha.
"Kau kenai dak dengan Misha. Secretary abang kau tu?" Ejan kalau dengan Afina selalu tersasul. Kena angin utara dia mai, dia akan panggil hang saja kat Afina, tapi selalunya membahasakan kau dan aku.
"Sapa pulak tu?" Afina bertanya balas.
"Secretary gedik kat pejabat abang kau la, dengar kata dia minat gilerr kat abang kau. Kakak cleaner cakap, pernah ada orang kena tampaq dengan Misha tu kerana admire kat abang kau. Obses sangat. Tak pernah lagi aku jumpa orang macam tu." Ejan berterus terang dengan Afina. Ingin dikongsi segalanya dengan Afina macam dulu-dulu juga.
"Kau macam mana pulak?" Afina tanya Ejan. Ejan mengeleng. Macam mana lagi. Bukan boleh nak buat apa pun. Soalnya hati memang tiada siapa yang dapat menghalang, tapi kalau dah terobses sangat bahaya juga kot!.
"Mak kau cakap, kau dah kerja ya? Di mana?"
"Yupp! kat pejabat abang kau la, kalau tak, mana aku nak dapat semua cegheta ni."
"Kau jadi PA abang aku ker?"
"Banyak la kau punya PA, tak sesuai kot dengan aku." Ejan sengeh. Mau pengsan Afina ni kalau tau aku kerja apa.
"Habis tu kau kerja sebagai apa?" dah agak Afina akan terus bertanya. Sebelum menjawab Ejan jarakkan dirinya dengan Afina terlebih dahulu.
"Cuci toilet!" Ejan jawab selamba disusuli dengan senyuman yang serba tak menjadi. Terlopong Afina.
"Whattttt???????????? Kau gilaaaa!!!" kuat sekali suara Afina hingga Ejan turut terkejut dengan jerkahan Afina tersebut.
"Hang awat? Biasalah, cuci toilet pun okey pa?" Ejan masih sengeh. Afina tepuk dahi.
"Habis abang Irfan macam mana? Dia izinkan ke?" Masih dalam sesi soal jawab.
"Tak!,..tapi aku berkeras jugak." jujur Ejan memberitahu. Afina hanya gelengkan kepala.
"Kau memang Ejan!!,..suka sangat buat kerja yang tak pernah dibuat orang. Hiesyy,..aku tak boleh bayangkan, isteri bos syarikat besar jadi cleaner, cuci toilet pulak tu. Lebih baik kau berhenti. Kalau tau kat mama dan papa maunya mereka tak mengaku kau menantu mereka. Aku pun tak mau mengaku kakak iparlah kalau macam ni. Huh!" Afina mengugut Ejan .Ejan terpempan. Patutlah Irfan berkeras melarang dia, rupanya ini sebabnya.
"Erkk,..salah ka?" Ejan tanya. Rasa dungu tiba-tiba.
"Memanglah tak salah! Tapi tak sesuai kot! Kau pernah terfikir tak apa perasaan abang aku?" Ejan mengeleng. Bagi dia kerja apa pun janji halal. Untuk apa nak dimalukan?
"Mungkin abang aku ni memang betul dah terlalu sayangkan kau. Walau apa pun aku memang salute la kat kau kerana kau, abang aku dah banyak berubah. Bukan sikit tapi banyak sangat.
Dulu abang aku ni mengada-ngada sangat. Kampung pun dia tak mau pijak. Kali pertama papa hantar dia ke Alor Setar ni dia bantah habis. Macam-macam yang dia ugut papa, tapi selepas dua minggu di sini bila papa panggil dia balik, tiba-tiba dia cakap, Alor Setar ni paling indah dalam dunia yang pernah dia tengok."
Ejan hanya diam mendengar cerita Afina. Dia sendiri belum mengenali siapa Irfan sepenuhnya. Banyak yang dia belum tahu pasal Irfan.
"Selepas sebulan abang Irfan berubah lagi. Dia jadi murung. Papa dan mama risau sangat. Dulu abang pernah kecewa dan jadi murung. Abang sayang sangat dengan kak Tina, tapi bila kak Tina pergi belajar di luar negeri, kak Tina kahwin dengan Mat Saleh di sana.
Abang Irfan ni kalau bercinta dia sangat setia, tapi bila dia dah terluka dia payah nak hadapi kenyataan. Tiga tahun juga abang Irfan jadi pemurung. Hinggalah papa hantar dia ke sini." Afina masih bercerita, sesekali matanya meliar memerhatikan kalau-kalau ada orang lain yang memasang telinga.
"Kak Tina tu mesti cantikkan?" Ejan bertanya hanya sekadar ingin tahu walau ada terdetik sedikit perasaan cemburu di hatinya.
"Bukan masalah cantik ke tidak, tapi abang Irfan memang sukakan kak Tina sejak zaman sekolah lagi. Tapi,..tak tahulah macam mana kak Tina boleh berubah hati. Mungkin jarak yang memisahkan mereka membuatkan kak Tina mencari penganti."
Afina terus bercerita mengenai masa lalu Irfan. Ejan cuba membayangkan apa yang didengarnya. Dia sangkakan bila orang yang handsome ni mesti buaya darat dan ramai girl friend. Selalunya cerita tv dan novel macam tu la. Lelaki handsome selalu bawa watak kasanova.
"Ada hikmahnya kot! Mungkin dah perjanjian Allah, abang kau tu jodohnya dengan aku." Ejan sengeh lagi diakhir bicaranya. Nak lawak atau serius biarlah bergabung sekali.
"Hurmm,..betoi la tu. Memang dah jodoh pun. Tapi nak sampai jodoh tu pun teruk juga abang aku merana, angau dan sebagainya." Afina sengaja kenakan Ejan. Ejan hanya memandang Afina tanpa riak. Serius saja wajahnya. Bukan Irfan saja yang merana, dia juga turut merana sama. Mungkin masa tu belum sampai jodoh mereka, dan mungkin juga Allah nak menguji kasih sayang mereka. Sekuat mana mereka saling menyayangi.
"Kau lupa? Bukan abang kesayangan kau ja yang merana!" Ejan mengingatkan. Afina diam dan akhirnya dia mengangguk. Dia menjadi saksi pada setiap titis air mata Ejan. Dalam rindu dan sendu yang Ejan pamerkan, dia sentiasa ada untuk meminjamkan bahu pada Ejan. Bahunya juga yang seringkali lencun setiap kali Ejan lepaskan perasaan rindunya pada Irfan.
"Ejann!,..Fina!,..dah sembahyang belum? Zohor dah lama masuk." muncul Puan Salima di muka pintu dapur. Keduanya tersentak bila kenangan yang baru singgah di minda masing-masing terganggu dengan suara Puan Salima. Mereka saling berpandangan dan saling berbalas senyuman. Mereka terus bangun dari kerusi batu yang diduduki dan berlalu masuk ke rumah. Bila asyik berborak tak sedar masa yang terus beredar.