Bab 25
SELEPAS beberapa hari Encik Airil pun kembali bertugas. Rumah agam tu
terus sunyi sepi tanpa suara Encik Airil yang kuat membuli itu. Sebelum Encik
Airil kembali bertugas dia sempat menitipkan pesan padaku, katanya dia akan
pulang semula tiga bulan kemudian, kerana dia akan ditukarkan ke luar negara untuk
sementara waktu. Aku pun tak faham apa yang cuba disampaikannya. Bagi aku kalau
dia tak pulang setahun pun, apa kena mengena dengan aku?
Seperti apa yang aku rancangkan, selepas novel aku siap aku terus
berhenti kerja. Ketika aku berhenti kerja tu, Encik Airil belum pulang semula
ke rumahnya. Puan Syarifah memujuk aku untuk terus bekerja dengannya, tapi aku
bagi alasan aku mendapat kerja di tempat lain.
Aku tak tahu lagi rancangan aku yang seterusnya. Nak tahu tak apa kisah
novel aku tu? Aku terbalikkan ceritanya. Watak Encik Airil tu aku buat
sebaliknya. Dalam novel aku, heroin bercinta dengan Encik Airil kerana Encik
Airil yang menyelamatkan maruahnya bila ayah Encik Airil yang miang tu ingin
memperkosa dirinya. Encik Airil aku gambarkan sebagai seorang pencinta yang
setia. Mereka berkahwin dan berbahagia akhirnya. Aku beri tajuk pada novel tu,
Orang Gajiku Isteriku. Seminggu selepas novel Orang Gajiku Isteriku diterbitkan,
aku keluar makan dengan Ucu.
"Okey, hari ni kak Yang bagi tau saja
Ucu, nak makan apa. Ucu baru dapat gaji ni." tawaran yang paling menarik
minatku.
"Okey,
tapi kak Yang ada permintaan yang lain. Jangan panggil kak Yang tapi kena
panggil sayang untuk hari ini, lebih-lebih lagi kalau ada yang menegur. Tak
kisahlah yang tegur kak Yang atau pun tegur Ucu, boleh?" aku pula buat
permintaan nakal tu. Dalam hatiku ada sedikit debar, entah kerana apa, tapi aku
percaya aku akan jumpa seseorang yang aku kenal hari ni. Sekurang-kurangnya
kalau terserempak dengan orang lagi taklah aku malu lagi nak mengaku yang aku
ni masih single.
"Ucu
on saja. Kalau macam tu, nanti kak Yang pula panggil Ucu bie." aku pandang
Ucu semacam saja. Bukan panggilan tu untuk suami saja ke? Singkatan untuk
perkataan hubby.
"Bie
untuk singkatan baby bukan hubby!" Ucu merungkaikan kekeliruan aku.Macam
tau-tau saja Ucu ni apa yang aku fikir.
"Baiklah
bie,kita couple untuk hari ni ok. Let’s go,..KFC I'm coming!"
"KFC
lagi..." Terdengar keluhan lemah Ucu. Setiap kali keluar dengan dia mesti
aku suruh dia belanja aku makan KFC. Kalau dengan Along, Angah or Alang mereka
yang selalu menang. Kalau nak makan kena ikut selera mereka, tapi dengan Ucu
dia lebih mengikut daripada berlawan dengan aku. Sebab tu aku sayang lebih kat
adik bongsu aku ni. Hihihi,..
Aku
masuk dalam mall dengan ucapan Bismillah. Entah kenapa langkah saja dalam mall
hari ini hati aku berdebar sangat, lebih kurang macam cerita Shah Rukh Khan tu,
Khabi Kushi Khabi Gham. Bayangkanlah sendiri!.
"Acik
Shah, Acik Shah..horey, jumpa Acik Shah." aku dan Ucu serentak menoleh ke
arah suara itu.Ucu pula dengan spontannya terus memegang tangan aku bila
melihat dua orang kanak-kanak, dua orang lelaki dan seorang perempuan menuju ke
arah kami. Siapa yang kami jumpa? Tentulah keluarga bekas majikan aku, Encik
Airil, Yusri, Yusrina, Dania dan si kecil Danial.
"Hai
my dear Danial, my sweet heart Dania. Apa khabar?. Dania dan Danial
sihat?" sebak pula aku tiba-tiba dengan pertemuan ini. Aku uraikan tangan
Ucu yang memegang tangan aku.Ucu ni terlebih berlakonlah pula.Aku tundukkan
wajah dan cium pipi Dania. Danial pula aku dukung dan cium juga pipinya kiri
dan kanan. Rindu betul dengan mereka berdua.
"Kak
Shah dari mana ni?" Yusrina menyalami tanganku. Ucu pula bersalam dengan
Encik Airil dan Yusri.
"Nak
gi KFC, jom join kami?" aku pula membuat tawaran kepada mereka. Dalam hati
pula lain katanya. Aku berdoa agar mereka menolak. Aku berdebar pula berdepan
dengan Encik Airil sekarang. Encik Airil dari tadi merenung aku semacam saja. Bila
aku keluar dengan seorang model sambilan pakaian pun aku suaikan mengikut
situasi. Takkan aku nak pakai selekeh pula.
"Boleh
join ke? Tak ganggu ke?" Encik Airil pula bersuara. Dia memandang aku dan
Ucu silih berganti. Aku pula pandang Ucu sambil menjungkitkan kening. Ucu
angkat bahu.
"Yeayy....Danial nak pergi KFC." belum sempat aku membalas,
Danial terlebih dulu bersorak. Aku letakkan Danial di bawah kembali. Macam tak
jumpa anak sepuluh tahun pula aku buat Danial tu.
"Dania nak jugak! Jom la Pak Ngah!" Dania pula merengek pada
Encik Airil.
"Tanyalah Acik tu…" Encik Airil pandang aku, langsung tiada
senyuman di wajahnya.
"Macam
mana ni bie?" aku tanya Ucu.
"Ikut sayang la, bie tak
kisah." Ucu senyum padaku sambil kenyitkan mata. Aku tertawa perlahan. Baik
punya lakonan.
Hari ini dalam sejarah pun tercipta bila aku dan Ucu makan bersama
dengan keluarga bekas majikan aku ni. Dania dan Danial pula langsung tak mahu
berenggang dengan aku. Aku rasa bangga pula, walau sekejap saja aku jadi baby
sister mereka tapi mereka begitu menyanyangiku. Ucu dengan Yusri pula rancak
bercerita pelbagai kegemaran mereka. Photografilah, modellinglah, sukan dan
sebagainya. Aku dan Yusrina lebih dari bertanya khabar masing-masing. Encik
Airil pula lebih banyak diam dari bercakap, tapi yang aku perasan Encik Airil
asyik merenung aku yang melayan kerenah Dania dan Danial.
"Ayang,
Ucu..makan KFC tak ajak Angah pun." kami ditegur oleh satu suara. Semuanya
menoleh serentak. Si kecil yang didukung Angah sudah hulurkan kedua belah
tangannya padaku. Aku juga menghulurkan tangan untuk menyambut Alisya dari
dukungan Angah. Aku mencium pipi Alesya kiri dan kanan. Alesya juga mencium
pipiku kiri dan kanan bila aku memberi isyarat dengan mengunjuk pipiku pada
Alisya. Inilah anak saudaraku yang bijak dan manja denganku.
"Angah dengan abang Am dari mana ni?" aku tak peduli lagi
dengan pandangan Encik Airil, Yusri dan Yusrina. Angah dan Alang kakak yang
paling tak sporting sekali, berbeza dengan Along dan Ucu. Aku lebih ngam dengan
mereka berbanding Angah dan Alang.
"Shoping." sepatah saja ungkapan Angah sambil tangan dihulur
untuk bersalam dengan Yusrina. Begitu juga dengan abang Idham. Biar di mana
kita berada adat bersalam tetap diutamakan.
"Makan." aku pelawa Angah dan abang Idham sambil tersenyum.
"Bam,bam la Ayang, KFC saja yang dia tahu." abang Idham menyakat
aku. Ucu dan Angah turut tersenyum dengan kata-kata abang Idham.
"Biarlah,
bukan Ayang nak kacau abang Am pun." aku menarik muka sekejap. Aku tahu
abang Idham ni memang suka menyakat aku.
"Ayang
Mas Merah, Mohd Taufik..korang ni tak ada benda lain dah ke nak makan?" tu
dia, entah dari mana Alang ni muncul. Dengan perut boyot dia tu tiba-tiba main
sergah saja. Pandai pula mereka ni cari lokasi kami ni. Macam tau-tau saja aku
dan Ucu ada di sini. Kebetulan atau suratankah ini?.
"Haa, dah sampai pun. Jomlah kita." Angah pula bersuara.
"Alang
dengan Angah berjanji nak jumpa di sini ke?" Ucu menyoal pula. Itu juga
soalan yang ingin aku tanya tapi Ucu pula yang terlebih pantas dari aku. Aku
pandang kedua kakakku dan abang Idham mohon penjelasan.
"Abang
Nas tak datang sekali ke? Lepas pulak dia mak labu dia ni, keluar dengan perut
boyot ni?" aku ajukan soalan pada Alang sambil tergelak kecil. Alang dah
buntangkan matanya.
"Alahh, Ayang tunggulah time Ayang esok. Sedap saja cakap orang
boyot." Alang tarik tangan Angah untuk berlalu dari situ. Sedari tadi
memang aku perasan tiga orang hamba Allah depan aku ni sedang pandang aku
semacam saja, lebih-lebih lagi Encik Airil. Mungkin inilah sebabnya debaran
yang aku rasa sebentar tadi. Aku bakal berjumpa dengan orang-orang yang aku
kenal. Aku pandang Ucu di sebelah, dia hadiahkan senyuman nakal padaku.
"Jomlah Angah, usah dilayanlah budak-budak glamer tak cukup satu
sen ni." itulah Alang. Kalau dengan kami berdua, adik-adik dia yang
tersayang ni, ada saja dia nak cari gaduh, tapi gaduh-gaduh sayang.
"Bye Alang, jatuh bangun sendiri ya." aku usik Alang lagi. Alesya
aku hulurkan pada Angah. Sebelum mereka pergi, sekali lagi kami bersalaman. Sebenarnya
keluarga aku dah lama kenal semua ahli
keluarga Puan Syarifah ni. Tak perlu diperkenalkan lagi. Bila Alang dan Angah pergi
aku pandang Encik Airil dan pandangan kami bersatu. Aku larikan pandanganku
dengan perasaan serba salah.
"Ayang
Mas Merah? Awak tak ada apa-apa nak bagi tahu saya ke?" Encik Airil tanya
aku. Serius betul nada suaranya. Aku menoleh ke arah Ucu, dia angkat bahu. Aku
pandang pula wajah Yusri dan Yusrina.
"Rina dan Yus dah tahu semuanya. Papa dan mama pun tahu, kecuali
abang Airil. Dia sorang saja yang tak tahu apa-apa." Yusrina bersuara
sambil tersenyum, Yusri turut mengiyakan sambil tersenyum serta menjeling Encik
Airil di sebelahnya. Aku yang tercengang, tidak percaya. Ohh, tidak….
"Apa semuanya ni?" Encik
Airil menyoal pula adik-adiknya.
"Abang
tanyalah kak Shah." jawapan mudah Yusrina. Aku juga yang terperangkap
dengan penipuan aku sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.