BAB 1
"ZEATI,...." Puan Habsah memanggil anak manja kesayangannya yang sedang ralit membaca novel.
Saisah Mazeati panggung kepala,pandangannya segera di arahkan pada ibunya itu.
"Ibu ada hal nak cakap dengan Zeati ni,berhentilah membaca tu kejap.Kalau dah dapat novel tu sampai tak ingat dunia.Nanti dah kawen, dengan suami sekali tak di layannya." Saisah Mazeati terus tergelak mendengar bebelan ibunya,novel yang di baca di lipat sedikit di hujungnya sebagai penanda mukasurat.Novel di tutup dan diletakkan di atas meja sofa di hadapannya lantas ibunya di dekati.Dia menghenyakkan punggungnya di atas sofa di sebelah ibunya lalu tangannya di depangkan.Ibunya terus di rangkul dalam pelukannya.
"Ibu dah ada calon ker?" Saisah bertanya ibunya selamba.Umur baru tujuh belas tahun tapi ibunya dah mengingatkan dirinya perihal suami.
"Calon apa plak?" Puan Habsah bertanya hairan.Saisah Mazeati di sebelah di pandang tak berkedip.Tak ada plak dia sebut pasal calon pun tadi.
"Haih..ibu ni tadi ibu sebut suami tu,ibu dah ada calon suami untuk Zeati ke?" Saisah Mazeati tersenyum lebar menayangkan giginya.Pantas saja Puan Habsah meluku anak daranya itu.Terlebih sudah!
" Macam tau-tau aja anak ibu ni.Memang dah ada pun.Mau atau tak mau, Zeati kena terima jugak calon ni.Hujung bulan ni nikah." serius saja wajah Puan Habsah menuturkannya.Saisah Mazeati yang menyangka ibunya sedang bergurau terus tergelak besar.Puan Habsah memandang geram.Anak dara siapa ni.Tak senonoh betul.Kalau ada orang yang tengok ni tentu bakal kena reject nak buat menantu.
"Hiesyy..gelak pulak dia.Ingat ibu bergurau ker?" Saisah Mazeati kaget.Ibunya di tenung semacam.Cuba mencari kebenaran di wajah itu.Seketika kemudian ketawanya meletus lagi.
"Ibuuu..kalau betul pun ibu nak buat lawak.Guna cara lain la ibu.Ibu lupa ke anak ibu ni baru nak ambil SPM tahun ni.Maknanya anak ibu ni baru berumur tujuh belas tahun.Sweet seventeen gitu." Saisah Mazeati pandang ibunya sambil mengedip-ngedipkan matanya berkali-kali.Wajah nakal di tayang selamba.Sempat pula Puan Habsah mengedip lembut paha anak gadisnya itu.
"Ouchhh..ibuuu.." Saisah Mazeati mengosok perlahan pahanya.
"Ibu serius dia main-main plak..kan dah dapat ketam batu free." Puan Habsah berfikir sejenak.Memang sukar nak menjelaskan pada anak gadisnya ini.Apa yang ingin di sampaikan ini adalah mengenai masa depan anaknya itu tapi semua ini harus di lakukan juga.Dia sudah berjanji dengan kawan baiknya Mawar.Dia dan Mawar senasib.Mereka sama-sama sudah menjadi ibu tunggal dan mereka hanya punya sorang anak.Dia hanya punya Saisah Mazeati manakala Mawar hanya punya Syahrul Nizar.Mereka sudah merancang untuk menyatukan kedua anak mereka kerana Mawar sekarang sudah hilang tempat bergantung.Dengan berbekalkan ikatan persahabatan mereka yang sudah sekian lama terjalin Puan Habsah telah menawarkan bantuan.Mawar dan Syahrul Nizar di pelawa tinggal bersama mereka tapi demi mengelakkan sesuatu yang tak di ingini mereka telah berpakat untuk menyatukan kedua-dua anak mereka itu.Hanya itulah jalan penyelesaiannya.
"Ibuu..sempat plak ibu ni nak berangan.Ibu angankan sape tu? Bagitau ar..bakal ayah Zeati yang baru ea?" Saisah Mazeati angkat kening,ala-ala Ziana Zain.Puan Habsah menjegilkan matanya.Serkap jarang anaknya itu buat dia jadi bengang seketika.
"Ibu tak fikir pun pasal ayah baru tapi ibu fikir pasal calon menantu ibu." Puan Habsah mengukirkan senyuman manisnya.Saisah Mazeati pula yang berjeda seketika.Ibu ni biar betul.Takkan aku yang masih kecik ni nak di nikahkan juga tapi kalau calon suaminya tu handsome macam watak-watak hero dalam novel yang di baca okey jugak.Why not? Pucuk di cita ulam mendatang.Kecil tapak tangan Stadium Bukit Jalil hamba tadahkan..hehe..
Saisah Mazeati sengeh sorang-sorang.Giliran Puan Habsah pula menjadi hairan.
"Ni pehal plak? Ribut tak,.. angin tak, sengeh ja." Saisah Mazeati sengeh lagi.Dalam hati dah mula musykil.Ibu ni boleh di percayai ke? Jangan-jangan ibu sengaja nak menduga aku ni.
"Ibu..agak-agak la kan,calon menantu ibu tu ada macam hero-hero film tak.Ala..ada pakej lengkap.Handsome,tinggi,berbadan tegap,macho..hehe.."
Puan Habsah senyum.Mula membayangkan wajah Syahrul Nizar yang di temuinya seminggu yang lalu.Syahrul Nizar pun masih muda.Baru tujuh belas tahun.Bila di fikirkan memang tak logik nak kahwinkan mereka berdua.Sama-sama masih bersekolah tapi keadaan terlalu mendesak.Mereka terpaksa membuat keputusan begitu.
"Ibuu.." Saisah Mazeati memanggil ibunya perlahan.
"Bolehlah..kalau nak di ikutkan lengkap juga la pakejnya."Puan Habsah tersenyum.Syahrul Nizar memang ada pakej jejaka idaman.Perfect!. Saisah Mazeati garu kepala yang tak gatal.Ibu macam serius ja.Uwaaa..aku betul-betul nak dapat suami ker? Ibunya di pandang lagi.Wajah ibu memang serius dan serius juga Saisah Mazeati dah rasa mengigil.Tak percaya la beb!!! Aku nak kena nikah?
MASA terus berlalu.Puan Habsah tak pernah bergurau.Saisah Mazeati dah sah jadi isteri Syahrul Nizar.Sebulan juga masa yang di ambil untuk menyelesaikan semua perkara.Bukan senang rupanya.Banyak pihak yang menentang pernikahan itu.Puas mereka menjelaskan alasannya.Akhirnya majlis berjalan juga dengan lancar di rumah adik ayahnya yang bongsu iaitu Pak Busu.Pak Busulah yang menjadi wali pada Saisah Mazeati memandangkan Saisah Mazeati sudah tidak punya ayah.Hanya Pak Busulah satu-satunya waris yang ada.
Persekolahan berjalan seperti biasa.Walaupun Saisah Mazeati sudah bergelar seorang isteri tapi title isteri yang di pegang tak menghalang dia untuk menjadikan dia seperti remaja lain.Saisah Mazeati tetap Saisah Mazeati yang aktif macam biasa.Remaja yang nakal dan ceria.Aktif dalam sukan dan bijak dalam pelajaran.
"Bangun." Ketua kelas 5 Sains Sukan bangun dan bersuara tegas dan lantang.Semua mengikut arahan bila guru kelas mereka cikgu Noriah Hj Suwito sudah terpacak di depan kelas.Bersamanya ada seorang pelajar lelaki yang agak handsome.
" Assalammualaikum cikgu..Selamat pagi cikgu." Ucapan salam dan selamat pagi di laungkan ketua kelas.
"Assalammualaikum cikgu..selamat pagi cikgu." bergema satu kelas dengan ucapan salam dari semua pelajar kelas 5 Sains Sukan.
"Okey kelas.Awak semua boleh duduk." Cikgu Noriah memandang semua wajah pelajarnya.
"Kita ada pelajar baru hari ini." cikgu Noriah pandang Syahrul Nizar.
" Awak kenalkan diri." Syahrul Nizar mengganguk.Dengan yakin dan berani dia mula bersuara.
"Assalammualaikum.Saya Syahrul Nizar bin Mohd Nizam." Walau ada gemuruh di dada Syahrul Nizar cuba berlagak tenang.Seluruh kelas di perhati.Wajah kawan-kawan barunya di pandang dan pandangannya terhenti pada seraut wajah yang amat di kenalinya.Alahh..sekelas la plak!
"Okey..Syahrul.Kamu boleh duduk di kerusi belakang sebelah Ramlan tu."Cikgu Noriah memberi arahan.Tanpa sebarang bantahan Syahrul menurut dan langkah terus di atur menuju meja yang masih kosong.Saisah Mazeati selamba memandang tanpa riak wajah terkejut.
Cikgu Noriah menuju ke meja guru.Sekarang time matapelajaran Bahasa Malaysia.Cikgu Noriah adalah guru Bahasa Malaysia dan sejarah.Perkara pertama yang di lakukan adalah ambil kedatangan pelajar kelas 5 Sains Sukan.
"Siapa yang tak datang hari ni." Cikgu Noriah donggakkan kepala mohon soalannya di balas.
" Atie solehah cikgu dengan Bie Nurul." Zalifah Hussein bersuara.
"Ada lagi cikgu..Adi pun tak datang cikgu." Adi ataupun nama penuhnya Rozaidi.Kawan-kawan sekelas memanggilnya Nujum Pak Belalang gara-gara nama facebooknya yang di beri nama Adi Nujun Adi Nujun.
Cikgu Noriah terus menyelesaikan tugasnya.Yang hadir di tanda satu manakala yang tak hadir di tulis kosong.Rozaidi paling kuat memonteng sekolah.Cikgu Noriah geleng kepala.Seminggu dua hari saja Rozaidi ke sekolah. Apa nak jadi dengan budak sorang ni.
"Hari ini kita buat karangan ya." Cikgu Noriah bangun dan menuju ke papan hitam.Kapor di capai dan beberapa perkataan di coretkan di papan hitam.
" Kenangan saya,.tajuk karangan hari ini.Saya nak kamu buat kerja senyap-senyap.Jangan bising." sehabis menulis cikgu Noriah mula memberi arahan.Dia kembali duduk di meja guru.Wajah serius di pamerkan.Cikgu Noriah memang seorang guru yang tegas.Jarang melihat dia tersenyum dan membuat lawak ketika mengajar.
Saisah Mazeati yang sudah mula menulis tersentak bila terasa ada yang mencuit pinggangnya.Dia menoleh ke arah Lyna yang sudah tersengeh.
"Handsomekan mamat tu." Lyna berbisik.Saisah berpaling ke meja sebelah.Kebetulan Syahrul turut sama berpaling ke arahnya.Syahrul tersenyum.Saisah buat selamba.Sebelum datang ke sekokah tadi masing-masing sudah membuat janji antara mereka untuk tidak pernah saling mengenali.
"Kalau handsome kenapa? Kau berkenan?" Saisah juga berbisik.Bimbang kalau di dengar cikgu Noriah pasti mereka akan di denda.
"Ehh..kalau dia nak,apa salahnya.Aku on ja." Lyna sengeh gatal.Saisah tarik muncung.Dah terlambat Lyna aku dah cop mohor pun.Si mamat handsome tu dah jadi milik aku forever!..Saisah berdialog dalam hati.
"Eh..mamat tu pandang sini la." mereka masih berbual dengan suara perlahan.Saisah pandang sebelah.Syahrul buat selamba.Saisah angkat kening.Apa tengok-tengok? Nak kena cepuk dengan aku ker? Saisah hanya berbisik di dalam hati.Kerja yang cikgu Noriah beri di teruskan.Kenangan saya..apa punya tajuk kenangan.Kalau buat cerita kenangan di paksa nikah okey ke tak ni.Saisah ingin senyum tapi terpaksa di sembunyikan senyuman dengan mengigit bibirnya sendiri.Syahrul di pandang lagi.Syahrul sudah berbual dengan Ramlan.Dah boleh menyesuaikan diri la tu.
Karangan terus di karang tapi yang nyata bukan kenangan bersejarah yang berlalu beberapa hari yang lalu..hurm..cerita baru bermula.Kau dan aku sudah bersatu walau tanpa secubit perasaan cinta.Saisah mengeluh dan untuk kesekian kalinya meja sebelah di pandang lagi.Mungkinkah cintaku padamu akan bersemi? Biar masa menentukannya.
" WEYY,..! ..minta tengok karangan siang tadi." Saisah urut dada.Sedang asyik membaca novel 'Bila Rindu Pun Berlagu' dalam biliknya dia di kejutkan dengan suara Syahrul yang datang tiba-tiba ke biliknya.
"Tak boleh bagi salam dulu ke?.Main sergah ja.." Saisah kuatkan suara.Terkejut punya pasal.Biarlah!
"Ada aku kesah? Aku cari ea dalam beg kau." beg Saisah di atas meja tulis di tuju.Saisah pantas meletakkan novel dan segera menghalang Syahrul.
"Wey..apa ni?..ada plak nak baca karangan orang." beg sekolahnya yang sudah di pegang Syahrul di rampas.
Syahrul tersentak dengan tindakan pantas Saisah tapi sekejap cuma dia sudah mengukirkan senyuman.
"Ala..kejap ja,aku bukan nak ciplak pun.Aku just nak baca ja kenangan apa yang kau tulis." Syahrul masih mencuba.Letih juga dia memerah otak berfikir apa yang perlu di karang.Mana tahu kalau dengan membaca karangan Saisah boleh mendatangkan idea.
"Apa kes plak kau nak baca karangan aku.Kau dah tujuh belas tahun.Takkan kau langsung tak ada kenangan untuk di tulis." Saisah masih berkeras.Beg sekolahnya di larikan dan dia pergi semula duduk di sofa di sudut biliknya.Novel di pegang kembali.Beg sekolah di letakkan di sisinya.Syahrul yang masih tidak berputus asa turut mengekori Saisah dan duduk di sisi Saisah.
"Otak aku blurr ar..pinjam kejap.Aku nak baca." Syahrul buat muka simpati.Wajah Saisah di pandang sayu meminta belas.Saisah yang memandang terasa lucu tapi di sembunyikan senyumannya.Saja buat muka garang.Walhal dalam hati ada taman.
"Apa kenangan paling manis dalam hidup kau?" Saisah sekadar bertanya.Mana tahu nanti boleh menolong Syahrul yang konon-kononnya tengah blur tu.
"Err..tentu ar pegi dating dengan awek-awek cun." Syahrul tayang gigi.Sepantas kilat kepalanya di ketuk Saisah dengan novel.
"Woii..kepala jangan main la.Lagi blurr ar otak aku." Syahrul mengosok kepalanya yang sedikit sengal.
"Kenangan lain.Selain dating dengan awek." pantang betul aku kalau sebut awek-awek ni.Walau cinta belum bersemi tapi suami tetap suami.
"Masa sekolah rendah dulu ada ar,aku pegi rombongan sekolah di Langkawi." Syahrul tersenyum selepas habis berkata-kata.Ada sesuatu yang terlintas di fikirannya.Sejak sekolah rendah lagi Syahrul di minati ramai.Masa pergi rombongan di Langkawi tu ada seorang pelajar perempuan yang comel bagi hadiah padanya.
"Haa..tulis ajalah kenangan tu.Bukan payah sangat pun." Saisah mengajukan idea.Novel yang di pegang tidak jadi di sambung membacanya.Di letakkan di atas riba.
"Mana boleh." Syahrul menjawab kuat.Terkejut dengan saranan Saisah.
"Kenapa plak tak boleh?" Wajah Syahrul di pandang hairan.Apa yang tak boleh plak.Tulis ajalah cerita tu.Pergi rombongan kalau pandai mengolah ceritanya pasti akan jadi satu karangan yang baik.
"Giler! Takkan aku nak cerita ada awek kasi aku hadiah masa pegi rombongan tu kot." laju saja Syahrul bersuara dan laju juga Saisah memukul bahunya dengan novel.
"Mamat poyo." Saisah berkata kuat sambil menjelirkan lidahnya pada Syahrul."Wekkk..." novel di buka kembali.Mencari semula muka surat yang tak sempat di tanda tadi.
"Aku cakap betul apa.Memang ada awek kasi aku hadiah.Minta la kejap aku nak baca sikit aja.Nanti mana tahu idea aku tiba-tiba aja bleh datang..ala pleaseee..!!!" Saisah cebirkan bibir.Novel di baca penuh perasaan.Syahrul di sebelah tidak di pedulikan.Melihat Saisah sudah mula membaca dan tak menghiraukan dirinya Syahrul menjangkau tangannya dan merampas beg Saisah.
"Tak guna punya mamat poyo." mereka berkejaran dalam bilik.Tak cukup dengan itu mulut Saisah riuh membebel.
"Bagi ar balik beg aku tu!" Syahrul berada di sebelah kiri katil manakala Saisah di sebelah kanan katil.Saisah mendengus geram bila Syahrul tak berjaya di hampiri.
"Yang kau kedekut taik idung masin sangat ni kenapa?" sungguh-sungguh Syahrul nak membaca juga apa yang di tulis Saisah.Apabila Saisah semakin berdegil Syahrul semakin meronta-ronta ingin tahu.
Akhirnya dalam kejar mengejar tu Syahrul dapat meloloskan diri.Beg sekolah Saisah di bawa bersama.Syahrul berlari ke biliknya dan bilik di kunci dari dalam.Saisah bengang.Uwaaa..aku tulis kenangan masa aku jatuh longkang masa form one.Tentu mamat poyo tu akan gelak sakan kalau dia baca karangan aku tu.Tak boleh jadi ni.Maunya sebulan la gamaknya dia bakal di ejek oleh mamat poyo tu.Saisah berkejar ke bilik Syahrul.Pintu bilik Syahrul di ketuk berkali-kali.Nasib baik ibu dan mak mentuanya tiada di rumah.Hanya tinggal mereka berdua.Kalau tidak teruk juga menahan telinga di leter keduanya.Syahrul dengan Saisah pasangan suami isteri yang bagaikan anjing dengan kucing.Pantang berjumpa mesti bercakaran.Dah nama pun budak-budak remaja.Alahai..!
Lima minit kemudian bergema ketawa kuat dari bilik Syahrul.Saisah yang mendengar diluar bilik mengetapkan bibirnya.
"Syahrulll...!!!
BAB 2
"SYAHRUL,..,..macam mana sekolah di sini? Suka?" Puan Habsah menyoal Syahrul ketika mereka sedang menghadap sarapan pagi.Semua mata memandang Syahrul.
"Boleh la ibu.Tapi yang lecehnya kena sekelas dengan budak sebelah ni." Syahrul tayang gigi.Sengaja nak mengusik Saisah.Mamanya mengelengkan kepala.Tahu sangat dengan gelagat budak berdua tu.Saisah menjeling geram.
"Pagi-pagi lagi dah nak bergaduh Syahrul?" Puan Mawar bersuara juga.Bagaimana nak merapatkan anak menantunya.Kadang-kadang baik saja berbincang perihal kerja sekolah.Kadang-kadang bertekak bagai nak pecah rumah.
"Dia tu memang mama.Bukan kira pagi,petang,siang atau malam.Menyakitkan hati ja." Saisah bersuara sambil meneruskan suapan.Syahrul yang duduk di kerusi sebelah memicit hidungnya.Kuat.Saisah meradang.Kaki Syahrul di pijak.Kedua ibu yang memerhati saling berpandangan, akhirnya kedua-duanya mengelengkan kepala.
"Zeati!..Syahrul!..makan!!! Bergaduh saja ni..depan rezeki pun nak bergaduh ker?" Puan Habsah bersuara tegas.Syahrul dan Saisah menyengih.Dengan selamba Syahrul hulurkan tangan pada Saisah.
"Salam..cium tangan.Cepat!" arahan mandatori di beri.Saisah mencebik tapi dalam masa yang sama tangan Syahrul tetap di sambut dan di cium.Syahrul sengeh kemenangan.Puan Habsah dan Puan Mawar berbalas senyuman.Penuh makna.
"Ibu..mama..Zeati nak pergi sekolah dulu la." Saisah bangun mendapatkan ibunya dan ibu mentuanya.Tangan mereka di salam penuh hormat.Syahrul turut berbuat perkara yang sama.Mereka berjalan beriringan keluar dari rumah.
"Petang ni kau ambil tuisyen tak?" Syahrul yang baru melangkah keluar mula menyoal.Saisah tak menoleh.Rak kasut di tuju dan mengeluarkan kasut sekolahnya.Syahrul yang geram pertanyaannya tak di balas mencuit pinggang Saisah.
"Woii..pinggang jangan main ar!" garang bebenor bunyinya.
"Ada ar tuisyen mate petang ni..aku balik lewat sikit...kau tak join ker?" kasut dipakai.Syahrul yang sedang mengikat tali kasut mendongak memandang Saisah.
"Aku masuk kelab bola sepak.Petang ni kami ada latihan." motor di hampiri.Suis motor di masukkan.Kedua-duanya pergi ke sekolah berasingan motor.Mana boleh pergi sekolah sekali.Maunya glamer kena gosip.
"Kau pandai main ke bola? Bukan kaki bangku ke?" Saisah gelak.Bukan selalu dapat kenakan mamat poyo ni.
"See my leg la wey!" bahasa rojak tu jugak yang di gunakannya..
"Kalau minggu depan sekolah kita juara baru aku tengok kaki kau tu ea,tapi kalau sekadar jadi pemain simpanan..erm..tak payah ar nak berlagak lebih-lebih." sambil berbual starter ditekan dan motor meluncur laju bila minyak di pulas.Saisah berlalu meninggalkan Syahrul terpinga-pinga tanpa sempat membalas.
Saisah yang sampai dulu ke sekolah di hampiri Zalifah.Kebetulan mereka sampai serentak.Zalifah yang juga memarking motor di tempat yang sama tersenyum ke arahnya dan senyumannya berbalas.
"Kau baru sampai ke Saisah."Soalan bodoh.Dah sah-sah Saisah baru sampai di tanya lagi dan respon Saisah.
"Taklah..dari tahun lepas lagi aku dah sampai.Ngok betul... suka sangat tanya soalan bodoh ni kenapa?" dalam menjawab sempat lagi nak menyoal.Zalifah tersengeh.Dah tersalah tanya soalan sengeh ajalah.Nak cakap apa lagi.
"Woi minah rempit!!.Sikit punya laju ke bawa motor.Tak sayang nyawa?" Syahrul yang baru tiba sempat melaung.Dia yang lelaki ni pun tak dapat mengejar.Risau juga tengok Saisah tadi.Tak pasal-pasal menduda di usia muda.Minta di jauhkanlah.Saisah buat pekak.Jangan di layan mamat poyo tu.Saisah ikut kata hati.Langkah di teruskan.
"Kau dengan Syahrul tu memang pantang jumpakan.Aku tengok sejak dia mula bersekolah di sini lagi korang dah macam kucing dengan anjing." Saisah pandang Zalifah.Macam mana di rumah macam tu la di dalam kelas.Lebih-lebih lagi Syahrul tu.Selalu menyakat dia.Pinjam pen la,pinjam buku la.Kalau mereka berbincang secara berkumpulan dan mereka dalam group yang sama mereka selalu bertelagah pendapat.
"Err..ya ka? Aku tak perasan plak Syahrul tu ada ekor dan satu lagi aku pun tak pernah ada ekor." Saisah berkata dengan wajah selamba.Biar kawan-kawan nak cakap mereka kucing dengan anjing.Itu lagi selamat dari di gelar loving couple.
"Menjawab saja kerja kau kan?" Zalifah membidas Saisah.Selalu dia saja yang menang.
"Sejak bila plak aku bisu.Dah boleh bercakap aku jawab ar." Saisah membalas juga.Syahrul yang berjalan di belakang memintas mereka berdua.
"Hai Ifa,..how are you?" ceh..mat saleh celup dah bersuara sambil menyengeh nakal.
"Hai Syahrul." Zalifah turut tersenyum.Saisah tunjuk penumbuk.Syahrul gelak besar.
"Nanti kita keluar date ea Ifa?." Syahrul mula mengayat.Sekadar menguji si isteri yang garang tu.
"Uwekkk!!!" Saisah naik meloya.Ayat tak boleh tahan nak dengar.Ayat mat romeo.
"Kenapa sayang? Meloya ker?" Syahrul gelak lagi dan gelak Syahrul bersatu dengan Zalifah.Saisah jeling geram keduanya.Huh! Ada ubi ada batas,ada lori ada bas.Saisah berbisik dalam hati.Syahrul jungkitkan kening.Saisah jelirkan lidah.Dalam bergaduh mereka sampai juga di kelas.
TIME rehat semua pelajar menuju ke kantin.Panjang betul barisan.Saisah and the geng pun turut sama beratur.Nak buat macam mana dah tradisinya macam tu.Mahu atau tidak kalau nak jugak isi perut yang dah berlagu rap tu beratur la jugak.Syahrul Nizar berbaris di barisan sebelah.Mereka berbalas pandang.Dengan nakal Syahrul kenyitkan mata pada Saisah.Saisah jelirkan lidah.Gelagat mereka di perhatikan kawan-kawan yang turut berbaris bersama.Kawan-kawan pun dah tak hairan dengan tingkah laku mereka yang pantang berdekatan.Sampai giliran mereka untuk membeli makanan.Banyak jenis makanan terhidang.Nasi campur,mee goreng,mee kuah,laksa,bihun dan sebagainya lagi.
"Syahrul tolong." Saisah yang nak makan nasi campur terpaksa meminta tolong Syahrul memandangkan nasi berada berdekatan Syahrul.
"Apa?" Syahrul pandang Saisah tak faham.
"Aku nak nasi.Tolong sendukkan.Kau baikkan." ayat bodek dah keluar.Kembanglah Syahrul tu bila di puji.Syahrul mengikut saja permintaan Saisah.Tak baik bergaduh depan rezeki.
"Terima kasih.Ni yang aku sayang kau sangat-sangat ni." Saisah sengeh,Matanya di kenyitkan pada Syahrul.
"Mak Cik Anni,.saya nak ayam goreng dengan kuah kari tu.Tolong ya sendukkan." pinggan nasi di hulur pula pada mak cik kantin.Mak cik kantin ni ramah orangnya.Semua pelajar sukakan dia.Mak cik Anni tak pernah lokek dengan senyuman.
"Itu aja ke? Sayur tak nak?" mak cik Anni ramah bertanya.Senyuman manisnya di ukirkan bersama lembutnya suara.
"Boleh juga,Mak cik Anni masukkan sikit sayur campur ya." permintaan Saisah di turuti.Pinggan nasi bertukar tangan.Saisah mencari pula meja kosong.Ternampak Atie yang sedang mengamit ke arahnya.Semua geng mereka berkumpul di meja yang sama.Ramai geng satu kelas mereka yang sudah mengadap makanan masing-masing.
"Nah air,..selalu macam ni.Beli makanan bukan nak beli air sekali.Tu nasi tu aku dah bayarkan.Tak pernah di buat orang.Beli tapi tak bayar." Saisah tepuk dahi.Dia boleh pulak lupa nak bayar.Ibunya buka restoran.Selalunya mereka akan makan di restoran ibunya.Ambil nasi dan lauk,order air,duduk dan makan sampai terbawa-bawa perbuatan tu hingga ke sekolah.
"Eee..ni yang aku sayang kau rapat-rapat ni." Saisah bersuara girang.Kawan-kawan lain mengeleng.Saisah dan Syahrul dalam selalu bergaduh mereka tetap saling membantu.
"Yalah tu.Aku sayang kau jugak." Syahrul bersuara selamba sambil duduk di sebelah Ramlan di sebelah kirinya dan Saisah di sebelah kanannya.Atie,Lyna,Ifa dah mula makan.Masing-masing memilih menu kegemaran masing-masing.Syahrul makan mee goreng.
"Bismillahirahmanirrahim..." bismillah dan doa makan di baca dan Saisah terus menyuapkan nasi ke mulut.Sekali sekala mereka membuka cerita.
"Aku hairanlah dengan korang berdua ni.Kadang-kadang macam belangkas.Kadang-kadang macam kucing dengan anjing." Ramlan memecahkan keheningan dengan memulakan perbualan.Semua mata memandang Ramlan.Siapa yang dia maksudkan.Saisah blurr tapi seketika kemudian bila dia dan Syahrul pula yang jadi perhatian Saisah mula mengukirkan senyuman.
"Alah..kami gaduh-gaduh manja aja.Kan sayang?" Saisah sengaja bersuara manja sambil menoleh pada Syahrul.Syahrul tak membalas.Dia jongketkan kening sambil tersenyum.
"Korang ni kalau baik macam suami isteri.Saling ambil berat tapi kalau bergaduh macam bermusuh berkurun lamanya." Atie pula bersuara mewakili kawan-kawan yang lain.Syahrul dan Saisah berbalas pandang.Sedetik cuma sebelum sama-sama menghamburkan tawa.
"Dahh..pulakkk?" Zalifah pun turut keliru.
"Apa?" dalam ketawa Saisah masih sempat menyoal.
"Korang la,Apa yang lucunya?" Zalifah menyoal lagi.
"Biarlah rahsia!" Huh! Ayat yang selalu buat orang menyampah tu dah keluar.Yang lain saling memandang di antara satu sama lain dan akhirnya pandangan mereka di alihkan pada Syahrul dan Saisah.Keduanya hanya menyengeh tanpa suara.
"Lepas rehat cikgu Nurbayakan? Korang dah siap ke kerja sekolah yang cikgu Baya bagi kemarin.Kalau ada yang tak siap karang bernanah juga telinga aku ni nak dengar dia berleter." Saisah pandang satu persatu wajah rakan-rakannya.Syahrul tak payah di tanya.Kalau ada kerja sekolah mereka selalu siapkan bersama di rumah.
"Berehhh.." Ayie yang jadi pendengar sejak tadi bersuara.Ayie ni kalau dah jumpa makan slumber ja dia makan.Tak pandang kiri kanan dah.Orang dok di sebelah pun dah macam tak wujud dah.
"Eh Ayie..bukan kau ke yang selalu kena denda setiap kali cikgu Nurbaya masuk kelas."Ramlan pantas saja bertanya.Yang lain dah terangguk-angguk macam burung belatok.
"Hahaha..korang apa tau.Aku sengaja aja tu.Syok pa kalau dengar cikgu Nurbaya tu dok berleter." Ayie ketawa.Yang lain pandang semacam.Tak puas hati.Cikgu Nurbaya kalau dah mula berleter habis di ungkit sejarah lampau.Puji habis semua pelajar-pelajar favourite dia.Macam la mereka yang di leter tu teruk sangat.
"Banyak ar kau punya syok." Lyna bersuara mewakili yang lain.Lyna ni pun salah sorang dari mangsa cikgu Nurbaya jugak.Selalu kena leter.Mungkin dah hobi cikgu Baya kot or tak pun dah terlebih hormon.
"Kawan-kawan..dahh,.Jom! masuk kelas." Zalifah mengajak semua rakan-rakannya untuk masuk ke kelas.Kawan-kawannya kalau sudah boleh mengutuk cikgu memang tak ingat apa dah.Terlupa la tu cikgu itulah pemberi ilmu.Kalau yang suka berleter tu tandanya cikgu tu prihatin.Kann?
Akhirnya bila masa rehat berlalu kantin di tinggalkan dan mereka semua melangkah ke kelas untuk memulakan pelajaran yang seterusnya.
BAB 3
PETANG yang damai.Macam biasa cuma tinggal Saisah dan Syahrul yang menjadi penghuni rumah mereka.Puan Habsah dan Puan Mawar terlalu sibuk menguruskan restoran dan kedai kek.Restoran makanan tradisional yang di tinggalkan oleh arwah ayah Saisah manakala kedai kek adalah hasil usaha Puan Habsah sendiri.Puan Mawar orang berada asalnya.Suaminya Mohd Nizam seorang usahawan terkenal tapi syarikatnya telah di khianati orang dalam syarikatnya sendiri.Mohd Nizam meninggal akibat serangan jantung kerana terkejut bila di istiharkan muflis oleh pihak bank.
Saisah dan Syahrul terpaksa di nikahkan kerana nak mengelak terjadinya fitnah oleh masyarakat sekeliling dan untuk mengelak terjadi sesuatu yang tidak di ingini bila di tinggalkan berdua.Bila lelaki dan perempuan tinggal berdua yang di tengahnya adalah syaitan.Oleh itu bila ikatan pernikahan sudah terjalin Puan Habsah dan Puan Mawar bolehlah keluar bekerja tanpa perlu memikirkan perihal anak-anak mereka.Kalau berlaku apa-apa sekurang-kurangnya dalam ikatan yang sah.
Saisah dan Syahrul begitu tekun menyiapkan nota sejarah yang diberi oleh cikgu Noriah.Awal-awal lagi cikgu Noriah sudah memberi amaran nota harus disalin jangan di photostat.Sekali sekala Syahrul akan panggung kepala merenung wajah Saisah yang duduk bertentangan dengannya.Leka benar wajah itu di teliti.Wajah yang sudah berjaya mencuri hatinya.Sudah ada perasaan luar biasa yang mula bersarang di jiwanya.
"Lepas SPM nanti kau nak buat apa?" Syahrul bertanya serius.Saisah masih menulis.Langsung tak beriak wajahnya.
"Buat bodo aja la!" dalam buat tak tahu Saisah tetap menjawab. Syahrul bengang dengan jawapan Saisah pantas di tunjal kepala Saisah hingga kepala Saisah terdorong ke belakang.
"Woi! Main kasar nampak?" Saisah bersuara keras.Mencerlung matanya memandang Syahrul.
"Aku tanya sekali lagi.Kau jawab main-main siaplah kau! Lepas SPM kau nak buat apa." tanya soalan pun siap dengan amaran lagi.
"Lepas SPM la aku jawab." Saisah jawab selamba.Matanya masih tertumpu pada buku teks dan buku nota.Tangannya lincah menulis.
"Langsung tak ada perancangan masa depan!" Syahrul meneruskan kerjanya menulis.Saat Saisah pula membalas dendam.Bila di lihat Syahrul begitu khusyuk menulis Saisah mengambil pemadam dalam pencil box dan melontar ke wajah Syahrul.Tepat mengenai hidungnya.
"Weh!" Syahrul mengosok hidungnya.Saisah dah mengekek ketawa.Dalam menyiapkan kerja sekolah pun mereka sempat lagi berperang.
"Zeati...buatkan air! Aku dahaga la!" Saisah donggakkan kepala.Syahrul tayang wajah mohon simpati.
"Kalau ada kek ke biskut ke bawa ar sekali!" Syahrul bersuara lagi setelah melihat Saisah bangun.Sebrutal Saisah pun dia masih menurut setiap permintaan Syahrul.
Lima minit kemudian Saisah datang kembali dengan dua gelas juice oren juga sepiring kek keju dan sepiring chipsmore.
"Ni yang buat aku lagi sayang kau ni." Syahrul sengeh.Memang perkataan sayang itu dah jadi mainan di bibir mereka setiap kali permintaan mereka tertunai.
"Kau memang wajib sayang aku pun!" serius Saisah bersuara.Syahrul berhenti menulis.Dia mengadap pula hidangan yang Saisah bawa.Sambil tu wajah Saisah di renung dalam.
"Apa tengok-tengok?" Saisah bulatkan mata.Tak puas hati bila di renung begitu.Dalam bergaduh pun kadang-kadang hati Saisah tetap bergetar bila berduaan dengan Syahrul.
"Aku..aku..aku...." Syahrul ingin meluahkan perasaannya pada Saisah tapi entah kenapa terasa sukar nak melafazkannya.Saisah yang memandang dah jadi hairan semacam.
"Sejak bila pulak kau gagap ni?" Saisah tayang gigi.Rasa lucu plak bila tengok mamat poyo boleh gabra macam tu sekali.
"Hiesy!" Syahrul jadi geram bila melihat Saisah tersenyum begitu.Tercabar perasaannya tiba-tiba.Dia bangun dan menghampiri Saisah.Dari duduk bertentangan di meja kini mereka bersebelahan.
"Apa hal ni?"Saisah bertanya cemas.Otaknya sudah mula berfikir yang bukan-bukan.
"Kau sayang aku tak?" Wajah Saisah direnung.Bahu Saisah di pegang dan di pusingkan mengadap dirinya.
Gulp! Saisah telan liur.Apa kena dengan mamat poyo ni? Adoii..
"Aku sayang kau! Serius! Tak main-main!!!" terhambur tawa Saisah.Bikin suspen betul Syahrul ni.Ingatkan apalah tadi.Syahrul bengang bila Saisah ketawa.Wajahnya di dekatkan ke wajah Saisah dan...
Saisah terus terkesima.Matanya dibulatkan pada Syahrul.Syahrul kerut kening dan akhirnya melebarkan senyuman.
"Alah! Habislah my first kiss!" Saisah merungut.Langsung tak menduga Syahrul akan bertindak begitu.
"Alah..sikit aja pun.Tu pun nak berkira!" Syahrul mencebik.Tulah orang nak luah perasaan boleh lagi nak main-main.
"Cehh..saja ja nak ambil kesempatan." Saisah tarik muncung.Dalam mindanya tertanya-tanya kenapa Syahrul sengaja ambil tindakan drastik tu.
"Alahh..bukan berdosa pun.Aku sikit punya serius ke cakap aku sayang kau yang kau bantai gelak siapa suruh." Syahrul terasa bila Saisah menuduh dia ambil kesempatan sedangkan sebagai suami, Saisah memang dah jadi hak dia.
"Err..okey-okey..tukar topik k.." Saisah cuba meredakan perasaannya dari kejutan tadi.Terasa berbahang wajahnya bila topik perasaan di bincangkan.
"Kau tak jawab lagi soalan aku." Syahrul tak puas hati.Dia dah luahkan apa yang dia rasa tapi Saisah sengaja nak menukar topik.
Saisah buat isyarat tangan.Tangannya di unjukkan ke dada Syahrul dan di letakkan di dadanya.Sungguh! Syahrul tak faham.
"Apa?" sepatah perkataan yang padat untuk mengambarkan bahawa dia langsung tak faham.
"143.." Saisah sebut ayat keramat tu dalam nombor pula tapi Syahrul tetap tak faham.Kepala yang tak gatal digaru.
"No ekor ke?" pantas saja bahunya di tampar Saisah.
"HACKS" Saisah guna pula perkataan paling glamer tu.
"Ya Allah,sekejap 143,sekejap HACKS..cakap ar betul-betul.Pening ar!" Syahrul berterus terang.Saisah mula hilang sabar.
"Apa punya ngok, I love you la,hanya aku cinta kau sorang.Huh!" Saisah lepaskan juga apa yang di rasa.Apa punya bengap la Syahrul ni..hahaha..
"Oh.." Syahrul sengeh.
"38 and KTDHS." Syahrul pula mengunakan bahasa yang tak pernah orang guna.Giliran Saisah plak garu kepala.
"Apa tu? Tak pernah dengar pun!" Soalan Saisah ajukan.Memang ini kali pertama dia dengar.
Sambil tersenyum Syahrul menjawab.
"Saisah Mazeati,kau dihatiku dan kau tetap dihatiku selamanya..1437..." Syahrul menarik nafas lega.Terlafaz juga ucapan itu.Mereka sama-sama berbalas senyuman.Moga bahagia akan terus bersama mereka dan moga cinta ini akan tetap bersemi selamanya.
Di hari yang lain pula,.
"JOM KELUAR,..aku boring ar." Fokus Saisah yang sedang menonton drama korea bersiri terganggu.Entah dari mana la mamat poyo ni datang.Tau-tau dah terpacak tepi Saisah.
"Malas." Saisah jawab sepatah.Syahrul mengambil tempat disebelah Saisah.
"Kau tak boring ke? Tengok tv,baca novel,asyik berkurung aja.Jom ar.." Syahrul pandang Saisah yang asyik sangat dengan drama korea.Cakap Syahrul dia buat tak tau aja.
"Nanti kalau aku ajak Ifa ke,Lyna ke,Atie ke kau jugak nak marah.Jom ar aku boring ni.Ada kau boleh gak gaduh-gaduh." Syahrul ketawa lepas.
"Ramlan ada,Amin ada,Ayie pun ada yang gatal nak ajak Ifa,Atie,Lyna ni pehal?" Syahrul ketawa lagi bila mendengar soalan Saisah.Jelas sekali ada nada cemburu pada ayatnya.
"Jom ar! Pergilah siap! Aku tunggu!" lengan Saisah di tarik supaya bangun.Saisah keraskan badan.Malas betul melayan mamat poyo ni.
"Ahh sudah..nanti kalau tak mau keluar aku..." sengaja Syahrul tak menghabiskan ayatnya.Wajah Saisah di pandang untuk melihat apa reaksinya.Saisah berpaling dan jongketkan kening.
"Apa?" Saisah bertanya.Syahrul sengeh sambil matanya di halakan ke arah tv.
"Tu..aku buat macam tu.Kau mau."Aksi hero dan heroin korea yang sedang berpelukan di tv sedang di paparkan.Berubah wajah Saisah.Syahrul ketawa.
"Cehhh..tunggu kejap aku siap." Syahrul ketawa lagi.Tau pun takut.
Sepuluh minit kemudian Saisah keluar berseluar slack dan berbaju T lengan panjang.Tudung hitam labuh melepasi paras dada.Minah rempit muslimah.Syahrul terus bangun bila Saisah menghampiri.
"Naik motor aku.Motor kau tinggal.Jimat sikit duit minyak." arahan tegas dari seorang suami.
"Ikut ar.Aku pun malas nak merempit petang-petang ni.Kau yang paksa aku keluar.Naik motor kau ar.Nanti kita singgah makan ais kacang di tepi pantai ea?" Saisah terus menuju pintu.Syahrul bergegas mengambil kunci motor di atas meja ruang tamu.Bibirnya mengukirkan senyuman.Bukan senang nak ajak minah rempit ni keluar date.
Motor dihidupkan.Saisah yang kali pertama nak membonceng motor Syahrul masih ragu-ragu dengan keputusannya.Topi keledar di tangan masih di pandang sepi.Syahrul yang memerhatikan gelagat Saisah mula tersenyum lagi.Seolah dapat membaca apa yang sedang bersarang di fikiran Saisah.
"Naik sajalah.Jangan bimbanglah.Tak berdosa pun naik dengan aku.Nak peluk kejap-kejap pun aku tak kisah."Syahrul pamer wajah nakal.Senyuman di hadiahkan untuk Saisah dan Saisah..
"Woii..sakit la, tu baru berdosa.Pukul suami." hah! Kan dah kena hempuk dengan topi keledar.Tu la mulut tak berinsuran.
"Naik ar cepat.Meh sini aku tolong." topi keledar di tangan Saisah di ambil lalu di pakaikan di kepala Saisah.Amboi! Romantik jugak mamat poyo ni.Kembang hati Saisah di layan begitu rupa.Motor di panjat dan Saisah menselesakan diri dibelakang Syahrul.Alah! Relax ar,lagi ramai couple di luar sana yang baru bercinta dah bonceng bersama.Siap peluk-peluk lagi.Tak malu pun.Tapi,..kalau jumpa dengan kawan-kawan sekolah macam mana.Habislah kena gosip.Saisah berperang dalam hati.Sambil tu motor yang dipandu Syahrul sudah berada di lampu isyarat keluar dari taman perumahan mereka.
Destinasi yang di tuju pun tiba.Di tepi pantai.Angin sepoi-sepoi bahasa begitu menyegarkan.Saisah menuju ke tepi pantai bermain dengan ombak yang sedang pasang airnya.Syahrul berjalan di sebelah.Berjalan beriringan.Ada sepasang muda mudi yang duduk tersorok di celah batu yang menjadi perhatiannya.
"Iesy..nak merendek tak kira tempat.Tempat umum macam ni pun sempat lagi."Syahrul membebel.Saisah yang mendengar menoleh ke arah Syahrul.Langsung tak faham maksud Syahrul.
"Tu.." Syahrul muncungkan bibir ke arah sepasang muda mudi itu.Saisah tutup mata Syahrul dengan tangannya.
"Dah! Jangan mengatal nak tengok drama spektra yang tak di sunting itu." Saisah menarik tangannya kembali.Syahrul yang tersenyum nakal membuat dia rasa malu.
Tangan Saisah di pegang.Sengaja nak melihat reaksi Saisah Syahrul bersiul riang.
"Amboi! Mamat poyo!..nak romantik bukan di sini tempatnya.Baik lepas.Kang ada yang lebam kang." dah agak memang itu respon Saisah.
"Relax ar,bukan berdosa pun.Dapat pahala pe." ketika itu mereka melalui sekumpulan mak cik dan kebetulan perbualan mak cik-mak cik membuat mereka tersentak.
"Budak- budak remaja sekarang.Depan mak bapak pijak semut pun tak mati.Baik sangat.Keluar rumah pakai tudung labuh tapi belakang mak bapak keluar dengan jantan.Berkepit.Pegang-pegang tangan." ayat super berbisa tu buat Syahrul spontan melepaskan tangan Saisah.Saisah yang terasa terus berubah wajah.Sebak dan sakit hati membuat air matanya bergenang.
"Adoii! Ingatkan minah brutal rupanya dalam hati ada taman."Keras suara Syahrul.Niat nak mengusik tapi lain yang jadi.Air mata dah berjuraian laju.Saisah malu di umpat begitu walau hakikatnya mereka bukan berbuat dosa.
"Dah,dah..adoi!..jom kita pekena ais kacang dulu.Ingat nak bersantai-santai.Hujan plak turun.Cuaca clear aja."Syahrul sengeh menatap Saisah yang dah mula mempamerkan senyuman.Senang terasa senang di pujuk rupanya.
BAB 4
"ZEATI!!!",.Syahrul melaung Saisah Mazeati dari luar bilik.Saisah yang sedang mengemaskan bajunya untuk di masukkan ke dalam beg hanya membisu walau suara Syahrul begitu jelas di pendengarannya.
"Saisah Mazeati sayangggg!!!",.suara Syahrul kedengaran lagi,kali ini bersama tuannya sekali.Syahrul masuk ke bilik dan Saisah di hampiri.
"Apa lagi nak kena bawa? aku lupa ar!" Syahrul rebahkan tubuhnya di katil Saisah sambil memandang Saisah yang begitu tekun mengemas dan langsung tak mempedulikan kehadirannya di bilik itu.Sehelai demi sehelai bajunya di masukkan ke dalam beg.Bila menyedari kehadirannya tidak di alu-alukan Syahrul terus bangun dan berdiri di tepi Saisah.Terlalu hampir dan,..
"Oii cik Zeati sayanggg!!" tepat di tepi telinga Saisah dan dengan spontan juga Syahrul di tolak tanpa sedar.Nyaris Syahrul jatuh terlentang.Nasib baik jatuh tepi katil saja dan Syahrul sempat berpaut pada cadar.
"Kau ni kenapa? Aku belum pekak lagi la! Hiesyy,..suka sangat nak cari pasal!" Saisah mendengus geram.Dahlah tengah sengugut.Emosi tengah tak stabil.Mamat poyo ni plak masih nak cari pasal.Aku hempuk baru tahu.Saisah membebel dalam hati.Sekali sekala perutnya di tekan kuat.Luar biasa sakitnya kali ini.
"Zeati,.kau okey ke ni? Kau tak sihat ke?" Syahrul meletakkan tapak tangannya ke dahi Saisah,merasa suhu badan Saisah.Normal saja,tak ada pula kepanasan melampau.
"Okey ja! Tak panas pun?" Syahrul bingung.Saisah selalunya akan mengamuk kalau badannya tak sihat.Saisah malas mahu melayan.Di rebahkan badan ke katil sambil mengkerekotkan kakinya.Air matanya sudah bergenang.Kesakitan yang di rasa buat dia rasa tak tenang.Jiwanya begitu bercelaru.Syahrul yang memerhatikan keadaan Saisah terus duduk di birai katil dan memegang bahu Saisah.
"Kau sakit apa sebenarnya ni?jangan buat aku risau.Bagitau la aku.Mana tau aku boleh tolong," Syahrul mula cemas melihat keadaan Saisah manakala Saisah sudah mula rimas dengan perhatian yang Syahrul tunjukkan.Nak mengaku dia sedang sengugut malu pula.Walau mereka sudah menjadi suami dan isteri tapi mereka belum berkongsi segalanya.Sekadar saling meluahkan rasa sayang dan cinta belum bermakna segalanya harus di kongsi.Lagi pun ini kali pertama Saisah alami kesakitan luar biasa seperti ini.Entah di mana silapnya.
"Tolong keluar! aku nak tidur," permintaan yang paling berat untuk Syahrul tunaikan.Syahrul tak berganjak dan dia masih setia di sisi Saisah.Rambut Saisah di usap sayang.Mungkin dapat membantu meringankan kesakitan Saisah.Itu yang di fikirkannya walau Saisah masih merahsiakan apa yang di alaminya.Syahrul rasa itu memang tanggungjawab dia untuk sama-sama menanggung beban.Kalau Saisah sakit dia juga harus rasa sakit.
"Please Syahrul!,.aku nak tidur ni," Saisah bersuara perlahan.Kedegilan Syahrul buat dia rasa resah.Dia tak mahu terlalu bergantung pada Syahrul.Mereka di hujung tahun sekarang.Lagi sebulan mereka akan menduduki peperiksaan SPM.Selepas result keluar mereka akan bawa haluan masing-masing, jadi dia tak mahu perpisahan yang akan menyakitkan hatinya sendiri.Kalau dia terlalu bergantung pada Syahrul dalam segala hal dia takut tak akan mampu berdikari pula nanti.Dia memang memerlukan kehadiran kasih sayang seorang lelaki selepas ayahnya pergi mengadap Ilahi,tapi dia juga harus bersedia menghadapi apa saja kemungkinannya nanti.
''Kenapa kau degil sangat ni? bagi taulah aku kau sakit apa?,'' Saisah sebak tiba-tiba.Air matanya sudah laju mengalir.Emosinya cepat sangat tersentuh.Rasa terharu sangat dengan keprihatinan Syahrul.Perlahan kepalanya di letakkan di atas riba Syahrul dan matanya cuba di pejamkan untuk melawan kesakitannya.
''Kalau kau tak mau keluar dari bilik ni, kau temankan aku,tapi tolong jangan banyak cakap.Aku nak tidur kejap,'' Syahrul terkejut dengan perlakuan Saisah.Perempuan memang macam ni ke? Sekejap garang dan dalam masa yang sama boleh lagi nak bermanja.Akhirnya Syahrul mmembiarkan saja Saisah yang sudah tertidur itu.Rasa bahagia tiba-tiba mengetuk tangkai hatinya.Tak rugi kahwin muda rupanya.
~Tidurlah sayangku,aku akan senetiasa di sisimu.Menemani rasa resah dan gundahmu dan akan sentiasa ada di sampingmu saat suka dan dukamu.Aku sayang kau Saisah.Sayang sangat-sangat.Kaulah permaisuri hatiku dan akan tetap bertahta di hatiku selamanya~
Syahrul berdialog di dalam hati.Wajah Saisah di pandang penuh kasih.Sejak cintanya pada Saisah mula bersemi dia sudah berjanji dengan dirinya untuk melindungi Saisah.Biar pun dia masih remaja tapi dia ingin jadi matang untuk melindungi tiga orang wanita kesayangannya.
Semenjak ayahnya pergi mengadap Ilahi dia sudah nekad untuk terus melindungi ibunya.Kini dia telah menjadi satu-satunya lelaki dalam keluarga mereka.Bukan saja ibunya yang harus di lindungi sekarang tapi juga Saisah dan ibu mertuanya.Perlahan Syahrul tundukkan wajah dan kepala Saisah di kucupnya dan di elus perlahan.
~Kau isteriku Saisah Mazeati.Kau milikku~
Wajah Saisah di renung lagi.Terbit satu perasaan halus di jiwanya.Rasa kasih dan sayangnya begitu mengunung tinggi.Syahrul sandarkan kepalanya di katil dan tangannya terus menerus mengelus perlahan kepala Saisah.
''Zeati!,.dah siap berkemas ke belum?,'' pintu bilik di kuak dari luar.Syahrul terkejut.Puan Habsah sudah menjenguk di muka pintu bilik.
''Shahrul??? Kenapa tu?'' Puan Habsah bertanya.Selalunya anak dan menantunya asyik bertekak saja tapi apa yang di lihat sekarang buat dia jadi sangsi.
''Tak tahulah ibu.Tadi Zeati menangis.Bila Rul tanya sakit apa dia tak nak cakap pulak.Tu yang Rul teman dia kat sini.'' bila dah terkantoi dengan ibu mertua Syahrul tetap buat selamba.Nak takut apa mereka bukannya buat dosa pun.Itu yang Syahrul fikir.
Puan Habsah tersenyum.Dalam hatinya tak henti mengucap syukur.Nampaknya anak dan menantunya bukanlah saling membenci.Keputusan dia dan mawar menyatukan Syahrul dan Saisah bukanlah keputusan yang salah.Puan Habsah mendekati katil.Syahrul pula jadi serba salah.Perlahan kepala Saisah cuba di alihkan dari ribaannya.
''Syahrul!!! duduk diam-diamlah!!,..'' dalam mata yang masih terpejam Saisah bersuara.Syahrul dah garu kepala.Puan Habsah dah tergelak kecil melihat gelagat anak dan menantunya.
''Zeati!,.bangunlah!! dah siap berkemas ke belum ni?.Sempat lagi tu nak bermanja dengan Syahrul.Depan ibu pulak tu,'' Puan Habsah bersuara sambil terus tersenyum.Spontan Saisah mendonggakkan wajahnya.
''Ibu? Kenapa tak bagi tahu ada ibu?,'' soalan di ajukan pada Syahrul.Malu tak terkata bila di tangkap ibunya sedang tidur di atas ribaan Syahrul.
''Bila ibu pulang? Ibu ada ubat tak? Zeati tak tahan ni.Perut Zeati sakit sangat!!,'' Zeati tukar topik bila melihat Syahrul yang terkebil-kebil bila di soal olehnya.Saisah Mazeati terus bangun dan mendapatkan ibunya.
''Kenapa sakit? Salah makan ke?'' prihatinnya seorang ibu.
''Zeati sengugut la ibu! Tak pernah-pernah pun sakit macam ni.Sakit gilerr!!,'' Saisah bercakap perlahan dengan ibunya takut di dengari Syahrul tapi sayangnya Syahrul dah ukirkan senyuman nakal.
''Ohh,..patutlah sekejap angin puting beliung,sekejap musim salji,..'' Syahrul tergelak dan terus berlalu keluar dari bilik.Saisah kebam bibir dan dalam masa yang sama bantal di ambil dan di baling pada Syahrul.Semakin kuat gelak Syahrul.Puan Habsah hanya mampu mengeleng kepala.
KURSUS Kecermerlangan Pelajar untuk tingkatan empat dan lima baru saja bermula.Saisah Mazeati dan Syahrul Nizar antara pelajar yang mendaftar untuk mengikutinya.Selama tiga hari dua malam mereka akan berkampung di sekolah mereka.Berlaku sedikit kekalutan ketika sampai masanya mereka nak bertolak ke sekolah.Saisah Mazeati berkeras tidak mahu dihantar bersama Syahrul Nizar ke sekolah.
''Tak naklah ibu!!!,. Zeati tak nak pergi sekali,nanti teruk la Zeati kena gosip,'' Saisah Mazeati nekad.
''Zeati!,.kenapa degil sangat ni? Ibu ada kerja lagi tahu!!,'' Puan Habsah sudah mula naik darah dengan gelagat anak kesayangannya.Dia bimbang Syahrul akan terasa hati.
''Zeati,.kesiankanlah ibu sama! Takkan nak suruh ibu berangkut pulak.Pergi sekalikan senang,nanti pandai-pandailah kita kelentong kawan-kawan kita tu,'' Syahrul pula cuba memujuk.Payah betullah dengan perempuan sorang ni.Semuanya dia nak cover line.Bukan salah pun kalau pergi sekali.Bebel Syahrul dalam hati.
''Senangnya kau cakap!!!,.'' Saisah tarik muncung.Mindanya mula berfikir apa alasan yang bakal di reka untuk kawan-kawannya nanti.Memang tiada harapan untuk mengelak dari pergi bersama Syahrul.Nampaknya kuasa seorang ibu dan suami bila bergabung sekali, Saisah pun tak mampu nak menangkan diri.
''Sudah! jangan nak mengada-ngada lagi.Syahrul masukkan beg tu.Masuk kereta semua.Nanti ibu pun naik darah sekali.Korang pergilah sendiri!.Ibu tak nak campur,'' Puan Habsah terpaksa gunakan bahasa ugutan untuk menakutkan anak kesayangannya.
''Huh!!,'' Saisah terpaksa mengalah.Kakinya di bentakkan sikit dan mula membuka pintu kereta di tempat duduk depan disebelah pemandu.Syahrul sudah tersenyum melihat gelagat isteri tersayang.
''So Sweet!!!,.'' Syahrul bernada mengusik.Langkah di atur dan bonet kereta di buka dan di masukkan beg pakaiannya dan beg Saisah sekali.Puan Habsah hanya memandang gelagat anak dan menantunya itu.Dia juga keliru dengan gelagat mereka berdua.Sekejap baik,sekajap bergaduh.Kadang-kadang sejuk saja hatinya melihat mereka saling bekerjasama mengemas rumah dan membuat kerja sekolah.Kadang-kadang mereka berperang bagai nak pecah rumah tapi selepas itu sama-sama bergelak ketawa pula.Dia dan Mawar selalu berfikiran terbuka menerima saja gelagat anak dan menantunya.Mereka hanya memberi nasihat bila perlu.
Puan Habsah meneruskan pemanduannya dengan tenang.Sekali sekala Saisah yang berada di sebelahnya akan di kerling dengan ekor mata.Lucu jugak melihat wajah Saisah yang cemberut tu.Sekali sekala di lihatnya Saisah akan mengerutkan keningnya seolah sedang memikirkan satu masalah yang sangat besar.Di pandang pula cermin pandang belakang dan melihat pula gelagat Syahrul yang duduk di belakang.Tenang saja wajahnya.Langsung tiada riak wajah bimbang atau sebagainya.
''Zeati!,.kau fikir masalah negara ke? Dari tadi lagi aku tengok kau macam sedang resah ja,.relax ar,nanti aku tolong jawab bagi pihak kau,'' dalam menyoal Syahrul turut menjawab jugak.Macam tahu saja apa yang Saisah fikirkan.
''Dah lama ibu nak tegur ni.Tak boleh ke Syahrul dengan Zeati ni bahasakan diri saya awak ke.Ni kau,aku.Tak rasa kasar sangat ke?,'' Puan Habsah langsung tak kisah dengan apa yang ingin dibualkan oleh menantunya malahan dia sengaja mengalih topik mereka dari memikirkan isu datang ke sekolah bersama.Bukan masalah besar pun.
''Hee,.ibu ni!!! Skema sangat kot!! Awak? Saya?,'' Saisah memintas percakapan ibunya.Tak kena kot dengan sifatnya yang agak kasar tu nak bersaya dan awak bagai dengan Syahrul ni.Itu yang Saisah fikirkan.Hilang seketika resahnya sebentar tadi.
Syahrul yang turut mendengar saranan ibu mertuanya dah mula tersenyum nakal.Ada sesuatu yang sedang berligar di fikirannya.
''Kalau saya,awak tu skema kita panggil bie dan sayanglah.Apa kata sayang??,''Syahrul sengaja ajukan cadangan begitu.Puan Habsah sudah tersenyum lebar.Saisah Mazeati terus mencebirkan bibirnya.Tak sesuai!!!
''Uwekk!!,'' Saisah buat-buat nak muntah.Syahrul tergelak kuat.Puan Habsah mengeleng lagi.
''Aikk!! semalam kata sengugut takkan hari ni dah pregnant kot??,'' Syahrul terus-terusan menyakat Saisah.
''Aku hempuk jugak dia ni kang!!!,.'' keluar sudah ayat kasar lagi berkarat tu.Jelingan tajam di berikan Puan Habsah buat Saisah.
''Zeati!!!,.suami Zeati tu! Ingat sama!,'' tegas Puan Habsah bersuara.Syahrul dah ambil kesempatan.Tangannya di hulurkan pada Saisah.Macam biasa setiap kali Saisah melakukan kesalahan Syahrul akan meminta Saisah menyalaminya dan mencium tangan tapi kali ini Saisah hanya memandang huluran tangan Syahrul tanpa respon.
''Okey!!,.tak nak salam sudah! Tak apa abang faham bulan tengah mengambang.Hormon tengah tak stabil.Dosa Zeati abang maafkan!!,.'' Syahrul berkata selamba tapi seketika selepas itu terdengar Syahrul ketawa.Saisah semakin bengang dengan kata-kata Syahrul walau dalam hati rasa sedikit terpujuk mendengar panggilan sayang dan bila Syahrul membahasakan perkataan abang tu.Cuma egonya saja yang menidakkan perasaannya.
''Hmm,.sejuk hati ibu dengar Syahrul cakap macam tu.Menantu ibu ni macam dah matang pun.Cuma anak ibu ni saja yang degil tak habis-habis.Cuba belajar hormatkan suami tu.Ibu pun taklah risau sangat.Ni tak,.tak habis-habis nak bergaduh,'' Syahrul tersenyum mendengar ibu mertuanya memuji dirinya berbeza pula Saisah bila mendengar saja ibunya memuji Syahrul dan melihat Syahrul tersenyum terus di jelirkan lidahnya pada Syahrul.Tak puas hati betul!
Dalam asyiknya berbual dan bergaduh mereka sampai juga ke sekolah.Saisah dan Syahrul keluar selamba dari kereta tanpa menghiraukan pandangan pelajar lain pada mereka.Tak pelik sangat kot! Lantak koranglah apa korang nak fikir pun!.
BAB 5
''SAISAH!!!'' seseorang melaung
Saisah Mazeati sebaik saja Saisah turun dari kereta. Saisah menoleh untuk
melihat siapa orang pertama yang telah menangkap kedatangannya bersama Syahrul.
Berpusing saja kepalanya ke arah si pemanggil Saisah dah terpempam.
Yang melaung hanya seorang tapi
yang turut ada bersama ada lima orang. Geng sekelas yang sudah berkumpul di
tempat letak kereta. Mungkin mereka pun baru sampai dan belum masuk ke tempat
untuk mendaftarkan nama lagi. Saisah dan Syahrul saling berpandangan dan
mengatur langkah ke arah kawan-kawan mereka.
''Oitt!!,.macam mana korang
berdua boleh datang bersama ni?,'' soalan pertama yang keluar dari Atie
Solehah. Lyna yang melaung Saisah tadi hanya menganggukkan kepala turut memohon
jawapan. Zalifah, Ramlan dan Amin turut memandang mereka berdua.
Saisah memandang Syahrul sambil
memberi isyarat dengan menjongketkan keningnya. Tadi rasanya Syahrul dah
berjanji akan menjawab sekiranya disoal kawan-kawan mereka.
''Mama aku sibuk sikit pagi ni
dan kebetulan kami memang tinggal di taman perumahan yang sama, jadi tu pasal
aku tumpang ibu Saisah ni. Kenapa? Tak boleh ke?,'' tenang saja Syahrul
menjawab. Tiada apa yang perlu digusarkan. Saisah ni saja yang terlebih risau.
''Korang tunggu apa di sini?
Jomlah masuk, bagi nama dulu. Rasanya cikgu Nurbayakan yang bertugas mengambil
kedatangan kita? ''Sebelum disoal lebih lanjut Saisah mengambil jalan pintas
dan menyoal kawan-kawannya terlebih dahulu.
''Ha'ah,.sepanjang tiga hari
kita di sini aku dapat tahu ada enam orang guru yang akan mengawasi kita. Cikgu
Nurbaya, Cikgu Noriah, Cikgu Diana, Cikgu Mat Hassan, Cikgu Zafril my lover dan
Cikgu Kamarul,'' Zalifah bersuara mewakili semua yang ada. Ketika Zalifah
menyebut Cikgu Zafril my lover semua dah tersenyum lebar. Cikgu Zafril pernah
dinobatkan sebagai guru terkacak pada hari guru tahun lepas dan Cikgu Zafril
juga merupakan satu-satunya guru lelaki yang masih solo.
Mereka jalan beriringan menuju
ke dewan sekolah. Masing-masing membawa beg pakaian sendiri. Syahrul mengikut
Amin dan Ramlan manakala Saisah mengikut Ifa, Lyna dan Atie.
Kedatangan pelajar lelaki
diletakkan di bawah seliaan cikgu Zafril dan kedatangan pelajar perempuan pula
di bawah seliaan cikgu Nurbaya Jaafar. Cantik betul cikgu Nurbaya hari ini. Berbaju
kurung warna ungu dengan selendang bercorak dengan warna yang sama dengan
bajunya.
Ketibaan mereka disambut dengan
senyuman oleh cikgu Nurbaya. Saisah Mazeati, Atie Solehah, Zalifah dan Fazlina
merupakan pelajar terpintar di dalam kelas mereka cuma gelagat nakal mereka
saja yang membuatkan guru-guru tidak tahan. Mereka ni ada geng sebenarnya. Selain
mereka berempat, Syahrul, Ayie, Amin dan Ramlan juga sering menjadi bualan
guru-guru di sekolah ini.
Selepas mendaftarkan nama
masing-masing mereka menuju ke sudut dewan untuk menantikan arahan selanjutnya.
Mereka berkumpul dengan rakan sekelas dan rancak berbual sesama mereka.
Dua puluh minit kemudian bila
sudah ramai pelajar yang hadir pengetua sekolah Cikgu Ismadi Hj Zakaria tampil
di atas pentas untuk memberikan taklimat ringkas mengenai kursus terbabit.
Menyusul pula selepas itu guru disiplin sekolah iaitu Cikgu Mohd Zain Muhammad
untuk memberikan penerangan mengenai kursus yang bakal berlangsung selama tiga
hari ini dan beliau juga menegaskan tentang disiplin para pelajar sepanjang
mengikuti kursus.
''Selama tiga hari dua malam kita
berkampung di sekolah ini kami semua berharap pelajar yang terpilih untuk
mengikuti Kursus Kecermerlangan Pelajar ini akan menjaga tingkah laku
masing-masing.
Selama tiga hari ini juga kita akan adakan
kursus motivasi, senaman pagi juga kemantapan rohani. Kita juga akan menghadiri
kuliah maghrib dan kuliah subuh. Jangan ada yang cuba nak mengelak kerana semua
ini adalah wajib.
Makan pula akan disediakan empat
kali sehari. Kita ada sarapan pagi, tengahari, petang dan juga makan malam. Diharap
semuanya akan mengikut arahan yang diberikan.''
Ucapan yang disampaikan oleh
Cikgu Mohd Zain didengar dengan begitu teliti. Sepanjang ucapan diberikan semua
pelajar menumpukan perhatian. '' Kursus ini juga adalah sebagai kemuncak kepada
Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin yang diadakan di sekolah ini pada setiap
tahun terutamanya disaat menjelangnya peperiksaan. Di akhir kursus ini, ianya
diharap dapat melahirkan pelajar yang cemerlang, berakhlak mulia, berwawasan
serta boleh menjadi Qudwah Hasanah kepada generasi yang akan datang dan boleh
memimpin Ummah untuk kebahagian dunia dan akhirat.''
Selesai mendengar taklimat dan ucapan
mereka semua diminta pula untuk berkumpul di padang sekolah. Untuk kemantapan
diri dan kuatkan jati diri mereka diminta pula untuk berkawad mengikut kumpulan
yang telah ditetapkan. Selepas berkawad beberapa pusingan mereka diminta pula
untuk membuat bulatan. Lelaki satu bulatan dan perempuan satu bulatan. Terbentuk
dua bulatan yang besar.
''Pegang tangan rakan kuat-kuat. Jangan
sampai terlepas,'' arahan sudah dikeluarkan oleh cikgu Mat Hassan. Semua
mengikut arahan tapi bila bulatan diregangkan tangan terlepas juga dan ada yang
terjatuh dan terduduk. Bangun semula dan takkan menyerah kalah.
Ketika ini matahari sudah sedikit
panas dan Saisah yang masih sakit perut sudah mula diserang resah bila perutnya
kembali sakit. ''Kau okey ke Saisah?.'' Atie di sebelahnya sudah mula risau. Saisah
mengangguk, cuba menyembunyikan rasa sakitnya.
''Kau pucat jerr ni?,'' Atie masih
tak puas hati. Memang nampak perubahan di wajah Saisah yang sedikit pucat dan
kerutan yang dipamerkan di dahinya menandakan Saisah sedang menahan sakit.
''Aku sengugut Atie,'' Saisah
berbisik pada Atie.
Acara padang akhirnya berakhir
bila mereka diminta bersurai oleh cikgu Kamarul dan cikgu Mat Hassan. Mereka
menuju pula ke kantin sekolah untuk melepaskan lelah selepas dirangging oleh
dua orang guru tadi. Hehe,.rangginglah sangat! Nasib badanlah! Itu baru di
namakan pemantapan jati diri.
Sekali lagi kumpulan mereka
berkumpul. Sebaik saja menghampiri Saisah, Syahrul dah menunjukkan sifat
perihatinnya bila melihat Saisah yang sekali sekala masih menekan perutnya itu.
''Kau okey ke ni?'' soalan pertama yang
diajukan Syahrul. Saisah spontan memaniskan wajahnya dan menegakkan badannya. Perutnya
yang menganas di dalam ditahan sedaya mungkin.
''Macam tak okey ja!!,'' Syahrul
bersuara lagi. Saisah berdecit geram. Penyibuk la pulak. Nak bagi semua orang
tahu kot!
''Diamlah!!'' Saisah memberi amaran
pada Syahrul supaya diam sambil matanya dibulatkan pada Syahrul. Memang
betul-betul nak kena hempuk la dia ni. Saisah bengang bila Syahrul nak ambil
berat tak kena tempat.
Saisah suka kalau Syahrul nak ambil
berat pasal dia tapi janganlah di depan kawan-kawan mereka. Sekarang ni pun
kawan-kawan mereka dah memerhatikan mereka berdua dengan pandangan yang
pelik.
''Sarapan tebuan ke pagi tadi?''
Syahrul bersuara lagi sambil tersengeh. Kemarahan Saisah tidak dipedulikannya. Saisah
menjeling. Malas melayan Syahrul dia menoleh pula ke arah Atie dan Lyna.
Berbual pula dengan mereka dengan
rasa tidak selesa. Semakin lama semakin rancak perbualan mereka. Cuma Saisah
yang paling peramah sebelum ni agak mendiamkan diri.
Sekali sekala saja dia akan
menyampuk dan Syahrul akan mengerling dan merenung Saisah dengan perasaan
bimbang. Bila buah hati berubah riak hati si teruna pun turut digaru resah. Itulah
tandanya sayang.
Kantin semakin riuh dengan
suara pelajar lain. Mareka diberi makan tepat pukul 12,00 tengahari. Bila masuk
waktu zohor mereka diarahkan ke surau sekolah dan solat berjemaah. Begitulah
seterusnya setiap waktu solat. Mereka diwajibkan bersolat jemaah, cuma
terkecuali pada pelajar perempuan yang sedang bercuti seperti Saisah.
MALAM pula selesai solat Isya
mereka dikehendaki berkumpul di dewan sekolah untuk mengikuti Program Motivasi
yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Penceramah luar dipanggil untuk memeriahkan
majlis. Malam pertama ini adalah malam yang penuh dengan keinsafan bila
penceramah menyelitkan tentang isu pengorbanan ibu bapa terhadap
pelajar-pelajar. Ramai pelajar yang mengalirkan air mata bila seorang
penceramah menyampaikan sebuah puisi.
PENGORBANAN
SEORANG AYAH DAN IBU
Ibu,.
Pengorbananmu
tak terbalas rasanya,
Sejak aku di
dalam kandunganmu,
Kau menahan
segala azabnya,
Kau rela
membawaku ke dunia ini,
Walau berat
kau menanggung seksa,
Namun,tak
pernah kau mengungkit bebannya,
Ayah,..
Sejak aku
kecil kau mengalas beban,
Membanting
tulang mencari rezeki,
Memberikan
kami keselesaan,
Memberi kami
kasih dan sayang,
Tanpa mengharapkan
sebarang balasan,
Ayah,..Ibu,..
Jasa kalian
begitu besar rasanya,
Tak terpikul
beratnya,
Melahirkan dan
membesarkan,
Membawa kami
melihat dunia,
Memberi kami
rasa bahagia,
Mendidik kami
tanpa kenal putus asa,
Ayah,..Ibu,..
Kami
berjanji!!!
Akan membalas
segala jasa,
Belajar dengan
tekun dan akan berjaya,
Membanggakan
kalian berdua,
Ayah,..Ibu,..
Restuilah kami
dengan doa kalian,
Iringilah kami
dengan kalimah sucimu,
Berkatilah
kami dengan ayat-ayat azimatmu,
Agar kami
takkan leka dengan dunia yang sementara,
Agar kami
takkan terlupa tanggungjawab kami sebagai anak bangsa,
Ayah,..Ibu,..
Kami,..anak-anakmu
ini berjanji,
Akan
mengharumkan namamu,
Menjadi anak
yang berguna,
Menjadi
pelajar yang mendengar kata,
Mengenggam
segulung impian,
Hingga menuju
puncak jaya,
Restuilah kami
dengan doa kalian berdua.
Ketika puisi dibacakan dengan
penuh perasaan lampu dewan dipadamkan dan lagu seroja yang dinyanyikan oleh
guru yang lain mengiringi puisi tersebut.
Saisah Mazeati turut mengalirkan
air mata bila memikirkan tentang pengorbanan ibunya. Ibunya bukan saja ibu
untuknya malahan sejak ayahnya meninggal ketika dia berusia lima tahun
ibunyalah yang membanting tulang membesarkannya dengan menguruskan dua buah
kedai sekaligus. Dibantu oleh beberapa pekerja. Malam ini Saisah bernekad untuk
membantu meringankan beban ibunya.
~Ibu!,Zeati sayang ibu.Ayah!,Al-Fatihah
untuk ayah,moga ayah tenang di sana.Amin~
Dalam sebak Saisah berdialog di dalam
hati. Pengorbanan ayah dan ibu yang melahirkannya takkan mampu dibalas.
BAB 6
HARI ke dua Kursus
Kecermerlangan Pelajar.Selepas kuliah subuh semua pelajar diminta untuk
bersurai.Pukul 7 pagi semua pelajar menuju ke kantin untuk bersarapan pagi.Kali
ini pelajar lelaki dan perempuan diasingkan.Saisah merasa sedikit lega kerana
Syahrul takkan berpeluang untuk menyoal keadaannya.Menyibuk saja yang lebihnya
Syahrul tu.Bukannya Saisah sakit tenat pun.
Walaupun mereka tak bertentang
mata dari jarak dekat tapi mereka masih saling merenung dari jarak jauh.Lebih-lebih
lagi dengan si Syahrul tu,dah macam angau pulak.Selalunya tinggal serumah
dengan Saisah.Dah biasa sangat bergaduh,bertekak dan sebagainya.Bila dah
berpisah begitu walaupun baru semalam sudah mula timbul perasaan rindu
itu.Memang sakit rupanya,walau badan terlalu letih dengan aktiviti yang
dijalankan tapi mata begitu sukar dilelapkan.
Berbeza pula dengan Saisah,
selesai saja ceramah motivasi semalam dan mereka dibenarkan untuk masuk ke
kelas yang dikhaskan untuk mereka bermalam, tanpa ucapan selamat malam Saisah
sudah melelapkan mata.Yang dirindui hanyalah ibunya.Syahrul? Mungkin ada juga
kerinduan itu buat Syahrul tapi Saisah lebih bersikap matang dalam hal
ini.Tidak mahu terlalu terbawa-bawa dengan perasaan sayang.
Syahrul akan tetap berada di
hatinya sebagai seorang suami tapi untuk terlalu
mendamba kasih
dan sayang Syahrul itu bukan permintaan hatinya.
''Saisah!,cuba kau tengok Syahrul
tu.Sejak tadi dia asyik pandang sini jer,'' Lyna yang berada di sebelah Saisah
sudah berbisik padanya.Saisah turut memandang ke meja hadapan di mana Syahrul
sedang berada.Pandangan mereka bersatu dan Syahrul hadiahkan senyuman buat
Saisah.
Saisah sengaja berwajah
serius,dia menoleh pula ke arah Lyna di sebelahnya.
''Mana kau tahu dia asyik pandang
sini? Kau pun perhatikan dia ea? Kalau tak,mana kau tahu dia asyik pandang sini
jer?'' Saisah tanya soalan perangkap.Lyna terus tersipu-sipu.
''Elehh,.macamlah kau tak
tahu.Aku memang minat dia sejak dia masuk sekolah ni lagi,'' pengakuan jujur
Lyna buat Saisah terhenti menyuap mee goreng yang sudah disudukannya.Dicapainya
gelas milo yang masih panas dan dihirup perlahan.Tiba-tiba terasa tekaknya
begitu haus.
''Kau serius?'' Saisah menyoal
Lyna lagi.Ada getar di hujung suaranya.
''Kau kenapa? Macam cemburu je?''
Gulpp!!!,Saisah segera memaniskan wajahnya dengan senyuman.Atie dengan Ifa pula
begitu rancak berbual sesama mereka dan langsung tak menghiraukan orang lain
termasuk topik perbualan Lyna dan Saisah.
''Tak ada maknanya aku nak
cemburu!'' Saisah control suara walau dalam hatinya sudah berasap.Pandangannya
dihalakan di hadapan pula dan wajah Syahrul dipandang.Tangannya masih bermain
dengan sudu di dalam pinggan.Seleranya hilang untuk terus menyuap.Mee goreng
yang dirasakan terlalu enak pada awalnya kini langsung tiada selera untuk
dijamah.
''Syahrul suka kau jugak ke?''
ni soalan ujian untuk Lyna dari Saisah.Pinggan mee goreng sudah ditolak ke
tepi.Mee goreng yang masih separuh bersisa dibiarkan saja.Dah tak berdaya untuk
terus menelan terasa bagaikan ada ketul batu yang menghalang.
''Manalah aku tahu! Aku ni bukan
nujum mak belalang boleh telek hati dia.Dia asyik pandang sini je.Cuba kau
tengok tu,selalu sangat pandangan dia asyik mengarah ke arah kita je.Ayie
dengan Amin pulak slumber ja makan.Tengoklah Ayie tu sekejap saja pinggan dia
dah licin.Ehh,.yang kau pula kenapa tak habiskan mee tu? Membazir sajalah!''
pendek soalan yang diajukan Saisah tapi jawapan yang diberikan oleh Lyna
panjang berjela siap sempat bergosip lagi.
''Aku tak sedap perutlah.Kau nak?
Ambillah!'' Saisah mempelawa Lyna.Laju Lyna mengeleng.
''Aku diet! nanti kalau dah gemuk and
gebuss Syahrul reject aku pulak.'' Lyna menjawab sambil tertawa.Saisah tarik
nafas perlahan sambil menoleh ke arah lain.Cuba menyembunyikan wajahnya yang
sudah berubah menahan perasaan.Jantungnya sudah mula berdetak laju.Terlebih
sudah Lyna ni!
Perbualan bersama Lyna di kantin Saisah
lupakan bila memulakan aktiviti yang seterusnya.Bagi Saisah walaupun pengakuan
Lyna benar-benar meremuk redamkan hatinya tapi kalau bertepuk sebelah tangan
tetap takkan berbunyi.Saisah terus fokus pada aktiviti padang yang seterusnya.
Selepas sarapan mereka dikerahkan ke
padang sekolah untuk melakukan senaman aerobik.Tadi dah dihidangkan dengan mee
goreng,sekarang dah kena bersenam pulak.Buang kalori dan buang peluh.Memang
sesuai sangatlah tu!
''Okey,.selepas ni kita akan buat
kumpulan dan setiap kumpulan terdiri dari lapan orang.Cikgu akan pilih ahli
kumpulan secara rambang dan cikgu nak kamu bekerjasama kerana hadiah disediakan
untuk acara kali ini,'' cikgu Mat Hassan yang memulakan mukadimah untuk acara ini.Dalam acara ini
semua enam orang guru turun padang.
Pemilihan pun
dibuat,bercampur aduk setiap kumpulan dengan tingkatan empat dan tingkatan
lima.Sebelum dipilih cikgu membuat undian dengan memanggil seorang demi seorang
untuk keluar dan nama kumpulan diberi mengikut kesukaan masing-masing.
Kumpulan Saisah terdiri
daripada empat orang pelajar tingkatan empat dan empat orang pelajar tingkatan
lima.Salah seorangnya adalah pelajar yang paling famous di sekolah itu yang
merupakan anak seorang Dato.Ajmal Idham itulah nama pelajar tersebut.Ternyata
kumpulan Saisah terdiri dari pelajar yang langsung dia tak pernah bertegur sapa
selama ini.Empat orang perempuan,empat orang lelaki.
Nama kumpulan mereka yang dipilih oleh
Ajmal sendiri Kumpulan Baiduri Senja.Ajmal juga telah mengangkat dirinya
sebagai ketua kumpulan.
''Kita mulakan kerjasama kita dengan
membuat menara dengan mengunakan straw.Menara siapa yang paling kukuh dan
paling tinggi akan memenangi pertandingan ini,'' cikgu Mat Hassan memberikan
arahan.
''Ketua kumpulan sila datang ke depan
untuk mengambil straw,'' cikgu Zafril mengambil alih memberikan arahan
seterusnya.
''Kau pergi ambil!!'' Ajmal
memandang pada Saisah.
''Ehh,..apesal pulak aku yang kena
pergi,bukan kau ke yang jadi ketua?'' Saisah mula bengang.Sedap saja nak
mengarah orang.Tadi nak sangat jadi ketua.
''Sebab aku jadi ketualah aku suruh
kau pergi ambil,'' Ajmal tak mahu kalah.Ajmal sengaja ingin membuli Saisah.Dia
memang pernah cuba untuk tackle Saisah tapi Saisah terlalu jual mahal.Tercabar
juga dirinya.
Bila dia terpilih sekumpulan dengan
Saisah dia cukup gembira dan melantik dirinya untuk menjadi ketua.Mungkin
dengan menjadi ketua dia akan berpeluang mendekati Saisah.
''Kau pekak ke apa? Kan cikgu Zafril
cakap KETUA,.jadi kaulah!!!,'' Saisah masih berkeras.Dia memang tak suka dengan
Ajmal yang perasan bagus ni.Mentang-mentang dia anak Dato dia ingat dia boleh
mengarah orang sesuka hatinya.
''Sampai bila nak bertekak ni? Biar
aku sajalah yang pergi ambil,nanti orang lain dah siap menara, kita satu apa
pun tak jadi lagi,'' Mohd Shafik mencelah dicelah keriuhan keduanya.Ajmal
memandang Shafik dengan wajah yang bengang.Menyibuk saja Shafik ni!
Dari kumpulan sebelah Syahrul
memerhatikan Saisah dan Ajmal yang sedang berbual.Syahrul dilanda perasaan
cemburu.Siapa yang tak kenal Ajmal.Pelajar paling handsome dan aktiv dalam
sukan di sekolah mereka.Namun perasaan itu cuba dikawal dengan berfikiran
positif.Dia pasti Saisah juga sayangkan dirinya.
Dalam masa yang sama Lyna pula
yang terasa amat bahagia bila terpilih satu kumpulan dengan Syahrul.
Acara menganyam menara straw
akhirnya dimenangi oleh kumpulan Syahrul yang menyandang tempat pertama kerana
semangat kerjasama yang mereka tunjukkan,sedangkan kumpulan Saisah langsung
tidak memenangi apa-apa hadiah kerana mereka asyik bergaduh saja sepanjang
menghasilkan menara.Lebih-lebih lagi bila Ajmal langsung tak mahu mendengar
pendapat dari ahli kumpulan yang lain.
Mereka dibenarkan bersurai setelah
jam menunjukkan pukul 12.00 tengahari dan semuanya menuju ke kantin.Mereka
berkumpul lagi bersama kumpulan mereka bila guru yang bertugas tidak memantau.
''Saisah!!,best tak sekumpulan
dengan Ajmal?'' Atie Solehah orang pertama mula bersuara bila mereka
berkumpul.Syahrul dengan selamba mengambil tempat di sebelah Saisah walau
mendapat jelingan tajam dari Saisah.
''Huh!!'' Saisah mencebik sambil
mendengus kasar.
''Kalau betul pun tak suka aku
duduk di sebelah janganlah buat muka macam tu!!,'' Syahrul yang mendengar dengusan
Saisah pula yang bersuara.Spontan Saisah mengadap ke arahnya dan mula menentang
pandangan Syahrul.
''Yang kau terasa sangat ni kenapa? Nak
cari gaduh??'' Saisah jongketkan keningnya beberapa kali seolah ingin mencabar
Syahrul.Kawan-kawan yang lain sudah gelengkan kepala.
Nasi yang sudah ada di depan mata
terus dimakan tanpa mempedulikan pertelingkahan yang baru saja nak
bermula.Syahrul pula terus ukirkan senyuman.Dapat bergaduh dengan Saisah adalah
sesuatu yang amat menceriakan dirinya.
''Tak!!! Rinduuu!!'' perlahan
Syahrul bersuara sambil tangan sudah mula mencapai sudu.Saisah ingin membalas
tapi baru nak membuka mulut Syahrul dah suakan nasi yang telah disudukannya ke
dalam mulut Saisah.
''Makan dulu,.tak baik bergaduh
depan rezeki,'' selamba kot Syahrul ni.Saisah pun diam tak berkutik selepas itu
dan mula mengadap nasi di depan mata bila melihat kawan-kawan yang lain
langsung tak ambil kisah dengan mereka.Hanya Lyna yang berada di depan mereka
saja yang sekali sekala memerhatikkan mereka dengan rasa cemburu.
''Ajmal tu macam sukakan kau
jer?'' Syahrul berbisik pada Saisah,sengaja menduga hati si isteri.
''Kenapa kau cakap macam tu?''
Saisah menyoal kembali dengan suara yang perlahan.
''Aku agak je la,aku tengok dia
renung kau semacam jerr,..''
''Ohh,.kau cemburu la kiranya ni?''
Saisah menoleh ke arah Syahrul sambil tergelak perlahan.Lucu pulak
rasanya.Bahagia pun ada juga,cemburu tukan tandanya sayang.
''Of course dear,.kau milikku!!!''
''Elehh,..'' sepatah Saisah membalas
dan menghabiskan nasinya di pinggan.
