My Channel in Youtube

My Channel in Youtube
Jom Langgan!

Selasa, 27 Januari 2015

LOVE 4EVER Bab 25

Bab 25


Ampuni hamba Ya Allah!
Maha penerima taubat
Ampuni hamba Ya Allah!
Daripada segala dosa


Ampuni hamba Ya Allah!
Maha penerima taubat
Ampuni hamba Ya Allah!
Daripada segala dosa


Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna
Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan
Dan kurniakanlah kepadaku rezeki yang meluas
Dan perkenankanlah taubatku dengan taubat nasuha


              Fida membaca terjemahan zikir Astaghfirullah yang dialunkannya berkali-kali. Jiwanya menjadi tenang setenangnya bila mendengar zikir ini. Hatinya sebak bila mengenangkan betapa banyaknya dosa yang telah dilakukannya. Tadi dia telah memuat turun surah Yasin dari you tube ke dalam telefon bimbitnya. Kini dia sudah selesai memuat turun zikir penenang hati ini pula ke dalam telefon bimbitnya. Sambil mendengar zikir yang dialunkan dari telefon bimbitnya Fida memandang Ajmal yang terbaring di atas katil di depannya.

            Ajmal Idham yang baru diketahui namanya selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di hadapan rumah mereka kini terlantar di katil hospital tanpa pantauan keluarganya. Keluarganya gagal dihubungi kerana kononnya seluruh ahli keluarganya kini sedang bercuti di luar negara. Dengan rasa tanggung jawab yang sukar dimergertikan Fida menjaga Ajmal tanpa berbelah bahagi. Bukan dia saja yang menjaga Ajmal pagi dan petang malahan Saisah, Syahrul dan kedua orang ibu mertuanya juga turut sama menjaga Ajmal bergilir-gilir. Fida yang paling banyak meluangkan masanya bersama Ajmal di wad ini.


          Ketika menjaga Ajmal, Fida banyak berfikir akan masa depannya. Sudah sampai masanya dia beralah dengan apa yang sedang dihadapinya sekarang. Demi kebahagiaan Saisah dan Syahrul, Fida akan memohon perceraian. Dia faham hati seorang perempuan seperti Saisah, tentu Saisah tidak ingin berkongsi suami dengannya. Fida juga faham Syahrul sedang berbelah bagi antara tanggung jawab yang harus dilaksanakan dan perasaan kasihnya terhadap Saisah. Beratnya tanggung jawab seorang suami terhadap seorang isteri. Tegakah dia membiarkan Syahrul terus menanggung dosa kerana mengabaikan dirinya sebagai isteri ke dua? Tidak! Fida tak sanggup. Dia harus sampaikan suara hatinya kepada Syahrul agar Syahrul akan melepaskannya. Tentu keinginannya itu akan disambut baik oleh semua orang.


          Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMU Ya Allah. Betapa banyaknya dosa hambaMU ini. Bantulah aku Ya Allah! Bimbinglah aku ke jalan benarMu! Bimbinglah aku dalam mencari RedhaMu! Aku ini hambaMu yang lemah Ya Allah. Adakalanya aku tergelincir dari landasan iman. Jangan biarkan aku terus karam Ya Allah. Karam dengan dosa-dosa yang telah aku lakukan. Perkenankanlah taubatku Ya Allah!

          Fida berdoa di dalam hati. Air matanya sudah meluncur laju membasahi pipi gebunya. Sebak dadanya menahan rasa kekesalan. Beratnya jiwa menanggung bebanan. Bahunya sudah terinjut-injut akibat esakannya. Cuba dikawal perasaannya, namun semakin dicuba semakin kuat pula esakannya. Ya Allah! Aku seorang pendosa Ya Allah! Tunjukkan aku jalan benarMU! Sekali lagi Fida merintih di dalam hati. Berjuraian air mata yang gugur di pipinya diseka. Semakin diseka semakin ia keluar. Fida memegang dadanya. Dia menarik nafas dan melepaskan perlahan.

          ''Aku harus kuat! Aku tak harus ikutkan sangat perasaanku in!'' Fida berdialog dengan dirinya sendiri. Dalam Fida berperang dengan perasaannya, Ajmal pula seolah sedang meracau. Gelisah saja diri Ajmal. Terbit peluh di atas dahi Ajmal. Tadi juga Ajmal berkelakuan seperti ini. Fida bagitau doktor tapi doktor cakap Ajmal dalam keadaan separa sedar. Doktor sendiri tak dapat memulihkan Ajmal.  Fida kembali memasang surah Yasin yang ada di dalam telefon bimbitnya. Mungkin boleh menenangkan keadaan Ajmal. Bila surah Yasin dialunkan Ajmal beransur tenang. Fida menarik nafas lega. Entah apa yang membuatkan Ajmal berkelakuan seperti itu?


          AJMAL terasa dirinya dihimpit kuat. Kali ini Ajmal berada di suatu tempat yang sangat gelap, lebih gelap dari sebelumnya. Dinding kiri kanan tempat ini menghimpit tubuh Ajmal. Dapat didengar tulang temulang Ajmal patah berdetup-detup. Ajmal meraung kesakitan. Ya Allah! Sakitnya Ya Allah! Ampunkan aku Ya Allah! Ampunkan aku Ya Allah! Aku bertaubat Ya Allah! Aku janji takkan buat jahat lagi. Aku insaf Ya Allah. Aku nak balik!! Ajmal merayu-rayu sambil menangis dan meraung-raung. Namun raungannya langsung tak menghilangkan seksaan yang dialaminya.

           Selepas tubuhnya dihimpit Ajmal didatangi pula ribuan ekor ular berbisa yang besar. Tak cukup dengan itu kala jengking juga turut datang menyengat. Bukan alang-alang kala jengking. Semuanya besar-besar dan hitam berkilat. Ya Allah! Ampunkan aku Ya Allah! kembalikan aku ke dunia Ya Allah! Aku berjanji akan bertaubat! Aku janji Ya Allah! Tak tertahan bisa yang dirasa membuatkan Ajmal meraung lagi. Seksa yang dirasakannya tiada berkesudahan.


''Yaa, Siin.'' bergema lagi surah Yasin dipendengarannya. Sayup-sayup kedengarannya. Seperti tadi seksaan Ajmal beransur-ansur hilang satu persatu. Ajmal buntu. Adakah dia sudah meninggal? Kalau sudah meninggal kenapa dia seolah mendengar suara-suara orang lain di sekelilingnya. Adakalanya dia mendengar orang menangis. Sesekali ada orang berbual walau dia tak jelas apa yang sedang mereka cakapkan. Dia seolah berada di dunia baru yang penuh ilusi. Ada bayang-bayang yang menakutkan dan adakalanya mendamaikan bila ada surah-surah Al-Quran yang mengiringi tidurnya.


            FIDA  cuba menunaikan solat seorang diri di surau hospital Dia cuba menjadi yakin walau dia tak seyakin mana untuk menunaikan solat. Dia baru saja lagi mendirikan solat sendirian. Di rumah mereka selalu berjemaah setiap waktu. Selalunya Fida hanya mengikut apa yang termampu. Sedikit demi sedikit Fida belajar bersolat walau dirasakan solatnya belum sempurna. Tak apalah! Perlahan-lahan. Fida cuba memujuk diri sendiri. Mungkin Allah tahu kesulitan yang dialaminya dan terus berikan dirinya Hidayah. Fida berbisik di dalam hati.

         Sedang mengerjakan solat Fida terasa bahunya ditepuk perlahan dari belakang. Tersentak Fida. Kenapa pula nak ganggu orang bersolat ni? Tak tahu adap ke? Hati Fida membentak. Solatnya sudah jadi tak kusyuk. Akibat terkejut tadi dia terlupa solatnya sudah berapa rakaat. Puas diingat namun dia tak pasti, akhirnya Fida menghentikan solatnya dan berniat untuk memulakan solatnya kembali.

         Sebelum Fida memulakan solatnya kembali, Fida menoleh ke belakang untuk melihat siapakah gerangannya tadi yang menepuk bahunya. Dia ingin memarahi orang itu tapi orang itu pulak sedang mengerjakan solat sambil memejamkan matanya. Fida jadi keliru. Dia pergi ke belakang orang itu dan mengerjakan solat di belakang wanita itu pula. Nak tepuk bahu dia ke tak? Fida bertanya di dalam hati. Biarlah! takkan aku nak balas dendam pula? Tak baik! Akukan dalam keadaan nak bertaubat. Maafkanlah dia! Mungkin dia tak sengaja dan tertepuk bahu aku? Fida ingin berfikir yang positif.


          Fida memulakan kembali solatnya yang tak jadi tadi. Dia cuba pula untuk kusyuk, namun sebaik dia mengangkat niat mindanya terus dirusuh dengan perbagai ingatan. Macam-macam perkara yang menerjah ingatannya. Ya Allah! Payahnya nak fokus! Dalam solat hati Fida berkata-kata. Tak apalah! Aku insan yang lemah. Mungkin orang lain pun macam aku kot? Berbekalkan orang lain pun macam dia Fida meneruskan solatnya hingga selesai.

      Ya Allah! Ampunkan dosa-dosaku Ya Allah!
       Berikanlah Hidayahmu untukku!
       Bersihkanlah Hatiku
       Tenangkanlah jiwaku
       Tenteramkanlah perasaanku
      Kerana sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang aku alami
       Sesungguhnya engkau lebih mengetahui apa yang aku fikirkan
      Bantulah aku Ya Allah
     Untuk kembali ke jalan benarMu
     Amin Ya Rabbal Alamin.


             Fida meraup mukanya. Dia memandang ke hadapan. Wanita tadi sedang memandangnya dan sedang tersenyum. Fida menjadi hairan. Salah ke solat aku tadi? Dia jadi takut dan malu. Kenapa dan mengapa? Soalan itu yang sedang ada di fikirannya.

          '' Kenapa anak lari solat di belakang mak cik pulak? Tadikan mak cik dah tepuk bahu anak? Mak cikkan nak jadi makmum anak?'' wanita itu bertanya sambil bibirnya terus mengukirkan senyuman. Makmum? Apa maksud dia? Fida blank. Langsung tak mengerti. Orang perempuan mana boleh jadi imam? Boleh ke? Dia bersoal jawab lagi. Bibirnya seolah terkunci untuk bertanya. Malu pun ada juga kerana ilmunya langsung tiada.

     
         ''Tak apalah! Lupakanlah,.mungkin anak tak biasa agaknya?'' wanita tadi berkata lagi dan terus tersenyum. Dia bangun dan menanggalkan telekungnya. Fida juga turut bangun dan menanggalkan telekungnya. Nak bertanya soalan dia terlalu malu dan mungkin akan mengaibkan dirinya sendiri. Aku perlu terus belajar! Fida nekad dalam hati.


p/s : Pernah kena tak kaum perempuan semua? Hihi,.orang perempuan pun boleh jadi imam sesama perempuan,.akak masa nak ambik SPM dulu sorang kawan sekelas suruh jadi imam sedangkan solat sorang2 pun hancoq lagi,..huhu

2 ulasan:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.