My Channel in Youtube

My Channel in Youtube
Jom Langgan!

Selasa, 27 Januari 2015

LOVE 4EVER Bab 24

Bab 24


     AJMAL mundar mandir di depan rumah Shahrul. Hari ini dia akan lakukan sendiri tugas yang tak diselesaikan oleh Fida. Dia sudah hilang sabar. Ajmal sudah malas menunggu untuk melihat kemusnahan rumah tangga Saisah dan Syahrul. Niat Ajmal hari ini untuk mencari peluang melakukan apa saja yang boleh.    

     Ajmal tersenyum puas bila melihat Syahrul dan anak kecilnya keluar dari rumah. Ajmal sudah bersedia di seberang jalan. Akalnya berfungsi dengan segera memikirkan apa tindakannya. Mentol mindanya menyala-nyala bila melihat Syahrul membawa anak kecilnya berjalan menuju ke taman permainan berhampiran. Inilah peluang Ajmal untuk membuat Saisah terus menderita.

     Tanpa berfikir panjang Ajmal menekan minyak. Keretanya dipandu laju kerana niatnya untuk melanggar Syahrul. Biar padan muka Saisah! Selepas ini tentu Saisah akan menangis tak berlagu kerana kehilangan dua orang kesayangannya. Ajmal ketawa di dalam hati.


             Ponnnnnnnnnnnnnnnn!!!,.nyaring bunyi hon dari lori kontena muatan barang berat. Entah dari mana datangnya yang tiba-tiba menghentam kereta Ajmal. Kereta Ajmal berpusing-pusing di tengah jalan. Ajmal tak dapat mengawal keretanya lagi selain berserah pada takdir. Ajmal sudah tidak nampak Syahrul di tepi jalan. Semuanya telah hilang dari pandangannya. Pandangannya berpinar-pinar, semakin lama semakin kelam dan akhirnya Ajmal sudah tidak tahu apa yang terjadi kepadanya.


              AJMAL tersedar dari tidur yang panjang tapi Ajmal rasa pelik. Kenapa gelap saja tempat ni? Di mana aku berada sekarang? Ajmal bersoal jawab di dalam hati. Ajmal cuba bergerak, namun terasa kedua belah tangannya diikat. Kaki Ajmal juga diikat kemas. Kenapa aku diikat pula? Apa salah aku? Ajmal pejamkan mata dan cuba mengingati apa yang telah terjadi terhadap dirinya. Minda Ajmal tak dapat mengimbas kembali masa silamnya. Aku hilang ingatankah? Ke mana perginya memoriku?

           Ajmal buka mata semula bila apa yang cuba diingatnya tetap gagal untuk diingat. Alangkah terkejutnya Ajmal bila kini dia berada di tempat lain pula. Ajmal sedang meniti satu jambatan yang sangat kecil. Di bawahnya ada jurang yang sangat dalam. Orang di depan Ajmal jatuh dari jambatan. Tiada siapa yang beriak apa-apa. Masing-masing hanya membawa haluan sendiri. Ajmal semakin pelik. Tempat apa ini? Sekali lagi Ajmal menyoal di dalam hati. Bibirnya seolah terkunci mati. Ajmal terus meniti dengan berhati-hati dan dengan tidak semena-mena tubuh Ajmal melayang dan jatuh dari jambatan tersebut. Ajmal menjerit meminta tolong. Ajmal gayat dan memejamkan matanya rapat. Ajmal menunggu apa yang bakal terjadi terhadap dirinya.

         Tunggu punya tunggu, tiada apa pun yang berlaku tapi Ajmal rasa panas seluruh tubuh. Ajmal buka mata. Ya Allah! Tempat apa ni? Ajmal menyebut nama Allah buat pertama kalinya. Ajmal semakin pelik. Dia sedang berada di sebuah padang yang sangat luas. Semua manusia sedang berpusu-pusu menuju ke suatu tempat. Matahari memancar terik di atas kepalanya. Panas dan dahaga sudah dirasakannya. Bibirnya rasa kering.

         ''Panas! Panas! Aku dahaga!! Aku nak air!'' hatinya meronta-ronta. Diperhatikan sekelilingnya. Semua manusia dengan hal sendiri. Ajmal tiada masa untuk memikirkan hal orang lain. Dia hanya memikirkan dirinya sendiri. Ke mana arah tujuannya? Mereka semua sedang berbaris menuju ke destinasi masing-masing. Tapi ke mana?

       Semakin lama mereka berjalan Ajmal rasakan waktu semakin lambat berlalu. Bila nak sampai ni? Hatinya menjerit lagi. Dia sudah merasakan terlalu lama dengan panas terik yang amat berbahang. Bibirnya sudah sangat kering. Tidak tertahan rasanya. Aku dah tak tahan lagi? Sekali lagi Ajmal menjerit di dalam hati.

        Bila panas yang dirasakannya semakin berbahang Ajmal mulai merasa pening. Ajmal pejamkan matanya rapat bila pandangannya semakin berpinar-pinar. Sudah tidak mampu menahan derita yang begini azab dirasakannya. Tidak pernah lagi dia mengalami keadaan panas yang sebegini. Semakin lama semakin panas hingga Ajmal rasakan seluruh kulitnya sudah lepuh akibat lecur. Ajmal buka mata.

      Ya Allah! Ampunkan aku Ya Allah! Panasnya! Aku tak tahan Ya Allah! Batin Ajmal menjerit memohon ampun. Ajmal sedang berada di dalam api yang marak menyala. Panasnya tak tertanggung lagi. Sakitnya tak terperi. Seksanya tak terkata. Tubuh Ajmal lunyai dek terbakar dengan api yang begitu besar. Setiap kali tubuhnya hancur, tubuhnya akan kembali seperti asal semula dan berulang-ulang kali perkara itu terjadi. Ajmal sudah tidak tertahan menanggung rasa sakit. Meraung-raung Ajmal tapi tiada siapa pun yang datang membantu.

        Sayup-sayup kedengaran surah Yasin dialunkan. Iramanya begitu indah dipendengaran. Kesakitan Ajmal hilang seketika. Ajmal dapat bernafas dengan sempurna. Ajmal sudah terselamat dari api yang marak menyala bila surah Yasin dialaunkan. Ajmal seolah disirami dengan air sejuk. Ajmal kembali tenang, namun tak lama. Selepas surah Yasin selesai dibacakan tubuh Ajmal kembali diseksa.

Astaghfirullah Rabbal Bara Ya
Astaghfirullah Minal Ghotha Ya
Astaghfirullah Rabbal Bara Ya
Astaghfirullah Minal Ghotha Ya

Astaghfirullah Rabbal Bara Ya
Astaghfirullah Minal Ghotha Ya
Astaghfirullah Rabbal Bara Ya
Astaghfirullah Minal Ghotha Ya

Rabbi Zidni Gilman Na Fi'aa
Wawa Fiqni A'malan Maqbula
Wawa Hab'li Rizqan Wa Si'aa
Watub Galai Ya Taubatan Nasuha2x

Astaghfirullah Rabbal Bara Ya
Astaghfirullah Minal Ghotha Ya
Astaghfirullah Rabbal Bara Ya
Astaghfirullah Minal Ghotha Ya

Astaghfirullah Rabbal Bara Ya
Astaghfirullah Minal Ghotha Ya
Astaghfirullah Rabbal Bara Ya
Astaghfirullah Minal Ghotha Ya


Rabbi Zidni Gilman Na Fi'aa
Wawa Fiqni A'malan Maqbula
Wawa Hab'li Rizqan Wa Si'aa
Watub Galai Ya Taubatan Nasuha2x

              Alunan indah yang didengarinya sekali lagi membuatkan Ajmal terbuai-buai. Dari mana semua ini datang. Ajmal mencari di dalam gelap. Tiada lagi api yang marak menyala. Tiada lagi padang yang luas. Tiada lagi jambatan yang kecil. Kini Ajmal berada di sebuah bilik yang gelap tanpa cahaya. Ajmal tak pasti dia di mana tapi alunan irama indah yang sedang kedengaran berulang-ulang kali menyenangkan hatinya. Ajmal turut melagukan lagu tersebut berulang-ulang kali mengikut rentak dan irama yang didengarinya. Hatinya rasa tenang.


Nota : Saya tak pandai nak eja jawi ke rumi,.sapa terror boleh tolong betulkan tak,..huhu
P/S; Ingat nak matikan Ajmal tapi ada pembaca suruh buat dia insaf jadi sebelum insaf teringin nak dera dulu,.harap tolong komen ya sebab yang ni ja akak terfikir nak tulis pun,..akak memang tak cukup ilmu tapi akak dah cuba buat yang terbaik,.kalau ada cadangan tolong kongsi ya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.