My Channel in Youtube

My Channel in Youtube
Jom Langgan!

Isnin, 29 Julai 2013

LOVE 4EVER BAB 17,18,19,20


BAB  17

                    SAISAH MAZEATI resah.Sepatutnya Syahrul sudah pulang ke rumah tapi sampai sekarang Syahrul belum sampai lagi.Marah benarkah Syahrul padanya atau Syahrul ditimpa sesuatu.Saisah cuba menghubungi Syahrul tapi berbelas kali nombor  Syahrul didail panggilannya tetap tak berjawab.

               ''Mama!,.abang Syah ada call mama tak?'' Saisah bertanya ibu mertuanya pula.Hari ini Saisah tutup kedai kek lagi dan menunggu Syahrul di rumah.Masing-masing teruja untuk menyambut kepulangan Syahrul tapi orang yang ditunggu bayangnya pun belum kelihatan walau pun malam bakal bertandang.

         ''Tak ada pulak! Sabarlah Zeati!,..nanti sampailah tu!'' Puan Mawar cuba menenangkan hati menantunya walau hati dan fikirannya sendiri pun sedang runsing.

        ''Kenapa dengan abang ni? Call tak angkat.Mesej tak berbalas,.'' Saisah merungut perlahan.Sekali sekala dia akan menuju ke tingkap dan mengintai keluar.Gelagatnya di perhatikan oleh Puan Habsah dan Puan Mawar.

          ''Ibu!,.ibu cakap abah nak balik.Tak balik pun ibu?'' Ariesya yang sedang bermain dengan permainannya bersuara.Saisah cuba juga tersenyum untuk anaknya itu.Ariesya dihampiri,wajah anak kecil itu dipandang sayu.Setiap kali wajah Ariesya dipandang kerinduannya pada Syahrul semakin membuak-buak.Walau apa pun tanggapan Syahrul terhadapnya Saisah tak mampu untuk membenci Syahrul.Kasih dan sayangnya pada Syahrul sudah tepu di hatinya.

        ''Ibu tak tahu sayang!,.mungkin abah tak jadi balik hari ni.Iesya belum mandi lagi ni.Jom ibu mandikan.Comotlah anak ibu ni,.'' Saisah tertawa kecil, cuba menghilangkan resah di hatinya.Tangan Ariesya dipegang dan dipimpin hingga ke bilik air.Puan Habsah dan Puan Mawar saling berpandangan.

        ''MAMA!,.tolong Rul mama!,.'' sebaik panggilan dijawab Puan Mawar sudah mendengar suara Syahrul.Kalut bunyinya.Puan Mawar cemas.Perubahan wajahnya dapat dikesan oleh Puan Habsah.

       ''Syahrul!,.cuba bawa bertenang.Kenapa ni? Zeati call Rul tak angkat.Ni dah dekat nak malam pun.Rul jadi balik ke tidak ni? Iesya pun dah banyak kali dah tanya,'' Puan Mawar terus menyoal Syahrul.Dalam risaunya ada juga perasaan geramnya pada Syahrul.

                 ''Rul ada kat luar ni mama tapi Rul tak berani nak masuk.Zeati dengan ibu ada mama?'' Puan Mawar terus membuka pintu dan keluar sebaik Syahrul habis berkata-kata.Laju langkahnya menarik perhatian Puan Habsah dan tanpa bersoal jawab Puan Habsah mengikut jejak langkah Puan Mawar hingga ke luar rumah.

        ''Syahrul!'' Puan Mawar memanggil Syahrul yang membelakanginya.Syahrul menoleh dan menerpa pada Puan Mawar.Kedua tangan Puan Mawar digapai dan dicium bertubi-tubi.Tubuh Puan Mawar pula dipeluk kemas.

      ''Maafkan Rul ma.Rul dah buat salah dengan semua orang.Dengan mama,ibu dan Zeati tapi Rul tak sengaja mama.Rul kena fitnah,'' sambil mengongoi menangis dibahu Puan Mawar Syahrul bersuara.Puan Habsah yang turut ada bersama mula hairan dengan gelagat Syahrul.

      ''Kenapa ni Syahrul? Apa yang Syahrul dah buat?'' Puan Habsah bertanya dengan wajah yang tenang.Syahrul yang turut menyedari ibu mertuanya itu terus meluru pula pada Puan Habsah.Seperti tadi digapai pula tangan Puan Habsah dan dicium bertubi-tubi.

          ''Maafkan Rul ibu kerana menduakan Zeati,.'' Syahrul meluahkan juga apa yang seharusnya.Dia menanti dengan berdebar apa reaksi mama dan ibu mertuanya.

        ''Apa maksud Rul ni hah?,.Rul jangan cakap Rul dah ada perempuan lain?'' Puan Mawar meradang tiba-tiba.

       ''Rul tak bersalah mama! Rul kena fitnah.Rul langsung tak kenal perempuan tu.Sungguh mama!!!,.Rul tak tipu.Tiba-tiba saja Rul dipaksa nikah dan siang tadi Rul dah nikah dengan perempuan tu,.'' Syahrul berterus terang.Puan Habsah dan Puan Mawar sudah menangis.

           ''Ya Allah! Bala apa yang kau bawa balik ni Syahrul.Lepas satu hal satu hal pulak yang sampai.Apa mama nak cakap dekat Zeati ni?'' Puan Habsah dan Puan Mawar pula saling berpelukan sambil menangis, tanpa sedar Saisah dan Ariesya sudah keluar dan sedang menyaksikan drama air mata mereka.

       ''Yea,.yea,.abah balik!,.abahhh!!!'' Ariesya yang tidak tahu apa-apa terus berlari mendapatkan Syahrul.Tiga pasang mata yang masih berdiri di pintu pagar tersentak mendengar suara Ariesya.Syahrul dengan pantas mengelap air mata yang masih bersisa dan mengukirkan senyuman.Ariesya yang berlari ke arahnya dipeluk dan dicium pipi kiri dan kanannya.Ariesya diangkat dan didukung.Pandangan Syahrul kini dihalakan pula ke arah Saisah yang masih tegak di depan pintu.Langsung tidak berganjak.

       ''Syah!'' suara seorang perempuan menarik perhatian semua orang untuk menoleh.Fida yang sedang menarik beg pakaian menuju ke arah Syahrul terus jadi tumpuan.Saisah yang memerhati di depan pintu terus berlari masuk ke dalam rumah dengan air mata yang bercucuran laju.

        Tanpa mempedulikan kehadiran Fida,Ariesya terus diserahkan pada Puan Mawar dan Syahrul terus berlari masuk ke rumah.Syahrul tak mahu Saisah salah faham dengannya.Situasi sebenar harus dijelaskan pada Saisah.

        Syahrul terus menuju ke bilik mereka.Saisah yang sedang menyembamkan wajahnya di atas katil dihampiri.Pintu bilik dikunci kerana risau Fida akan menerpa masuk ketika dia sedang cuba memahamkan Saisah.Syahrul faham mana ada wanita yang sanggup diduakan.

       ''Sayang!,.jangan macam ni.Abang perlukan Zeati saat ni.Jangan buat abang macam ni please!,.'' bahu Saisah diusap perlahan.Syahrul menghampiri Saisah lebih dekat dan cuba merangkul Saisah dari belakang.Saisah terus keraskan badan dalam esak tangis yang semakin menyesakkan nafas Syahrul.

         ''Semuanya bukan seperti yang Zeati sangka.Macam gambar Zeati,abang tahu semua tu fitnah.Mungkin ada orang yang cuba nak porak perandakan rumahtangga kita,'' Syahrul masih cuba memujuk Zeati.Perlahan Saisah bangun dan mengesat air matanya.Dia duduk dan mengadap Syahrul.Wajah Syahrul dipandang.

          ''Siapa perempuan tadi? Kenapa abang bawa dia balik sekali.Apa hubungan dia dengan abang??'' dengan suara yang serak dan esakan yang masih bersisa Saisah menyoal Syahrul.

          Syahrul bungkam,tadi dia menyangka Saisah sudah mendengar semua pengakuannya.Saisah cuba dirangkul sekali lagi agar Saisah kembali tenang sebelum dia menerangkan segala-galanya.Namun cubaannya tidak berjaya bila Saisah menepis tangannya.

       ''Abang bagitau Zeati dulu.Siapa perempuan tu?'' Saisah masih bersuara tegas.Syahrul sudah mula merangka ayat yang sesuai di mindanya.Bak kata orang situasi Syahrul sekarang ibarat 'menarik rambut di dalam tepung.Rambut jangan sampai putus dan tepung jangan sampai berselerak'.

       ''Zeati percaya abangkan?'' Syahrul mencari kepastian.

        ''Abang tak percayakan Zeati kenapa pula Zeati perlu percayakan abang?'' Saisah mengungkit balik mengenai keraguan Syahrul terhadap dirinya.Wajahnya dimasamkan.Dengan pantas Syahrul menarik Saisah ke dalam pelukannya.Kali ini tidak pula Saisah menolak.Perasaan marah,rindu dan sayang itu kini bersatu dijiwanya dan ternyata perasaan sayang dan rindunya pada Syahrul melebihi perasaan marahnya.

           ''Maafkan abang sayang! Maafkan abang!,.Allah dah bayar cash kat abang.Macam mana yang berlaku kat Zeati.Itu juga yang berlaku kat abang,.'' Syahrul mula menceritakan segala-galanya pada Saisah.Bermula dengan pertemuannya dengan Fida di Empangan Mengkuang hinggalah pernikahannya dengan Fida.

             ''Habis,.apa rancangan abang sekarang.Abang nak simpan dia di rumah ni ke? Zeati tak nak kongsi abang dengan dia!,.'' Saisah nekad dengan keputusannya.Dia tak nak kehilangan Syahrul dan dia juga takkan kongsi Syahrul dengan perempuan lain.

           ''Siapa cakap sayang akan kongsi abang dengan dia,.hmm??,.Abang ni tetap milik Saisah Mazeati selama-lamanya.Hati abang ni hanya satu ja tau.Tubuh abang ni pun satu saja tau.Takkan sayang tergamak nak potong abang pulak? Nak lapah-lapah abang pulak?'' Syahrul cuba menceriakan keadaan.Tubuh Saisah terus dirangkul erat dan kedua pipi Saisah dicium betubi-tubi melepaskan kerinduan yang sekian lama bersarang di dadanya.

            ''Lepaslah abang!!,..Zeati tak cakap pun Zeati dah maafkan abang.Abang jangan nak ambil kesempatan erk!,.'' Saisah cuba meloloskan diri dari rangkulan Syahrul.Hatinya belum lagi terpujuk sepenuhnya Syahrul sudah pandai mengambil kesempatan.

            ''Abang rindu tau!,.rindu sangat-sangat kat isteri abang ni.Sayang!,.tolong memihak pada abang.Jangan biarkan orang yang nak menghancurkan rumahtangga kita ni berjaya.Abang tak sanggup kehilangan sayang.Percayakan abang ya! Kita buang yang keruh.Kita ambil yang jernih.Abang berjanji,abang pun takkan meragui sayang lagi selepas ni,.''

                Syahrul merenung tepat ke wajah Saisah terus mata bertentang mata.Saisah membalas renungan Syahrul.Wajah yang dirinduinya itu Saisah tatap sepuasnya.

           ''Zeati rasa Zeati tahu siapa dalangnya yang cuba merosakkan rumahtangga kita!,.'' Saisah bersuara perlahan.Syahrul tersentak.

BAB  18

           AJMAL IDHAM ketawa berdekah-dekah di dalam biliknya Puas hatinya sekarang bila menyaksikan sendiri pernikahan Syahrul Nizar.Kini rasa sakit hatinya pada Saisah Mazeati terbalas.Tentu Saisah sedang menangis tak berlagu sekarang kerana telah diduakan.Padan muka kau Saisah!,.kalau bermain dengan api terbakarlah jawabnya.Kau belum kenal siapa sebenarnya Ajmal Idham!

          Ajmal berangan-angan dalam hati.Selepas ini tentu Saisah akan meminta cerai daripada Syahrul.Ketika itu dia akan mencelah dan akan masuk jarum biar hubungan mereka terus terputus.Ajmal ketawa lagi.

        SEMENTARA itu Saisah yang sudah terpujuk dengan pujukan Syahrul sudah keluar dari bilik dan menuju ke dapur untuk membantu ibu dan ibu mertuanya menyiapkan makan malam mereka.Syahrul Nizar pula menyegarkan diri di bilik mandi.Lapang rasa dadanya bila Saisah ternyata memahami situasi yang dialaminya.

      ''Mana perempuan tu?'' masuk saja ke dapur Saisah sudah menyoal ibunya.Puan Habsah menoleh kepada Saisah.Nampak tenang pula wajah Saisah.Entah ayat apa yang 'digoreng' Syahrul padanya.Itu yang Puan Saisah fikirkan.Dia juga wanita,dia tahu bukan mudah menerima kenyataan kalau diri sendiri dimadukan.

        ''Zeati okey???'' Puan Habsah menyoal Saisah pula.

        ''Okey!,.perempuan tu yang bakal tak okey sekejap lagi!'' Saisah bersuara serius.Puan Habsah memandang Puan Mawar yang sedang menyuap Ariesya makan.Puan Mawar mengerutkan dahinya.Risau juga mendengar penyataan menantunya itu.

        ''Zeati nak buat apa?'' Puan Habsah bertanya resah.

        ''Tak tahu lagi ibu.Mungkin nak ajak dia bergusti ke,bertinju ke,.tengoklah dulu!'' Saisah cuba sembunyi senyum bila melihat wajah ibu dan ibu mertuanya.Dalam mindanya memang ada agenda yang sedang dirancang.

        ''Mama kalau boleh memang tak mahu masuk campur tapi mama harap semarah mana pun Zeati,ingatlah! Allah sentiasa ada di sisi kita.Bertindaklah ikut akal bukan ikut perasaan,.'' Puan Mawar pula bersuara.Dia tak bertujuan untuk memihak pada siapa-siapa cuma kalau boleh perkara ini biarlah diselesaikan dengan aman.

      ''In Sya Allah mama!,.'' Saisah memberi jaminan sambil menghidangkan makanan di atas meja.

         ''Makanan dah terhidang tu.Pergi panggil Syahrul Zeati!,.panggil Fida sekali!'' Puan Habsah sudah memberi arahan.Saisah jungketkan keningnya pada ibunya.

         ''Perempuan tu nama Fida? Tak payahlah makan sekali ibu.Buat sakit jiwa ja tengok muka perempuan tu.Yang tengah lapar pun terus jadi kenyang,'' Saisah buat alasan.Puan Habsah mengelengkan kepalanya.

        ''Dia tetap tetamu kita Zeati.Lagi pun kami dah berbual dengan dia tadi.Dia perangkap Syahrul bersebab,'' Puan Habsah cuba memujuk Zeati walau perkara ini menyakitkan hatinya juga.Bila difikirkan dengan ujian dari Allah Puan Habsah tidak mahu terus melatah dengan menyalahkan Syahrul.

          Saisah tidak mempedulikan arahan dari ibunya.Kalau lapar pandailah perempuan tu keluar cari sendiri.Ditariknya kerusi dan mula duduk.Dicapainya pinggan dan menyendukkan nasi.Belum pun Saisah sempat menyuap Syahrul dah masuk ke dapur.

        ''Ha Syahrul!,.eloklah tu,Syahrul tolong panggilkan Fida makan nasi,.'' Puan Habsah bersuara pada Syahrul sambil menjeling Saisah dimeja makan.

          ''Hah!,.jangan nak mengatal! Abang berani jejak bilik perempuan tu.Siap!'' Saisah terus bangun sambil memberi amaran pada Syahrul walau pun Syahrul belum sempat bersuara.
            Syahrul tercengang,bila melihat ibu mertuanya sudah tersenyum simpul Syahrul turut sembunyi senyum.Saisah yang terperasan dengan wajah Syahrul pantas tangannya terus bertindak.

         ''Ouchh!!,.sakitlah sayang.Ni apasal ni.Ribut tak,angin tak, dapat makan ketam batu free?'' Syahrul mengosok laju perutnya yang teramat pedih dipulas Saisah.Memang betul-betul pulasan membawa maut!

           ''Tu baru sikit!,.yang selebihnya tunggu lepas ni Zeati bayar cash!'' Saisah terus berlalu selepas memberi amaran.Sebaliknya Syahrul sudah ketawa dengan amaran Saisah.Dah lama Syahrul kenal dengan Saisah.Nampak saja brutal tapi senang dipujuk.

          ''Abang tak sabar nak tunggu!'' Syahrul melaung kuat bertujuan untuk menyakat.Saisah mengetap bibir namun kakinya terus melangkah menuju ke bilik tamu yang dulunya adalah bilik Syahrul.

           Pintu bilik diketuk.Bila tiada respon Saisah terus memulas tombol pintu dan menjengukkan kepalanya ke dalam bilik. Fida yang sedang menelentang di atas katil dihampiri.Saisah memerhatikan wajah Fida yang sedang lena itu.Cantik!,.itu fikirnya.Sebentar kemudian Saisah mencebirkan bibirnya.Huh!,.harapkan muka ja cantik tapi perangai belum tentu.

          ''Oitt perempuan!,.bangunlah! Makan,.'' Saisah menepuk bahu Fida perlahan.Kalau ikutkan hatinya yang tengah marah memang nak ditepuk sehabis tenaganya.Biar perempuan tu terkejut dan terus k.o.

           ''Oii!,.bangunlah!!!,.'' Saisah kuatkan suaranya.Terpisat-pisat Fida mengenyeh mata.Wajah Saisah dipandang.
       
         ''Aku ngantoklah perempuan! Kau nak apa?'' kasar suara Fida bertanya.Saisah menahan sabar.Orang nak kejutkan dia untuk makan pun dah banyak rahmat.Lagi banyak songgeh.Saisah bermonolog di dalam hati.

          ''Kau tak mau makan ke? Kang mati kebulur pula dalam bilik ni!'' Saisah pun turut mengeraskan suaranya.Biar kena buku dengan ruas.Tu baru betul.

        ''Nantilah! aku nak mandi dulu.Nanti kau bawa masuk dalam bilik ni.Aku makan dalam bilik ja.Aku malas nak keluar!'' mendengar kata-kata Fida Saisah terus membuntangkan matanya.Laju jemari Saisah meluku kepala Fida tanpa sedar.

        ''Woii!,.sakitlahhh!!,.'' Fida bertempik.Saisah bercekak pinggang.

         ''Kau bernasib baik tau sebab aku tak bunuh kau kerana dah perangkap Syahrul dan nikah dengan dia.Dahlah!,.malas aku nak layan manusia bodoh macam kau ni.Kalau kau lapar kau keluar makan di dapur.Tak ada orang yang nak jadi kuli kau dalam rumah ni,.'' Saisah berlalu meninggalkan Fida yang masih terpinga-pinga.Perempuan ni lagi ganas.Ada hati nak bunuh aku.Fida menghantar Saisah dengan pandangan geram.Siapa perempuan ni? Adik Syahrulkah? Tapi,..ahh,peduli apa aku.Yang penting! Masyukkk!!,.Fida berdialog di dalam hati.

BAB  19

             ''SAYANG!,.terima kasih kerana sudi percayakan abang,.'' selepas Ariesya tidur Syahrul mula menghampiri Saisah yang masih membaca novel.Hai!,.tak habis-habis dengan novel dia.Tadi Syahrul terpaksa melayan kerenah Ariesya.Jadi Saisah memberi peluang Ariesya untuk melepaskan rindunya pada Syahrul.

        ''Huh!,.Zeati bukan macam orang tu!'' Saisah bersuara walau matanya masih setia pada ayat-ayat dalam novel yang dipegangnya.

         ''Sorry sayang!,.abang bukan tak percayakan sayang tapi abang cemburu tau tak? Siapa lelaki tu?'' Syahrul menyoal Saisah yang masih leka menatap muka surat demi muka surat Novel hasil karya Rehan Mahthar,Suami Tak Ku Hadap.Saisah meletakkan novel di atas ribaannya bila Syahrul sudah berada di sebelahnya.

        ''Takkan abang tak kenal? Anak Dato Huzaimi,budak 'perasan bagus' tu!'' Saisah menyoal Syahrul kembali.Dia bangun dan meletakkan novel di atas meja sofa di dalam biliknya dan kembali ke katil.

      ''Budak perasan bagus?'' Syahrul kerutkan dahi.Mindanya cuba mengingat kembali gambar yang dikirim padanya tempoh hari.

          ''Ajmal Idham Dato Huzaimi,.takkan abang tak ingat?'' Saisah mengingatkan Syahrul sambil merebahkan tubuhnya ke tilam.Syahrul turut berbaring di sebelahnya sambil mengiring mengadap Saisah.Tangan Saisah digapai dan diletakkan dipinggangnya.

          ''Buat apa dia jumpa sayang?'' ada sedikit nada keras di situ.Saisah yang sudah terasa lain dengan nada Syahrul terus menarik tangannya dan cuba membelakangkan Syahrul.Dengan pantas Syahrul bertindak menghalang Saisah dan meminta Saisah untuk berpusing dan mengadap dirinya semula.

          ''Sorry k!,.abang tak sengaja.Okey! kita bincang dari hati ke hati.Abang janji abang tak tinggikan suara lagi,.'' Saisah mencebik dan tangannya turut beraksi.Dendamnya belum berbalas lantas lengan Syahrul dipiat kuat.Menyeringai Syahrul menahan sakit.

       ''Zeati!!!,.habis la berbirat badan abang kalau macam ni!'' sambil bersuara Syahrul mengosok lengannya yang pedih.Ni bukan cubit sebarang cubit tapi cubitan yang maha beracun.

          ''Padam muka!,.tu hukuman untuk abang.Sebab pertama abang tak percayakan Zeati.Sebab kedua abang dah bawa balik madu untuk Zeati.Sebab ketiga sebab abang cemburu tak bertempat.Abang tahu tak,Ajmal tu sejak tingkatan 1 lagi dah cuba tackle Zeati.Kalau Zeati nak,dah lama Zeati couple dengan dia,.'' Saisah berterus terang.Selama ni Saisah tak pernah ceritakan perihal yang macam ni pada Syahrul.Padanya cukuplah hatinya hanya milik Syahrul.Hal yang lain langsung tak penting.

       ''Buat apa dia jumpa Zeati?''  suara Syahrul diperlahankan walau hatinya tengah berasap.Sambil tu rambut Saisah diusap dan Saisah ditarik semakin rapat ke arahnya.Saisah menarik nafas sebelum menjawab.Wajah Syahrul yang semakin rapat dengan wajahnya membuatkan nafas Saisah semakin semput.

        ''Dia cakap dia nak Zeati,.'' Saisah cakap direct.Syahrul dah mendengus kasar.

        ''Sayang tak cakap sayang dah kawen?'' Saisah terus menceritakan segalanya pada Syahrul termasuk mengenai Syarikat ayah mertuanya yang didakwa Ajmal telah dibeli oleh Dato Huzaimi.Syahrul mendengar dengan teliti.Dalam hatinya sudah bernekad untuk menyiasat siapa dalang yang membuatkan syarikat papanya muflis.

        ''Dahlah,.jom tidur!,.Zeati banyak hutang dengan abang tau.Abang nak sayang langsaikan malam ni jugak!'' Syahrul dah tersenyum nakal.Saisah mencebik.Hutanglah sangat!

       ''Sepatutnya malam ni abang first night dengan bini muda abang tu,.'' Saisah sekadar menguji.Syahrul tergelak.Timbul idea di mindanya untuk menyakat.

     ''Ha'ah,.abang pun tak ingat.Kalau nak ikut giliran esok baru giliran sayangkan?Terima kasih sayang kerana tolong ingatkan abang,'' Syahrul terus bangun dan pura-pura nak keluar dari bilik.Saisah sudah bergenang air mata menahan sebak.

        Baru beberapa langkah Syahrul dah berpatah balik.Melihat Saisah yang sudah berkelubung dalam selimut mengundang senyuman dibibirnya.

     ''Aloloo,.sayang abang merajuk lagi ea?,.Tulah!,.lain kali jangan ingatkan abang,'' kain selimut Syahrul tarik perlahan namun,.

     ''Auww,.sayanggg!!!,.'' Syahrul dah tergolek tepi katil.Kan dah kena tolak sampai jatuh katil.Main-mainlah juga dengan Puan Saisah Mazeati ni.
           Syahrul bangun dan mengosok-gosok pinggang dan punggungnya.Katil dipanjat lagi dengan penuh hati-hati.Serik!,.amekaw Syahrul.Lupa la tu Saisahkan ada tali pinggang hitam.

         ''Sayang!,.abang angkat bendera putih.Tak nak main-main lagi,.'' Syahrul baringkan diri ditepi Saisah.Air mata Saisah dilap dengan hujung jarinya.Dahi Saisah dikucup.Saisah rapatkan bibirnya ke pipi Syahrul.Syahrul biarkan dan memejamkan matanya.

       ''Sayanggggg!!,.againnn!!,.'' Saisah puas hati.Berbekas pipi Syahrul kena gigit.Berair juga mata Syahrul.Ganas sungguh! Isteri siapa la ni?

         ''Zeati tak ada mod nak layan abang malam ni.Tu semua free gift dari Zeati special untuk abang sorang ja.Kalau abang nak lebih lagi pun Zeati tak kisah.Berani-beranikanlah diri kacau Zeati lagi ya!,.'' Saisah terus pusingkan tubuh membelakangkan Syahrul.Bengkek hatinya bila Syahrul masih nak mainkan perasaannya lagi.

        ''Sayang!,.takkan macam ni ja kot.Abang rindu tau!!,.'' Syahrul masih mencuba nasib.Dalam hati masih ada niat untuk menyakat tapi tak berani pula untuk bersuara dan malam tu Syahrul terlena hanya dengan memeluk Saisah dari belakang.Heh! nasib kau la Syahrul Nizar oii!!,.
           
               ''SYAHRUL!,.Ya Allah! Kenapa dengan pipi tu?'' Puan Mawar terkejut besar pagi tu bila mendapati pipi anak lelaki tunggalnya dah berbekas.Puan Habsah turut sama menoleh ke arah Syahrul.Saisah Mazeati yang turut sama berada di ruangan dapur buat-buat bodoh seolah tiada apa yang berlaku.

          ''Tak ada apalah mama.Menantu mama tu.Terlalu rindu kat Rul la ni.Kalau boleh sekali dengan Rul ni dia nak telan,.'' Syahrul bersuara selamba sambil tergelak kecil.Saisah dah menjeling tajam.Kedua-dua orang ibu sudah mengelengkan kepala.

       ''Zeati!,.kenapa sampai macam tu sekali buat kat Syahrul? Berdosa tu sayang!'' Puan Habsah menasihati Saisah.Syahrul menjungketkan kening berkali-kali pada Saisah.Saisah mencebik dan menjulingkan matanya ke atas.

           ''Biarlah ibu!,.buat kenangan!!,.'' selamba juga Saisah menjawab sambil menuangkan air ke dalam cawannya,duduk dan terus minum tanpa melayan Syahrul macam kebiasaannya.Terpaksalah Syahrul melayan diri sendiri.Puan Mawar dan Puan Habsah saling berpandangan.

          ''Iesya belum bangun Zeati?'' Puan Habsah mengubah topik.Dia tahu hati Saisah masih sakit.Walau nampak wajahnya begitu tenang.Hati di dalam siapa yang tahu?

      ''Belum lagi ibu! Abang jaga Iesya ya hari ni!!,. Zeati dah lama tak buka kedai.Ibu!,.perempuan tu dah bangun ke belum?'' dalam mengarah Syahrul, Saisah menyoal ibunya.

       ''Sayang nak suruh abang jaga Fida sekali ke?'' Syahrul pamer senyum sambil menyoal,dirinya dijarakkan sedikit dari Saisah.Tahu pun takut!

      ''Nope!,.jangan harap abang boleh berdua-duaan dengan dia.Bila dia dah bersetuju jadi madu Zeati bermakna dia dah menempatkan dirinya untuk menjadi hamba abdi Zeati selamanya,.'' Puan Habsah,Puan Mawar dan Syahrul saling berpandangan.Akhir sekali pandangan mereka beralih pada Saisah yang selamba menyuap bihun goreng ke mulutnya.

         Dalam diam Syahrul memuji Saisah dalam hati.Saisah yang dikenalinya memang seorang yang tak mudah mengalah dengan begitu mudah.Semakin bertambah rasa kasih dan sayang Syahrul Nizar buat Saisah Mazeati.Kau isteriku dan akan tetap jadi milikku selamanya.Syahrul bermonolog di dalam hati.

BAB  20

                Selepas Puan Mawar dan Puan Habsah keluar Ariesya pun bangun dari tidur.Seperti biasa Saisah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu.Kali ini tugasnya dibantu oleh Syahrul.Selepas memandikan Ariesya Syahrul menyuap Ariesya makan sementara Saisah mengemas rumah.

             Selepas Ariesya habis makan Syahrul membawa Ariesya keluar.Tinggallah Saisah dan Fida di rumah.Saisah melebarkan senyuman kerana agendanya akan bermula sebentar lagi.Bila kelibat Syahrul dan Ariesya menghilang Saisah berlalu ke bilik Fida.Tombol pintu dipulas.Ahh!,.kuncilah pulak!.Saisah mengetuk kuat pintu bilik sambil melaung.

          ''Woii perempuan!,.aku pecahkan pintu ni kang!'' sambil melaung pintu tetap diketuk namun masih tiada respon dari dalam bilik.Saisah bengang lalu kunci pendua dicari di bilik ibunya.Semua laci almari diselongkar.Saisah tersenyum puas bila kunci yang dicari ditemui.Dia kembali semula ke bilik Fida dan membuka pintu bilik.

          Fida yang masih terbongkang di atas katil dihampiri.Ni mesti tak bangun solat subuh.Matahari dah terpacak atas kepala pun masih terbongkang lagi.Saisah mencari idea untuk mengejutkan Fida dengan cara yang lebih istimewa.Kot-kot boleh menjadi kenangan untuk seumur hidup.

         Fikir Saisah fikir!,.nak siram air tak best sangat kot!,.Saisah garu kepala sambil otak terus berjalan.Dan,.bila idea sudah datang Saisah terus lebarkan senyuman.

         "Api,.api,api,.rumah terbakar!,.api,.api,.!'' Saisah menjerit kuat sambil mengetuk buntut kuali dengan senduk.Berdentang denting bunyinya.Fida terlompat bangun sambil tercenggang.Terus dia menuju ke pintu bilik dan menerpa keluar dari rumah.

       ''Api!,.api!,.tolong ada api!,.'' dengan wajah dan rambut yang kusut masai Fida berlari ke pintu pagar.Saisah di dalam rumah sudah terbahak-bahak ketawa.Tu la! Pengajaran untuk orang yang bangun lewat.

          ''Oiii perempuan!!,.sudahlah tu mimpi sikit-sikit.Ni sampai mengigau ke pintu pagar,apa kes?'' Saisah melaung kuat Fida yang masih tercenggang di pintu pagar.Fida yang masih terpinga-pinga memandang sekeliling.Ramai jiran-jiran sebelah yang memerhatikan dirinya sambil tersenyum simpul.Fida pandang dirinya yang berbaju tidur jarang paras paha.Seksi ya amat! Fida terus berlari masuk ke rumah.Bibirnya diketap geram.

         ''Kau tak solat subuh ke pagi tadi??? Burung pun dah terbang pergi cari makan, yang kau masih terbongkang lagi dalam bilik tu apa hal? Pergi mandi dan siap! Selepas makan aku nak bawa kau pergi kedai buat kerja.Jangan ingat kau boleh goyang kaki,.'' Saisah bersuara tegas.Fida dah menjeling tajam padanya.

              ''Apa jeling-jeling? Aku cungkil biji mata tu baru tau!,.'' Saisah yang terperasan dengan jelingan Fida terus mengugut.Fida mendengus geram.Belum masanya lagi untuk membalas.Itu fikirnya.

          Bila Fida masuk ke bilik Saisah mengikutnya dari belakang.Fida yang menyedari Saisah ada di belakangnya terus menoleh.

           ''Kau nak apa ikut aku?'' Fida soal kasar.Saisah tayang wajah selamba.

            ''Rumah aku!,.ikut suka aku arr!,.cepatlah mandi!!,.aku bagi kau masa sepuluh minit ja.Lambat!,.kau akan didenda.Takkan ada sarapan untuk kau!,.'' Fida mencebik lagi.Tuala diambil sebelum masuk ke bilik mandi dan menghempaskan pintu bilik mandi dengan kuat.

         ''Woii!,.jahanam pintu bilik air tu,.. kau siap!!'' Saisah melaung kuat dan berdehem selepas itu.

     ''Boleh pecah anak tekak aku kalau macam ni,.'' Saisah berdialog seorang diri.


               SAISAH pandang Fida atas bawah,atas bawah.Pakaian yang di pakai Fida seolah pakaian yang dipinjam dari adiknya yang berumur sepuluh tahun.Saisah mengeleng perlahan.Beg baju Fida diselongkar.Fida membulatkan matanya bila melihat Saisah mengeluarkan semua pakaiannya.

          ''Woii perempuan!,.kau ni dah kenapa?'' Fida bengang dengan Saisah.Sejak semalam Saisah asyik mencari pasal dengan dirinya.

        ''Kau tak ada baju lain yang besar sikit ke? Baju budak kecik tu jugak yang kau nak pakai? Lebih baik kau telanjang ja! Boleh jugak jantan-jantan mata keranjang di luar sana tengok free show kau tu!'' Saisah bersuara tegas.Tak suka betul bila tengok Fida pakai baju yang macam sarung nangka tu.

       ''Kau siapa? Nak tentukan apa yang aku pakai? Badan aku! Aku punya suka la nak pakai apa pun!'' Fida tak puas hati.Selama ni kawan-kawannya tak pernah menegur apa yang dia pakai.

          ''Perempuan!,.kau dengar sini elok-elok.Kau sekarang ni isteri abang Syahrul! Suami ter'Chinta' aku tu.Kalau kau pakai seksi.Dedah sana,dedah sini.Abang Syahrul tu yang tanggung dosa kau.Kau tak solat? Abang Syahrul yang tanggung dosa kau.Faham!!,.aku tak nak kau heret abang Syahrul tu masuk neraka sekali dengan kau!!'' Fida membuntangkan matanya.Jadi,.perempuan di depannya adalah isteri Syahrul?

          ''Apa maksud kau, Syahrul tu suami kau? Syahrulkan baru habis belajar?'' Fida bertanya tidak percaya.Setahu dia Syahrul baru berumur 22 tahun.Takkan,.takkanlah yang berdiri depannya sekarang adalah madu,.. arghhh,..Fida stress.Takkan dia bermadu.Dia baru plan untuk mengoda Syahrul dengan menjadikan Syahrul tu miliknya seorang.Syahrul tu manusia biasa.Tentu akan mudah tergoda tapi,. Fida pandang Saisah atas dan bawah.Perempuan di depannya ini lebih cantik dari dirinya.Berkulit putih gebu dengan baju labuh.Nampak sangat sempurna dari segala segi.

          ''Apa? Kau jangan nak bagi alasan! Buang semua baju tak guna kau ni ke dalam tong sampah.Untuk hari ini pinjam baju aku dulu.Dan,.satu hal lagi mulai hari ini aku nak kau solat.Jangan tinggal walau satu waktu pun,.'' gulp!!!,.Fida telan air liur.Solat? Tak pernah dia solat sejak 18 tahun dia hidup.Dia dan abang dia anak terbiar.Sejak kecil mereka merempat selepas dihalau keluar oleh mak usunya selepas emak dan ayahnya meninggal.

        ''Kau menung apa lagi tu? Sementara aku baik hati ni lebih baik kau pergi makan.Aku nak masuk bilik ambil baju.Mau atau tak kau kena pakai jugak,'' Saisah berlalu keluar dari bilik Fida.

           FIDA pandang tubuhnya yang dibaluti sepasang jubah dengan tudung labuh melepasi dada.Langsung dia tak percaya itu adalah dirinya.Saisah yang berdiri di depannya sudah tersenyum lebar.Fida memasamkan wajah.Tak suka bila dipaksa oleh Saisah memakai jubah yang sedang dipakainya sekarang.

       ''Ha!,.tu barulah nampak macam wanita muslimah.Dah!,.jom pergi kedai.Aku dah lewat ni,.'' Saisah terus menarik tangan Fida hingga ke kereta.Dia tahu Syahrul kahwin dengan Fida sebab terpaksa jadi dia tak ada hak untuk membenci Fida.

         Kalau semua ini rancangan Ajmal untuk buat rumahtangga mereka hancur Ajmal silap.Bagi Saisah kalau musuh mereka seperti Ajmal tu nak bermain kasar,biarlah dia mengikut rentak Ajmal.Kalau Ajmal nak dia mengamuk dengan pernikahan Syahrul Ajmal silap besar.Saisah takkan tunjuk kelemahannya.

           ''Aku nak tanya kau sikit,.sebenarnya siapa yang upah kau perangkap Syahrul?'' Saisah mula menyoal Fida bila kereta mula bergerak meninggalkan taman perumahan mereka.
   
        ''Mana ada! Aku dan abang Syah memang saling mencintai.Ni dalam perut aku ni dah ada pun benih abang Syah,.'' Fida bersuara selamba.Saisah dah tergelak kecil walau dalam dadanya sudah berapi.      

         ''Hmm,..bagus sangatlah tu.Syahrul pun memang pernah cakap kat aku nak bagi Iesya kawan,.'' Saisah turut mengambil peranan membawa watak isteri cool,walhal dalam hati dah nak meletop.Kalau Fida nak ajak berlakon Saisah akan turut berlakon sama.
     
             ''Siapa Iesya?'' Fida menyoal.Saisah mencebik dalam diam.

            ''Dah berapa tahun kau kenal Syahrul?'' Saisah tak menjawab soalan Fida malahan soalan terus diajukan untuk Fida.Pesalah adalah Fida.Hanya pesalah yang akan disoal dan pesalah tak berhak untuk mendapatkan jawapan.

        ''Ehh,.dah lama,.lama la jugakk.Mungkin dah 2-3 tahun macam tu,.'' sambil menjawab Fida menoleh keluar kereta.

                ''Di mana kau kenal Syahrul?'' soalan seterusnya buat dahi Fida berpeluh.Otaknya ligat berfikir.
     
              ''Di mengkuang Dam,.ha betul.Masa tu Syahrul tengah joging,.'' Saisah geleng kepala.Apa yang Syahrul cerita kali pertama dia jumpa Fida memang di Mengkuang Dam.Ketika tu dia sedang termenung memikirkan gambar Saisah yang diterimanya.Selepas itu dia terus masuk perangkap.
         
        ''Kau percaya tak Allah itu ada? Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui segalanya.Sebijak mana pun kau menipu kau takkan terlepas dari hukuman Allah.Dekat dunia ni bolehlah kau nak kelentong macam-macam.Di Akhirat esok kaki dan tangan kau yang akan bercakap.Menipulah selagi kau boleh menipu.Berkawanlah dengan syaitan dan iblis tu.Di Akhirat esok boleh sama-sama jadi bahan bakar api neraka,.'' Saisah bersuara selamba.Wajahnya cukup tenang mengungkapkan ayat-ayat itu.Fida telan liur.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.