My Channel in Youtube

My Channel in Youtube
Jom Langgan!

Sabtu, 27 April 2013

LOVE 4EVER BAB 9,10,.


BAB  9

          Ajmal Idham melangkah pantas ke arah keretanya.Lima tahun di luar negara melanjutkan pelajaran membuatkan Ajmal teringin untuk mengetahui perkembangan teman-teman sekolahnya.Selepas SPM dia berjaya dengan cemerlang dan ayahnya Dato Huzaimi telah menghantarnya untuk belajar di luar negara.Orang pertama yang selalu di ingatinya adalah Saisah Mazeati.Dia tahu Saisah telah mengambil alih kedai kek milik ibunya.Itulah matlamat utamanya.

      Kedai kek SAISAH KEK & PASTRY di tuju.Keretanya meluncur laju membelah kesibukan kotaraya.Tak sabar hatinya untuk menatap wajah itu lagi.Lima tahun sudah berlalu tentu Saisah sudah semakin cantik.Kalau dulu Saisah langsung tidak melayan setiap usikannya tapi kini Ajmal bernekad untuk terus merebut hati Saisah tanpa mengetahui Saisah Mazeati adalah kepunyaan Syahrul Nizar.

      Terasa keretanya terlalu lambat bergerak.Ajmal terus menekan minyak.Hatinya terus meronta-ronta.Saisah!,tunggu kedatanganku! Ajmal menjerit di dalam hati.

        Sementara itu di kedai kek SAISAH KEK & PASTRY yang di ambil sempena nama gabungan Puan Habsah dan suaminya Muhammad Saiful,kelihatan seorang kanak-kanak dalam lingkungan usia tiga tahun sedang enak menjamu selera bersama ibunya.

       ''Ibu,.sedap kek coklat ni! pandai ibu masak!'' petah kanak-kanak itu bersuara.Ibunya hanya tersenyum.Alangkah bahagianya kalau Syahrul ada bersama dengan mereka sekarang ni.Bersama melayan anak kecil mereka.

        ''Ibu! Iesya nak lagi!'' Ariesya Iriana bersuara lagi menganggu lamunan Saisah seketika.Kepala Ariesya di usap mesra.

    ''Cukup untuk hari ini.Tak elok makan banyak sangat,nanti gigi anak ibu tak cantik dah,kalau makan kek banyak-banyak.Kalau dah bam bam nanti abah balik pun dah tak kenal lagi dengan anak abah ni,'' Saisah tersenyum sambil memujuk anaknya itu.

     ''Alaa,.ibu ni,.Iesya nak sikit ja lagi!'' Ariesya merengek manja.

     ''Anak ibu lapar ya? Nanti kita pergi restoran nenek ya,kita makan di sana,'' kepala Ariesya Saisah usap lagi,penuh kasih dan sayang.Seawal usia sembilan belas tahun Saisah dah mengandungkan Ariesya dan terpaksa berkorban menangguhkan pelajarannya selepas Saisah di sahkan hamil.Saisah langsung tak menyesal bila tahu dia sudah mengandungkan zuriat mereka hasil perkongsian kasih dan sayangnya bersama Syahrul.

         ''Tak nak! tak nak!,.Iesya nak kek jugak!'' Ariesya masih berdegil.Di hentakkan kakinya berkali-kali.Saisah hanya mampu mengelengkan kepala.Teringat pula dia ketika dia sedang mengandungkan Ariesya kek coklatlah yang di makannya hari-hari hingga di usik Syahrul.Memang,.ketika itu badan Saisah naik mendadak.

       ''Okey! okey,.sepotong ja lagi.Lepas ni kita pergi makan nasi pulak di restoran nenek.Janji!,.kalau tak! ibu tak nak kasi!'' Saisah terpaksa mengalah.Anak sekecil Ariesya apa sangat yang dia tahu selain kehendaknya harus di tunaikan.Kalau tak memang merajuk panjanglah nampaknya.

      ''Janji!!!,.'' jari kelingking Ariesya kaitkan bersama jari kelingking Saisah dan mereka terus ukirkan senyuman.Saisah bangun dan menuju ke peti sejuk yang menempatkan berbagai jenis kek di dalamnya.Sepotong kek coklat yang telah siap di potong di keluarkan.

        Sedang Saisah melangkah untuk menuju semula ke meja Ariesya pintu kedai di kuak dari luar.Seorang lelaki yang cukup bergaya dengan cermin mata hitamnya masuk ke kedai.Saisah memberi isyarat pada pekerjanya untuk melayan lelaki tersebut dan dia pula terus melayan kerenah Ariesya makan.

       ''Encik nak beli kek ke?'' Nadia pekerja Saisah terus menyoal lelaki tersebut.Lelaki tersebut mengeleng dan matanya terus meninjau dalam kedai kek dan terus terpegun lama pada seorang wanita bersama seorang kanak-kanak kecil.Langkahnya terus di atur ke arah meja tersebut.

           ''Saisah Mazeati Muhammad Saiful???'' soalan di ajukan pada Saisah.Lama Saisah merenung wajah lelaki di hadapannya.Cuba mengimbas wajah dihadapannya namun mindanya langsung tak bekerjasama.

        ''Kita kenal ke?'' Saisah ajukan soalan kembali.

         ''Ajmal Idham bin Huzaimi,ingat tak?'' Ajmal teruja bila Saisah sudah ada di depan matanya.Saisah kerutkan keningnya dan  berjeda lama.

             ''Huzaimi or Dato Huzaimi?'' Saisah masih beriak  biasa.Langsung tak  menyangka akan bertemu semula dengan mamat perasan bagus ni.

        ''Well!!,.whatever!!,.Dato ke apa ke I tak kisahlah.Yang penting you ingat siapa I,'' Ajmal mula bersuara angkuh.Saisah mencebik.Hiesy!!,.tak habis lagi dengan perangai dia tu.Siap ber 'I' 'YOU' lagi.Ajmal terus menarik kerusi di sebelah Saisah dan mula melabuhkan punggungnya walau tidak di pelawa.Saisah rimas dan bangun dari tempat duduknya.Selamba saja Ajmal menarik tangan Saisah.Saisah tergaman.

            ''Ajmal!! apa ni?? lepaslah!! kau ni memang tak tau adapkan? suka suki hati kau sajakan nak pegang tangan aku ni?'' Keras  suara Saisah.Ariesya dah tercengang.Terkejut kali pertama mendengar suara ibunya segarang itu.

           ''Ibuu!!,.'' Ariesya dah berubah riak.Dia seakan ingin menangis.Saisah mendapatkan Ariesya dan memeluk anaknya itu.Dia sendiri pun tak menyangka akan tindakan spontannya itu.

         ''Maaf sayang! ibu tak sengaja!'' jelingan tajam Saisah hadiahkan pada Ajmal.Ajmal pula memandang Saisah dan Ariesya silih berganti.

        ''Kenapa budak ni panggil you ibu??'' Ajmal tak puas hati.Dalam mindanya sudah merusuh.Tidak!! Saisah belum kahwin!.

         ''Kau peduli apa??'' Saisah masih bersuara kasar lalu bangun dan mendukung Ariesya ke ruangan dapur.Ajmal pula masih terpegun di situ.Tak percaya.Saisah Mazeati hanya akan jadi milik Ajmal Idham.

              ''Ibu!,.tadi tu sape?'' Ariesya yang masih dalam dukungan ibunya bertanya.Saisah hanya mengeleng sambil mengukirkan senyuman untuk Ariesya.Saisah sendiri bingung dengan kejadian hari ini.Untuk apa Ajmal muncul di depannya lagi.

          ''Saisah!!,.'' Ajmal mengekori Saisah ke ruangan dapur.Ajmal tak puas hati selagi tidak mendapat jawapannya.Saisah mendengus kasar.Sudah lama dia mengenali Ajmal yang suka memaksa ini.

        ''Kau nak apa lagi Ajmal??'' Saisah masih bersuara tegas.Malas melayan kerenah Ajmal ni.Ariesya yang masih di dukungnya di serahkan pada Faezah salah seorang pekerjanya dan Saisah menuju pula ke pintu keluar melalui pintu belakang.Rimas! Itulah yang Saisah rasa.Ajmal masih mengekori ke mana saja Saisah pergi.

        ''You tahukan,.I memang sukakan You sejak dari sekolah lagi.You tu saja yang jual mahal!'' Ajmal berterus terang.Saisah menahan api amarah yang mula membakar hatinya.

         ''Okey!,.biar aku pula berterus terang dengan kau.Aku dah kawen dan Ariesya tu anak aku.Jelas sekarang??'' Saisah memandang Ajmal dengan pandangan yang membuak dengan perasaan marah.Entah kenapa sejak sekolah lagi Saisah memang tak suka dengan Ajmal yang sentiasa berlagak dengan semua orang.Bagi Saisah Ajmal langsung tak layak untuk di buat kawan sekali pun.

        ''Kalau You tak suka I sekali pun You janganlah nak buat ayat yang tak masuk akal tu!!'' Ajmal langsung tak percaya dengan pengakuan Saisah.

       ''Aku tak tipulah!!,.Aku memang dah kawen masa aku form five lagi,'' sekali lagi Saisah cuba membuat Ajmal faham tapi pengakuan Saisah itu hanya di sambut dengan ketawa yang kuat oleh Ajmal.

     ''Cik Saisah Mazeati Muhammad Saiful!  You takkan berjaya nak tipu I hidup-hidup.Biar apa pun You cakap I takkan percaya!!.Okey,.hari ni I bagi peluang dekat You untuk fikir masak-masak tapi ingat, esok I akan datang lagi dan I tak mahu dengar You mengaku budak tu anak You lagi.Faham!!'' selepas berkata begitu Ajmal terus mengorak langkah untuk meninggalkan Saisah.

       ''Ehh,.Ariesya Iriana tu memang anak aku la BAHLUL!!!'' Saisah bersuara lantang.Bertambah bengang dia dengan sikap Ajmal ni.Apa hak dia untuk paksa aku untuk tidak mengaku anak aku sendiri.Saisah bermonolog di dalam hati.Argghhh,..entah bala apa yang bakal datang ni?.Syahrul!! Aku perlukan kau!


BAB  10


                     Syahrul  tersentak jaga dari tidurnya yang seketika.Selepas menyiapkan assignment yang di berikan oleh pensyarahnya Sir Syarafuddin sebentar tadi dia merebahkan badannya dan terlelap.Tahun ini adalah tahun terakhir Syahrul di USM ini.Letih,.teramat letih dengan pelbagai aktiviti.Mana nak menyiapkan assignment yang berlambak-lambak.Mana nak menghadapi peperiksaan akhir lagi.Minda pun dah tepu untuk berfikir.

             Selepas tamat SPM Syahrul meneruskan pelajarannya di tingkatan enam.Manakala Saisah pula memasuki kolej Kulinari membuat kek,biskut dan roti.Rezeki mereka murah kerana dalam sibuk belajar Saisah di sahkan mengandung dan terpaksa menangguhkan pelajarannya.Saisah terus mengambil alih kedai kek ibunya sepanjang kehamilannya itu dan hingga sekarang kedai kek itu sudah jadi miliknya dengan di bantu oleh tiga orang pekerja.

           Syahrul tersenyum bila mengingatkan itu semua.Umur tujuh belas tahun dah jadi suami.Dengan usia remaja begitu mana Syahrul mampu bertahan dengan hanya melihat saja Saisah di depan mata.Segalanya bermula selepas Saisah memasuki kolej dan perpisahan itulah yang menyebabkan kerinduannya pada Saisah tidak dapat di bendung lagi.Bila setiap kali bertemu akhirnya mereka terbabas juga dan mereka sama-sama menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri yang sebenar dan lahirlah permata hati mereka yang pertama Ariesya Iriana yang kini sudah berusia tiga tahun.

           Mungkin takkan ada orang yang akan percaya bahawa dalam usia dua puluh dua tahun Syahrul sudah menjadi suami dan ayah kepada seoarang anak perempuan yang sudah berusia tiga tahun.Syahrul meraup wajahnya.Terbayang pula wajah anak kecilnya itu.Tentu semakin keletah sekarang.Kali terakhir Syahrul menghubungi Saisah dua minggu lepas.Rindu pula dia dengan anak dan isterinya itu.Bagaimana agaknya mereka sekarang? sihatkah mereka? Bagaimana pula dengan mamanya dan ibu mertuanya? Harap-harap mereka dalam lindungan kasih Ilahi.Sentiasa sihat dan bahagia.Kadang-kadang Syahrul bimbang juga dengan keluarganya.Namun apakan daya dia terpaksa juga membuat pilihan demi masa depan mereka bersama.

           ''Wey Syah!!,.jom makan!'' tanpa sebarang salam Ammar rakan sebilik Syahrul menegurnya.Entah dari mana datangnya pun Syahrul tak perasan.Itulah kalau badan saja ada di situ sedangkan hati dan jiwa sudah merewang pada anak dan isteri mana nak perasannya.

          ''Tunggu!,.aku mandi dulu'' Syahrul terus bangun, mencapai tuala dan pantas berlalu ke bilik air.Ammar hanya mengangguk.Mereka menuju ke kedai makan yang berdekatan dengan rumah sewa mereka.




             Saisah Mazeati resah sendiri.Sudah berkali-kali nombor Syahrul Nizar di dail namun tiada yang menjawabnya.Selepas Ajmal pulang Saisah teringatkan Syahrul.Sudah dua minggu Syahrul tidak menghubunginya.Mungkin Syahrul terlalu sibuk belajar hingga menyebabkan Syahrul terus mendiamkan diri.

            HP di masukkan kembali ke dalam handbagnya.Ariesya Iriana yang sedang bermain dengan pembantu kedainya Nadiha dihampiri.Riuh suara anaknya itu bergelak ketawa bersama pembantunya itu.Nadiha ni memang sukakan kanak-kanak berbanding dengan dua orang lagi pembantunya Faezah dan Nadia.Selalunya kalau dia sedang sibuk membuat kek Nadihalah yang selalu menawarkan bantuan menjaga Ariesya.

       ''Iesya!,.jom,.kita ke kedai nenek pulak!.Anak ibu ni laparkan?'' Saisah duduk di sisi anaknya itu dan mengusap sayang kepala Ariesya.

          ''Diha!,.tolong tanyakan Ijah dengan Nadia nak makan apa.Nanti Zeati tolong bungkuskan,'' pandangannya di arahkan pada Nadiha.
           
           ''Ibu!,.kita nak pegi makan di kedai nenek ya ibu?'' petah Ariesya menyoal.

           ''Yalah  sayang!'' Saisah menjawab pertanyaan Ariesya sambil mendukung Ariesya dan menghadiahkan ciuman di pipi kiri dan pipi kanan Ariesya,Ariesya ketawa mengekek bila Saisah turut melagakan pipinya dengan pipi Ariesya.

         Selepas mengambil pesanan dari Nadiha Saisah keluar dari kedai dan berjalan menuju ke restoran ibunya yang jaraknya hanya berselang lima buah kedai dari kedai kek SAISAH KEK & PASTRY.Hari ini sengaja Saisah bermurah hati untuk tolong membelikan pekerja-pekerjanya nasi untuk makan tengahari.Kadang-kadang Saisah akan memberi kelonggaran untuk pekerja-pekerjanya keluar makan sendiri.Terpulang pada kehendak pekerjanya.Adakalanya kedai akan di tutup sementara dan mereka akan keluar makan bersama-sama.Saisah selalu memberi kelonggaran kepada pekerja-pekerjanya asalkan mereka tidak mengambil kesempatan atas kebaikannya.

        Langkah di atur kemas sementara Ariesya yang masih berada dalam dukungan masih petah berkata-kata.Saisah turut melayan kepetahan anaknya itu sambil sekali sekala ketawa bersama.Terubat juga rindunya pada Syahrul bila ada buah hati mereka yang comel dan petah ini.

        ''Nenekkk!!!,..'' masuk saja ke dalam kedai Ariesya sudah meronta untuk turun dari dukungan Saisah.Saisah meletakkan saja anaknya itu dan sebaik di turunkan Ariesya sudah berlari menuju kepada Puan Habsah dan Puan Mawar yang sedang makan di meja berdekatan dengan kaunter.

       ''Alaa cucu nenek,.dah makan belum ni?'' Puan Habsah mengangkat Ariesya lalu di ribanya.Pipi Ariesya yang gebu di ciumnya juga.Arisya Irianalah penawar hati mereka sekeluarga.Sejak Saisah di sahkan hamil kebahagiaan mereka berganda apatah lagi selepas Ariesya lahir.Gelak dan tangis Ariesya adalah irama merdu yang sentiasa menceriakan mereka sekeluarga.

       ''Iesya dah makan dah kek coklat.Sedap!!,.tapi ibu tak bagi Iesya makan banyak-banyak.Ibu kata nanti kalau abah balik dah tak kenal Iesya lagi.Kenapa pula nenek? Kalau makan kek coklat banyak-banyak nanti muka Iesya akan berubah ke nenek?'' lancar Ariesya menjawab dan menyoal serentak mengundang tawa Puan Habsah dan Puan Mawar.

           ''Meh sini,.dok atas riba mak tok pulak!'' Puan Mawar menghulurkan tangannya untuk mengambil Ariesya dan kini Ariesya sudah beralih berada di atas ribaan mak toknya pula.Panggilan nenek dan mak tok sengaja di adakan untuk mengelak dari Ariesya menjadi keliru dan untuk mengelak Puan Habsah dan Puan Mawar berkalih serentak seandainya di panggil Ariesya.

        ''Kek coklat memang tak boleh makan banyak-banyak sayang sebab tak berkhasiat.Lagi pun kek tu manis nanti gigi Iesya cepat rosak.Bila senyum dah tak cantik lagi.Macam mak tok ni ha,'' Puan Mawar menjawab soalan Ariesya tadi.Bila Ariesya rancak bercerita dengan nenek dan mak toknya Saisah Mazeati pula menuju ke ruang depan yang di khaskan untuk mengambil makanan.Macam biasa nasi dan lauk di ceduk sendiri manakala air di order pada pekerja ibunya.

        ''Tadi ibu cakap kalau makan kek banyak-banyak nanti jadi bam-bam.Bam-bam tu apa nenek? mak tok?'' Puan Habsah dan Puan Mawar saling berpandangan dan akhirnya terburai lagi tawa mereka.Kanak-kanak sebesar Ariesya memang suka menyoal.Pada tahap umur beginilah mereka ingin tahu segalanya.

       ''Bam-bam tu macam ni ha,..'' Puan Habsah menjawab sambil mengelembungkan pipinya.Mereka ketawa lagi.

        ''Dah la tu Iesya.Jangan kacau nenek dan mak tok lagi,Meh duduk sini,ibu suapkan nasi ni,'' Saisah datang bersama dua pinggan nasi.Ariesya di ambil dari pangkuan ibu mertuanya dan di letakkan di kerusi yang di khaskan untuk kanak-kanak sebesar Ariesya.Puan Habsah dan Puan Mawar terus menyambung makan yang tergendala tadi.Hai!,..beginilah gayanya kalau dah jumpa cucu.Kalau dah dapat jumpa cucu yang lapar pun terus jadi kenyang.Penangan melayan cucu ni memang buat hati rasa  ceria selalu.Mungkin sebab itulah orang selalu cakap bila dah jadi tua lagi sayang cucu dari sayang anak.Betul agaknya tu?,.
                   

                     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.